A. Pengertian Tayamum

Pengertian Tayamum

Dari segi bahasa, Tayammum bermaksud ‘keinginan’ seperti disebut dalam Baqarah:267

وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ

Dan janganlah kamu menginginkan yang buruk daripadanya

Dari segi syarak, ia bermaksud menggunakan tanah untuk mengusap muka dan tangan kerana ingin mengangkat hadas dengan tujuan melakukan ibadat dan selainnya.

Itulah pengenalan kepada Tayammum. Sekarang mari kita lihat manakah sumber pensyariatan Tayammum ini.

F. Masalah-masalah berkaitan Mandi bagi Wanita

Secara umumnya, sama sahaja cara mandi lelaki dan wanita. Namun, ada beberapa perkara yang membezakan sedikit antara keduanya kerana keadaan fizikal yang berlainan antara keduanya.

1. Wanita tidak wajib mengurai sanggulnya ketika mandi junub

Sebenarnya wanita tidak perlu membuka sanggul rambutnya semasa mandi junub.

✍Sandaran pendapat ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Dia mengatakan,

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِى فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ قَالَ « لاَ إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِى عَلَى رَأْسِكِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ ».

“Aku berkata, wahai Rasulullah, aku seorang wanita yang sanggul rambut kepalaku, apakah aku harus membuka sanggulku ketika mandi junub?” Baginda bersabda, “Jangan (kamu buka). Cukuplah kamu menyiram air pada kepalamu tiga kali, kemudian siramlah yang lainnya dengan air, maka kamu telah suci.”
(HR. Muslim no. 330)

Syarah:

Maknanya, seorang wanita yang berambut panjang dan membuat sanggul pada rambutnya, dia tidak perlu membuka sanggulnya itu. Dia tidak perlu membasuh rambut dia pun. Dia cuma siram sedikit air pada kepalanya dan usahakan air itu supaya kena kepada kulit kepala.

Tidak dinafikan perkara ini mungkin baru bagi sesetengah orang. Bukan kita sahaja yang berasa pelik, tetapi perkara ini pun sudah ada khilaf di kalangan sahabat.

✍Lihat apa kata Saidatina Aisyah رضي الله عنها:

و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُلَيَّةَ قَالَ يَحْيَى أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ بَلَغَ عَائِشَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَأْمُرُ النِّسَاءَ إِذَا اغْتَسَلْنَ أَنْ يَنْقُضْنَ رُءُوسَهُنَّ فَقَالَتْ يَا عَجَبًا لِابْنِ عَمْرٍو هَذَا يَأْمُرُ النِّسَاءَ إِذَا اغْتَسَلْنَ أَنْ يَنْقُضْنَ رُءُوسَهُنَّ أَفَلَا يَأْمُرُهُنَّ أَنْ يَحْلِقْنَ رُءُوسَهُنَّ لَقَدْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَلَا أَزِيدُ عَلَى أَنْ أُفْرِغَ عَلَى رَأْسِي ثَلَاثَ إِفْرَاغَاتٍ

Dan telah menceritakan kepada kami [Yahya bin Yahya], [Abu Bakar bin Abi Syaibah] dan [Ali bin Hujr] semuanya meriwayatkan dari [Ibnu Ulayah] [Yahya] berkata, telah mengabarkan kepada kami [Ismail bin Ulayah] dari [Ayyub] dari [Abu az-Zubair] dari [Ubaid bin Umair] dia berkata, ” [Aisyah] pernah mendengar Abdullah bin Amru memerintahkan orang-orang perempuan agar membuka tali ikatan rambut mereka apabila mereka mandi. Lalu Aisyah berkata, ‘Mengapa dia tidak menyuruh mereka agar mencukur rambut saja? Aku pernah mandi bersama-sama Rasulullah ﷺ menggunakan air dari bekas yang sama. Aku tidak menyiram kepalaku lebih dari tiga kali siram’.”


 

2. Wajib bagi wanita mengurai sanggulnya ketika mandi dari Haidh

Lain pula bagi wanita yang baru kering dari haidh. Kalau mandi junub, tidak perlu membasuh rambut, tetapi apabila bersuci dari haidh, maka hendaklah diuraikan rambut dan dibasuh rambut itu.

✍Dalilnya:

وَأَنَا حَائِضٌ فَشَكَوْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دَعِي عُمْرَتَكِ وَانْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي وَأَهِلِّي بِحَجٍّ فَفَعَلْتُ

“Maka ketika hari Arafah aku mengalami haidh, aku lalu mengadukan hal itu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda lalu bersabda: “Tinggalkanlah Umrahmu. Uraikan rambut kepalamu lalu sisirlah, kemudian mulailah talbiah dengan haji.” Maka aku pun laksanakan perintah baginda.”
HR Bukhari no. 317


 

3. Anjuran menggunakan pembersih haidh seperti kapas yang diletakkan pewangi pada tempat keluar darah.

✍Hal ini berdasarkan hadith ‘Aisyah رضي الله عنها,

أَنَّ أَسْمَاءَ سَأَلَتِ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ « تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا حَتَّى تَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ. ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا ». فَقَالَتْ أَسْمَاءُ وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا فَقَالَ « سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِينَ بِهَا ». فَقَالَتْ عَائِشَةُ كَأَنَّهَا تُخْفِى ذَلِكَ تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ. وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ فَقَالَ « تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ – أَوْ تُبْلِغُ الطُّهُورَ – ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ »

“Asma’ bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang mandi wanita haidh. Maka beliau bersabda, “Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan daun bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya. Kemudian hendaklah engkau menyiramkan air pada kepalanya, lalu menggosok-gosoknya dengan keras hingga mencapai akar rambut kepalanya. Kemudian hendaklah engkau menyiramkan air pada kepalanya tadi. Kemudian engkau mengambil kapas bermisik, lalu bersuci dengannya. Lalu Asma’ berkata, “Bagaimana dia dikatakan suci dengannya?” Beliau bersabda, “Subhanallah, bersucilah kamu dengannya.” Lalu Aisyah berkata -seakan-akan dia menutupi hal tersebut-, “Kamu sapu bekas-bekas darah haidh yang ada (dengan kapas tadi)”. Dan dia bertanya kepada beliau tentang mandi junub, maka beliau bersabda, ‘Hendaklah kamu mengambil air lalu bersuci dengan sebaik-baiknya bersuci, atau bersangat-sangat dalam bersuci kemudian kamu siramkan air pada kepala, lalu memicitnya hingga mencapai dasar kepalanya, kemudian mencurahkan air padanya’.”
(HR. Bukhari no. 314 dan Muslim no. 332)

Syarah:

Anjuran ini diberikan kerana tempat laluan darah haidh itu berbau dan untuk menghilangkan baunya adalah dengan menggunakan kapas yang dicelup dengan minyak wangi. Zaman sekarang sudah ada sabun khas rasanya.


 

4. Tidak wajib bagi wanita mencuci bahagian dalam kemaluannya.

✍Ibn Taimiyah menyatakan: “Dia boleh melakukannya jika mahu.”

✍Syeikh Albani pula mengata: “boleh, supaya lebih bersih tetapi bukan bahagian dari ibadah.”

Maknanya, perkara ini bukan wajib, tetapi boleh dilakukan. Jangan ditekankan sampai menyebabkan kerisauan dalam perkara ibadah. Ini kerana mungkin ada wanita yang rasa was-was sama ada sudah bersih atau tidak bahagian kemaluannya.

📍Kita beritahu yang kalau dicuci bahagian luar sahaja sudah dikira bersih untuk melakukan ibadah. Jangan terbelit dengan pendapat yang keras yang mengatakan kena cuci sampai ke dalam kemaluan dan kena pastikan ia bersih.

Sekian. Mari kita lihat cara-cara mandi junub.


 

☘️SESI SOAL JAWAB ☘️
===================

1. Bagaimana pula kaedah mandi junub dan haidh ketika di dalam kolam renang, sungai, dan laut?

🔵 Kaedah itu lebih senang. Niat dan terjun sahaja. Masuk ke dalam air itu sudah pasti air akan kena di seluruh badan.

2. Berdasarkan hadith riwayat Bukhari : 317 dan atsar Aisyah, adakah tidak perlu membuka ikatan rambut ketika mandi?

🔵 Sekiranya mandi junub tidak perlu membuka ikatan rambut. Tetapi, apabila hendak mandi haidh kena membuka ikatan rambut.

3. Adakah mandi junub dan haidh boleh tayamum sekiranya tiada air?

🔵 Ya, boleh.

4. Bagaimana pula jika mencuci tempat laluan darah haidh hanya menggunakan air biasa sahaja?

🔵 Boleh. Anjuran menggunakan kapas yang telah dicelup dengan minyak wangi dan sabun itu hanya sunat sahaja.

5. Bagi wanita yang berambut tebal. Adakah kena memastikan air sampai ke akar rambut?

🔵 Kena pastikan air sampai ke kulit kepala.

6. Adakah air itu kena diratakan seluruh bahagian kulit kepala?

🔵 Ya, kena bagi air sampai ke kulit kepala. Sebab itu kena menggosok sedikit kepala ketika mandi supaya air sampai ke kulit kepala.

7. Jika menggosok sedikit kepala. Adakah perbuatan itu akan membasahkan rambut?

🔵 Rambut itu telah diikat dan disanggul. Jadi tidak akan terkena kesemuanya rambut itu. Yang basah dan terkena air hanya bahagian akar rambut sahaja.

8. Adakah ini disebabkan mereka faham pada ayat “hendaklah kamu bersuci atau bersangat – sangat suci?

🔵 Mereka hanya ghuluw dalam menambah. Tidak dimaksudkan di seluruh tetapi mereka menambah perbuatan tersebut.

E. Perkara-perkara yang Diharamkan bagi Orang dalam Junub

Tajuk:
👁‍🗨 Solat (Fardhu atau Sunat)
👁‍🗨 Tawaf

1. Solat. Sama ada solat fardhu atau solat sunat.

✍Dalilnya hadis Nabi:

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”.
(HR. Muslim)


 

2. Tawaf.

Kita sudah bincangkan di dalam bab Wudhu’ dan kita ulangkaji sahaja di sini. Tidak boleh tawaf dalam hadas (kecil atau besar) ini adalah pandangan majoriti ulama’.

✍Berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ فَأَقِلُّوا مِنْ الْكَلَامِ

“Tawaf di Kaabah seperti solat, namun di dalamnya dibolehkan sedikit bicara.”
(An Nasai no. 2922)

✍Begitu pun, ada pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan diikuti oleh Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-‘Utsaimin رحمكم الله yang mengatakan suci dari hadas bukan syarat untuk sah tawaf.

Ini mungkin pelik bagi sesetengah orang, tetapi ada hujah yang diberikan:

1️⃣ Pertama:
Hadith yang menyatakan bahawa tawaf itu seperti salat, tidaklah marfu’ (sampai pada Rasulullah ﷺ). Hadith ini hanya mauquf (berhenti kepada perkataan sahabat sahaja) sampai pada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه.
[maknanya, hadith itu boleh dibincangkan lagi].

2️⃣ Kedua:
Tawaf tidaklah sama dari segi perbuatan dengan salat. Maka yang dimaksudkan ‘sama’ dengan salat itu adalah dari segi pahala, bukan di dalam semua keadaan. Maka, kita ambillah wudhu’ apabila hendak memulakan tawaf.

Namun, jika terbatal wudhu’ semasa tawaf, maka boleh diteruskan sahaja tawaf itu. Maka tentulah ini lebih mudah membayangkan keadaan waktu itu amatlah sesak dan jika mahu pergi mengambil wudhu’ kalau terbatal wudhu’, amatlah susah. Pendapat ini juga memudahkan orang yang apabila ke Tanah Haram, tetapi tiba-tiba didatangi haidh.

Susah-susah dia pergi ke sana, tetapi tidak boleh hendak menjalankan ibadah Haji atau Umrah pula. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir dia dapat pergi ke Tanah Haram untuk melakukan Umrah/Haji.

✍Maka pendapat Ibn Taimiyyah dan Shaikh Utsaimin ini sesuai dengan maqosid syar’iyyah:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(QS. Al Baqarah: 185).”

 

Allahu a’lam. Mari lihat perkara yang khusus berkenaan wanita pula.


 

☘️SESI SOAL JAWAB ☘️
===================

1. Apakah status hadith ini?

Tidak boleh tawaf dalam hadas (kecil atau besar) ini adalah pandangan majoriti ulama’ berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ فَأَقِلُّوا مِنْ الْكَلَامِ
“Tawaf di Kaabah seperti solat, namun di dalamnya dibolehkan sedikit bicara.”
(An Nasai no. 2922)

🔵 Status hadith itu sahih tetapi takrifan itu yang berbagai. Oleh sebab itu terdapat banyak pendapat. Hal ini sudah menjadi perkara biasa dalam agama.

2. Apakah tawaf yang dimaksudkan dalam hadith Riwayat Muslim ini?

١١٩ – (…) – حَدَّثَنَا أَبُو بَكۡرِ بۡنُ أَبِي شَيۡبَةَ وَعَمۡرٌوالنَّاقِدُ وَزُهَيۡرُ بۡنُ حَرۡبٍ. جَمِيعًا عَنِ ابۡنِ عُيَيۡنَةَ. قَالَ عَمۡرٌو: حَدَّثَنَا سُفۡيَانُ بۡنُ عُيَيۡنَةَ، عَنۡ عَبۡدِ الرَّحۡمَٰنِ بۡنِ الۡقَاسِمِ، عَنۡ أَبِيهِ، عَنۡ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنۡهَا قَالَتۡ: خَرَجۡنَا مَعَ النَّبِيِّ ﷺ، وَلَا نَرَىٰ إِلَّا الۡحَجَّ، حَتَّىٰ إِذَا كُنَّا بِسَرِفَ، أَوۡ قَرِيبًا مِنۡهَا حِضۡتُ، فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ ﷺ وَأَنَا أَبۡكِي فَقَالَ: (أَنَفِسۡتِ) – يَعۡنِي الۡحَيۡضَةَ – قَالَتۡ: قُلۡتُ: نَعَمۡ. قَالَ: (إِنَّ هٰذَا شَيۡءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَىٰ بَنَاتِ آدَمَ، فَاقۡضِي مَا يَقۡضِي الۡحَاجُّ، غَيۡرَ أَنۡ لَا تَطُوفِي بِالۡبَيۡتِ حَتَّىٰ تَغۡتَسِلِي).
قَالَتۡ: وَضَحَّى رَسُولُ اللهِ ﷺ عَنۡ نِسَائِهِ بِالۡبَقَرِ.
[البخاري: كتاب الحيض، باب الأمر بالنساء إذا نفسن، رقم: ٢٩٤].

119. Abu Bakr bin Abu Syaibah, ‘Amr An-Naqid, dan Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami. Seluruhnya dari Ibnu ‘Uyainah. ‘Amr mengatakan: Sufyan bin ‘Uyainah menceritakan kepada kami, dari ‘Abdurrahman bin Al-Qasim, dari ayahnya, dari ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau mengatakan: Kami pernah keluar berpergian bersama Nabi ﷺ dan kami hanya berfikiran untuk haji. Sampai kami tiba di Sarif atau lebih dekat daripada Sarif, aku mengalami haidh. Nabi ﷺ masuk menemuiku dalam keadaan aku sedang menangis. Baginda ﷺ bertanya, “Apakah engkau nifas?” ‘Aisyah berkata: Aku menjawab: Ya. Beliau bersabda, “Ini adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan atas puteri-puteri Adam. Kerjakanlah apa saja yang dikerjakan oleh orang yang berhaji namun engkau jangan tawaf di Kaabah sampai engkau mandi.”
‘Aisyah berkata: Rasulullah ﷺ menyembelih seekor sapi yang diniatkan untuk para isterinya.

🔵 Tawaf dalam apa-apa sahaja.

3. Adakah kita boleh memilih mana – mana pendapat bahawa wanita haidh boleh tawaf dan boleh untuk tidak tawaf sehingga dia suci?

🔵 Kalau wanita yang sedang datang haidh dan mampu untuk menunggu sehingga berhentinya darah haidh itu, maka tunggulah.Namun,  kalau darah haidh itu mengambil masa yang lama lagi untuk kering dan musim haji pun sudah hendak habis ataupun ketika umrah, masa agak terhad kerana masa penerbangan sudah ditempah maka, lakukanlah tawaf itu dan sempurnakanlah.

4. Adakah pandangan Abdullah bin Amru رضي الله عنه itu agak syadid?

🔵 Ya, syadid. Jadi janganlah mengikut pandangan tersebut.

5.  Adakah benar kefahaman saya bahawa boleh tawaf walaupun tidak suci jika mengikut pendapat Ibnu Taimiyyah?

🔵 Ya, benar.

D. Sunnah-sunnah Mandi

Selepas kita belajar rukun mandi sebelum ini, maka kita tahu untuk membezakan mana yang sunat dan tidak. Kita tahu sesuatu itu sunat apabila ia dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم : dalam cara baginda صلى الله عليه وسلم memulakan mandi, semasa mandi dan mengakhirinya.

Semua itu tidaklah wajib, tetapi sunat dan amat molek kalau kita dapat ikut. Ini kita akan sebutkan dalam cara-cara mandi nanti.

✅ Kita tidak senaraikan sekarang. Nanti kita lihat cara mandi Rasulullah صلى الله عليه وسلم maka kita akan tahu itu adalah sunnah-sunnah dalam mandi.

Mari kita lihat hal-hal yang haram dilakukan oleh orang yang dalam junub.

H. Masalah-Masalah yang Berhubungan dengan Mandi

Tajuk:

🔘 Larangan Membuang Air Kecil di Lantai Tempat Mandi
🔘 Boleh Mandi Tanpa Pakaian Jika Tidak Terlihat Orang
🔘 Memakai Penutup Ketika Mandi
🔘 Bagaimana Jika Ada 2 Kewajipan Mandi?
🔘 Mandi Sekali Sahaja Setelah Berhubungan dengan Beberapa Orang Isteri
🔘 Mengulangi Mandi pada Setiap Isteri
🔘 Orang yang Berjunub Boleh Tidur & Dianjurkan untuk Berwudhu’
🔘 Mandi Bersama-sama Isteri dari Satu Bekas
🔘 Mandi dengan Sisa Air Mandi Wanita
🔘 Ringkasan Praktis Tatacara Mandi

H. Masalah-Masalah yang Berhubungan Dengan Mandi

Sekarang kita hendak membincangkan perkara-perkara yang berkenaan Mandi Janabah. Ini adalah isu-isu yang ditimbulkan ulama dan telah menjadi perbahasan di kalangan mereka.

1. Larangan buang air kecil di lantai tempat mandi

✍Ada dalil larangan buang air di tempat mandi. Hadis itu:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ لاَ يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي مُسْتَحَمِّهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ ‏”

Dari Abdullah bin Mughaffal dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “janganlah salah seorang di antara kalian buang air kecil di lantai tempat mandinya, kemudian dia mandi di situ.”
Sunan Abi Dawud no. 27. Disahihkan oleh Albani.

Syarah:

Hadis ini nampak larangan dari Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ tetapi ulama membincangkan adakah semua tempat tidak boleh? Jadi ada ulama mengatakan larangan ini adalah kalau lantai itu dari tanah. Namun, zaman sekarang, lantai mandi kita dari simen dan jubin. Kalau kita kencing pun di lantai bilik mandi, maka kalau dilalukan air, kencing itu akan hilang.


 

2. Boleh mandi tanpa baju jika tidak terlihat orang

Selalu timbul persoalan dalam masyarakat: bolehkah mandi bogel? Ada pemahaman dalam masyarakat kita yang mandi itu mesti kena ada pakai kain basah. Sebenarnya boleh sahaja mandi dalam keadaan bogel kalau tiada orang lain.

✍Dalilnya:

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ بَيْنَا أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ أَيُّوبُ يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ رَبُّهُ يَا أَيُّوبُ، أَلَمْ أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى قَالَ بَلَى وَعِزَّتِكَ وَلَكِنْ لاَ غِنَى بِي عَنْ بَرَكَتِكَ ‏”

Maksudnya : Diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عنه , dari Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ berkata: Sewaktu Nabi Ayyub عليه السلام mandi dalam keadaan bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya (untuk mengutip belalang emas), maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur Ayyab, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan-Mu.”
Riwayat al-Bukhari (279)

Syarah:

Imam Bukhari bawakan hadis ini sebagai dalil bahawa Nabi Ayyub عليه السلام juga mandi bogel. Jadi tidak ada masalah kalau hendak mandi bogel.

✍Ada lagi satu hadis Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi Musa عليه السلام mandi dalam keadaan tidak berpakaian di tempat yang jauh daripada orang ramai. Sabda Nabi SAW:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً، يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، وَكَانَ مُوسَى يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلاَّ أَنَّهُ آدَرُ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ، فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ، فَفَرَّ الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ يَقُولُ ثَوْبِي يَا حَجَرُ‏.‏ حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ‏.‏ وَأَخَذَ ثَوْبَهُ، فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا

Maksudnya: “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa عليه السلام mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata :’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa عليه السلام pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israil pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”
Riwayat al-Bukhari (no: 274)

Syarah:

Nabi Musa عليه السلام juga mandi bogel tetapi dengan syarat mandi bogel itu tidak boleh orang lain lihat. Oleh kerana itulah Nabi Musa عليه السلام mandi bogel tetapi tidak mandi dengan orang lain. Baginda عليه السلام mandi jauh dari mereka supaya aurat baginda tidak nampak.

Maka kalau kita mandi seorang diri, terutama dalam bilik air di rumah kita, boleh sahaja untuk mandi bogel. Malah kalau yang melihat itu suami isteri kita, lagilah tidak ada masalah. Namun, kalau ada anak-anak kita, maka kenalah tutup pintu atau pakai kain basahan.


 

3. Memakai penutup ketika mandi

Kalau ada kemungkinan orang boleh melihat aurat kita, maka kita hendaklah mengambil jalan supaya aurat kita terjaga.

✍Dalilnya adalah hadis:

271 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى أُمِّ هَانِئٍ بِنْتِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أُمَّ هَانِئٍ بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ تَقُولُ ذَهَبْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفَتْحِ فَوَجَدْتُهُ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ تَسْتُرُهُ فَقَالَ مَنْ هَذِهِ فَقُلْتُ أَنَا أُمُّ هَانِئٍ

271. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah bin Qa’nab dari Malik dari Abu An Nadlr mantan budak ‘Umar bin ‘Ubaidullah, bahwa Abu Murrah mantan budak Ummu Hani’ binti Abu Thalib, telah mengabarkan kepadanya, bahawa dia mendengar Ummu Hani’ binti Abu Thalib berkata, “Aku pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tahun pembukaan Kota Makkah, aku dapati baginda sedang mandi dan Fatimah menabirinya. Baginda lalu bertanya: “Siapa itu?” Aku menjawab, “Saya, Ummu Hani’.”

Syarah:

Lihat bagaimana Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ mandi dan ditutupi oleh anaknya Fatimah. Ini adalah kerana zaman itu tidak ada bilik mandi yang khusus.

✍Satu lagi hadis:

272 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ
سَتَرْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَغْتَسِلُ مِنْ الْجَنَابَةِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ صَبَّ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ فَرْجَهُ وَمَا أَصَابَهُ ثُمَّ مَسَحَ بِيَدِهِ عَلَى الْحَائِطِ أَوْ الْأَرْضِ ثُمَّ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ غَيْرَ رِجْلَيْهِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ الْمَاءَ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ
تَابَعَهُ أَبُو عَوَانَةَ وَابْنُ فُضَيْلٍ فِي السَّتْرِ

272. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah dia berkata,
“Aku menabiri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda sedang mandi junub. Baginda mencuci kedua tangannya, lalu dengan tangan kanannya baginda menuangkan air pada tangan kirinya, lalu mencuci kemaluannya dan apa yang terkena padanya. Baginda kemudian menggosokkan tangannya ke dinding atau tanah. Kemudian berwudu sebagaimana wudu untuk salat kecuali kedua kakinya. Kemudian baginda meratakan air ke seluruh badannya. Kemudian berganjak lalu mencuci kedua kakinya.”
Hadits ini dikuatkan oleh Abu ‘Awanah dan Ibnu Fudlail dalam menyebutkan lafaz “Aku menabiri Rasulullah SAW.”


 

4. Bagaimana jika ada dua kewajipan mandi?

Bagaimana kalau seseorang itu dalam keadaan junub pada Hari Jumaat? Adakah dia perlu sekali mandi sahaja atau mandi dua kali?

Perkara ini kita telah bincangkan semasa membicarakan Mandi Solat Jumaat. Ia adalah khilaf di kalangan ulama sama ada mandi sekali atau dua kali. Maka kita telah bentangkan di dalam perbincangan yang lalu, pendapat yang kuat adalah mandi dua kali: sekali untuk menghilangkan junub dan sekali lagi untuk Solat Jumaat.


 

5. Mandi sekali sahaja setelah berhubungan dengan beberapa orang isteri

Kalau menggiliri isteri lebih dari seorang, boleh kalau hendak mandi sekali sahaja.

✍Dalilnya:

259 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ ذَكَرْتُهُ لِعَائِشَةَ فَقَالَتْ يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ كُنْتُ أُطَيِّبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَطُوفُ عَلَى نِسَائِهِ ثُمَّ يُصْبِحُ مُحْرِمًا يَنْضَخُ طِيبًا

259. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu ‘Ady dan Yahya bin Sa’id dari Syu’bah dari Ibrahim bin Muhammad bin Al Muntasyir dari bapaknya berkata,: “Aku menyebutkan tentangnya (kata-kata Ibnu ‘Umar) kepada ‘Aisyah, maka jawabnya: “Semoga Allah merahmati Abu ‘Abdurrahman. Sungguh aku pernah memakaikan wewangian kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian baginda mendatangi isteri-isterinya. Dan pada esok paginya baginda mengenakan pakaian ihram dalam keadaan wangi semerbak“.
Sahih Bukhari no 259.

Syarah:

Imam Bukhari yang baginda hanya sekali sahaja mandi kerana minyak wangi masih ada lagi pada tubuh baginda. Kesannya masih ada lagi. Kalau setiap kali baginda mandi selepas mendatangi seorang isterinya, tentulah kesan minyak wangi itu sudah tiada.

✍Ada satu lagi hadis yang lebih jelas:

Hadis yang diriwayatkan oleh Anas ibn Malik: “Sesungguhnya Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ bersama (jimak) dengan semua isteri baginda dengan sekali mandi.”
(Sahih al-Nasaa’i)


 

6. Mengulangi mandi pada setiap isteri

Molek juga untuk mandi setiap kali selepas mendatangi seorang isteri dan mandi dulu sebelum mendatangi isteri yang lain. Ini juga disebut dalam hadis:

✍Sabda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ : “Jika kamu mendatangi ( jimak) pasangan kamu dan kemudian kamu ingin mengulanginya lagi, maka digalakkan kepadanya berwuduk.”
(Sahih Muslim)

Syarah:

Maka memang digalakkan untuk mandi setiap kali selepas jimak dan ingin menjimak lagi. Ini juga disebut dalam hadis yang lain:

✍Abu Rofi’ radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu hari pernah menggilir isteri-isteri baginda, baginda mandi tiap kali selesai berhubungan bersama ini dan ini. Aku bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah lebih baik engkau cukup sekali mandi saja?” Baginda menjawab, “Seperti ini lebih suci dan lebih baik serta lebih bersih.”
(HR. Abu Daud no. 219 dan Ahmad 6/8. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)


 

7. Orang berjunub boleh tidur, cuma dianjurkan wudu’ sebelum tidur

Namun, mengulang mandi atau terus mandi selepas jimak itu bukanlah wajib. Ia adalah sunat. Hanya yang baik adalah wudu’ dahulu sebelum tidur, seperti yang banyak disebut dalam hadis:

✍Hadis:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَيَرْقُدُ أَحَدُنَا وَهْوَ جُنُبٌ قَالَ « نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرْقُدْ وَهُوَ جُنُبٌ »

Dari Ibnu ‘Umar, dia berkata bahawa ‘Umar bin Al Khottob pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Apakah salah seorang di antara kami boleh tidur sedangkan dia dalam keadaan junub?” Baginda menjawab, “Iya, jika salah seorang di antara kalian junub, hendaklah dia berwudhu lalu tidur.”
(HR. Bukhari no. 287 dan Muslim no. 306).

Syarah:

Nampak ini adalah anjuran yang kuat dari Nabi. Ditambah lagi dengan hadis yang lain:

✍Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata,

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهْوَ جُنُبٌ ، غَسَلَ فَرْجَهُ ، وَتَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa jika dalam keadaan junub dan hendak tidur, beliau mencuci kemaluannya lalu berwudhu sebagaimana wudhu untuk shalat.”
(HR. Bukhari no. 288).

✍‘Aisyah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا pernah ditanya oleh ‘Abdullah bin Abu Qois mengenai keadaan Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam,

كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ فِى الْجَنَابَةِ أَكَانَ يَغْتَسِلُ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ أَمْ يَنَامُ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ قَالَتْ كُلُّ ذَلِكَ قَدْ كَانَ يَفْعَلُ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فَنَامَ وَرُبَّمَا تَوَضَّأَ فَنَامَ. قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ فِى الأَمْرِ سَعَةً.

“Bagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika dalam keadaan junub? Apakah beliau mandi sebelum tidur ataukah tidur sebelum mandi?” ‘Aisyah menjawab, “Semua itu pernah dilakukan oleh baginda. Kadang baginda mandi, lalu tidur. Kadang pula baginda wudhu, barulah tidur.” ‘Abdullah bin Abu Qois berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala urusan begitu lapang.”
(HR. Muslim no. 307).

Namun, tetap wudu’ itu juga tidak wajib. Maka kalau kita simpulkan keadaan orang yang junub sebelum tidur:

1- Junub lalu mandi sebelum tidur, ini lebih sempurna.

2- Junub dan wudhu terlebih dahulu sebelum tidur, ini yang disunnahkan untuk memperingan junub.

3- Junub dan tanpa wudhu, lalu tidur. Cara seperti ini masih dibolehkan.


 

8. Mandi bersama isteri dari satu bekas

Apabila dikatakan mandi dari satu bekas, maknanya tangan bersentuhan dan air menitis-nitis kembali ke dalam bekas itu. Maka tidaklah ada air mustaqmal.

✍Mari kita lihat hadis yang dibawa Imam Bukhari.

242 – حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ مِنْ قَدَحٍ يُقَالُ لَهُ الْفَرَقُ

242. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi’b dari Az Zuhri dari ‘Urwah dari ‘Aisyah berkata, “Aku sendiri mandi bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari satu bekas yang sama yang yang dipanggil Al Faraq.”
Sahih Bukhari no. 242.

✍Imam Al-Bukhari juga ada meriwayatkan hadis yang bermaksud :

“Daripada Aisyah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا berkata: Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)”
(Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Syarah:

Maka tidak ada masalah kalau mandi bersama isteri, malah ini lebih romantik.


 

9. Mandi dengan sisa air mandi wanita

Ini adalah isu yang melibatkan air mustaqmal. Timbul persoalan: adakah boleh guna air yang telah digunakan oleh wanita? Maksud air yang telah digunakan bukanlah ditadah, tetapi bekas yang telah dicelup oleh wanita untuk mengangkat hadas. Kalau pakai pendapat ada air mustaqmal, maka tidak boleh tetapi lihatlah hadis-hadis yang ada:

✍Dari Ibnu Abbas رَضِيَ اللهُ عَنُْه bahwa Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ mandi dengan air bekas Maimunah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا .

✍Dan ada satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Muslim

اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم – فِي جَفْنَةٍ, فَجَاءَ لِيَغْتَسِلَ مِنْهَا, فَقَالَتْ لَهُ: إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا؟ فَقَالَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُجْنِبُ». وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ, وَابْنُ خُزَيْمَ

“Sebagian isteri Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ mandi dalam sebuah baskom, lalu Beliau datang untuk mandi dari air tersebut. Isterinya berkata kepadanya: sesungguhnya Aku tadi dalam keadaan junub? Maka Rasulullah َصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّم menjawab: “Sesungguhnya air tidak menjadi junub pula.”
Disahihkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.

Syarah:
Maksud Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلَّمَ , air itu tidak menjadi najis, maka air itu boleh digunakan untuk mengangkat hadas.

✍Yang mungkin timbul perbincangan adalah kerana ada lagi hadis yang lain seperti melarangnya:

وَعَنْ رَجُلٍ صَحِبَ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ, أَوْ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ, وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا. أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ. وَالنَّسَائِيُّ, وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ

Dari seorang lelaki yang pernah bersahabat dengan Rasulullah, dia berkata Rasulullah melarang seorang wanita menggunakan sisa air lelaki, atau lelaki menggunakan sisa air wanita. Hendaklah keduanya menciduk.
Diriwayatkan oleh Abu Dawud, An-Nasaai, dan sanadnya sahih.

Syarah:

Hadis ini berkenaan dengan adab. Sebaiknya lelaki atau perempuan mencedok air dari bekas yang besar supaya tidak ada menitis air masuk. Kalau menitis pun, ia adalah makruh sahaja.


 

10. Ringkasan tata cara mandi

1. Mencuci tangan
2. Mencuci qubul dan dubur
3. Basuh tangan dengan sabun selepas cuci kemaluan
4. Wuduk
5. Tuang air ke kepala dan menyela-nyela supaya air kena kepada kulit kepala.
6. Mula basuh bahagian kanan tubuh.
7. Pastikan air kena seluruh bahagian tubuh termasuk celah-celah kelangkang dan sebagainya.
8. Habis mandi. Tidak perlu angkat wuduk lagi.

Sekian bab Mandi Junub. Mari kita masuk ke perbincangan seterusnya, Bab Tayammum.


 

🍀SESI SOAL JAWAB🍀
========================

1. Adakah tidak menjadi masalah apabila ada orang kencing di tempat mandi?

🔵 Ya, tiada masalah. Apabila sudah kencing, maka jirus air dan bagi air lalu.

2. Apakah penyakit Aadar?

🔵 Busung telur.

3. Adakah boleh mandi dengan menggunakan daun bidara?

🔵 Ya, boleh tetapi zaman sekarang sudah menggunakan sabun untuk menggantikan daun bidara.

4. Adakah seseorang boleh berpuasa di dalam keadaan junub? Maksudnya mandi junub selepas azan subuh.

🔵 Puasanya sah. Suci daripada hadas bukan sebahagian daripada syarat sah puasa.

5. Adakah seseorang wanita yang telah suci dari haidh pada hari Jumaat perlu mandi wajib dua kali?

🔵 Mandi untuk hari Jumaat adalah untuk mereka yang menghadiri solat Jumaat sahaja.

6. Adakah benar jin menyukai melihat manusia bogel sama ada semasa mandi dan sebagainya?

🔵 Perkara berkenaan jin tersebut tidak saya ketahui. Belum menjumpai dalilnya.

Diriwayatkan dari Muawiyah bin Haidah ‎رضي الله عنه, bahwa beliau bertanya kepada Nabi ‎ﷺ tentang auratnya, bilakah wajib ditutup dan bilakah boleh ditunjukkan. Kemudian Nabi ‎ﷺ bersabda:
احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلاّ مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مما مَلَكَتْ يَمينُكَ
“Jaga auratmu, kecuali untuk isterimu atau budakmu.”

Orang itu bertanya lagi: Bagaimana jika seorang lelaki bersama lelaki yang lain?

Beliau menjawab:
إن اسْتَطَعْتَ أَنْ لاَ يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ
“Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat orang lain, lakukanlah!”

Orang itu bertanya lagi: Ketika seseorang itu sendirian?

Beliau menjawab:
فَالله أَحقّ أَنْ يستحيا مِنْهُ
“Allah lebih layak seseorang itu malu kepada-Nya.” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Tirmizi, Ibnu Majah, dan dinilai hasan oleh Al-Albani)

Apabila mandi, memang perlu berbogel kerana air boleh mengenai ke seluruh tubuh badan. Asalkan tidak ada orang yang melihat.

7. Adakah jin akan melihat kita ketika mandi di dalam tandas?

🔵 Membaca doa masuk ke tandas. Dihindari dari gangguan jin.

8. Adakah dikira mandi wajib apabila lap badan dengan kain basah sahaja?

🔵 Tidak dikira mandi wajib.

9. Adakah boleh berihram dengan kain yang dibasuh dengan pewangi pakaian?

🔵 Ada pendapat yang membolehkannya kerana dikira sebagai sabun.

G. Cara Mandi Junub

Tajuk:

‍🔘 Mencuci tangan dengan tanah, atau dengan sabun dan lainnya
🔘 Mencuci tangan sebelum memasukkan ke dalam bekas
🔘 Berwudhu’ Sebelum Mandi
🔘 Berkumur dan Memasukkan Air ke Hidung
‍🔘 Menuangkan Air ke Atas Kepala 3 Kali dan Menyela-nyela Rambut
‍🔘 Memulai dari Kepala Sebelah Kanan dan kemudian Kepala Sebelah Kiri
‍🔘 Mengakhirkan Mencuci Kedua Kaki

🔘 Tidak Berwudhu’ Lagi Setelah Mandi
🔘 Tidak Memakai Tuala
🔘 Mendahulukan yang Sebelah Kanan
🔘 Meratakan Air ke Seluruh Kulit Tubuh
🔘 Mandi dengan Air Kadar Satu Sha’ atau Setara dengannya
🔘 Wajibkan Menggosok Badan
🔘 Membasuh Pangkal Paha dan Lengan Ketika Mandi

G. Tatacara Mandi Junub

Kita telah sebut rukun ghusl (Mandi Junub) sebelum ini iaitu Niat, basmalah dan meratakan air ke seluruh badan. Itu adalah perkara yang minima yang perlu dilakukan. Selain dari itu, kalau kita melihat cara-cara Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ada banyak perkara tambahan yang baginda lakukan. Kita kena lihat perkara itu sebagai sunat.

Maka harap dapat dibezakan antara wajib dan sunat. Sebolehnya, kita ikut cara Nabi صلى الله عليه وسلم, tetapi kalau tidak sempat, mandi junub dengan hanya meratakan air ke seluruh badan itu sudah sah. Ada beberapa cara yang disebut di dalam hadis, dan mungkin ada sedikit perbezaan antara hadis-hadis itu. Apabila kita lihat semua hadis-hadis itu dan gabungkan, maka kita akan dapat satu cara mandi yang lengkap.

Jika dilihat satu hadis sahaja, tidak nampak kerana pencerita hadis-hadis itu berlainan orang dan mereka menekankan perkara yang berlainan.

✍🏻Antara hadis tentang cara Rasulullah صلى الله عليه وسلم ghusl banyak dijadikan sebagai dalil:

240 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

240. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya dari ‘Aisyah isteri Nabi صلى الله عليه وسلم, bahawa apabila Nabi صلى الله عليه وسلم mandi janabah, baginda akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya, kemudian berwudhu’ sebagaimana wudhu’ untuk sembahyang, kemudian memasukkan tangan ke dalam air lalu menyelati pangkal-pangkal rambut dan bulu di tubuhnya dengan tangannya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua belah tangannya sebanyak tiga kali, kemudian baginda meratakan air ke seluruh tubuhnya.”
Sahih Bukhari (no. 240)

Dengan itu, mari kita rungkaikan satu persatu cara-cara mandi yang mengikut sunnah:

1. Mencuci tangan dengan tanah, atau dengan sabun dan lainnya.

✍🏻Rasulullah صلى الله عليه وسلم mencuci tangan baginda sebelum memulakan ghusl. Zaman itu tidak ada sabun, maka baginda صلى الله عليه وسلم menggunakan tanah.

257 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَحْبُوبٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَتْ مَيْمُونَةُ وَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاءً يَغْتَسِلُ بِهِ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ ثُمَّ دَلَكَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَغَسَلَ رَأْسَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَنَحَّى مِنْ مَقَامِهِ فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ

257. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Mahbub berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib mantan budak Ibnu ‘Abbas, dari Ibnu ‘Abbas berkata, Maimunah berkata, “Aku menyediakan air mandi dan memasang tabir untuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda lalu menuangkan air pada kedua tangannya dan mencuci keduanya sekali atau dua kali. – Aku tidak pasti sama ada dia mengatakan tiga kali atau tidak – Lalu dengan tangan kanannya baginda menuangkan air pada telapak tangan kirinya lalu mencuci kemaluannya, setelah itu menggosokkan tangannya ke tanah atau ke dinding. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh muka dan kedua tangannya, lalu membasuh kepalanya dan mencurahkan ke seluruh badannya. Setelah itu baginda berganjak dari tempat mandi lalu mencuci kedua kakinya. Saya pun menghulurkan satu cebisan kain tetapi baginda mengisyaratkan dengan tangannya begini, bermaksud baginda tidak mahukannya”
Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317)

Syarah:
Pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم , mereka membasuh tangan dengan mengusap tangan ke tanah dan menggosok-gosok sebelum dibasuh. Ini kerana sabun tidak ada pada zaman itu. Maka zaman kita ini kita gunakanlah sabun.


 

2. Mencuci tangan sebelum memasukkan ke dalam bekas

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mandi dengan menggunakan air dari bekas (kita mungkin guna baldi). Baginda mencedok air dari bekas itu menggunakan tangan baginda. Namun, sebelum memasukkan tangan ke dalam bekas, baginda صلى الله عليه وسلم akan membasuh tangan terlebih dahulu.

Ini kerana air itu digunakan untuk membasuh, tetapi kalau baginda صلى الله عليه وسلم masukkan tangan tanpa mencucinya dahulu, ditakuti akan mencemari air itu.

✍🏻Dalilnya lihat hadis di atas:

بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ

Baginda akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya.
Sahih Bukhari (240)

Syarah:
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم akan membasuh tangan di luar bekas iaitu dengan menuang air dan mencuci tangan baginda di luar bekas. Selepas sudah dibasuh, barulah baginda صلى الله عليه وسلم mencelup tangan ke dalam bekas itu.


 

3. Berwudhu’ sebelum Mandi

Hal ini menjadi persoalan dan perbincangan di kalangan ulama’. Memang ada khilaf dalam hal ini dan ada banyak pula khilaf.

Antara khilaf itu:

a. Adakah benar yang baginda صلى الله عليه وسلم lakukan di awal ghusl baginda itu dengan “berwudhu’ ” atau ia adalah mandi tetapi dimulai dengan anggota wudhu’?

b. Adakah wudhu’ itu bersekali dengan mandi atau berasingan?

c. Adakah ia wajib atau sunat?

Biasa sahaja khilaf timbul dalam bab agama termasuk feqah. Pendapat penulis kitab rujukan kita ini dan juga Imam Bukhari adalah: memang apa yang baginda lakukan itu adalah wudhu’. Ia adalah sunat sahaja kerana kita telah menyebut rukun-rukun wudhu’ di awal bab ini.

✍🏻Dalil yang diambil adalah seperti hadis riwayat Aisyah رضي الله عنها di atas dan saya potong bahagian tertentu sahaja.

كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ

Baginda akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya, kemudian berwudhu’ sebagaimana wudhu’ untuk sembahyang….
Sahih Bukhari (no. 240)


 

4. Berkumur dan memasukkan air ke hidung

Salah satu sunnah yang mungkin tidak dilakukan adalah berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Ini juga sunat. Walaupun ada juga pendapat yang mengatakan ia wajib. Mengikut Mazhab Hanafi, tidak sah mandi kalau tidak memasukkan air ke dalam hidung dan berkumur. Maka cubalah jangan ditinggalkan.

✍🏻Dalilnya adalah hadis riwayat Saidatina Maimunah di atas:

ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ

Kemudian baginda berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung.
Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317)


 

5. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali dan menyela-nyela rambut

Tujuan menyela-nyela rambut itu adalah untuk menyampaikan air ke kulit kepala. Ini adalah memastikan, terutama kalau rambut itu tebal.

✍🏻Dalilnya:

فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ

Kemudian baginda menyelati pangkal-pangkal rambut dan bulu di tubuhnya dengan tangannya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua belah tangannya sebanyak tiga kali.
Sahih Bukhari (no. 240)


 

6. Memulai dari kepala sebelah kanan dan kemudian kepala sebelah kiri

Perkara baik memang sunat dimulakan dari sebelah kanan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم memang selalu memulakan sesuatu apa pun dengan sebelah kanan. Begitu jugalah dalam Mandi Junub ini.

✍🏻Dalilnya:

250 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ حَنْظَلَةَ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ دَعَا بِشَيْءٍ نَحْوَ الْحِلَابِ فَأَخَذَ بِكَفِّهِ فَبَدَأَ بِشِقِّ رَأْسِهِ الْأَيْمَنِ ثُمَّ الْأَيْسَرِ فَقَالَ بِهِمَا عَلَى وَسَطِ رَأْسِهِ

250. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ashim dari Hanzhalah dari Al Qasim dari ‘Aisyah berkata, “Apabila Nabi صلى الله عليه وسلم hendak mandi janabah, baginda minta diambilkan sesuatu seperti ‘hilab’. Mula-mula baginda menceduk air dengan telapak tangannya dan mencurahkannya di sebelah kanan kepalanya kemudian di sebelah kiri. Kemudian menuangkan air dengan keduanya tapak tangannya pada bahagian tengah kepala.”
Sahih Bukhari (no. 250)

Penerangan:
‘Hilab’ itu adalah bekas tadahan perahan susu yang cukup untuk memerah perahan susu seekor unta.


 

7. Mengakhirkan mencuci kedua kaki

Maksudnya, kebiasaan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah baginda mandi dan terakhir sekali membasuh kaki baginda. Kiranya, sebelum keluar bilik mandi kita basuh kaki dan terus keluar.

✍🏻Dalilnya:

Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh muka dan kedua tangannya, lalu membasuh kepalanya dan mencurahkan ke seluruh badannya. Setelah itu baginda berganjak dari tempat mandi lalu mencuci kedua kakinya.
Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317)


 

8. Tidak berwudhu’ lagi setelah mandi

Tidak ada lagi wudhu’ selepas mandi junub kerana Nabi صلى الله عليه وسلم tidak pernah melakukannya.

✍🏻Dalilnya:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الْغُسْلِ

Dari ‘Aisyah, dia berkata, “Nabi صلى الله عليه وسلم tidak berwudhu’ setelah selesai mandi.”
(HR. Tirmidzi no. 107, An Nasai no. 252, Ibnu Majah no. 579, Ahmad 6/68. Syaikh Al- Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Ini adalah kerana mandi itu sudah lebih lagi dari wudhu’ dan sudah merangkumi semua anggota wudhu’. Maka kerana itu tidak perlu lagi hendak dibasuh anggota wudhu’ yang memang sudah pun dibasuh.

✍🏻Ada sebuah riwayat dari Ibnu ‘Umar yang menjelaskan lagi,

سُئِلَ عَنِ الْوُضُوءِ بَعْدَ الْغُسْلِ؟ فَقَالَ:وَأَيُّ وُضُوءٍ أَعَمُّ مِنَ الْغُسْلِ؟

Beliau ditanya mengenai wudhu’ setelah mandi. Lalu beliau menjawab, “Lantas wudhu’ yang mana lagi yang lebih besar dari mandi?”
(HR. Ibnu Abi Syaibah secara marfu’ dan mauquf. Lihat Ad Daroril Mudhiyah, hal. 61)

✍🏻Abu Bakr Ibnul ‘Arobi berkata, “Para ulama’ tidak berselisih pendapat bahawa wudhu’ telah masuk di dalam mandi.” Ibnu Baththol juga telah menukil adanya ijma’ (kesepakatan ulama) dalam masalah ini.
Lihat Ad Daroril Mudhiyah, hal. 61


 

9. Tidak memakai tuala

Dalam hadis tentang mandi Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada disebut Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak menggunakan tuala untuk mengeringkan tubuh baginda.

✍🏻Dalilnya: Di dalam hadis Maimunah disebutkan mengenai tata cara mandi, lalu di akhir hadis disebutkan,

فَنَاوَلْتُهُ ثَوْبًا فَلَمْ يَأْخُذْهُ ، فَانْطَلَقَ وَهْوَ يَنْفُضُ يَدَيْهِ

“Lalu aku memberikan kain (sebagai pengering) tetapi baginda tidak mengambilnya, lalu baginda pergi dengan mengeringkan air dari badannya dengan tangannya”
(HR. Bukhari no. 276)

Syarah:

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama’ memakruhkan mengeringkan badan setelah mandi. Namun yang tepat, hadis tersebut bukanlah penguat pendapat tersebut dengan beberapa alasan:

1. Perbuatan Nabi صلى الله عليه وسلم ketika itu masih ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi baginda tidak mengambil kain (tuala) tersebut kerana alasan lainnya yang bukan maksud untuk memakruhkan mengeringkan badan ketika itu. Boleh jadi kain tersebut mungkin koyak atau baginda terburu-buru kerana ada urusan lainnya.

2. Hadis ini sebenarnya menunjukkan kebiasaan Nabi صلى الله عليه وسلم adalah mengeringkan badan selepas mandi. Seandainya bukan kebiasaan baginda, maka tentu saja baginda tidak dibawakan kain tuala ketika itu.

3. Mengeringkan air dengan tangan menunjukkan bahawa mengeringkan air dengan kain bukanlah makruh kerana keduanya sama-sama mengeringkan.

Kesimpulan:

Tidak ada masalah kalau hendak mengeringkan tubuh atau tidak selepas mandi.


 

10. Mendahulukan yang sebelah kanan

Ini memang kebiasaan Nabi صلى الله عليه وسلم dan ini juga adalah sunnah dalam segenap perkara.

✍🏻Dalilnya adalah hadis ‘Aisyah رضي الله عنها , dia berkata,

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِى تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِى شَأْنِهِ كُلِّهِ

“Nabi صلى الله عليه وسلم biasa mendahulukan yang kanan ketika memakai sandal, ketika bersisir, ketika bersuci dan dalam setiap perkara (yang baik-baik).”
(HR. Bukhari no. 168 dan Muslim no. 268)

Oleh kerana itu baginda akan membasuh kepala bahagian kanan dahulu, bahagian tubuh yang kanan dahulu, tangan kanan, kaki kanan dan sebagainya.


 

11. Meratakan air ke seluruh kulit tubuh

✍🏻Ini berdasarkan hadis-hadis yang banyak tentang perkara ini antaranya:

ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

kemudian baginda meratakan air ke seluruh tubuhnya.”
Sahih Bukhari (no. 240)

Ini mungkin menjadi masalah bagi mereka yang ada penyakit was-was. Mereka hendak pastikan setiap inci bahagian tubuh mereka kena air. Memang kena setiap inci kena air, tetapi tidaklah kita kena periksa satu persatu. Apabila kita sudah curahkan air ke atas badan kita, memang sifat air itu akan pergi merata-rata ke keseluruhan badan kita.

Kalau bahagian depan, bolehlah kita gosok-gosok dan pastikan air sampai tetapi bahagian belakang kita hanya boleh agak sahaja. Memang kita tidak nampak, tetapi kalau air sudah dicurah, maka berkemungkinan besar ia telah sampai.

Kita tidaklah dipertanggungjawabkan teruk sangat sampai hendak kena pastikan air itu sampai. Hanya dengan cara agakan sahaja sudah boleh. Ini kerana sifat air memang akan mengalir ke semua tempat.

Apabila kita sudah agak air sudah kena dan keluar dari bilik mandi, maka terimalah sahaja yang air telah sampai. Syaitan akan bisikkan: “eh, tapi belakang pelipat kau tak kena air… kau pasti ke kena air?” Jangan dilayan bisikan syaitan itu. Kalau dilayan lagilah dia suka dan akan beri berkali-kali lagi hasutan.

Syaitan bukan ada kerja lain. Full time job dia adalah mengacau manusia. Kita manusia ini yang ada kerja. Tidak ada masa hendak melayan kerenah syaitan. Jadi bila dilayan itulah yang menyebabkan ramai yang mandi berjam-jam. Mereka sampai takut untuk mandi kerana takut mandi mereka tidak sah. Itu adalah perasaan mereka yang ada penyakit was-was sahaja.


 

12. Mandi dengan air kadar satu sha’ atau setara dengannya

Nabi صلى الله عليه وسلم tidaklah menggunakan air yang banyak untuk mandi junub. Maka kandungan air yang kita gunakan dalam mandi kita tentulah lebih banyak dari baginda. Maka bagaimana kita hendak kata air tidak sampai ke tubuh kita?

✍🏻Jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata:
Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم mandi junub, baginda akan meratakan kepalanya dengan tiga kali cedokan air. Al-Hasan bin Muhammad bertanya: Bagaimana pula dengan rambut yang tebal? Jawab Jabir: Wahai anak saudaraku, rambut Rasulullah صلى الله عليه وسلم lebih tebal dan lebih baik daripada rambutmu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Syarah:
Memang dari dahulu lagi sudah ada orang yang sangka air tidak cukup. Namun, sahabat beritahu kalau Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang banyak rambut dan bulu pun cukup dengan air yang sedikit, kita apatah lagi?

✍🏻Aisyah رضي الله عنها juga pernah berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم mandi junub menggunakan air yang diletakkan di dalam bekas yang disebut sebagai al-Faraq.”
(Hadis riwayat Muslim)

✍🏻Anas رضي الله عنه berkata:
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah mandi junub menggunakan air sebanyak lima maquq dan berwudhu’ dengan satu maquq.”
(Hadis riwayat Muslim)

✍🏻Anas رضي الله عنه berkata:
“Nabi صلى الله عليه وسلم berwudhu’ menggunakan air sebanyak satu mud dan mandi menggunakan air sebanyak satu sha’ hingga lima mud.”
(Hadis riwayat Muslim)

📍Berapa pula kadar satu sha’ itu?
Huraian mengenai had air yang digunakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika mandi junub sebagaimana yang dinyatakan di dalam Mu’jam Lughah al-Fuqaha, muka surat 33.

1 faraq = 3 sha’ (gantang)
1 sha’ = 5.6 liter
3 sha’ = 16 rathol
1 rathol = lebih kurang 1 liter
16 rathol = 16 liter air
1 maquq 4.125 liter (mengikut selain mazhab Hanafi)
5 maquq = 20.625 (mengikut selain mazhab Hanafi)
1 mud = 2 liter


 

13. Wajibkah menggosok badan?

Ulama’ khilaf sama ada wajib atau tidak untuk menggosok.

✍🏻Ada ulama’ seperti Imam Malik yang mewajibkan menggosok badan tetapi jumhur ulama’ termasuk Imam Bukhari tidak mewajibkannya. Kalau ada sangkaan yang kuat air itu telah mengenai badan, maka cukup dengan mengalirkan sahaja air itu.

✍🏻Syaikh Al-Albani pula mengatakan, kalau bulu di badan banyak, barulah wajib untuk menggosok badan kerana hendak memastikan air itu kena pada kulit.

✍🏻Pendapat yang mengatakan tidak wajib menggosok badan adalah kerana kalimah yang digunakan dalam hadis riwayat Maimunah itu menggunakan kalimah أَفْرَغَ yang bermaksud ‘mencurah’ sahaja.

ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى جَسَدِهِ

dan mencurahkan ke seluruh badannya.
Sahih Bukhari (no. 259) dan Sahih Muslim (no. 317)

Apabila disebut ‘mencurahkan’, ia bermaksud hanya mencurahkan sahaja air ke badan supaya kena kepada keseluruhan badan. Tidak disebut menggosok dalam hadis ini. Ringkasnya, kalau kita ada kebarangkalian air telah sampai ke badan, maka itu sudah cukup.

Cuma memang elok kalau gosok. Kita telah sebutkan dalam bab wudhu’, memang molek gosok anggota wudhu’ supaya dapat rasa apa-apa penghalang kepada tubuh.


 

14. Membasuh pangkal paha dan lengan ketika mandi

Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan memulakan membasuh bahagian pelipat dan celah kangkang sebelum membasuh bahagian yang lain.

✍🏻Dalilnya:

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَرَادَ أَنْ يَغْتَسِلَ مِنَ الْجَنَابَةِ بَدَأَ بِكَفَّيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ غَسَلَ مَرَافِغَهُ وَأَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ فَإِذَا أَنْقَاهُمَا أَهْوَى بِهِمَا إِلَى حَائِطٍ ثُمَّ يَسْتَقْبِلُ الْوُضُوءَ وَيُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى رَأْسِهِ ‏.‏

Dari Aisyah dia berkata: “Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم hendak mandi junub, baginda memulainya dengan telapak tangan, dan mencuci keduanya kemudian mencuci pangkal tangan dan pahanya, lalu menuangkan air ke atasnya. Setelah membersihkan keduanya, baginda menggosokkan telapak tangan ke lantai lalu berwudhu’, dan menuangkan air ke atas kepala baginda.”
Sunan Abi Dawud (No. 243) disahihkan oleh Al-Albani.

Syarah:
Baginda memulai membasuh bahagian tubuh badan yang susah air hendak sampai kepadanya iaitu celah-celah kaki, pelipat tangan dan celah kangkang. Ini adalah kerana peluh selalu berkumpul di situ dan situlah tempat kotor.

 

Sekian. Sekarang mari kita lihat perbincangan yang ada tentang Mandi ini.


 

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS ☘️
========================

1. Adakah boleh berwudhu’ selepas mandi wajib?

🔵 Boleh tetapi tidak perlu.

2. Kenapakah perlu menggosok tangan pada dinding dan tanah?

🔵 Dinding rumah pada zaman tersebut diperbuat daripada tanah. Maka, menggosok tangan ke dinding atau tanah adalah seperti membersihkan tangan dengan sabun.

3. Adakah pada zaman Rasulullah ‎ﷺ mempunyai krisis untuk mendapatkan air?

🔵 Ya, pada zaman dahulu memang ada krisis untuk mendapatkan air. Kebiasaannya mereka akan gunakan sumur atau telaga. Tambahan lagi, di kawasan yang gersang dan kering memang susah untuk mendapatkan air.

4. Adakah sunat berkumur dan istinsyaq ketika mandi wajib?

🔵 Ya, sunat. Maka perlu dilakukan.

5. Adakah perlu mencurahkan air ke kepala sebanyak tiga kali juga?

🔵 Ya. Sunat dilakukan tiga kali.

6. Adakah dibolehkan untuk tidak menghirup air ke dalam lubang hidung kerana rasa sakit?

🔵 Ia boleh diperbaiki keadaan tersebut. Ini adalah kerana teknik yang salah semasa istinsyaq. Perkara ini tidak diterapkan semasa di sekolah.

Ia sebenarnya tidak menyakitkan. Jika ia menyakitkan, sudah tentu tidak disyariatkan untuk dilakukan.

7. Adakah sunat jika tidak mengelap badan menggunakan tuala?

🔵 Ia perkara harus sahaja. Mengikut pilihan kita sendiri. Tiada sunat antara salah satu.

Ada orang kesejukan. Maka dia mengelap badannya.

Ada orang hari itu dia nak sejukkan badan dia, maka dia biarkan air itu kering sendiri.

8. Adakah perlu memasukkan air ke dalam telinga?

🔵 Tidak perlu.

9. Adakah meratakan air ke seluruh tubuh badan itu hanya dilakukan sekali sahaja?

🔵 Ya, hanya sekali sahaja.

10. Adakah kiraan satu sha’ itu seperti kiraan satu gayung?

🔵 Berapa pula kadar satu sha’ itu? Huraian mengenai had air yang digunakan oleh Rasulullah ‎ﷺ ketika mandi junub sebagaimana yang dinyatakan di dalam Mu’jam Lughah al-Fuqaha, muka surat 33.

1 faraq = 3 sha’ (gantang)
1 sha’ = 5.6 liter
3 sha’ = 16 rathol
1 rathol = lebih kurang 1 liter
16 rathol = 16 liter air
1 maquq 4.125 liter (mengikut selain mazhab Hanafi)
5 maquq = 20.625 (mengikut selain mazhab Hanafi)
1 mud = 2 liter

11. Kalau perempuan yang memakai subang, perlukah memasukkan air ke dalam lubang subang telinga itu?

🔵 Tidak perlu. Bahagian Luar sahaja.

12. Manakah cara yang lebih afdhal ketika mandi? Adakah lebih afdal ketika mandi menggunakan paip atau mengikut kiraan sha?

🔵 Tiada yg lebih afdhal antara satu atas lainnya. Yang hendak diberitahu adalah jangan berasa kena mandi menggunakan air yang banyak. Air yang sedikit pun sudah cukup.

13. Bagaimana pula dengan mereka yang memakai cincin? Adakah perlu menanggalkan cincin tersebut?

🔵 Tidak perlu tanggalkan cincin itu. Asalkan ia longgar dan boleh diselak sedikit supaya air akan terkena pada bahagian kulit.

14. Adakah Rasulullah ‎ﷺ berdiri atau mencangkung semasa mandi?

🔵 Saya tidak tahu.

C. Rukun-rukun Mandi dan Perkara Wajib

Tajuk:

🔘 Niat
‍🔘 Tasmiyah (Baca Basmalah)
‍🔘 Membasuh Seluruh Anggota Tubuh

C. Rukun-Rukun Mandi Dan Hal-Hal Yang Wajib

1. Niat

Kita memang sudah hari-hari mandi, jadi adakah dikira setiap pagi mandi junub? Tidak, kerana yang membezakan mandi biasa dan mandi junub adalah ‘niat’.

✍🏻Dalam hadis dari ‘Umar bin Al Khattab, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya.”
(HR. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907)

Perbuatan mandi itu mungkin sahaja sama, tetapi yang membezakannya adalah niat. Amal ibadat tidak sah jika tiada niat. Ini berdasarkan hadis yang masyhur di atas. Tentang tajuk niat ini kita telah bincangkan di bab Wudhu’ tempoh hari dan kita ulang sahaja sebagai penekanan dan peringatan sahaja.

Kita telah bentangkan sebelum ini yang niat ini tidak perlu disebut-sebut (lafaz) seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat Islam kita sekarang. Lazimnya sekarang diajar di sekolah-sekolah adalah dengan menyebut:

“Nawaitu Raf-‘Al Ĥadathil-‘Akbari Li-LLâhi Ta-‘âlâ“
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana ALLâh Ta‘âlâ

Atau lafaz-lafaz niat lain. Ketahuilah bahawa ini adalah tambahan di dalam agama dan tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan golongan salaf. Ia sesuatu yang baru dan bid’ah. Ini bukannya bid’ah hasanah.

✍🏻Imam Syafie sendiri tidak ajar lafaz niat:

Imam Asy-Syafi’i رحمه الله berkata,

الوسوسة في النية الصلاة و الطهارة من جهل بالشرع أو خبل بالعقل

Terjemahan: “Was-was dalam niat solat dan taharah itu adalah kebodohan terhadap syariat atau kekurangan warasan dalam akal”
(Al Amru Bil Ittiba’ Wan Nahyu ‘Anil Ibtida’, 28)

Kasihan anak-anak di sekolah kena menghafal dan amalkan lafaz niat ini. Kemudian diajar pula ada masa tertentu untuk membaca niat. Ada kata masa hendak buka pili air, masa mula cebok air, ada kata masa basuh tangan, ada pula kata masa air kena pada muka.

Cubalah cari lafaz niat ini di dalam hadis, memang tidak akan jumpa. Ia adalah salah faham dari hadis riwayat Umar yang disebut di atas. Niat ini tidak perlu dilafazkan dan tidak perlu disusun di dalam kepala. Ia memang sudah ada kalau kita hendak mandi junub. Maka, tidak perlu disebut sebab ia memang sudah ada.

Memang sudah terdetik di dalam hati pada waktu itu bukan mandi biasa tetapi mandi wajib. Kenapa disebut kena ada niat dalam syarat mandi junub ini? Ini kerana kita memang sudah setiap hari mandi, tetapi yang menjadikan mandi itu sebagai ibadah adalah apabila ia disertai dengan niat.


 

2. Tasmiyah (membaca بسم الله)

Kewajipan membaca Tasmiyah juga kita telah sentuh di dalam bab Wudhu’ tempoh hari dan kita ulang sahaja di sini. Ini kerana syarat yang sama juga diletakkan pada mandi junub. Bagaimana hukum membaca بسم الله di awal mandi junub’? Adakah ia wajib atau sunnah? Khilaf ulama’ tentang hal ini.

Maknanya, paling kurang dibaca semasa mengambil wudhu’ adalah membaca tasmiyah. Menurut pendapat majoriti ulama, iaitu ulama’ Hanafiyah, ulama’ Syafi’iyah, dan salah satu pendapat dari Imam Ahmad, membaca bismillah ketika wudhu’ (termasuk Mandi Junub) dihukumi sunat (tidak wajib).

Akan tetapi ada ulama’ seperti penulis kitab Fiqh Praktis (Syaikh Husain bin ‘Audah Al-Awayisyah, anak murid Syeikh Albani) yang kita sedang gunakan ini, Imam Syaukani, Syaikh Al-Albani mengatakan ia wajib berdasarkan hadis yang akan kita berikan sebentar lagi. Oleh kerana itulah tasmiyah dimasukkan di dalam senarai kewajipan di dalam mandi junub.

✍🏻Dalil yang digunakan sebagai sandaran adalah hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوءَ لَهُ وَلاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى عَلَيْهِ

“Tidak ada solat bagi yang tidak ada wudhu’. Tidak ada wudhu’ bagi yang tidak membaca bismillah di dalamnya.”
(Abu Daud no. 101 dan Ibnu Majah no. 399. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadis ini hasan).

Sebahagian ulama’ mendhaifkan hadis ini, namun dari berbagai jalur, hadis ini menjadi kuat. Jadi kerana itu, ada yang mengatakan membaca bismillah adalah wajib. Sekiranya terlupa, perlu mengulang semula wudhu’. Kalau dalam wudhu’ ia wajib, maka dalam mandi junub pun ia wajib juga.

Kita hendak memberikan pandangan yang lain, iaitu ia sunat. Ini kerana ada juga pendapat yang mengatakan penafian (tidak ada wudhu’ bagi yang tidak membaca bismillah) yang disebutkan dalam hadis adalah menidakkan kesempurnaan.

📍Jadi ia bermaksud wudhu’ yang tidak disertai dengan Tasmiyah adalah tidak sempurna wudhu’nya. Bukanlah tidak sah wudhu’ itu. Maka begitulah juga dengan mandi junub.

Satu lagi hujah yang mengatakan bacaan Tasmiyah tidak wajib adalah berdasarkan pembacaan terhadap hadis-hadis berkenaan wudhu’. Apabila disebut langkah-langkah berwudhu’ itu tidaklah disebut bacaan Tasmiyah di dalamnya.

✍🏻Sebagai contoh, mari kita lihat hadis dari ‘Abdullah bin Zaid,

عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَبِيهِ شَهِدْتُ عَمْرَو بْنَ أَبِى حَسَنٍ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ عَنْ وُضُوءِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ ، فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنَ التَّوْرِ ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِى التَّوْرِ ، فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلاَثَ غَرَفَاتٍ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَمَسَحَ رَأْسَهُ ، فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ مَرَّةً وَاحِدَةً ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Amr bin Yahya Al Mazini menuturkan dari bapanya bahawa dia mengatakan, “Aku menyaksikan Amr bin Abi Hasan bertanya kepada Abdullah bin Zaid tentang tata cara wudhu’ Rasulullah صلى الله عليه وسلم. ‘Abdullah lantas meminta sebekas air, dan memberikan contoh berwudhu’ kepada orang-orang sesuai yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Beliau menuangkan air dari bekas tersebut pada kedua telapak tangannya, lalu membasuhnya tiga kali. Beliau lantas mencelupkan kedua tangannya ke dalam bekas lalu berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya tiga kali menggunakan tiga cedukan tangan. Beliau lantas mencelupkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan membasuh wajahnya tiga kali. Beliau lalu mencelupkan tangannya ke dalam bekas dan membasuh tangannya itu sampai ke siku sebanyak dua kali. Beliau kemudian mencelupkan tangannya dan menggunakannya untuk mengusap kepala sekali dari belakang ke depan dan kembali dari depan ke belakang. Beliau lalu membasuh kedua kakinya hingga mata kaki.”
(Bukhari no. 185 dan Muslim no. 18).

Syarah:
Dalam hadis ini tidak disebutkan bacaan bismillah, walhal Abdullah bin Zaid sedang mencontohkan cara wudhu’ Nabi صلى الله عليه وسلم.

Kesimpulan:
Bacaan Tasmiyah sebelum berwudhu’ adalah sunnah yang kuat. Maka, janganlah kita tinggalkan dengan sengaja. Cuma sekiranya terlupa, maka tidaklah perlu mengulangi semula wudhu’.


 

3. Membasuh seluruh anggota tubuh

Mandi junub hendaklah meratakan air ke seluruh tubuh. Ini sebagaimana telah terdapat dalam hadith ini.

✍🏻Hadits riwayat ‘Aisyah رضي الله عنها yang menceritakan tata cara mandi Nabi صلى الله عليه وسلم,

ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جَسَدِهِ كُلِّهِ

“Kemudian baginda menyiram air pada seluruh badannya.”
(HR. An Nasa-i no. 247. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

✍🏻Dari Jubair bin Muth’im berkata, “Kami saling memperbincangkan tentang mandi janabah di sisi Nabi صلى الله عليه وسلم, lalu baginda bersabda,

أَمَّا أَنَا فَآخُذُ مِلْءَ كَفِّى ثَلاَثاً فَأَصُبُّ عَلَى رَأْسِى ثُمَّ أُفِيضُهُ بَعْدُ عَلَى سَائِرِ جَسَدِى

“Aku mengambil dua telapak tangan, tiga kali lalu aku siramkan pada kepalaku, kemudian aku tuangkan selebihnya pada semua tubuhku.”
(HR. Ahmad 4/81. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadits ini sahih sesuai syarat Bukhari Muslim)

Perlu diingatkan bahawa membasahkan itu hanya pada bahagian tubuh sahaja.

Dalil yang menunjukkan bahawa hanya membasahi seluruh badan dengan air itu merupakan rukun (fardhu) mandi dan bukan selainnya.

✍🏻Sandaran pendapat ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Dia mengatakan,

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِى فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ قَالَ « لاَ إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِى عَلَى رَأْسِكِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ ».

“Aku berkata, wahai Rasulullah, aku seorang wanita yang sanggul rambut kepalaku, apakah aku harus membuka sanggulku ketika mandi junub?” Baginda bersabda, “Jangan (kamu buka). Cukuplah kamu menyiram air pada kepalamu tiga kali, kemudian siramlah yang lainnya dengan air, maka kamu telah suci.”
(HR. Muslim no. 330)

Syarah:
Maknanya, seorang wanita yang berambut panjang dan membuat sanggul pada rambutnya, dia tidak perlu membuka sanggulnya itu.

Dia tidak perlu membasuh rambut dia pun. Dia cuma siram sedikit air di kepalanya dan menggosok kepala supaya air itu kena pada kulit kepala. Bahagian yang perlu dikenakan air adalah kulit kepala dan bukannya rambut. Maka rambut tidaklah basah.

Ini menjadi jalan penyelesaian kepada para wanita yang keberatan untuk mandi wajib kerana rambut mereka panjang dan mereka takut tidak sempat kering dan kemudian hendak memakai tudung pula. Maka cara begitu tentunya akan memudahkan mereka.

Dengan seseorang memenuhi rukun-rukun mandi ini, maka mandinya dianggap sah, asalkan disertai niat untuk mandi wajib (al ghuslu). Jadi seseorang yang mandi di pancuran atau shower dan air mengenai seluruh tubuhnya, maka mandinya sudah dianggap sah.

Cara-cara dan langkah-langkah untuk mandi junub nanti kita akan bincangkan satu perkara di dalam kelas seterusnya nanti.

Perbincangan:
Selalu soalan yang timbul adalah dari kalangan orang yang ada penyakit was-was. Mereka sangat takut jika air tidak sampai ke seluruh tubuh , jadi akan diperiksa tubuh mereka. Kadangkala selepas pergi kerja, mereka masih lagi terfikir: “bahagian itu dan ini ada tak kena air?”

Maka sampai tidak keruanlah mereka di tempat kerja dan mula teringat hendak ulang semula mandi wajib itu. Ketahuilah yang itu adalah syak atau penyakit was-was sahaja. Tidak perlu dilayan. Kalau semasa kita mandi kita sudah rasa yang air sudah kena pada keseluruhan badan, maka mandi itu telah sah.

📍Kaedah fiqh mengatakan “al-yakin la uzaalu bil-syak” iaitu ‘yakin tidak dibatalkan dengan keraguan’. Imam Suyuthi menyebut bahawa kaedah ini menjadi 3/4 dari hukum fiqh.

Keraguan tidak boleh memberi apa-apa impak ke atas satu-satu ibadah yang yakin telah dilakukan. Maka apabila sudah selesai sahaja dari mandi, maka jangan difikirkan lagi tentang mandi itu. Teruskan dengan kehidupan anda. Tidak perlu hendak diperiksa teruk sangat, hendak dimasukkan air keseluruhan ceruk tubuh kita. Cukup bahagian yang nampak sahaja. Hanya yang wajib terkena air saat mandi junub adalah seluruh tubuh bahagian luar.

✍🏻Ulama’ bernama Al-Ghazi dalam Fathul Qorib menjelaskan tentang bahagian yang wajib dibasuh:

“Yang dikehendaki dengan kulit adalah kulit bahagian luar. Wajib membasuh bahagian-bahagian yang nampak dari lubang kedua telinga, hidung yang terpotong dan celah-celah badan. Wajib mengalirkan air ke bahagian di bawah kulupnya orang yang memiliki kulup (belum disunnat). Mengalirkan air ke bahagian farji perempuan yang nampak ketika dia duduk untuk buang hajat.

Di antara bagian badan yang wajib dibasuh adalah masrabah (tempat keluarnya kotoran). Ini kerana sesungguhnya bahagian itu nampak ketika buang hajat sehingga termasuk dari badan bahagian luar.” Jadi, kalau sampai hendak masukkan air ke telinga, dalam mata, bawah kuku, itu sudah berlebihan sangat. Kalau kita ratakan air ke seluruh badan, itu pun sudah cukup. Air itu sifatnya memang akan masuk ke semua tempat.

✍🏻Al-Bakri dalam I’anah Al-Talibin, hlm. 1/54, menyatakan:

ولا يجب تيقن عموم الماء جميع العضو، بل يكفي غلبة الظن به

Artinya: Tidak wajib meyakini meratanya air ke seluruh anggota badan. Cukup sahaja dengan agakan yang kuat akan sampainya air.

Maksudnya cukup dengan agakan sahaja, asalkan anda sudah menyiramkan air ke seluruh tubuh, maka itu dianggap air sudah sampai ke seluruh tubuh. Tidak perlu dipastikan atau dilihat secara terperinci (detail) dan pasti akan sampainya air tersebut.

Allahu a’lam. Lihat kepada Sunnah-sunnah Mandi pula.


 

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================

1. Niat dengan erti kata lain adalah sesuatu yg terdetik di dalam hati. Benarkah pernyataan ini?

🔵 Ya. Niat yang terdetik di dalam hati menjadi keazaman untuk dilakukan.

Ada yang terdetik di dalam hati tetapi tidak menjadi azam. Itu adalah ‘lintasan hati’ sahaja, belum diertikan sebagai niat lagi.

Contoh: Kadang ada orang yang kita benci. Rasa hendak ditumbuk sahaja. Itu adalah lintasan hati.

Kalau sudah membuat rancangan hendak menumbuk dengan cara yang bagaimana, itu barulah niat.

2. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah sebegini? Melafazkan niat telah dididik sejak daripada usia kecil lagi. Jika kita cuma menegurnya, akan dipersalahkan pula.

🔵 Jika untuk diri sendiri, amalkan sedikit demi sedikit. Insya Allah akan berhenti sendiri.

Jika menasihatkan kepada orang lain, tanyakan kepada mereka dalil untuk melafazkan niat.

3. Adakah perlu mengambil wudhu’ dahulu sebelum mandi wajib?

🔵 Tidak. Mandi wajib itu sunat dimulai dengan anggota wudhu’. Sebab itu ada yang menyangka itu wudhu’. Tetapi sebenarnya ia adalah anggota yang sama dengan anggota wudhu’.

4. Jika membaca basmalah atau tasmiah setelah selesai berwudhu’, adakah masih dikira?

🔵 basmalah atau tasmiah dibaca pada permulaan wudhu’, begitu juga ibadah yang lain.

5. Adakah bacaan basmalah ini dibaca perlahan atau kuat? Adalah boleh dibaca di dalam hati sahaja?

🔵 Apabila dikatakan ‘baca’ maka perlu dilafazkan.

6. Adakah boleh membaca basmalah dengan lafaz ta’awuz sekali?

🔵 Tidak boleh ditambah.

7. Kesimpulannya adalah kesemua perbuatan perlu dimulakan dengan bacaan basmalah?

🔵 Ya.

8. Adakah benar tidak perlu berwudhu’ lagi apabila telah mandi wajib?

🔵 Mandi wajib mengangkat hadas yang lebih besar daripada wudhu’. Maka hadas kecil juga telah termasuk. Tidak perlu mengambil wudhu’ lagi. Tidak perlu juga mengambil wudhu’ dalam mandi wajib.

9. Jika terlupa untuk membaca basmalah, adalah boleh membaca semasa wudhu’ hampir selesai?

🔵 Ya boleh jika terlupa. Jangan disengajakan.

10. Jika wudhu’ kurang sempurna, adakah bermaksud pahalanya juga kurang?

🔵 Ya, pahalanya tidak sempurna tetapi wudhu’ tetap sah.

Ini pandangan yang saya pilih. Jika ada yang mengikut pendapat mengatakan ia wajib, maka perlu dia mengulang semula wudhu’ atau mandi wajib tersebut seandainya terlupa membaca basmalah.

11. Adakah boleh melakukan ibadah dengan hanya mandi wajib tanpa berwudhu’?

🔵 Ya.

12. Adakah hadith ini menjadi dalil untuk berwudhu’ dahulu sebelum mandi wajib?

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِى الْمَاءِ ، فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ، ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

Dari ‘Aisyah, isteri Nabi ﷺ, bahwa jika Nabi ﷺ mandi junub, beliau memulainya dengan mencuci kedua telapak tangannya. Kemudian beliau berwudhu sebagaimana wudhu untuk solat. Lalu beliau memasukkan jari-jarinya ke dalam air, lalu menggosokkannya ke kulit kepalanya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian beliau mengalirkan air ke seluruh kulitnya.” (HR. Bukhari no. 248 dan Muslim no. 316)

🔵 Wudhu’ dari segi bahasa bermaksud membasuh.

Nabi Muhammad basuh seperti di dalam wudhu’. Ini sunnah. Bukan rukun atau wajib.

13. Adakah sunnah untuk menyiram kepala sebanyak tiga kali sebelum menyiram badan?

🔵 Ya.

14. Adakah sama sahaja mandi junub dan mandi haidh di mana wanita tidak perlu membuka ikatan atau sanggul rambutnya?

Saya pernah mendengar hadis Ummu Salamah adalah untuk wanita junub sahaja dan bukan merujuk kepada wanita haidh.

🔵 Wanita suci dari haidh perlu membasuh rambutnya. Berbeza dengan mandi junub.

15. Berdasarkan hadith Jubair dan hadith Ummu Salamah, adakah boleh memulakan mandi wajib tanpa membasuh anggota wudhu’ terlebih dahulu?

🔵 Ya boleh. Berwudhu’ sebelum mandi wajib adalah sunat, bukan wajib.

16. Adakah masih boleh memilih untuk membuka ikatan rambut bagi wanita yang junub?

🔵 Jika hendak membuka dan membasuh semua adalah tidak dilarang. Lebih menyegarkan dan rambut tidak berbau.

17. Apakah hukumnya jika kita meminta bayaran daripada orang yang melanggar kereta kita, tetapi dia adalah OKU dan kerja hanya di masjid sahaja?

🔵 Hak awak untuk meminta bayaran dan kewajiban dia untuk membayarnya tetapi jika hendak berbaik, maafkanlah, pahala untuk awak.

18. Jika ada anggota yang kotor kerana terkena minyak, cat, atau dakwat dan sukar untuk dibersihkan, sah atau tidak mandi wajib dan wudhu’ kita?

🔵 Sah. Kita dinilai atas kemampuan kita sahaja. Dalil Surah At-Taghabun 64:16

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

B. Mandi-mandi Yang Dianjurkan

Tajuk:

🔘 Mandi Dua Hari Raya
🔘 Mandi Hari Arafah
🔘 Mandi Ihram
🔘 Mandi Ketika Memasuki Mekah
🔘 Mandi Orang Memandikan Jenazah
🔘 Mandi Setiap Kali hendak Berjimak
🔘 Mandi Bagi Wanita Istihadah, Mandi Setiap Kali Hendak Solat atau Gabungkan Mandi Zuhur/Asar, Maghrib/Isyak
🔘 Mandi Kerana Menguburkan Musyrik
🔘 Mandi Setelah Sedar Dari Pengsan

B. Mandi-mandi yang dianjurkan (Sunat, mustahab)

Sebelum ini kita telah bentangkan bilakah seorang Muslim itu diwajibkan mandi junub. Sekarang kita bentangkan pula bilakan seorang Muslim itu disunatkan untuk mandi.

1. Mandi Dua Hari Raya

Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Tiada dalil khusus dari hadith tentang perkara ini, melainkan atsar dari Saidina Ali:

✍Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”
Atsar riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119. Diriwayatkan juga oleh Baihaqi. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: sanadnya Sahih].

✍Hujah yang lain:

عن سعيد بن المسيب أَنَّهُ قَالَ: سُنَّةُ اْلفِطْرِ ثَلاَثٌ اْلمـَشْيُ إِلىَ اْلمـُصَلَّى وَ اْلأَكْلُ قَبْلَ اْلخُرُوْجِ وَ اْلاغْتِسَالُ

Dari Sa’id bin al-Musayyab رضي الله عنه, bahawasanya dia berkata, “Sunnah di dalam Iedul Fitri itu ada tiga, iaitu berjalan menuju lapangan (padang), makan sebelum keluar (rumah) dan mandi”.
[Telah mengeluarkan atsar ini Al-Furyabi. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: sanadnya sahih].


 

2. Mandi Hari Arafah

Maksudnya ketika wukuf di Arafah. Maka mandi untuk hari Arafah bukan untuk setiap Muslim, akan tetapi hanya untuk jemaah haji sahaja. Tidak disyaratkan bersuci ketika wukuf di Arafah. Para ulama’ sepakat sahnya wukuf orang yang haidh dan dalam junub.

Akan tetapi dianjurkan berwukuf dalam keadaan suci dari dua hadas, sama ada besar atau kecil. Ini adalah kerana semasa wukuf di Arafah itu, para Haji sedang berzikir kepada Allah عز وجل, dan kita telah tahu bahawa kita dianjurkan dalam keadaan suci ketika mengingat Allah عز وجل.

Dalil sunat mandi ini adalah seperti atsar Sayidina Ali seperti yang telah disebut di atas. Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”

Telah diketahui bahawa empat mazhab yang terkenal sepakat berpendapat dianjurkan mandi pada hari Arafah, siapa yang melaksanakannya diberi pahala.

✍Dalil anjurannya adalah perbuatan para sahabat رضي الله عنهم.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله mengatakan, “Tidak dinukil baik dari Nabi صلى الله عليه وسلم mahupun dari para sahabat dalam haji kecuali tiga mandi. Mandi ihram, mandi ketika masuk Mekah dan mandi hari Arafah.”‘Majmu’ Fatawa, (26/132).


 

3. Mandi Ihram

✍Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga mandi di Dzulhulaifah (salah satu dari miqat Ihram). Terdapat riwayat dari Kharijah bin Zaid bin Tsabit dari ayahnya bahawa dia (ayahnya) melihat Nabi صلى الله عليه وسلم berihram dengan melepaskan pakaian baginda yang berjahit lalu mandi.
[Hadits Riwayat Tirmidzi no.760 cetakan Al-Alamiyah]

Syarah:
Baginda mandi di Dzulhulaifah kerana baginda berihram dari situ. Nabi صلى الله عليه وسلم menjadikan Dzulhulaifah sebagai miqat bagi penduduk Madinah. Maka kita mandi di Miqat kita. Di manakah miqat itu boleh rujuk kepada Mutawwif.

✍Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله mengatakan, “Tidak dinukil baik dari Nabi صلى الله عليه وسلم mahupun dari para shahabat dalam haji kecuali tiga mandi. Mandi ihram, mandi ketika masuk Mekah dan mandi hari Arafah.” Majmu’ Fatawa, (26/132).

✍Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz pernah menjawab ketika ditanya tentang hal ini: “Jika seorang berihram tanpa mandi, maka dia tidak berdosa. Lalu jika mandi di Mina ketika dia telah berihram maka juga tidak mengapa. Tetapi yang utama dan sunnah adalah jika dia mandi sebelum ihram. Jika tidak mandi (ihram tanpa mandi) atau hanya berwudhu’ sahaja, maka dia tidak berdosa dalam demikian itu. Sebab mandi ketika ihram hukumnya sunnah, demikian juga wudhu.”
[Disalin dari Buku Fatwa-Fatwa Haji dan Umrah oleh Ulama’-Ulama’ Besar Saudi Arabia]


 

4. Mandi ketika masuk Mekah

Selanjutnya yang dianjurkan untuk mandi adalah ketika memasuki kota Makkah untuk menunaikan tawaf ketika umrah atau haji.

عن نافع أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ لاَ يَقْدِمُ مَكَّةَ إِلاَّ بَاتَ بِذِي طُوًى حَتىَّ يُصْبِحَ وَ يَغْتَسِلَ ثُمَّ يَدْخُلُ مَكَّةَ نَهَارًا وَ يَذْكُرُ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم أَنَّهُ فَعَلَهُ

Dari Nafi’ bahwasanya Ibnu Umar رضي الله عنهما tidaklah memasuki kota Makkah melainkan dia bermalam di Dzu Thuwa sampai subuh dan mandi kemudian masuk kota Makkah di waktu siang hari. Dia menyebutkan dari Nabi صلى الله عليه وسلم bahawasanya baginda juga melakukannya.
[HR Muslim: 1259 (227) dan Bukhari: 1553, 1573. Berkata Asy-Syaikh Al-Albaniy: Sahih].

Berkata Ibnu Al-Mundzir رحمه الله, ”Mandi ketika masuk ke kota Makkah adalah dianjurkan menurut seluruh ulama’ dan meninggalkannya menurut mereka tidaklah menyebabkan membayar fidyah. Majoriti mereka mengatakan wudhu’ itu cukup darinya”.


 

5. Setelah memandikan jenazah

Jika seorang Muslim turut memandikan jenazah saudaranya maka dianjurkan untuk mandi setelah memandikannya.

✍Hal ini telah disebutkan di dalam beberapa riwayat antaranya hadith berikut ini,

عن أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: مَنْ غَسَلَ اْلمـَيِّتَ فَلْيَغْتَسِلْ وَ مَنْ حَمَلَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, ”Barangsiapa yang memandikan mayat maka hendaklah dia mandi dan barangsiapa yang mengusungnya, maka hendaklah berwudhu’ ”.
[HR Abu Dawud: 3161, at-Tirmidzi: 993 dan Ahmad: II/ 280, 433, 454, 472. Berkata Asy-Syaikh Al-Albaniy: Sahih].

Syarah:
Zahir hadith ini nampaknya seolah-olah ia wajib, tetapi ulama’ tidak mewajibkannya kerana ada lagi hadith-hadith lain yang memberi isyarat bahawa ianya sunat sahaja.

✍Lihat hadith di bawah:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قَالَ: لَيْسَ عَلَيْكُمْ فىِ غَسْلِ مَيِّتِكُمْ غُسْلٌ إِذَا غَسَلْتُمُوْهُ فَإِنَّ مَيِّتَكُمْ لَيْسَ بِنَجَسٍ فَحَسْبُكُمْ أَنْ تَغْسِلُوْا أَيْدِيَكُمْ

Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata, ”Tidak ada kewajiban atas kalian wajib di dalam memandikan mayat di antara kalian apabila kalian memandikannya kerana sesungguhnya mayat kalian itu bukanlah najis. Maka cukuplah bagi kalian untuk mencuci tangan-tangan kalian”.
[Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Telah mengeluarkan atsar ini Al-Hakim: 1466 dan Al-Baihaqi. Berkata Al-Hakim: Shahih berdasarkan syarat Al-Bukhari dan Al-Imam Adz-Dzahabi pun menyepakatinya.].

عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: كُنَّا نَغْسِلُ اْلمـَيِّتَ فَمِنَّا مَنْ يَغْتَسِلُ وَ مِنَّا مَنْ لاَ يَغْتَسِلَ

Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما berkata, ”Kami pernah memandikan mayat, lalu di antara kami ada yang mandi dan di antara kami ada juga yang tidak mandi”.
[Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Telah mengeluarkan atsar ini Ad-Daruquthni: 1802 dan Al-Khathib dengan sanad yang sahih sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafiz].

Hadith dari Abu Hurairah رضي الله عنه di atas menunjukkan perintah untuk mandi bagi yang telah memandikan mayat dan berwudhu’ bagi yang mengusungnya. Tetapi perintah tersebut hanyalah mengandung penganjuran dan tidak wajib kerana hadith dari Ibnu Abbas dan Ibnu Umar رضي الله عنهما berikutnya menerangkan di antara para sahabat رضي الله عنهم ada yang tidak melakukannya. Sekiranya ia wajib, tentulah mereka telah melakukannya.


 

6. Setiap kali hendak jimak

Islam adalah agama yang bersih dan sangat menyukai kebersihan. Ini termasuklah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah rumah tangga. Jimak merupakan salah satu dari beberapa keperluan suami dan isteri.

Namun ketika mereka melakukan hubungan seksual ini dalam keadaan yang tidak menyenangkan dari segi fizikal (bau badan dan sebagainya), akan dapat mengganggu hubungan seksual tersebut. Jangan main-main kerana dengan perkara ini boleh menyebabkan hubungan keduanya boleh menjadi menjadi renggang dan malah boleh terjadi perceraian.

Oleh sebab itu setiap Muslim, bukan hanya berusaha menunaikan kewajibannya sebagai suami yang menggauli isterinya dengan cara ma’ruf atau sebagai isteri yang berusaha memenuhi kehendak suaminya yang mengajaknya ke tempat tidur untuk berhubungan intim.

Selain itu mereka juga hendaklah berusaha untuk memperhatikan hal-hal yang dapat menimbulkan keinginan, ghairah dan kepuasan kepada pasangannya. Usaha itu di antaranya adalah dengan memperhatikan kebersihan tubuh, maka dianjurkan apabila seseorang di antara mereka ketika akan mendatangi pasangannya, hendaklah dalam keadaan bersih dan harum.

Mandi adalah jalan termudah kerana dengan mandi, tubuh akan menjadi segar, hilang kotoran dan bau-bauan yang tidak menyenangkan dan pasangannya pun akan lebih senang dan lebih bersemangat. Apalagi jika kedua pasangan tersebut hendak mengulanginya kembali setelah cukup rehat.

Hal ini telah dikerjakan oleh Rasulullah ﷺ yang pernah menggilir semua isteri-isterinya dalam satu malam. Setiap kali hendak menggilir salah seorang dari mereka, baginda mandi terlebih dahulu.

✍Hal ini berdasarkan dalil hadith di bawah ini,

عن أبي رافع أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم طَافَ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى نِسَائِهِ يَغْتَسِلُ عِنْدَ هَذِهِ وَ عِنْدَ هَذِهِ قَالَ: فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ أَلاَ تَجْعَلُهُ غُسْلاً وَاحِدًا؟ قَالَ: هَذَا أَزْكَى وَ أَطْيَبُ وَ أَطْهَرُ

Dari Abu Rafi’ رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم suatu hari pernah berkeliling (menjimak) isteri-isterinya dan baginda mandi di sisi yang ini dan di sisi yang itu. Berkata (Abu Rafi’), ”aku bertanya, ”Wahai Rasulullah tidakkah engkau menjadikannya satu kali mandi sahaja?”. Beliau menjawab, ”Ini lebih suci, lebih harum dan lebih bersih”.
[HR Abu Dawud: 219, Ibnu Majah: 590 dan Ahmad: VI/ 8. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Hasan].

Syarah:
Dari hadis ini, menceritakan kepada kita yang setiap kali baginda jimak seorang isteri, baginda akan mandi dahulu sebelum menjimak isterinya yang lain. Mandi setiap kali hendak mengulangi jimak adalah lebih suci, lebih harum dan lebih bersih. Hal inipun disukai oleh suami isteri yang melakukannya meskipun mencuci faraj dan berwudhu’ itu sudah memadai.


 

7. Bagi wanita yang istihadah, mandi setiap kali hendak solat. Atau gabungkan mandi Zuhur/Asar, Maghrib/Isya’

Perempuan yang mengalami istihadhah dianjurkan mandi setiap kali hendak melakukan solat. Dalilnya seperti berikut:

✍Pertama

عن عدي بن ثابت عن أبيه عن جده عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ: اْلمـُسْتَحَاضَةُ تَدَعُ الصَّلاَةَ أَيَّامَ أَقْرَائِهَا ثُمَّ تَغْتَسِلُ وَ تَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلاَةٍ وَ تَصُوْمُ وَ تُصَلِّي

Dari Adi bin Tsabit dari ayahnya dari datuknya dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “Orang yang istihadah meninggalkan salat beberapa hari kebiasaan haidhnya kemudian dia mandi dan wudhu’ untuk setiap kali solat. Dia juga mengerjakan puasa dan solat”.
[HR Ibnu Majah: 625, At-Tirmizi: 126, Abu Daud: 297 dan Ad-Darimi: I/ 202. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Sahih]

Syarah:
Hadith ini menunjukkan atas wajibnya berwudhu’ (bagi orang yang istihadhah) untuk setiap kali salat. Namun disunatkan untuk mandi. Maka kena dipastikan sama ada itu adalah darah haidh atau darah istihadhah (darah penyakit).Ini kerana jika memang darah haidh maka tidak boleh salat dan berpuasa.

✍Kedua

عن عائشة قَالَتْ: اسْتُحِيْضَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبيِ حُبَيْشٍ فَسَأَلَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم فَقَالَتْ: يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنيِّ أُسْتَحَاضُ فَلاَ أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلاَةَ ؟ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : إِنمَّاَ ذَلِكَ عِرْقٌ وَ لَيْسَتْ بِاْلحَيْضَةِ فَإِذَا أَقْبَلَتِ اْلحَيْضَةُ فَدَعِي الصَّلاَةَ وَ إِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِيْ عَنْكِ أَثَرَ الدَّمِ وَ تَوَضَّئِيْ فَإِنمَّاَ ذَلِكَ عِرْقٌ وَ لَيْسَتْ بِاْلحَيْضَةِ قِيْلَ لَهُ: فَاْلغُسْلُ؟ قَالَ: ذَلِكَ لاَ يَشُكُّ فِيْهِ أَحَدٌ

Dari Aisyah رضي الله عنها berkata, “Fatimah binti Hubaisy pernah mengalami istihadhah, lalu dia bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, dia berkata, “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengalami istihadhah, maka aku tidak suci, bolehkah aku meninggalkan salat?”. Rasulullah ﷺ menjawab, “Yang demikian itu adalah cairan penyakit bukannya haidh, maka jika datang waktu haidh tinggalkanlah salat dan apabila telah berlalu maka cucilah kesan darah darimu dan berwudhu’lah. Yang demikian itu hanyalah cairan penyakit dan bukannya haidh”. Ditanyakan kepadanya, “Kalau mandi bagaimana?”. Beliau menjawab, “hal tersebut, tiada seseorangpun yang ragu tentangnya”.
[HR An-Nasa’i: I/ 124. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Sahih isnadnya].

✍Ketiga

عن حمنة بنت جحش قَالَتْ: كُنْتُ أُسْتُحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً فَأَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم أَسْتَفْتِيْهِ وَ أُخْبِرُهُ فَوَجَدْتُهُ فىِ بَيْتِ أُخْتىِ زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنيِّ امْرَأَةٌ أُسْتُحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً فَمَا تَرَى فِيْهَا قَدْ مَنَعَتْنىِ الصَّلاَةُ وَ الصَّوْمُ؟ فَقَالَ: أَنْعَتُ لَكِ اْلكُرْسُفَ فَإِنَّهُ يُذْهِبُ الدَّمَ قَالَتْ: هُوَ أَكْثَرُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ: فَاتَّخِذِيْ ثَوْبًا فَقَالَتْ: هُوَ أَكْثَرُ مِنْ ذَلِكَ إِنمَّاَ أَثُجُّ ثَجًّا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : سَآمُرُكِ بِأَمْرَيْنِ أَيَّهُمَا فَعَلْتِ أَجْزَأَ عَنْكِ مِنَ اْلآخَرِ وَ إِنْ قَوِيْتِ عَلَيْهِمَا فَأَنْتِ أَعْلَمُ فَقَالَ لَهَا: إِنمَّاَ هَذِهِ رَكْضَةٌ مِنْ رَكَضَاتِ الشَّيْطَانِ فَتَحَيَّضِيْ سِتَّةَ أَيَّامٍ أَوْ سَبْعَةَ أَيَّامٍ فىِ عِلْمِ اللهِ ثُمَّ اغْتَسِلِيْ حَتىَّ إِذَا رَأَيْتِ أَنَّكِ قَدْ طَهُرْتِ وَ اسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّي ثَلاَثًا وَ عِشْرِيْنَ لَيْلَةً أَوْ أَرْبَعًا وَ عِشْرِيْنِ لَيْلَةً وَ أَيَّامَهَا وَ صُوْمِيْ فَإِنَّ ذَلِكَ يُجْزِيْكَ وَ كَذَلِكَ فَافْعَلِيْ كُلَّ شَهْرٍ كَمَا َتحِيْضُ النِّسَاءُ وَ كَمَا يَطْهُرْنَ مِيْقَاتَ حَيْضِهِنَّ وَ طُهْرِهِنَّ وَ إِنْ قَوِيْتِ عَلَى أَنْ تُؤَخِّرِي الظُّهْرَ وَ تُعَجِّلَ اْلعَصْرَ فَتَغْتَسِلِيْنَ وَ تَجْمَعِيْنَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ الظُّهْرِ وَ اْلعَصْرِ وَ تُؤَخِّرِيْنَ اْلمـَغْرِبَ وَ تُعَجِّلِيْنَ اْلعِشَاءَ ثُمَّ تَغْتَسِلِيْنَ وَ تَجْمَعِيْنَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ فَافْعَلِيْ وَ تَغْتَسِلِيْنَ مَعَ اْلفَجْرِ فَافْعَلِيْ وَ صُوْمِيْ إِنْ قَدِرْتِ عَلَى ذَلِكَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هَذَا أَعْجَبُ اْلأَمْرَيْنِ إِلَيَّ

Dari Hamnah binti Jahsyi berkata, “Aku pernah mengalami istihadhah yang deras sekali, lalu aku mendatangi Rasulullah ﷺ untuk meminta fatwa kepadanya. Aku mendapatkan berita tentangnya lalu aku menjumpai baginda di rumah saudariku Zainab binti Jahsyi”. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengalami istihadhah yang deras sekali, bagaimana pendapatmu, apakah ia mencegahku dari salat dan puasa?”. Baginda menjawab, “Aku akan terangkan kepadamu, kain kapas (yang engkau lekatkan pada farji) dapat menghilangkan (atau menyerap) darah”. Hamnah berkata, “darahku lebih banyak dari itu”. Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Ambillah kain”. Hamnah berkata lagi, ”Darahku lebih banyak lagi dari itu kerana ia adalah darah yang mengalir”. Maka bersabdalah Rasulullah ﷺ, ”Aku akan perintahkan kepadamu dua hal, manapun yang engkau kerjakan nescaya mencukupimu dari yang lain, tetapi jikalau engkau mampu keduanya engkaulah yang lebih tahu”. Baginda bersabda kepadanya, ”Itu hanyalah satu gangguan dari beberapa gangguan syaitan, maka berhaidlah engkau enam atau tujuh hari di dalam ilmu Allah kemudian mandilah sehingga apabila engkau lihat (atau yakin) bahawa engkau telah suci dan telah sampai masa suci maka salatlah selama dua puluh tiga atau dua puluh empat hari dan puasalah. Maka sesungguhnya yang demikian itu cukup bagimu dan demikian pula hendaknya engkau lakukan setiap bulan sebagaimana perempuan haidh dan suci pada waktu haidh dan sucinya mereka. Jikalau engkau masih mampu maka hendaknya engkau mengakhiri salat Zuhur dan menyegerakan salat Asar lalu engkau mandi dan menjamak antara dua salat iaitu Zuhur dan Asar, dan engkau mengakhirkan Maghrib dan menyegerakan Isya’ kemudian engkau mandi dan menjamak antara dua salat yaitu Maghrib dan Isya’, maka tunaikanlah. Engkau mandi bersama salat fajar maka tunaikanlah dan puasalah jika engkau mampu”. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda, ”Cara yang terakhir inilah yang lebih aku sukai.”.
[HR Abu Daud: 287, At-Tirmizi: 128, Ibnu Majah: 627 dan Ahmad: VI/ 381-382, 439, 439-440. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Hasan].

Syarah:
Seperti yang telah disebut, dianjurkan untuk mandi setiap kali salat. Atau pun, boleh juga mandi sekali untuk salat Zuhur dan Asar; kemudian mandi sekali lagi untuk Maghrib dan Isya’; mandi sekali lagi untuk salat Subuh.

✍Keempat

عن عائشة قَالَتْ: اسْتُحِيْضَتِ امْرَأَةٌ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه و سلم فَأُمِرَتْ أَنْ تُعَجِّلَ اْلعَصْرَ وَ تُؤَخِّرَ الظُّهْرَ وَ تَغْتَسِلَ لَهُمَا غُسْلاً وَ أَنْ تُؤَخِّرَ اْلمـَغْرِبَ وَ تُعَجِّلَ اْلعِشَاءَ وَ تَغْتَسِلَ لَهُمَا غُسْلاً وَ تَغْتَسِلُ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ غُسْلاً فَقُلْتُ (يَعْنيِ شُعْبَةَ) لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ: عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم ؟ فَقَالَ: لاَ أُحَدِّثُكَ إِلاَّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم بِشَيْءٍ

Dari Aisyah رضي الله عنها berkata, ”Pernah seorang perempuan mengalami istihadah di masa Rasulullah صلى الله عليه وسلم”. Lalu dia disuruh untuk menyegerakan Asar dan mengakhirkan Zuhur dan mandi dengan sekali mandi untuk keduanya. Dan juga untuk mengakhirkan Maghrib dan menyegerakan Isya’ dan mandi dengan sekali mandi untuk keduanya. Dan juga mandi dengan sekali mandi untuk menunaikan salat subuh. Aku (yaitu Syu’bah) berkata kepada Abdurrahman, ”(Apakah itu) dari Nabi صلى الله عليه وسلم ?”. Dia menjawab, ”Aku tidak akan menceritakannya kepadamu tentang sesuatu melainkan dari Nabi صلى الله عليه وسلم”.
[HR Abu Daud: 294 dan An-Nasa’i: I/ 122. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Sahih].

عن أُمِّ حَبِيْبَةَ بِنْتِ جَحْشٍ اسْتُحِيْضَتْ سَبْعَ سِنِيْنَ فَأَمَرَهَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم أَنْ تَغْتَسِلَ فَكَانَتْ تَغْتَسِلُ لِكُلِّ صَلاَةٍ

Dari Ummu Habibah binti Jahsyi رضي الله عنها, dia mengalami istihadhah selama tujuh tahun. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruhnya untuk mandi. Maka dia selalu mandi untuk setiap kali salat.
[HR Abu Daud: 291, 292. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Sahih].

Istihadhah
Ia adalah darah perempuan yang keluar terus menerus tanpa berhenti atau berhenti sebentar (satu atau dua hari) dalam sebulan.

Hal ini dimanfaatkan oleh syaitan untuk menggoda kaum perempuan sehingga ada di antara mereka yang tidak melakukan salat, puasa dan tidak pula menerima ajakan suaminya untuk berjimak. Padahal ini adalah perilaku yang keliru dan tidak dapat dibenarkan oleh syari’at.

Jika ada seorang perempuan mengalami istihadhah maka hendaklah dia memperhatikan beberapa perkara di bawah ini:

1. Apabila dia pernah datang haidh lalu sekarang baru dia mengalami istihadhah, maka hendaklah dia tengok jadual haidh dia yang pernah terjadi kepadanya dalam sebulan. Maka tunggulah masa tanpa salat seperti biasanya dia ada haidh, dan hendaklah dia menganggap selainnya adalah darah istihadhah dan bolehlah dia salat dan puasa, juga boleh berjimak dengan suaminya.

2. Atau apabila dia baru pertama kali mengalami haidh lalu langsung mengalami istihadhah namun dia dapat membezakan warna darah haidhnya yang kental, berwarna hitam atau bau yang khas. Di saat itulah dia menghitung waktu haidhnya dalam sebulan dan selebihnya adalah darah istihadhah.

3. Atau seperti yang kedua, yakni dia baru mengalami haidh lalu dia terus mengalami istihadhah dan kerana itu dia tidak dapat membezakan antara darah haidh dan darah istihadhah maka dia mesti berketetapan untuk berhaidh selama enam atau tujuh hari dalam sebulan seperti umumnya perempuan lain mengalami haidh, lalu dia menganggap sisanya adalah darah istihadhah.

📌Dianjurkan baginya untuk mandi setiap kali hendak salat, atau menjadikan satu mandi untuk dua salat yang dijamak misalnya; Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ sedangkan Subuh sekali mandi. Tetapi jika tidak, ia wajib berwudhu’ setiap kali salat yang dilakukan sesudah masuknya waktu salat.

Nota tambahan:
Ada ulama’ berkata mandi ini juga mungkin sebagai salah satu cara untuk mengubati sakit yang menyebabkan darah itu keluar. Boleh diamalkan sebagai usaha kita.


 

8. Mandi kerana menguburkan orang musyrik

Jika ada seorang muslim ikut menguburkan jenazah orang kafir atau musyrik, maka hendaklah dia mandi dengan mandi junub. Pada dasarnya, seorang muslim itu dilarang menguburkan jenazah orang kafir atau musyrik.

Namun ketika jenazah itu tidak ada yang menguburkan kerana suatu hal, maka mereka wajib menguburkannya tanpa memandikan, mengkafani, menyolatkan dan mendoakannya.

✍Hal ini sebagaimana telah diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepada Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه di dalam hadith berikut,

عن علي رضي الله عنه قَالَ: َلمــَّا تُوُفِّيَ أَبُوْ طَالِبٍ أَتَيْتُ النَّبيَّ صلى الله عليه و سلم فَقُلْتُ: إِنَّ عَمَّكَ الشَّيْخَ الضَّالَّ قَدْ مَاتَ فَمَنْ يُوَارِيْهِ قَالَ: اذْهَبْ فَوَارِهِ ثُمَّ لاَ تُحَدِّثْ شَيْئًا حَتىَّ تَأْتِيَنيِ فَقَالَ: إِنَّهُ مَاتَ مُشْرِكًا فَقَالَ: اذْهَبْ فَوَارِهِ قَالَ: فَوَارَيْتُهُ ثُمَّ أَتَيْتُهُ قَالَ: اذْهَبْ فَاغْتَسِلْ ثُمَّ لاَ تُحَدِّثْ شَيْئًا حَتىَّ تَأْتِيَنيِ قَالَ: فَاغْتَسَلْتُ ثُمَّ أَتَيْتُهُ قَالَ: فَدَعَا لىِ بِدَعَوَاتٍ مَا يَسُرُّنيِ أَنَّ ليِ بِهَا حُمُرَ النَّعَمِ وَ سُوْدَهَا قَالَ: وَ كَانَ عَلِيٌّ إِذَا غَسَلَ اْلمـَيِّتَ اغْتَسَلَ

Dari Ali رضي الله عنه berkata, “Ketika Abu Thalib wafat, aku datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan berkata, “Sesungguhnya bapa saudaramu yaitu seorang tua yang sesat, sesungguhnya telah mati, maka siapakah yang akan menguburkannya?”. Baginda bersabda, “Pergi dan kuburkanlah lalu janganlah engkau berkata sesuatupun sehingga engkau mendatangiku”. Ali berkata, “Sesungguhnya dia telah mati dalam keadaan musyrik”. Beliau bersabda, “Pergi dan kuburkanlah”. Ali berkata, “Kemudian akupun menguburkannya lalu mendatanginya”. Baginda bersabda, ”Pergi dan mandilah lalu janganlah engkau berkata sesuatupun sehingga engkau mendatangiku”. Ali berkata, ”Lalu akupun mandi kemudian mendatanginya”. Ali berkata, ”Maka baginda mendoakan kebaikan kepadaku dengan beberapa doa yang membuatku bahagia seakan aku memiliki unta merah dan hitamnya”. Dia (iaitu Abdurrahman As-Silmiy) berkata, ”Ali biasanya mandi apabila memandikan mayat”.
[HR Ahmad: I/ 97, 103, Abu Daud: 3214, An-Nasa’i: I/ 110, IV/ 79-80 dan Al-Baihaqi. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: sanadnya Sahih].

Syarah:
Perintah Nabi ﷺ kepada Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه di atas menerangkan tentang penganjuran mandi baginya ketika selesai dari menguburkan Abu Thalib ayahnya yang mati dalam keadaan kafir. Dan hal inipun berlaku bagi semua umatnya kerana hadith tersebut tidak ada pengkhususan hanya bagi Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه sahaja.


 

9. Mandi setelah sedar dari pengsan

Masalah mandi selepas sembuh daripada penyakit gila ada disebutkan oleh ulama’. Jumhur ulama’ mengatakan hukum mandi ini adalah sunat dan ijma’ ulama’ bahawa mandi tersebut tidak wajib.

✍Antara yang menyebut masalah ini ialah An-Nawawi dalam Al-Majmuk, kata beliau :
“Berkata (ashab) ulama’ kami: dan disunatkan bagi orang yang pengsan mandi apabila telah sedar kerana mengikut Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

✍Ibn Munzir, Ibn Al-Sabbagh dan lain-lain berkata: Ijma’ ulama’ bahawa mandi tidak wajib ke atasnya.

✍Ibn Qudamah juga berkata :
“Fasal: Dan tidak wajib mandi ke atas orang gila dan orang pengsan apabila dia sedar daripadanya tanpa ada mimpi basah. Dan aku tidak mengetahui khilaf dalam permasalahan ini.

✍Ibn al-Munzir berkata: sabit bahawa Rasulullah ﷺ mandi kerana sebab pengsan, dan mereka bersepakat bahawasanya ia tidak wajib, dan kerana hilang akal itu sendiri tidak mewajibkan mandi.

Sedangkan berlaku inzal adalah disyaki sahaja. Maka kita tidak menghilangkan keyakinan dengan sebab syak. Namun jika yakin berlaku inzal maka wajib mandi atas kedua-duanya, kerana disebabkan oleh mimpi basah.
(al-Mughni 1/357)

✍Para ulama’ berdalilkan dengan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Ahmad bin Yunus menceritakan, katanya Za’idah daripada Musa bin Abi Aisyah daripada Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah, katanya aku masuk berjumpa Aisyah maka aku berkata: Tidakkah mahu kamu ceritakan kepadaku tentang sakit Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jawabnya: Ya, tatkala Nabi صلى الله عليه وسلم sakit baginda bersabda : “Adakah orang ramai sudah salat?”. Kami (sahabat) menjawab: Tidak, mereka sedang menunggumu. Nabi bersabda: “Letakkan kepada aku air dalam bekas”. Lantas kami lakukan, kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم pun mandi dan cuba untuk bangun tiba-tiba baginda pengsan. Kemudian baginda sedar dan bersabda: “Adakah orang ramai sudah salat?”. Kami (sahabat) menjawab: Tidak, mereka sedang menunggumu. Nabi bersabda: “Letakkan kepada aku air dalam bekas”. Lantas kami lakukan, kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم pun mandi dan cuba untuk bangun tiba-tiba baginda pengsan. Kemudian baginda sedar dan bersabda : “Adakah orang ramai sudah salat?”. Kami (sahabat) menjawab : Tidak, mereka sedang menunggumu. Nabi bersabda: “Letakkan kepada aku air dalam bekas”. Lantas kami lakukan, kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم pun mandi dan cuba untuk bangun tiba-tiba baginda pengsan. Kemudian baginda sedar dan bersabda: Adakah orang ramai telah salat?
(Al-Bukhari:687 dan Muslim:418)

Sekian tajuk ini. Mari kita lihat kepada rukun-rukun mandi dan perkara wajib.


 

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS KE-31☘️
==========================

1. Adakah mandi ihram dilakukan semasa hendak berangkat menunaikan umrah atau haji, kemudian mandi sekali lagi sebelum memasuki Mekah?

🔵 Mandi ihram dilakukan semasa berniat untuk memakai ihram di miqat. Miqat berada di luar Mekah. Apabila ingin memasuki Mekah, disunatkan mandi lagi.

2. Apakah yang dinamakan miqat?

🔵 Miqat adalah tempat untuk berniat ihram dan memakainya.

3. Adakah mandi di hari Jumaat adalah sunat atau wajib?

🔵 Kita sudah membincangkan pada kelas yang lepas, ianya khilaf. Pilihan kita adalah ianya wajib. Meskipun begitu, pendapat yang mengatakan ianya sunat juga ada hujah, tapi hujah mewajibkannya lebih kuat pada pandangan penulis kitab rujukan kita.

4. Bagaimanakah cara mandi ihram dan mandi sebelum memasuki Mekah? Adakah sama dengan mandi junub?

🔵 Ya. Akan diterangkan kemudian cara-cara mandinya.

5. Berdosakah jika isteri merasa berat hari atau kurang berkenan di dalam melayani suami di sebabkan penat atau mengantuk?

🔵 Ia menjadi berdosa apabila si suami itu tidak redha. Jika isteri menolak ajakan suami, lalu si suami redha atau tidak kisah, maka tidaklah berdosa. Ini berdasarkan riwayat berikut, Dari Abu Hurairah ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda:
” ﺇِﺫَﺍ ﺩَﻋَﺎ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﺍﻣْﺮَﺃَﺗَﻪُ ﺇِﻟَﻰ ﻓِﺮَﺍﺷِﻪِ ﻓَﺄَﺑَﺖْ، ﻓَﺒَﺎﺕَ ﻏَﻀْﺒَﺎﻥَ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ، ﻟَﻌَﻨَﺘْﻬَﺎ ﺍﻟْﻤَﻼَﺋِﻜَﺔُ ﺣَﺘَّﻰ ﺗُﺼْﺒِﺢَ
Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu si isteri enggan, lalu si suami tidur dalam keadaan marah kepadanya. Malaikat akan melaknatnya hingga Subuh. (Sahih Al-Bukhari no: 3237)

6. Apakah hukum seorang isteri jika suaminya tidak meredhai isterinya untuk berhijrah kepada yang baik?

🔵 Teruskan bersikap baik. Dalam hal kewajiban isteri terhadap Islam, adalah boleh tidak mematuhi suaminya.

7. Adakah isteri tetap berdosa jika suaminya redha atau tidak kisah apabila diajak untuk bersama? Berdasarkan riwayat berikut:
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ـ ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ـ ﻗَﺎﻝَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ” ﺇِﺫَﺍ ﺩَﻋَﺎ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﺍﻣْﺮَﺃَﺗَﻪُ ﺇِﻟَﻰ ﻓِﺮَﺍﺷِﻪِ ﻓَﺄَﺑَﺖْ، ﻓَﺒَﺎﺕَ ﻏَﻀْﺒَﺎﻥَ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ، ﻟَﻌَﻨَﺘْﻬَﺎ ﺍﻟْﻤَﻼَﺋِﻜَﺔُ ﺣَﺘَّﻰ ﺗُﺼْﺒِﺢَ
Abu Hurairah ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ berkata: Rasulullah ‎ﷺ bersabda: Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu si isteri enggan, lalu si suami tidur dalam keadaan marah kepadanya. Malaikat akan melaknatnya hingga Subuh. (Sahih Al-Bukhari no: 3237)

🔵 Jika suami redha, maka isteri tidak berdosa.

8. Jika seseorang memasuki kota Mekah pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat. Adakah perlu melakukan tiga kali mandi?

🔵 Mandi tersebut adalah sunat sahaja. Jika berat untuk melakukannya, maka boleh ditinggalkan.

9. Adakah penyakit darah istihadah tidak dapat diubati?

🔵 Ada pendapat mengatakan, mungkin mandi sebanyak tiga atau lima kali sehari sebagai salah satu rawatan untuk sakit istihadhah.

Selain itu, kena buat pemeriksaan di hospital. Sebab ia mungkin disebabkan masalah fizikal ataupun mental. Kalau fikiran sering terganggu pun boleh terkena penyakit seperti itu.

10. Bolehkah seorang makmum berdoa agak lama ketika sujud sedangkan imam telah pun berpindah rukun?

🔵 Menjadi seorang makmum tidak boleh hendak bersujud dalam masa yang lama kerana seorang makmum kena mengikut imam. Sekiranya imam sudah bangkit maka makmum kenalah bangkit. Macam kawad tentera. Kalau Komandan sudah bagi arahan untuk bergerak, maka kenalah bergerak.

Jika hendak berdoa lama di dalam sujud, bolehlah ketika menunaikan solat sunat. Buatlah selama mana yang mungkin.

11. Bagaimana pula jika seorang imam berdoa ketika sujud. Adakah imam itu perlu memberitahu kepada makmum sebelum menunaikan salat?

🔵 Imam boleh berdoa di dalam sujud dan menjadi seorang makmum kena ikut apa yang dilakukan oleh imam.
Tidak payah maklumkan hal itu kerana belum pernah lagi dibuat oleh orang.

Cuma apabila kita menjadi seorang imam, tidak dianjurkan menyeksa makmum. Mereka ada kerja, ada anak hendak diberi makan, dan mungkin sakit perut. Jika hendak berdoa lama di dalam salat, lakukan semasa salat sunat.

12. Adakah sah mandi junub sekiranya menggunakan air sabun dan syampu ketika mandi junub? Ada yang mengatakan tidak sah sebab takut air mutlak akan bercampur dengan air sabun dan shampu.

🔵 Sah. Yang mengatakan tidak sah itu kerana terbelit dengan perbincangan bab air iaitu jenis air musta’mal. Boleh rujuk semula nota kelas bab air musta’mal ini.

Allahu a’lam. Sekian.