H. Beberapa permasalahan berkenaan Haidh, Nifas dan Istihadah.

Tajuk:

🌸Hukum wanita nifas sama dengan hukum wanita haidh.

🌸Wanita haidh dan nifas mandi untuk ihram.

🌸Wanita boleh guna ubat tahan haidh selagi tidak mudharat.

🌸Wanita haidh boleh hadiri Eid dan dengar khutbah. Cuma jauhkan diri dari ruang salat.

🌸Suami boleh baca Qur’an di pangkuan isteri yang haidh.

🌸Wanita haidh boleh menyikat, cuci rambut suaminya.

🌸Boleh minum sisa minuman wanita haidh.

🌸 seorang wanita keguguran dan ada darah keluar, darah itu adalah darah nifas.

🌸Kalau keguguran, sama ada janin terbentuk atau tidak, dianggap sebagai nifas.

🌸Selagi tidak mendapati lendir putih pada hari-hari terakhir haidh, masih dikira sebagai dalam haidh lagi.

🌸Jika seorang wanita rasa sakit hendak haidh (PMS) tetapi tiada darah sebelum matahari terbenam, maka dia sempurnakan puasa dan tetap mengerjakan salat.

🌸Jikalau kitaran haidh tidak teratur, maka seorang wanita itu hendaklah melihat warna darahnya kerana darah haidh dikenali dari warnanya.

🌸Kaffarah bagi suami yang menyetubuhi isterinya dalam nifas sama seperti kaffarah bagi lelaki yang mendatangi isterinya dalam haidh.

🌸Jika titisan darah terus mengalir selama sebulan, maka dikira haidh hanya pada hari yang normal sahaja.

🌸️Jika seorang wanita turun darah pada jangkamasa yang dia biasa haidh, kemudian tidak keluar lagi hari berikutnya.

🌸Cairan merah atau kuning selain dari hari-hari biasa haidh dikira sebagai darah istihadah.

🌸Wanita tidak perlu risau cairan kotor yang keluar darinya selain dari kebiasaan waktu haidh.

🌸Jika seorang wanita bersalin secara pembedahan dan tiada darah yang keluar, maka hukum nifas tidak berlaku padanya.

Beberapa permasalahan berkenaan Haidh, Nifas dan Istihadah.

1. Hukum wanita nifas sama dengan hukum wanita haidh

Hukum wanita haidh dan nifas sama sahaja, tidak ada bezanya. Ini termasuk hal halal dan haram, solat dan puasa, dan apa perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.


2. Wanita haidh dan nifas mandi untuk ihram

Ketika seorang wanita yang sedang haidh atau nifas hendak mengerjakan haji dan melewati Miqat, maka dia harus mandi dan niat ihram seperti wanita yang suci daripada darah haidh atau nifas.

Namun begitu, dia harus menggunakan pembalut bagi memastikan tiada darah yang akan menitik di atas lantai. Setelah suci dia harus pergi ke Baitullah untuk mengerjakan tawaf dan sa’ie serta menggunting rambut. Maka ibadah umrahnya telah sempurna.

✍🏻Dalilnya:

“Sembilan tahun lamanya baginda menetap di Madinah, namun baginda belum haji. Kemudian baginda memberitahu bahawa tahun kesepuluh baginda akan naik haji. Kerana itu berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak mengikuti bersama-sama Rasulullah ﷺ untuk beramal seperti amalan baginda. Lalu kami berangkat bersama-sama dengan baginda. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma’ binti ‘Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Beliau bertanyakan kepada Rasulullah ﷺ apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu). Sabda Rasulullah ﷺ “Mandi dan pakai kain pembalut mu. Kemudian pakai pakaian ihram mu kembali.”
(Sahih Muslim, no. 1188)

Syarah:
Maknanya, dia terus juga masuk Ihram. Cuma yang tidak boleh dilakukan adalah tawaf dan solat sahaja. Maka kena tunggu habis darah nifas dan kemudian habiskan urusan umrah atau haji.


3. Wanita boleh guna ubat tahan haidh selagi tidak mudharat.

Sekarang terdapat ubat yang boleh diambil supaya haidh tertahan. Ini harus asalkan tidak membahayakan kesihatan. Maka kena dapatkan nasihat dari doktor.

Ini sesuai bagi kita yang bukan senang ada kesempatan untuk mengerjakan Umrah atau Haji. Maka kita gunakan kesempatan yang ada bila kita pergi. Rugi kalau sampai ke Tanah Suci tetapi tidak dapat sempurnakan ibadah Umrah/Haji.


4. Wanita haidh boleh hadiri Eid dan dengar khutbah. Cuma jauhkan diri dari ruang salat.

Wanita Muslimah sepatutnya tidak meninggalkan urusan Salat Eid.

✍🏻Ini berdasarkan hadis dari baginda:

Daripada Hafsah binti Sirin, seorang perempuan bertanya Nabi ﷺ: “Bolehkah kami (wanita) yang tidak memiliki jilbab, tidak keluar bersalat Eid?” Baginda menjawab: “Hendaklah sahabatnya memakaikannya jilbab yang dia miliki.” Apabila bertemu Ummu ‘Atiyyah, saya bertanya: “Pernahkah puan mendengar sendiri daripada Rasulullah ﷺ?” Beliau menjawab: “Saya pernah mendengar Baginda bersabda: “Hendaklah gadis remaja dan wanita yang haidh keluar (ke musolla) menyaksikan kebaikan dan doa orang beriman. Wanita haidh hendaklah berada jauh dari tempat salat.”
(Riwayat Imam Muslim no. 1475 di dalam sahihnya, begitu juga Imam Bukhari no. 313 dengan lafaz yang hampir sama, Abu Daud dan lain-lain).

Syarah:
Kalau tidak ada pakaian yang sesuai baginda menyuruh pinjam supaya dapat pergi mendengar khutbah Eid disampaikan. Namun, malangnya zaman sekarang, wanita sibuk dengan kuih muih dan persediaan raya sahaja. Amat malang sekali.

Maksud hadis ini, kalau haidh pun boleh pergi ke musolla. Musolla adalah tempat salat yang diadakan di kawasan lapang. Mereka boleh duduk di tepian supaya dapat mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib selepas Salat Eid.


5. Suami boleh baca Qur’an di pangkuan isteri yang haidh

Isteri yang di dalam haidh tidak najis, maka boleh bersentuhan dengan mereka dan malah boleh membaca Qur’an di pangkuan isteri yang dalam haidh.

✍🏻Dalilnya:

`Aisyah berkata, “Nabi Muhammad ﷺ bersandar di pangkuan aku, padahal aku sedang haidh, kemudian beliau membaca Qur’an.”
(Sahih Bukhari, no. 168. Kitab Haidh).

Syarah:
Maka boleh membaca Qur’an di pangkuan isteri yang di dalam haidh seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Ini menunjukkan kemesraan baginda dengan para isterinya. Oleh sebab itulah masa senggang bersantai sepatutnya dengan isteri, bukan dengan kawan-kawan di kedai mamak.


6. Wanita haidh boleh menyikat, cuci rambut suaminya.

Wanita dalam haidh boleh menyentuh suami dan berkhidmat untuk suami. Contohnya mandikan suami, memotong kuku suami, menyikat rambut suami dan lain-lain. Ini semua tidak mengapa.

Dalilnya:

✍🏻 Urwah رضي الله عنه pernah ditanya orang, “Bolehkah wanita haidh melayaniku dan bolehkah wanita junub mendekatiku?” Urwah berkata, “Semuanya boleh bagiku, semuanya boleh melayaniku, dan tiada celanya. ‘Aisyah telah menceritakan kepadaku bahawa dia pernah menyisir rambut Rasulullah ﷺ ketika beliau sedang haidh, padahal ketika itu Rasulullah ﷺ sedang i’tikaf di masjid; baginda mendekatkan kepalanya kepadanya (`Aisyah) dan beliau (`Aisyah) ada di dalam kamarnya, lalu dia menyisir baginda, padahal beliau sedang haidh.

(Sahih Muslim no. 446)

Syarah:
Para isteri Rasulullah ﷺ berkhidmat untuk baginda. Setiap hari baginda akan bertemu dengan isterinya dan mereka akan bermesra dengan baginda. Bukanlah mubasharah sahaja, tetapi dalam perkara-perkara lain seperti memotong kuku dan menyikat rambut.

📍Bilakah kali terakhir anda membuat perkara ini untuk suami anda?


7. Boleh minum sisa minuman wanita haidh

Wanita haidh bukan najis dan sisa mereka tidak menjadi najis. Kita mungkin berasa pelik tentang hal ini, tetapi orang Yahudi suatu ketika dahulu menganggap wanita haidh itu kotor dan tidak boleh duduk makan sekali dengan orang lain. Maka jangan orang Islam pun termakan dengan fahaman sebegitu hendaknya. Wanita haidh itu suci, yang tidak suci hanyalah darahnya sahaja.

Dalilnya:

✍🏻Dari `Aisyah, beliau berkata: “Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haidh, lalu Nabi ﷺ mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu baginda minum.”
(HR Abdurrazzaq dan Said bin Mansur, dan riwayat lain yang senada dari Sahih Muslim no.453)

Syarah:
Ini menunjukkan kemesraan baginda dengan para isterinya. Baginda selalu minum dari bekas mulut isteri baginda. Walaupun isteri baginda dalam haidh, baginda tetap terus melakukannya. Ini dalil yang wanita haidh tidak dalam najis.


8. Kalau keguguran, darah yang keluar dianggap sebagai nifas.

Kalau keguguran dan ada darah yang turun, maka darah itu dianggap nifas. Maka hendaklah berhenti dari salat dan puasa dan larangan-larangan lain yang sama dengan haidh.

Namun, umur janin itu menjadi khilaf di kalangan ulama’. Maka secara umumnya, ada tiga peringkat janin dilihat dari umur janin berdasarkan nasihat doktor.

📌Hukum sama ada darah itu adalah nifas atau tidak bergantung kepada umur janin itu.

1. Sampai 80 hari. Sepakat ulama’ mengatakan yang darah yang keluar itu adalah istihadah. Maka dikehendaki salat dan puasa.

2. 80 sampai 120 hari. Ulama’ khilaf. Ada ulama’ yang berkata darah yang keluar itu adalah darah nifas. Dan ada yang berkata harus dilihat bentuk janin sama ada sudah berbentuk manusia atau belum. Pendapat yang rajih, tidak kisah sama ada sudah ada bentuk atau tidak, ia adalah darah nifas.

3. 121 hari dan seterusnya. Sepakat ulama’ berkata bahawa darah yang keluar adalah darah nifas. Maka hendaklah berhenti dari salat dan puasa.


9. Selagi tidak mendapati lendir putih pada hari-hari terakhir haidh, masih dikira sebagai dalam haidh lagi.

Tanda haidh telah berhenti itu adalah apabila keluar lendir putih dari tempat keluar darah. Ini adalah sebagai tanda haidh telah berhenti.


10. Jika seorang wanita rasa sakit hendak haidh (PMS) tetapi tiada darah sebelum matahari terbenam, maka dia sempurnakan puasa dan tetap mengerjakan salat.

Sakit hendak datang haidh bukanlah bermaksud sudah haidh. Tanda datang haidh adalah apabila turunnya darah yang menepati ciri-ciri darah haidh.


11. Jikalau kitaran haidh tidak teratur, maka seorang wanita itu hendaklah melihat warna darahnya kerana darah haidh dikenali dari warnanya.

Ada wanita yang kitaran haidhnya tidak tetap. Maka bagi mereka ini haruslah melihat kepada sifat darah yang turun. Haruslah mengenali bagaimana rupa darah haidh iaitu darahnya yang berwarna kehitaman.


12. Kaffarah bagi suami yang menyetubuhi isterinya dalam nifas sama seperti kaffarah bagi lelaki yang mendatangi isterinya dalam haidh

✍🏻Ini berdasarkan hadis yang kita telah sampaikan, berdasarkan hadis Ibn Abbas رضي الله عنهما :

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haidh, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.
(Sunan Abu Daud no.1854, Al-Hakim mensahihkannya).

Syarah:
Kita telah jelaskan yang hukum bagi nifas sama sahaja dengan hukum bagi haidh.


13. Jika titisan darah terus mengalir selama sebulan, maka dikira haidh hanya pada hari yang normal sahaja.

Ini berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa haidh itu hanya dalam hari-hari yang normal sahaja. Kalau di luar dari itu, ia dikira darah istihadah.

Ulama’ fiqh telah memudahkan perkara ini dengan memberi pendapat iaitu jangka haidh yang maksima adalah selama 15 hari sahaja. Kalau dia keluar darah selama sebulan, tidak mungkin dia tidak salat selama sebulan pula.


14. Jika seorang wanita turun darah pada jangkamasa yang dia biasa haidh, kemudian tidak keluar lagi hari berikutnya.

Bagi wanita yang sama kitaran haidhnya, dia berpegang kepada bilangan hari yang normal. Ini adalah kerana itulah kebiasaan baginya.


15. Cairan merah atau kuning selain dari hari-hari biasa haidh dikira sebagai darah istihadah.

Kalau darah keluar luar dari kebiasaan masa haidh wanita itu, dan warna pun bukan kehitaman, maka ia tidak dikira sebagai haidh tetapi dikira sebagai darah istihadah sahaja. Maka hendaklah salat dan berpuasa seperti biasa.


16. Wanita tidak perlu risau cairan kotor yang keluar darinya selain dari kebiasaan waktu haidh.

Kalau keluar apa-apa cairan yang di luar dari kebiasaan kitaran haidhnya, maka wanita tidak perlu risau tentang cairan itu. Terus sahaja anggap ia sebagai darah istihadah kalau ia merah ataupun kekuningan.


17. Jika seorang wanita bersalin secara pembedahan dan tiada darah yang keluar, maka hukum nifas tidak berlaku padanya.

Nifas hanya berlaku kalau ada darah. Kalau tidak ada darah, maka tiada hukum nifas bagi wanita itu.

 

Sekian bab Taharah, kita masuk ke Bab Solat pula.


☘️SESI SOAL JAWAB☘️
===================

1. Adakah perempuan yang beranak secara pembedahan tidak keluar darah nifas?

🔵 Bergantung kepada individu tertentu. Memang ada. Mungkin ada yang tidak ada. Biasanya ada tetapi tidak banyak.

2. Jika wanita tersebut tiada keluar darah nifas. Adakah perlu salat seperti biasa?

🔵 Ya.

3. Bagaimana pula dengan wanita yang keluar darah nifas sedikit sahaja. Adakah tetap perlu salat dan berpuasa seperti biasa?

🔵 kalau keluar sahaja darah sedikit ataupun banyak tetap dikira sebagai nifas. Tidak boleh salat.

4. Adakah wanita hamil yang keluar darah perlu mandi hadas besar dahulu baru boleh menunaikan salat?

🔵 Ia bukan darah haidh, jadi tidak wajib mandi haidh. Cukup bersihkan dan mengambil air wudhu’. Sunat untuk mandi.

5. Adakah salah jika seorang wanita masuk ke dalam masjid dalam keadaan belum mandi hadas besar sedangkan mungkin haidhnya telah berhenti?

🔵 Tidak salah. Wanita haidh boleh masuk ke dalam masjid.

Cuma memang mazhab Syafi’iy tidak membenarkan.

Tetapi pandangan yang lebih kuat pada saya adalah boleh wanita haidh masuk ke dalam masjid asalkan tidak mengotori masjid.

6. Pandangan daripada mazhab manakah yang membolehkan wanita haidh masuk ke dalam masjid?

🔵 Inilah pandangan imam Bukhari. Beliau membawakan hadis Nabi menyuruh seorang wanita tinggal dalam masjid.

Dalam Shahih A-Bukhari, Kitab Al-Salat, Bab wanita yang tidur di dalam masjid. Hadis no: 439, terdapat hadis berikut daripada ‘Aisyah رضي الله عنها :

أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنْ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ.

قَالَتْ: فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ.

قَالَتْ: فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ.

قَالَتْ: فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ. قَالَتْ: فَاتَّهَمُونِي بِهِ.

قَالَتْ: فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا.

قَالَتْ: وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتْ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ.

قَالَتْ: فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ.

قَالَتْ: فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ.

قَالَتْ: فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ.

قَالَتْ عَائِشَةُ: فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ.

قَالَتْ: فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي.

قَالَتْ: فَلاَ تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلاَّ قَالَتْ: وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلاَ إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي.

قَالَتْ عَائِشَةُ: فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلاَّ قُلْتِ هَذَا؟

قَالَتْ: فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ.

Terdapat seorang hamba wanita yang berkulit hitam milik satu kaum bangsa Arab yang mereka bebaskan dan dia tinggal bersama mereka.

Hamba itu berkata:
Suatu ketika, anak perempuan mereka keluar dengan memakai selendang merah yang dibuat daripada kulit dan dihiasi dengan batu permata.

Dia meletakkannya, atau terjatuh, sehingga terbanglah seekor burung sedangkan selendang tersebut terletak di atas tanah.

Burung itu menganggap selendang tersebut adalah seketul daging lalu ia menyambarnya.
Lalu (kemudian) mereka mencari selendang tersebut namun tidak menemuinya. Akhirnya mereka menuduh aku yang mengambilnya.

Mereka mula mencarinya sehingga memeriksa kemaluannya.[1] Demi Allah! Sungguh aku masih berdiri di kalangan mereka
sehingga tiba-tiba terbanglah burung itu dan melemparkan selendang tersebut. Selendang tersebut jatuh tepat di antara mereka.

Lalu aku berkata: “Inilah selendang yang kalian tuduh aku mengambilnya padahal aku bersih dari semua tuduhan itu dan inilah selendang tersebut.”
Maka aku datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan masuk Islam.

‘Aisyah berkata: Sejak itu dia mendapat tempat tinggal berupa khemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid. Hamba itu biasa mendatangiku dan berbicara denganku. Dia tidak pernah duduk di hadapanku melainkan berkata:

“Dan hari selendang itu di antara keajaiban Tuhan kami, Ketahuilah! Dari negeri kafir Dia menyelamatkann aku.”
‘Aisyah berkata: Aku bertanya kepada dia, kenapa kamu tidak sekali pun duduk bersamaku kecuali mengucapkan sedemikian?

Maka dia pun menceritakan kepadaku kisah di atas.

7. Bolehkah orang yang kencing tidak lawas melakukan salat sunat sebelum salat fardhu?

🔵 Boleh.

8. Adakah maksudnya dia tidak perlu perbaharui wudhu’ baru selepas menunaikan salat sunat sebelum menunaikan salat fardhu?

🔵 Kena perbaharui antara salat fardhu.

 

Sekian bab Taharah, kita masuk ke Bab Solat pula.

G. Wanita hamil yang melihat darah keluar.

Sepatutnya wanita yang telah hamil tidak mengeluarkan darah lagi tetapi ada kalanya ini terjadi juga. Bagaimanakah hukumnya? Adakah itu haidh atau istihadah? Ulama’ khilaf di dalam hal ini.

Dalam Mazhab Asy-Syafi’iy, wanita hamil masih tetap boleh mengeluarkan darah haidh kalau kena syaratnya (dalam masa yang biasa datang haidh dan ciri-ciri darah itu adalah ciri-ciri darah haidh).

Namun, yang rajihnya, wanita hamil sebenarnya tidak ada haidh dan ini disokong oleh hadis ini.

✍🏻Tentang tawanan perang wanita,
لا توطأ حامل حتى تضع، ولا حائل حتى تستبرأ بحيضة

Budak wanita yang hamil tidak boleh disetubuhi sampai melahirkan, dan budak wanita yang tidak hamil, tidak boleh disetubuhi sampai mengalami haidh sekali.

(Sunan Abu Dawud no. 1844).

✍🏻Lalu Ibnu Qudamah menyimpulkan:

والحامل لا تحيض، فإن رأت دمًا، فهو دم فاسد
Wanita hamil tidak mengalami haidh. Jika dia melihat darah, maka itu darah kerana sakit (darah istihadah).
(al-Kafi fi Fiqhil Hanbali, 1/133).

📍Maka, kalau wanita hamil keluar darah, itu bukanlah darah haidh. Oleh itu, wanita hamil itu tetap kena solat dan puasa.

Akhir sekali, mari kita lihat apakah perbincangan tentang praktikal haidh, nifas dan istihadhah.

F. Jamak Shuri bagi wanita yang Istihadah

Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar Jamak Shuri ini. ‘Jamak Shuri’ ini dari kalimah Shurah (rupa). Jadi ia bermaksud: ia berupa nampak seperti ‘Jamak’ tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana ia adalah ‘pakej’ salat Hujung Zuhur dan Awal Asar; dan Hujung Maghrib dan Awal Isyak.

Maksudnya, kalau kita sudah tahu waktu salat Asar masuk jam 4:15, maka, kita salat Zuhur sekitar jam 4:10. Iaitu masih lagi waktu Zuhur. Tidak mengapa kalau dalam solat itu termasuk dalam waktu Asar. Selepas salam untuk salat Zuhur, terus sahaja masuk salat Asar kerana ketika itu waktu Asar telah masuk.

Kelebihan Jamak Shuri ini adalah sekali sahaja wudhu’ untuk dua salat.

✍🏻Dalil bagi perbuatan ini adalah hadis yang sebelum ini kita telah berikan:
Jikalah engkau masih mampu maka hendaknya engkau mengakhiri salat Zuhur dan menyegerakan salat Asar lalu engkau mandi dan menjama’ antara dua salat iaitu Zuhur dan Asar, dan engkau mengakhirkan Maghrib dan menyegerakan Isyak kemudian engkau mandi dan menjama’ antara dua salat iaitu Maghrib dan Isyak, maka tunaikanlah.
[HR Abu Daud: 287, At-Tirmizi: 128, Ibnu Majah: 627 dan Ahmad: VI/ 381-382, 439, 439-440. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Hasan].

Adakah wanita hamil yang keluar darah mengalami haidh?


🍀SESI SOAL JAWAB ☘️
====================

1. Adakah wanita yang istihadah hanya berwudhu’ sahaja tanpa perlu mandi wajib setiap kali hendak salat?

🔵 Ya, berwudhu’ adalah wajib, tetapi mandi adalah sunat.

2. Jika seseorang berwudhu’ kemudian salat di awal waktu Maghrib, adakah boleh gunakan wudhu’ yang sama kemudian teruskan dengan salat Isyak?

🔵 Jika salat Maghrib di awal waktu, maka apabila salat Isyak, perlu memperbaharui wudhu’nya.

Jika salat Maghrib di akhir waktu, boleh disekalikan dengan salat Isyak di awal waktu (jama’ shuri).

3. Adakah wanita yang beranak dengan kaedah pembedahan tidak mengeluarkan nifas?

🔵 Ia bergantung. Kebiasaannya ada tetapi tidak banyak.

4. Adakah wanita bersalin secara pembedahan perlu berpuasa dan salat seperti biasa jika darahnya keluar sedikit sahaja?

🔵 Jika keluar sahaja darah sedikit atau banyak dikira nifas. Tidak boleh salat dan berpuasa.

5. Adakah wanita hamil yang keluar darah perlu mandi wajib dahulu sebelum salat?

🔵 Ia bukan darah haidh, maka tiada kewajiban mandi wajib. Cukup sekadar membersihkan dan berwudhu’. Sunat untuk mandi.

E. Bagaimana kalau seorang wanita suci setelah waktu Asar atau Isyak?

✍🏻Kata Imam An-Nawawi رحمه الله: “Yang sahih di sisi kami (Mazhab Asy-Syafi’iy) bahawa mereka yang uzur, wajib untuk melaksanakan salat Zuhur jika dia sempat melaksanakan apa yang wajib dengannya dalam salat Asar (apabila hilang uzurnya). Inilah pendapat Abdurrahman bin Auf, Ibn Abbas, ahli fiqh Madinah yang tujuh, Ahmad, dan selain mereka. Manakala kata al-Hasan, Qatadah, Hammad, al-Thauri, Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib ke atas orang itu.”
[Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/66)]

Maksudnya, kalau seorang wanita telah perasan yang dia telah suci dari haidh pada waktu Asar, maka wanita itu wajib salat Asar dan qadha’ Zuhur sekali. Dan kalau dia suci pada waktu Isyak, maka dia wajib salat Isyak dan qadha’ salat Maghrib sekali.

Ini adalah kerana waktu Zuhur dipasangkan dengan waktu Asar dalam jama’, begitu juga waktu Maghrib dipasangkan dengan waktu Isyak dalam jama’.

Apakah Jamak Shuri dan apa kaitannya dengan mereka yang dalam istihadah?


🍀SESI SOAL JAWAB ☘️
===================

1. Adakah wanita yang istihadah hanya berwudhu’ sahaja tanpa perlu mandi wajib setiap kali hendak salat?

🔵 Ya, berwudhu’ adalah wajib, tetapi mandi adalah sunat.

2. Jika seseorang berwudhu’ kemudian salat di awal waktu Maghrib, adakah boleh gunakan wudhu’ yang sama kemudian teruskan dengan salat Isyak?

🔵 Jika salat Maghrib di awal waktu, maka apabila salat Isyak, perlu memperbaharui wudhu’nya.

Jika salat Maghrib di akhir waktu, boleh disekalikan dengan salat Isyak di awal waktu (jama’ shuri).

3. Adakah wanita yang beranak dengan kaedah pembedahan tidak mengeluarkan nifas?

🔵 Ia bergantung. Kebiasaannya ada tetapi tidak banyak.

4. Adakah wanita bersalin secara pembedahan perlu berpuasa dan salat seperti biasa jika darahnya keluar sedikit sahaja?

🔵 Jika keluar sahaja darah sikit atau banyak dikira nifas. Tidak boleh salat dan berpuasa.

5. Adakah wanita hamil yang keluar darah perlu mandi wajib dahulu sebelum salat?

🔵 Ia bukan darah haidh, maka tiada kewajiban mandi wajib. Cukup sekadar membersihkan dan berwudhu’. Sunat untuk mandi.

D. Wanita Haidh dan Nifas harus qadha’ puasa, namun tidak qadha’ Solat.

✍🏻Ini jelas disebut dalam hadis:

عَنْ مُعَاذَةَ قَالَتْ سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ مَا بَالُ الْحَائِضِ تَقْضِي الصَّوْمَ وَلَا تَقْضِي الصَّلَاةَ فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ قُلْتُ لَسْتُ بِحَرُورِيَّةٍ وَلَكِنِّي أَسْأَلُ قَالَتْ كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلَا نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلَاةِ — رواه مسلم

“Dari Mu’adzah dia berkata, saya pernah bertanya kepada A’isyah رضي الله عنها kemudian aku berkata kepadanya, bagaimana orang yang haidh itu harus mengqadha’ puasa tetapi tidak wajib mengqadha’ salat. Lantas dia (‘Aisyah) bertanya kepadaku, apakah kamu termasuk orang haruriyyah? Aku pun menjawab, aku bukan orang haruriyyah tetapi aku hanya bertanya. ‘Aisyah pun lantas berkata, bahawa hal itu (haidh) kami alami kemudian kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa tetapi tidak diperintahkan untuk mengqadha’ salat”.
(Sahih Muslim no. 508)

Syarah:
Maksud haruriyyah itu orang dari kampung Harura`, dinisbatkan kepada nama daerah di pinggir kota Kufah yang menjadi tempat berkumpulnya generasi awal kaum khawarij. Kemudian istilah haruriy atau haruriyyah menjadi terkenal sehingga digunakan untuk merujuk setiap orang khawarij. Di antara contoh penggunaannya adalah pertanyaan ‘Aisyah رضي الله عنها di atas kepada Mu’adzah. Kenapa ‘Aisyah bertanya begitu, kerana menurut golongan khawarij, orang yang haidh itu wajib mengqadha’ salat yang ditinggalkan pada saat mengalami haid. Mereka hanya menggunakan akal mereka sahaja.

Ini juga adalah salah satu dari hujah untuk mengatakan yang hukum agama Islam ini bukanlah boleh ditentukan oleh akal. Kalau kita gunakan akal, tentulah salat itu mestilah diqadha’. Ini adalah kerana salat itu lagi besar ibadahnya dari puasa. Tetapi tidak begitu kerana hukum agama menggunakan dalil. Dan dalil mengatakan kalau puasa wajib diqadha’ tetapi salat tidak wajib diqadha’ oleh wanita yang mengalami haidh atau nifas.

Bagaimana kalau suci dari haidh/nifas pada waktu Asar atau Isya’?

C. Hukum-hukum Istihadhah

Tajuk

🌼Boleh melakukan seks walaupun darah istihadah masih keluar.

🌼Hendaklah menjaga dirinya dari darah istihadah.

🌼Berwudhu’ hanya setelah masuk waktu salat.

🌼Mandi wajib sekali sahaja ketika darah haidh berhenti.

🌼Wajib berwudhu’ setiap kali mengerjakan solat.

🌼Wanita yang istihadah sama seperti wanita yang dalam keadaan suci.

Hukum-hukum Istihadah

1. Boleh melakukan seks walaupun darah istihadah masih keluar

Seorang isteri boleh berhubungan badan dengan suaminya kalau dalam istihadah. Ini kerana pada dasarnya, isteri itu dalam keadaan suci. Kalau dalam istihadah pun boleh salat, maka tentu boleh juga berhubungan badan. Ini adalah pendapat jumhur.

✍🏻Ini berdasarkan satu riwayat, “Bahawa Hamnah bint jahsy رضي الله عنها sedang dalam keadaan istihadah sedangkan suaminya (Tholhah bin ‘Ubed رضي الله عنه) menyetubuhinya.
[Sunan Abu Dawud no. 303]

✍🏻Dalam riwayat lain, “Bahawa Ummu Habibah رضي الله عنها ketika sedang istihadah dan suaminya (Abdurrahman bin Auf رضي الله عنه) menyetubuhinya. Lalu keduanya bertanya tentang HUKUM WANITA YANG ISTIHADAH kepada Rasulullah ﷺ. Maka jika persetubuhan itu adalah “HARAM”, nescaya nabi ﷺ sudah menjelaskan kepada keduanya.
[Sunan Abu Dawud no. 302]


2. Hendaklah menjaga dirinya dari darah istihadah

Sebelum mengambil wudhu’ untuk salat, hendaklah dibersihkan darah istihadah itu. Dan kemudian diletakkan kapas atau kain pada kemaluan untuk mengurangkan turunnya darah itu. Kalau zaman sekarang, bolehlah memakai tuala wanita.


3. Berwudhu’ hanya setelah masuk waktu salat

Wanita dalam istihadah boleh salat. Cuma untuk salat, wudhu’ baginya diambil hanya apabila sudah masuk waktu salat dan selepas wudhu’ dia terus sahaja salat.


4. Mandi wajib sekali sahaja ketika darah haidh berhenti.

Dia tidak wajib mandi untuk salat, hanya perlu wudhu’ sahaja untuk salat. Wanita istihadah hanya perlu mandi sekali sahaja iaitu apabila darah haidh berhenti.

Tetapi memang sunat dan digalakkan untuk mandi setiap kali untuk solat. Malah ada pendapat yang mengatakan ini adalah sebagai penyembuh kepada penyakit darahnya itu (dengan selalu mandi dapat membetulkan urat wanita itu).


5. Wajib berwudhu’ setiap kali mengerjakan salat.

Diwajibkan untuk wudhu’ setiap kali untuk salat.

✍🏻Ini berdasarkan hadis Nabi ﷺ yang berkata kepada Fatimah binti Abu Hubaisy رضي الله عنها:

إِذَا كَانَ دَمُ الحَيْضَةِ فَإِنَّهُ أَسْوَدُ يُعْرَفُ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ فَأَمْسِكِيْ عَن الصَّلاَةِ، فَإِذَا كَانَ الآخَرُ فَتَوَضَّئِيْ وَصَلِّيْ فَإِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ … رواه أبو داود والنسائي وصححه ابن حبان والحاكم

“Darah haidh iaitu apabila berwarna hitam yang dapat diketahui, maka tinggalkan salat, tetapi jika selain itu cirinya maka berwudhu’lah dan lakukan salat kerana itu adalah darah penyakit.”
[Sunan Abu Dawud no. 261, An-Nasa’i no. 216 dan dinyatakan sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim].


6. Wanita yang istihadah sama seperti wanita yang dalam keadaan suci

Wanita dalam istihadah sama sahaja dengan wanita suci yang lain: boleh salat, puasa, baca Qur’an, berhubungan badan dengan suami dan lain-lain lagi.

Adakah wanita dalam haidh perlu qadha puasa dan salatnya?

B. Beberapa Keadaan Wanita Istihadhah

Tajuk:
🌸 Wanita yang tahu masa haidh (sebelum istihadhah).

🌸 Wanita yang tidak tahu lamanya masa haidh (sebelum istihadhah).

🌸 Tidak tahu lamanya masa haidh, tetapi dapat bezakan antara darah haidh dan istihadhah.

Untuk mengetahui bilangan hari istihadhah, maka ada beberapa jenis keadaan yang perlu diberi perhatian.


1. Wanita yang mengetahui masa haidh (sebelum sakit)

Bagi wanita yang tahu kebiasaan hari haidhnya, maka dia menggunakan kiraan itu sebagai tanda aras baginya. Selain dari hari-hari itu, maka ia dikira sebagai istihadhah sahaja.

Sebagai contoh, kebiasaan bilangan hari haidh bagi Fatimah adalah 6 hari. Lalu kalau dia didatangi darah pada hari yang ke 7 dan seterusnya, itu dikira sebagai istihadhah. Dia patut mandi pada akhir hari ke 6 dan dikira sudah suci.

✍🏻Dalilnya:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ قَالَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لاَ أَطْهُرُ، أَفَأَدَعُ الصَّلاَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِالْحَيْضَةِ، فَإِذَا أَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَاتْرُكِي الصَّلاَةَ، فَإِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّي ‏”‌‏.‏

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah, bahawa dia berkata, “Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Wahai Rasulullah, aku dalam keadaan tidak suci. Apakah aku boleh meninggalkan salat?” Rasulullah ﷺ lalu menjawab: “Sesungguhnya itu adalah darah penyakit dan bukan darah haidh. Jika haidh kamu datang maka tinggalkanlah salat, dan jika telah berlalu masa-masa haidh, maka bersihkanlah darah darimu lalu salatlah.”

(HR Bukhari: 295)

Syarah:
Maksud ‘darah penyakit’ itu adalah istihadhah. Dari hadis ini mengajar wanita yang mereka tinggalkan salat dan puasa pada ketika masa-masa haidh yang biasa sahaja. Luar dari itu, kenalah mandi dan salat seperti biasa.


2. Tidak mengetahui lamanya masa haidh (sebelum sakit)

Ada juga para wanita yang tidak tahu berapakah bilangan kebiasaan haidhnya. Mungkin kerana dari mula dia datang haidh sudah ada darah istihadah lagi. Dalam keadaan ini, maka jangka haidhnya adalah 6 atau 7 hari mengikut kebiasaan wanita pada zamannya.

✍🏻Dalil bagi pegangan ini adalah berdasarkan hadis ini:

عن حمنة بنت جحش قَالَتْ: كُنْتُ أُسْتُحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً فَأَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم أَسْتَفْتِيْهِ وَ أُخْبِرُهُ فَوَجَدْتُهُ فىِ بَيْتِ أُخْتىِ زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنيِّ امْرَأَةٌ أُسْتُحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً فَمَا تَرَى فِيْهَا قَدْ مَنَعَتْنىِ الصَّلاَةُ وَ الصَّوْمُ؟ فَقَالَ: أَنْعَتُ لَكِ اْلكُرْسُفَ فَإِنَّهُ يُذْهِبُ الدَّمَ قَالَتْ: هُوَ أَكْثَرُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ: فَاتَّخِذِيْ ثَوْبًا فَقَالَتْ: هُوَ أَكْثَرُ مِنْ ذَلِكَ إِنمَّاَ أَثُجُّ ثَجًّا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم : سَآمُرُكِ بِأَمْرَيْنِ أَيَّهُمَا فَعَلْتِ أَجْزَأَ عَنْكِ مِنَ اْلآخَرِ وَ إِنْ قَوِيْتِ عَلَيْهِمَا فَأَنْتِ أَعْلَمُ فَقَالَ لَهَا: إِنمَّاَ هَذِهِ رَكْضَةٌ مِنْ رَكَضَاتِ الشَّيْطَانِ فَتَحَيَّضِيْ سِتَّةَ أَيَّامٍ أَوْ سَبْعَةَ أَيَّامٍ فىِ عِلْمِ اللهِ ثُمَّ اغْتَسِلِيْ حَتىَّ إِذَا رَأَيْتِ أَنَّكِ قَدْ طَهُرْتِ وَ اسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّي ثَلاَثًا وَ عِشْرِيْنَ لَيْلَةً أَوْ أَرْبَعًا وَ عِشْرِيْنِ لَيْلَةً وَ أَيَّامَهَا وَ صُوْمِيْ فَإِنَّ ذَلِكَ يُجْزِيْكَ وَ كَذَلِكَ فَافْعَلِيْ كُلَّ شَهْرٍ كَمَا َتحِيْضُ النِّسَاءُ وَ كَمَا يَطْهُرْنَ مِيْقَاتَ حَيْضِهِنَّ وَ طُهْرِهِنَّ وَ إِنْ قَوِيْتِ عَلَى أَنْ تُؤَخِّرِي الظُّهْرَ وَ تُعَجِّلَ اْلعَصْرَ فَتَغْتَسِلِيْنَ وَ تَجْمَعِيْنَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ الظُّهْرِ وَ اْلعَصْرِ وَ تُؤَخِّرِيْنَ اْلمـَغْرِبَ وَ تُعَجِّلِيْنَ اْلعِشَاءَ ثُمَّ تَغْتَسِلِيْنَ وَ تَجْمَعِيْنَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ فَافْعَلِيْ وَ تَغْتَسِلِيْنَ مَعَ اْلفَجْرِ فَافْعَلِيْ وَ صُوْمِيْ إِنْ قَدِرْتِ عَلَى ذَلِكَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هَذَا أَعْجَبُ اْلأَمْرَيْنِ إِلَيَّ

Dari Hamnah binti Jahsyi berkata, “Aku pernah mengalami istihadhah yang deras sekali, lalu aku mendatangi Rasulullah ﷺ untuk meminta fatwa kepadanya. Aku mendapatkan berita tentangnya lalu aku menjumpai baginda di rumah saudariku Zainab binti Jahsyi. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengalami istihadhah yang deras sekali, bagaimana pendapatmu, apakah ia mencegahku dari salat dan puasa?”. Baginda menjawab, “Aku akan terangkan kepadamu, kain kapas (yang engkau lekatkan pada farji) dapat menghilangkan (atau menyerap) darah”. Hamnah berkata, “Darahku lebih banyak dari itu”. Nabi ﷺ menjawab, “Ambillah kain”. Hamnah berkata lagi, ”Darahku lebih banyak lagi dari itu kerana ia adalah darah yang mengalir”. Maka bersabdalah Rasulullah ﷺ, ”Aku akan perintahkan kepadamu dua hal, manapun yang engkau kerjakan nescaya mencukupimu dari yang lain, tetapi jikalau engkau mampu keduanya engkaulah yang lebih tahu”. Baginda bersabda kepadanya, ”Itu hanyalah satu gangguan dari beberapa gangguan syaitan, maka berhaidhlah engkau enam atau tujuh hari di dalam ilmu Allah kemudian mandilah sehingga apabila engkau lihat (atau yakin) bahawa engkau telah suci dan telah sampai masa suci maka salatlah selama dua puluh tiga atau dua puluh empat hari dan puasalah.

Maka sesungguhnya yang demikian itu cukup bagimu dan demikian pula hendaknya engkau lakukan setiap bulan sebagaimana perempuan haidh dan suci pada waktu haidh dan sucinya mereka. Jikalah engkau masih mampu maka hendaknya engkau mengakhiri salat Zuhur dan menyegerakan salat Asar lalu engkau mandi dan menjama’ antara dua salat iaitu Zuhur dan Asar, dan engkau mengakhirkan Maghrib dan menyegerakan Isyak kemudian engkau mandi dan menjama’ antara dua salat iaitu Maghrib dan Isyak, maka tunaikanlah. Engkau mandi bersama salat fajar maka tunaikanlah dan berpuasalah jika engkau mampu”. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda, ”Cara yang terakhir inilah yang lebih aku sukai.”.
[HR Abu Daud: 287, At-Tirmizi: 128, Ibnu Majah: 627 dan Ahmad: VI/ 381-382, 439, 439-440. Berkata Asy-Syaikh Al-Albani: Hasan].

Syarah:
Wanita dalam hadis ini baru mengalami haidh dan tidak tahu kebiasaan haidh baginya. Kerana itu Rasulullah ﷺ memberitahu yang dia hendaklah mengikut kebiasaan wanita pada zamannya.


3. Tidak mengetahui lama masa haidh, tetapi dapat membezakan antara darah haidh dan istihadah.

Mungkin ada wanita yang tidak ada masa yang normal bagi haidhnya, tetapi dia dapat membezakan di antara warna darah haidh dan istihadah. Maka dia haruslah mengikut warna yang keluar itu. Kalau warna haidh, maka dia haruslah meninggalkan puasa dan salat. Ini berdasarkan hadis.

✍🏻Nabi ﷺ berkata kepada Fatimah binti Abu Hubaisy:

إِذَا كَانَ دَمُ الحَيْضَةِ فَإِنَّهُ أَسْوَدُ يُعْرَفُ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ فَأَمْسِكِيْ عَن الصَّلاَةِ، فَإِذَا كَانَ الآخَرُ فَتَوَضَّئِيْ وَصَلِّيْ فَإِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ … رواه أبو داود والنسائي وصححه ابن حبان والحاكم

“Darah haidh iaitu apabila berwarna hitam yang dapat diketahui, maka tinggalkan salat, tetapi jika selain itu cirinya maka berwudhu’lah dan lakukan salat kerana itu adalah darah penyakit.”
(Sunan Abu Daud no. 247, An-Nasa’i dan dinyatakan sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim).

Mari kita lihat beberapa hukum yang terlibat dalam istihadhah.

A. Pengertian Istihadhah

ISTIHADHAH

Ini adalah perbincangan terakhir sebelum kita habiskan Kitab Taharah (Bersuci) dan kita masuk ke dalam Kitab Solat pula.


A. Pengertian Istihadah:

Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar dari kemaluan secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan. Ia keluar di luar masa dari tempoh haidh.

Mari kita lihat beberapa keadaan yang terlibat dalam istihadah.

H. Beberapa permasalahan berkaitan haidh

Tajuk:

🌸 Mengurai rambut ketika mandi haidh.

🌸 Dianjurkan wanita gunakan kapas yang diletakkan pewangi ketika mandi haidh.

🌸 Bagaimanakah mandi haidh dan nifas?

🌸 Bagaimanakah wanita haidh membersihkan pakaiannya?

🌸️ Apakah caranya untuk memastikan darah haidh benar-benar telah habis?

H. Beberapa Permasalahan Berkaitan Haidh

1. Mengurai rambut ketika mandi haidh

Terdapat perbezaan di antara mandi wanita dari janabah dan mandi dari haidh.

Kalau mandi dari janabah, wanita tidak perlu membuka sanggul rambutnya, hanya cukup air dilalukan pada kulit kepala sahaja. Namun, ia berbeza apabila mandi dari haidh, maka rambut perlu diuraikan.

✍🏻Dalilnya adalah sabda Nabi Muhammad ﷺ kepada isterinya A’isyah رضي الله عنها yang kedatangan haidh semasa mengerjakan Haji Wada’. Ini adalah apabila beliau telah suci dari haidh:

دَعِي عُمْرَتَكِ، وَانْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي، وَأَهِلِّي بِحَجٍّ

“Tinggalkanlah umrahmu, urailah ikatan rambutmu dan bersisirlah, dan berniatlah untuk haji.”
(Sahih Bukhari hadis 317).


2. Dianjurkan wanita menggunakan kapas yang diletakkan pewangi ketika mandi haidh

Untuk menghilangkan bau yang tidak enak dari tempat keluar darah itu, dianjurkan untuk menggunakan kapas yang diletakkan pewangi.

✍🏻Dalilnya:

حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ مَنْصُورِ ابْنِ صَفِيَّةَ، عَنْ أُمِّهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ امْرَأَةً، سَأَلَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنْ غُسْلِهَا مِنَ الْمَحِيضِ، فَأَمَرَهَا كَيْفَ تَغْتَسِلُ قَالَ ‏”‏ خُذِي فِرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهَّرِي بِهَا ‏”‌‏.‏ قَالَتْ كَيْفَ أَتَطَهَّرُ قَالَ ‏”‏ تَطَهَّرِي بِهَا ‏”‌‏.‏ قَالَتْ كَيْفَ قَالَ ‏”‏ سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِي ‏”‌‏.‏ فَاجْتَبَذْتُهَا إِلَىَّ فَقُلْتُ تَتَبَّعِي بِهَا أَثَرَ الدَّمِ‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dari Manshur bin Shafiyyah dari Ibunya dari ‘Aisyah, “Seorang wanita bertanya kepada Nabi ﷺ tentang cara mandi dari haidh. Baginda lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Baginda bersabda: “Ambillah sepotong kapas yang diberi wewangian lalu bersucilah.” Wanita itu bertanya, “Bagaimana aku bersucinya? Baginda menjawab: “Bersucilah dengan kapas itu!” Wanita itu berkata lagi, “Bagaimana caranya aku bersuci?” Baginda bersabda: “Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!” Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Maka Baginda berkata, “Subhaanallah. Bersucilah kamu!” Lalu aku menarik wanita itu ke arahku, lalu aku katakan, “Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu.”
(Sahih Bukhari hadis 303).

Syarah:
Pada zaman sekarang, tentu sudah ada bahan cucian yang lebih mudah untuk digunakan.


3. Bagaimanakah mandi haidh dan nifas?

Ini lebih kurang sama dengan hadis yang lepas. Cara mandi tidaklah jauh berbeza dengan mandi junub. Cuma dianjurkan untuk menggunakan bahan pewangi untuk membersih tempat keluar darah.

Satu lagi seperti telah disebut: menguraikan rambut. Maknanya rambut mestilah dibasuh. Ini tidaklah berat kerana selalunya haidh itu datang sebulan sekali sahaja. Sedangkan junub lebih kerap lagi. Maka kalau junub, tidak dimestikan membasuh rambut.

✍🏻Hadis

حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ، قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ، عَنْ أُمِّهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ امْرَأَةً، مِنَ الأَنْصَارِ قَالَتْ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَيْفَ أَغْتَسِلُ مِنَ الْمَحِيضِ قَالَ ‏”‏ خُذِي فِرْصَةً مُمَسَّكَةً، فَتَوَضَّئِي ثَلاَثًا ‏”‌‏.‏ ثُمَّ إِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اسْتَحْيَا فَأَعْرَضَ بِوَجْهِهِ أَوْ قَالَ ‏”‏ تَوَضَّئِي بِهَا ‏”‏ فَأَخَذْتُهَا فَجَذَبْتُهَا فَأَخْبَرْتُهَا بِمَا يُرِيدُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Manshur dari Ibunya dari ‘Aisyah, “Seorang wanita Anshar bertanya kepada Nabi ﷺ, “Bagaimana caranya aku bersuci dari haidh?” Baginda lalu menjawab: “Ambillah sepotong kapas yang diberi wewangian lalu bersihkanlah tiga kali.” Kemudian Nabi ﷺ berasa malu lalu memalingkan mukanya, atau Baginda mengatakan: “Berwudlulah (bersuci) dengan kapas itu.” Aku lalu menarik wanita itu dan aku terangkan apa yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ.”
(Sahih Bukhari hadis no. 304)


4. Bagaimanakah wanita haidh membersihkan pakaiannya?

Darah haidh yang terkena pakaian mestilah dibasuh dengan air. Ini adalah kerana darah haidh adalah najis dan perlu dibersihkan dengan air.

✍🏻Hadis

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ الْمُنْذِرِ، عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ، أَنَّهَا قَالَتْ سَأَلَتِ امْرَأَةٌ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِحْدَانَا إِذَا أَصَابَ ثَوْبَهَا الدَّمُ مِنَ الْحَيْضَةِ، كَيْفَ تَصْنَعُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا أَصَابَ ثَوْبَ إِحْدَاكُنَّ الدَّمُ مِنَ الْحَيْضَةِ، فَلْتَقْرُصْهُ ثُمَّ لِتَنْضَحْهُ بِمَاءٍ، ثُمَّ لِتُصَلِّي فِيهِ ‏”‌‏.‏

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Malik dari Hisam bin ‘Urwah dari Fatimah binti Al Mundzir dari Asma’ binti Abu Bakar Ash Shiddiq berkata, “Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah ﷺ, katanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu bila seorang dari kami bajunya terkena darah haidh. Apa yang harus dilakukannya?” Rasulullah ﷺ lalu menjawab: “Jika darah haidh mengenai pakaian seorang dari kalian, maka hendaklah dia membersihkan darah yang mengenainya, lalu hendaklah dia percikkan air padanya, kemudian hendaklah dia salat dengannya.”
(Sahih Bukhari hadis 296).

✍🏻Hadis seterusnya lebih jelas lagi dalam bab menggunakan air:

حَدَّثَنَا أَصْبَغُ، قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ، حَدَّثَهُ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَتْ إِحْدَانَا تَحِيضُ، ثُمَّ تَقْتَرِصُ الدَّمَ مِنْ ثَوْبِهَا عِنْدَ طُهْرِهَا فَتَغْسِلُهُ، وَتَنْضَحُ عَلَى سَائِرِهِ، ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Ashbagh berkata, telah mengabarkan kepadaku Ibnu Wahb berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Amru bin Al Harits dari ‘Abdurrahman bin Al Qasim bahawa dia menceritakan kepadanya dari Bapaknya dari ‘Aisyah berkata, “Salah seorang dari kami mengalami haidh, kemudian saat telah suci darah tersebut dia bersihkan, kemudian kain tersebut dia cuci dan bersihkan, kemudian dia salat dengan menggunakan kain tersebut.”
(Sahih Bukhari no. 297).

Syarah:
Setelah dibersihkan darah itu dengan air, maka pakaian itu boleh dipakai malah boleh dibawa dalam solat. Kalau ada kesan-kesan yang degil, itu dimaafkan.


5. Apakah caranya untuk memastikan darah haidh benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haidh atau tidak.

Jika tidak ada kesan darah haidh sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi.

Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haidh belum habis. Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat.

✍🏻Ia sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah رضي الله عنها; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haidh (Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haidh atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”.
(HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

 

Sekian bab Haidh dan Nifas. Mari kita bincangkan bab Istihadhah pula.


☘️SESI SOAL JAWAB☘️
==================

1. Adakah memadai jika kita membersihkan faraj hanya menggunakan kapas?

🔵 Janji ada bau yang wangi. Atau hilang bau busuk.

2. Adakah benar kefahaman saya bahawa pada masa kini, seeloknya kita menggunakan pembersih wanita “feminine wash” sahaja untuk menghilangkan bau darah?

🔵 Ya, benar.

3. Adakah sah wudhu’ sekiranya membasuh tangan lebih daripada siku?

🔵 Ya, benar. Lebih sedikit dari siku. Kalau terlebih banyak pun tidak mengapa.

Wajib sampai siku. Jika terlebih itu lebih elok.

Wajib tahu, ini adalah ilmu fardhu Ain. Limit adalah siku. Lebihkan supaya langkah berhati-hati.

4. Apabila mengambil air wudhu’ di kawasan muka. Adakah wajib membasuh anak-anak rambut di tepi muka?

🔵 Disebabkan ‘wajah bertemu rambut’. Maka, hendak selamat kena basuh sekali. Apabila membasuh muka memang rambut akan terkena. Jadi tidak perlu risau.

Tidak perlu hendak tepat mengikut sampai milimiter apa semua. Islam bukan begitu. Islam tidak akan memberatkan. Semuanya normal sahaja dan senang dilakukan.

Sampai ke tepi muka itu tambahan sahaja. Kawasan yang wajib dibasuh adalah bahagian muka yang boleh dilihat dari depan. Maka, bila kita membasuh bahagian tepi sekali, itu sudah tambahan.

F. Kaffarah bagi orang yang menyetubuhi wanita haidh

Seperti yang telah disebut, haram bagi suami menjimak isterinya di kala isterinya itu dalam haidh. Tetapi bagaimana kalau terlajak?

Kalau terlajak, maka suami wajib (atau ada yang mengatakan ia adalah sunat) bersedekah sebanyak satu dinar atau setengah dinar. Harus dikira berapa nilai satu dinar pada zaman sekarang.

1 Dinar syiling emas bersamaan dengan 4.25 gram emas 916. Kalau sekarang, nilainya sekitar RM 900.

✍🏻Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas رضي الله عنهما:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haidh, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.
(Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya).

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuhi. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haidh tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar.