Tajuk:
1⃣ Kaifiat Lafaz Azan.
2⃣ Wajib Mengucapkan Azan Dengan Tertib.
3⃣ Tastwib Muazzin (ucapan الصلاة خير من النوم)
4⃣ Tatacara Iqamah.
1. Kaifiat Lafaz Azan:
Lafaz azan yang ada dan digunakan pada zaman Nabi ﷺ dan terkenal dalam mazhab para ulama’ adalah seperti berikut:
a. Ia ada 15 kalimat semuanya sekali.
Mengandungi 4 takbir, 2 syahadah Lailaha illa Allah, 2 syahadah Rasulullah, 2 hayya ‘ala as shalat, 2 hayya ‘alal falah, 2 takbir dan 1 kalimat tauhid. Inilah yang digunakan di negara ini.
✍ Yang pertama adalah seperti hadis riwayat Abdullah bin Zaid رضي الله عنه sebelum ini:
Beliau lalu berkata: “Mahukah engkau kutunjukkan yang lebih baik dari itu?” Aku menjawab: “Apa itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: ‘Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar – Asyhadu an laa ilaaha illallah, Asyhadu an laa ilaaha illallah – Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah, Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah – Hayya ‘alas solaah, Hayya ‘alas solaah – Hayya ‘alal falaah, Hayya ‘alal falaah – Allahu akbar Allahu akbar – Laa ilaaha illallah’.”
b. Lafaz azan sejumlah 17 kalimat;
Iaitu 2 takbir, 2 syahadatain diulang dua kali = 8 kalimat, 2 hayya ‘ala as shalat, 2 hayya alal falah, 2 takbir dan 1 kalimat tauhid.
✍ Inilah azan menurut Imam Malik رحمه الله, dan dasarnya ialah hadis Abu Mahdzurah:
عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ عَلَّمَهُ هَذَا الْأَذَانَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ يَعُودُ فَيَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ مَرَّتَيْنِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ مَرَّتَيْنِ زَادَ إِسْحَقُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Dari Abu Mahdzurah, bahawa Nabi ﷺ mengajarinya azan dengan:
” اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ . أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ”
Kemudian mengulang, lalu membaca:
” أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ . أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ”
” حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ ” (dua kali)
Dan (membaca) حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ dua kali.
Ishaq menambahkan bacaan:
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Fathul Bari Syarah Shahih Al Bukhari, Al Hafidz Ibnu Hajar, Maktabah As Salafiyah.
c. Lafaznya 19 kalimat;
Iaitu 4 takbir, 2 syahadatain dengan tarji’ (diulang dua kali = 8 kalimat), 2 hayya ‘ala as salah, 2 hayya alal falah, 2 takbir dan 1 kalimat tauhid. Inilah yang dijadikan pedoman dalam mazhab Syafi’iy.
✍ Dalilnya ialah hadis Abu Mahdzurah :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهُ الْأَذَانَ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً وَالْإِقَامَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً
Nabi ﷺ mengajarkan azan 19 kalimat dan iqamah 17 kalimat. Rujukan: Nail Al Authar Min Al Ahadits Sayyid Al Akhyar Syarhu Muntaqa Al Akhbar
✍ Hal ini turut dijelaskan dalam riwayat lain dari Abu Mahdzurah, beliau berkata:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي سُنَّةَ الْأَذَانِ فَمَسَحَ مُقَدَّمَ رَأْسِي وَقَالَ تَقُولُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ تَرْفَعُ بِهَا صَوْتَكَ ثُمَّ تَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ تَخْفِضُ بِهَا صَوْتَكَ ثُمَّ تَرْفَعُ صَوْتَكَ بِالشَّهَادَةِ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ فَإِنْ كَانَ صَلَاةُ الصُّبْحِ قُلْتَ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Aku berkata: “Wahai Rasulullah ﷺ. Ajarilah aku sunnah azan.” Lalu baginda memegang bahagian hadapan kepalaku dan berkata: “Ucapkanlah dengan suara perlahan
” اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ . أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ”
Kemudian keraskanlah suaramu dalam membaca syahadat:
” أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ .
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ .حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ. حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ ”
Jika salat Subuh, katakanlah :
” الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ ”
Lalu :
” اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه ”
Rujukan: Tamam Al Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhi As Sunnah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani
Syarah:
Tujuan disampaikan ini supaya tahulah kita yang ada lagi cara-cara azan selain yang kita biasa dengar. Jadi kalau pergi ke negara lain, tidaklah terkejut sangat kerana mereka mengamalkan hadis yang lain. Inilah kelebihan ilmu, tidak memandang serong kepada orang lain. Asalkan kita tahu ada dalilnya.
✍ Dalam hal ini, Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin رحمه الله memberikan tarjih sebagaimana pernyataan beliau:
Semua yang ada dalam hadis Nabi ﷺ dari lafaz azan, maka diperbolehkan, bahkan semestinya, terkadang menggunakan yang ini dan terkadang yang itu, jika tidak menimbulkan keresahan dan fitnah. Ada kaedah yang menyatakan, ibadah-ibadah yang diajarkan dalam sisi yang berbeza-beza, hendaknya dilakukan atas sisi-sisi tersebut semuanya.
Hal ini memiliki beberapa faedah (manfaat):
a). Menjaga Sunnah dalam berbagai sisinya.
b). Mempermudah para mukallaf.
c). Kehadiran hati (membuat khusyu’) dan tidak bosan.
d). Menjaga dan memelihara syariat.
2. Wajib mengucapkan lafaz azan dengan tertib
Kena laungkan azan sebagaimana yang diajar oleh Nabi ﷺ, mengikut susunannya.
3. Tastwib muazzin ketika salat Subuh, iaitu ucapan as-solaatu khairun minan naum.
Azan pada dasarnya hanya untuk memberitahu masuknya waktu salat fardhu yang lima. Berdasarkan pada hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
✍ Nabi ﷺ bersabda:
فإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ
Ertinya: Apabila sudah tiba waktu salat, maka hendaknya salah satu dari kalian mengumandangkan azan.
(Sahih Bukhari No. 595 dan Sahih Muslim No. 1080)
Namun, khusus untuk azan yang dilakukan pada dinihari sebelum azan Subuh, maka hukumnya boleh tujuannya antara lain untuk membangunkan yang hendak salat malam atau hendak makan sahur pada bulan Ramadan. Menurut Al-Buhuti dalam Kasyaful Qina 1/242 tujuan azan pertama ini kerana ketika waktu Subuh akan masuk sebahagian manusia ada yang junub atau tidur. Maka azan ini dapat ingatkan mereka supaya bersiap-siap agar dapat melaksanakan salat Subuh di awal waktu dan tidak disunnahkan azan pertama itu terlalu awal.
Namun, ada atau tidak adanya tujuan ini tetap boleh kerana ada hadisnya secara eksplisit. Berdasarkan pada hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
✍ Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما, Nabi ﷺ bersabda:
ٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ بِلَالًا يُنَادِي بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ
Ertinya: “Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan saat masih malam. Maka makan dan minumlah sampai ada seruan azan oleh Ibnu Ummi Maktum.”
(Sahih Bukhari No. 585 dan Sahih Muslim No. 1827)
Kalimah at-tatswib pada azan Subuh telah disyariatkan.
✍🏻Dalilnya adalah hadis Abu Mahdzurah, ia berkata, “Wahai Rasulullah ﷺ, ajarkanlah kepadaku sunnah azan.” Kemudian baginda menyebutkannya. Hingga baginda bersabda setelah ucapan “hayya ‘alal falah.”,
«فإن كان صلاة الصبح قلت : الصلاة خير من النوم الصلاة خير من النوم الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله»
“Pada salat Subuh, engkau mengucapkan, “As-Solatu khairum minan naum, as-solatu khairum minan naum, Allahu akbar, Allahu akbar.”
HR Abu Dawud: 500, Ahmad: 15379, Ibnu Hibban: 1682, Al Baihaqy: 1831, Disahihkan Al Albani dalam “Misykat al Mashabih” no. 645
Waktu azan pertama dalam salat fajar dan jaraknya dengan azan yang kedua berlaku khilaf di sisi para fuqaha. Kata Imam Ibn Abd al-Barr رحمه الله: Para ulama berbeza berkenaan dengan waktu azan yang pertama bagi salat fajar.
Sebahagian ulama’ bermazhab Syafi’iy mengatakan bahawa waktunya adalah pada waktu sahur di antara fajar sadiq dengan fajar kazib. Kata beliau lagi: Adalah makruh untuk dilakukan azan sebelum waktu tersebut.
Bagi sesiapa yang meneliti hadis-hadis yang menceritakan berkenaan azan dua kali pada waktu subuh ini, dia akan mendapati bahawa jarak di antara keduanya adalah singkat sahaja iaitu di antara 10 hingga ke 15 minit di antara azan yang pertama dengan azan yang kedua.
✍ Ini dapat dilihat berdasarkan kata-kata Abdullah bin Umar رضي الله عنهما:
وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلاَّ أَنْ يَنْزِلَ هَذَا وَيَرْقَى هَذَا
Maksudnya: Dan tidaklah jarak di antara kedua azan itu melainkan seseorang itu turun (dari menara azan) dan seorang lagi menaikinya.
(Riwayat Muslim no. 1092)
Dalam masalah waktu diucapkan At Tatswib, terdapat dua pendapat di kalangan ulama’. Pertama, diucapkan pada azan awal sebelum waktu Subuh. Kedua, dilakukan pada waktu azan Subuh.
Pendapat pertama menyatakan bahwa At Tatswib dilakukan pada azan pertama sebelum azan masuk waktu Subuh, dengan mendasarkan
✍🏻Hadis Ibnu Umar رضي الله عنهما yang berbunyi:
كَانَ ابْنُ عُمَرَ فِيْ الأَذَانِ الأَوَلِ بَعْدَ الْفَلاَحِ الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ مَرَّتَيْنِ
Ibnu Umar dahulu berkata pada azan awal setelah al falaah (ucapan) : الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ dua kali.
Diriwayatkan al Baihaqi (1/423), juga at-Thahâwi رحمه الله dalam Syarhul Ma’âni (1/82) dan sanadnya hasan.
✍ Lafaz hadis Abu al Mahdzurah yang berbunyi:
وَإِذَا أَذَّنْتَ بِالْأَوَّلِ مِنْ الصُّبْح فَقُلْ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِِ
“Dan jika kamu berazan di awal dari Subuh, maka ucapkanlah ”: الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ.
HR Ahmad (3/408-409); Abu Dawud, Bab Kaifa ad Adzan, no. 501; an Nasa-i, Bab al Adzan fis Safar (2/7); Abdurrazaaq dalam al Mushannaf, no.1821; Ibnu Abi Syaibah (1/204); Ibnu Khuzaimah, no. 385; Ibnu Hibban dalam Shahih-nya, no. 1673; ad Daraquthni (1/234) dan al Baihaqi (1/422) diringkas dari takhrij pentahqiq kitab asy Syarhu al Mumti’, lihat 2/56.
📍Pendapat inilah yang dirajihkan Syaikh al Albani رحمه الله. Beliau menyatakan, At Tatswib disyariatkan hanya di azan awal Subuh yang dikumandangkan sebelum masuk waktu sekitar seperempat jam, dengan dasar hadis:
✍🏻Ibnu Umar yang berbunyi :
كَانَ فِيْ الأَذَانِ الأَوَلِ بَعْدَ الْفَلاَحِ الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ مَرَّتَيْنِ
Dahulu berkata pada azan awal setelah al falaah : الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ dua kali.
[Diriwayatkan al Baihaqi, 1/423 dan demikian juga ath Thahawi dalam Syarhu al Ma’ani, 1/82 dan sanadnya hasan, sebagaimana disampaikan al Hafizh]
Adapun pendapat kedua, yang menyatakan At Tatswib dilakukan pada azan Subuh, iaitu azan kedua, berdalilkan hadis-hadis yang tidak memberikan batasan pada azan awal dan membawa hadis-hadis yang ada penentuan di azan pertama kepada makna azan pertama untuk menentukan masuknya waktu Subuh, kerana
✍🏻Rasulullah ﷺ menyatakan:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ
Antara dua azan ada salat sunnah.
(Sahih Bukhari no. 591)
Inilah yang dirajihkan Lajnah Daimah lil Buhuts Islamiyah wa al Ifta’ (Saudi Arabia) dan Syaikh Muhammad bin Shalih al ‘Utsaimin.
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله berkata: “Sebahagian orang pada zaman sekarang telah salah dalam memahami, bahawa yang diinginkan dengan azan yang ada pelafazan dua kalimat ini ialah azan sebelum fajar. Syubhat mereka dalam hal ini, iaitu adanya sebahagian lafaz hadis yang berbunyi:
✍🏻Hadis:
وَإِذَا أَذَّنْتَ بِالْأَوَّلِ مِنْ الصُّبْح فَقُلْ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِِ (dan jika kamu berazan di awal dari Subuh, maka katakanlah الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ). Mereka menganggap bahawa At Tatswib hanyalah ada pada azan yang dikumandangkan di akhir malam; dan menyatakan bahawa At Tatswib dalam azan pada waktu masuk Subuh adalah bid’ah.
Mana satu yang rajih? Penulis kitab Shahih Fiqhu as Sunnah menyatakan: “Hadis-hadis yang telah disampaikan terdahulu, di antaranya ada yang menyebutkan At Tatswib tanpa penentuan waktunya, apakah di azan pertama atau kedua; dan di antaranya ada yang menjelaskan bahawa ia di azan pertama. Namun, tidak ada satu pun hadis yang menegaskan jika dilakukan di azan kedua.
Hal ini menunjukkan pensyariatan At Tatswib ada di azan pertama, kerana hendak membangunkan orang yang tidur. Sedangkan azan kedua untuk memberitahu masuknya waktu dan mengajak salat.
Juga sudah dimaklumi, bahawa Nabi ﷺ memiliki dua muazzin untuk salat fajar. Salah satunya ialah Bilal dan At Tatswib juga ada riwayat darinya dan kedua ialah Ibnu Ummi Maktum. Bilallah yang mengumandangkan azan awal, dan tidak ada satu riwayat yang menyatakan Ibnu Ummi Maktum melakukan At Tatswib”.
Sahih Fiqhu as Sunnah (1/284).
4. Tatacara iqamah
Sekarang kita lihat perbezaan di antara azan dan iqamah ialah:
1. Azan untuk memberitahu masuknya waktu salat agar bersiap-siap menunaikannya, dan iqamah untuk memberitahu masuk dan memulakan salat.
2. Lafaz (zikir) yang dikumandangkan, dan masing-masing (antara azan dan iqamah) juga berbeza, sebagaimana akan dijelaskan pada perbahasan berikut ini.
Bagaimana pula cara iqamah? Ada riwayat lain yang menjelaskan bahawa azan dilakukan dua-dua, dan iqamah satu-satu, sebagaimana disebutkan dalam
✍ Hadis Ibnu Umar رضي الله عنهما:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ الْأَذَانُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثْنَى مَثْنَى وَالْإِقَامَةُ وَاحِدَةً غَيْرَ أَنَّ الْمُؤَذِّنَ كَانَ إِذَا قَالَ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَالَ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ مَرَّتَيْنِ
Dari Ibnu Umar berkata, “Azan pada masa Rasulullah ﷺ dua (kali) dua kali, sedangkan Iqamah adalah sekali, hanya saja Muazzin ketika mengucapkan, ‘ قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ ‘ maka dia mengatakan ‘ قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ ‘ dua kali.”
(Musnad Ahmad no. 5345. Juga terdapat dalam Sunan Abu Daud no. 429, Sunan Nasa’i No.662 dan Sunan Ad-Darimi no. 1167).
Lafaz iqamah ada tiga versi juga, iaitu:
a) Iqamah 11 kalimat, iaitu :
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Inilah iqamah menurut pendapat Syafi’i, Ahmad dan kebanyakan ulama’, dengan dasar hadis Abdullah bin Zaid رضي الله عنه di atas.
b) Iqamah seperti di atas dengan dikurangi قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ menjadi satu sehingga jumlahnya 10 kalimat. Demikian iqamah menurut mazhab Malikiyah.
Rujukan: Al I’lam Bi Fawaid Umdat Al Ahkam
c) Iqamah berjumlah 17 kalimat, iaitu :
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Inilah iqamah menurut mazhab Abu Hanifah, dengan dasar hadis
✍🏻Abu Mahdzurah yang menyatakan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهُ الْأَذَانَ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً وَالْإِقَامَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Sesungguhnya Nabi ﷺ mengajarkannya azan 19 kalimat dan iqamah 17 kalimat.
Abu Isa Al Tirmidzi menyatakan : “Ini hadis hasan sahih”.
(HR At Tirmidzi dalam Sunan-nya, kitab Ash Shalat, Bab Ma Ja’a Fit Tarji’, no. 192).
Imam Bukhari رحمه الله juga menulis masalah ini dalam bab Al Iqamatu Wahidah Illa Qaulahu قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ , yang didukung disepakati Al Hafizh Ibnu Hajar dalam pensyariatannya.
Semua lafaz azan di atas boleh digunakan, dan lebih baik bila digunakan seluruhnya, kecuali jika menimbulkan fitnah di masyarakat. Kalau risau orang kampung melompat, tidak perlulah dibuat. Cara azan dan iqamah sekarang pun sudah baik.
Allahu a’lam. Sekarang mari kita belajar cara menjawab azan.
☘️SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================
1. Adakah boleh menggunakan lafaz azan pada bila-bila waktu. Contohnya, Asar guna lafaz 15, dan Maghrib guna yang 17?
🔵 Ya, boleh.
2. Adalah laungan azan yang pertama itu bermaksud telah masuk waktu salat sunat fajar 2 rakaat?
🔵 Bukan. Azan pertama tidak masuk waktu lagi.
Bolehlah kalau hendak menunaikan salat tahajjud.
3. Adakah di Malaysia masih ada yang mengamalkan azan subuh sebanyak dua kali? Atau itu hanya sekadar info untuk lafaz”Ash sholatu khairun minan naum”?
🔵 Jika tidak silap saya, di Penang masih mengamalkan azan sebanyak dua kali.
Tetapi tidak ramai yang buat. Kena beritahu semua orang. Hal ini kerana, takut ada yang salat sebelum masuk waktu.
4. Adakah benar lafaz jawab azan “Sadaqta wa barakta ya Rasullullah”?
🔵 Dari fatwa Syaikh Ibn Baz dan Syaikh Utsaimin, kalimah ini tiada asal. Maka, jawab sama dengan lafaz muazzin.
5. Sekiranya dekat rumah kita terdapat dua buah masjid. Adakah kita perlu menunggu kedua-dua azan dari masjid tersebut selesai baru boleh menunaikan salat bagi wanita yang hendak menunaikan salat di dalam rumah?
🔵 Tunggu satu sahaja.
6. Adakah sahih menjawab iqamah dan doa selepas iqamah?
🔵 Tidak ada doa selepas iqamah. Tunggu hendak solat sahaja.
7. Bagaimana pula jika hendak menjawab iqamah?
🔵 Tidak ada menjawab
iqamah
8. Adakah boleh menjawab iqamah apabila salat secara bersendirian atau kena dilakukan apabila salat secara berjemaah sahaja?
🔵 Jika salat sendiri, hendak azan boleh. Hendak iqamah pun boleh.
9. Adakah boleh jika hendak salat Tahajud dan Subuh lagi 10 minit disebabkan kadang terlewat bangun.
🔵 Boleh.
10. Ketika sampai ke surau dan keaadan masih kosong di dalam surau walaupun sudah masuk waktu salat dalam 5 minit dan saya belum mengambil air wudhu’. Adakah perlu melaungkan azan dahulu atau wudhu’?
🔵 Wudhu’ dahulu.
11. Adakah ayat “pasti masuk syurga’ yang paling terakhir itu sahih?
🔵 ltu sahih Muslim. Sahih.
12. Adakah wajib menjawab azan dari radio,telefon bimbit, ataupun hanya yang di dengar nyata dari masjid sahaja?
🔵Tidak perlu. Jawab azan yang nyata sahaja.
13. Adakah terdapat dalil bagi yang berdoa selepas iqamah?
🔵 Hanya qiyas kepada azan.
Rajihnya memang tidak ada berdoa selepas iqamah.
14. Apakah petua jika hendak khusyuk ketika menunaikan salat?
🔵 Faham apa yang disebut. Dari mula sampai habis. Dan hayati setiap kalimah. Ini dipanggil tafhim.
Masalahnya kebanyakan orang kita hafal sahaja kalimah dalam salat. Ia tidak membawa erti kepada mereka. Jadi mulut sahaja bercakap, tetapi fikiran ke laut.
15. Adakah perlu bertanya kepada iman untuk iqamah atau terus iqamah tanpa bertanya kepada imam?
🔵 Tunggu bila imam sudah sedia.
16. Adakah perlu berhenti makan atau teruskan makan apabila terdengar azan ketika masih sedang makan sahur?
🔵 Hanya dibenarkan setakat menelan makanan yang sedang berada di dalam mulut sahaja.
Jika makanan siap ada di dalam mulut, kemudian tiba-tiba azan. Telan sahaja makanan di dalam mulut itu.
Makanan di atas pinggan jangan diambil lagi.
17. Adakah “boleh azan dan iqamah sendiri” ini bermaksud, adalah sunnah melaungkan azan subuh sebanyak dua kali, jarak di antara dua azan adalah 10 hingga 15 minit dan tambahan Al-Taswib pada azan yang pertama?
🔵 Ya, ini sunnah.
18. Adakah dikira menyelisihi sunnah atau pun ada perbahasannya jika azan Subuhnya sekali sahaja?
🔵 Maknanya, buat yang wajib sahaja. Perkara yang sunat tidak dibuat.
Dan bermaksud, semua orang boleh bangun sendiri.
19. Adakah azan harus dilaungkan oleh individu, ataupun boleh menggunakan rakaman?
🔵 Janganlah begitu. Di awal bab azan, kita sudah letak kelebihan menjadi muazzin. Maka, ambillah peluang itu.
20. Adakah kanak-kanak yang mumayyiz boleh menjadi muazzin?
🔵 Ya, boleh.
21. Benarkah iqamah tidak perlu dijawab? Sebab ada yang kata iqamah perlu dijawab sebagaimana azan, dan berdoa sebagaimana doa azan. Katanya iqamah adalah azan kedua. Kerana itu di antara azan dan iqamah ada salat sunat.
🔵 Itu qiyas sahaja. Sememangnya tidak ada menjawab kepada iqamah dan juga berdoa selepas iqamah. Mereka yang mengamalkannya adalah kerana qiyas iqamah itu ‘azan ke dua’ sahaja. Tetapi itu bab mantiq.
22. Adalah boleh salat sunat Tahiyyatul Masjid pada hari Jumaat ketika azan sedang berkumandang?
🔵 Azan pertama tunggulah sekejap.
Azan kedua boleh terus salat walaupun sedang azan sebab selepas habis azan khatib terus naik mimbar.
23. Adakah sunnah melafazkan tasbih, tahmid, selawat dan hauqolah secara jahar sebelum melafazkan azan seperti yang biasa dilakukan oleh para muazzin?
🔵 Tidak ada.
Membaca selawat sunnatnya selepas azan, bukannya sebelum.
Kalau Brelvi memang selawat sebelum azan. Sebab kalau selawat itu Nabi Muhammad ﷺ akan datang mendengar azan itu.
Tetapi tidak tahu pula alasan kenapa orang Melayu membaca selawat sebelum azan.
24. Manakah lebih afdhal antara melakukan zikir dahulu atau salat sunat selepas selesai menunaikan salat fardhu?
🔵 Salat sunat lebih afdhal.
25. Adakah zikir dan wirid itu berbeza?
🔵 Zikir lebih luas. Membaca Al-Quran, bercakap tentang Allah ﷻ, kelas agama, itu termasuk zikir.
Wirid itu yang mengulang-ngulang kalimah.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸