Jenis-jenis Najis

Bahagian: Jenis-jenis Najis

๐Ÿ”บThaharah/Air dan Najis/Najis/Jenis-jenis najis

Bahagian: Najis

Sebelum ini kita katakan, air kalau bercampur dengan najis, dan telah mengubah warna, bau atau rasanya, maka kita tidak boleh menggunakan air itu untuk bersuci. Maka kenalah kita tahu, apakah yang dikira sebagai najis.


1. Tahi dan air kencing

Dua perkara ini telah diketahui oleh semua orang kerana ia najis, tahi dan kencing tidak boleh dibawa ke dalam solat. Maka kerana itulah kena disucikan dahulu dengan air yang suci lagi menyucikan yang kita telah pelajari sebelum ini.

Cuma ada perincian tentang kencing anak lelaki yang berumur kurang dari dua tahun:

โ–ช๏ธIa adalah najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu ibunya sahaja.

โ–ช๏ธMana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah ini, memadai dengan merenjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

โœ๐ŸปDalil Dari Ummu Qais binti Mihsan katanya

Dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan anak lelakinya yang belum makan sesuatu selain dari susu ibunya; ketika anak itu dalam pangkuan Nabi s.a.w, dia terkencing. Berkata yang meriwayatkan hadith ini dari Ummu Qais, bahawa Rasulullah s.a.w tidak lebih dari memercikkan air ke tempat yang terkena kencing itu
(Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, syaratnya kena ada tiga:

1. Mesti anak lelaki (anak perempuan tidak termasuk)

2. Umur anak itu kurang dari dua tahun.

3. Hanya makan susu ibu sahaja. Kalau sudah makan makanan lain, maka tidak termasuk.


2. Darah Haidh

Darah haidh itu najis dan kenalah dihilangkan sebelum dibawa ke dalam solat.

โœ๐ŸปIni berdasarkan riwayat berikut,

โ€Žุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑู‡ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, ุฃู† ุฎูˆู„ุฉ ุจู†ุช ูŠุณุงุฑ ู‚ุงู„ุช, ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŠุณ ู„ูŠ ุฅู„ุง ุซูˆุจ ูˆุงุญู€ุฏ ูˆุฃู†ุง ุฃุญูŠุถ ููŠู‡ุŸ ู‚ุงู„ ูุฅุฐุง ุทู‡ุฑุช ูุงุบุณู„ู‰ ู…ูˆุถุน ุงู„ู€ุฏู… ุซู… ุตู„ูŠ ููŠู‡, ูู‚ุงู„ุช ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุฅู† ู„ู… ูŠุฎุฑุฌ ุฃุซุฑุŸ ู‚ุงู„, ูŠูƒูู€ูŠู€ู€ูƒ ุงู„ู…ุงุก ูˆู„ุง ูŠุถุฑูƒ ุฃุซุฑู‡.

โ€œDari Abu Hurairah radhiyallahu โ€˜anhu bahwa Khaulah binti Yasar berkata, โ€˜Ya Rasulullah, aku hanya mempunyai satu helai pakaian, dan (sekarang) saya haidh mengenakan pakaian tersebut.โ€™
Maka Rasulullah menjawab, โ€˜Apabila kamu telah suci, maka cucilah yang terkena haidhmu, kemudian salatlah kamu dengannya.โ€™
Dia bertanya, โ€˜Ya Rasulullah, (bagaimana) kalau bekasnya tidak boleh hilang?โ€™
Rasulullah menjawab, โ€˜Cukuplah air bagimu (dengan mencucinya) dan bekasnya tidak membahayakan (salat)mu.’โ€
(Sahih, riwayat Abu Dawud dalam Sahih-nya (no. 351) dan โ€˜Aunul Maโ€™bud (II/26 no. 361), al-Baihaqi (II/408))

๐Ÿ“Nota: kalau ia tidak najis, tentulah Nabi tidak menyuruh supaya dibersihkan dahulu. Kalau ada kesan sedikit-sedikit, itu dimaafkan. Zaman dahulu tidak ada clorox.


3. Wadi

Air wadi adalah cairan berlendir yang keluar dari zakar lelaki sesudah membuang air kecil. Keluarnya membatalkan wudhu’.

Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, berโ€joggingโ€ dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.

Hukumnya tidak wajib mandi junub, hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Jika hendak solat, kena ambil wuduk balik.

๐Ÿ“Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.


4. Madzi

Madzi adalah air yang keluar dari kemaluan, air ini jernih dan melekit.

Keluarnya air ini disebabkan syahwat yang muncul ketika seseorang memikirkan atau membayangkan jimaโ€™ (hubungan seksual) atau ketika pasangan suami isteri bercumbu (foreplay).

Ia keluar dengan tidak memancar (air mani akan memancar). Keluarnya air ini tidak menyebabkan seseorang menjadi lemah (tidak seperti keluarnya air mani, yang pada umumnya menyebabkan tubuh menjadi lemah) dan terkadang air ini keluar tanpa disedari (tidak terasa).

Air madzi boleh terjadi pada laki-laki dan wanita, meskipun pada umumnya lebih banyak terjadi pada wanita. Sebagaimana air wadi, hukum air madzi adalah najis. Apabila air madzi terkena pada tubuh, maka wajib mencuci tubuh yang terkena air madzi tersebut.

Adapun apabila air ini, jika terkena pakaian, maka memadai dengan memercikkan air ke bahagian pakaian yang terkena air madzi tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah SAW terhadap seseorang yang pakaiannya terkena madzi,

โœ๐Ÿปโ€œCukuplah bagimu dengan mengambil segenggam air, kemudian engkau percikkan bahagian pakaian yang terkena air madzi tersebut.โ€
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad hasan).

๐Ÿ“Keluarnya air madzi membatalkan wudhu. Apabila air madzi keluar dari kemaluan seseorang, maka dia wajib mencuci kemaluannya dan berwudhu apabila hendak solat.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah, โ€œCucilah kemaluannya, kemudian berwudhulah.โ€
(HR. Bukhari Muslim)

Maknanya, tidak perlu mandi wajib.


5. Bangkai

Bangkai dalam bahasa Arab disebut al Mayyitah (bunyi ala-ala mayat kan?). Pengertiannya adalah haiwan yang mati tanpa disembelih mengikut syarak. Mungkin ia mati dengan cara mati sendiri tanpa sebab atau dengan campur tangan manusia yang membunuhnya (dengan cara mencekik atau memukul dengan batu dan sebagainya).Bangkai binatang itu adalah najis.

โœ๐ŸปDalil najisnya bangkai:

Dari Abdullah bin Abbas dia berkata,” Saya mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda,” Apabila kulit telah disamak, maka sungguh ia telah suci.”
(HR. Muslim)

Penjelasan dari Hadis: Apabila Nabi ๏ทบ berkata kulit yang sudah disamak menjadi suci, maka ini memberi isyarat bahawa kulit itu asalnya najis. Hanya setelah disamak baharulah ianya menjadi suci.

๐Ÿ“ŒNota tambahan:

Kita mahu membetulkan sedikit terma/istilah yang dipakai oleh orang kita. Ramai yang tidak tahu membezakan antara ‘samak’ dan ‘sertu’. Dengar dan fahami baik-baik.

๐Ÿ”บSertu: membasuh bekas makanan yang dijilat dan terkena air liur anjing dengan 7 kali basuhan dan salah satunya dengan air yang bercampur tanah.

๐Ÿ”บSamak: proses membersihkan kulit binatang supaya kulit itu boleh dipakai. Kalau tidak dibersihkan, memang tidak boleh dipakai, sebab kulit tersebut akan berbau busuk. Tiada orang yang akan membeli beg Birkin atau beg Bijan jikalau tidak disamak terlebih dahulu.

Cara samak:

โ–ช๏ธMembersihkan dahulu segala sesuatu yang boleh menyebabkan kulit itu berbau busuk. Iaitu dengan membuang daging dan lemak yang melekat pada kulit itu. Setelah itu diberikan cairan mengkakis seperti cuka atau semisalnya.

โ–ช๏ธKemudian direndam beberapa waktu (agak lama atau mungkin beberapa hari). Setelah semua tahap ini selesai baharulah kulit bangkai binatang tersebut menjadi suci dan boleh dimanfaatkan. Boleh dibuat beg, tali pinggang, dompet dan sebagainya. Baik, harap selepas ini kita semua tahulah hendak menggunakan istilah yang mana samak dan yang mana sertu.

โœ๐ŸปPara ulama berpendapat, anggota tubuh (daging) yang dipotong dari haiwan yang masih hidup, termasuk dalam kategori bangkai, dengan berdasarkan sabda Rasulullah โ€Ž๏ทบ:

โ€Žู…ูŽุง ู‚ูุทูุนูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุจูŽู‡ููŠู…ูŽุฉู ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุญูŽูŠู‘ูŽุฉูŒ ููŽู…ูŽุง ู‚ูุทูุนูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ููŽู‡ููˆูŽ ู…ูŽูŠู’ุชูŽุฉูŒ

โ€œSemua yang dipotong dari haiwan dalam keadaan masih hidup adalah bangkaiโ€.
HR Abu Daud no. 2858 dan Ibnu Majah no. 3216 dan disahihkan Al Albani dalam Sunan Abu Daud

Dengan demikian hukumnya sama dengan hukum bangkai. Jadi dari ini kita tahu yang bangkai adalah najis. Dikecualikan dalam hal ini, iaitu:

[a] Bangkai ikan dan belalang,

โœ๐ŸปBerdasarkan kepada sabda Rasulullah โ€Ž๏ทบ

โ€Žุฃูุญูู„ู‘ูŽุชู’ ู„ูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽูŠู’ุชูŽุชูŽุงู†ู ูˆูŽุฏูŽู…ูŽุงู†ู ููŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุชูŽุชูŽุงู†ู ููŽุงู„ู’ุญููˆุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฌูŽุฑูŽุงุฏู ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ุฏู‘ูŽู…ูŽุงู†ู ููŽุงู„ู’ูƒูŽุจูุฏู ูˆูŽุงู„ุทู‘ูุญูŽุงู„ู

โ€œDihalalkan bagi kalian dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Adapun dua bangkai tersebut adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah tersebut adalah hati (lever) dan limpa.
[HR Ibnu Majah no. 3314 dan dishohihkan Syeikh Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no.1118]

[b] Bangkai haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir seperti lalat, lebah, semut dan sejenisnya.

โœ๐ŸปBerdasarkan kepada sabda Rasulullah โ€Ž๏ทบ .

โ€ŽุฅูุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุนูŽ ุงู„ุฐู‘ูุจูŽุงุจู ูููŠ ุดูŽุฑูŽุงุจู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ููŽู„ู’ูŠูŽุบู’ู…ูุณู’ู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ู„ููŠูŽู†ู’ุฒูุนู’ู‡ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ูููŠ ุฅูุญู’ุฏูŽู‰ ุฌูŽู†ูŽุงุญูŽูŠู’ู‡ู ุฏูŽุงุกู‹ ูˆูŽุงู„ู’ุฃูุฎู’ุฑูŽู‰ ุดูููŽุงุกู‹

โ€œApabila seekor lalat hinggap di minuman salah seorang kalian, maka hendaknya dia menenggelamkannya kemudian membuangnya, kerana pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit dan pada (sayap) yang lainnya (terdapat) ubatnya (penawar)โ€
[HR Al Bukhari no. 3320]

๐Ÿ“Nota: Maka kalau termakan semut itu, kira halal lah.

[c]. Tulang, tanduk dan kuku bangkai.

Ini semuanya suci sebagaimana dijelaskan Imam Al Bukhari dari Al Zuhri tentang tulang bangkai, seperti gajah dan lainnya, dengan sanad muโ€™allaq dalam sahih Al Bukhari (1/342).

โœ๐ŸปImam Al Zuhri menyatakan : โ€œAku telah menemui sejumlah orang dari kalangan ulama salaf, menggunakannya sebagai sisir dan berminyak dengannya, Mereka memperbolehkannyaโ€ Shohih fiqhus Sunnah 1/73


6. Daging Babi

Daging babi jelas najis.

โœ๏ธDalilnya dalam al-An’am:145

ู‚ูู„ ู„ุง ุฃูŽุฌูุฏู ููŠ ู…ุง ุฃูˆุญููŠูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ู‹ุง ุนูŽู„ู‰ูฐ ุทุงุนูู…ู ูŠูŽุทุนูŽู…ูู‡ู ุฅูู„ู‘ุง ุฃูŽู† ูŠูŽูƒูˆู†ูŽ ู…ูŽูŠุชูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆ ุฏูŽู…ู‹ุง ู…ูŽุณููˆุญู‹ุง ุฃูŽูˆ ู„ูŽุญู…ูŽ ุฎูู†ุฒูŠุฑู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฑูุฌุณูŒ ุฃูŽูˆ ููุณู‚ู‹ุง ุฃูู‡ูู„ู‘ูŽ ู„ูุบูŽูŠุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ู

Katakanlah: “Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi — kerana sesungguhnya semua itu kotor — atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.

Bagaimana pula dengan kulit babi atau bulu babi? Ini tentu menjadi satu perkara yang menjadi persoalan yang bermain di fikiran.

Terutama kalau membeli kasut kulit tetapi rupa-rupanya kasut itu diperbuat dari kulit babi. Apabila memakai berus melukis, rupa-rupanya berus diperbuat dari bulu babi pula. Alamak!

Walaupun ada juga pendapat yang mengatakan kulit babi dan bulu babi tidak najis, tetapi pendapat yang rajih, mengatakan kulit babi dan bulu babi juga adalah najis. Kalau disamak pun ia tidak akan menjadi suci, kerana memang ia berasal dari benda yang tidak suci.

๐Ÿ“Ibnu Utsaimin menjelaskan, bahawa kulit binatang ada 3 :

1. Kulit binatang yang statusnya suci dan boleh dimanfaatkan, meski pun tidak disamak. Itu adalah kulit haiwan yang halal dimakan dan disembelih dengan cara yang benar. Contohnya, ada orang makan kulit lembu, kulit ayam dan sebagainya.

2. Kulit binatang yang tidak boleh disucikan, meskipun telah disamak. Statusnya tetap najis, apapun keadaannya. Itulah kulit semua binatang yang haram dimakan, seperti babi atau anjing.

3. Kulit binatang yang suci setelah disamak, dan najis jika tidak disamak. Itulah kulit bangkai binatang yang halal dimakan, seperti kulit bangkai lembu, dan sebagainya. (Liqaโ€™at Bab Al-Maftuh, Volume 52, no. 8).

Lalu bolehkah kita memakai beg, kasut atau sebagainya yang diperbuat dari kulit babi?

โœ๏ธTerdapat suatu hadis dari Muawiyah radhiyallahu โ€˜anhu,

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ ู„ูุจููˆุณู ุฌูู„ููˆุฏู ุงู„ุณู‘ูุจูŽุงุนูุŒ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ููƒููˆุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง

Bahawa Rasulullah โ€Ž๏ทบ melarang memakai kulit binatang buas dan menungganginya.
(HR. An-Nasai 4255, Abu Daud 4131 dan dishahihkan Al-Albani).

Oleh kerana Nabi melarang memakai kulit binatang buas kerana binatang buas tidak boleh dimakan, maka tentulah larangan tersebut terpakai untuk kulit babi juga kerana daging babi tidak boleh dimakan. Oleh itu kalau membeli beg atau kasut kenalah tengok ia diperbuat dari kulit apa.

๐Ÿ“ŒSekarang timbul persoalan lain pula: Bagaimana sekiranya terpakai, atau tersentuh kulit babi? Perlukah disertu tubuh badan atau pakaian kita?

Prinsip penting yang kita pegangi dalam hal ini adalah: tidak semua perkara yang berkaitan menyentuh benda najis, menyebabkan badan kita menjadi najis. Ini kerana, ada dua hal yang perlu dibezakan: Adakah benda itu najis, dan menyentuh benda najis.

Menyentuh benda najis boleh menyebabkan badan kita menjadi najis, jika ada bahagian benda najis itu yang melekat pada tubuh kita. Sebaliknya, jika tidak ada bahagian benda najis itu yang melekat, maka status badan kita tetap suci.

โœ๏ธSyaikh Dr. Sholeh Al-Fauzan menjelaskan,

ูˆุฅุฐุง ู„ู…ุณ ุงู„ุฅู†ุณุงู† ู†ุฌุงุณุฉ ุฑุทุจุฉุ› ูุฅู†ู‡ ูŠุบุณู„ ู…ุง ู„ู…ุณู‡ุง ุจู‡ ู…ู† ุฌุณู…ู‡ุ› ู„ุงู†ุชู‚ุงู„ ุงู„ู†ุฌุงุณุฉ ุฅู„ูŠู‡ุŒ ุฃู…ุง ุงู„ู†ุฌุงุณุฉ ุงู„ูŠุงุจุณุฉุ› ูุฅู†ู‡ ู„ุง ูŠุบุณู„ ู…ุง ู„ู…ุณู‡ุง ุจู‡ุ› ู„ุนุฏู… ุงู†ุชู‚ุงู„ู‡ุง ุฅู„ูŠู‡

Jika ada orang menyentuh benda najis yang basah maka dia harus mencuci bagian tubuhnya yang terkena benda najis itu, kerana ada bahagian najisnya yang berpindah kepadanya. Namun jika menyentuh najis kering, maka tidak perlu mencuci badan yang menyentuhnya, kerana tidak ada bahagian najis yang menempel.
(Al-Muntaqa min Fatawa Al-Fauzan).

Oleh itu, cuma perlu membasuh tubuh kita sekiranya kulit babi itu basah atau tubuh kita basah. Ini kerana dalam keadaan basah sahaja baru ada perpindahan (transfer) najis. Jika kedua-duanya kering, maka tidak perlu dicuci.

๐Ÿ“ŒTetapi bagaimanakah cara membasuhnya? Guna air tanah juga kah (sertu)?

Tidak, basuh biasa sahaja. Cara mencucinya hanya dengan sekali basuhan air, sebagaimana najis pada umumnya. Sebahagian ulama ada yang menyamakan najisnya babi seperti najisnya air liur anjing. Namun analogi ini tidak benar dan tidak memiliki dasar yang kuat.

Di antara ulama yang membantah pendapat yang menyamakan status najisnya kulit babi dengan air liur anjing adalah Imam Ibnu Utsaimin.

โœ๐ŸปBeliau menjelaskan,

ูˆู‡ุฐุง ู‚ูŠุงุณ ุถุนูŠู ุ› ู„ุฃู† ุงู„ุฎู†ุฒูŠุฑ ู…ุฐูƒูˆุฑ ููŠ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุŒ ูˆู…ูˆุฌูˆุฏ ููŠ ุนู‡ุฏ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุŒ ูˆู„ู… ูŠุฑุฏ ุฅู„ุญุงู‚ู‡ ุจุงู„ูƒู„ุจ ุŒ ูุงู„ุตุญูŠุญ ุฃู† ู†ุฌุงุณุชู‡ ูƒู†ุฌุงุณุฉ ุบูŠุฑู‡ ุŒ ู„ุง ูŠุบุณู„ ุณุจุน ู…ุฑุงุช ุฅุญุฏุงู‡ุง ุจุงู„ุชุฑุงุจ

Menyamakan kulit babi dengan anjing adalah analogi yang lemah. Kerana babi telah disebutkan dalam Al-Quran dan sudah wujud di zaman Nabi ๏ทบ. Sementara tidak ada riwayat yang menyamakan babi dengan anjing. Kerana itu yang benar, najisnya babi sama dengan najisnya benda najis lainnya. Tidak perlu dicuci tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. (As-Syarhul Mumthiโ€™, 1/356).

Semoga penjelasan ini jelas dan apabila berpegang dengan pendapat ini, maka tidaklah susah hidup kita. Islam bukanlah agama yang menyusahkan manusia.

Oleh kerana tidak tahu tentang perkara ini, maka ada orang yang sertu rumahnya, atau menukar karpet di masjid yang telah dimasuki babi dan sebagainya lagi. Itu adalah ghuluw (berlebihan dalam agama). Buang masa dan buang duit belaka.


7. Air liur anjing

Masyarakat Melayu kita cepat melatah. Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam timbul, pelbagai reaksi telah lahir antaranya:

๐Ÿ”บAnjing adalah binatang yang dimusuhi oleh Islam.
๐Ÿ”บVideo itu menghina umat Islam.
๐Ÿ”บPerbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam.
๐Ÿ”บApa salahnya kita membela anjing macam orang lain.

Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasarkan fakta dan ada yang berdasarkan emosi. Ramai yang bercakap tanpa ilmu. Tiada ilmu tetapi hendak komen juga, janji komen, kan? Lantaklah betul ke tidak, janji nampak macam aku pandai, yer dak?

Jangan kita hina anjing itu sangat. Ada anjing yang lagi mulia daripada kita. Di dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan tentang anjing yang mengiringi para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.

โœ๐ŸปFirman Allah: (maksudnya) โ€œdan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.โ€
(Surah al-Kahfi, ayat 18)

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan.

โœ๐ŸปSementara dalam hadis pula, Nabi ๏ทบ bersabda:

โ€œDiampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia mengikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian ituโ€
(Riwayat al-Bukhari)

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah SWT kerana dengan ikhlas memberi minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika seorang muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada seorang muslim yang memberi makan kepada anjing, dia patutlah dipuji.

Anjing ada banyak gunanya dalam kehidupan manusia: ada yang dijadikan sebagai anjing pemburu, anjing peneman, pengawal rumah, pengesan dadah, pengesan bom, anjing juga ada yang boleh membuat CPR.

Malangnya ada budak-budak (juga orang tua tetapi berakal budak lagi) yang apabila nampak anjing, mereka akan membaling dengan batu seolah-olah anjing itu hina.
Siapakah yang mengajar mereka begitu? Ibubapa merekalah agaknya.

๐Ÿ“ŒBolehkah Muslim memiliki anjing?

โœ๐ŸปTertulis di dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)

โ€œMereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): โ€œApakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?โ€ bagi menjawabnya: โ€œDihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNyaโ€
(Surah al-Maidah, ayat 4)

Haiwan pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama.

Jadi janganlah berasa pelik jikalau ada orang Islam yang membela anjing. Hanya di Malaysia sahaja orang kita tidak tahu sebab duduk di bawah tempurung. Ada handphone canggih tetapi duduk buat dengar lagu dan baca pasal artis sahaja.

Cuma, tidaklah boleh dibela di dalam rumah sebagai binatang peliharaan (pet) pula. Ini dilarang. Ertinya, muslim boleh memiliki anjing buruan. Demikian juga, dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

๐Ÿ“Baik, soalan maut hari ini: Bolehkah sentuh anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Namun ini tidak tepat, kerana jika benda najis haram dipegang, maka haram jugalah seseorang menyentuh najis dirinya sendiri, ataupun najis anaknya ataupun sesiapa yang di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Basuh berak kena pakai sarung tangan (glove) lah lepas ni.

Maka haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu jugalah dengan doktor veterinar.
๐Ÿ“Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

๐Ÿ“ŒNajis boleh disentuh, tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat.

โ–ช๏ธMenyentuh anjing yang kering, sepakat ulama mengatakan tidak najis.

โ–ช๏ธMenyentuh anjing basah, ia adalah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafiโ€™y agak tegas dalam hal ini.

โ–ช๏ธNamun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut di dalam hadits:

โœ๐Ÿปโ€œApabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanahโ€
(Riwayat al-Bukhari)

Maka janganlah kita geli sangat dengan anjing.

โœ๐ŸปLihat hadits riwayat โ€˜Abd Allah ibn โ€˜Umar (yang menerangkan)

โ€œAnjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.โ€
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)

Lihatlah anjing ada keluar masuk masjid zaman Nabi dulu, namun Nabi tidak suruh untuk pagar masjid itu! Maka kalau anjing menjilat bekas makanan kita dan kita hendak mengguna pakai lagi bekas itu, maka itulah yang kena disertu. Sekiranya masih ada bekas lain, boleh sahaja dibuang bekas itu kerana bukan hendak pakai sangat pun.

Ada pun tentang sentuhan anjing, air liur yang anjing itu jilat selain dari makanan, masih ada banyak pendapat lain lagi. Adakah perlu air tanah juga? Zaman dahulu tiada sabun maka pakailah air tanah tetapi di zaman sekarang bermacam-macam detergent sudah ada, maka tidak perlu lagi pakai air tanah.

Walaupun begitu, ada pendapat yang mengatakan tetap kena pakai air tanah juga kerana zaman dulu ada juga bahan lain seperti bidara yang dijadikan sabun, tetapi Nabi tidak suruh pula pakai bidara itu. Lagi pun, ada kajian yang menunjukkan tanah mengandungi bahan yang dapat menghilangkan kesan atau bahaya dari enzim anjing. Maka ini pun pendapat yang kuat.


8. Daging binatang buas

Binatang buas tidak boleh dimakan, jadi dagingnya adalah najis.

โœ๐ŸปNabi ๏ทบ bersabda,
ูƒูู„ู‘ู ุฐููŠ ู†ูŽุงุจู ู…ูู†ู’ ุงู„ุณู‘ูุจูŽุงุนู ููŽุฃูŽูƒู’ู„ูู‡ู ุญูŽุฑูŽุงู…ูŒ

โ€œSetiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram.โ€
(HR. Muslim no. 1933)

Rasanya tidak ada masalah di negara ini kerana kita tidak makan binatang buas.


9. Daging keldai

Daging keldai tidak boleh dimakan maka dagingnya najis. Maka ini juga tidak menjadi masalah di negara kita kerana tidak ada yang memakan keldai.


10. Haiwan jallaalah

Haiwan jallaalah adalah haiwan (seperti unta, sapi, kambing atau ikan) yang telah memakan najis.

Para ulama mengatakan bahawa daging atau susu dari haiwan jallaalah tidak boleh dimakan.

โœ๐ŸปDasar pelarangan hal ini adalah hadits Ibnu โ€˜Umar,

ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุนูŽู†ู’ ุฃูŽูƒู’ู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู„ุงู‘ูŽู„ูŽุฉู ูˆูŽุฃูŽู„ู’ุจูŽุงู†ูู‡ูŽุง.

โ€œRasulullah ๏ทบ melarang dari mengkonsumsi haiwan jalaalah dan susu yang dihasilkan darinya.โ€
(HR. Abu Daud no. 3785 dan At Tirmidzi no. 1824. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Haiwan jallaalah boleh dimakan lagi apabila bau-bau najisnya hilang setelah diberi makan makanan yang bersih, inilah pendapat yang shahih.

โœ๐ŸปAda riwayat dari para salaf, di antara mereka memberikan jarak waktu haiwan jallaalah tadi diberi makan yang bersih-bersih sehingga kembali halal dimakan. Satu pendapat mengatakan kena dikuarantinkan selama 3 hari sambil diberi makanan yang bersih.


11. Tulang, bulu dan tanduk haiwan-haiwan yang najis.

Semua dikira najis kalau ia datang dari binatang yang najis kerana asalnya dari benda yang najis.

Sekian jenis-jenis najis dalam Islam. Sekarang kita lihat perbincangan sisa minuman kerana ada yang sangka semua sisa minuman itu najis. Tapi kita kena faham yang ada sisa minuman yang suci dan ada yang najis.


๐Ÿ€SESI SOAL JAWAB KELAS KE-3โ˜˜๏ธ

๐Ÿ“Apakah maksudnya lebih suka dalam hadis di bawah? Adakah bermaksud boleh buat?
Kalau hal berkait bahasa hadith, adakah kita kena faham gaya bahasa dan budaya arab masa itu?

Imam Bukhari telah menaqalkan:

ูˆูŽูƒูŽุฑูู‡ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู ูˆูŽุฃูŽุจููˆ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ููŠูŽุฉู ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽุทูŽุงุกูŒ ุงู„ุชูŽู‘ูŠูŽู…ูู‘ู…ู ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ูˆูุถููˆุกู ุจูุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠุฐู ูˆูŽุงู„ู„ูŽู‘ุจูŽู†ู

Al Hasan dan Ataโ€™ Abu Aaliyah tidak suka menggunakannya. Ataโ€™ berkata: bertayamum lebih aku sukai dari berwudu’ menggunakan Nabiz dan susu.

๐Ÿ”ตBahasa lenggok orang Arab. Maknanya dia tidak buat. Betul juga jika dibaca cara Melayu macam ada pilihan pula.
Ya,kena faham agar kita tidak salah faham maksud. Oleh sebab itu kena belajar kerana kalau baca sendiri ditakuti akan salah.

๐Ÿ“Benarkah jika air berwarna samada sedikit atau banyak jumlah air, ia tetap tidak menyuci kan seperti air sirap tawar?

๐Ÿ”ตYa, ‘air sirap’ itu sudah ditambah ‘sirap’ pada namanya. Maka tidak boleh.

๐Ÿ“Adakah sama kaedah merenjis air dan spray? Adakah kita perlu cuci dan gosok dengan air pada tempat yang terkena air kencing itu?

๐Ÿ”ตSpray juga boleh tetapi nanti setiap kali terkena air kencing perlu spray. Jadi kaedah renjis lebih senang. Renjis sekali dua sahaja buat syarat.

๐Ÿ“Mengapakah kaedah merenjis hanya untuk anak lelaki sahaja? Bagaimana pula jika bayi itu ada dua jantina?

๐Ÿ”ตDalil dari Nabi. Ulama kata hikmahnya kerana zarath/chemical tidak sama antara kencing budak lelaki dan perempuan. Semoga nanti ada kajian sains yang akan jelaskan.
Dua jantina ini adalah Khunsa. Maka kena basuh dan tidak boleh renjis sahaja.

๐Ÿ“Adakah merenjis ini boleh dilakukan sama ada air kencing itu banyak terkena pakaian atau sedikit walaupun 5 titis sahaja? Jika anak itu masih menyusu dan sudah mulai makan Nestum, kaedah merenjis pada air kencing sudah tidak boleh dilakukan?

๐Ÿ”ตIni dipanggil ta’abbud. Ikut seperti disuruh. Kalau hendak kira bersih, belum tentu tetapi sebab ini cara yang cukup dan terbaik (it’s good enough) kepada Nabi, maka cukup bagi kita juga.
Untuk bayi sudah tidak boleh merenjis sebab sudah ada benda asing dimakan.

๐Ÿ“ Adakah air wadi sama dengan mazi?

๐Ÿ”ตTidak sama.

๐Ÿ“ Benarkah sama kaedah merenjis air pada kencing bayi untuk pakaian yang ada air madzi dan adakah ia termasuk dalam najis ringan?

๐Ÿ”ตYa. Sama sebab susah hendak dikesan maka syarak permudahkan.
Tidak termasuk, ia hanya dipermudahkan cucian kerana susah dikesan sahaja.

๐Ÿ“Jika darah haidh kita kena cuci dulu, adakah wajib cuci juga untuk darah kudis atau darah nyamuk yang terkena pakaian solat.

๐Ÿ”ตDarah haidh sahaja yang kena cuci.Darah, kudis bukan najis. Nanti kita masuk bab darah pula.

๐Ÿ“Adakah jika darah keluar sikit dalam setitik dua dalam 2 atau 3 hari itu dianggap darah haid juga?

๐Ÿ”ตWanita kenal mana haidh dan tidak. Warna dan sifat tidak sama dengan darah biasa.

๐Ÿ“Apakah yang perlu buat jika ada air kencing yang meleleh 1 atau 2 titik lalu terkena seluar dalam?

๐Ÿ”ตNajis ini kalau nampak baru kita cuci. Kalau tidak nampak maka tidak perlu dicari.

Ini penting kerana ramai penyakit was-was di negara ini. Benda tidak ada tetapi dibasuh bagai hendak rak. Ini tidak disuruh dalam Islam. Jadi setitik dua begitu kalau nampak barulah dibasuh. Tidak perlu hendak belek. Konsep ‘kot-kot ada’ tidak dipakai dalam ilmu toharah ini.
Kalau pasti ada baru dibasuh, selalunya tidak pasti. Agak-agak sahaja. Maka jadilah penyakit was-was. Orang melayu sahaja ada. Bangsa lain saya tidak tahu.Benda khayalan sahaja.

๐Ÿ“Kita perlu basuh jika terpijak tahi binatang atau ia terkena seluar, seperti tahi ayam dan kucing. Adakah nanti batal wuduk?

๐Ÿ”ตYa, kenalah basuh. Satu lagi konsep orang melayu kena faham (banyak sangat kekeliruan orang Melayu). Sentuh najis tidak batalkan wuduk. Basuh sahaja seperti biasa.

๐Ÿ“Adakah benar pakaian solat setelah dicuci mesin atau tangan perlu bilas dengan air mengalir iaitu air paip?

๐Ÿ”ตCara itu tidak betul. Apabila sudah masuk mesin basuh, ia akan bersihkan pakaian itu. Nama pun ‘mesin basuh’ kan? Air dalam mesin basuh lebih banyak dari najis (kalau ada). Maka air yang banyak akan membersihkan pakaian dan menghilangkan najis. Selalu tiada najis, ada peluh sahaja dan peluh bukan najis.

๐Ÿ“Semasa tinggal di asrama saya cuci kain, bilas dengan air paip sebab ada yang kata kena bilas air mengalir kalau hendak pakai untuk solat.

๐Ÿ”ตSiapa yang ajar? Apa sebab dia ajar? Mana dia dapat? Inilah ajaran pak lebai di Malaysia yang menyusahkan rakyat jelata. Saya tahu ada yang diajar sebegitu tetapi ia menyusahkan dan tiada dalil. Kononnya air mengalir itu sahaja air mutlak tetapi sudah belajar apakah air mutlak.

Memang merata fahaman sebegini. Itulah sampai hendak buat kedai dobi khas untuk orang Islam sahaja. Karut sungguh! Sama sahaja pakaian untuk solat dengan pakaian untuk dipakai. Kita pergi kerja, kemudian sampai masa solat, pakai pakaian itulah juga. Cuba fikirkan,sahabat Nabi dulu ada satu pakaian dan mereka bukan ada almari pakaian hendak tukar-tukar.

๐Ÿ“Bagaimana jika baju atau telekung terkena darah, ustazah di sekolah ajar kena basuh bersih dan pastikan hilang kesan?

๐Ÿ”ตIni hadis ajaran Nabi SAW kata kalau ada sikit-sikit itu dimaafkan.

โ€Žุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑู‡ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, ุฃู† ุฎูˆู„ุฉ ุจู†ุช ูŠุณุงุฑ ู‚ุงู„ุช, ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŠุณ ู„ูŠ ุฅู„ุง ุซูˆุจ ูˆุงุญู€ุฏ ูˆุฃู†ุง ุฃุญูŠุถ ููŠู‡ุŸ ู‚ุงู„ ูุฅุฐุง ุทู‡ุฑุช ูุงุบุณู„ู‰ ู…ูˆุถุน ุงู„ู€ุฏู… ุซู… ุตู„ูŠ ููŠู‡, ูู‚ุงู„ุช ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุฅู† ู„ู… ูŠุฎุฑุฌ ุฃุซุฑุŸ ู‚ุงู„, ูŠูƒูู€ูŠู€ู€ูƒ ุงู„ู…ุงุก ูˆู„ุง ูŠุถุฑูƒ ุฃุซุฑู‡.

โ€œDari Abu Hurairah radhiyallahu โ€˜anhu bahwa Khaulah binti Yasar berkata, โ€˜Ya Rasulullah, aku hanya mempunyai satu helai pakaian, dan (sekarang) saya haidh mengenakan pakaian tersebut.โ€™
Maka Rasulullah menjawab, โ€˜Apabila kamu telah suci, maka cucilah yang terkena haidhmu, kemudian salatlah kamu dengannya.โ€™
Dia bertanya, โ€˜Ya Rasulullah, (bagaimana) kalau bekasnya tidak boleh hilang?โ€™
Rasulullah menjawab, โ€˜Cukuplah air bagimu (dengan mencucinya) dan bekasnya tidak membahayakan (salat)mu.’โ€
(Sahih, riwayat Abu Dawud dalam Sahih-nya (no. 351) dan โ€˜Aunul Maโ€™bud (II/26 no. 361), al-Baihaqi (II/408))

Peringatan dari saya, tinggalkan ajaran sekolah yang ghuluw kerana mengajar benda yang tidak patut sampai menyusahkan. Perlu tinggalkan apa yang dipelajari itu,kemaskan balik pembelajaran dan ada pemurnian. Hilang bau hilang kesan sudah boleh diterima.

๐Ÿ“Adakah bersih mengelap kotoran menggunakan tisu basah (wet tissue)? Ramai kaum ibu yang guna sewaktu tukar pampers bayi,terutama sewaktu musafir.

๐Ÿ”ตYa tahu. Bersih dan suci.

๐Ÿ“Apakah hingus yang jernih mengalir itu najis sebab semasa sedang solat dia mengalir, susah hendak kawal?
Adakah batal solat jika selepas solat baru perasan,semasa lap hingus, terkeluar sedikit tahi hidung?

๐Ÿ”ตHingus bukan najis.Benda kotor tidak semestinya najis.
Tahi hidung, tahi telinga, tahi gigi bukanlah najis walaupun nama ‘tahi’. Ia benda kotor dan jijik. Benda kotor tidak semestinya najis.

๐Ÿ”ดApakah maksud najis?

Benda yang kotor iaitu tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat ia mengerjakan solat.

๐Ÿ“Bagaimana hendak tentukan sesuatu itu kotor sahaja atau najis?

๐Ÿ”ตInilah kita buat kelas ni. Kita sedang senaraikan. Nanti kita akan tahu, selain dari itu bukanlah najis. Kita sebutkan perkara yang selalu dianggap najis tetapi tidak najis.

๐Ÿ”ดSemasa di kampung ada air perigi yang biasanya jernih menjadi keruh serta berbau. Kami akan bagi tawas untuk menjernihkan air tetapi masih begitu. Bolehkah air tersebut digunakan untuk berwudhu,mandi wajib dan bersuci sebab air paip pada ketika itu tidak keluar?

๐Ÿ”ตBoleh.Ini dikira sebagai air ajin.

๐Ÿ“Adakah air loji kumbahan itu boleh dikatakan bersih setelah melalui proses dan digunakan untuk kegunaan harian seperti masak,minum dan mandi.

๐Ÿ”ตNampak bersih, maka bersihlah. Tidak ada apa hendak difikirkan lagi. Jangan fikir benda yang tidak perlu fikir.

๐Ÿ“Soalan luar topik kelas

๐Ÿ“Adakah solat witir boleh dilakukan serentak 3 rakaat dengan 1 tahiyat 1 salam?

๐Ÿ”ตYa. Dan satu tahiyat sahaja. Tiada tahiyat awal. Jangan buat macam silat maghrib pula.

๐Ÿ“Mengenai solat jamak. Saya buat perjalann dari Klang ke Tampin Negeri Sembilan, bertolak jam1 tengahhari dan sampai hampir pukul 4. Adakah saya boleh buat solat jamak qasar sebab urusan saya akan selesai menjelang Maghrib. Kemudian akan terus balik ke Klang.

๐Ÿ”ตNabi selalunya akan qasar sahaja dalam musafir. Jamak dibenarkan kalau ada kepayahan. Maka kalau boleh, buat qasar sahaja. Jangan terus jamak. Masalahnya, orang melayu kita sangka jamak dan qasar ni macam ‘pakej’ pulak. Kalau ada qasar mesti hendak jamak sekali. tTidaklah begitu. Ia hukum berbeza dan bergantung kepada keadaan.

Ada masa qasar sahaja.
Ada masa jamak sahaja.
Ada masa jamak dan qasar sekali.

Ini sendiri kena nilai dalam keadaan anda, pada waktu itu.Nanti kita masuk bab ni semoga semua jelas dan tahu bagaimana hendak amalkan.

๐Ÿ“Bolehkah semasa berenang, kita menyelam seluruh badan dan niat wudhuk?

๐Ÿ”ตJawapan
1. Kalau dia terjun dan niat mandi junub, sah.
2. Kalau wudhuk, ada khilaf dan kuatnya tidak sah kerana dalam wuduk, ada yang dipanggil ‘tertib’ – basuh tangan, muka, tangan dan seterus. Kalau terus terjun tiruk dalam air mana tertibnya?

Kalau berendam dalam laut, maka kena sapu satu persatu tubuh itu. sapu tangan, kemudian sapu seterusnya.

๐Ÿ“Setelah isteri bersama dengan suami, apabila hendak mandi junub, isteri didapati telah datang haid. Adakah perlu mandi junub dan apabila habis haid boleh mandi haid pula atau tunggu habis haid baru mandi keduanya?

๐Ÿ”ตIsteri boleh mandi sekali harung sahaja nanti angkat haidh dan junub sekali manakala suami terus mandi junub seperti biasa.

๐Ÿ“Jika dalam situasi tadi belum mandi junub sebab haid pula, bolehkah isteri membaca al-Quran?
Adakah amalan mandi junub dahulu semasa haid kemudian habis haid,mandi haid pula?

๐Ÿ”ตWanita dalam haidh boleh baca al-Qur’an. Imam Bukhari bawa dalil Saidatina Aisyah datang haidh semasa mengerjakan haji. Beliau tidak boleh solat dan tawaf sahaja. Kalau mandi junub juga, haidh masih tidak terangkat dan dalam hadas lagi. Maka boleh sahaja baca al-Qur’an.

Ya, memang ada. Pendapat Imam Ahmad. Ibnu Qudamah mengatakan,

ูุฅู† ุงุบุชุณู„ุช ู„ู„ุฌู†ุงุจุฉ ููŠ ุฒู…ู† ุญูŠุถู‡ุง , ุตุญ ุบุณู„ู‡ุง , ูˆุฒุงู„ ุญูƒู… ุงู„ุฌู†ุงุจุฉ . ู†ุต ุนู„ูŠู‡ ุฃุญู…ุฏ , ูˆู‚ุงู„ : ุชุฒูˆู„ ุงู„ุฌู†ุงุจุฉ , ูˆุงู„ุญูŠุถ ู„ุง ูŠุฒูˆู„ ุญุชู‰ ูŠู†ู‚ุทุน ุงู„ุฏู… . ู‚ุงู„ : ูˆู„ุง ุฃุนู„ู… ุฃุญุฏุง ู‚ุงู„ : ู„ุง ุชุบุชุณู„ . ุฅู„ุง ุนุทุงุก , ูˆู‚ุฏ ุฑูˆูŠ ุนู†ู‡ ุฃูŠุถุง ุฃู†ู‡ุง ุชุบุชุณู„

Jika ada orang mandi junub di masa sedang haid, hukum mandinya sah, dan hilang status status junubnya. Demikian yang ditegaskan Imam Ahmad. Beliau mengatakan, โ€œJunubnya hilang, sementara haidnya tidak hilang sampai darah berhenti.โ€ Beliau juga mengatakan, โ€œSaya tidak tahu adanya ulama yang mengatakan, โ€˜Jangan mandi.โ€™ Selain Athaโ€™, dan diriwayatkan dari beliau bahwa beliau juga mengajarkan untuk mandi.โ€ (al-Mughni, 1/154)

Namun haidhnya masih ada. Tidak boleh solat dan puasa pun. Maka kerana itu Imam Syafie berpendapat mandi sekali sahaja.

Imam as-Syafiโ€™i dalam al-Umm menyatakan,

ุฅุฐุง ุฃุตุงุจุช ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฌู†ุงุจุฉ ุซู… ุญุงุถุช ู‚ุจู„ ุฃู† ุชุบุชุณู„ ู…ู† ุงู„ุฌู†ุงุจุฉ ู„ู… ูŠูƒู† ุนู„ูŠู‡ุง ุบุณู„ ุงู„ุฌู†ุงุจุฉ ูˆู‡ูŠ ุญุงุฆุถุŒ ู„ุฃู†ู‡ุง ุฅู†ู…ุง ุชุบุชุณู„ ูุชุทู‡ุฑ ุจุงู„ุบุณู„ ูˆู‡ูŠ ู„ุง ุชุทู‡ุฑ ุจุงู„ุบุณู„ ู…ู† ุงู„ุฌู†ุงุจุฉ ูˆู‡ูŠ ุญุงุฆุถุŒ ูุฅุฐุง ุฐู‡ุจ ุงู„ุญูŠุถ ุนู†ู‡ุง ุฃุฌุฒุฃู‡ุง ุบุณู„ ูˆุงุญุฏ

Ketika wanita junub, lalu mengalami haid sebelum mandi junub, dia tidak wajib untuk mandi junub selama masa haid. Karena fungsi mandi bisa menyebabkan orang menjadi suci, sementara dia tidak bisa suci dengan mandi junub, sementara dia dalam kondisi haid. Jika haidnya telah selesai, dia boleh mandi sekali. (al-Umm, 1/45).

Perkara sunat yang diamalkan cuma ambil wuduk selepas jimak. Walaupun tidak boleh solat, tetapi menipiskan janabah itu.

๐Ÿ”ณHadis mengenai wudhu’ sekali,dua kali dan tiga kali untuk rujukan.

“Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu tiga kali-tiga kali dan mengusap kepalanya sekali.” (HR. Ibnu Majah: 410) – http://hadits.in/ibnumajah/410

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu dua kali dua kali.” (HR. Bukhari: 154) – http://hadits.in/bukhari/154

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ sekali sekali.” (HR. Bukhari: 153) – http://hadits.in/bukhari/153

HR. Ibnu Majah no 410
‘Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwudlu tiga kali-tiga kali dan mengusap kepalanya sekali.’

๐Ÿ€SESI SOAL JAWAB KELAS KE-4โ˜˜๏ธ
==========================

๐Ÿ“Adakah samak ini hanya untuk orang Islam dan mesti berniat sebelum melakukannya?

๐Ÿ”ต Tidak. Samak ini proses pembersihan sahaja dan boleh dilakukan oleh sesiapa.

๐Ÿ“Adakah benar jika termakan semut nanti hati tidak terang bila belajar?

๐Ÿ”ตTidak betul. Ini fahaman khurafat. Tidak ada orang makan semut tetapi termakan adalah. tJadi tidak perlu hadis sudah faham.

๐Ÿ“Kakak saya telah menghadiahkan sebuah beg yang dibeli semasa dia berada di Australia. Saya berasa was-was hendak gunakan sebab ia diperbuat daripada kulit binatang dan bimbang jika ia kulit binatang yang haram disentuh. Boleh jelaskan binatang apa yang memang tidak boleh kulitnya disamak?
Bagaimana jika beg atau kasut itu daripada kulit ular atau buaya?

๐Ÿ”ตBabi dan binatang buas. Jadi sebelum membeli kena tahulah dari bahan apa beg itu diperbuat.
Termasuk dalam binatang buas maka tidak boleh dipakai. Jika penjual tidak tahu, janganlah beli dan kita tidak rugi apa pun.

๐Ÿ“Sentuh babi tidak perlu sertu sebab apa yang dipelajari ia najis berat?
Adakah sama sertu dan samak?

๐Ÿ”ตTidak perlu sertu hanya basuh biasa sahaja.
Keduanya tidak sama. Harap selepas ini ramai yang faham dan sampaikan ilmu ini kepada orang lain.

๐Ÿ“Jika kita beli barangan terpakai yang kita tidak tahu sama ada pengguna itu Islam atau bukan Islam, perlukah sertu atau samak?

๐Ÿ”ตBila tidak nampak, maka tidak perlu sertu. Kita tidak dipertanggungjawabkan dengan perkara yang kita tidak nampak.

๐Ÿ“Adakah istilah dibenci maksudnya haram? Adakah pendapat lain selain dari ulama tersebut?
Kesimpulannya babi tidak perlu sertu,basuh sahaja dan anjing baru sertu.

๐Ÿ”ตTentu ada sahaja pendapat yang lain. Begitulah bab agama ni. Kita tidak memaksa untuk ikut. Kita bentangkan apa yang kita tahu. Mungkin ada yang boleh beri pendapat yang lain. Boleh kita berbincang.

Ya, sentuh babi atau daging babi tidak perlu sertu. Kalau air liur anjing kena bekas makanan dan hendak pakai bekas itu, barulah sertu.

๐Ÿ“Soalan luar topik kelas

๐Ÿ“Berkaitan istihadoh, jika kita mahu solat fardu, adakah perlu tunggu setiap kali masuk waktu baru berwuduk? Apakah boleh menghimpunkan dua kefarduan dengan satu wuduk? Contoh seseorang itu buat tawaf wajib kemudian dia solat subuh.

๐Ÿ”ตDia perlu ambil wuduk setiap kali masuk waktu.

Maksudnya:โ€œWahai Rasulullah, sesungguhnya saya adalah perempuan yang beristihadhah, sehingga saya tiada (waktu) suci. Apakah saya boleh meninggalkan sembahyang?โ€ Maka Rasulullah Shallallahu โ€˜alaihi wasallam pun menjawab: โ€œTidak, itu hanyalah โ€˜irq (pendarahan) dan ia bukannya haidh. Oleh kerana itu jika datang haidhmu, maka tinggalkan sembahyang, dan jika kadar masa telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah darah daripada dirimu, kemudian sembahyanglahโ€.
(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Tawaf dan solat bagi wanita istihadah. Dengan satu wuduk boleh pakai untuk satu waktu solat dan solat solat sunat lain nya. Bila sudah masuk waktu solat fardhu lain baru kena ambil wuduk lain. Maka boleh pakai satu wuduk untuk tawaf dan solat subuh.

๐Ÿ“Mengenai Istihadoh

1. Bolehkah kita lakukan solat qabliah, dengan wuduk yang diambil selepas masuk waktu solat fardhu?

2. Jika bermusafir boleh lakukan jamak dan qasar solat seperti biasa?

3. Tawaf rukun dan solat subuh boleh dengan satu wuduk?

๐Ÿ”ตJawapan

1. Qabliyah dan ba’diyah boleh. Asalkan bukan solat fardhu.

2. Ya, boleh lakukan

3. Ya,kalau solat Subuh tidak boleh bawa ke solat zuhur.

๐Ÿ“Jika masbuq ketika masuk sholat jemaah, imam sudah rukuk jadi terus ikut imam rukuk dan tidak perlu baca al-Fatihah. Adakah sah sholat atau kena tambah satu raka’at?

๐Ÿ”ตSituasi begini dapat rukuk sekali, rakaat itu dikira. Manakala Fatihah itu ditanggung imam.

๐Ÿ“Bagaimana pula kalau kita baru rukuk, serentak itu imam sudah iktidal, apakah kita dikira sempat rukuk dengan imam dan kita dapat rakaat tersebut?

๐Ÿ”ตKena bersama dengan imam selama selama sempat sebut Subhanallah.

๐Ÿ“Sejauh mana hukumnya menggantung perhiasan perkataan Allah Muhammad? Ada pendapat mengatakan tidak boleh kerana seolah olah kita samakan kedudukan Nabi dengan Allah.

๐Ÿ”ตJawapan
1. Tiada keperluan hendak gantung lafdzul jalaalah
2. Kalau hendak gantung juga keduanya, nama rasul di letakkan di bawah.
3. Lebih baik kalau nak gantung juga, lafdzul jalaalah sahaja.

Ini kalau sudah ada lah. Mungkin hendak buang terasa sayang. Kalau tidak beli lagi, maka tidak perlu beli. Di bawah ada penulisan yang bagus saya kongsikan untuk rujukan.

EMPAT MADZHAB SEPAKAT MELARANG MEMASANG KALIGRAFI AL QURAN

Memasang kaligrafi atau tulisan yang berisi ayat Al-Quran atau pujian untuk Allah, dengan model apa pun, boleh menjadi sebab penghinaan terhadap nama Allah atau ayat Al-Quran.

Kerana itulah, para ‘ulamak dari berbagai madzhab, melarang memasang tulisan ayat Al-Quran atau kalimah dzikir atau yang menyebutkan nama Allah, agar tidak dipasang di dinding.

Berikut kita semak beberapa keterangan mereka :

โšซ๏ธKeterangan ‘ulamak madzhab Hanafiyyah:

Imam Ibnu Nujaim (wafat pada tahun 970H) rohimahullah mengatakan,bukan tindakan yang baik, menuliskan ayat Al-Quran di muhrib atau dinding, kerana dikhowatirkan tulisannya jatuh dan dipijak.
Al Bahr Ar Ro-iq, 2/40)

โšซ๏ธKeterangan ‘ulamak madzhab Malikiyyah

Al Qurthubi (wafat pada tahun 631H) rohimahullah mengatakan,di antara kehormatan Al-Quran, tidak boleh ditulis di tanah atau di atas tembok, sebagaimana yang terjadi pada Masjid-Masjid baru-baru ini.

โšซ๏ธKeterangan ‘ulamak madzhab Syafi’eyyah

Imam An Nawawi (wafat pada tahun 676H) rohimahullah mengatakan di dalam kitabnya At Tibyan,
Madzhab kami (Syafi’eyyah), dibenci menuliskan Al-Quran atau nama Allah pada tembok atau kain.

Di tempat lain, beliau rohimahullah mengatakan,
Tidak boleh menuliskan Al-Quran dengan tinta najis. Dan, dibenci menuliskan Al-Quran di dinding, menurut madzhab kami.
(At Tibyan Fi Adab Hamalah Al-Quran, m/s 89)

โšซ๏ธKeterangan ‘ulamak madzhab Hanabilah,

Ibnu Taimiyyah (wafat pada tahun 728H) rohimahullah mengatakan,
Hukum menuliskan Al-Quran di syiling perak sebagaimana hukum menuliskan Al-Quran di mata wang dirham atau dinar, bezanya, tulisan di syiling perak dibakar dahulu selepas diukir.

Dan, ini semua dibenci, kerana boleh menjadi sebab pelecehan Al-Quran dan disikapkan sebagai tidak terhormat, atau diletakkan di tempat yang tidak selayaknya. Bagi Muslim, sa’atnya untuk meng’amalkan saranan para ‘ulamak di atas.
WAllahu aโ€™lam.

๐Ÿ“Jika kita masih gantung juga, adakah termasuk golongan syirik?
Bagaimana pula jika itu adalah tulisan kaligrafi 3 qul?

๐Ÿ”ตSyirik perkara dalam hati. Kita tidak tahu apa dalam hati manusia. Saya tidak kira orang itu buat syirik. Cuma tidak prihatin sahaja atau dia ada pendapat yang lain.

Sedekah kepada masjid. Masjid juga tidak perlu gantung sebenarnya.Namun dari letak di rumah, lebih baik di masjid. Macam rumah saya, saya simpankan sahaja. Bungkus dan simpan.

๐Ÿ€SESI SOAL JAWAB KELAS KE-5โ˜˜๏ธ
========================

1) Apakah pendapat Imam Asy-Syafi’iy โ€Žุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dan pendapat mazhab Asy-Syafi’iy berkenaan hukum menyentuh anjing?

๐Ÿ”ต Tidak boleh menyentuh anjing. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha’ hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut di dalam hadith:

โ€œApabila anjing menjilat bekas seseorang daripada kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanahโ€ (Riwayat al-Bukhari).

2) Bagaimanakah dengan situasi ini?
Beli kuali (barangan terpakai) di pasar karat yang kita tidak pasti siapa pengguna sebelumnya (jika pemilik asalnya orang kafir dan pernah memasak babi). Adakah perlu disertu?

๐Ÿ”ต Bila tidak nampak, maka tidak perlu sertu.

3) Berdasarkan penerangan sebelum ini, babi tidak perlu sertu, hanya basuh sahaja. Anjing yang perlu disertu. Benarkah begitu?

๐Ÿ”ต Ya, menyentuh babi tidak perlu disertu.
Kalau air liur anjing terkena bekas makanan dan bekas itu hendak digunakan, baharulah sertu.

4) Manakah yang perlu disertu, sentuh binatangnya (babi) atau sentuh daging babi?

๐Ÿ”ต Sama sahaja. Sentuh babi tidak perlu sertu.

5) Bagaimanakah pula dengan pakaian terpakai yang dibeli di pasaran. Lebih-lebih lagi di Australia ni, di mana majoriti penduduknya orang kafir dan membela anjing sebagai binatang peliharaannya. Kadang-kadang tidurnya pun dengan anjing. Perlukah disertu atau basuh sahaja?

๐Ÿ”ต Tidak perlu. Kita tidak dipertanggungjawabkan dengan perkara yang kita tidak nampak.

6) Jikalau ingin membela anjing tidak boleh letak di dalam rumah, di manakah tempat yang boleh diletakkannya?

๐Ÿ”ต Tidak boleh membela anjing tanpa keperluan.

7) Kalau anjing menjilat baju atau mengesel-gesel pada baju, apakah yang perlu dilakukan? Baju tersebut untuk dipakai kegunaan harian

๐Ÿ”ต Bertenang sahaja. Tidak mengapa. Nanti basuh baju seperti biasa sahaja.

8) Saya ada meletakkan bekas makanan dan minuman untuk kucing di depan rumah. Pada suatu pagi, saya ternampak anjing menjilat bekas makanan tu dan minum air. Bekas makanan tersebut saya terus buang tetapi bekas minuman tu tidak. Bolehkah begini?

๐Ÿ”ต Jikalau hendak buang, tidak salah, cuma rugilah. Sebab bukan anda yang hendak makan dan minum dari bekas itu tetapi kucing. Kucing tidak disyariatkan untuk solat, maka tidak mengapa.

9) Jiran berbangsa cina saya suka membasuh najis anjingnya. Setiap hari air itu masuk ke dalam longkang. Andaikata kain yang disidai jatuh ke dalam longkang, perlukah disertu atau hanya basuh seperti biasa?

๐Ÿ”ต Tidak perlu disertu, basuh seperti biasa sahaja.

10) Ustaz, yang perlu disertu ialah bekas makanan yang dijilat oleh anjing dan bekas itu kita hendak guna semula. Selain daripada bekas makanan tidak perlu sertu. Benarkah apa yang saya fahami?

๐Ÿ”ต Ya, tidak perlu disertu

11) Hikmah sertu adalah kerana hendak menghilangkan kesan atau bahaya enzim dari air liur anjing. Jika kita dijilati anjing, maka perlu disertu. Benarkah begitu?

๐Ÿ”ต Tidak sama kerana anjing mengeluarkan enzim itu kalau hendak makan sahaja. Sebab itulah bekas makanan yang kena jilatan anjing disertu kerana semasa dia jilat itu, dia hendak makan.

12) Kalau membeli rumah bekas penghuninya orang Cina. Orang Cina itu ada membela anjing. Adakah perlu disertu rumah itu?

๐Ÿ”ต Tidak perlu disertu kerana tidak diketahui manakah bahagian yang dijilat anjing. Kita dipertanggungjawabkan kalau nampak sahaja.

Lagipun pun, bahaya enzim anjing apabila kita memakannya. Kita bukan hendak jilat pun dinding-dinding rumah itu kan?

13) Adakah najis anjing itu sekadar dibersihkan dengan air sudah memadai?

๐Ÿ”ต Ya. najis anjing itu sama dengan najis yang lain.

14) Kalau anjing menjilat kaki atau tangan kita, maka adakah tidak perlu sertu juga?

๐Ÿ”ต Ya, kerana semasa anjing menjilat kaki atau tangan kita, anjing bukan hendak makan awak.

15) Benarkah jika tersentuh anjing basah atau dijilat anjing seperti perbuatan kucing itu, tidak perlu di samak? Saya fikirkan jika kita terkena air liur anjing, maka perlu disamak juga.

๐Ÿ”ตTidak perlu sertu (Sila semak nota kelas yang lalu berkenaan perbezaan sertu dan samak)

Perlu disertu jika dia menjilat bekas makanan.

16) Adakah yang perlu disertu ialah “jilatan” pada bekas makanan dan bukannya air liur anjing tersebut?

๐Ÿ”ตJilatan/air liur anjing yang terkena pada bekas makanan perlu disertu.

17) Ini bermakna air liur/jilatan anjing pada selain bekas makanan hanya perlu dibasuh macam biasa sahaja?

๐Ÿ”ตYa benar. air liur/jilatan anjing pada selain bekas makanan adalah najis, tetapi tidaklah perlu disertu.

18) Kenapakah jika anjing menjilat kita tidak perlu disertu tetapi jika bekas makanan yang hendak kita pakai perlu disertu?

๐Ÿ”ตAnjing mempunyai enzim di dalam mulutnya. Anjing akan mengeluarkan enzim apabila hendak makan kerana ia membantu mencerna makanan supaya mudah dihadam.

Apabila anjing menjilat anak-anaknya, menjilat orang, anjing tidak mengeluarkan enzim tersebut.

Oleh kerana itu, kalau menggunakan anjing untuk memburu, kita perlu tengok keadaan binatang buruan yang dibawa baliknya bagaimana.

Kalau digigit sahaja, kita boleh makan binatang itu.
Tetapi jika digigitnya dan makan sedikit, maka sudah tidak boleh kita makan binatang itu, kerana anjing dah keluarkan enzim pada air liurnya.

19) Perkara ini sering menjadi persoalan kepada saya sejak dahulu lagi. Adakah tindakan saya betul, jika seseorang itu membela anjing, maka segala pemberiannya seperti masakan dan kek akan saya ambil tetapi kemudiannya dibuang (tanpa dilihat si pemberi)?Ini disebabkan dia ada membela anjing dan saya khuatir tangannya tidak dibasuh apabila memegang anjing.

๐Ÿ”ตRugi. Geli itu hanyalah perasaan sahaja. Dari segi hukum, tidak ada masalah untuk menerima pemberian orang yang membela anjing.

20) Jikalau ingin menyertu bekas makanan anjing. Perlukah menggunakan air tanah atau air sabun atau boleh menggunakan keduanya?

๐Ÿ”ตSaya lebih menyukai kalau menggunakan air tanah.

Tetapi ada juga pendapat mengatakan cukup hanya memakai sabun sahaja. Pandangan jumhur(majoriti) di dalam mazhab Hanbali menyatakan yang boleh digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua keadaan. Syeikh Muhammad Shaltut, bekas Syeikhul Azhar cenderung menerima pendapat ini.

Cumanya, zaman Nabi Muhammad โ€Ž๏ทบ sudah ada juga bahan seperti sabun iaitu bidara, tetapi Nabi Muhammad โ€Ž๏ทบ tetap menyuruh memakai tanah juga untuk menyertu.

21) Bagaimanakah anjing buruan itu kita lepaskan?
Adakah dengan bacaan bismillah? Adakah perlu rusa itu mati digigit atau perlu masih hidup kemudian disembelih baru boleh dimakan?

๐Ÿ”ต
1. Kita mestilah melatih anjing itu dahulu.
2. Ketika memburu, lepaskan anjing dengan bacaan bismillah.
3. Rusa tidak perlu hidup semasa anjing dibawa balik. Apabila membaca bismillah, maka gigitan anjing itu diumpamakan sebagai pisau sembelihan.

22) Bagaimankah perlu dilakukan jika terpijak najis anjing?

๐Ÿ”ตIa najis. Hanya basuh dengan air sahaja tanpa perlu disertu.

23) Bagaimanakah perlu dilakukan apabila digigit dengan anjing?Adakah air liur anjing itu mempunyai enzim juga dan hanya perlu dibasuh dengan air sahaja. Sebagai contoh, anjing mengejar pencuri dan menggigit kaki pencuri sehingga meleleh air liur.

๐Ÿ”ตApabila digigit anjing yang lebih penting adalah perlu pergi ke klinik
Digigit anjing bukan perkara yang remeh. Di klinik nanti akan dicuci kesan gigitan dengan antiseptik. Bersih dan suci.

24) Kenapakah jilatan anjing itu tidak perlu disertu? Bukankah anjing itu najis mughallazah?

๐Ÿ”ตItu adalah pendapat dalam mazhab Asy-Syafi’iy. Saya berikan pendapat yang lain.

25) Berkenaan dengan sabun untuk mencuci kenajisan anjing, adakah pendapat lain yang menyatakan sabun hanya boleh digunakan jika ketiadaan tanah?

๐Ÿ”ตMemang ada pendapat boleh menggunakan sabun walaupun tanpa tanah. Pendapat Hanabilah (mazhab Ahmad).

Contohnya apabila berada di kutub utara yang di mana sukarnya untuk mencari tanah.

26) Jika ada anjing mati, kemudian mereput sehingga tinggal tulang sahaja. Saya mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Adakah saya boleh mencuci tangan dengan sabun sahaja?

๐Ÿ”ตCuci tangan dengan sabun sahaja. Tidak perlu disertu.

27) Adakah perlu untuk melafaz niat apabila ingin menyertu atau hanya cukup dengan lintasan di dalam hati sahaja?

๐Ÿ”ตBuat apa-apa pun sudah ada niat.

Situasi yang tiada niat adalah sebegini:
Ketika membasuh tangan tiba-tiba terfikir apakah yang sedang dilakukan oleh tangannya?

Keadaan ini barulah dipanggil tiada niat. Penyakit ini perlu dirawat.

28) Ketika jiran A sedang membasuh tahi dan kencing anjing, percikan air basuhan itu terkena pada pakaian jiran B yang sedang dijemur. Adakah perlu jiran B itu membasuh semula pakaiannya?

Jika jiran C terlihat dan mengetahui perkara tersebut, adakah dikira berdosa kerana tidak memberitahu jiran B?

๐Ÿ”ต
1. Jikalau pasti air najis yang terkena pada pakaian, maka harus dibasuh. Gunaka air dan sabun sahaja, tidak perlu disertu.

Orang kita ini perasaan was-wasnya kuat sangat. Walaupun tidak nampak perkara tersebut, mereka tetap mahu membasuhnya juga.

Kita hanya dipertanggungjawabkan dengan perkara najis yang jelas sahaja. Makanya was-was tidak dipakai dalam hal ini. Ianya menyusahkan hidup jika ada sikap begitu. Boleh ditimpa penyakit OCD lama-kelamaan

OCD = Obsessive Compulsive Disorder

2. Jikalau jiran C nampak perkara tersebut, maka dia hendaklah memberitahu jiran B, tetapi jangan pula menambah kisah yang tidak benar

29) Apakah bekas untuk menghidangkan masakan daging babi atau anjing harus disertu?

๐Ÿ”ต Daging babi dan anjing adalah najis, maka bekas masakannya hendaklah dibersihkan tetapi tidak perlu disertu.

30) Saya ada melihat anjing berak dan kencing di koridor, kemudian jiran saya membasuh koridor itu dengan menggunakan sabun. Air percikan sabun itu mengenai pakaian. Adakah air percikan sabun itu menjadi najis?

๐Ÿ”ตJika sudah dibasuh dengan sabun, maka bersihlah najis anjing tersebut. Pada zaman Nabi, anjing keluar dan masuk ke dalam masjid tetapi tiada tindakan/suruhan untuk membasuhnya.

31) Adakah sah solat di kawasan yang menjadi laluan anjing dan terkena air liur anjing yang meleleh

๐Ÿ”ตAnjing keluar dan masuk di dalam masjid Nabi seperti disebut dalam hadith riwayat โ€˜Abdullah ibn โ€˜Umar (yang menerangkan)

ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุงู„ู’ูƒูู„ูŽุงุจู ุชูู‚ู’ุจูู„ู ูˆูŽุชูุฏู’ุจูุฑู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ูููŠ ุนูŽู‡ู’ุฏู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ููˆุง ูŠูŽุฑูุดู‘ููˆู†ูŽ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ

โ€œAnjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun.โ€ (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud).

Lihatlah anjing keluar dan masuk masjid pada zaman Nabi dahulu dan Nabi tidak menyuruh untuk memagar masjid itu! Jika anjing menjilat bekas makanan kita dan kita hendak menggunakannya bekas itu lagi, maka kerana itulah bekas makanan perlu disertu. Sekiranya masih ada bekas lain, boleh sahaja dibuang bekas itu kerana bukan hendak dipakai kembali.

32) Manakah najis yang lebih berat di antara jilatan bekas makanan anjing atau babi?

๐Ÿ”ตNajis anjing lebih berat kerana perlu disertu.

33) Apakah dalil atau hujah yang tepat bagi menyokong pernyataan yang menyatakan bahawa anjing ini tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan?

๐Ÿ”ตDalil di dalam lafaz yang mantuq tidak ada. Cuma ada hadith yang mengisyaratkan larangan membela anjing mengurangkan pahala.

ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู
ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽู†ู’ ุงู‚ู’ุชูŽู†ูŽู‰ ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ูƒูŽู„ู’ุจู‹ุง ุถูŽุงุฑููŠู‹ุง ู„ูุตูŽูŠู’ุฏู ุฃูŽูˆู’ ูƒูŽู„ู’ุจูŽ ู…ูŽุงุดููŠูŽุฉู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ู ูƒูู„ู‘ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู‚ููŠุฑูŽุงุทูŽุงู†ู

Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Nabi โ€Ž๏ทบ bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
(Riwayat Al-Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940)

Hadith ini menjadi hujah larangan atau sekurang-kurangnya makruh membela anjing.

34) Apakah hukum membela anjing terbiar yang cacat?

๐Ÿ”ตBoleh membela anjing terbiar yang cacat, tetapi perlu tinggalkan di luar rumah sahaja. Jangan dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

๐Ÿ“Soalan luar topik kelas

1) Semasa kecil dahulu, saya diajarkan bahawa binatang yang akan masuk api neraka ialah anjing dan khinzir. Adakah benar dan kenapa?

๐Ÿ”ตItu adalah ilmu yang salah. Semua binatang akan menjadi tanah sahaja nanti. Tidak masuk syurga atau neraka.

2) Adakah haiwan akan berada di syurga nanti?

๐Ÿ”ตHaiwan tidak masuk syurga mahupun neraka.

3) Apakah hadith yang menyatakan pada zaman dahulu anjing diperintahkan untuk dibunuh kerana disebabkan bahayanya anjing?

๐Ÿ”ตJawapan

ุฌูŽุงุจูุฑูŽ ุจู’ู†ูŽ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู‚ููˆู„ูุง ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูู‚ูŽุชู’ู„ู ุงู„ู’ูƒูู„ูŽุงุจู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉูŽ ุชูŽู‚ู’ุฏูŽู…ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุจูŽุงุฏููŠูŽุฉู ุจููƒูŽู„ู’ุจูู‡ูŽุง ููŽู†ูŽู‚ู’ุชูู„ูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽุชู’ู„ูู‡ูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุงู„ู’ุฃูŽุณู’ูˆูŽุฏู ุงู„ู’ุจูŽู‡ููŠู…ู ุฐููŠ ุงู„ู†ู‘ูู‚ู’ุทูŽุชูŽูŠู’ู†ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ูŒ

Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah โ€Ž๏ทบ memerintahkan kami supaya membunuh anjing, bahkan anjing milik seorang wanita badui yang selalu mengiringinya kami bunuh juga. Kemudian Nabi ๏ทบ melarang membunuh anjing seperti itu, namun beliau bersabda: “Bunuhlah anjing yang berwarna hitam dengan dua titik putih dikeningnya, karena anjing itu adalah jelmaan dari syaitan. (Riwayat Muslim no 2938)

Daripada hadith sahih di atas ada tiga peringkat mengenai anjing pada awal Islam.

โ–ช๏ธPertama:
Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, didapati orang arab Madinah membela anjing. Mereka mengikuti Yahudi yang membela anjing. Yahudi waktu itu kaya dan berjaya. Jadi orang arab waktu itu kaitkan kejayaan mereka dengan membela anjing. Mereka jadi terlebih hormat pula pada anjing.

Maka Nabi mengarahkan supaya anjing dibunuh untuk menghilangkan salah faham mereka kepada anjing. Ini seumpama Yahudi disuruh menyembelih lembu untuk menghilangkan rasa hormat mereka pada lembu. Kisah ini dinukilkan dalam surah Al-Baqarah.

โ–ช๏ธKedua:
Kemudian, selepas hilang rasa hormat melampau mereka itu terhadap anjing. Maka pada peringkat ini, tidaklah disuruh membunuh semua anjing melainkan anjing jelmaan syaitan sahaja.

โ–ช๏ธKetiga:
Dan akhirnya pada peringkat ini, anjing dibiarkan sahaja. Maka kita sekarang pada peringkat ketiga. Jangan hendak menggunakan hadith-hadith pembunuhan anjing itu menyeksa atau membunuh anjing sesuka hati.Pada zaman itu ada keperluan tetapi pada zaman sekarang sudah tidak ada.

4) Kenapakah anjing boleh dibunuh berdasarkan hadith tersebut?

๐Ÿ”ตAnjing boleh dibunuh kerana ia adalah jelmaan syaitan. Nabi mengetahui perkara ini kerana baginda telah mendapat wahyu.

5) Adakah anjing tidak boleh dibunuh sesuka hati?

๐Ÿ”ตYa. Tidak boleh. Kecuali di atas sebab penyakit, gangguan ganas dan lain-lain.

6) Bagaimanakah hukumnya apabila orang di jabatan saya menangkap anjing dan membunuhnya menggunakan racun? Adakah dalil yang mengharuskan keadaan ini?

๐Ÿ”ตPerkara tersebut adalah bersebab. Mereka yang di dalam jabatan kerajaan melakukan sedemikian adalah kerana mengikut kepentingan negara dan masyarakat awam.

Jika ingin mengetahui dan mengeluarkan sesuatu hukum dari dalil, maka perlulah belajar hadith dahulu. Hal ini mempunyai beberapa peringkat.

**Seperti kata Imam al-Harmain (Abu Maโ€™ali al-Juwaini) menuturkan di dalam karyanya Nihayatul Mathlab fi Dirayatil Madzhab:

ูˆุงู„ูƒู„ุจ ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ู…ู†ูุนุฉ ู„ู‡ุŒ ูˆู„ุง ุถุฑุงุฑ ู…ู†ู‡ ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ู‚ุชู„ู‡. ูˆู‚ุฏ ุฐูƒุฑู†ุง ุทุฑูุงู‹ ู…ู† ุฐู„ูƒ ู…ู‚ู†ุนุงู‹ ููŠ ุจุงุจ ุงู„ุตูŠูˆุฏ ู…ู† ุงู„ู…ู†ุงุณููƒ ุนู†ุฏ ุฐูƒุฑู†ุง ุงู„ููˆุงุณู‚ุŒ ูˆู‚ุฏ ุตุญ ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃู…ุฑ ุจู‚ุชู„ ุงู„ูƒู„ุงุจ ู…ุฑุฉุŒ ุซู… ุตุญ ุฃู†ู‡ ู†ู‡ู‰ ุนู† ู‚ุชู„ู‡ุงุŒ ูˆุงุณุชู‚ุฑ ุนู„ูŠู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ุชูุตูŠู„ ุงู„ุฐูŠ ุฐูƒุฑู†ุงู‡. ูˆุฃู…ุฑ ุจู‚ุชู„ ุงู„ูƒู„ุจ ุงู„ุฃุณูˆุฏ ุงู„ุจู‡ูŠู…. ูˆู‡ุฐุง ูƒุงู† ููŠ ุงู„ุงุจุชุฏุงุกุŒ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุขู† ู…ู†ุณูˆุฎ

โ€œAnjing yang tidak boleh dimanfaatkan dan tidak pula membahayakan, tidak boleh dibunuh. Kami telah menjelaskan permasalahan ini dalam pembahasan โ€œPerburuan Pada Waktu Manasikโ€ ketika menyentuh berkenaan haiwan-haiwan fasik (berbahaya). Memang ada riwayat sahih yang menyatakan Nabi ๏ทบ memerintah membunuh anjing dan kemudian pada satu riwayat dikatakan Nabi ๏ทบ melarangnya. Penjelasan terperinci masalah ini sudah kami jelaskan. Sesungguhnya perintah Nabi untuk membunuh anjing hitam itu sudah di-nasakh (dihapus).โ€

7) Adakah anjing yang mempunyai penyakit anjing gila boleh dibunuh kerana ianya berbahaya kepada orang ramai dan boleh berjangkit ?

๐Ÿ”ตAnjing tersebut boleh dibunuh. Dikhuatiri anjing tersebut menggigit manusia dan menjangkiti mereka.

8) Adakah akan menjadi kecelaruan kepada anak-anak apabila diajarkan fiqh sunnah kerana berbeza dengan aliran yang diajarkan oleh guru di sekolah?

๐Ÿ”ตKita harus menerangkan kepada anak-anak tentang kepelbagaian pendapat di dalam fiqh. Kita ajarkan keluasan bidang fiqh.

Supaya sejak kecil lagi fikiran mereka sudah terbuka dan tidak terkongkong pada satu jenis pendapat sahaja

9) Apakah jenis-jenis batu khas yang digunakan untuk berisntinjak? Contohnya bentuk batu yang leper dan lonjong sebagaimana yang biasa dijumpai di sungai atau kat jeram. Bukanlah seperti batu kerikil untuk membuat jalan.

๐Ÿ”ตTiada batu khas untuk beristinjak tetapi hendaklah dipilih batu yang tidak tajam kerana ia boleh mencederakan punggung.

10) Adakah terdapat kisah pengharaman memakan khinzir?

๐Ÿ”ตKisah-kisah sedemikian tidak perlu diketahui. Mungkin hanya kisah dongeng.

Berkenaan pengharaman memakan khinzir telah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Qur’an surah Al-Maidah ayat 3:-

ุญูุฑู‘ูู…ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุชูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุฏู‘ูŽู…ู ูˆูŽู„ูŽุญู’ู…ู ุงู„ู’ุฎูู†ู’ุฒููŠุฑู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูู‡ูู„ู‘ูŽ ู„ูุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู†ู’ุฎูŽู†ูู‚ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู‚ููˆุฐูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุชูŽุฑูŽุฏู‘ููŠูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุทููŠุญูŽุฉู ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽูƒูŽู„ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽุจูุนู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุฐูŽูƒู‘ูŽูŠู’ุชูู…ู’ ูˆูŽู…ูŽุง ุฐูุจูุญูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูุตูุจู

โ€œDiharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.”

11) Apakah yang afdhal dibacakan ketika ahli keluarga sedang nazak?

๐Ÿ”ตKepada yang nazak, ditalqinkan โ€ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡.

12) Adakah sahih kisah pada zaman sahabat berkenaan lemak khinzir yang digunakan untuk menampal kapal yang pecah dan rosak?

๐Ÿ”ตKisah tersebut ada direkodkan di dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim.

Dari Jabir bin Abdillah, beliau mendengar Rasulullah โ€Ž๏ทบ bersabda di Mekah saat penaklukan kota Mekah (tahun 8 H),

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูŽู‡ู ุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุจูŽูŠู’ุนูŽ ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุชูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ุฎูู†ู’ุฒููŠุฑู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุตู’ู†ูŽุงู…ู ยป . ููŽู‚ููŠู„ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุŒ ุฃูŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุดูุญููˆู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุชูŽุฉู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ูŠูุทู’ู„ูŽู‰ ุจูู‡ูŽุง ุงู„ุณู‘ูููู†ู ุŒ ูˆูŽูŠูุฏู’ู‡ูŽู†ู ุจูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูู„ููˆุฏู ุŒ ูˆูŽูŠูŽุณู’ุชูŽุตู’ุจูุญู ุจูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู . ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ยซ ู„ุงูŽ ุŒ ู‡ููˆูŽ ุญูŽุฑูŽุงู…ูŒ ยป . ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ยซ ู‚ูŽุงุชูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ูŠูŽู‡ููˆุฏูŽ ุŒ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุดูุญููˆู…ูŽู‡ูŽุง ุฌูŽู…ูŽู„ููˆู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุนููˆู‡ู ููŽุฃูŽูƒูŽู„ููˆุง ุซูŽู…ูŽู†ูŽู‡ู

โ€œSesungguhnya, Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli khamar, bangkai, babi, dan patung.โ€ Ada yang bertanya, โ€œWahai Rasulullah, apa pendapatmu mengenai jual beli lemak bangkai, mengingat lemak bangkai itu dipakai untuk menampal perahu, meminyaki kulit, dan dijadikan minyak untuk penerangan?โ€ Nabi โ€Ž๏ทบ bersabda, โ€œTidak boleh! Jual beli lemak bangkai itu haram.โ€ Kemudian, Rasulullah โ€Ž๏ทบ bersabda, โ€œSemoga Allah melaknat Yahudi. Sesungguhnya, tatkala Allah mengharamkan lemak bangkai, mereka mencairkannya lalu menjual minyak dari lemak bangkai tersebut, kemudian mereka memakan hasil penjualannya.โ€ (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 2236 dan Muslim, no. 4132).

13) Adakah saya boleh memukul sekumpulan anjing yang membunuh kucing atau hanya membiarkannya sahaja kerana lumrah alam?

๐Ÿ”ตBoleh dihalau anjing-anjing tersebut bagi menyelamatkan kucing.

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s