Adab ke tandas dan membuang hajat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Sekarang kita masuk ke bahagian baru iaitu adab ke tandas dan menunai hajat. Inilah adab untuk membuang air besar dan air kecil. Agama Islam bukan sahaja mengajar hukum tetapi mengajar adab-adab juga. Ada adab makan, adab belajar dan macam-macam lagi. Kali ini kita belajar adab dalam masuk tandas dan buang hajat.

Mungkin ada lagi adab-adab lain yang boleh dibuat pembacaaan tambahan. Namun, setakat silibus yang kita belajar mengikut kitab kita, inilah sahaja adab-adab yang disampaikan kepada kita.

Seboleh-bolehnya kita ikutlah adab-adab yang dianjurkan ini kerana ia diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan kita sepatutnya menjadikan baginda sebagai ikutan kita. Ia adalah sunat.

1. Menjauh dan menutupi diri dari manusia.

✍🏻Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى سَفَرٍ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَأْتِى الْبَرَازَ حَتَّى يَتَغَيَّبَ فَلاَ يُرَى.

“Kami pernah keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika safar, beliau tidak menunaikan hajatnya di daerah terbuka, namun beliau pergi ke tempat yang jauh sampai tidak nampak dan tidak terlihat.”

Ibnu Majah no. 335. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.

Syarah:
Zaman Nabi Muhammad tidak ada tandas di rumah. Maka tempat buang air pada zaman itu adalah di kawasan yang jauh dari manusia. Kalau zaman sekarang pastikan tempat buang air di tempat tertutup.

Maka kalau bagi lelaki, buang air kecil di urinal itu bukanlah sunnah dan ia memalukan kerana manusia yang lalu lalang dapat melihat kemaluan anda.

2. Tidak membuang air di jalanan, tempat berteduh dan tempat berkumpul.

✍🏻Dalilnya adalah hadits dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ ». قَالُوا وَمَا اللَّعَّانَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الَّذِى يَتَخَلَّى فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ فِى ظِلِّهِمْ ».

“Hati-hatilah dengan al la’anain (orang yang dilaknat oleh manusia)!” Para sahabat bertanya, “Siapa itu al la’anain (orang yang dilaknat oleh manusia), wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Mereka adalah orang yang buang hajat di jalan dan tempat bernaungnya manusia.”
Riwayat Muslim no. 269

Syarah:
Kalau buang di tempat-tempat itu dan manusia lain kena ‘periuk api’ anda, tentulah anda kena laknat. Maka Nabi Muhammad sudah mengajar untuk mengelak dari perkara ini. Jangan susahkan orang dan jangan bagi orang marah.

3. Tidak kencing di dalam air yang tidak mengalir

✍🏻Dalilnya adalah hadits Jabir bin ‘Abdillah, beliau berkata,

أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِى الْمَاءِ الرَّاكِدِ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kencing di air tergenang.” Muslim no. 281.

Syarah:
Kalau air itu tidak mengalir maka najis itu akan kekal di situ. Seperti kolah, kolam dan tasik. Dan kalau orang lain pakai pula, makan menyebabkan kekotoran dan penyakit. Islam menjaga perkara ini. Kalau kencing di air mengalir seperti sungai adalah dimaafkan sedikit walaupun tidaklah digalakkan.

4. Boleh kencing dalam bekas kerana sakit, cuaca dingin atau keperluan lain.

Oleh kerana zaman dahulu tidak ada tandas di dalam rumah, maka Nabi Muhammad pernah buang air dalam bekas dan esok paginya dibuang. Jadi kalau ada pesakit yang warded di hospital memang tidak ada masalah kencing atau berak dalam bekas dan kemudian dibuang oleh nurse.

5. Tidak angkat pakaian hingga setelah berada dalam tandas

✍🏻Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ الْحَاجَةَ لاَيَرْفَعُ ثَوْبَهُ حَتَّى يَدْنُوَ مِنَ اْلأَرْضِ

“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila hendak buang air besar, Beliau tidak mengangkat bajunya kecuali setelah dekat dengan tanah.”
(Shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi)

Ini adalah kerana hendak jaga aurat. Jangan buka zip seluar pula sebelum masuk dalam toilet. Kita hendak jaga aurat kita dari dilihat orang. Saya tambah, selepas selesai buang hajat juga kena jaga. Ada yang teruk perangai, kencing di urinal, tetapi kemudian dia bawa basuh di sinki.

6. Baca doa semasa masuk tandas

✍🏻Doanya adalah:

بِسْمِ اللهِ ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

“Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari syaitan laki-laki dan perempuan.”

Bacalah doa itu sebelum masuk pintu bilik tandas. Jangan sudah masuk baru hendak baca, itu sudah terlambat. Maka inilah sunnah hendak masuk tandas. Amalan tutup kepala tidak ada dalil yang sahih.

Amalan yang tutup kepala itu kerana takut kepala kena kencing oleh syaitan. Maka kalau kita lihat doa itu, ia sudah termasuk perlindungan dari syaitan. Maka tidaklah kena kencing.

7. Tidak mengadap atau membelakangi kiblat.

Seboleh mungkin jangan mengadap atau membelakangi kiblat.

✍🏻Hal ini berdasarkan hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا جَلَسَ أَحَدُكُمْ لِحَاجَتِهِ فَلاَ يَسْتَقْبَلِ الْقِبْلَةَ وَلاَ يَسْتَدْبِرْهَا

“Apabila salah seorang di antara kamu duduk buang air, maka janganlah dia menghadap kiblat dan jangan membelakanginya.”
(HR. Ahmad dan Muslim)

Larangan ini membawa hukum makruh, kerana ada hadits Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dia berkata:

✍🏻“Suatu hari, aku pernah memanjat rumah Hafshah. Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang buang air menghadap ke Syam, membelakangi Ka’bah.”
(HR. Jama’ah)

Namun ada yang menjama’ (menggabung) kedua hadits di atas dengan mengatakan bahawa menghadap atau membelakangi kiblat ketika buang air tetap haram (tidak makruh), kecuali jika tertutup bangunan. Wallahu a’lam.

✍🏻Satu lagi dalil:
Marwan Al Ashfar berkata, “Aku pernah melihat Ibnu Umar mendudukkan untanya menghadap kiblat, dia buang air menghadap ke arahnya”, maka aku berkata: “Wahai Abu Abdirrahman, bukankah hal itu dilarang?” Dia menjawab: “Ya, tetapi hal itu dilarang jika di tempat terbuka. Jika antara dirimu dengan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka tidak mengapa.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Hakim dan isnadnya hasan sebagaimana dalam Al Fath)

Maka kita cubalah untuk tidak mengadap atau membelakangi kiblat. Kecualilah kalau tandas rumah dan sudah ada tandas siap dah, takkan nak tukar pula. Maka pakailah pendapat ibnu Umar di atas, iaitu tidak mengapa kalau ada dinding atau sesuatu yang menghalang kita dengan kiblat.

10. Istinjak guna air

Ini telah disentuh dulu. Sebaik baik istinjak adalah mengunakan air tetapi tidak salah kalau hendak guna juga bahan-bahan lain walaupun air ada. Cuma kita tekankan, sebaik-baik bahan adalah air.

Ini kerana itu kita tidak boleh hendak kutuk kalau bangsa lain pakai selain air. Itu sudah budaya dan kebiasaan mereka. Walaupun mereka itu muslim, tetapi pemakaian tisu, batu dan sebagainya dibolehkan.

11. Istijmar guna sekurang-kurangnya tiga batu

Istijmar maksudnya istinjak dengan batu. Maka kalau istinjak pakai batu, tisu, kain, atau benda kesat lain, maka kena guna tiga batu atau tiga tisu. Jangan sapu balik pakai kertas dan batu yang sama. Kalau tidak cukup, pakai lagi kertas tisu atau batu yang lain dan ganjilkan bilangannya.

12. Tidak istinjak dengan kotoran haiwan atau tulang.

Ini pun telah disentuh sebelum ini. Pakai benda selain dua benda ini. Maknanya, asalkan bahan yang digunakan itu kesat, maka boleh.

13. Tidak menjawab salam ketika sedang buang hajat.

Kalau ada orang bagi salam, tak payah jawap. Malah jangan bercakap ketika sedang membuang. Ianya makruh.

✍🏻Hal di atas berdasarkan hadits Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma:

أَنَّ رَجُلاً مَرَّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُوْلُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ

“Bahawa ada seseorang yang melewati Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sedang buang air kecil, orang itu mengucapkan salam kepadanya, namun baginda tidak menjawabnya.”
(HR. Jama’ah selain Bukhari)

Jadi, walaupun menjawab salam itu hukumnya wajib, tetapi itu adalah hukum umum. Kalau di dalam tandas tidak perlu hendak jawab salam orang lain.

14. Baca doa selepas keluar tandas

✍🏻‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلاَءِ قَالَ : ( غُفْرَانَكَ )

“Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila keluar dari jamban, mengucapkan: “Ghufraanaka.”
(Abu Dawud no. 30, at-Tirmidzi no. 7, Ibnu Majah no. 300, Al-Hakim 1/158, al-Bukhori dalam Adabul Mufrod no. 693, Ahmad 6/155, Hadits ini shohih sebagaimana dishohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam kitabnya Irwaul Ghalil no. 52)

15. Menggosok tangan ke tanah setelah istinjak.

Zaman Nabi dulu tidak ada sabun. Maka tanahlah yang menjadi bahan pencuci. Maka kalau zaman sekarang, kita amalkan dengan menggunakan sabun untuk bersihkan tangan kita selepas istinjak.

16. Bolehkah buang air kecil berdiri?

Ini perbincangan untuk lelaki sahaja. Kalau untuk perempuan, memang tidak boleh berdiri. Sebaiknya tidak buang air kecil sambil berdiri. Hal ini agar air kencingnya tidak memercik ke mana-mana, namun jika aman dari percikan, maka tidak mengapa.

✍🏻Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالَ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إِلَّا جَالِسًا

“Siapa saja yang menceritakan kepada kalian bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam buang air kecil sambil berdiri, maka janganlah dibenarkan. Beliau tidak buang air kecil kecuali dalam keadaan duduk.”
(HR. Lima orang selain Abu Dawud)

✍🏻Perkataan Aisyah di atas didasari atas pengetahuannya, sehingga tidaklah bertentangan dengan apa yang disampaikan Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu berikut:
“Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendatangi tempat pembuangan sampah, lalu baginda kencing sambil berdiri, maka aku pun menjauh. Beliau bersabda: “Mendekatlah”, maka aku mendekat sehingga berdiri di dekat tumitnya, Beliau pun berwudhu’ dan mengusap kedua khuffnya.”
(HR. Jama’ah)

✍🏻Imam Nawawi berkata, “Buang air kecil sambil duduk lebih aku sukai, namun berdiri boleh, semuanya ada riwayatnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

SEKIAN sudah habis bab air dan najis. Kita akan masuk bab wudhuk pula.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-11☘️
=======================

1). Tidur yang bagaimanakah boleh membatalkan wudhu’?

🔵 Secara ringkasnya, tidur yang nyenyak, sehinggamana apabila dia terkentut, dia tidak menyedarinya.

2. Kadang kala, sesetengah orang yang tidak pam basuhan kencingnya di urinal menyebabkan bau yang kurang menyenangkan pada pengguna lain. Adakah mereka termasuk di dalam golongan yg dilaknat sebagaimana hadith?

🔵Mereka itu tidaklah termasuk di dalam golongan yang dilaknat sebagaimana hadith dari Abu Hurairah ‎رضي الله عنه, Nabi ‎ﷺ bersabda,

« اتَّقُوا اللَّعَّانَيْنِ ». قَالُوا وَمَا اللَّعَّانَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الَّذِى يَتَخَلَّى فِى طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ فِى ظِلِّهِمْ ».

“Berhati-hatilah dengan al la’anain (orang yang dilaknat oleh manusia)!” Para sahabat bertanya, “Siapa itu al la’anain, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Mereka adalah orang yang buang hajat di jalan dan tempat bernaungnya manusia.” Hadith riwayat Muslim no. 269.

Kerana perbuatannya itu (kencing di urinal) adalah perbuatan yang kebanyakan orang lakukan.
Walaubagaimanapun, tidak pam basuhan kencing adalah perbuatan yang tidak beradab dan menggangu ketenteraman orang lain.

3. Adakah dibolehkan kencing di tempat yang jauh daripada manusia seperti hutan, tempat memancing di dalam kawasan kebun, di pokok-pokok atau tempat tersembunyi?

🔵Ya, dibolehkan kencing di tempat yang jauh manusia.

4. Kenapakah tidak digalakkan untuk membuang air kencing dan tahi pada air yang mengalir?

🔵Perkara tersebut tidak digalakkan apabila air yang mengalir itu terus digunakan oleh manusia. Contohnya, ketika mandi di jeram, apabila seseorang buang najis mereka di atas, orang yang di bawah jeram akan terkena najis mereka.

5. Adakah boleh membaca doa masuk tandas setelah berada di dalam tandas kerana tidak sempat untuk membacanya sebelum memasuki tandas?

🔵Tidak boleh membaca doa setelah memasuki tandas.

Kita perlu mengelakkan dari menyebut nama Allah di dalam tandas yang mengandungi najis.

6. Adakah benar pernyataan bahawa syaitan akan mengencingi mereka yang tidak menutup kepala apabila memasuki tandas?

🔵Amalan menutup kepala apabila berada di dalam tandas tiada dalil yang sahih.

Membaca doa masuk tandas sudah memadai bagi melindungi diri daripada syaitan.

7. Adakah dalil untuk memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar menggunakan kaki kanan?

🔵Tiada dalil khusus daripada Rasullullah memasuki tandas menggunakan kaki kiri dan keluar menggunakan kaki kanan. Walaubagaimanapun. Amalan ini bersifat qiyasi. Iaitu qiyasi kepada hadith yang lain iaitu:-

حَدّثَنَا أَبُو حَفْصٍ عُمَرُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُفِيدُ الْبَصْرِيّ، ثنا أَبُو خَلِيفَةَ الْقَاضِي، ثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطّيَالِسِـُيّ، ثنا شَدّادٌ أَبُو طَلْحَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ قُرّةَ، يُحَدِّثُ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنّهُ كَانَ، يَقُولُ: «مِنَ السّـُنّـَةِ إِذَا دَخَلْتَ الْمَسْجِدَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُمْنَى، وَإِذَا خَرَجْتَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُسْرَى»

“Telah mengabarkan kepada kami Abu Hafsh Umar bin Jafar al-Mufid al-Bashry, (Abu Hafsh berkata) ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Khalifah al-Qadhy, (Abu Khalifah berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Abu Walid ath-Thayalisi, (Abu Walid berkata), ‘Telah mengabarkan kepada kami Syadad Abu Tholhah, (Abu Tholhah berkata), ‘Aku telah mendengar Mu’awiyah bin Qurrah mengabarkan dari Anas bin Malik رضي الله عنه, bahawa dia mengatakan “Termasuk amalan sunnah apabila engkau hendak masuk masjid maka mulailah dengan kaki kanan dan apabila meninggalkan masjid maka mulailah dengan kaki kiri.”
(Hadith riwayat Al-Hakim si dalam kitabnya al-Mustadrak I/218 no. 791 dan al-Baihaqy II/442 – hadith sahih telah disepakati oleh adz-Dzahabi, Dinilai sahih oleh Syaikh Albani dalam Silsilah Ahadith ash-Sahihah no. 2478)

Qiyasnya begini.
Jika memasuki tempat yang baik, mulainya dengan kaki kanan, maka jika melangkah ke tempat yang kurang baik dibandingkan dengan tempat asal, iaitu dimulakam dengan kaki kiri.

8. Selain menjawab salam, adakah dilarang juga untuk berbual semasa berada di dalam tandas?

🔵Ya, perbuatan bercakap-cakap juga adalah dilarang. Ini berdasarkan hadith daripada Abu Sa’id ‎رضي الله عنه menuturkan :

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَخْرُجْ الرَّجُلَانِ يَضْرِبَانِ الْغَائِطَ كَاشِفَيْنِ عَنْ عَوْرَتِهِمَا يَتَحَدَّثَانِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَمْقُتُ عَلَى ذَلِكَ

Rasulullah ﷺ bersabda: “Janganlah dua orang lelaki pergi ke tempat buang hajat dalam keadaan membuka aurat keduanya, lalu bercakap-cakap, karena sesungguhnya Allah ‎عَزَّ وَجَلَّ membenci demikian.”
(Hadith riwayat Abu Daud no.15; Ibnu Majah no. 342)

9. Ada sesetengah tempat masih menggunakan tandas yang dibuat di tepi sungai. Adakah larangan menggunakan tandas tersebut?

🔵Tandas tersebut boleh digunakan kerana tiada pilihan lain.

10. Bagaimanakah syaitan mengganggu mereka yang memasuki tandas tanpa membaca doa? Adakah berupa penyakit?

🔵Syaitan akan membisikan perkara yang tidak elok. Syaitan tidak boleh menyakiti manusia. Syaitan tidak mempunyai sebarang kuasa.

11. Adakah kencing di tasik yang besar akan mencemari air tasik?

🔵Kencing di tasik yang besar tidak akan mencemari air tasik.

12. Bagaimanakah jika sungai yang dilepaskan najis itu, digunakan oleh orang ramai untuk mandi, membasuh baju dan lain-lain aktiviti?

🔵Jika sungai itu besar, maka dibolehkan untuk menunaikan hajat. Jika sungai itu kecil dan ada orang berdekatan, maka tidak elok untuk menunaikan hajatnya di situ.

13. Saya pernah pergi ke suatu kampung dekat dengan pergunungan. Penduduk di sana banyak menggunakan air yang sentiasa mengalir dengan deras di hadapan rumah mereka (longkang yang agak besar). Air longkang itu akan mengalir masuk ke dalam kolam yang mereka buat untuk mandi, membasuh pakaian, dan perkakas dapur. Selain itu, mereka membina tandas juga yang bersambung dengan longkang tersebut. Bagaimanakah status airnya?

🔵Jika kolam itu cukup besar sehinggamana najis tidak mempengaruhi air tersebut, maka dibolehkan.

Jika air kolam itu keruh sangat dengan kotoran sebagaimana sungai Gangga dan sungai Gombak, maka sudah tidak boleh digunakan airnya itu.

14. Ketika berada di Singapore, kawan saya ada menggunakan tandas di sana. Tandas tersebut tidak disediakan kemudahan menggunakan air untuk membasuh. Oleh yang demikian, kawan saya menggunakan air yang keluar semasa pam tandas. Adakah ini dibolehkan?

🔵Jika diambil dari mangkuk tandas, air tersebut telah kotor dan tidak boleh digunakan. Di dalam keadaan sebegini, boleh menggunakan kertas tisu untuk beristinjak.

15. Adakah mereka yang dilaknat manusia akan dilaknat oleh Allah juga?

🔵Dilaknat oleh manusia itu bermaksud dibenci oleh manusia. Islam mengajarkan kita untuk berinteraksi sesama manusia secara hemah dan hikmah. Bukannya dengan cara menyakiti hati mereka.

16. Membaca doa sebelum memasuki tandas, adakah perlu dilafazkan atau hanya di dalam hati?

🔵Doa perlu dilafazkan dengan mulut, manakala hati berniat akannya.

17. Jika tandasnya terbina membelakangi kiblat. Apakah yang perlu dilakukan?Adakah senget sedikit kedudukan semasa menunaikan hajat?

🔵Perkara yang boleh dilakukan apabila mengetahui binaan tandas tersebut menghadap atau membelakangi kiblat adalah:-

i. Berpandukan hadith dari Abu Ayyub Al Anshari ‎رضي الله عنه, Nabi ‎ﷺ bersabda,

إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا . قَالَ أَبُو أَيُّوبَ فَقَدِمْنَا الشَّأْمَ فَوَجَدْنَا مَرَاحِيضَ بُنِيَتْ قِبَلَ الْقِبْلَةِ ، فَنَنْحَرِفُ وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ تَعَالَى

“Jika kalian mendatangi tandas, maka janganlah kalian menghadap kiblat dan membelakanginya. Akan tetapi, hadaplah ke arah timur atau barat.” Abu Ayyub mengatakan, “Dahulu kami pernah tinggal di Syam. Kami mendapati tandas kami dibangun menghadap ke arah kiblat. Kami pun mengubah arah tempat tersebut dan kami memohon ampun pada Allah Ta’ala.” (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 394 dan Muslim no. 264).

Para sahabat mengubah kedudukan mereka jika berada di dalam tandas dan mereka beristigfar.

ii. Berpandukan hadith daripada Ibnu Umar رضي الله عنه yang mengatakan,

ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِى ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْضِى حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ

“Aku pernah menaiki rumah Hafshah karena ada sebagian keperluanku. Lantas aku melihat Rasulullah ﷺ buang hajat dengan membelakangi kiblat dan menghadap Syam.” (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 148, 3102 dan Muslim no. 266)

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak mengapa jika berada di tempat tertutup seperti bangunan.

18. Kenapakah beristinjak menggunakan batu dalam bilangan yang ganjil?

🔵Perbuatan menggunakan bilangan yang ganjil adalah berdasarkan hadith:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنْ اْلنَّبِيِّ صلي الله عليه وسلم قَالَ: إِذَا اسْتَجْمَرَ أَحَدُكُمْ
فَلْيَسْتَجْمِرْ وِتْرًا

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahwasanya Rasullullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang diantara kalian istijmar maka istijmarlah dengan bilangan yang ganjil”. (Hadis riwayat Al-Bukhari no 161, Muslim no 237 dengan lafaz ini).

19. Adakah doa yang dilafazkan perlu didengari oleh telinga?

🔵Lafaz doa tidak perlu didengari oleh telinga. Cukup sekadar mengeluarkan suara sedikit.

20. Adakah boleh kencing di dalam botol dan kemudian menuangkan air tersebut ke dalam longkang berhampiran kawasan lalu lalang manusia?

🔵Boleh menuang air kencing ke dalam longkang tersebut kerana manusia tidak menggunakan air longkang dan air longkang sentiasa mengalir. Najis tidak bertakung di dalam longkang.

21. Adakah larangan berkata-kata ketika menunaikan hajat merangkumi semua amalan makruf seperti bersalawat ketika mendengar nama Nabi Muhammad dilaungkan dan menjawab azan ketika azan berkumandang?

🔵Apa sahaja ucapan perlu diberhentikan dahulu sewaktu menunaikan hajat.

22. Adakah larangan berkata-kata ketika menunaikan hajat termasuk juga perbuatan seperti membaca sesuatu pada media cetak atau elektronik, makan atau minum?

🔵Tiada larangan untuk membaca ketika menunaikan hajat. Dilarang makan dan minum.

23. Adakah dibolehkan untuk berkata-kata di dalam kamar mandi?

🔵Tiada larangan berbual ketiak di dalam kamar mandi.

24. Ketika menunaikan hajat, fokus saya untuk mengulang kaji pelajaran meningkat dan ketika itulah otak saya cerdas berfikir untuk menyelesaikan permasalahan dalam soalan sehinggakan mengambil masa yang lama di dalam tandas. Adakah ini dibolehkan?

🔵Tandas bukanlah tempat untuk mengulang kaji pelajaran. Gunakanlah tandas untuk menunaikan hajat sahaja. Tidak perlu berada terlalu lama di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan tempat untuk syaitan, kerana inilah tidak boleh berada lama di dalam tandas. Ini telah dijelaskan oleh Nabi ﷺ,

‎إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَة ٌ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

“Sesungguhnya tempat buang hajat, didatangi syaitan. Jika kalian memasuki tandas, maka ucapkanlah; A’uuzu billahi minal khubutsi wal khabaits (aku berlindung kepada Allah dari syaitan jantan dan betina)”
(Hadith riwayat Abu Daud, no. 6. Dinyatakan Sahih oleh Al-Albani di dalam Silsilah Ash-Sahihah, no. 1070)

Dinasihatkan untuk mencari alternatif lain bagi meningkatkan fokus pembelajaran.

25. Apakah syaitan yang mempunyai jantina ini akan mengganggu manusia yang berlainanan jantina dengan mereka?

🔵Perkara tersebut tidak dinyatakan. Ini adalah di antara perkara ghaib yang wajib kita imani. Walaupun begitu, ia telah menjelaskan bahawa syaitan itu ada jantan dan betina.


📝Soalan luar topik kelas

1. Kebiasaannya ketika melaksanakan solat subuh berjamaah pada pagi Jumaat, imam membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama. Apakah yang perlu dilakukan oleh makmum apabila imam terlupa membacakan surah al-Fatihah pada rakaat kedua kerana menyangka masih dalam sujud tilawah?

🔵Makmum perlu menegur imam semasa di dalam solat dengan menyebut Subhanallah jika makmum lelaki atau bertepuk tangan jika makmum wanita.

Jika imam tidak perasan, selepas solat makmum perlu menegur imam dan solat berjamaah dengan menambah satu rakaat lagi.

2. Adakah doa wajib dilafazkan di mulut? Adakah tidak boleh berdoa di dalam hati apa yang dihajatkan?

🔵Doa tempatnya di mulut untuk dilafazkan. Doa adalah untuk disuarakan. Ini sunnah daripada para Nabi jika kita baca dan fahami al-Qur’an.

Boleh berdoa di dalam hati, asalkan tidak dijadikan rutin kerana berdoa memang perlu dilafazkan.

Cara menghilangkan najis

Menghilangkan Najis

Habis bab perkara-perkara yang selalu dianggap najis tetapi sebenarnya bukan najis. Sekarang kita akan masuk ke bahagian baru tentang MENGHILANGKAN NAJIS. Sudah tahu mana najis, maka sekarang kita belajar macam mana nak basuh pula.

Pertama, kita hendak belajar apakah hukum menghilangkan najis. Hukumnya adalah WAJIB. Terutama kalau hendak melakukan ibadah solat. Sebelum solat kena pastikan yang najis itu telah dibersihkan. Kalau hendak tangguh juga, setakat hendak solat sahaja.

Keduanya, najis-najis itu ada cara untuk membersihkannya. Maka bukanlah satu cara untuk semua perkara. Kita akan ajar satu persatu. Selalunya dengan membasuh guna air lah, tapi ada cara yang boleh renjis dengan air sahaja.

Kaedah untuk membersihkan najis

1. Tahi

Tahi dapat dihilangkan dengan istinjak iaitu dengan menggunakan air, atau batu atau yang sejenisnya (guna tisu atau kertas, contohnya).

Apa pula istinjak ini? Istinjak adalah perbuatan menghilangkan najis dari qubul dan dubur. Qubul dan dubur? Senang kata,bahagian ‘depan’ dan ‘belakang’. Yang terbaik adalah istinjak dengan menggunakan air.

✍🏻Dalilnya dalam Tawbah:108. Potongan ayatnya:

فيهِ رِجالٌ يُحِبّونَ أَن يَتَطَهَّروا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ المُطَّهِّرينَ

Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

Walaupun tidak disebut dalam ayat ini, tetapi tafsir ayat ini memberitahu kita yang mereka yang dipuji dalam ayat ini adalah penduduk Quba’ (kalau pergi Madinah ada Masjid Quba’). Mereka itu sudah biasa istinjak dengan air, maka Allah SWT memuji mereka kerana menggunakan air untuk istinjak.

✍🏻Nabi Muhammad SAW juga istinjak dengan air.
Dalilnya Anas r.a. menceritakan; “Adalah Nabi SAW pabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinjak”.

Rasanya kebiasaan orang kita memang dari kecil lagi sudah pakai air untuk istinjak. Jadi tidak perlu hendak promote lagi. Namun dalam masa yang sama, boleh juga hendak istinjak dengan menggunakan bahan kesat seperti batu, kertas atau kayu. Ini juga penting juga untuk dipelajari ada masa air tidak ada.

Jika pergi ke negara asing, tengok-tengok tidak ada air pula diberikan kerana negara lain ada yang tidak biasa pakai air untuk basuh ‘depan’ dan ‘belakang’ mereka. Salah satu alat yang digunakan untuk istinjak adalah dengan batu.

✍🏻Dalilnya : Dari Aisyah, bahawa Nabi SAW. Bersabda :
“Apabila salah seorang di antara kamu pergi buang air besar, maka bersucilah dengan tiga buah batu, kerana sesungguhnya ia itu telah mencukupinya“.
(HR Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, dan Dara Quthni, dan Dara Quthni berkata: Sanad hadis ini Shahih-Hasan)

Alat yang biasa dipakai adalah batu dan kerana itu selalu disebut batu tetapi kalau ada bahan kesat lain juga boleh digunakan juga. Jangan kita sangka kena batu sahaja. Mana hendak cari batu dalam toilet zaman sekarang, kan?

Cara yang Nabi SAW larang adalah pakai tahi kering dan tulang sahaja.

✍🏻Sabda Nabi : Kata Nabi SAW.;
“Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”.
Riwayat Imam at-Tirmizi.

Syarah:
Nabi SAW hanya melarang dua bahan ini sahaja. Maka bahan-bahan lain boleh digunakan. Senang sebut yang dilarang sahaja kerana yang tidak boleh pakai yang sikit. Kalau hendak sebut semua yang boleh dipakai, banyak sangat. Maka Nabi SAW sebut bahan yang dilarang sahaja.

2. Darah Haidh

Darah haidh itu boleh dibersihkan dari pakaian dengan cara mengerik (mengikisnya) dengan batang kayu serta mencucinya dengan air dengan campuran sabun.

Zaman sekarang kita pakai sabun dan letak dalam mesin basuh lebih mudah. Jika tidak ada air yang banyak, maka boleh kerik dan gosok dengan air sahaja. Itu sudah cukup untuk membolehkan pakaian itu digunakan untuk solat. Maknanya, kalau ada kesan-kesan darah lagi, itu pun tidak mengapa.

3 . Bekas yang dijilat oleh anjing

Kalau hendak pakai lagi bekas itu, maka kena sertu bekas itu. Cara sertu adalah:

1. Basuhan pertama air yang bercampur tanah.
2. 6 kali bilas dengan air biasa.

4. Air kencing

Air kencing dibasuh dengan air atau dengan benda kesat kecuali kalau air kencing anak lelaki yang berumur kurang dari dua tahun dan hanya minum susu ibunya. Air kecing budak itu boleh dipercik dengan air sahaja.

5. Kotoran pada ‘ekor kain’.

Ini kepada wanita yang kainnya panjang. Bila berjalan di tanah, entah ada najis yang terkena pada hujung kainnya, bukan? Maka tidak perlu risau kerana bila dia jalan lagi, maka tanah yang dihadapan akan membersihkan kalau ada najis-najis yang terkena di belakang tadi.

6. Wadi

Disucikan dengan air.

7. Madzi

Bahagian kemaluan yang terkena madzi itu hendaklah dibersihkan dengan air.

8. Kulit bangkai

Cara untuk mencucinya adalah dengan samak (sila rujuk beza samak dan sertu dulu). Selepas disamak, kulit itu boleh dipakai.

9. Jika tikus jatuh ke dalam minya sapi dan yang sejenisnya.

Buang tikus dari minyak itu dan sekitarnya. Ini jikalau tidak ada beza pada warna, bau dan rasa. Kalau ada, jangan pakai pula.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ فَأْرَةٍ سَقَعطَتْ فِي سَمْنٍ، فقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :أَلْقُوْهَا وَمَا حَوْلَهَا فَاطْرَحُوهُ وَكُلُوا سَمْنَكُمْ
( رواه البخاري)

✍🏻“Sungguh Rasulullah SAW ditanya mengenai bangkai tikus yang jatuh ke dalam minyak goreng (minyak goreng yang beku), maka bersabda Rasulullah SAW: buang bangkai itu dan buang minyak yang disekitarnya, maka minyak itu boleh kalian makan (karena bangkai dan minyak yang disekitarnya sudah dibuang, maka sisa minyak tetap suci berbeda dengan air atau minyak yang cair) ( Shahih Bukhari)

Ini kalau hendak pakai lagi minyak itu. Kalau tidak berani, elok dibuang sahaja. Kita hendak menceritakan hukum, bukan kita anjurkan pakai lagi minyak itu.

10. Jika air banyak dan najis jatuh ke dalamnya.

Kalau sifat air itu tidak berubah dari segi warna, bau dan rasa, maka buang najis itu dan air itu boleh dipakai.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُطْرَحُ فِيهَا الْحِيَضُ وَلَحْمُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

✍🏻Dari Abu Said Al Khudri RA, bahwa Rasulullah pernah ditanyakan, “Apakah kita akan berwudhu dengan memakai air sumur Budho’ah? Sedangkan sumur tersebut biasa di airi air hujan, yang membawa kain bekas darah haid, daging-daging anjing, dan kotoran manusia? “Maka Rasulullah SAW menjawab, “Sesungguhnya air itu suci dan mensucikan, tidak dinajiskan oleh sesuatu apapun. ” {Shahih} Sunan Abi Dawud.

11. Air yang sedikit dan terkena najis

Air jenis ini disucikan dengan menjadikan air itu banyak. Tambah lagi air sampai hilang warna, baru dan rasa air dari najis.

12. Tali ampaian

Tali jemuran dapat disucikan dengan sinar matahari dan angin. Kalau boleh basuh, basuhlah tetapi kalau tidak nampak najis, maka terimalah ia sebagai suci. Jangan ada was-was pada benda yang kita tidak nampak.

13. Najis yang larut dalam air yang banyak.

Jika najis telah larut dalam air sampai tiada kesan warna, bau dan rasa, maka air itu dikira sebagai suci.

Ringkasan:

Apakah kaifiyat bersuci dari najis yang ditetapkan oleh Syarak?

1. Bersuci dengan menggunakan air
2. Bersuci dengan air bercampur tanah
3. Bersuci dengan benda-benda kesat
4. Bersuci dengan menggosok ke tanah


Bagaimana caranya bersuci dengan air?

Menggunakan air adalah cara asal dalam bersuci. Tidak harus berpaling dari menggunakan air dalam bersuci kecuali dengan keizinan dari Syarak. Maknanya, kalau ada air, maka pakailah air.

Cara bersuci dengan air ialah:

▪️Pertama : Buang najis terlebih dahulu,

▪️Kedua : Basuh tempat yang terkena najis itu dengan air hingga hilang sifat-sifatnya iaitu warnanya, baunya dan rasanya.

Jika sekali basuhan telah dapat menghilangkannya, tidak perlu lagi diulangi basuhan. Jika tidak, wajib diulangi lagi basuhan termasuk dengan menggosok-gosoknya atau melakukan seumpamanya.

Setelah dibasuh berulang kali, namun warna najis masih tidak tanggal atau baunya masih tidak hilang, ketika itu dimaafkan, yakni basuhan dianggap sempurna dan tidak perlu diulangi lagi.

Ini macam makan kari power mamak, selepas makan memang basuh macam mana cara sekalipun, memang tidak hilang. Maka dimaafkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan benda-benda kesat? Bilakah harus bersuci dengannya?

Benda-benda kesat adalah seperti batu, kertas atau tisu yang kesat, kayu dan sebagainya. Benda-benda kesat ini harus digunakan untuk beristinjak iaitu membersihkan najis di kemaluan setelah kencing atau berak.

Telah sabit di dalam hadis bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam- menggunakan batu untuk beristinjak. Maka dikiaskan kepadanya segala benda yang kesat yang dapat menanggalkan najis dari dua saluran tersebut.

Apa syarat beristinjak dengan benda kesat?

Paling baik ialah berinstinjak dengan air kerana ia lebih menyucikan. Diharuskan beristinjak dengan benda-benda kesat sahaja sekalipun terdapat air. Maknanya, kalau ada air, tetapi hendak pakai benda kesat juga, ini dibolehkan. Macam di negara asing, air bukan tidak ada, tetapi mereka sudah biasa pakai kertas toilet, maka itu tidak salah.

Namun hendaklah dengan memenuhi syarat-syarat di bawah;

1️⃣ Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan.

Tidak harus kurang dari tiga kali sapuan sekalipun telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. Ini kerana tiga kali sapuan itu adalah had minima yang ditetapkan Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

✍🏻Salman –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Nabi menegah kami dari beristinjak kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu)”
(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai).

Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya).

2️⃣ Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh melepasi kawasan tersebut, wajib istinjak dengan air.

3️⃣ Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.

4️⃣ Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh menanggalkan najis, iaitu tidak terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan intinjak ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut. Itu sebab kita katakan kena bahan yang kesat.

5️⃣ Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang.

✍🏻Sabda Nabi; “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-9☘️
==============================

1. Adakah kesemua bangkai serangga itu tidak najis?

🔵 Ya, kesemua bangkai serangga tidak najis.

2. Adakah hukum muntah itu tidak najis tertakluk pada semua jenis muntah atau hanya muntah bayi yang menyusu ibunya?

🔵Hukum muntah adalah tidak najis. Ini tertakluk pada semua jenis muntah.

3. Adakah di dalam mazhab Asy-Syafi’iy menghukumkan muntah itu najis?

🔵 Ya, tetapi mengikut fiqh sunnah, muntah dihukumkan tidak najis.

4. Adakah beristinjak menggunakan benda kesat ini akan menghilangkan sifat-sifat najis, contohnya rasa, warna dan bau?

🔵Menggunakan benda kesat untuk beristinjak pasti masih meninggalkan sedikit bau dan rasa najis.

Perlu kita fahami bahawa apa yang memadai untuk Nabi Muhammad ‎ﷺ, pasti juga akan memadai untuk kita semua sebagai ummatnya.

5. Adakah bilasan enam kali menggunakan air mutlak untuk membasuh jilatan anjing pada bekas makanan/minuman perlu dipastikan ianya mencukupi enam kali bilangannya?

🔵Tidak semestinya mencukupi enam kali bilasan. Ada juga pendapat yang boleh menggunakan tiga kali bilasan sahaja.

6. Berkenaan sertu. Apakah kadar sukatan yang diperlukan untuk menentukan bahawa bilasan pertama itu adalah cukup dianggap sebagai air tanah?

🔵Tiada ketetapan untuk menentukan kadar sukatan air tanah. Memadai untuk memekatkan campuran air dan tanah itu supaya dipanggil air tanah.

7. Bagaimanakah hendak menghitung enam kali air bersih jika menggunaan paip? Adakah dibolehkan dengan cara sekali buka air paip tetapi membasuh dengan lama sedikit?

🔵Sebagaimana mengambil wuduk menggunakan air paip. Kita mengenakan pada air, kemudian elak dan mengenakan air kembali.

8. Situasi di tempat kerja, kadang kala ketika kencing, air kencing terkena pada pakaian seperti seluar dalam. Adakah memadai dengan mencuci sedikit tempat yang terkena air kencing?

🔵Ya, jika pasti ada bahagian yang terkena air kencing, hanya basahkan tempat tersebut. Ini sama juga caranya dengan membersihkan madzi.

Masalah dengan orang kita ini, perasan seluar dalam terkena air kencing walhal tidak. Itulah was-was namanya.

Rasullullah ‎ﷺ telah mengajarkan kita untuk menghilangkan was-was dengan cara:
Kita merenjiskan air pada bahagian seluar sehingga nampak tompokan air supaya kita hilang kepastian adakah itu air kencing atau tidak? ini adalah cara untuk menghilangkan was-was.

Imam Ahmad رحمه الله telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad رحمه الله: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94)

Cadangan al-Imam Ahmad رحمه الله ini berteraskan hadith: “Bahawa Rasullullah ‎ﷺ kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh Al-Albani).

Rasullullah ‎ﷺ melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita.

9. Kebiasaan mencuci pakaian putih kita boleh gunakan peluntur untuk menghilangkan kesan darah haidh. Jika pakaian berwarna yang terkena haidh, kita akan membasuhnya dengan sabun sahaja dan masih ada kesan darah cumanya warnanya sedikit pudar. Adakah boleh dipakai untuk solat?

🔵Pakaian tersebut boleh dibawa untuk solat. Pada zaman dahulu peluntur dan sabun pun masih belum ada.

10. Bagi mereka yang mengalami penyakit dedas (kencing tidak lawas), adakah masih sah solat mereka? Kebiasaannya orang yang lebih berumur akan mengalaminya. Ketika solat, air kencing akan keluar sedikit demi sedikit.

🔵Jika dia memang mempunyai penyakit tersebut, maka dimaafkan. Jika dia khuatir juga, maka bawalah kain yang bersih untuk dibawa solat kerana yang pentingnya adalah solat. Tidak perlu lagi untuk belek-belek kainnya setelah ambil wuduk.

11. Adakah air kencing bayi perempuan di bawah dua tahun yang menyusu ibunya sahaja hanya perlu bersihkan dengan cara memercikkan air pada tempat terkena air kencing tersebut?

🔵Bayi perempuan perlu dibasuh air kencingnya.

12. Jika tangan tersentuh najis dan kemudian najis itu kering dengan sendirinya, apabila tangan tersebut menyentuh pakaian. Adakah pakaian itu dikira bernajis dan tidak boleh digunakan untuk solat ?

🔵Tangan yang terkena najis perlu dibersihkan secepat mungkin. Tidak perlu dilengahkan sehingga najis itu mengering sendiri.

Walaupun begitu, najis yang telah kering dikira sebagai najis hukmiah. Kesan najis tidak ada lagi tetapi kita mengetahui bahawa ada najis di situ. Najis tersebut tidak berpindah ke tempat lain dan jika tersentuh pada baju, baju itu boleh digunakan untuk solat.

13. Apakah hukum kencing di urinal (tempat kencing untuk lelaki).
Adakah dikira sebagai kencing di tempat terbuka?

🔵
i. Berkenaan kencing berdiri, ringkasnya dibolehkan. Di dalam mazhab Asy-Syafi’iy, ada pendapat yang menyatakan hukumnya makruh tetapi mazhab yang lain membenarkan kencing berdiri kerana Rasullullah sendiri pernah kencing berdiri.

ii. Berkenaan kencing di tempat awam, kita perlulah menjaga aurat kita. Jika ada kemungkinan orang boleh nampak aurat kita, maka sebaiknya kita perlulah elakkannya. Penggunaan urinal tidak terhindar daripada kemungkinan orang boleh ternampak aurat kita.

iii. Selain itu, penggunaan urinal juga tidak terselamat daripada percikan air kencing. Jika percikan air kencing terkena pada pakaian, maka pakaian itu sudah tidak boleh dibawa dalam solat. Jika air kencing tidak dibasuh dengan baik, maka menjadi sebab untuk diazab di dalam kubur.

Kesimpulan: Boleh kencing berdiri, tetapi seperti yang Imam Ahmad رحمه الله katakan, ianya mempunyai dua syarat iaitu:
i. Jangan ada percikan
ii. Tidak menunjukkan aurat.

Penggunaan urinal tidak terselamat dari dua perkara ini.

14. Sebahagian wanita apabila batuk mereka akan terkencing sedikit. Jika ketika solat perkara ini berlaku, dia akan berhenti solat, bersihkan diri, memperbaharui wuduk dan mulai solat semula. Adakah dibolehkan dia meneruskan sahaja solat jika perkara ini kerap berlaku? Apakah boleh juga dilakukan apabila tidak kerap berlaku?

🔵Jika selalu terjadi maka dimaafkan. Maka teruskan sahaja solat. Pastikan dia bersih semasa hendak mulakan solat. Apabila terjadi ketika dalam solat, maka dimaafkan.

Berkenaan pakaian pula, ada khilaf di antara ulama. Ada ulamak menegaskan; “harus dia menunaikan solat dengan pakaian itu kerana dimaafkan baginya dengan sebab keuzuran yang dialaminya yang sudah tentu menyukarkannya jika perlu ditukar atau dibasuh sentiasa”. Pandangan inilah yang dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh at-Toharahnya

Pandangan mazhab Malik dan Abu Hanifah; dimaafkan jika najis yang terkena pakaian adalah sedikit iaitu kurang dari kadar keluasan satu dirham (bersamaan duit 10 sen). Jika melebihi satu dirham tidak haruslah dipakai kecuali setelah membasuhnya terlebih dahulu.

Tidaklah perlu membasuh menggunakan mesin basuh. Hanya cukup sekadar basahkan dan gonyoh tempat yang terkena kencing.

15. Adakah beristinjak menggunakan batu dan benda kesat ini adalah suatu alternatif jika ketiadaan air sahaja atau boleh digunakan juga walaupun ketika ada air?

🔵Beristinjak menggunakan batu dan kayu adalah dibolehkan walaupun ketika ada air.

Berbeza dengan wuduk. Tayamum hanya boleh dilakukan jika ketiadaan air.

16. Selain batu dan kayu, adakah boleh menggunakan daun kering untuk beristinjak jika di dalam hutan?

🔵Apa-apa yang bersifat kesat adalah dibolehkan.

📝Soalan luar topik kelas

1. Sebilangan daripada orang kita mengatakan bahawa orang bukan Islam itu pengotor kerana beristinjak menggunakan tisu, adakah ini benar?

🔵Itu adalah pandangan yang tidak benar, Nabi Muhammad ‎ﷺ ada juga beristinjak menggunakan batu.

2. Adakah boleh menggunakan hukum bersandarkan pada hadith yang lemah?

Sebagai contoh, dalil yang menyatakan bahawa muntah dan darah manusia itu najis.

Diriwayatkan oleh Ammar bin Yasir RA yang berbunyi

يا عمار إنما يغسل الثوب من خمس : من الغائط , والبول , والقيء , والدم , والمني

“Wahai Ammar, pakaian harus dicuci jika terkena 5 hal: kotoran manusia, air kencing, muntah, darah, dan mani.”
al-Bayhaqi dan Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menilainya dhaif (lemah).

🔵Begitulah di dalam fiqh ini. Kita diberikan pilihan , terpulanglah untuk gunakan yang mana satu.

Jika beramal dengan hadith dhaif ini adalah untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Tidak boleh memaksa orang lain supaya orang lain juga mengikutinya

3. Semasa beristinjak mengggunakan batu atau bahan-bahan lain yang selayaknya, adakah konsep menghilangkan warna, bau dan rasa tetap digunapakai?

🔵Setakat yang mampu sahaja dibersihkan menggunakan bahan kesat tersebut. Najis tersebut tidak akan hilang kesemuanya. Kerana itulah beristinjak menggunakan air adalah terbaik.

☘️SESI SOAL JAWAB KELAS KE-10☘️
=======================

1) Adakah pakaian yang terkena darah dari badan sendiri sah dibawa solat?

🔵 Sah.

2) Adakah air sirap yang melebihi kadar dua qullah boleh digunakan untuk mencuci najis?

🔵 Itu bukan ‘air’, tetapi ‘air sirap’ maka ia bukan “suci dan menyucikan”.

Boleh dirujuk pada nota kelas terawal: “Jenis-jenis air”.

Ada juga disentuh tentang dua qullah.

3) Bolehkah diulaskan dengan lebih lanjut berkenaan mensucikan sesuatu dengan terik matahari dan angin, serta keadaan sejuk beku?

🔵 Ia dicucikan oleh alam.

4) Adakah masih perlu mengambil kira mesti dihilangkan pada bau, rasa dan warnanya?

🔵 Tidak.

5) Hadith berkenaan hukum menggunakan minyak yang telah terjatuh tikus ke dalamnya, adakan juga terpakai pada cicak jika terjatuh ke dalam minyak?

🔵 Ya. Sama sahaja.

6) Adakah memadai jika sesuatu itu di bersihkan dengan bahan kimia?

🔵 Ada perbincangan ulama’ tentang perkara ini. Saya memilih pendapat yang berpendapat tetap kena menggunakan air juga. kerana dalil yang sampai kepada kita adalah “menggunakan air”.

7) Adakah maksud dicuci oleh alam itu hanya untuk semua najis atau terhad kepada najis yang ringan sahaja?

🔵 Untuk ampaian dan perkara yang terdedah di luar rumah. kalau tidak nampak najisnya, maka janganlah was-was. Terima sahaja ia sebagai suci kerana telah dibersihkan oleh alam, hujan, angin dan matahari.

8) Adakah begini maksudnya dicuci oleh alam?

Kes 1: Tayar kereta yang terlanggar najis kucing atau anjing. Kita hanya perlu membiarkan sahaja selagi ia tidak meninggalkan kesan kotoran di rumah kita. Lama kelamaan, najis itu hilang dengan sendirinya dan kita menganggap tayar kereta kita sudah tiada najis lagi.

Kes 2: Kucing membuang air di tepi rumah kita. Lama kelamaan najis itu hilang. Jadi tanah di tempat najis kucing itu dianggap sudah bersih.

🔵 Ya, analogi yang bagus.

Islam tidak memberatkan ummatnya.

9) Adakah maksud dicuci oleh alam itu juga sama seperti kes kucing yang kencing pada perdu pokok serai. Lalu hujan turun membersihkannya dan kita boleh menggunakan serai itu untuk masakan. Benarkah analogi ini?

🔵 Benar. Analogi yang bagus.

10) Bolehkah beristinjak menggunakan daun?

🔵 Mesti menggunakan daun yang kesat. Jika daun seperti daun sireh, ia tidak kesat maka ia tidak memberi kesan kepada najis.

11) Adakah beristinjak dengan air sirap yang lebih dari dua qullah menyucikan?

🔵 Ia (air sirap) adalah suci tetapi tidak menyucikan. Najis belum suci lagi jika dicuci dengan air sirap. Sila rujuk semula bab jenis-jenis air.

Dua qullah itu bukanlah sesuatu yang memberi kesan “ajaib” yang bermaksud ia boleh bertukar status menjadi air mutlak pula. Ia tidak begitu.

Air sirap sama ada 2 qullah atau 4 qullah, tetap juga namanya air sirap. Suci tetapi tidak menyucikan.

12) Apakah hukumnya bersuci dengan menggunakan tisu basah? Ianya sedikit kesat tetapi basah dengan air campuran bahan kimia.

🔵 Bagus. Ia berkesan dan basah.

13) Saya mempunyai kawan yang ada penyakit kencing tidak lawas. Apakah hukumnya jika membiarkan kencing tanpa terus beristinjak. Kemudian apabila masuk waktu solat, baharulah dicuci?

🔵 Kencing tetap mesti dibasuh.

Hukumnya memang wajib bersuci semasa hendak solat.

Tetapi maqasid agama Islam adalah kebersihan. Kalau kencing tidak terus dibasuh, nanti akan dibawa merata najis itu.

14) Jika memakan petai, jering atau makanan seumpamanya yang menyebabkan kencing berbau, perlukah dihilangkan baunya ketika bersuci?

🔵 Tidak perlu dihilangkan langsung. Kita tidak diberati dengan perkara ini.

15) Jika selama ini, saya memahami hanya di dalam berwudhu’ dan mandi wajib sahaja perlu kepada air mutlak. Manakala di dalam hal beristinjak, kita tidak perlu menggunakan air yang suci lagi menyucikan. Salahkah kefahaman saya itu?

🔵Ya, tidak benar fahaman begitu.

16) Adakah wadi ini, kita dituntut untuk benar-benar teliti kerana ianya agak sukar untuk diketahui di mana kuantitinya juga amat sedikit. Adakah keluarnya wadi itu, membatalkan wudhu’?

🔵 Apabila ia sedikit dan tidak dapat dikesan, maka tidaklah perlu kita bersusah hati. Tidak perlu untuk dibelek sama ada wujud atau tidak. Kalau ia keluar, dan dapat dipastikan kewujudannya, maka baharulah dibasuh dan diambil wudhu’ kembali.

keluar wadi membatalkan wudhu’ tetapi tidak perlu mandi janabah.

17) Adakah wadi itu adalah air yang keluar selepas berhubungan intim?

🔵 Bukan, itu adalah mani.

18) Situasi ketika air mani yang meleleh melalui laluan yang sama setelah keluar mazi. Adakah mani tersebut telah dikira bercampur najis atau di dalam situasi itu tidak perlu difikirkan tentang bercampurnya kedua air tersebut, maka lelehan itu kekal tidak najis walaupun terkena pada pakaian kita, alas tidur dan lain-lain?

🔵 Kita tidak perlu hendak mengkaji sampai begitu. Tidak perlu hendak diperiksa sama ada air mazi atau tidak. Tidak semestinya setiap air mani terdapat mazi.

Zaman sekarang kita tidak memakai pakaian yang ada mani lagi. Kita berada di zaman yang banyak pakaian. Maka tidak perlulah dirisau.

Kita juga tidak memakai cadar untuk solat.

Kalau pun jika hanya ada satu helai pakaian sahaja, senang sahaja hendak dicuci jika terkena mazi.

Dari Sahl bin Hunaif, beliau berkata,

كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الاِغْتِسَالَ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ « إِنَّمَا يُجْزِيكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ». قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِى مِنْهُ قَالَ « يَكْفِيكَ بِأَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهَا مِنْ ثَوْبِكَ حَيْثُ تُرَى أَنَّهُ أَصَابَهُ ».

“Dulu aku sering terkena mazi sehingga aku sering mandi. Lalu aku menyoal hal ini kepada Rasulullah ‎ﷺ mengenai kejadian yang menimpaku ini. Nabi ‎ﷺ lantas bersabda, ‘Cukup bagimu berwudhu’ ketika berkeadaan seperti ini.’ Aku lantas berkata lagi, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada sebahagian mazi yang mengenai pakaianku?’. Baginda ‎ﷺ menjawab, ‘Cukup bagimu mengambil air seukuran telapak tangan, lalu engkau renjisi pada pakaianmu ketika engkau terkena mazi’.”

HR. Abu Daud no. 210, Tirmidzi no. 115, dan Ibnu Majah no. 506. Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dho’if Sunan Abi Daud mengatakan bahawa hadis ini hasan.

19) Adakah keputihan itu adalah wadi?

Ini kerana keputihan selalunya keluar apabila seseorang itu berada di dalam kepenatan, tekanan atau selepas kering haidh.

Hanya sahaja sifat keputihan itu agak melekit jika disentuh.

🔵 Keputihan bukanlah wadi. Memang terdapat ulama’ yang mengaitkan wadi dengan keputihan dan kerana itu mereka mengatakan ianya najis. Tetapi saya berpegang bahawa ia tidak sama.

Ringkasnya:

1. Keputihan diqiyaskan dengan Wadi. Maka ia najis dan mesti dicuci setiap kali.

2. Ia bukan najis.

Adapun wadi itu kadang-kadang keluarnya semasa meneran atau apabila membuang air besar. Ia tidak sama dengan keputihan.

20) Seorang jema’ah solat dibelakang sutrah. Sedang dia di dalam keadaan duduk antara dua sujud, seorang kanak-kanak tiba-tiba melintasinya dan dia bertindak memukul kaki kanak-kanak tersebut. Bolehkah tindakannya itu?

🔵 Ulama’ khilaf dalam berhukum terhadap anak kecil yang melintas jika mereka (iaitu anak kecil itu) belum mukallaf lagi.

Yang sebaiknya adalah cuba menghalang mereka semampu kita. Ini melihat kepada hadith Nabi yang menghalangi anak kambing yang mahu lalu di hadapan baginda. Jika anak kambing yang tiada akal pun baginda cuba menghalangnya apatah lagi kalau seorang kanak-kanak?

Kalau mereka melintas di hadapan juga, maka biarkanlah.

21) Bagaimanakah hendak dihubungkan dengan hadith berkaitan dengan cucu Nabi yang bermain-main ketika Nabi mengimamkan solat sehingga cucu baginda naik di atas belakang Nabi ketika baginda sedang sujud?

🔵 Itu naik dibelakang baginda. Bukan lalu di hadapan sutrah.

22) Adakah keputihan membatalkan wudhu’?

🔵 Tidak batal.

23) Bagaimankah hukumnya dengan masalah wanita yang sudah berumur dan mengalami masalah angin keluar dari vagina. Adakah ia membatalkan wudhu’?

🔵 Itu bukan kentut.
Orang kita memanggilnya “kentut vagina” atau ” kentut depan” tetapi ia sebenarnya bukanlah kentut.

Di dalam istilah perubatan, ia dinamakan “flatus vaginalis”.

24) Saya pernah berhadapan dengan wanita berumur dan selalu berulang-ulang mengambil wudhu’ disebabkan mereka mempunyai masalah seperti itu.

🔵 Nanti akan dibincangkan di dalam bab perkara yang membatalkan wudhu’.

25) Adakah makruh menahan kentut sebelum solat atau ketika sedang solat?

🔵 Makruh menahan kentut semasa sedang solat. Sama juga dengan menahan berak dan kencing. Kerana ia akan mengganggu solat.

Jika sedang solat, ia bergantung kepada keadaan juga. Sekiranya desakan untuk angin keluar itu sangat kuat sehingga menggangu solat, maka hukum menahannya adalah makruh.

Jika desakan itu hanya datang sekejap, kemudian hilang maka itu tidak mengapa.

26) Tidur yang bagaimanakah di katakan membatalkan wudhu’ seseorang?

🔵 Akan dibincangkan nanti dengan panjang lebar. Secara ringkasnya adalah tidur yang nyenyak. Maksudnya, kalau dia terkentut, dia sendiri tidak sedar bahawa dia telah terkentut.

27) Apakah yang perlu dibuat jika saya terpaksa berulang-ulang mengambil wudhu’ kerana terkentut?

🔵 Hal ini terjadi kerana anda mempunyai penyakit was-was. Inilah yang saya fahami dari bentuk soalan anda.

Untuk kes seperti ini, jangan berhenti solat kecuali jika ada bau atau bunyi.

28) Bagaimana jika jelas kedengaran bunyinya, kerana saya jarang membuang air besar?

🔵 Anda harus mencari jalan untuk mengubatinya. Itu sudah penyakit. Ia bukan lagi perasaan was-was.

29) Adakah kita boleh melintasi dihadapan orang yang solat dalam anggaran melebihi tempat sujudnya jika mereka solat tanpa sutrah dan secara berselerak seperti yang biasa terjadi di surau-surau pusat membeli belah atau di hentian rehat lebuh raya.

🔵 Banyak pendapat tentang jarak itu. Syaikh Utsaimin رحمه الله berpendapat asalkan lepas anggaran jarak sujud.

30) Adakah membatalkan solat jika seorang wanita melintas di hadapan seseorang yang solat tanpa sutrah sejarak 25 meter di dalam masjid?

🔵 Itu sudah sangat jauh.

31) Bagaimana pula jika jarak lintasannya 3 hasta daripada orang yang bersolat?

🔵 Ia mengikut kadar ukuran ketinggian orang yang bersolat tersebut.

32) Adakah hadith yang menyebut ” anjing hitam, himar dan wanita yang melintas di hadapan orang bersolat tanpa sutrah, membatalkan solat” itu bermaksud mereka melintas di dalam kawasan sujud pesolat? Sekiranya di luar dari lingkungan itu, maka tidak mengapa?

🔵 Ia tidaklah sampai membatalkan solat. Hanya berkurang pahala sahaja.

Dan yang menjadi masalah adalah, jika mereka lalu dihadapan orang solat, solat menjadi terganggu dan hilang khusyuk. Jika jarak lintasan sudah sangat jauh, mungkin tidak menggangu lagi.

33) Adakah terdapat dalil supaya menutup kepala sewaktu masuk ke tandas?

🔵 Tiada dalil sahih supaya menutup kepala. Yang sahihnya adalah membaca doa.

34) Adakah tisu basah boleh digunakan untuk berintinjak selepas membuang air kecil bagi mengantikan air ?

🔵 Boleh.

Disangka najis, tapi tidak sebenarnya

Benda-benda yang dikira Najis, tetapi tidak sebenarnya:

1. Mani

Dalil air mani bukanlah najis adalah hadis ini:

✍🏻Diriwayatkan daripada Alqamah
رضي الله عنه Katanya: Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah رضي الله عنها berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja. Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut. Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah ﷺ seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.
Sahih Muslim.

✍🏻Dalam riwayat lain, Aisyah رضي الله عنها berkata:

Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi ﷺ yang telah kering. Kemudian, baginda memakainya untuk solat.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah)

Syarah: Air mani itu sudah kering dan Aisyah menggerik/mengikis/scratch sahaja. Maksudnya masih ada lagilah kesan-kesan mani itu pada kain baginda. Namun kerana ia tidak najis, maka tidak menjadi masalah.

✍🏻Dalam riwayat lain:

Aku membasuh kesan air mani pada pakaian Nabi ﷺ .Kemudian, baginda memakainya untuk solat. Sedangkan, masih basah kesan tompokan air basuhan itu pada bajunya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syarah: Kalaulah air mani itu najis, tentulah Nabi Muhammad ﷺ tidak mengenakannya untuk bersolat.

Ulama berbeza pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau sekadar mengikisnya. Tindakan yang terbaik, perlu dibasuh jika ia masih basah.

Jika sudah kering, cukuplah dengan hanya mengikisnya kerana tsabit perbuatan Aisyah رضي الله عنها (isteri Nabi ﷺ ).

Jika seseorang terlupa membasuhnya ketika masih basah, solatnya tetap sah. Seeloknya basuh dengan segera. Yer la, takkan hendak jalan-jalan pergi 7-11 dengan baju yang ada bekas air mani pula, kan? Orang kata apalah pula….

2. Khamr (arak)

Ada yang menyangka arak adalah najis berlandaskan ayat Maidah:90

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِنَّمَا الخَمرُ وَالمَيسِرُ وَالأَنصابُ وَالأَزلامُ رِجسٌ مِن عَمَلِ الشَّيطانِ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.

Kalimah رِجسٌ dalam ayat ini menyebabkan ramai yang menyangka arak itu najis. Ini tidak benar. Ia bukanlah najis dalam bentuk fizikal (najis ‘aini) tetapi najis dari segi hukum sahaja (najis hukmi).

Benda yang haram tidak semestinya najis. Kalaulah yang haram itu terus menjadi najis, maka emak, anak perempuan dan wanita lain turut menjadi ‘najis’ lah juga seperti yang disebut dalam Nisa:23

حُرِّمَت عَلَيكُم أُمَّهاتُكُم وَبَناتُكُم وَأَخَواتُكُم وَعَمّاتُكُم…

Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan;

Jadi sekiranya arak terkena pada baju, tidaklah haram dibawa ke dalam solat. Walaupun begitu tidaklah pula kita berkata boleh diminum arak itu. Sama juga dengan air mani sebelum ini: bukanlah bila kita berkata ia tidak najis, bererti boleh diminum pula.

📍Satu konsep yang perlu kita fahami: Hukum asal semua benda adalah suci, dan pengharamannya tidaklah terus menjadikan ia najis.

3. Kotoran dan air kencing haiwan yang halal dimakan dagingnya.

Hal ini mungkin pelik bagi sesetengah orang hendak menerimanya tetapi pendapat ini berdasarkan kepada hadis yang sahih:

✍🏻Ada riwayat dari Anas bin Malik رضي الله عنه , beliau bercerita,

قَدِمَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَوْمٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوُا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِلِقَاحٍ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا

Ada sejumlah orang dari suku Ukl dan Uranah yang datang menemui Nabi ﷺ. Namun mereka mengalami sakit kerana tidak sesuai duduk di Madinah. Lalu Rasulullah ﷺ memerintahkan mereka untuk mendatangi kandang unta, dan menyuruh mereka untuk meminum air kencingnya dan susunya
(HR. Bukhari 1501 dan Muslim 4447)

Ulama mengambil hukum dari hadis ini: Jikalau kencing atau tahi yang keluar dari binatang yang boleh dimakan, maka dua perkara itu tidaklah najis. Ini kerana kalau ia najis, tentulah Nabi Muhammad ﷺ tidak akan menyuruh mereka meminum air kencing unta itu. Inilah juga pendapat Imam Ibnu Taimiyyah.

Tambahan pula unta, kambing dan lain-lain binatang adalah haiwan yang biasa bersama dengan para sahabat pada zaman Nabi ﷺ.

Tidaklah ada mana-mana dalil yang mengatakan baginda ﷺ mengajar mereka membersihkan diri mereka dari kotoran yang datang dari binatang-binatang tersebut sebelum solat. Maka tidak disebut ia sebagai najis, merupakan dalil kesuciannya.

Satu lagi hujah, Rasulullah ﷺ telah melakukan tawaf dengan menaiki unta. Kita pun tahu bahawa Masjidil Haram itu adalah tempat yang suci dan diutamakan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di atas muka bumi ini.

Tentu sahaja unta itu ada kemungkinan akan kencing ataupun berak pada waktu itu. Kalaulah kencing dan berak unta itu najis, tentulah Nabi ﷺ tidak akan menaikinya untuk mengerjakan tawaf.

✍🏻Baginda juga membenarkan para sahabat solat di kandang kambing:

Dari Al-Bara’ bin ‘Azib رضي الله عنه , ia berkata,

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الإِبِلِ فَقَالَ « تَوَضَّئُوا مِنْهَا ». وَسُئِلَ عَنْ لُحُومِ الْغَنَمِ فَقَالَ « لاَ تَتَوَضَّئُوا مِنْهَا ». وَسُئِلَ عَنِ الصَّلاَةِ فِى مَبَارِكِ الإِبِلِ فَقَالَ « لاَ تُصَلُّوا فِى مَبَارِكِ الإِبِلِ فَإِنَّهَا مِنَ الشَّيَاطِينِ ». وَسُئِلَ عَنِ الصَّلاَةِ فِى مَرَابِضِ الْغَنَمِ فَقَالَ « صَلُّوا فِيهَا فَإِنَّهَا بَرَكَةٌ »

“Rasulullah ﷺ ditanya mengenai wudhu kerana memakan daging unta, beliau menjawab, ‘Berwudhulah kerana memakan daging unta.’ Beliau ditanya mengenai berwudhu karena memakan daging kambing, beliau menjawab, ‘Tidak perlu berwudhu karena memakan daging kambing.’ Beliau ditanya tentang shalat di tempat menderumnya unta, beliau menjawab, ‘Jangan shalat di tempat menderumnya unta karena unta biasa memberikan was-was seperti syaitan.’ Beliau ditanya tentang shalat di kandang kambing, ‘Silakan shalat di kandang kambing, di sana mendatangkan keberkahan (ketenangan).’”
(HR. Abu Daud, no. 184; Tirmidzi, no. 81; Ahmad, 4:288. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Syarah: Kalaulah kotoran dari kambing itu najis, tentulah baginda tidak membenarkan para sahabat solat di situ.

4. Darah, kecuali darah haidh dan nifas.

Kita telah menyebutkan kenajisan ‘darah haidh’ sebelum ini. Boleh dirujuk pada nota-nota yang lepas. Sekarang kita membincangkan darah yang lain, iaitu darah manusia dan darah haiwan-haiwan yang boleh dimakan. Darah itu suci dan tidak najis.

Hujahnya kerana semua perkara adalah suci pada asalnya, kecuali jika ada dalil yang mengatakan ianya najis.

Dalilnya di dalam satu hadis yang agak panjang:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْنِي فِي غَزْوَةِ ذَاتِ الرِّقَاع.ِ فَأَصَابَ رَجُلٌ امْرَأَةَ رَجُلٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَحَلَفَ أَنْ لَا أَنْتَهِيَ حَتَّى أُهَرِيقَ دَمًا فِي أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ.

Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنه , dia berkata: Kami keluar bersama Rasulullah ‎ﷺ di dalam misi perang Dzat al-Riqa’. (Dalam peperangan itu), seorang lelaki (muslimin) telah menyerang isteri lelaki kaum musyrikin (kerana wanita itu turut berperang). Maka suami itu bersumpah bahawa dia tidak akan berhenti (untuk membalas dendam) sehinggalah dapat menumpahkan darah para sahabat Muhammad.

فَخَرَجَ يَتْبَعُ أَثَرَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْزِلًا فَقَال:َ مَنْ رَجُلٌ يَكْلَؤُنَا؟ فَانْتَدَبَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَرَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ. فَقَالَ: كُونَا بِفَمِ الشِّعْبِ.

Maka dia keluar mengikuti jejak Nabi ‎ﷺ. Maka Nabi ‎ﷺ turun di satu tempat persinggahan (untuk bermalam), lalu bertanya: “Siapakah lelaki yang akan mengawasi kami?” Seorang lelaki dari kalangan Muhajirin dan seorang lelaki dari kalangan Anshar segera menyahut seruan Nabi itu. Baginda berpesan: “Berjagalah di mulut (jalan masuk) bukit ini.”

قَالَ: فَلَمَّا خَرَجَ الرَّجُلَانِ إِلَى فَمِ الشِّعْبِ اضْطَجَعَ الْمُهَاجِرِيُّ وَقَامَ الْأَنْصَارِيُّ يُصَلِّ. وَأَتَى الرَّجُلُ فَلَمَّا رَأَى شَخْصَهُ عَرِفَ أَنَّهُ رَبِيئَةٌ لِلْقَوْمِ فَرَمَاهُ بِسَهْمٍ فَوَضَعَهُ فِيهِ فَنَزَعَهُ حَتَّى رَمَاهُ بِثَلَاثَةِ أَسْهُمٍ ثُمَّ رَكَعَ وَسَجَدَ.

-Jabir رضي الله عنه melanjutkan: Maka tatkala dua lelaki itu keluar (dan sampai) ke mulut bukit, lelaki Muhajirin berbaring sementara lelaki Anshar bangun melaksanakan solat. Maka datanglah lelaki musyrikin tadi. Tatkala dia melihat ciri-ciri lelaki Anshar itu, dia tahu bahawa lelaki itu adalah pengawas bagi kaumnya (pasukan muslimin). Maka dia memanahnya dan mengena lelaki Anshar tersebut, tetapi dia menariknya keluar. Lelaki musyrikin itu terus memanah sehingga tiga anak panah sementara lelaki Anshar itu pula tetap rukuk dan sujud.

ثُمَّ انْتَبَهَ صَاحِبُهُ. فَلَمَّا عَرِفَ أَنَّهُمْ قَدْ نَذِرُوا بِهِ هَرَبَ. وَلَمَّا رَأَى الْمُهَاجِرِيُّ مَا بِالْأَنْصَارِيِّ مِنْ الدَّمِ قَال:َ سُبْحَانَ اللَّهِ أَلَا أَنْبَهْتَنِي أَوَّلَ مَا رَمَى؟ قَالَ: كُنْتَ فِي سُورَةٍ أَقْرَؤُهَا فَلَمْ أُحِبَّ أَنْ أَقْطَعَهَا.

Kemudian bangunlah sahabat Muhajirin yang berbaring tadi. Tatkala lelaki musyrikin mengetahui lelaki Muhajirin itu akan meminta pertolongan pasukannya, dia melarikan diri. Apabila lelaki Muhajirin melihat sahabat Ansharnya yang berlumuran darah, dia berkata: “Subhanallah! Kenapa tidak membangunkan aku apabila terkena panahan yang pertama?” Lelaki Anshar itu menjawab: “Aku saat itu sedang membaca surah (di dalam solat) dan tidaklah aku suka untuk memotongnya (dengan memberhentikan solat dan mengejutkan kamu)”.
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 170/198]

Syarah hadis:

Kalaulah darah itu najis, tentulah ia telah membatalkan wuduk lelaki itu. Dan tentu Rasulullah tahu kisah kejadian ini dan tidaklah baginda menegur lelaki itu.

Memang ada pendapat yang mengatakan darah itu haram dan kerana itu ia adalah najis. Mereka mengambil dalil dari firman Allah سبحانه و تعالى ,

قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ

“Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor.” (QS. Al An’am: 145). Para ulama tersebut menyatakan bahawa, oleh kerana di dalam ayat ini disebut darah itu haram, maka natijahnya darah itu adalah najis.

Akan tetapi kita telah menjelaskan sebelum ini bahawa tidaklah sesuatu yang haram itu otomatik menjadikannya najis. Memang darah tidak boleh diminum, tetapi tidaklah menjadikan ianya najis.

Dalil lain:
Al Hasan Al Bashri رحمه الله mengatakan,

مَا زَالَ الْمُسْلِمُونَ يُصَلُّونَ فِى جِرَاحَاتِهِمْ

“Kaum muslimin (yaitu para sahabat) biasa mengerjakan shalat dalam keadaan luka.” Disebutkan oleh Bukhari secara mu’allaq (tanpa sanad) dalam kitab shahihnya.

Dalil lagi:

Dalam Muwatho’ disebutkan mengenai sebuah riwayat dari Miswar bin Makhromah, ia menceritakan bahwa ia pernah menemui ‘Umar bin Al Khottob رضي الله عنه pada malam hari saat ‘Umar ditusuk. Ketika tiba waktu Subuh, ia pun membangunkan ‘Umar untuk solat Subuh. ‘Umar mengatakan,

وَلَا حَظَّ فِي الْإِسْلَامِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ

“Tidak ada bahagian di dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” Lalu ‘Umar رضي الله عنه solat dalam keadaan darah yang masih mengalir.

Bagaimana pula dengan darah haiwan? Ia juga tidak najis dan dalilnya:

Ada riwayat dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه yang menguatkan hujah bahawa darah dari haiwan yang halal dimakan itu suci. Riwayat tersebut,

صَلَّى بْنُ مَسْعُوْدٍ وَعَلَى بَطْنِهِ فَرْثٌ وَدَمٌّ مِن جَزْرِ نَحْرِهَا وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

“Ibnu Mas’ud رضي الله عنه pernah solat dan di bawah perutnya terdapat kotoran (haiwan ternak) dan terdapat darah unta yang disembelih, namun beliau tidak mengulangi wudhu’nya.” Mushonnaf ‘Abdur Rozaq (1/125)

Ada pula riwayat daripada Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, ia mengatakan, “Nabi ‎ﷺ pernah solat di sisi Ka’bah. Sedangkan Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya sedang duduk-duduk ketika itu. Sebahagian mereka mengatakan kepada yang lainnya, “Cubalah kalian pergi ke tempat penyembelihan si fulan”. Lalu Abu Jahal mendapatkan kotoran haiwan, darah sembelihan dan sisa-sisa lainnya, kemudian dia perlahan-lahan meletakkannya kepada Nabi ‎ﷺ ketika baginda sedang sujud. Baginda ﷺ merasa kesulitan di dalam solatnya. Ketika baginda ﷺ sujud, Abu Jahal kembali meletakkan kotoran dan darah tadi di antara bahunya. Baginda tetap sujud, sedangkan Abu Jahal dan sahabatnya dalam keadaan tertawa.”
HR. Bukhari no. 240 dan Muslim no. 1794.

5. Lendir yang keluar dari kemaluan wanita

Lendir ini termasuklah yang dipanggil ‘keputihan’ oleh orang kita. Ia juga tidak najis kerana mengambil konsep bahawa sesuatu perkara itu tidak najis melainkan ada dalil dari syarak yang mengatakan ianya najis.

📍Soalan pertama perbincangan kita: Adakah lendir dari kemaluan wanita itu najis?

Cairan keputihan yang keluar dari organ pembiakan wanita, adalah hal yang wajar terjadi di masa silam. Meskipun demikian, kita tidak menjumpai adanya riwayat daripada para sahabat wanita (shahabiyah) yang menanyakan hal itu kepada Nabi ﷺ . Padahal umumnya mereka hanya memiliki satu pakaian. Jika ini najis, tentu Rasulullah ﷺ akan mengingatkannya.

Memang ada ulama yang mengatakan ianya najis kerana diqiyaskan dengan mazi yang juga dikira sebagai najis tetapi hujah ini tidak kuat kerana ada lagi hujah-hujah yang lain.

Salah satu dalil yang digunakan oleh ulama’ adalah hadis tentang Saidatina Aisyah رضي الله عنها hanya mengerik/mengikis mani dari baju Rasulullah.

Eh, macam mana pula hadis ini dijadikan dalil bagi ‘keputihan’? Mari kita lihat hadis itu kembali.

Telah berkata A’isyah رضي الله عنها :
كُنْتُ أَفْرُكُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Aku mengerik mani itu dari baju Rasulullah ﷺ .
(HR. Muslim 288, Nasai 296, dan yang lainnya).

Yang difahami dari hadis ini (sebagaimana keterangan Ibnu Qudamah رحمه الله),

1. Mani yang ada di baju Nabi ﷺ adalah bekas hubungan badan (baginda dan Aisyah), dan bukan mani mimpi basah. Ini kerana para Nabi tidak mengalami mimpi basah.

2. Kerana mani itu bekas dari hubungan badan, maka tentulah cairan yang menempel di situ bercampur dengan cairan yang ada di faraj wanita.

3. A’isyah رضي الله عنها menggeriknya, dan perbuatan menggerik itu tentu tidak akan bersih sempurna.

4. Tetapi pakaian itu terus sahaja dipakai baginda untuk bersolat, maka ini menunjukkan yang ia bukan najis. Kalau tidak, tentu baginda tidak akan memakai pakaian itu di dalam solat.

Imam An-Nanawi رحمه الله menjelaskan mengenai ikhtilaf ulama dan merajihkan bahwa keputihan adalah suci, beliau menjelaskan,

رطوبة الفرج ماء أبيض متردد بين المذى والعرق فلهذا اختلف فيها …وقال صاحب الحاوى في باب ما يوجب الغسل نص
الشافعي رحمه الله في بعض كتبه علي طهارة رطوبة الفرج

“Keputihan yang keluar dari kemaluan wanita iaitu cairan putih. Diperselisihkan sifatnya apakah disamakan dengan madzi dan cairan kemaluan. Kerananya ulama’ berbeza pendapat mengenai hukumnya. Penulis kitab al-Hawi mengatakan, Imam as-Syafi’iy رحمه الله menegaskan di dalam sebahagian kitab-kitabnya bahwa keputihan wanita hukumnya adalah suci.” Al-Majmu’, 2/570, syamilah

Kita tidak menafikan yang memang terdapat perbezaan pendapat ulama’ berkait pembahasan hal ini. Dan ini memang masalah klasik yang tidak akan habis dibincangkan.

Ringkasan dari kajian tentang pendapat-pendapat yang ada:

1. Apakah keputihan itu najis atau tidak, pendapat terkuat mengatakan ianya tidak najis.

2. Jika keluar apakah membatalkan wudhu’ atau tidak, pendapat terkuat mengatakan tidak membatalkan wudhu’.

Oleh itu, ringkasan dari hujah yang ada berkenaan keputihan:

1.Tidak ada dalil satupun baik shahih, hasan bahkan dhaif yang mengharuskan berwudhu’ jika keluar keputihan.

2. Keputihan adalah hal yang biasa terjadi pada wanita baik di zaman Rasulullah ﷺ, suatu hal yang bersifat lumrah, sudah tentu akan ditanyakan oleh para sahabat wanita atau akan dijelaskan oleh syari’at.

3. Pembebanan harus berwudhu’ setiap kali keluar keputihan akan memberatkan bagi para wanita.

4. Allah SWT menyebut haid adalah “kotoran” di dalam Al-Quran dan lainnya suci, maka hukum asalnya keputihan adalah suci.

6. Muntah manusia

Muntah manusia juga tidak najis kerana menggunakan konsep umum iaitu sesuatu perkara itu asalnya suci sehinggalah ada dalil yang mengatakan ianya najis. Tidak ada mana-mana dalil yang sahih mengatakan bahawa muntah itu najis.

Jadi kalau sedang dukung anak dan muntah anak kena kepada baju, boleh terus bawa baju pakai untuk solat.

7. Peluh orang dalam junub dan wanita yang haidh

✍🏻Imam Bukhari membincangkan perkara ini dalam Kitab Sahihnya:

274 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ قَالَ حَدَّثَنَا بَكْرٌ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَهُ فِي بَعْضِ طَرِيقِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ جُنُبٌ فَانْخَنَسْتُ مِنْهُ فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ وَأَنَا عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ

274. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid berkata, telah menceritakan kepada kami Bakar dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berjumpa dengannya di salah satu jalan di Madinah, sementara ia dalam keadaan junub.” Abu Hurairah berkata, ‘Aku pun menyelinap keluar dan pergi mandi’. Setelah itu datang lagi, baginda lalu bertanya: “Ke mana saja kamu tadi wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab: “Aku tadi dalam keadaan berjunub. Dan aku tidak suka di dalam majlismu sedang aku dalam keadaan tidak suci.” Mendengar jawapan Abu Hurairah itu, Beliau pun bersabda: “Subhaanallah! Sesungguhnya orang Muslim itu tidak itu najis.”

Syarah: Sama sahaja kalau wanita dalam haidh, peluh mereka tidak najis.

8. Bangkai binatang yang darahnya tidak mengalir.

Bangkai binatang seperti lalat, semut, labah-labah, nyamuk dan sejenisnya bukan najis.

✍🏻Dalilnya:

عن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال قال رسول الله –صلي الله عليه و سلم- ((إذا وقع الذباب في شراب أحدكم فليغمسه, ثم لينزعه, فإن في أحد جناحيه داء, و في الآخر شفاء))
أخرجه البخاري, و أبو داود, و زاد: ((و إنه يتقي بجناحيه الذي فيه الداء))

Dari Abu Hurairoh –radhiyallahu ‘anhu-, dia berkata, Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Jika lalat hinggap ke minuman salah seorang diantara kalian, maka hendaklah dia menenggelamkannya, kemudian buanglah (lalat tersebut), kerana sesungguhnya di salah satu sayapnya ada penyakit, dan di sayap lainnya ada ubat”.
Dikeluarkan oleh Al Bukhari.

Syarah:
Kalau lalat itu najis, tentu Nabi SAW tidak beri minum air itu lagi.

Kesimpulan:
Kita telah sebut apakah yang najis dan kita pun dah sentuh perkara yang selalu dianggap sebagai najis, tapi sebenarnya tidak.

Tidaklah kita hendak sebut semua benda dalam alam ini. Maka selain dari yang kita sudah sebut ini, bukanlah najis. Kan senang begitu? Sudah tahu mana najis, jadi selain darinya tidak najis.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-7☘️
=======================

1) Saya hendak bertanya berkenaan ikan masin, ikan jeruk dan ikan pekasam yang selalu dijual di Sabah dan Sarawak. Ikan yang diawet ini dijual bersama isi perutnya, apakah dikira najis dan haram dimakan?

🔵Apa sahaja yang di dalam perut ikan tidak dikira sebagai najis.

Merujuk nota kelas sebelum ini iaitu bangkai ikan dan belalang dikecualikan dari bangkai yang dikira najis. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah ‎ﷺ .

‎أُحِلَّتْ لَكُمْ مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

“Dihalalkan bagi kalian dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Adapun dua bangkai tersebut adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah tersebut adalah hati (lever) dan limpa. [Riwayat Ibnu Majah no. 3314 dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah Al Ahadith Al Sahihah no.1118]

Perkara ini juga telah dibincangkan secara tuntas oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Disebutkan dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

i. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah ‎ﷺ. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.

ii. Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.

iii. Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

2) Apakah hukum memakan telur masin yang disalut dengan sekam/selut? Difahamkan telur yang tidak dibasuh dikira sebagai najis

🔵Halal kerana lendir yang terkena pada telur semasa keluar itu tidak dikira sebagai najis.

Jika terkena najis ayam sekali pun, seperti yang telah dibincang dalam kelas, kotoran dari haiwan yang boleh dimakan seperti ayam tidak dikira najis.

3) Apakah pandangan di dalam Mazhab Asy-Syafi’iy berkenaan telur ayam yang terkena najis?

🔵Sebahagian ulama di dalam Mazhab Asy-Syafi’iy berpendapat bahawa kulit telur yang terkena najis wajib dibasuh. Selain itu mereka berpendapat lendiran dari kemaluan haiwan juga adalah najis kerana terbit dari tempat najis.

Walaubagaimanapun, jumhur mazhab menyatakan bahawa telur ayam tidak wajib dibasuh.

4) Adakah pengharaman memakan keldai merangkumi kesemua jenis keldai atau keldai jinak sahaja?

🔵Keldai jinak diharamkan memakannya manakala keldai liar seperti kuda belang, kiang, onager dan lain-lain tidak diharamkan.

5) Kawan saya ada menyewa sebuah rumah kepunyaan orang bukan Islam dan ingin menggunakan perkakas di dalam rumah tersebut seperti peti ais dan lain-lain. Adakah cukup dengan hanya membasuh perkakas tersebut dengan air sahaja sebelum menggunakannya?

🔵Ya, memadai dengan hanya membasuh perkakas tersebut dengan air sahaja sebelum menggunakannya.

6) Apakah yang perlu dilakukan jika ada anjing menjilat bekas makanan kucing, kemudian tangan kita terkena bekas jilatan anjing daripada bekas makanan itu ketika hendak membasuhnya?

🔵Jikalau nampak dan pasti bekas jilatan anjing itu, maka perlulah disertu tangan dan bekas makanan tersebut.

7) Adakah boleh menggantikan tanah dengan menggunakan sabun untuk menyertu?

🔵Ada pendapat yang menyatakan boleh menggunakan sabun untuk menyertu tetapi saya lebih bersetuju dengan tanah sahaja kerana hujahnya lebih kuat. Tanah juga mempunyai kelebihan tertentu.

8) Benarkah cara menyertu adalah membasuh kali pertama dengan campuran air dan tanah , kemudian dibilas dengan enam kali air mutlak?

🔵Ya benar. Campuran air tanah itu boleh disiram mahupun dengan cara menggosoknya pada tempat yang terkena najis

9) Adakah benar bahawa memakan daging unta membatalkan wuduk tetapi apabila terkena najis (air kencing dan tahi) unta tidak membatalkan wuduk?

🔵Ya benar. Selain najis unta, najis daripada haiwan lain juga tidak membatalkan wuduk tetapi jika tersentuh najis, maka perlu membasuhnya sebelum solat walaupun najis tersebut tidak membatalkan solat.

Tambahan lagi, jika ianya tidak najis, maka boleh dibawa solat.

Ada bangsa lain selalu berinteraksi dengan najis haiwan, apabila tiba waktu solat terus mereka menunaikannya. Sebagai contoh, ada negara yang menggunakan tahi lembu sebagai bahan bakar dan juga sebagai bahan binaan rumah mereka.

10) Bagaimanakah dengan najis burung gagak? Adakah boleh dibawa solat?

🔵Najis burung dikira sebagai umum balwa. Ianya tetap najis tetapi oleh kerana susah dijaga, maka dimaafkan.

11) Adakah terkena najis membatalkan solat?

🔵Terkena najis tidak membatalkan wuduk mahupun solat.

Walaupun sedemikian, sebelum memulakan solat kita hendaklah memastikan tidak ada najis pada badan kita. Jika ada najis, maka perlulah dibasuh najis itu sahaja tanpa perlu mengambil wuduk semula.

Jika najis datang semasa solat, maka najis itu tidak membatalkan solat kerana ianya datang kemudian.

12) Adakah masalah keputihan wanita membatalkan wuduk?

🔵Perkara ini mempunyai banyak pendapat dan saya memilih keputihan itu bukan najis.

13) Apakah hukum air kolam ikan dan kuah masakan yang terkena pada pakaian solat?

🔵Air kolam ikan dan kuah masakan tidak dikira sebagai najis dan pakaian tersebut boleh dibawa untuk solat.

Pada zaman sahabat mereka mempunyai satu pakaian sahaja. Kadangkala tidak mempunyai baju dan hanya mempunyai kain sahaja. Maka mereka pakai apa sahaja yang ada untuk dibawa solat

Pada zaman sekarang, kita mempunyai banyak pakaian. Boleh silih berganti pakaian. Sebaiknya adalah memakai baju bersih apabila hendak menghadap Allah.

Kekotoran dan kenajisan adalah perkara yang berbeza. Kita patut tahu membezakan yang mana boleh dibawa solat dan yang mana tidak. Bukan semua kekotoran itu adalah najis.

Apabila sedang memasak, atau memancing, boleh sahaja solat dengan pakaian yang sama apabila sampai waktu solat.

14) Saya sering memberi makan kepada anjing terbiar. Kadang kala, anjing tersebut sering meleset-leset pada saya dan tangan saya juga basah terkena air liur anjing ketika memberinya makan. Walaupun begitu saya hanya membasuh tangan saya dengan air biasa. Adakah tindakan saya ini betul?

🔵Ya betul, basuh dengan air sahaja.

Ada sebuah hadith menceritakan bagaimana seorang pemuda membantu anjing kehausan untuk minum dan tidak diceritakan bahawa perlunya berhati-hati akan kenajisannya semasa hendak memberi anjing itu minum.

Daripada Abu Hurairah ‎رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِى بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِى كَانَ بَلَغَ مِنِّى. فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِىَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِى هَذِهِ الْبَهَائِمِ لأَجْرًا فَقَالَ فِى كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

“Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini kehausan seperti diriku.’ Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?” Beliau menjawab, “Setiap memberi minum pada hewan akan mendapatkan ganjaran.” [Riwayat Al-Bukhari no. 2363 dan Muslim no. 2244]

15) Saya pernah tercirit di dalam seluar tetapi sangat sedikit najisnya dan cair . Saya ke tandas dan membasuh seluar itu pada bahagian punggung bagi menghilangkan najis itu. Walaupun kesan najisnya telah hilang tetapi baunya pada pengamatan saya masih ada. Saya telah menggunakan seluar itu untuk solat kerana ketiadaan seluar lain mahupun kain lain di surau R&R tesebut. Adakah sah solat saya?

🔵Solatnya sah kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan pada waktu itu.

Nabi Muhammad ‎ﷺ dan para sahabat beristinjak dengan menggunakan batu. Tentu sahaja masih ada bau lagi, bukan? Maka cara itu diterima.

16) Apakah yang perlu dilakukan apabila bersentuhan dengan bulu anjing yang basah ?

🔵Najis akan berpindah, maka perlu dibasuh sahaja tanpa perlu sertu.

17) Bagaimanakah dengan solat orang yang berpenyakit buasir di mana seluarnya senantiasa terkena najis apabila buasirnya terkeluar?

🔵Apabila sudah ada penyakit, maka dimaafkan.

📝Soalan luar topik kelas

1) Bolehkah melakukan ibadah tawaf menggunakan skyboard?

🔵Ya, boleh bertawaf dengan menggunakan alat bantuan berjalan seperti kerusi roda, kerusi roda elektrik, skyboard dan hoverboard. Selain itu, boleh juga bertawaf dengan kenderaan seperti helikopter dan unta.

2) Apakah penyakit yang boleh diubati dengan meminum air kencing unta?

🔵Berkenaan penyakit yang boleh diubati dengan meminum air kencing unta, ini perlu dirujuk kepada pengamalnya dan mereka yang arif tentang perubatan.

3) Di tempat kerja saya ada banyak kucing dan juga anjing. Makanan kering yang diletakkan di dalam bekas makanan kucing bukan sahaja dimakan oleh kucing tetapi juga anjing . Adakah boleh keduanya berkongsi di dalam satu bekas makanan?

🔵Ya, boleh.

4) Jika keputihan itu tidak najis, maka pakaian dalam yang terkenanya tidaklah perlu ditukar. Bukankah akan rasa tidak selesa?

🔵 Isu geli dan tidak selesa adalah hal lain tetapi dari segi hukum, keputihan bukanlah najis.

Apabila kita membuat perkara yang tidak perlu, maka ia akan menyusahkan kita, memenatkan kita dan menyebabkan kita rasa agama Islam ini agama yang menyusahkan. Walhal sebenarnya tidak.

Hukum yang Allah berikan memang boleh diamalkan. Cumanya ada yang menjadikan ianya membebankan daripada yang sepatutnya.

5) Adakah keputihan tidak boleh disamakan dengan darah haidh?

Dikatakan ada hadith mengajarkan cara membersihkan darah haidh dengan cara meruang.

🔵Keputihan memang tidak sama dengan darah haidh. Darah haidh telah jelas di dalam hadith Nabi menyuruh untuk dibasuh tetapi keputihan tidak disebutkan di dalam hadith.

Tiada hadith yang menerangkan bahawa perlunya meruang sepengetahuan saya.

Hadith yang ada adalah mengajarkan untuk menyapukan wangian pada tempat keluar darah.

Hadithnya adalah:-

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَسْمَاءَ سَأَلَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا، فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا، حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا، فَقَالَتْ أَسْمَاءُ: وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا؟ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِينَ بِهَا؟! فَقَالَتْ عَائِشَةُ: كَأَنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ. تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ. وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ، فَقَالَ: تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ أَوْ تُبْلِغُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا، ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ. فَقَالَتْ عَائِشَةُ: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ

Daripada ‘Aisyah: Bahawa Asma bertanya Nabi ‎ﷺ. mengenai mandi wanita haidh Sabda baginda: “Hendaklah kamu mengambil air dan daun bidaranya, dia bersihkan dengan sebaiknya. Kemudian dia curahkan air ke atas kepalanya dan menggosoknya betul-betul sehingga sampai ke akar rambutnya. Kemudian dia siram air ke atas kepalanya. Kemudian dia ambil kapas yang bercampur kasturi dan dia bersihkan dengannya”. Kata Asma: Bagaimana (cara) dia bersihkan dengannya? Sabda Nabi: Subhana Allah!! Bagaimana engkau hendak bersihkan dengannya?!!. Kata ‘Aisyah: Seakan dia menyembunyikan perkara itu (Dia memperlahankan suaranya agar hanya didengar oleh Nabi ‎ﷺ tetapi tidak didengar oleh orang lain). (Sabda Nabi): “Engkau ikuti kesan darah”. Dia bertanya (pula) tentang mandi junub. Sabda Nabi: “Hendaklah dia mengambil air dan bertuhur (berwuduk) serta mengelokkan tuhur itu atau menyempurnakan tuhur. Kemudian hendaklah dia curahkan air ke atas kepalanya lalu menggosoknya sehingga ke akar rambut. Kemudian dia mencurahkan air ke atasnya”. Kata ‘Aisyah: “Sebaik-baik wanita, wanita Ansar, malu tidak pernah menghalang mereka bertafaqquh dalam agama. [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Faraj wanita diciptakan boleh membersihkan dengan sendiri. Tidak perlu meruang.

6) Adakah pahala bertawaf dengan cara berjalan dan dengan menggunakan kenderaan berbeza?

🔵Ya, pahalanya berbeza

7) Bolehkah melakukan ibadah sa’i menggunakan kenderaan?

🔵Ya, boleh.

8) Adakah boleh disamakan keputihan dengan wadi?

🔵Tidak boleh disamakan. Memang ada ulama yang mengqiyaskan hukum keputihan dengan madzi (bukan Wadi) dan oleh kerana itu mereka berpendapat ianya najis.

Perkara ini kita akan bahaskan dengan tuntas kemudiannya. Ringkasnya keputihan tidak najis.

🍀 SESI SOAL JAWAB KELAS KE-8 🍀
==========================

1) Adakah aurat wanita termasuk di bawah dagu?

🔵 Dagu bukan aurat, tetapi bawah dagu adalah aurat.

2) Bolehkah mengerjakan solat walaupun darah masih belum kering selepas digigit pacat?

🔵 Ya, boleh.

3) Bolehkah pesakit kanser payudara yang baru selesai menjalani pembedahan terus mengerjakan solat, walaupun darahnya belum kering dan masih ada bekas tadahan bagi darah yang mengalir?

🔵 Boleh sahaja diteruskan solat.

4) Adakah sah solat jika terdapat tompokan darah yang besar pada pakaian solat?

🔵 Sah solat kerana darah bukan najis, sama ada ianya sedikit ataupun banyak.

5) Adakah darah istihadhah yang berwarna coklat dikira najis?

🔵 Darah istihadhah bukan najis kerana ianya bukan darah haidh. Sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ tentang darah istihadhah, “Itu adalah darah yang berasal dari urat.” (Hadith sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari (327) dan Muslim (333))

6) Benarkah apa yang keluar dari tubuh kita itu boleh membatalkan solat?

🔵 Tidak benar. Kena tengok apa yang sudah disenaraikan sebagai najis, maka selain daripada itu bukan najis.

7) Bolehkah berwudhu’ dalam keadaan kita tahu terdapat keputihan tetapi tidak dibersihkan?

🔵 Ya, boleh kerana keputihan bukan najis.

8) Bagaimana pula kedudukan keputihan yg berwarna seperti berwarna hijau atau kuning?

🔵 Jika sudah ada warna maka tidaklah dinamakan keputihan, tetapi disebabkan ada penyakit dan ada bau. Ada pendapat yang mengatakan ianya najis namun pendapat ini tiada dalil khusus. Maka ianya dikira bukan najis kerana yang kotor dan sakit tidak menjadikan ia najis.

9) Adakah lendir yang berwarna tidak wajib dibasuh kerana ia bukanlah najis?

🔵 Ya, jika bukan najis maka tidak wajib dibasuh. Jika solat dengannya, solat adalah sah. Namun digalakkan untuk dibasuh.

10) Adakah sama air mani yang keluar semasa berjimak dengan air mani yang keluar semasa mimpi basah?

🔵 Ya, ianya sama. Lihat dalil hadis ini. Nabi Muhammad ﷺ tidak ihtilam (mimpi basah). Maka air mani baginda hanya keluar kerana jimak. Maka bila dikatakan jimak, bukan air mani baginda sahaja tetapi bercampur lendir dari isteri baginda juga. Jadi, oleh kerana air mani tidak najis, maka lendir juga dikira tidak najis.

11) Mengapakah kebanyakan orang kita apabila ditahan di wad (warded) tidak melaksanakan solat?

🔵 Ini kerana orang kita masih jahil bab hukum. Mereka merasakan seolah-olah masuk wad automatik dapat tiket tidak perlu melaksanakan solat.

12) Apakah ada dalil menyuruh wanita istihadhah untuk berwuduk setiap kali ingin mengerjakan solat walaupun dia tidak berhadas? Jikalau ada, adakah ianya wajib atau dianjurkan sahaja?

🔵 Terdapat pelbagai pendapat. Pendapat yang kuat hanya satu wudhu’ untuk satu solat fardhu. Boleh juga untuk solat sunat tetapi bila masuk solat fardhu lain, kena perbaharui wudhu’. Contohnya ambil wudhu’ dan pakai untuk solat zuhur dan solat sunat ba’diyah. Jika masuk waktu asar maka kena ambil wudhu’ lain.

13) Kenapa tidak boleh menggunakan satu wudhu’ untuk dua solat fardhu sedangkan istihadhah tidak najis?

🔵 Diriwayatkan dari Aisyah رضي الله عنها berkata: Fatimah binti Jahsy datang kepada Nabi ﷺ dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku wanita yang sering mengalami istihadhah sehingga tidak pernah suci, apakah aku harus meninggalkan solat?”

Baginda menjawab,

لَا. إِنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ, وَلَيْسَ بِحَيْضٍ, فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَتُكِ فَدَعِي اَلصَّلَاةَ, وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ اَلدَّمَ, ثُمَّ صَلِّي

“Tidak, sesungguhnya itu hanyalah penyakit dan bukan haid. Apabila datang haidmu maka tinggalkan solat. Jika telah selesai maka bersihkan darah haidmu itu (mandi) lalu solatlah.” (Muttafaq ‘Alaih) Dalam lafaz Bukhari, “Kemudian berwudhu’lah setiap kali solat.”

14) Adakah hukum ini hanya bagi orang yang ada darah istihadhah sahaja?

🔵 Ya. Perlu ambil wudhu’ baru jika masih ada darah. Kalau tiada darah keluar, maka boleh terus menggunakan wudhu’ yang sama.

Hadis Nabi menyuruh mengambil wudhu’ setiap kali solat itu adalah kerana orang yang bertanya sentiasa keluar darah istihadhah.

15) Adakah darah wanita mengandung yang mengalami “bleeding” dikira istihadhah?

🔵Ya, benar. Dia perlu mengambil wudhu’ baru setiap kali
solat fardhu.

16) Apakah hukumnya orang Islam menerima darah daripada orang bukan Iislam? Saya pernah mendengar pendapat seorang ustaz yang mengatakan hukumnya haram kerana orang bukan Islam makan benda yang haram jadi darahnya juga haram. Beliau menyandarkan hujahnya dengan ayat Al-Quran yang menyatakan orang kafir itu najis. Mohon penjelasan ustaz.

🔵 Ini adalah salah faham yang amat besar. Lebih teruk dari kes yang mengatakan tidak boleh berkongsi mesin basuh dengan orang Islam. Ini kerana ianya melibatkan nyawa manusia. Tidak ada masalah orang Islam menerima darah orang bukan Islam. Darah orang bukan Islam bukanlah najis. Tidak ada ketulan khinzir atau “beer” dalam darah itu. Makanan yang dimakan sudah habis diproses dan sudah bertukar bentuk.

Ayat Al-Quran yang dimaksudkan adalah At-Taubah ayat 28 dimana Allah memberitahu orang musyrik itu najis. Namun najis di sini bukanlah najis hissi (najis yang jelas nampak). Bukan bermaksud kena basuh tangan jika bersalam dengan orang bukan islam. Sebenarnya yang dikatakan najis pada ayat ini adalah akidah dan fahaman mereka iaitu najis maknawi (najis dari segi makna) sahaja. Bukanlah najis yang sebenar.

17) Adakah ajaran ustaz tersebut telah menyalahi ajaran Nabi ﷺ kerana baginda memberitahu kita Islam adalah agama yang mudah?

🔵 Hadith berkata tidak akan menang mereka yang menyusahkan. Ini kerana jika menyusahkan syariat agama kita tidak akan mampu hendak mengamalkan benda-benda yang ditokok tambah.

Sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ.

إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ إِلاَّ غَلَبَهُ، فَسَدِّدُوْا وَقَارِبُوْا، وَأَبْشِرُوْا، وَاسْتَعِيْنُوْا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ.

“Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan dikalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna). Oleh karena itu, berlaku luruslah, sederhana (tidak melampaui batas), dan bergembiralah (kerana memperoleh pahala) serta memohon pertolongan (kepada Allah) dengan beribadah pada waktu pagi, petang dan pada sebahagian malam.”
HR. Al-Bukhari (no. 39), Kitabul Iman bab Addiinu Yusrun, dan an-Nasa-i (VIII/122)

18) Apakah hukum bagi orang yang menyusahkan syariat agama kemudian dia menyebarkan kepada orang ramai?

🔵 Berdosa sebagaimana disebut dalam hadith di atas.

19) Bolehkah dinyatakan nama beliau supaya masyarakat dapat berhati-hati pada masa hadapan?

🔵 Boleh. Pernah dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal: “Manakah yang lebih engkau suka, seseorang yang berpuasa, solat, dan melakukan iktikaf atau orang yang berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah?” Beliau menjawab: “Apabila dia berdiri dan solat serta beriktikaf, maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk dirinya sendiri. Namun apabila dia berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk kaum muslimin, inilah yang lebih utama.”

Kita juga perlu berusaha untuk membuat penilaian. Usaha ini bukanlah percuma tetapi Allah akan membalasnya dengan pahala.

20) Adakah Sunni dan Salafi itu berbeza?

🔵 Istilah Sunnah, Sunni dan Salaf adalah lebih kurang sahaja.

Perkataan ” Sunni” digunakan apabila membandingkan dengan “Syiah”. Contoh: Shi’ie dan Sunni.

Sunnah pula bermaksud mengikut contoh amalan Nabi Muhammad dan sahabat.

Jika hendak mengikut contoh Nabi dan sahabat, kena melihat kepada amalan dan fahaman golongan di tiga kurun yang pertama, iaitu golongan Salaf.

Maka, Sunnah, Salaf, Nabi dan sahabat adalah saling berkaitan.

Ramai yang mengaku Sunnah, tetapi mereka bukanlah Sunnah seperti golongan Salaf.

21) Adakah haiwan halal tetapi dilindungi dibawah akta perlindungan haiwan seperti landak boleh di makan?

🔵 Jika wujud akta itu, maka kena taat kepada arahan pemerintah.

22) Bolehkah membaca lafaz yang mengandungi nama Allah ketika di dalam bilik air yang bersekali dengan tandas?

🔵 Yang dilarang adalah ketika masih ada najis ketika itu. Jika sudah dibersih n najis tiada lagi maka boleh membaca lafaz “bismillah”

23) Adakah dalil yang menyokong perkara di atas?

🔵 Tiada, kerana ketika zaman dahulu tandas tidak seperti tandas hari ini.

24) Bolehkah seorang yang sentiasa membawa Quran meletakkan Qurannya di atas sinki bilik air tetapi masih di luar tandas?

🔵 Ya, boleh. Sinki di bilik air tidak di kira sebagai tandas.

25) Bolehkah kita memegang Quran tanpa wudhu’?

🔵 Mengikut pendapat yang rajih, boleh. Jika masih tidak yakin, boleh memegang terjemahannya.

26) Adakah solat fardu yang ditinggal ketika usia remaja wajib diqodha atau hanya bertaubat?

🔵 Terdapat khilaf di dalam hal ini. Ada yang berpendapat wajib diqodha dan ada yang berpendapat tidak.

Saya berpegang pada pendapat tidak ada qadha jika meninggalkan solat dengan sengaja. Wajib bertaubat dan belum tentu Allah akan menerima taubatnya itu. Maka,kena perbanyakkan amalan sunat.

Bagi mereka yang berpegang wajib diqadha, maka kena qadha solat tersebut. Setiap kali selesai solat fardhu, tambah satu lagi solat. Contohnya Solat Subuh maka ditambah satu lagi Solat Subuh, kemudian Solat Zuhur maka ditambah satu lagi Solat Zuhur. Jika telah meninggalkan solat selama 20 tahun, maka 20 tahunlah lakukan begitu.

27) Rutin kerjaya saya adalah sentiasa di dalam permusafiran. Bolehkah saya melakukan jamak ta’khir jika saya tidur pada waktu Maghrib dan bangun pada waktu Isyak dengan tidak berniat jamak ta’khir sebelum tidur?

🔵 Teruskan sahaja solat Maghrib dan Isyak dan ia dimaafkan kerana tertidur. Salah satu keadaan di mana pena diangkat ( tidak dicatat dosa) ialah tidur.

28) Ketika bermusafir, bolehkah dilakukan solat jamak ta’khir solat Zohor di dalan waktu Asar sedangkan tidak berniat akan melakukan solat jamak ta’khir ketika waktu Zohor?

🔵 Perlu berniat apabila masuk waktu. Jika tidak boleh solat (pada waktu itu), maka hendaklah berniat jamak ta’khir. Anda sepatutnya peka dengan waktu solat dan jangan asyik terlupa.

29) Adakah memberi sedekah Al-Fatihah apabila mendengar berita kematian, suatu sunnah Nabi?

🔵 Ia bukan sunnah, tetapi bida’ah. Sunnahnya (ketika mendengar berita kematian) ialah mendoakan si mati supaya diampunkan dosa, dijauhkan azab dan lainnya.

30) Adakah wudhu untuk solat Isyak terbatal sekiranya seseorang makan selepas solat Maghrib?

🔵 Wudhu’ tidak terbatal dengan (aktiviti) makan.

Sisa minuman yang tidak suci

Kita telah belajar sisa minuman yang suci, sekarang kita belajar sisa minuman yang tidak suci pula.

1. Sisa air minuman anjing

✍🏻Sabda Rasulullah ﷺ, “Bersihnya bejana kalian jika dijilat anjing adalah dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, cucian pertamanya menggunakan tanah.” (Muttafaq ‘alaih)

Maka kalau ternampak bekas minuman anjing maka itu adalah najis. Kalau tidak mahu pakai bekas itu lagi, maka buanglah. Kalau hendak dipakai kembali, maka kena sertu (bukan samak).

Andai melihat najis, kita dipertanggungjawabkan mencuci sekiranya ternampak najis itu atau ternampak kejadian itu. Kalau setakat anjing lalu di hadapan rumah sahaja, tidaklah kita dipertanggungjawabkan untuk membasuh jalan, beranda atau rumah kita.

📍Jadi tidak perlu untuk sertu rumah yang asalnya diduduki oleh bangsa agama lain, atau takut hendak memberi penganut agama lain menyewa rumah kita, atau takut hendak berkongsi kedai dobi dengan mereka.

2. Sisa air minum keldai

Keldai tidak boleh dimakan kerana dalil:

✍🏻“Ketika Rasulullah ﷺ menaklukkan Khaibar, kami menangkap seekor keldai di luar desa itu, lalu kami memasaknya. Kemudian datang utusan Rasulullah ﷺ , seraya berseru: Ketahuilah, sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى dan Rasul-Nya telah melarang kalian memakan keldai, kerana keldai itu najis, dan kerana termasuk perbuatan syaitan. Maka periuk-periuk dengan isinya pun ditumpahkan, periuk dengan semua isinya tertumpah.”
(HR. Muslim dan Bukhari)

Orang Melayu tidak makan keldai jadi tiada masalah di sini. Maka, keldai boleh ditunggangi tetapi tidak boleh dimakan.

3. Sisa air minuman babi

Sisa minuman babi adalah najis. Namun tidaklah perlu disertu. Hanya kena basuh seperti biasa sahaja dengan air.

4. Sisa air minuman binatang buas

✍🏻“Aku mendengar Rasulullah ﷺ, ketika ditanya tentang air yang ada di tanah lapang dan air yang suka didatangi oleh binatang buas dan haiwan tunggangan. Dia berkata: Rasulullah ﷺ menjawab: “Jika air itu dua qullah maka tidak akan mengandungi kotoran (najis).”
(HR. Tirmidzi, Ahmad dan Abu Dawud)

Maksud Nabi SAW, kalau air sudah dua qullah maka air itu banyak dan tidak mengubah warna, bau dan rasa air itu. Sila rujuk nota dua qullah sebelum ini.

📍Binatang buas dikira sebagai najis kerana ia biasanya memakan bangkai dan benda najis, sehingga mulutnya turut menjadi najis. Tidak ada sesuatupun yang boleh mensucikannya.

Binatang mana ada gosok gigi, kan?


Masyarakat kita selalu keliru tentang mana najis dan mana tidak. Maka ada yang disangka najis, tapi tidak sebenarnya. Mari kita lihat.

Sisa minuman yang suci

Sisa minuman yang suci

1. Sisa minuman manusia.

Sisa makanan dan minuman manusia tidak najis walaupun mereka itu adalah orang kafir kerana mereka tidak najis.

Cuma yang najis adalah akidah mereka. Ini penting kerana ada salah faham sehingga hendak berjabat tangan dengan orang kafir terasa takut. Ada yang menyangka berjabat tangan dengan orang kafir itu sampai membatalkan wuduk. Tidaklah begitu.

Ini adalah salah penafsiran terhadap ayat Tawbah:28

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini;

Syarah: Hanya yang najis adalah akidah mereka. Bukannya tubuh badan mereka.

Islam juga tidak menganggap perempuan yang di dalam haidh sebagai najis atau kotor.

✍🏻Rasulullah pernah meminum sisa minuman ‘Aisyah ketika dia sedang haid, bahkan bibir baginda pun diletakkan tepat pada tempat bibir ‘Aisyah sebelumnya.”
(HR. Muslim)

Ini berlawanan dengan agama lain seperti Yahudi, contohnya yang menjauhkan wanita dari orang lain semasa wanita itu di dalam haidh. Sampaikan tidak boleh duduk makan sekali.

Orang kita juga mungkin ada yang tersalah faham kerana apabila seseorang itu sedang haidh, dia berkata: “saya dalam kotor”. Bila mengunakan kalimah ‘kotor’ agaknya mungkin itu punca ada yang salah sangka.

📍Oleh itu, kita perlulah tahu membezakan di antara najis maknawi (figuratif) dan najis haqiqi (memang betul-betul najis). Kalau dikatakan orang kafir itu najis, ia adalah najis maknawi sahaja (dari segi makna), bukan haqiqi (bukanlah mereka benar-benar najis).

2. Sisa minuman haiwan yang boleh dimakan dagingnya

Ini kerana di dalam syarak, binatang yang boleh dimakan, tubuh mereka bukanlah najis. Maka bekas jilatan mereka juga tidak najis. Haiwan seperti kuda, lembu, burung dan lainnya.

Sebab hukum asal semua binatang adalah suci sehinggalah ada dalil yang menjelaskan kenajisannya.

3. Sisa air minuman kucing.

Kucing tidak boleh dimakan tetapi sisa minuman mereka bukan najis.

✍️Dalam Riwayat Bukhari ada disebut:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ إسحاق بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ حُمَيْدَةَ بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ عَنْ كَبْشَةَ بِنْتِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ وَكَانَتْ تَحْتَ ابْنِ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ أَبَا قَتَادَةَ دَخَلَ فَسَكَبَتْ لَهُ وَضُوءًا فَجَاءَتْ هِرَّةٌ فَشَرِبَتْ مِنْهُ فَأَصْغَى لَهَا الانَاءَ حَتَّى شَرِبَتْ قَالَتْ كَبْشَةُ فَرَآنِي أَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ أَتَعْجَبِينَ يَا ابْنَةَ أَخِي فَقُلْتُ نَعَمْ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

75 – `Abdullah bin Maslamah Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Ishak bin `Abdillah bin Abi Thalhah daripada Humaidah binti `Ubaid bin Rifa`ah daripada Kabsyah binti Ka`b bin Malik – beliau ialah isteri kepada anak Abi Qatadah – bahawa Abu Qatadah telah masuk ke rumahnya lalu beliau (Kabsyah) pun menuangkan air wudhu’ kepadanya. Tiba-tiba datang seekor kucing terus sahaja kucing itu meminum air dari bekas itu. Dia pun menyenggengkan bekas tersebut supaya kucing itu dapat minum. Kabsyah berkata: Abu Qatadah pun melihat aku memerhatikan kepadanya maka dia pun berkata: “Adakah engkau berasa hairan wahai anak saudaraku”? Maka aku pun mengiyakannya. Abu Qatadah pun berkata berkata bahawa Rasullullah SAW berkata “Sesungguhnya” kucing itu bukan najis, ia ialah sebahagian (binatang) yang lalu-lalang di antara kamu dikalangan lelaki dan perempuan”

Sekian bab sisa minuman yang suci. Sekarang kita lihat pula sisa minuman yang tidak suci pula.


🍀 SESI SOAL JAWAB KELAS KE-6 ☘️
========================

1) Mengapakah daging keldai dianggap najis?

🔵 Daging keldai dianggap najis kerana ia kotor.

Hal ini sebagaimana maksud hadith berikut:
وَعَنْهُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : لَمَّا كَانَ يَوْمُ خَيْبَرَ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَلْحَةَ فَنَادَى إنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ فَإِنَّهَا رِجْسٌ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Anas Ibnu Malik رضي الله عنه, dia berkata: “Ketika hari perang Khaibar Rasulullah ﷺ memerintahkan Abu Thalhah, kemudian menyeru: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang engkau sekalian memakan daging keldai negeri (bukan yang liar) kerana ia kotor.” (Muttafaq Alaihi)

2) Adakah status tulang, bulu dan tanduk yang kering tetap najis?

🔵 Jika tulang, tanduk, atau bulu itu kering, ia tidak memindahkan kekotoran.

3) Adakah daging haiwan yang ditunggangi seperti kuda juga tidak boleh dimakan?

🔵 Tidak. Hanya keldai sahaja. Kuda boleh dimakan.

4) Adakah tulang yang dimaksudkan ini adalah dari haiwan buas atau keldai?

🔵 Maksudnya tulang dari binatang yang najis. Keldai dan babi pula dari binatang buas.

5) Benarkah orang kafir tidak boleh menghampiri Masjidil Haram dan bagaimana pula dengan masjid di tempat kita?

🔵 Benar, orang kafir tidak boleh menghampiri Masjidilharam. Namun masjid di tempat kita mereka digalakkan masuk.

6) Adakah benar memakan daging unta membatalkan wudhu’ dan apakah hikmahnya?

🔵 Ya, benar. Namun hikmahnya saya tidak tahu. Bukan semua perkara ulama’ tahu. Hikmah ini pun adalah ijtihad ulama’ sahaja. Yang pasti ada dalil mengatakan bahawa ia membatalkan wudhu’. Tetapi sebabnya tidak dijelaskan. Cuma ulama’ selalunya akan cuba mencari punca mengapa sesuatu perkara itu dilarang. Tetapi kita harus tahu yang ianya adalah ijtihad sahaja.

7) Sisa air minuman kucing bukan najis, adakah arnab juga boleh dikiaskan seperti kucing?

🔵 Arnab adalah haiwan yang boleh dimakan jadi bekas jilatannya tidak najis. Manakala kucing dikhususkan di dalam hadith kerana kucing tidak boleh dimakan namun sisa air minumannya tidak najis.

8) Apakah hikmah kucing disebut di dalam hadith?

🔵 Kerana kucing adalah haiwan yang tinggal bersama kita dan susah untuk di kawal.

9) Adakah perbahasan mengenai jenis-jenis lalat?

🔵 Tiada. Sama hukum untuk semua jenis lalat.

10) Adakah roti yang telah ditebuk tupai masih boleh dimakan?

🔵 Jumhur ulama mengatakan yang tupai halal dimakan maka sisa tupai tidak najis.

11) Adakah perlu ada niat lain ketika berwudhu’ jika menggunakan satu mud air bagi mengelakkan air menjadi musta’mal?

🔵 Tidak perlu. Ianya menyusahkan dan menambah benda yang tidak perlu. Memadai dengan terus mencelupkan tangan sahaja.

12) Bolehkah kita mengambil wudhu’ seperti cara menyapu khuf, walaupun tanpa keuzuran, kesulitan mahupun bermusafir contohnya ketika di rumah?

🔵Boleh. Jika tidak musafir boleh dipakai khuf selama sehari. Kalau bermusafir boleh dipakai khuf selama tiga hari berturut-turut.

13) Bolehkah menyapu kasut dan terus ke stokin jika wudhu’ terbatal semasa memakai kasut biasa yang tidak melebihi buku lali dan berstokin?

🔵 Boleh sahaja menyapu di atas stokin atau kasut, tetapi stokin mestilah menutup buku lali kerana hukum khuf ini ialah memakai kasut kulit yang menutupi buku lali, ianya bukan kasut biasa.

14) Apakah hukum air di dalam tangki “stainless steel” yang dipasang di sesetengah rumah itu di kira air musyammas?

🔵 Ianya air mutlak yang boleh digunakan. Suci lagi menyucikan. Pendapat yang mengatakan ianya air musyammas adalah tidak kuat hujahnya.

15) Beberapa bulan yang lepas, sebatang anak sungai berubah menjadi bewarna biru akibat lepasan sisa air buangan dari sebuah kilang. Adakah ini dikira sebagai air ajin?

🔵 Ini sudah terlalu banyak bahan pewarna. Jika sudah tiada air lain, bolehlah dipakai.

16) Apakah maksud air muqayyad?

🔵 Air muqayyad adalah air campuran bahan suci seperti air kopi, suci tetapi tidak boleh dipakai untuk berwudhu’.

Kalau muqayyad musfaq pula, ia semacam air perigi bercampur dedaunan, maka ia boleh.

17) Adakah keputihan itu bukan wadi dan apakah hukumnya?

🔵 Allahu a’lam. Banyak sekali pendapat ulama’ yang saling berbeza di dalam hal ini.

Saya memilih pendapat bahawa, ianya tidak najis. Kerana keputihan adalah perkara lazim bagi wanita dari zaman Nabi sendiri tetapi tidaklah ada hadith yang mengatakan ianya najis dan membatalkan wudhu’.

18) Sekarang ini tikus sedang mengamuk di kejiranan saya. Habis digeriknya barang-barang termasuk bungkusan tepung saya juga ditebuknya. Saya buangkan sahaja bahagian tepung yang berhampiran bekas tebukan itu. Bolehkah saya menggunakan tepung yang selebihnya?

🔵 Ya boleh dipakai lagi. Hadith riwayat Maimunah رضي الله عنها Rasulullah ‎ﷺ ditanya tentang bangkai tikus yang terdapat di dalam minyak sapi, lalu baginda bersabda:

ألقوها وما حولها وكلوه

Maksudnya: “Buangkan ia (tikus itu) dan apa yang di sekelilingnya, dan makanlah ia (minyak sapi itu).
Direkod oleh Bukhari (no: 5218)

19) Kawasan perumahan tempat saya tinggal selalu terjadi masalah kekurangan air. Bolehkah saya gunakan air yang hanya tinggal satu bekas baldi utk berwudhu’ dan sahkah solat saya nanti?

🔵 Ya, air satu baldi itu boleh dipakai untuk berwudhu’. Sah untuk solat.

20) Jika kita khuwatirkan makanan itu membahaya di sebabkan kencing tikus maka bolehkah kita membuang makanan dan air itu?

🔵 Boleh.

21) Tikus sekarang adalah haiwan pembawa penyakit, bolehkah kita makan makanan yang sudah tercemar seperti soalan di atas?

🔵 Kita hanya menyebut dari segi hukum. Kalau berbahaya dari segi kesihatan, maka baik dibuang sahaja.

Kalau nampak dia hanya menggigit di bahagian luar sahaja, bahagian dalam masih selamat lagi.

22) Saya anti betul dengan tikus disebabkan penyakit yang dibawanya. Saya pernah pasang perangkap dan berjaya tangkap tikus. Cuma yang menjadi masalah macam mana hendak bunuh tikus. Oleh kerana tidak sanggup bunuh, akhirnya kami lepas di padang. Apakah cara terbaik untuk bunuh tikus? Bolehkah letakkan racun dalam makanan tikus?

🔵Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yag artinya :
” … Apabila kalian membunuh, maka lakukanlah dengan cara yang baik … ” ( HR. Muslim)

Maka jangan lemaskan atau bakar kerana itu menyeksa. Boleh letak di dalam guni dan pukul dengan segera sampai mati. Racun menyebabkan tikus akan lama terseksa.

23) Berkenaan najis ringan, bagaimana jika anak lelaki itu ada disisipkan air masak atau air mineral tetapi bukan berterusan, hanya sementara susu si ibunya belum ada. Adakah masih dikira najis ringan ?

🔵Boleh berikan kerana itu tidak dikira makan selain dari susu ibunya.

24) Minta pandangan ustaz. Apakah tindakan terbaik untuk dilakukan jika kita bekerja di restoran makanan segera dan tahu pihak atasan mengamalkan perniagaan tidak telus seperti menipu pelanggan untuk melariskan sesuatu produk? Pekerja bawahan berasa terpaksa menipu juga untuk mencapai target yang diberi. Adakah dalam soal mencari rezeki yang diberkati cara begini dibolehkan walaupun ada yang berpendapat itu strategi bisnes?

🔵Tidak boleh. Kena tegur dan kalau tegur tidak berkesan, kena tinggalkan cari kerja lain.

25) Adakah benar jika dari segi berpakaian walaupun bertudung tetapi masih menampakkan bentuk badan itupun dikira tidak menutup aurat dengan sempurna dan mempengaruhi keberkatan rezeki?

🔵Ya benar. Aurat kena baju longgar.

26) Berkenaan bahagian bangkai yang suci. Selain tulang, kuku, tanduk, sumbu, gading, huf/telapuk dan gigi haiwan. Adakah kasturi/buntat haiwan serta bulunya perlu disamak dahulu sebelum dimanfaatkan sebagaimana kulitnya atau boleh sahaja cucian biasa sebagaimana kulit ayam dan lembu?
Kasturi atau buntat yang digunakan untuk buat minyak wangi dan biasanya ada pada kijang dan rusa.

🔵Tidak perlu samak.

27) Baru tahu rupanya, “kasturi” yang selalu keluar kat lirik lagu, atau yang diterjemah dari hadis perkataan “الْمِسْكِ” itu adalah wangian minyak kasturi yang diperbuat dari haiwan. Saya fikirkan dari limau kasturi.

🔵 Ini sebab kadang kadang di hutan ada bau wangi tetapi itu bukan hantu, bau kasturi dari kijang itulah dan english jadi ‘musk’. Allah SWT juga sebut tanah di syurga nanti adalah kasturi. Jadi tengoklah bentuk kasturi yang macam pasir itu. dapatlah bayangkan tanah syurga yang wangi.
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni.” (Hadis riwayat Muslim).

28) MashaAllah tidak sangka bau wangi kasturi itu dari kijang rupanya.

🔵Biasa sahaja jika orang keliru sebab tidak tahu. Macam dulu kisah kubur para habib di Yaman berbau wangi. kecoh habis tetapi selepas disiasat sebab ada pokok bunga tengah kembang dan bau wangi. Mudah dan senang sahaja kena tipu.

29) Adakah binatang selain kijang ada bau wangi?

🔵Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus (tikus jenis tikus muskrat (Ondatra zibethicus). Paling populer adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

30) Bukan semua lembu sebab tidak pernah lagi berbau harum lembu ni walau hari-hari jumpa.Adakah duduk sebelah dengan kijang boleh dapat mencium bau wangi itu?

🔵Ya, tidak tahulah jenis lembu yang mana. Mungkin tidak sebab dia akan keluarkan kasturi itu sebab hendak tanda tempat dia.

31) Adakah boleh, kalau bunuh kijang semata-mata untuk dapatkan pewangi dan jadikan itu mata pencariannya?

🔵Boleh kerana kasturi adalah produk berasal dari kijang. Maksudnya boleh makan kijang itu seperti kita ambil kulit lembu dan makan daging lembu itu. Kasturi itu diambil dari kelenjar dia. Jika hendak dapat 1kg kasturi, dalam 30 kijang sebab itu dulu 1kg kasturi, harganya 2kg emas sebab susah hendak dapatkan.

32) Jika kawasan perumahan kita jauh dari masjid bolehkah membeli jam dinding yang mengalunkan azan dan zikir sebagai penentu waktu solat?

🔵Boleh

33) Adakah boleh digunakan untuk kegunaan harian jika air itu kelihatan bersih tetapi ada parasit? Kalau kita sekadar syak atau mahu mengelak dari risiko, bolehkah bertayammum?

🔵Jika sudah tahu bahaya jangan pakai. Kalau tidak ada air lain, boleh tayammum namun kena berusaha cari air lain dahulu.

34) Bolehkah bertayammum sahaja walaupun ada air?

🔵Tidak boleh. Kalau istinjak, boleh pilih pakai air atau batu tetapi wuduk tiada pilihan. Kalau ada air, kena pakai air.

Jenis-jenis Najis

Bahagian: Jenis-jenis Najis

🔺Thaharah/Air dan Najis/Najis/Jenis-jenis najis

Bahagian: Najis

Sebelum ini kita katakan, air kalau bercampur dengan najis, dan telah mengubah warna, bau atau rasanya, maka kita tidak boleh menggunakan air itu untuk bersuci. Maka kenalah kita tahu, apakah yang dikira sebagai najis.


1. Tahi dan air kencing

Dua perkara ini telah diketahui oleh semua orang kerana ia najis, tahi dan kencing tidak boleh dibawa ke dalam solat. Maka kerana itulah kena disucikan dahulu dengan air yang suci lagi menyucikan yang kita telah pelajari sebelum ini.

Cuma ada perincian tentang kencing anak lelaki yang berumur kurang dari dua tahun:

▪️Ia adalah najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu ibunya sahaja.

▪️Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah ini, memadai dengan merenjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

✍🏻Dalil Dari Ummu Qais binti Mihsan katanya

Dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan anak lelakinya yang belum makan sesuatu selain dari susu ibunya; ketika anak itu dalam pangkuan Nabi s.a.w, dia terkencing. Berkata yang meriwayatkan hadith ini dari Ummu Qais, bahawa Rasulullah s.a.w tidak lebih dari memercikkan air ke tempat yang terkena kencing itu
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, syaratnya kena ada tiga:

1. Mesti anak lelaki (anak perempuan tidak termasuk)

2. Umur anak itu kurang dari dua tahun.

3. Hanya makan susu ibu sahaja. Kalau sudah makan makanan lain, maka tidak termasuk.


2. Darah Haidh

Darah haidh itu najis dan kenalah dihilangkan sebelum dibawa ke dalam solat.

✍🏻Ini berdasarkan riwayat berikut,

‎عن أبي هريره رضي الله عنه, أن خولة بنت يسار قالت, يا رسول الله ليس لي إلا ثوب واحـد وأنا أحيض فيه؟ قال فإذا طهرت فاغسلى موضع الـدم ثم صلي فيه, فقالت يا رسول الله إن لم يخرج أثر؟ قال, يكفـيــك الماء ولا يضرك أثره.

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Khaulah binti Yasar berkata, ‘Ya Rasulullah, aku hanya mempunyai satu helai pakaian, dan (sekarang) saya haidh mengenakan pakaian tersebut.’
Maka Rasulullah menjawab, ‘Apabila kamu telah suci, maka cucilah yang terkena haidhmu, kemudian salatlah kamu dengannya.’
Dia bertanya, ‘Ya Rasulullah, (bagaimana) kalau bekasnya tidak boleh hilang?’
Rasulullah menjawab, ‘Cukuplah air bagimu (dengan mencucinya) dan bekasnya tidak membahayakan (salat)mu.’”
(Sahih, riwayat Abu Dawud dalam Sahih-nya (no. 351) dan ‘Aunul Ma’bud (II/26 no. 361), al-Baihaqi (II/408))

📍Nota: kalau ia tidak najis, tentulah Nabi tidak menyuruh supaya dibersihkan dahulu. Kalau ada kesan sedikit-sedikit, itu dimaafkan. Zaman dahulu tidak ada clorox.


3. Wadi

Air wadi adalah cairan berlendir yang keluar dari zakar lelaki sesudah membuang air kecil. Keluarnya membatalkan wudhu’.

Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, ber”jogging” dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.

Hukumnya tidak wajib mandi junub, hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Jika hendak solat, kena ambil wuduk balik.

📍Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.


4. Madzi

Madzi adalah air yang keluar dari kemaluan, air ini jernih dan melekit.

Keluarnya air ini disebabkan syahwat yang muncul ketika seseorang memikirkan atau membayangkan jima’ (hubungan seksual) atau ketika pasangan suami isteri bercumbu (foreplay).

Ia keluar dengan tidak memancar (air mani akan memancar). Keluarnya air ini tidak menyebabkan seseorang menjadi lemah (tidak seperti keluarnya air mani, yang pada umumnya menyebabkan tubuh menjadi lemah) dan terkadang air ini keluar tanpa disedari (tidak terasa).

Air madzi boleh terjadi pada laki-laki dan wanita, meskipun pada umumnya lebih banyak terjadi pada wanita. Sebagaimana air wadi, hukum air madzi adalah najis. Apabila air madzi terkena pada tubuh, maka wajib mencuci tubuh yang terkena air madzi tersebut.

Adapun apabila air ini, jika terkena pakaian, maka memadai dengan memercikkan air ke bahagian pakaian yang terkena air madzi tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah SAW terhadap seseorang yang pakaiannya terkena madzi,

✍🏻“Cukuplah bagimu dengan mengambil segenggam air, kemudian engkau percikkan bahagian pakaian yang terkena air madzi tersebut.”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad hasan).

📍Keluarnya air madzi membatalkan wudhu. Apabila air madzi keluar dari kemaluan seseorang, maka dia wajib mencuci kemaluannya dan berwudhu apabila hendak solat.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah, “Cucilah kemaluannya, kemudian berwudhulah.”
(HR. Bukhari Muslim)

Maknanya, tidak perlu mandi wajib.


5. Bangkai

Bangkai dalam bahasa Arab disebut al Mayyitah (bunyi ala-ala mayat kan?). Pengertiannya adalah haiwan yang mati tanpa disembelih mengikut syarak. Mungkin ia mati dengan cara mati sendiri tanpa sebab atau dengan campur tangan manusia yang membunuhnya (dengan cara mencekik atau memukul dengan batu dan sebagainya).Bangkai binatang itu adalah najis.

✍🏻Dalil najisnya bangkai:

Dari Abdullah bin Abbas dia berkata,” Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,” Apabila kulit telah disamak, maka sungguh ia telah suci.”
(HR. Muslim)

Penjelasan dari Hadis: Apabila Nabi ﷺ berkata kulit yang sudah disamak menjadi suci, maka ini memberi isyarat bahawa kulit itu asalnya najis. Hanya setelah disamak baharulah ianya menjadi suci.

📌Nota tambahan:

Kita mahu membetulkan sedikit terma/istilah yang dipakai oleh orang kita. Ramai yang tidak tahu membezakan antara ‘samak’ dan ‘sertu’. Dengar dan fahami baik-baik.

🔺Sertu: membasuh bekas makanan yang dijilat dan terkena air liur anjing dengan 7 kali basuhan dan salah satunya dengan air yang bercampur tanah.

🔺Samak: proses membersihkan kulit binatang supaya kulit itu boleh dipakai. Kalau tidak dibersihkan, memang tidak boleh dipakai, sebab kulit tersebut akan berbau busuk. Tiada orang yang akan membeli beg Birkin atau beg Bijan jikalau tidak disamak terlebih dahulu.

Cara samak:

▪️Membersihkan dahulu segala sesuatu yang boleh menyebabkan kulit itu berbau busuk. Iaitu dengan membuang daging dan lemak yang melekat pada kulit itu. Setelah itu diberikan cairan mengkakis seperti cuka atau semisalnya.

▪️Kemudian direndam beberapa waktu (agak lama atau mungkin beberapa hari). Setelah semua tahap ini selesai baharulah kulit bangkai binatang tersebut menjadi suci dan boleh dimanfaatkan. Boleh dibuat beg, tali pinggang, dompet dan sebagainya. Baik, harap selepas ini kita semua tahulah hendak menggunakan istilah yang mana samak dan yang mana sertu.

✍🏻Para ulama berpendapat, anggota tubuh (daging) yang dipotong dari haiwan yang masih hidup, termasuk dalam kategori bangkai, dengan berdasarkan sabda Rasulullah ‎ﷺ:

‎مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ وَهِيَ حَيَّةٌ فَمَا قُطِعَ مِنْهَا فَهُوَ مَيْتَةٌ

“Semua yang dipotong dari haiwan dalam keadaan masih hidup adalah bangkai”.
HR Abu Daud no. 2858 dan Ibnu Majah no. 3216 dan disahihkan Al Albani dalam Sunan Abu Daud

Dengan demikian hukumnya sama dengan hukum bangkai. Jadi dari ini kita tahu yang bangkai adalah najis. Dikecualikan dalam hal ini, iaitu:

[a] Bangkai ikan dan belalang,

✍🏻Berdasarkan kepada sabda Rasulullah ‎ﷺ

‎أُحِلَّتْ لَكُمْ مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

“Dihalalkan bagi kalian dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Adapun dua bangkai tersebut adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah tersebut adalah hati (lever) dan limpa.
[HR Ibnu Majah no. 3314 dan dishohihkan Syeikh Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no.1118]

[b] Bangkai haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir seperti lalat, lebah, semut dan sejenisnya.

✍🏻Berdasarkan kepada sabda Rasulullah ‎ﷺ .

‎إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً

“Apabila seekor lalat hinggap di minuman salah seorang kalian, maka hendaknya dia menenggelamkannya kemudian membuangnya, kerana pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit dan pada (sayap) yang lainnya (terdapat) ubatnya (penawar)”
[HR Al Bukhari no. 3320]

📍Nota: Maka kalau termakan semut itu, kira halal lah.

[c]. Tulang, tanduk dan kuku bangkai.

Ini semuanya suci sebagaimana dijelaskan Imam Al Bukhari dari Al Zuhri tentang tulang bangkai, seperti gajah dan lainnya, dengan sanad mu’allaq dalam sahih Al Bukhari (1/342).

✍🏻Imam Al Zuhri menyatakan : “Aku telah menemui sejumlah orang dari kalangan ulama salaf, menggunakannya sebagai sisir dan berminyak dengannya, Mereka memperbolehkannya” Shohih fiqhus Sunnah 1/73


6. Daging Babi

Daging babi jelas najis.

✍️Dalilnya dalam al-An’am:145

قُل لا أَجِدُ في ما أوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلىٰ طاعِمٍ يَطعَمُهُ إِلّا أَن يَكونَ مَيتَةً أَو دَمًا مَسفوحًا أَو لَحمَ خِنزيرٍ فَإِنَّهُ رِجسٌ أَو فِسقًا أُهِلَّ لِغَيرِ اللَّهِ بِهِ

Katakanlah: “Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi — kerana sesungguhnya semua itu kotor — atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.

Bagaimana pula dengan kulit babi atau bulu babi? Ini tentu menjadi satu perkara yang menjadi persoalan yang bermain di fikiran.

Terutama kalau membeli kasut kulit tetapi rupa-rupanya kasut itu diperbuat dari kulit babi. Apabila memakai berus melukis, rupa-rupanya berus diperbuat dari bulu babi pula. Alamak!

Walaupun ada juga pendapat yang mengatakan kulit babi dan bulu babi tidak najis, tetapi pendapat yang rajih, mengatakan kulit babi dan bulu babi juga adalah najis. Kalau disamak pun ia tidak akan menjadi suci, kerana memang ia berasal dari benda yang tidak suci.

📍Ibnu Utsaimin menjelaskan, bahawa kulit binatang ada 3 :

1. Kulit binatang yang statusnya suci dan boleh dimanfaatkan, meski pun tidak disamak. Itu adalah kulit haiwan yang halal dimakan dan disembelih dengan cara yang benar. Contohnya, ada orang makan kulit lembu, kulit ayam dan sebagainya.

2. Kulit binatang yang tidak boleh disucikan, meskipun telah disamak. Statusnya tetap najis, apapun keadaannya. Itulah kulit semua binatang yang haram dimakan, seperti babi atau anjing.

3. Kulit binatang yang suci setelah disamak, dan najis jika tidak disamak. Itulah kulit bangkai binatang yang halal dimakan, seperti kulit bangkai lembu, dan sebagainya. (Liqa’at Bab Al-Maftuh, Volume 52, no. 8).

Lalu bolehkah kita memakai beg, kasut atau sebagainya yang diperbuat dari kulit babi?

✍️Terdapat suatu hadis dari Muawiyah radhiyallahu ‘anhu,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ لُبُوسِ جُلُودِ السِّبَاعِ، وَالرُّكُوبِ عَلَيْهَا

Bahawa Rasulullah ‎ﷺ melarang memakai kulit binatang buas dan menungganginya.
(HR. An-Nasai 4255, Abu Daud 4131 dan dishahihkan Al-Albani).

Oleh kerana Nabi melarang memakai kulit binatang buas kerana binatang buas tidak boleh dimakan, maka tentulah larangan tersebut terpakai untuk kulit babi juga kerana daging babi tidak boleh dimakan. Oleh itu kalau membeli beg atau kasut kenalah tengok ia diperbuat dari kulit apa.

📌Sekarang timbul persoalan lain pula: Bagaimana sekiranya terpakai, atau tersentuh kulit babi? Perlukah disertu tubuh badan atau pakaian kita?

Prinsip penting yang kita pegangi dalam hal ini adalah: tidak semua perkara yang berkaitan menyentuh benda najis, menyebabkan badan kita menjadi najis. Ini kerana, ada dua hal yang perlu dibezakan: Adakah benda itu najis, dan menyentuh benda najis.

Menyentuh benda najis boleh menyebabkan badan kita menjadi najis, jika ada bahagian benda najis itu yang melekat pada tubuh kita. Sebaliknya, jika tidak ada bahagian benda najis itu yang melekat, maka status badan kita tetap suci.

✍️Syaikh Dr. Sholeh Al-Fauzan menjelaskan,

وإذا لمس الإنسان نجاسة رطبة؛ فإنه يغسل ما لمسها به من جسمه؛ لانتقال النجاسة إليه، أما النجاسة اليابسة؛ فإنه لا يغسل ما لمسها به؛ لعدم انتقالها إليه

Jika ada orang menyentuh benda najis yang basah maka dia harus mencuci bagian tubuhnya yang terkena benda najis itu, kerana ada bahagian najisnya yang berpindah kepadanya. Namun jika menyentuh najis kering, maka tidak perlu mencuci badan yang menyentuhnya, kerana tidak ada bahagian najis yang menempel.
(Al-Muntaqa min Fatawa Al-Fauzan).

Oleh itu, cuma perlu membasuh tubuh kita sekiranya kulit babi itu basah atau tubuh kita basah. Ini kerana dalam keadaan basah sahaja baru ada perpindahan (transfer) najis. Jika kedua-duanya kering, maka tidak perlu dicuci.

📌Tetapi bagaimanakah cara membasuhnya? Guna air tanah juga kah (sertu)?

Tidak, basuh biasa sahaja. Cara mencucinya hanya dengan sekali basuhan air, sebagaimana najis pada umumnya. Sebahagian ulama ada yang menyamakan najisnya babi seperti najisnya air liur anjing. Namun analogi ini tidak benar dan tidak memiliki dasar yang kuat.

Di antara ulama yang membantah pendapat yang menyamakan status najisnya kulit babi dengan air liur anjing adalah Imam Ibnu Utsaimin.

✍🏻Beliau menjelaskan,

وهذا قياس ضعيف ؛ لأن الخنزير مذكور في القرآن ، وموجود في عهد النبي صلى الله عليه وسلم ، ولم يرد إلحاقه بالكلب ، فالصحيح أن نجاسته كنجاسة غيره ، لا يغسل سبع مرات إحداها بالتراب

Menyamakan kulit babi dengan anjing adalah analogi yang lemah. Kerana babi telah disebutkan dalam Al-Quran dan sudah wujud di zaman Nabi ﷺ. Sementara tidak ada riwayat yang menyamakan babi dengan anjing. Kerana itu yang benar, najisnya babi sama dengan najisnya benda najis lainnya. Tidak perlu dicuci tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. (As-Syarhul Mumthi’, 1/356).

Semoga penjelasan ini jelas dan apabila berpegang dengan pendapat ini, maka tidaklah susah hidup kita. Islam bukanlah agama yang menyusahkan manusia.

Oleh kerana tidak tahu tentang perkara ini, maka ada orang yang sertu rumahnya, atau menukar karpet di masjid yang telah dimasuki babi dan sebagainya lagi. Itu adalah ghuluw (berlebihan dalam agama). Buang masa dan buang duit belaka.


7. Air liur anjing

Masyarakat Melayu kita cepat melatah. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam timbul, pelbagai reaksi telah lahir antaranya:

🔺Anjing adalah binatang yang dimusuhi oleh Islam.
🔺Video itu menghina umat Islam.
🔺Perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.
🔺Apa salahnya kita membela anjing macam orang lain.

Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasarkan fakta dan ada yang berdasarkan emosi. Ramai yang bercakap tanpa ilmu. Tiada ilmu tetapi hendak komen juga, janji komen, kan? Lantaklah betul ke tidak, janji nampak macam aku pandai, yer dak?

Jangan kita hina anjing itu sangat. Ada anjing yang lagi mulia daripada kita. Di dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan tentang anjing yang mengiringi para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.

✍🏻Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.”
(Surah al-Kahfi, ayat 18)

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan.

✍🏻Sementara dalam hadis pula, Nabi ﷺ bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia mengikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”
(Riwayat al-Bukhari)

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah SWT kerana dengan ikhlas memberi minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika seorang muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada seorang muslim yang memberi makan kepada anjing, dia patutlah dipuji.

Anjing ada banyak gunanya dalam kehidupan manusia: ada yang dijadikan sebagai anjing pemburu, anjing peneman, pengawal rumah, pengesan dadah, pengesan bom, anjing juga ada yang boleh membuat CPR.

Malangnya ada budak-budak (juga orang tua tetapi berakal budak lagi) yang apabila nampak anjing, mereka akan membaling dengan batu seolah-olah anjing itu hina.
Siapakah yang mengajar mereka begitu? Ibubapa merekalah agaknya.

📌Bolehkah Muslim memiliki anjing?

✍🏻Tertulis di dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya”
(Surah al-Maidah, ayat 4)

Haiwan pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama.

Jadi janganlah berasa pelik jikalau ada orang Islam yang membela anjing. Hanya di Malaysia sahaja orang kita tidak tahu sebab duduk di bawah tempurung. Ada handphone canggih tetapi duduk buat dengar lagu dan baca pasal artis sahaja.

Cuma, tidaklah boleh dibela di dalam rumah sebagai binatang peliharaan (pet) pula. Ini dilarang. Ertinya, muslim boleh memiliki anjing buruan. Demikian juga, dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

📍Baik, soalan maut hari ini: Bolehkah sentuh anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Namun ini tidak tepat, kerana jika benda najis haram dipegang, maka haram jugalah seseorang menyentuh najis dirinya sendiri, ataupun najis anaknya ataupun sesiapa yang di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Basuh berak kena pakai sarung tangan (glove) lah lepas ni.

Maka haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu jugalah dengan doktor veterinar.
📍Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

📌Najis boleh disentuh, tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat.

▪️Menyentuh anjing yang kering, sepakat ulama mengatakan tidak najis.

▪️Menyentuh anjing basah, ia adalah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafi’y agak tegas dalam hal ini.

▪️Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut di dalam hadits:

✍🏻“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”
(Riwayat al-Bukhari)

Maka janganlah kita geli sangat dengan anjing.

✍🏻Lihat hadits riwayat ‘Abd Allah ibn ‘Umar (yang menerangkan)

“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)

Lihatlah anjing ada keluar masuk masjid zaman Nabi dulu, namun Nabi tidak suruh untuk pagar masjid itu! Maka kalau anjing menjilat bekas makanan kita dan kita hendak mengguna pakai lagi bekas itu, maka itulah yang kena disertu. Sekiranya masih ada bekas lain, boleh sahaja dibuang bekas itu kerana bukan hendak pakai sangat pun.

Ada pun tentang sentuhan anjing, air liur yang anjing itu jilat selain dari makanan, masih ada banyak pendapat lain lagi. Adakah perlu air tanah juga? Zaman dahulu tiada sabun maka pakailah air tanah tetapi di zaman sekarang bermacam-macam detergent sudah ada, maka tidak perlu lagi pakai air tanah.

Walaupun begitu, ada pendapat yang mengatakan tetap kena pakai air tanah juga kerana zaman dulu ada juga bahan lain seperti bidara yang dijadikan sabun, tetapi Nabi tidak suruh pula pakai bidara itu. Lagi pun, ada kajian yang menunjukkan tanah mengandungi bahan yang dapat menghilangkan kesan atau bahaya dari enzim anjing. Maka ini pun pendapat yang kuat.


8. Daging binatang buas

Binatang buas tidak boleh dimakan, jadi dagingnya adalah najis.

✍🏻Nabi ﷺ bersabda,
كُلُّ ذِي نَابٍ مِنْ السِّبَاعِ فَأَكْلُهُ حَرَامٌ

“Setiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram.”
(HR. Muslim no. 1933)

Rasanya tidak ada masalah di negara ini kerana kita tidak makan binatang buas.


9. Daging keldai

Daging keldai tidak boleh dimakan maka dagingnya najis. Maka ini juga tidak menjadi masalah di negara kita kerana tidak ada yang memakan keldai.


10. Haiwan jallaalah

Haiwan jallaalah adalah haiwan (seperti unta, sapi, kambing atau ikan) yang telah memakan najis.

Para ulama mengatakan bahawa daging atau susu dari haiwan jallaalah tidak boleh dimakan.

✍🏻Dasar pelarangan hal ini adalah hadits Ibnu ‘Umar,

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ أَكْلِ الْجَلاَّلَةِ وَأَلْبَانِهَا.

“Rasulullah ﷺ melarang dari mengkonsumsi haiwan jalaalah dan susu yang dihasilkan darinya.”
(HR. Abu Daud no. 3785 dan At Tirmidzi no. 1824. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Haiwan jallaalah boleh dimakan lagi apabila bau-bau najisnya hilang setelah diberi makan makanan yang bersih, inilah pendapat yang shahih.

✍🏻Ada riwayat dari para salaf, di antara mereka memberikan jarak waktu haiwan jallaalah tadi diberi makan yang bersih-bersih sehingga kembali halal dimakan. Satu pendapat mengatakan kena dikuarantinkan selama 3 hari sambil diberi makanan yang bersih.


11. Tulang, bulu dan tanduk haiwan-haiwan yang najis.

Semua dikira najis kalau ia datang dari binatang yang najis kerana asalnya dari benda yang najis.

Sekian jenis-jenis najis dalam Islam. Sekarang kita lihat perbincangan sisa minuman kerana ada yang sangka semua sisa minuman itu najis. Tapi kita kena faham yang ada sisa minuman yang suci dan ada yang najis.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-3☘️

📍Apakah maksudnya lebih suka dalam hadis di bawah? Adakah bermaksud boleh buat?
Kalau hal berkait bahasa hadith, adakah kita kena faham gaya bahasa dan budaya arab masa itu?

Imam Bukhari telah menaqalkan:

وَكَرِهَهُ الْحَسَنُ وَأَبُو الْعَالِيَةِ وَقَالَ عَطَاءٌ التَّيَمُّمُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الْوُضُوءِ بِالنَّبِيذِ وَاللَّبَنِ

Al Hasan dan Ata’ Abu Aaliyah tidak suka menggunakannya. Ata’ berkata: bertayamum lebih aku sukai dari berwudu’ menggunakan Nabiz dan susu.

🔵Bahasa lenggok orang Arab. Maknanya dia tidak buat. Betul juga jika dibaca cara Melayu macam ada pilihan pula.
Ya,kena faham agar kita tidak salah faham maksud. Oleh sebab itu kena belajar kerana kalau baca sendiri ditakuti akan salah.

📍Benarkah jika air berwarna samada sedikit atau banyak jumlah air, ia tetap tidak menyuci kan seperti air sirap tawar?

🔵Ya, ‘air sirap’ itu sudah ditambah ‘sirap’ pada namanya. Maka tidak boleh.

📍Adakah sama kaedah merenjis air dan spray? Adakah kita perlu cuci dan gosok dengan air pada tempat yang terkena air kencing itu?

🔵Spray juga boleh tetapi nanti setiap kali terkena air kencing perlu spray. Jadi kaedah renjis lebih senang. Renjis sekali dua sahaja buat syarat.

📍Mengapakah kaedah merenjis hanya untuk anak lelaki sahaja? Bagaimana pula jika bayi itu ada dua jantina?

🔵Dalil dari Nabi. Ulama kata hikmahnya kerana zarath/chemical tidak sama antara kencing budak lelaki dan perempuan. Semoga nanti ada kajian sains yang akan jelaskan.
Dua jantina ini adalah Khunsa. Maka kena basuh dan tidak boleh renjis sahaja.

📍Adakah merenjis ini boleh dilakukan sama ada air kencing itu banyak terkena pakaian atau sedikit walaupun 5 titis sahaja? Jika anak itu masih menyusu dan sudah mulai makan Nestum, kaedah merenjis pada air kencing sudah tidak boleh dilakukan?

🔵Ini dipanggil ta’abbud. Ikut seperti disuruh. Kalau hendak kira bersih, belum tentu tetapi sebab ini cara yang cukup dan terbaik (it’s good enough) kepada Nabi, maka cukup bagi kita juga.
Untuk bayi sudah tidak boleh merenjis sebab sudah ada benda asing dimakan.

📍 Adakah air wadi sama dengan mazi?

🔵Tidak sama.

📍 Benarkah sama kaedah merenjis air pada kencing bayi untuk pakaian yang ada air madzi dan adakah ia termasuk dalam najis ringan?

🔵Ya. Sama sebab susah hendak dikesan maka syarak permudahkan.
Tidak termasuk, ia hanya dipermudahkan cucian kerana susah dikesan sahaja.

📍Jika darah haidh kita kena cuci dulu, adakah wajib cuci juga untuk darah kudis atau darah nyamuk yang terkena pakaian solat.

🔵Darah haidh sahaja yang kena cuci.Darah, kudis bukan najis. Nanti kita masuk bab darah pula.

📍Adakah jika darah keluar sikit dalam setitik dua dalam 2 atau 3 hari itu dianggap darah haid juga?

🔵Wanita kenal mana haidh dan tidak. Warna dan sifat tidak sama dengan darah biasa.

📍Apakah yang perlu buat jika ada air kencing yang meleleh 1 atau 2 titik lalu terkena seluar dalam?

🔵Najis ini kalau nampak baru kita cuci. Kalau tidak nampak maka tidak perlu dicari.

Ini penting kerana ramai penyakit was-was di negara ini. Benda tidak ada tetapi dibasuh bagai hendak rak. Ini tidak disuruh dalam Islam. Jadi setitik dua begitu kalau nampak barulah dibasuh. Tidak perlu hendak belek. Konsep ‘kot-kot ada’ tidak dipakai dalam ilmu toharah ini.
Kalau pasti ada baru dibasuh, selalunya tidak pasti. Agak-agak sahaja. Maka jadilah penyakit was-was. Orang melayu sahaja ada. Bangsa lain saya tidak tahu.Benda khayalan sahaja.

📍Kita perlu basuh jika terpijak tahi binatang atau ia terkena seluar, seperti tahi ayam dan kucing. Adakah nanti batal wuduk?

🔵Ya, kenalah basuh. Satu lagi konsep orang melayu kena faham (banyak sangat kekeliruan orang Melayu). Sentuh najis tidak batalkan wuduk. Basuh sahaja seperti biasa.

📍Adakah benar pakaian solat setelah dicuci mesin atau tangan perlu bilas dengan air mengalir iaitu air paip?

🔵Cara itu tidak betul. Apabila sudah masuk mesin basuh, ia akan bersihkan pakaian itu. Nama pun ‘mesin basuh’ kan? Air dalam mesin basuh lebih banyak dari najis (kalau ada). Maka air yang banyak akan membersihkan pakaian dan menghilangkan najis. Selalu tiada najis, ada peluh sahaja dan peluh bukan najis.

📍Semasa tinggal di asrama saya cuci kain, bilas dengan air paip sebab ada yang kata kena bilas air mengalir kalau hendak pakai untuk solat.

🔵Siapa yang ajar? Apa sebab dia ajar? Mana dia dapat? Inilah ajaran pak lebai di Malaysia yang menyusahkan rakyat jelata. Saya tahu ada yang diajar sebegitu tetapi ia menyusahkan dan tiada dalil. Kononnya air mengalir itu sahaja air mutlak tetapi sudah belajar apakah air mutlak.

Memang merata fahaman sebegini. Itulah sampai hendak buat kedai dobi khas untuk orang Islam sahaja. Karut sungguh! Sama sahaja pakaian untuk solat dengan pakaian untuk dipakai. Kita pergi kerja, kemudian sampai masa solat, pakai pakaian itulah juga. Cuba fikirkan,sahabat Nabi dulu ada satu pakaian dan mereka bukan ada almari pakaian hendak tukar-tukar.

📍Bagaimana jika baju atau telekung terkena darah, ustazah di sekolah ajar kena basuh bersih dan pastikan hilang kesan?

🔵Ini hadis ajaran Nabi SAW kata kalau ada sikit-sikit itu dimaafkan.

‎عن أبي هريره رضي الله عنه, أن خولة بنت يسار قالت, يا رسول الله ليس لي إلا ثوب واحـد وأنا أحيض فيه؟ قال فإذا طهرت فاغسلى موضع الـدم ثم صلي فيه, فقالت يا رسول الله إن لم يخرج أثر؟ قال, يكفـيــك الماء ولا يضرك أثره.

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Khaulah binti Yasar berkata, ‘Ya Rasulullah, aku hanya mempunyai satu helai pakaian, dan (sekarang) saya haidh mengenakan pakaian tersebut.’
Maka Rasulullah menjawab, ‘Apabila kamu telah suci, maka cucilah yang terkena haidhmu, kemudian salatlah kamu dengannya.’
Dia bertanya, ‘Ya Rasulullah, (bagaimana) kalau bekasnya tidak boleh hilang?’
Rasulullah menjawab, ‘Cukuplah air bagimu (dengan mencucinya) dan bekasnya tidak membahayakan (salat)mu.’”
(Sahih, riwayat Abu Dawud dalam Sahih-nya (no. 351) dan ‘Aunul Ma’bud (II/26 no. 361), al-Baihaqi (II/408))

Peringatan dari saya, tinggalkan ajaran sekolah yang ghuluw kerana mengajar benda yang tidak patut sampai menyusahkan. Perlu tinggalkan apa yang dipelajari itu,kemaskan balik pembelajaran dan ada pemurnian. Hilang bau hilang kesan sudah boleh diterima.

📍Adakah bersih mengelap kotoran menggunakan tisu basah (wet tissue)? Ramai kaum ibu yang guna sewaktu tukar pampers bayi,terutama sewaktu musafir.

🔵Ya tahu. Bersih dan suci.

📍Apakah hingus yang jernih mengalir itu najis sebab semasa sedang solat dia mengalir, susah hendak kawal?
Adakah batal solat jika selepas solat baru perasan,semasa lap hingus, terkeluar sedikit tahi hidung?

🔵Hingus bukan najis.Benda kotor tidak semestinya najis.
Tahi hidung, tahi telinga, tahi gigi bukanlah najis walaupun nama ‘tahi’. Ia benda kotor dan jijik. Benda kotor tidak semestinya najis.

🔴Apakah maksud najis?

Benda yang kotor iaitu tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat ia mengerjakan solat.

📍Bagaimana hendak tentukan sesuatu itu kotor sahaja atau najis?

🔵Inilah kita buat kelas ni. Kita sedang senaraikan. Nanti kita akan tahu, selain dari itu bukanlah najis. Kita sebutkan perkara yang selalu dianggap najis tetapi tidak najis.

🔴Semasa di kampung ada air perigi yang biasanya jernih menjadi keruh serta berbau. Kami akan bagi tawas untuk menjernihkan air tetapi masih begitu. Bolehkah air tersebut digunakan untuk berwudhu,mandi wajib dan bersuci sebab air paip pada ketika itu tidak keluar?

🔵Boleh.Ini dikira sebagai air ajin.

📍Adakah air loji kumbahan itu boleh dikatakan bersih setelah melalui proses dan digunakan untuk kegunaan harian seperti masak,minum dan mandi.

🔵Nampak bersih, maka bersihlah. Tidak ada apa hendak difikirkan lagi. Jangan fikir benda yang tidak perlu fikir.

📝Soalan luar topik kelas

📍Adakah solat witir boleh dilakukan serentak 3 rakaat dengan 1 tahiyat 1 salam?

🔵Ya. Dan satu tahiyat sahaja. Tiada tahiyat awal. Jangan buat macam silat maghrib pula.

📍Mengenai solat jamak. Saya buat perjalann dari Klang ke Tampin Negeri Sembilan, bertolak jam1 tengahhari dan sampai hampir pukul 4. Adakah saya boleh buat solat jamak qasar sebab urusan saya akan selesai menjelang Maghrib. Kemudian akan terus balik ke Klang.

🔵Nabi selalunya akan qasar sahaja dalam musafir. Jamak dibenarkan kalau ada kepayahan. Maka kalau boleh, buat qasar sahaja. Jangan terus jamak. Masalahnya, orang melayu kita sangka jamak dan qasar ni macam ‘pakej’ pulak. Kalau ada qasar mesti hendak jamak sekali. tTidaklah begitu. Ia hukum berbeza dan bergantung kepada keadaan.

Ada masa qasar sahaja.
Ada masa jamak sahaja.
Ada masa jamak dan qasar sekali.

Ini sendiri kena nilai dalam keadaan anda, pada waktu itu.Nanti kita masuk bab ni semoga semua jelas dan tahu bagaimana hendak amalkan.

📍Bolehkah semasa berenang, kita menyelam seluruh badan dan niat wudhuk?

🔵Jawapan
1. Kalau dia terjun dan niat mandi junub, sah.
2. Kalau wudhuk, ada khilaf dan kuatnya tidak sah kerana dalam wuduk, ada yang dipanggil ‘tertib’ – basuh tangan, muka, tangan dan seterus. Kalau terus terjun tiruk dalam air mana tertibnya?

Kalau berendam dalam laut, maka kena sapu satu persatu tubuh itu. sapu tangan, kemudian sapu seterusnya.

📍Setelah isteri bersama dengan suami, apabila hendak mandi junub, isteri didapati telah datang haid. Adakah perlu mandi junub dan apabila habis haid boleh mandi haid pula atau tunggu habis haid baru mandi keduanya?

🔵Isteri boleh mandi sekali harung sahaja nanti angkat haidh dan junub sekali manakala suami terus mandi junub seperti biasa.

📍Jika dalam situasi tadi belum mandi junub sebab haid pula, bolehkah isteri membaca al-Quran?
Adakah amalan mandi junub dahulu semasa haid kemudian habis haid,mandi haid pula?

🔵Wanita dalam haidh boleh baca al-Qur’an. Imam Bukhari bawa dalil Saidatina Aisyah datang haidh semasa mengerjakan haji. Beliau tidak boleh solat dan tawaf sahaja. Kalau mandi junub juga, haidh masih tidak terangkat dan dalam hadas lagi. Maka boleh sahaja baca al-Qur’an.

Ya, memang ada. Pendapat Imam Ahmad. Ibnu Qudamah mengatakan,

فإن اغتسلت للجنابة في زمن حيضها , صح غسلها , وزال حكم الجنابة . نص عليه أحمد , وقال : تزول الجنابة , والحيض لا يزول حتى ينقطع الدم . قال : ولا أعلم أحدا قال : لا تغتسل . إلا عطاء , وقد روي عنه أيضا أنها تغتسل

Jika ada orang mandi junub di masa sedang haid, hukum mandinya sah, dan hilang status status junubnya. Demikian yang ditegaskan Imam Ahmad. Beliau mengatakan, “Junubnya hilang, sementara haidnya tidak hilang sampai darah berhenti.” Beliau juga mengatakan, “Saya tidak tahu adanya ulama yang mengatakan, ‘Jangan mandi.’ Selain Atha’, dan diriwayatkan dari beliau bahwa beliau juga mengajarkan untuk mandi.” (al-Mughni, 1/154)

Namun haidhnya masih ada. Tidak boleh solat dan puasa pun. Maka kerana itu Imam Syafie berpendapat mandi sekali sahaja.

Imam as-Syafi’i dalam al-Umm menyatakan,

إذا أصابت المرأة جنابة ثم حاضت قبل أن تغتسل من الجنابة لم يكن عليها غسل الجنابة وهي حائض، لأنها إنما تغتسل فتطهر بالغسل وهي لا تطهر بالغسل من الجنابة وهي حائض، فإذا ذهب الحيض عنها أجزأها غسل واحد

Ketika wanita junub, lalu mengalami haid sebelum mandi junub, dia tidak wajib untuk mandi junub selama masa haid. Karena fungsi mandi bisa menyebabkan orang menjadi suci, sementara dia tidak bisa suci dengan mandi junub, sementara dia dalam kondisi haid. Jika haidnya telah selesai, dia boleh mandi sekali. (al-Umm, 1/45).

Perkara sunat yang diamalkan cuma ambil wuduk selepas jimak. Walaupun tidak boleh solat, tetapi menipiskan janabah itu.

🔳Hadis mengenai wudhu’ sekali,dua kali dan tiga kali untuk rujukan.

“Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu tiga kali-tiga kali dan mengusap kepalanya sekali.” (HR. Ibnu Majah: 410) – http://hadits.in/ibnumajah/410

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu dua kali dua kali.” (HR. Bukhari: 154) – http://hadits.in/bukhari/154

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ sekali sekali.” (HR. Bukhari: 153) – http://hadits.in/bukhari/153

HR. Ibnu Majah no 410
‘Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwudlu tiga kali-tiga kali dan mengusap kepalanya sekali.’

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-4☘️
==========================

📍Adakah samak ini hanya untuk orang Islam dan mesti berniat sebelum melakukannya?

🔵 Tidak. Samak ini proses pembersihan sahaja dan boleh dilakukan oleh sesiapa.

📍Adakah benar jika termakan semut nanti hati tidak terang bila belajar?

🔵Tidak betul. Ini fahaman khurafat. Tidak ada orang makan semut tetapi termakan adalah. tJadi tidak perlu hadis sudah faham.

📍Kakak saya telah menghadiahkan sebuah beg yang dibeli semasa dia berada di Australia. Saya berasa was-was hendak gunakan sebab ia diperbuat daripada kulit binatang dan bimbang jika ia kulit binatang yang haram disentuh. Boleh jelaskan binatang apa yang memang tidak boleh kulitnya disamak?
Bagaimana jika beg atau kasut itu daripada kulit ular atau buaya?

🔵Babi dan binatang buas. Jadi sebelum membeli kena tahulah dari bahan apa beg itu diperbuat.
Termasuk dalam binatang buas maka tidak boleh dipakai. Jika penjual tidak tahu, janganlah beli dan kita tidak rugi apa pun.

📍Sentuh babi tidak perlu sertu sebab apa yang dipelajari ia najis berat?
Adakah sama sertu dan samak?

🔵Tidak perlu sertu hanya basuh biasa sahaja.
Keduanya tidak sama. Harap selepas ini ramai yang faham dan sampaikan ilmu ini kepada orang lain.

📍Jika kita beli barangan terpakai yang kita tidak tahu sama ada pengguna itu Islam atau bukan Islam, perlukah sertu atau samak?

🔵Bila tidak nampak, maka tidak perlu sertu. Kita tidak dipertanggungjawabkan dengan perkara yang kita tidak nampak.

📍Adakah istilah dibenci maksudnya haram? Adakah pendapat lain selain dari ulama tersebut?
Kesimpulannya babi tidak perlu sertu,basuh sahaja dan anjing baru sertu.

🔵Tentu ada sahaja pendapat yang lain. Begitulah bab agama ni. Kita tidak memaksa untuk ikut. Kita bentangkan apa yang kita tahu. Mungkin ada yang boleh beri pendapat yang lain. Boleh kita berbincang.

Ya, sentuh babi atau daging babi tidak perlu sertu. Kalau air liur anjing kena bekas makanan dan hendak pakai bekas itu, barulah sertu.

📝Soalan luar topik kelas

📍Berkaitan istihadoh, jika kita mahu solat fardu, adakah perlu tunggu setiap kali masuk waktu baru berwuduk? Apakah boleh menghimpunkan dua kefarduan dengan satu wuduk? Contoh seseorang itu buat tawaf wajib kemudian dia solat subuh.

🔵Dia perlu ambil wuduk setiap kali masuk waktu.

Maksudnya:“Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya adalah perempuan yang beristihadhah, sehingga saya tiada (waktu) suci. Apakah saya boleh meninggalkan sembahyang?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab: “Tidak, itu hanyalah ‘irq (pendarahan) dan ia bukannya haidh. Oleh kerana itu jika datang haidhmu, maka tinggalkan sembahyang, dan jika kadar masa telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah darah daripada dirimu, kemudian sembahyanglah”.
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Tawaf dan solat bagi wanita istihadah. Dengan satu wuduk boleh pakai untuk satu waktu solat dan solat solat sunat lain nya. Bila sudah masuk waktu solat fardhu lain baru kena ambil wuduk lain. Maka boleh pakai satu wuduk untuk tawaf dan solat subuh.

📍Mengenai Istihadoh

1. Bolehkah kita lakukan solat qabliah, dengan wuduk yang diambil selepas masuk waktu solat fardhu?

2. Jika bermusafir boleh lakukan jamak dan qasar solat seperti biasa?

3. Tawaf rukun dan solat subuh boleh dengan satu wuduk?

🔵Jawapan

1. Qabliyah dan ba’diyah boleh. Asalkan bukan solat fardhu.

2. Ya, boleh lakukan

3. Ya,kalau solat Subuh tidak boleh bawa ke solat zuhur.

📍Jika masbuq ketika masuk sholat jemaah, imam sudah rukuk jadi terus ikut imam rukuk dan tidak perlu baca al-Fatihah. Adakah sah sholat atau kena tambah satu raka’at?

🔵Situasi begini dapat rukuk sekali, rakaat itu dikira. Manakala Fatihah itu ditanggung imam.

📍Bagaimana pula kalau kita baru rukuk, serentak itu imam sudah iktidal, apakah kita dikira sempat rukuk dengan imam dan kita dapat rakaat tersebut?

🔵Kena bersama dengan imam selama selama sempat sebut Subhanallah.

📍Sejauh mana hukumnya menggantung perhiasan perkataan Allah Muhammad? Ada pendapat mengatakan tidak boleh kerana seolah olah kita samakan kedudukan Nabi dengan Allah.

🔵Jawapan
1. Tiada keperluan hendak gantung lafdzul jalaalah
2. Kalau hendak gantung juga keduanya, nama rasul di letakkan di bawah.
3. Lebih baik kalau nak gantung juga, lafdzul jalaalah sahaja.

Ini kalau sudah ada lah. Mungkin hendak buang terasa sayang. Kalau tidak beli lagi, maka tidak perlu beli. Di bawah ada penulisan yang bagus saya kongsikan untuk rujukan.

EMPAT MADZHAB SEPAKAT MELARANG MEMASANG KALIGRAFI AL QURAN

Memasang kaligrafi atau tulisan yang berisi ayat Al-Quran atau pujian untuk Allah, dengan model apa pun, boleh menjadi sebab penghinaan terhadap nama Allah atau ayat Al-Quran.

Kerana itulah, para ‘ulamak dari berbagai madzhab, melarang memasang tulisan ayat Al-Quran atau kalimah dzikir atau yang menyebutkan nama Allah, agar tidak dipasang di dinding.

Berikut kita semak beberapa keterangan mereka :

⚫️Keterangan ‘ulamak madzhab Hanafiyyah:

Imam Ibnu Nujaim (wafat pada tahun 970H) rohimahullah mengatakan,bukan tindakan yang baik, menuliskan ayat Al-Quran di muhrib atau dinding, kerana dikhowatirkan tulisannya jatuh dan dipijak.
Al Bahr Ar Ro-iq, 2/40)

⚫️Keterangan ‘ulamak madzhab Malikiyyah

Al Qurthubi (wafat pada tahun 631H) rohimahullah mengatakan,di antara kehormatan Al-Quran, tidak boleh ditulis di tanah atau di atas tembok, sebagaimana yang terjadi pada Masjid-Masjid baru-baru ini.

⚫️Keterangan ‘ulamak madzhab Syafi’eyyah

Imam An Nawawi (wafat pada tahun 676H) rohimahullah mengatakan di dalam kitabnya At Tibyan,
Madzhab kami (Syafi’eyyah), dibenci menuliskan Al-Quran atau nama Allah pada tembok atau kain.

Di tempat lain, beliau rohimahullah mengatakan,
Tidak boleh menuliskan Al-Quran dengan tinta najis. Dan, dibenci menuliskan Al-Quran di dinding, menurut madzhab kami.
(At Tibyan Fi Adab Hamalah Al-Quran, m/s 89)

⚫️Keterangan ‘ulamak madzhab Hanabilah,

Ibnu Taimiyyah (wafat pada tahun 728H) rohimahullah mengatakan,
Hukum menuliskan Al-Quran di syiling perak sebagaimana hukum menuliskan Al-Quran di mata wang dirham atau dinar, bezanya, tulisan di syiling perak dibakar dahulu selepas diukir.

Dan, ini semua dibenci, kerana boleh menjadi sebab pelecehan Al-Quran dan disikapkan sebagai tidak terhormat, atau diletakkan di tempat yang tidak selayaknya. Bagi Muslim, sa’atnya untuk meng’amalkan saranan para ‘ulamak di atas.
WAllahu a’lam.

📍Jika kita masih gantung juga, adakah termasuk golongan syirik?
Bagaimana pula jika itu adalah tulisan kaligrafi 3 qul?

🔵Syirik perkara dalam hati. Kita tidak tahu apa dalam hati manusia. Saya tidak kira orang itu buat syirik. Cuma tidak prihatin sahaja atau dia ada pendapat yang lain.

Sedekah kepada masjid. Masjid juga tidak perlu gantung sebenarnya.Namun dari letak di rumah, lebih baik di masjid. Macam rumah saya, saya simpankan sahaja. Bungkus dan simpan.

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-5☘️
========================

1) Apakah pendapat Imam Asy-Syafi’iy ‎رحمه الله dan pendapat mazhab Asy-Syafi’iy berkenaan hukum menyentuh anjing?

🔵 Tidak boleh menyentuh anjing. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha’ hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut di dalam hadith:

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang daripada kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

2) Bagaimanakah dengan situasi ini?
Beli kuali (barangan terpakai) di pasar karat yang kita tidak pasti siapa pengguna sebelumnya (jika pemilik asalnya orang kafir dan pernah memasak babi). Adakah perlu disertu?

🔵 Bila tidak nampak, maka tidak perlu sertu.

3) Berdasarkan penerangan sebelum ini, babi tidak perlu sertu, hanya basuh sahaja. Anjing yang perlu disertu. Benarkah begitu?

🔵 Ya, menyentuh babi tidak perlu disertu.
Kalau air liur anjing terkena bekas makanan dan bekas itu hendak digunakan, baharulah sertu.

4) Manakah yang perlu disertu, sentuh binatangnya (babi) atau sentuh daging babi?

🔵 Sama sahaja. Sentuh babi tidak perlu sertu.

5) Bagaimanakah pula dengan pakaian terpakai yang dibeli di pasaran. Lebih-lebih lagi di Australia ni, di mana majoriti penduduknya orang kafir dan membela anjing sebagai binatang peliharaannya. Kadang-kadang tidurnya pun dengan anjing. Perlukah disertu atau basuh sahaja?

🔵 Tidak perlu. Kita tidak dipertanggungjawabkan dengan perkara yang kita tidak nampak.

6) Jikalau ingin membela anjing tidak boleh letak di dalam rumah, di manakah tempat yang boleh diletakkannya?

🔵 Tidak boleh membela anjing tanpa keperluan.

7) Kalau anjing menjilat baju atau mengesel-gesel pada baju, apakah yang perlu dilakukan? Baju tersebut untuk dipakai kegunaan harian

🔵 Bertenang sahaja. Tidak mengapa. Nanti basuh baju seperti biasa sahaja.

8) Saya ada meletakkan bekas makanan dan minuman untuk kucing di depan rumah. Pada suatu pagi, saya ternampak anjing menjilat bekas makanan tu dan minum air. Bekas makanan tersebut saya terus buang tetapi bekas minuman tu tidak. Bolehkah begini?

🔵 Jikalau hendak buang, tidak salah, cuma rugilah. Sebab bukan anda yang hendak makan dan minum dari bekas itu tetapi kucing. Kucing tidak disyariatkan untuk solat, maka tidak mengapa.

9) Jiran berbangsa cina saya suka membasuh najis anjingnya. Setiap hari air itu masuk ke dalam longkang. Andaikata kain yang disidai jatuh ke dalam longkang, perlukah disertu atau hanya basuh seperti biasa?

🔵 Tidak perlu disertu, basuh seperti biasa sahaja.

10) Ustaz, yang perlu disertu ialah bekas makanan yang dijilat oleh anjing dan bekas itu kita hendak guna semula. Selain daripada bekas makanan tidak perlu sertu. Benarkah apa yang saya fahami?

🔵 Ya, tidak perlu disertu

11) Hikmah sertu adalah kerana hendak menghilangkan kesan atau bahaya enzim dari air liur anjing. Jika kita dijilati anjing, maka perlu disertu. Benarkah begitu?

🔵 Tidak sama kerana anjing mengeluarkan enzim itu kalau hendak makan sahaja. Sebab itulah bekas makanan yang kena jilatan anjing disertu kerana semasa dia jilat itu, dia hendak makan.

12) Kalau membeli rumah bekas penghuninya orang Cina. Orang Cina itu ada membela anjing. Adakah perlu disertu rumah itu?

🔵 Tidak perlu disertu kerana tidak diketahui manakah bahagian yang dijilat anjing. Kita dipertanggungjawabkan kalau nampak sahaja.

Lagipun pun, bahaya enzim anjing apabila kita memakannya. Kita bukan hendak jilat pun dinding-dinding rumah itu kan?

13) Adakah najis anjing itu sekadar dibersihkan dengan air sudah memadai?

🔵 Ya. najis anjing itu sama dengan najis yang lain.

14) Kalau anjing menjilat kaki atau tangan kita, maka adakah tidak perlu sertu juga?

🔵 Ya, kerana semasa anjing menjilat kaki atau tangan kita, anjing bukan hendak makan awak.

15) Benarkah jika tersentuh anjing basah atau dijilat anjing seperti perbuatan kucing itu, tidak perlu di samak? Saya fikirkan jika kita terkena air liur anjing, maka perlu disamak juga.

🔵Tidak perlu sertu (Sila semak nota kelas yang lalu berkenaan perbezaan sertu dan samak)

Perlu disertu jika dia menjilat bekas makanan.

16) Adakah yang perlu disertu ialah “jilatan” pada bekas makanan dan bukannya air liur anjing tersebut?

🔵Jilatan/air liur anjing yang terkena pada bekas makanan perlu disertu.

17) Ini bermakna air liur/jilatan anjing pada selain bekas makanan hanya perlu dibasuh macam biasa sahaja?

🔵Ya benar. air liur/jilatan anjing pada selain bekas makanan adalah najis, tetapi tidaklah perlu disertu.

18) Kenapakah jika anjing menjilat kita tidak perlu disertu tetapi jika bekas makanan yang hendak kita pakai perlu disertu?

🔵Anjing mempunyai enzim di dalam mulutnya. Anjing akan mengeluarkan enzim apabila hendak makan kerana ia membantu mencerna makanan supaya mudah dihadam.

Apabila anjing menjilat anak-anaknya, menjilat orang, anjing tidak mengeluarkan enzim tersebut.

Oleh kerana itu, kalau menggunakan anjing untuk memburu, kita perlu tengok keadaan binatang buruan yang dibawa baliknya bagaimana.

Kalau digigit sahaja, kita boleh makan binatang itu.
Tetapi jika digigitnya dan makan sedikit, maka sudah tidak boleh kita makan binatang itu, kerana anjing dah keluarkan enzim pada air liurnya.

19) Perkara ini sering menjadi persoalan kepada saya sejak dahulu lagi. Adakah tindakan saya betul, jika seseorang itu membela anjing, maka segala pemberiannya seperti masakan dan kek akan saya ambil tetapi kemudiannya dibuang (tanpa dilihat si pemberi)?Ini disebabkan dia ada membela anjing dan saya khuatir tangannya tidak dibasuh apabila memegang anjing.

🔵Rugi. Geli itu hanyalah perasaan sahaja. Dari segi hukum, tidak ada masalah untuk menerima pemberian orang yang membela anjing.

20) Jikalau ingin menyertu bekas makanan anjing. Perlukah menggunakan air tanah atau air sabun atau boleh menggunakan keduanya?

🔵Saya lebih menyukai kalau menggunakan air tanah.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan cukup hanya memakai sabun sahaja. Pandangan jumhur(majoriti) di dalam mazhab Hanbali menyatakan yang boleh digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua keadaan. Syeikh Muhammad Shaltut, bekas Syeikhul Azhar cenderung menerima pendapat ini.

Cumanya, zaman Nabi Muhammad ‎ﷺ sudah ada juga bahan seperti sabun iaitu bidara, tetapi Nabi Muhammad ‎ﷺ tetap menyuruh memakai tanah juga untuk menyertu.

21) Bagaimanakah anjing buruan itu kita lepaskan?
Adakah dengan bacaan bismillah? Adakah perlu rusa itu mati digigit atau perlu masih hidup kemudian disembelih baru boleh dimakan?

🔵
1. Kita mestilah melatih anjing itu dahulu.
2. Ketika memburu, lepaskan anjing dengan bacaan bismillah.
3. Rusa tidak perlu hidup semasa anjing dibawa balik. Apabila membaca bismillah, maka gigitan anjing itu diumpamakan sebagai pisau sembelihan.

22) Bagaimankah perlu dilakukan jika terpijak najis anjing?

🔵Ia najis. Hanya basuh dengan air sahaja tanpa perlu disertu.

23) Bagaimanakah perlu dilakukan apabila digigit dengan anjing?Adakah air liur anjing itu mempunyai enzim juga dan hanya perlu dibasuh dengan air sahaja. Sebagai contoh, anjing mengejar pencuri dan menggigit kaki pencuri sehingga meleleh air liur.

🔵Apabila digigit anjing yang lebih penting adalah perlu pergi ke klinik
Digigit anjing bukan perkara yang remeh. Di klinik nanti akan dicuci kesan gigitan dengan antiseptik. Bersih dan suci.

24) Kenapakah jilatan anjing itu tidak perlu disertu? Bukankah anjing itu najis mughallazah?

🔵Itu adalah pendapat dalam mazhab Asy-Syafi’iy. Saya berikan pendapat yang lain.

25) Berkenaan dengan sabun untuk mencuci kenajisan anjing, adakah pendapat lain yang menyatakan sabun hanya boleh digunakan jika ketiadaan tanah?

🔵Memang ada pendapat boleh menggunakan sabun walaupun tanpa tanah. Pendapat Hanabilah (mazhab Ahmad).

Contohnya apabila berada di kutub utara yang di mana sukarnya untuk mencari tanah.

26) Jika ada anjing mati, kemudian mereput sehingga tinggal tulang sahaja. Saya mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Adakah saya boleh mencuci tangan dengan sabun sahaja?

🔵Cuci tangan dengan sabun sahaja. Tidak perlu disertu.

27) Adakah perlu untuk melafaz niat apabila ingin menyertu atau hanya cukup dengan lintasan di dalam hati sahaja?

🔵Buat apa-apa pun sudah ada niat.

Situasi yang tiada niat adalah sebegini:
Ketika membasuh tangan tiba-tiba terfikir apakah yang sedang dilakukan oleh tangannya?

Keadaan ini barulah dipanggil tiada niat. Penyakit ini perlu dirawat.

28) Ketika jiran A sedang membasuh tahi dan kencing anjing, percikan air basuhan itu terkena pada pakaian jiran B yang sedang dijemur. Adakah perlu jiran B itu membasuh semula pakaiannya?

Jika jiran C terlihat dan mengetahui perkara tersebut, adakah dikira berdosa kerana tidak memberitahu jiran B?

🔵
1. Jikalau pasti air najis yang terkena pada pakaian, maka harus dibasuh. Gunaka air dan sabun sahaja, tidak perlu disertu.

Orang kita ini perasaan was-wasnya kuat sangat. Walaupun tidak nampak perkara tersebut, mereka tetap mahu membasuhnya juga.

Kita hanya dipertanggungjawabkan dengan perkara najis yang jelas sahaja. Makanya was-was tidak dipakai dalam hal ini. Ianya menyusahkan hidup jika ada sikap begitu. Boleh ditimpa penyakit OCD lama-kelamaan

OCD = Obsessive Compulsive Disorder

2. Jikalau jiran C nampak perkara tersebut, maka dia hendaklah memberitahu jiran B, tetapi jangan pula menambah kisah yang tidak benar

29) Apakah bekas untuk menghidangkan masakan daging babi atau anjing harus disertu?

🔵 Daging babi dan anjing adalah najis, maka bekas masakannya hendaklah dibersihkan tetapi tidak perlu disertu.

30) Saya ada melihat anjing berak dan kencing di koridor, kemudian jiran saya membasuh koridor itu dengan menggunakan sabun. Air percikan sabun itu mengenai pakaian. Adakah air percikan sabun itu menjadi najis?

🔵Jika sudah dibasuh dengan sabun, maka bersihlah najis anjing tersebut. Pada zaman Nabi, anjing keluar dan masuk ke dalam masjid tetapi tiada tindakan/suruhan untuk membasuhnya.

31) Adakah sah solat di kawasan yang menjadi laluan anjing dan terkena air liur anjing yang meleleh

🔵Anjing keluar dan masuk di dalam masjid Nabi seperti disebut dalam hadith riwayat ‘Abdullah ibn ‘Umar (yang menerangkan)

كَانَتْ الْكِلَابُ تُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud).

Lihatlah anjing keluar dan masuk masjid pada zaman Nabi dahulu dan Nabi tidak menyuruh untuk memagar masjid itu! Jika anjing menjilat bekas makanan kita dan kita hendak menggunakannya bekas itu lagi, maka kerana itulah bekas makanan perlu disertu. Sekiranya masih ada bekas lain, boleh sahaja dibuang bekas itu kerana bukan hendak dipakai kembali.

32) Manakah najis yang lebih berat di antara jilatan bekas makanan anjing atau babi?

🔵Najis anjing lebih berat kerana perlu disertu.

33) Apakah dalil atau hujah yang tepat bagi menyokong pernyataan yang menyatakan bahawa anjing ini tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan?

🔵Dalil di dalam lafaz yang mantuq tidak ada. Cuma ada hadith yang mengisyaratkan larangan membela anjing mengurangkan pahala.

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا إِلَّا كَلْبًا ضَارِيًا لِصَيْدٍ أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ فَإِنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ

Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi ‎ﷺ bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
(Riwayat Al-Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940)

Hadith ini menjadi hujah larangan atau sekurang-kurangnya makruh membela anjing.

34) Apakah hukum membela anjing terbiar yang cacat?

🔵Boleh membela anjing terbiar yang cacat, tetapi perlu tinggalkan di luar rumah sahaja. Jangan dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

📝Soalan luar topik kelas

1) Semasa kecil dahulu, saya diajarkan bahawa binatang yang akan masuk api neraka ialah anjing dan khinzir. Adakah benar dan kenapa?

🔵Itu adalah ilmu yang salah. Semua binatang akan menjadi tanah sahaja nanti. Tidak masuk syurga atau neraka.

2) Adakah haiwan akan berada di syurga nanti?

🔵Haiwan tidak masuk syurga mahupun neraka.

3) Apakah hadith yang menyatakan pada zaman dahulu anjing diperintahkan untuk dibunuh kerana disebabkan bahayanya anjing?

🔵Jawapan

جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ حَتَّى إِنَّ الْمَرْأَةَ تَقْدَمُ مِنْ الْبَادِيَةِ بِكَلْبِهَا فَنَقْتُلُهُ ثُمَّ نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِهَا وَقَالَ عَلَيْكُمْ بِالْأَسْوَدِ الْبَهِيمِ ذِي النُّقْطَتَيْنِ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ

Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah ‎ﷺ memerintahkan kami supaya membunuh anjing, bahkan anjing milik seorang wanita badui yang selalu mengiringinya kami bunuh juga. Kemudian Nabi ﷺ melarang membunuh anjing seperti itu, namun beliau bersabda: “Bunuhlah anjing yang berwarna hitam dengan dua titik putih dikeningnya, karena anjing itu adalah jelmaan dari syaitan. (Riwayat Muslim no 2938)

Daripada hadith sahih di atas ada tiga peringkat mengenai anjing pada awal Islam.

▪️Pertama:
Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, didapati orang arab Madinah membela anjing. Mereka mengikuti Yahudi yang membela anjing. Yahudi waktu itu kaya dan berjaya. Jadi orang arab waktu itu kaitkan kejayaan mereka dengan membela anjing. Mereka jadi terlebih hormat pula pada anjing.

Maka Nabi mengarahkan supaya anjing dibunuh untuk menghilangkan salah faham mereka kepada anjing. Ini seumpama Yahudi disuruh menyembelih lembu untuk menghilangkan rasa hormat mereka pada lembu. Kisah ini dinukilkan dalam surah Al-Baqarah.

▪️Kedua:
Kemudian, selepas hilang rasa hormat melampau mereka itu terhadap anjing. Maka pada peringkat ini, tidaklah disuruh membunuh semua anjing melainkan anjing jelmaan syaitan sahaja.

▪️Ketiga:
Dan akhirnya pada peringkat ini, anjing dibiarkan sahaja. Maka kita sekarang pada peringkat ketiga. Jangan hendak menggunakan hadith-hadith pembunuhan anjing itu menyeksa atau membunuh anjing sesuka hati.Pada zaman itu ada keperluan tetapi pada zaman sekarang sudah tidak ada.

4) Kenapakah anjing boleh dibunuh berdasarkan hadith tersebut?

🔵Anjing boleh dibunuh kerana ia adalah jelmaan syaitan. Nabi mengetahui perkara ini kerana baginda telah mendapat wahyu.

5) Adakah anjing tidak boleh dibunuh sesuka hati?

🔵Ya. Tidak boleh. Kecuali di atas sebab penyakit, gangguan ganas dan lain-lain.

6) Bagaimanakah hukumnya apabila orang di jabatan saya menangkap anjing dan membunuhnya menggunakan racun? Adakah dalil yang mengharuskan keadaan ini?

🔵Perkara tersebut adalah bersebab. Mereka yang di dalam jabatan kerajaan melakukan sedemikian adalah kerana mengikut kepentingan negara dan masyarakat awam.

Jika ingin mengetahui dan mengeluarkan sesuatu hukum dari dalil, maka perlulah belajar hadith dahulu. Hal ini mempunyai beberapa peringkat.

**Seperti kata Imam al-Harmain (Abu Ma’ali al-Juwaini) menuturkan di dalam karyanya Nihayatul Mathlab fi Dirayatil Madzhab:

والكلب الذي لا منفعة له، ولا ضرار منه لا يجوز قتله. وقد ذكرنا طرفاً من ذلك مقنعاً في باب الصيود من المناسِك عند ذكرنا الفواسق، وقد صح أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بقتل الكلاب مرة، ثم صح أنه نهى عن قتلها، واستقر عليه على التفصيل الذي ذكرناه. وأمر بقتل الكلب الأسود البهيم. وهذا كان في الابتداء، وهو الآن منسوخ

“Anjing yang tidak boleh dimanfaatkan dan tidak pula membahayakan, tidak boleh dibunuh. Kami telah menjelaskan permasalahan ini dalam pembahasan “Perburuan Pada Waktu Manasik” ketika menyentuh berkenaan haiwan-haiwan fasik (berbahaya). Memang ada riwayat sahih yang menyatakan Nabi ﷺ memerintah membunuh anjing dan kemudian pada satu riwayat dikatakan Nabi ﷺ melarangnya. Penjelasan terperinci masalah ini sudah kami jelaskan. Sesungguhnya perintah Nabi untuk membunuh anjing hitam itu sudah di-nasakh (dihapus).”

7) Adakah anjing yang mempunyai penyakit anjing gila boleh dibunuh kerana ianya berbahaya kepada orang ramai dan boleh berjangkit ?

🔵Anjing tersebut boleh dibunuh. Dikhuatiri anjing tersebut menggigit manusia dan menjangkiti mereka.

8) Adakah akan menjadi kecelaruan kepada anak-anak apabila diajarkan fiqh sunnah kerana berbeza dengan aliran yang diajarkan oleh guru di sekolah?

🔵Kita harus menerangkan kepada anak-anak tentang kepelbagaian pendapat di dalam fiqh. Kita ajarkan keluasan bidang fiqh.

Supaya sejak kecil lagi fikiran mereka sudah terbuka dan tidak terkongkong pada satu jenis pendapat sahaja

9) Apakah jenis-jenis batu khas yang digunakan untuk berisntinjak? Contohnya bentuk batu yang leper dan lonjong sebagaimana yang biasa dijumpai di sungai atau kat jeram. Bukanlah seperti batu kerikil untuk membuat jalan.

🔵Tiada batu khas untuk beristinjak tetapi hendaklah dipilih batu yang tidak tajam kerana ia boleh mencederakan punggung.

10) Adakah terdapat kisah pengharaman memakan khinzir?

🔵Kisah-kisah sedemikian tidak perlu diketahui. Mungkin hanya kisah dongeng.

Berkenaan pengharaman memakan khinzir telah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Qur’an surah Al-Maidah ayat 3:-

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.”

11) Apakah yang afdhal dibacakan ketika ahli keluarga sedang nazak?

🔵Kepada yang nazak, ditalqinkan ‏لا اله الا الله.

12) Adakah sahih kisah pada zaman sahabat berkenaan lemak khinzir yang digunakan untuk menampal kapal yang pecah dan rosak?

🔵Kisah tersebut ada direkodkan di dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim.

Dari Jabir bin Abdillah, beliau mendengar Rasulullah ‎ﷺ bersabda di Mekah saat penaklukan kota Mekah (tahun 8 H),

إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ » . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ شُحُومَ الْمَيْتَةِ فَإِنَّهَا يُطْلَى بِهَا السُّفُنُ ، وَيُدْهَنُ بِهَا الْجُلُودُ ، وَيَسْتَصْبِحُ بِهَا النَّاسُ . فَقَالَ « لاَ ، هُوَ حَرَامٌ » . ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – عِنْدَ ذَلِكَ « قَاتَلَ اللَّهُ الْيَهُودَ ، إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ شُحُومَهَا جَمَلُوهُ ثُمَّ بَاعُوهُ فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya, Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli khamar, bangkai, babi, dan patung.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu mengenai jual beli lemak bangkai, mengingat lemak bangkai itu dipakai untuk menampal perahu, meminyaki kulit, dan dijadikan minyak untuk penerangan?” Nabi ‎ﷺ bersabda, “Tidak boleh! Jual beli lemak bangkai itu haram.” Kemudian, Rasulullah ‎ﷺ bersabda, “Semoga Allah melaknat Yahudi. Sesungguhnya, tatkala Allah mengharamkan lemak bangkai, mereka mencairkannya lalu menjual minyak dari lemak bangkai tersebut, kemudian mereka memakan hasil penjualannya.” (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 2236 dan Muslim, no. 4132).

13) Adakah saya boleh memukul sekumpulan anjing yang membunuh kucing atau hanya membiarkannya sahaja kerana lumrah alam?

🔵Boleh dihalau anjing-anjing tersebut bagi menyelamatkan kucing.

Air yang najis

Jenis air yang ke 3: Air Najis

🔺Thaharah/Air dan Najis/Jenis Air/Air Najis

Ini adalah air mutlak tetapi telah bercampur dengan najis, sehingga telah mengubah warna, bau atau rasa air itu. Air jenis ini tidak boleh digunakan sebagai air wuduk. Tidak kira sama ada air itu sedikit atau banyak.

Maksudnya, kalau sudah lebih dari dua qullah pun, tetapi kalau ada perubahan pada warna, bau dan rasa, ia tidak boleh dipakai.

Itu itu, kita kena kenal apakah yang dikatakan sebagai najis? Mari kita belajar jenis-jenis najis pula supaya kita lebih faham.

Air yang suci tapi tidak menyucikan

Kelas : 3
Tarikh : 4/7/18 ( Rabu)
Kitab : Thaharah (Bersuci)
Bab : Bab Air dan Najis
Bahagian : Jenis Air
Topik : Air yang suci tetapi tidak menyucikan

Air yang suci, tetapi tidak menyucikan. Sekarang kita masuk ke topik yang baharu:

🔺Thaharah/Air dan Najis/Jenis Air/Air yang suci tetapi tidak menyucikan.

Pada asalnya ia adalah air mutlak tetapi telah dicampuri benda suci seperti pewarna, cuka, kopi, teh dan lain-lain lagi. Percampuran itu banyak sehingga mengubah status air itu menjadi ‘air berwarna’, ‘air cuka’, ‘air kopi’, ‘air teh’ dan sebagainya.

Orang tidak panggil ‘air’ sahaja, tetapi sudah ditambah dengan nama lain. Air jenis ini tidak boleh dijadikan air wuduk dan mandi junub.

✍🏻Imam Bukhari telah menaqalkan:

وَكَرِهَهُ الْحَسَنُ وَأَبُو الْعَالِيَةِ وَقَالَ عَطَاءٌ التَّيَمُّمُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الْوُضُوءِ بِالنَّبِيذِ وَاللَّبَنِ

Al Hasan dan Ata’ Abu Aaliyah tidak suka menggunakannya. Ata’ berkata: bertayamum lebih aku sukai dari berwudu’ menggunakan Nabiz dan susu.

Nabiz adalah air yang direndam kurma di dalamnya (sehari semalam) dan menyebabkan perubahan pada air itu. Ia boleh dikira sebagai air perasan kurma dan pada zaman sekarang, dipanggil air jus. Maka air jenis ini tidak boleh dijadikan sebagai air wuduk.

Sekarang sambung pelajaran ke jenis Air Najis pula.

Air Suci lagi menyucikan

Air yang suci lagi menyucikan bermaksud bukan sahaja ianya suci, ia boleh pula menyucikan. Selalu kita panggil ‘air mutlak’. Ia boleh ‘mengangkat’ hadas. Maksudnya ‘menghilangkan’ hadas.

Maksudnya menyucikan kita dan membolehkan kita melakukan ibadat yang memerlukan kita suci semasa melakukannya: contohnya Solat dan Tawaf.

Ini berbeza dengan air kopi kerana air kopi itu memang suci (kalau tidak suci, maka tidak boleh diminum), tetapi ia ‘tidak menyucikan’. Oleh itu, jangan pula air wuduk pakai air kopi.

📌Senarai jenis-jenis air:

a. Air hujan

Bolehlah kalau duduk dalam hutan, tadah air hujan dan gunakan untuk ambil wudhu’.

b. Benda yang asal dari air

Contoh seperti salji dan embun. Boleh cairkan salji sampai jadi air; boleh kutip air embun pada daun-daun di pagi hari dan jadikan sebagai air wudhu’.

c. Air dari mata air atau air telaga.

d. Air laut

Kalau duduk tengah laut atau atas kapal, jangan takut sebab banyak air di sekeliling.

e. Air zam-zam

Pernah Nabi berwudhu’ menggunakan air zam-zam.

f. Air ajin

Ini adalah jenis air yang bercampur dengan benda lain, tetapi tidak mengubah sifatnya sebagai air mutlak. Kerana sedikit sahaja bercampur dengan benda asing. Dan benda itu pula suci.

Sebagai contoh, air yang dimasuki oleh daun, sabun, tepung. Masuk itu sedikit, sampai tidaklah menjadikan air itu sebagai ‘air sabun’, ‘air tepung’.

Ia tetap air mutlak lagi (suci lagi menyucikan). Dalilnya Nabi menyuruh guna air campuran perahan daun bidara untuk mandikan mayat.

Termasuk jenis air ini adalah air yang tersimpan di dalam bekas dan air itu ada bau bekas itu. Macam kalau kita letak air dalam baldi, ada bau plastik pada air itu. Tiada masalah untuk memakainya.

g. Air yang bercampur dengan benda najis, tapi tidak mengubah rasa, warna dan bau

Ini mungkin orang kita ada masalah sedikit. Terutama kepada mereka yang ada penyakit was-was. Mereka takut sangat kalau-kalau ada najis termasuk ke dalam air tadahan.

🔺Oleh itu, kita kena tanya tiga perkara:
– berubah tak rasa dia?
– berubah tak warna dia?
– berubah tak bau dia?

Kalau salah satu ini ada, maka air itu tidak boleh dipakai sebagai mengangkat wudhu’. Kalau ketiga-tiga tidak ada, maka bolehlah dipakai.

Ini berdasarkan hadith:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُطْرَحُ فِيهَا الْحِيَضُ وَلَحْمُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Dari Abu Said Al Khudri RA, bahwa Rasulullah pernah ditanyakan, “Apakah kita akan berwudhu dengan memakai air sumur Budho’ah? Sedangkan sumur tersebut biasa di airi air hujan, yang membawa kain bekas darah haid, daging-daging anjing, dan kotoran manusia? “Maka Rasulullah SAW menjawab, “Sesungguhnya air itu suci dan mensucikan, tidak dinajiskan oleh sesuatu apapun. ” {Shahih}
Riwayat Abu Dawud

Sebagian ulama seperti Abu Hanifah, Asy Syafi’i, Ahmad dan pengikut mereka memegang pendapat bahawa jika air kurang dari dua qullah (orang kita sebut kolah) dan kemasukan najis sedikit ataupun banyak, baik airnya berubah atau tidak, maka air tersebut menjadi najis.

Misalnya airnya adalah 5 liter, kemasukan satu titik kencing walaupun tidak merubah bau, rasa dan warnanya, maka air tersebut tetap najis kerana air lima liter masih kurang dari dua qullah. Mari kita bincangkan.

✒️Nota:
Berapa banyak air dua qullah itu? Ringkasnya ukuran air dua qullah adalah ukuran sekitar 200 liter.

Adapun hadits mengenai air dua qullah adalah sebagai berikut:

‎إِذَا بَلَغَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ

“Jika air telah mencapai dua qullah, maka tidak mungkin dipengaruhi kotoran (najis).”
(HR. Ad Daruquthni)

Dalam riwayat lain disebutkan,

‎إِذَا بَلَغَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يُنَجِّسْهُ شَىْءٌ

“Jika air telah mencapai dua qullah, maka tidak ada sesuatupun yang menajiskannya. ”
(HR. Ibnu Majah dan Ad Darimi)

Walaupun hadis-hadis ini ada juga yang mengkritiknya tetapi dihasankan oleh Syaikh Albani dan Ibnu Taimiyyah. Jadi dari dua hadis ini, ulama berhujah yang kalau sedikit najis masuk dalam air yang kurang dua qullah, maka air itu tidak suci lagi.

Tapi bagaimana kalau air itu lebih dari dua qullah tetapi bila dimasuki najis telah berubah bau, warna atau rasa? Sepakat ulama mengatakan tidak suci.

Jadi perbincangan sekarang adalah bagaimana kalau air kurang dari dua qullah tetapi kemasukan najis tidak mengubah warna, bau atau rasa?

Kita telah sebutkan pendapat pertama yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di negara kita. Namun ulama lainnya seperti Imam Malik, ulama Zhohiriyah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, menyatakan bahawa air tidaklah menjadi najis dengan hanya sekedar kemasukan najis.

Air tersebut bisa menjadi najis apabila berubah salah satu dari tiga sifat yaitu rasa, warna atau baunya. Alasan pendapat pertama tadi kurang tepat kerana ada sebuah hadits yang menyebutkan,

‎إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لاَ يُنَجِّسُهُ شَىْءٌ

“Sesungguhnya air itu suci, tidak ada yang dapat menajiskannya.”
HR. Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ahmad. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 478

Hadits ini menjelaskan, air asalnya adalah suci sampai berubah rasa, bau atau warnanya.

Kalau begitu, bagaimana dengan hadis tentang dua qullah di atas? Itu Nabi hendak memberitahu kebiasaan air kalau banyak sampai dah dua qullah, maka tidaklah ia senang menjadi najis. Tapi tidaklah hadis itu meletakkan minima air kena ada dua qullah baru tidak terkesan dengan najis.

🔺Maka yang penting adalah: ada penukaran bau, rasa atau warna tak?

h. Air musta’mal (air yang telah digunakan)

Mus’tamal artinya sesuatu yang dipakai. Air mus’tamal adalah air yang telah digunakan untuk bersuci.

Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunnah mengatakan:

‎وهو المنفصل من أعضاء المتوضئ والمغتسل

“Air musta’mal adalah air yang jatuh dari anggota badan orang yang berwudhu atau mandi” (Fiqhus Sunnah, 1/18).

Air musta’mal adalah suci dan boleh digunakan untuk wudhu’, mandi junub. Antara dalil yang membenarkan adalah hadis:

Hadits dari Al Miswar radhiallahu’anhu:

‎وإِذا توضَّأ النّبيّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ –، كادوا يقتتلون على وَضوئه

“Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berwudhu, mereka (para sahabat) hampir-hampir saling membunuh (kerana memperebutkan) bekas wudhu baginda”
(HR. Al Bukhari 189).

Dari hadis ini, kita boleh perhatikan yang para sahabat ber-tabarruk dengan air bekas wudhu Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Jika air musta’mal itu najis, maka tentu tidak akan diperebutkan oleh para sahabat dan akan dilarang oleh Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam.

Juga hadis:

‎عن ابن عباس –رضي الله عنهما– قال: اغتسل بعض أزواج النّبيّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – في جفنة ,فجاء النّبيّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ليتوضَّأ منها –أو يغتسل– فقالت له: يا رسول الله! إِنِّي كنتُ جُنُباً. فقال رسول الله – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: إِنَّ الماء لا يُجْنِب

Dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, ia berkata: sebagian istri Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam mandi dalam sebuah bak. Lalu Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam datang untuk berwudhu -atau mandi- dari air bak tersebut. Maka diantara istri Nabi ada yang berkata: “Wahai Rasulullah, saya tadi mandi junub di situ”. Maka Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallambersabda: “sesungguhnya air itu tidak membuat junub”
(HR. Tirmidzi no. 65, ia berkata: “hasan shahih”).

Hadits di atas ini adalah dalil tegas bahawa air musta’mal boleh digunakan untuk bersuci. Dan banyak lagi sebenarnya dalil-dalil yang diutarakan oleh ulama berkenaan perkara ini.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
“Semua yang disebut dengan sebutan ‘air’ maka ia suci dan mensucikan. Baik ia musta’mal (telah digunakan) untuk bersuci yang wajib atau bersuci yang sunnah, atau bersuci yang tidak sunnah (mubah)”
(Majmu’ Al Fatawa 19/236, dinukil dari Fatawa As Sual wal Jawab no. 224255).

Jadi kalau lebih basuhan pada tubuh kita dari wuduk atau dari mandi junub terkena kepada baldi berisi air, maka tidaklah menjadikan air itu sudah tidak boleh pakai.

Ada kalangan orang kita sampai tidak boleh menitik langsung. Ada juga yang tidak berani hendak cedok dalam bekas tadahan kerana takut air dalam tadahan itu jadi air musta’mal.

🔺Dari dalil-dalil yang diberikan, maka dapatlah kita tahu bahawa air musta’mal boleh digunakan dalam wuduk dan dalam mandi hadas. Jadi sudah tidak perlu risau.

i. Air yang telah dihangatkan atau dipanaskan

Ada satu fahaman dalam masyarakat kita yang air musyammas (air yang terdedah kepada matahari) tidak boleh digunakan untuk berwuduk.

Ini tidak benar kerana hadis: “Janganlah kalian mandi dengan air yang dipanasi oleh cahaya kerana itu dapat menyebabkan penyakit kusta”, tidak sahih.

Selepas ini kita sambung ke jenis air yang suci, tapi tidak menyucikan.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-2☘️
==========================

📍Bagaimana dengan air yang disimpan di dalam tempayan tetapi bila masa hendak digunakan berubah warna sedikit seperti kekerohan dan kita yakin tiada najis yang masuk ke dalam. Bolehkah dikira suci?

🔵 Ini air ajin. Boleh pakai tanpa was-was.

📍Bagaimana pulak air paip yang sudah di masak dan air paip yang di tapis? Adakah ini air mutlak?

🔵 Ya.

📍Jika air dalam lopak air atau di lubang-lubang jalan adakah boleh dikira air mutlak?

🔵 Ini air kotor. Adakah hendak pakai untuk ambil wuduk? Ia mungkin tidak najis tetapi kalau kotor, cari air lain lah.

📍Apakah bahagian jenis air untuk kapur barus kerana campuran air tersebut di gunakan semasa mandi jenazah pada kebiasaan orang melayu.

🔵 Termasuk jenis Air ajin.

📍 Jadi ustaz perubahan 3 sifat air itu hanya untuk yang kemasukkan najis dan bukan benda yang bukan najis kan?

🔵 Kalau dimasukkan kopi banyak sangat yang walaupun ia bukan najis, sampai jadi air kopi, tidak boleh juga untuk buat air wuduk.

📍Bagaimana kalau air yang termasuk tahi cicak?

🔵 Tahi cicak dikira termasuk dalam umum balwa. Satu konsep dalam fiqh: banyak sangat sampai susah hendak jaga. Maka dimaafkan. Kecualilah ada dua ribu tahi cicak tentu tidak sanggup hendak gunakan.

📍Jika air itu termasuk air najis tetapi tiada rasa dan bau malah kita tidak tahu,bolehkah digunakan untuk amik wuduk?

🔵 Bila tidak tahu itu yang maksudnya tidak berubah bau rasa dan warna. Mulanya kita tengok air tu ada warna lain macam tak? Nampak ok…tetapi bila angkat hendak letak ke muka…sudah tahu. Lagi pulak kalau kumur. Maka Islam sudah ajar tiga cara hendak test air.

📍Adakah air kapur barus itu sah digunakan untuk berwuduk kerana baunya kuat?

🔵 Sah. Kalau tidak sah, tidak bolehlah pakai basuh jenazah. Cuma dalam keadaan biasa, tidak pakai kan kapur masuk air?

📍Apakah kategori air hujan yang mengalir dari atap rumah kita sebab kita tidak tahu apa yang ada dekat atap?

🔵 Air ajin. Gunakan tiga cara untuk pastikan (check) warna, bau dan rasa.

📍 Bagaimana pula dengan air banjir yang banyak dan pekat?

🔵 Kalau keruh sangat, ia sudah jadi air lain: air becak, air banjir, air hampas.Tidak termasuk air mutlak lagi. Kalau masih nampak ok, ia cuma air ajin. Tiga cara tentukan warna,bau dan rasa.

📍Ini berkenaaan kisah kanak-kanak apabila mandi dalam satu bekas dan terkencing di dalam bekas tersebut, apakah kategori air itu? Bolehkah orang lain gunakan air itu?

🔵Pertama, jangan kencing bersepah dan ini semua tahu.
Kedua, kalau sudah tahu, basuhlah dulu sebab berlaku depan mata, tentu tidak mahu pakai.
Ketiga, kalau tidak nampak, kita tidak perlu periksa (check). Kita kena kira sebagai najis kalau kita nampak, atau berubah warna bau rasa.

Dari segi hukumnya jikalau tidak berubah bau warna dan rasa maka air itu masih dikira air suci. Kita masih lagi boleh pakai air itu untuk mengangkat hadas kita. Tetapi kita kena tahu yang jikalau kita kata air itu masih boleh digunakan tidak lah kita ‘suruh’ pakai. Kalau kita sudah tahu ada orang kencing Maka janganlah kita pakai kerana kita boleh cari air lain.

📍Bagaimana jika memang tiada air lain? Walaupun ada bau tetapi bau tanah sahaja dan kalau tayamum juga tidak boleh sebab semuanya di penuhi lumpur.

🔵 Air suci lagi. Kencing tu sikit sangat sedangkan air kolah banyak kerana yang banyak melarutkan yang sikit. Gunakan kaedah warna, bau, rasa untuk pastikan.

📍Apakah maksud sabda Rasulullah SAW “sesungguhnya air itu tidak membuat junub” maksudnya??

🔵 Air itu tidak ikut jadi junub sekali. Tetap suci.

📍Bolehkah kalau amik wuduk dalam baldi?

🔵 Boleh. Nabi dan sahabat biasa buat. Basuhan tangan pertama sahaja dekat luar. Lepas itu boleh cedok guna tangan.
Maksud basuhan pertama ialah jangan terus cedok sebab tangan itu mungkin kotor.

📍Jika orang yang pegang pendapat air mustakmal itu tidak boleh digunakan bersuci, kita perlu hormat, adakah kedua-dua pendapat ini adakah sama kuat?

🔵 Ya kita hormati kalau dia pakai juga pendapat itu. Namun yang kuatnya air musta’mal suci tetapi kalau ada hendak pakai juga, ikut dia lah.

📍Maksudnya boleh guna juga pendapat yang kurang kuat?

🔵 Boleh,kerana ia juga pendapat ulama yang Mujtahid. Entah-entah pendapat ini yang benar. Nabi sudah tiada hendak pastikan. Maka kita hormat. Maka kita boleh usaha sahaja hendak nilai berdasarkan hujah dan dalil yang ada. Maka setakat ini kita pegang air musta’mal suci. Dia juga kenalah hormat pegangan kita.

📍Adakah najis burung dikira najis dan najisnya sama kedudukannya dengan tahi cicak..

🔵 Ini dikira sebagai umum balwa juga. Susah hendak jaga. Oleh kerana burung boleh dimakan, maka tahi dia tidak najis.Ya sama kedudukan dengan najis cicak.

📍Ada sebuah masjid di pulau menggunakan air hujan dan air pam dari lubang yang dibuat. Bila air hujan sudah habis dari tangki simpanan mereka gunakan pula air pam dari perigi tersebut. Adakala satu masa air terasa masin sewaktu berwuduk. Apa status air tersebut dan apa yang harus dibuat ketika situasi tersebut?

🔵Ini ialah air ajin. Sikit sahaja rasa masin itu.

📍Bagaimana pula air hujan yang ditadah dalam bekas besar tetapi di dalamnya terdapat lumut (tumbuhan hijau/hitam). Adakah masih guna kaedah 3 cara (rasa/warna/bau)?

🔵Termasuk dalam kategori air ajin. Bau tanah sahaja, bukan bau najis. Tanah itu suci (suci dalam debu)

📍Ada sesetengah tempat seperti bendang atau paya sebegini. Bagaimana dengan status airnya? Adakala airnya bersih dan juga keruh. Macam dulu-dulu ada orang mandi bersama haiwan di tempat ini.

🔵Air ajin dan ini suci dalam debu juga.

📍Bagaimana dengan air dalam tali air dekat sawah padi yang biasanya pada musim panas air nya bertukar warna,ada bau dan itik berenang di situ.

🔵Air ajin. Tanah dan itik suci.

📍Ini boleh bermaksud tidak mengubah warna air?

🔵Air itu mungkin berubah warna kerana bercampur tanah tetapi kerana ia suci, tidak mengapa kalau berubah warna. Mungkin juga berlumut, tetapi lumut itu tidak najis maka tidak mengapa.

📍Apakah air sumur budho’ah? Kalau di tempat saya sumur itu bermaksud perigi.

🔵Nama sumur itu macam Telaga Hang Tuah,Telaga Mahsuri dan di Arab juga ada nama telaga.

📍Air musta’mal adalah suci dan boleh digunakan untuk wudhu’, mandi junub.
Jadi selama ini anak saya dan saya salah dalam menilai air musta’mal. Kalau belajar di sekolah dalam buku agama , air musta’mal suci tapi tidak boleh buat bersuci.

🔵 Buku sekolah pakai mazhab Syafie. Memang lah tidak boleh pakai untuk bersuci tetapi kita sudah jelaskan bahawa pendapat lebih kuat, air musta’mal suci dan menyucikan.

📍Jika kebiasaan apabila mandi tadah air dalam tong, air percikan yang kita mandi masuk dalam tong. Jadi air itu juga diguna untuk mandi jubub masih suci bolehkan, sebab ia jadi air ajin, selagi tidak merubah rasa, bau dan warna.Benarkah pemahaman saya ini?

🔵 Bukan air ajin tetapi air musta’mal. Kita sudah jelaskan bahawa ia suci dan menyucikan.

📍Bagaimana pula pemanas air (water heater), apakah hukumnya jika musim hujan mandi wajib dan wudhu adakalanya gunakan water heater?

🔵 Air jenis itu boleh dipakai. Sahabat biasa sahaja pakai air yang dipanaskan. Negara mereka ada musim sejuk yang kalau pakai air untuk mandi boleh jadi sakit sebab sejuk sangat.

📍Adakah terdapat larangan mandi junub tidak dibenarkan menggunakan air berlebihan, contoh mandi junub guna shower/air pancuran?

🔵 Nabi pernah tegur sahabat yang guna air banyak untuk ambil wuduk. Cuma mungkin orang mandi junub sekali dengan mandi biasa. Maka bolehlah.

📍Kaedah warna, bau dan rasa, maksudnya jika warna gunakan penglihatan dan bau kita gunakan hidung. Bagaimana pula dengan rasa? Rasa ini dalam deria sentuhan,lidah atau kedua-dunya?

🔵 Kalau ambil wuduk bukankah kita kumur? Itu rasa lah maksudnya.

📍Apabila kita sertu atau samak hendaklah menggunakan air yang ‘dicampur’ dengan tanah dan tidak boleh menggunakan air yang telah ‘bercampur’ dengan tanah (air lumpur).Benarkah begini?

🔵 Kalau air lumpur itu sudah boleh digunakan (ready-made) untuk sertu.

📍Sebelum ini ada melakukan begitu, adakah sah solat atau perlu qadha?

🔵Perkara sudah lepas tidak perlu qadha sebab berapa banyak awak hendak qadha? Banyak kesalahan yang dilakukan oleh sahabat, Nabi ada tegur tetapi baginda tidak suruh qadha.

📍Bukankah air itu telah menjadi air mustakmal, maka bolehlah berwuduk dan sah solat?

🔵Ini bab kebersihan. Tangan itu entah apa yang dilakukan sebelum itu, pegang apa-apa, maka jangan basuh dalam cebok/bejana/baldi.

📍Ustaz, air musta’mal tu sehingga berapa kali ia bersifat menyucikan? Contoh macam bekas lebihan isteri diguna untuk suami lepas itu diguna oleh yang lain sehingga seterusnya, sampai bila ustaz, tambahan pula kalau keadaan air sangat sikit ketika itu.

🔵Air musta’mal ini apabila bercampur air yang telah diangkat hadas ,menitik kembali atau celup tangan dalamnya. Tapi tidaklah para sahabat guna air iberkali-kali. Tidaklah ditadah air itu dan kemudian guna balik. Bukan tadah kemudian guna balik tetapi kalau air dalam baldi dicelup untuk wuduk. Kemudian orang lain guna dan seterusnya,masih lagi boleh dipakai. Cuma tidaklah tadah dekat bawah.

📍Adakah air ajin mempunyai peringkat? Jika air paya (tali air) yang tidak mengalir dan airnya coklat pekat dan nampak berminyak, adakah masih boleh digunakan?

🔵 Boleh agak sendiri samada ia bersih atau tidak. Kita di Malaysia ini banyak air. Selalu tidak ada masalah sebegini.

📍 Air tadahan baldi lebihan wudhuk (yang diambil dari paip) kategori apa?

🔵Air musta’mal.

📝Soalan luar topik kelas

📍Solat Dhuha ini ada yang katakan bukan Sunnah. Benarkah begitu?

🔵 Ya memang ada yang kata solat dhuha tidak ada.Namun tetap solat waktu dhuha itu dibenarkan. Ramai lagi yang kata ada solat dhuha. Nanti kita bincangkan di bab solat nanti.

📍Bagaimanakah cara pengiraan fidyah untuk ayah saya yang baru meninggal 9. Bolehkah duit peninggalan arwah digunakan untuk mmbeli beras sebagai bayar fidyah trsebut.

🔵 Ya,boleh guna duit peninggalan beliau untuk fidyah. Berapa hari tinggal puasa? Beri makan orang miskin untuk setiap hari tinggal. Saya cadangkan sponsor makanan di rumah anak yatim atau rumah gelandangan.

📍Mengenai puasa arwah ayah. Apakah kita kena kira anggaran sejak dia akil baligh sebab tidak pasti jumlah yang ditinggalkan? Sebelum ni alhamdulillah ayah saya boleh puasa penuh dan jika ada yang tertinggal sudah di ganti puasa itu. Apakah kita harus kira puasa yang ditinggalkan semasa zaman dia baru akil baligh?

🔵Kalau dia hendak ganti, dia patutnya telah wasiatkan tetapi tidak nampaknya. Maka kita juga tidak tahu dia ada tinggalkan atau tidak. Jadi kita doakan sahaja semoga semua dosanya diampunkan.

📍Selalunya adat di kampung saya mereka berikan beras dibayar sebagai fidyah. Bagaimana pengiraan itu dibuat sebenarnya?

🔵Asalnya fidyah ini beri makan. Ini pilihan saya tetapi ulama sudah mudahkan beri kelonggaran boleh ganti dengan beras. Satu cupak sehari.

📍Bolehkah jika ditukar dalam bentuk tunai,bayar ikut nilai satu cupak?

🔵 Asal hukum fidyah adalah dengan beri makanan, firman Allah Ta’âla,

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“Dan orang-orang yang berat menjalan­kan (puasa) tersebut (jika tidak berpuasa) wajib membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin.” [Surah Al-Baqarah: 184]

Ada ulama yang membenarkan ganti dengan beras.Kemudian ada yang benarkan ganti dengan wang. Saya memilih tetap kena beri makan.

📍Bagaimana dengan 2 situasi di bawah?

1)kalau janin digugurkan kerana berzina, dikira syubahatkan?

2) Janin itu digugurkan dan halal disebabkan perkahwinan tetapi hanya sebelah pihak yang tahu (isteri) kerana beban kewangan dan sebagainya.

🔵Tidak subahat kerana sudah lepas kejadian itu. Gugur kerana beban kewangan bukan sebab yang sah. Haram hukumnya.

📍Kaki manakah yang patut di dahulukan ketika masuk atau keluar dari masjid dan juga tandas ?

🔵 Konsep utama:
Perlu dibandingkan dari mana dan hendak ke mana?

1) Keluar atau masuk ke masjid

• Dari dunia luar hendak ke masjid;
Masjid lebih mulia, maka masuk masjid dengan dahulukan kaki kanan.

• Dari masjid hendak ke luar;
Dari masjid hendak masuk ke dunia yang rendah, maka dahulukan kaki kiri.

2) Keluar atau masuk ke tandas

• Dari dunia luar hendak masuk ke tandas;
Tandas lebih hina jika dibandingkan dengan dunia luar. Maka dahulukan kaki kiri.

• Dari tandas ke dunia luar;
Hendak keluar ke kawasan yang lebih mulia, maka dahulukan kaki kanan.