G. Bid’ah-Bid’ah Di Dalam Azan

Tajuk:
1⃣ Bertasbih sebelum fajar
2⃣ Menambah selawat dan dalam kepada Nabi di dalam azan

G. Bid’ah-bid’ah dalam azan dan hal-hal yang menyelisihi sunnah.

Sekarang kita bincangkan antara beberapa bid’ah yang terlibat dalam azan ini. Tentunya kita tidak dapat menyenaraikan semua sekali kerana bid’ah ini sentiasa bertambah kerana manusia memang kreatif dalam bab bid’ah ini. Kita juga tidak dapat hendak fikirkan bagaimana mereka berfikir.

Yang penting kita ingat adalah azan ini adalah termasuk dalam hal ibadah. Maka hukum asal ibadah adalah terlarang, kecuali ada dalil yang memerintahkannya. Maka tidak boleh hendak laungkan azan tidak tentu pasal tanpa ada dalil dari Nabi ﷺ dan juga amalan para sahabat.


1. Bertasbih (memuji-muji) sebelum fajar.

Ini termasuk apa-apa sahaja bacaan, lafaz, zikir dan sebagainya yang selalu dibacakan di mikrofon/speaker sebelum azan dilaungkan. Perkara ini menjadi isu dalam masyarakat kerana orang bukan Islam sangka itu adalah azan tetapi sebenarnya tidak. Yang selalu terjadi adalah ada orang yang pakai speaker baca ayat Qur’an, ada yang zikir munajat dan lain-lain. Ini tidak boleh sebenarnya.

Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi ﷺ Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardhukan salat seperti wanita yang haidh atau bukan muslim dan lain-lain.

Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit. Jadi perbuatan ini telah memburukkan nama Islam tanpa disedari. Mereka akan sangka agama Islam ini pelik, mengganggu dan tidak memikirkan hak orang lain.

Sebenarnya, Nabi ﷺ sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain.

✍🏼Dalam hadith Nabi ﷺ,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

Dari Abu Sa’id, (dia) berkata:

“Ketika Nabi ﷺ beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi ﷺ berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam bacaan (Al-Quran) atau dalam salatnya” (Sunan Abu Daud no. 1135 dengan sanad yang sahih).

Syarah: Dalam hadith ini Nabi ﷺ melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi ﷺ dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.


2. Menambah selawat dan salam kepada Nabi ﷺ di dalam azan

Kita telah belajar bagaimana selawat itu diucapkan selepas azan. Tetapi bagaimana pula kalau muazzin membaca selawat dengan suara yang keras, seolah-olah ini adalah sebahagian dari azan? Maka amalan baca selawat dengan keras sebelum ataupun selepas azan termasuk amalan bid’ah kerana tidak dianjurkan dalam syarak.

✍🏼 Syaikh Sayyid Sabiq رحمه الله berkata,

“Mengeraskan bacaan selawat dan salam bagi Rasul setelah azan adalah sesuatu yang tidak dianjurkan. Bahkan amalan tersebut termasuk dalam bid’ah yang terlarang. Ibnu Hajar berkata dalam Al Fatawa Al Kubra, “Para guru kami dan selainnya telah memfatwakan bahwa salawat dan salam setelah kumandang azan dan bacaan tersebut dengan dikeraskan sebagaimana ucapan azan yang diucapkan muazzin, maka mereka katakan bahawa salawat memang ada sunnahnya, namun cara yang dilakukan tergolong dalam perbuatan bid’ah. “

Syaikh Muhammad Mufti Ad Diyar Al Mishriyah ditanya mengenai salawat dan salam setelah azan (dengan dikeraskan). Beliau رحمه الله menjawab, “Sebagaimana disebutkan dalam kitab Al Khaniyyah bahwa azan tidak terdapat pada selain salat wajib. Azan itu ada 15 kalimat dan ucapkan akhirnya adalah “Laa ilaha illallah”. Adapun ucapan yang disebutkan sebelum atau sesudah azan (dengan suara keras sebagaimana azan), maka itu tergolong dalam amalan yang tidak ada asal usulnya (baca: bid’ah). Kekeliruan tersebut dibuat-buat bukan untuk tujuan tertentu. Tidak ada satu pun di antara para ulama’ yang mengatakan bolehnya ucapan keliru semacam itu. Tidak perlu lagi seseorang menyatakan bahawa amalan itu termasuk bid’ah hasanah. Karena setiap bid’ah dalam ibadah seperti contoh ini, maka itu termasuk bid’ah yang buruk (bukan bid’ah hasanah, tetapi masuk bid’ah sayyi-ah, bid’ah yang buruk). Siapa yang mendakwa bahawa seperti ini bukan amalan yang keliru, maka ia berdusta.” (Berakhir nukilan dari Syaikh Sayyid Sabiq)

Selepas azan, kita terus masuk kepada perbincangan salat pula.


☘️SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
========================

1. Ada seorang muazzin mengadu kepada kawan saya bahawa katanya, apabila dia melaungkan azan mesti ada gangguan dan tidak boleh hendak melagukan azan itu. Bukankah ketika azan syaitan akan lari?

🔵 Ini pelik. Kena periksa semula apa amalan dia. Bukan senang jin hendak mengganggu seseorang tanpa sebab. Kena periksa sama ada:

1⃣ Amalan salah.
2⃣ Takut dengan jin
3⃣ Percaya jin ada kuasa.

2. Adakah bertasbih (memuji-muji) sebelum fajar ini dilarang pada waktu sebelum fajar sahaja?

🔵 Termasuk waktu-waktu salat yang lain juga.

3. Adakah amalan itu tertolak jika membaca Al-Quran dan zikir menggunakan pembesar suara?

🔵 Itu adalah perbuatan bid’ah. Berdosa kerana mengganggu orang lain dan hanya perbuatan sia-sia.

4. Boleh terangkan lebih mendalam lagi maksud berlagu ketika azan?

🔵 Contohnya Azan P. Ramlee dan pertandingan azan. Itu tidak boleh. Itu sudah menunjuk-nunjuk. Sebut sahaja satu persatu.

5. Adakah maksud berlagu dalam azan ini seperti amalan sesetengah Syeikh yang azannya panjang lebih kurang 10 minit?

🔵 10 minit itu terlalu panjangnya. Saya tidak tahu bagaimana dia buat tetapi itu sudah dianggap ghuluw.

6. Selain tiada azan dan iqamah untuk salat Eid. Adakah larangan untuk melaungkan azan atau iqamah untuk salat Sunat?

🔵 Tiada larangan. Tetapi apabila tidak dibuat oleh Nabi dan sahabat, maknanya tidak ada amalan tersebut. Kalau hendak dibuat juga itu adalah bid’ah.

Dalam ibadah, tidak perlu ada larangan. Tetapi, kalau tidak ada contoh maka, jangan dibuat.

7. Saya masih keliru dengan pendapat sebahagian orang. Katanya asalkan tiada larangan maka boleh dibuat. Asalkan ada qiyas, maka boleh dibuat. Adakah qiyas ini boleh diguna pakai di dalam semua hal yang tiada dalil jelas berkenaannya, termasuk bab ibadah dan aqidah?

🔵 Tidak perlu keliru, itu hanya salah faham hal agama. Jangan mengikut orang yang keliru dan tidak belajar atau yang belajar salah. Jangan keliru seperti mereka.

Qiyas ada tetapi tidak faham bab ibadah. Imam Syafi’iy sendiri berkata “la qiyasa fil ibaadah” yang bermaksud tiada qiyas dalam bab ibadah.

Banyak benda Nabi tidak larang. Contohnya, salat Subuh tiga rakaat, azan setiap kali nak tidur dan azan ketika hendak membayar zakat.

Kalau kita menggunakan hujah boleh buat selagi tiada larangan boleh punah agama ini.

📜SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Bagaimana proses memandikan dan mengkafan jenazah yang memakai pendakap gigi?

🔵 Tanam sahaja dengan pendakap gigi itu.

2. Bagaimana pula jika menggunakan gigi palsu?

🔵 Tanggalkan sahaja jika gigi palsu yang boleh ditanggal. Jika gigi palsu jenis ditanam (implant), maka biarkan sahaja.

🍂🍒🍂🍒🍂🍒🍂🍒🍂🍒🍂🍒

F. Beberapa Perbincangan Tentang Azan Dan Iqamah

Tajuk:

1. Azan orang buta jika ada yang memberitahunya.
2. Menunggu antara azan dan iqamah
3. Bolehkah berbicara antara iqamah dan solat?
4. Azan ketika Sudah Masuk Waktu.
5. Bolehkah Iqamah Dikumandang oleh Selain Muazzin?
6. Hendaklah Iqamah Selain dari Tempat Azan.
7. Adakah Iqamah Harus Diulang Jika Jangkamasa Yang Lama di antara Iqamah dan Salat?
8. Bilakah Jemaah Berdiri untuk Salat?
9. Larangan Keluar dari Masjid Setelah Azan (Melainkan Ada Sebab yang Kuat).
10. Azan dan Iqamah bagi Orang Yang Lewat Waktu.
11. Azan Bagi Orang yang Salat Bersendirian.
12. Azan ketika Safar.
13. Adakah Azan dan Iqamah bagi Wanita?
14. Tidak Ada Azan bagi Salat-salat Eid.
15. Bercakap Ketika Azan.
16. Peperangan Ditunda Kerana Azan.

F. Beberapa perbincangan tentang azan dan iqamah

Sekarang kita bincangkan beberapa perkara yang berkait dengan bab azan dan iqamah ini.

1. Azan orang buta jika ada yang memberitahunya.

Tidak ada masalah bagi muazzin jika dia adalah orang yang buta. Tetapi kenalah ada orang yang memberitahunya bila masuk waktu kerana dia tidak boleh tengok jam ataupun matahari. Pada zaman Nabi, selain dari Bilal, ada seorang lagi muazzin iaitu Abdullah ibn Ummi Maktum.


2. Menunggu antara azan dan iqamah

Tidak ditetapkan berapa lama masa antara azan dan iqamah itu. Sebenarnya ikut keadaan. Sekurang-kurangnya beri masa untuk dilakukan solat sunat.

Daripada ‘Abdullah bin Mughaffal رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ ـ لِمَنْ شَاءَ

Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu (mendirikan solat tersebut).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Bayna Kulli Azanain Solat Li Man Syaa, hadis no: 627].

Azan juga adalah perbuatan memanggil jemaah untuk datang ke masjid. Maka kenalah beri ruang masa yang agak-agak cukup untuk orang datang. Kalau azan dan kemudian terus iqamah, bila pula masa orang yang berjalan boleh sempat datang ke masjid, bukan?

Kena ingat, ada orang yang duduk jauh, ada yang bekerja, ada yang dalam perjalanan, ada yang belum mandi atau ambil wuduk dan sebagainya. Maka berilah ruang waktu yang agak sesuai.

Inilah yang diperintahkan oleh Nabi ﷺ dengan sabda baginda:

اجْعَلْ بَيْنَ أَذَانِكَ وَإِقَامَتِكَ نَفَسًا قَدْرَ مَا يَقْضِي الْمُعْتَصِرُ حَاجَتَهُ فِي مَهْلٍ , وَ قَدْرَ مَا يَفْرُغُ الْآكِلُ مِنْ طَعَامِهِ فِي مَهْلٍ

Jadikanlah antara azanmu dengan iqâmahmu kelonggaran seukuran mu’tashir (orang buang hajat) menyelesaikan hajatnya dengan tenang, dan seukuran orang yang sedang makan selesai dari makannya dengan tenang!”
[HR. At-Tirmidzi, no. 195, dan lain-lain.

Hadith ini dihukumi sebagai hadith hasan oleh syaikh al-Albani dalam Silsilah ash–Shahîhah, no. 887. Lafaz hadith ini mengikuti yang tertulis di dalam Silsilah ash–Shahîhah]

Kalau kita perhatikan semua penjelasan di atas, maka jarak antara azan dengan iqâmat itu antara 15 atau 20 minit, sebagaimana disampaikan oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bâz رحمه الله , “Tidak boleh menyegerakan iqâmah hingga imam memerintahkannya.

Jarak (antara adzan dan iqâmat) itu sekitar seperempat jam (15 menit) atau sepertiga jam (20 minit) atau yang mendekatinya. Jika imam terlambat dalam waktu yang cukup lama, diperbolehkan yang lainnya untuk maju menjadi imam.”


3. Bolehkah berbicara antara iqamah dan solat?

Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan dari jalur Humaid, dia berkata,

حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ قَالَ سَأَلْتُ ثَابِتًا الْبُنَانِيَّ عَنْ الرَّجُلِ يَتَكَلَّمُ بَعْدَ مَا تُقَامُ الصَّلَاةُ فَحَدَّثَنِي
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ

أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَعَرَضَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَحَبَسَهُ بَعْدَ مَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ

“Aku pernah bertanya kepada Tsabit Al-Bunani tentang seseorang yang berbicara setelah diserukan iqamah salat. Maka dia menyampaikan kepadaku bahawa Anas bin Malik berkata,

‘Pernah diserukan iqamah salat, lalu ada seorang lelaki menghadang Nabi ﷺ , kemudian dia menahan baginda dari salat (kerana mengajak baginda bicara) setelah diserukan iqamah’.”
(HR. Al-Bukhari no. 643)

ٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَاجِي رَجُلًا فِي جَانِبِ الْمَسْجِدِ فَمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ حَتَّى نَامَ الْقَوْمُ

Dari Anas bin Malik berkata: Pernah pula saat iqamah salat Isyak telah diserukan, didapati Nabi ﷺ sedang berbincang-bincang dengan seorang lelaki di satu sisi masjid. Baginda tidak bangkit untuk mengerjakan shalat sampai orang-orang tertidur.” (HR. Al-Bukhari no. 642)

Tentunya, pembicaraan yang dibolehkan tersebut bila ada keperluan. Adapun bila tanpa keperluan, maka ia adalah makruh.

Al-Hafizh Ibn Hajar berkata, “Hadith di atas menunjukkan bolehnya memisah iqamah dengan takbiratul ihram, bila memang ada keperluan.” (Fathul Bari, 2/163)


 

4. Azan ketika sudah masuk waktu.

Tidak boleh mengumandangkan azan kecuali setelah masuk waktu kecuali waktu Subuh seperti yang kita telah terangkan tentang dua azan (azan sebelum waktu untuk membangunkan orang dari tidur). Ini disepakati oleh ulama’.

Tujuan azan adalah untuk memberitahu waktu sudah masuk dan mengajak orang datang untuk salat bersama. Jadi kalau dilakukan di luar waktu, maka tujuan azan itu sudah hilang.


 

5. Bolehkah iqamat dikumandangkan oleh selain muazzin?

Boleh sahaja kalau orang lain yang melaungkan azan dan kemudian orang lain pula yang melaungkan iqamat. Tidak ada dalil larangan yang sahih tentang hal ini, maka boleh sahaja. Memang ada hadith yang Nabi ﷺ melarang, tetapi hadith itu dhaif dan tidak boleh dijadikan hujah.

Terdapat satu hadith dari Ziyad bin Harits as-Suda’i رضي الله عنه, beliau menceritakan, bahawa beliau pernah disuruh oleh Nabi ﷺ untuk mengumandangkan azan. Setelah banyak sahabat berkumpul – selesai wuduk, Bilal رضي الله عنه ingin mengumandangkan iqamah. Kemudian Nabi ﷺ bersabda,

إِنَّ أَخَا صُدَاءٍ هُوَ أَذَّنَ وَمَنْ أَذَّنَ فَهُوَ يُقِيمُ

”Sesungguhnya saudara kita dari Bani Suda’i telah mengumandangkan azan. Siapa yang azan maka dia yang iqamah.” Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sunannya no. 514, Tirmizi dalam jami’nya, no. 199, dari jalur Abdurahman bin Ziyad al-Ifriqi.

Ulama’ yang menegaskan lemahnya hadith ini adalah Syuaib al-Arnauth dalam ta’liq musnad Imam Ahmad (19/79).

Oleh kerana hadith ini dhaif sahaja, maka para ulama’ berpendapat tidak ada larangan kalau orang lain yang melaungkan iqamah. Cuma sebaiknya kalau boleh, orang melaungkan azan juga adalah orang yang iqamah.


 

6. Hendaklah iqamat selain dari tempat azan.

Disunatkan untuk melaungkan iqamah di tempat yang selain dari tempat dilaungkan azan. Ini kerana dalam mimpi Abdullah bin Zaid رضي الله عنه apabila beliau diajar azan dalam mimpi, orang yang mengajarnya itu bergerak sedikit dari tempat dia azan.

Amalan sunnah dulu pun melaungkan azan di menara dan melaungkan azan di dalam masjid.


 

7. Adakah iqamat harus diulang jika jangka masa yang lama antara iqamah dan salat?

Tidak perlu diulang semula iqamah kalau sela masa yang panjang antara iqamah itu.

Dalilnya

أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَاجِي رَجُلًا فِي جَانِبِ الْمَسْجِدِ فَمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ حَتَّى نَامَ الْقَوْمُ

Pernah pula saat iqamah salat Isyak telah diserukan, didapati Nabi ﷺ sedang berbincang-bincang dengan seorang lelaki di satu sisi masjid. Baginda tidak bangkit untuk mengerjakan salat sampai orang-orang tertidur.”
(HR. Al-Bukhari no. 642)

Syarah:
Tidak disebut dalam hadith yang Rasulullah ﷺ menyuruh ulang semua iqamah.


 

8. Bilakah jemaah berdiri untuk salat?

Bila iqamah dikumandangkan, bilakah makmum berdiri? Kalau lihat suasana sekarang, bila muazzin mula iqamah sahaja, orang kita sudah kelam kabut berdiri masuk dalam saf. Namun begitu, bagaimana cara sunnah yang sebenarnya?

Terdapat dua keadaan:
1. Imam sudah berada di dalam masjid.
2. Imam di luar dan masuk kemudian.

Kalau imam sudah berada di dalam masjid, maka jemaah bangun ketika disebut: قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ.

Dalilnya: Al-Baihaqi menyebutkan dalam Sunannya,

وروينا عن انس بن مالك رضى الله عنه انه إذا قيل قد قامت الصلوة وثب فقام

“Kami mendapat riwayat dari Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa apabila beliau mendengar ‘Qad qamatis solah’ beliau langsung berdiri.”
(Sunan Al-Kubra, 2/21)

Kalau imam masuk selepas iqamah dilaungkan, maka makmum tidak berdiri hinggalah imam masuk.

Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Qatadah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَلاَ تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي

“Apabila dikumandangkan iqamah, janganlah kalian berdiri, hingga kalian melihatku.”
(HR. Bukhari 637, Muslim 604, Nasai 687, dan yang lainnya).


 

9. Larangan keluar dari masjid setelah azan (melainkan ada sebab yang kuat)

Kadangkala ada yang masuk masjid kerana ingin membuang air dan tiba-tiba azan dilaungkan. Bolehkah dia keluar selepas mendengar azan itu?

Tidak boleh kerana ia adalah sifat munafik. Maknanya dia kenalah salat berjemaah dengan jemaah di masjid itu sehingga habis.

1. Dalam sebuah hadith yang sahih disebutkan:

عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ قَالَ : كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ الْمَسْجِدِ يَمْشِي ، فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنْ الْمَسْجِدِ ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : (أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Abu Asy Sya’tsa, beliau berkata: “Ketika itu kami sedang duduk-duduk di masjid bersama Abu Hurairah. Kemudian muadzin pun berazan. Ada seorang lelaki berdiri berjalan. Maka Abu Hurairah tidak melepaskan pandangan terhadap lelaki tersebut hingga akhirnya lelaki tersebut keluar masjid. Maka Abu Hurairah berkata: ‘Adapun orang ini dia telah bermaksiat kepada Abul Qasim (Rasulullah) ﷺ”
(HR. Muslim no. 655).

2. Dalam riwayat lain, ada tambahan:

ثُمَّ قَالَ : أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كُنْتُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَنُودِيَ بِالصَّلَاةِ فَلَا يَخْرُجْ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ

Kemudian Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah ﷺ memerintahkan kami: “Jika kalian di masjid kemudian azan dikumandangkan maka kalian tidak boleh keluar sampai menyelesaikan salat.”
(HR. Ahmad no. 10946, disahihkan oleh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiq beliau terhadap Al Musnad).

3. Sebagaimana juga hadith dari ‘Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ أَدْرَكَهُ الْأَذَانُ فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ خَرَجَ -لَمْ يَخْرُجْ لِحَاجَةٍ وَهُوَ لَا يُرِيدُ الرَّجْعَةَ- فَهُوَ مُنَافِقٌ

“Barangsiapa yang mendapati azan di masjid, lalu keluar (dan keluarnya bukan kerana suatu keperluan, dan dia tidak berniat untuk kembali ke masjid) maka dia munafik.”
(HR. Ibnu Majah no. 726, disahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah).

Cukuplah sudah dalil-dalil yang menguatkan hujah ini. Maka hendaklah seseorang yang berada di masjid ketika azan dikumandangkan jangan keluar sampailah dia salat berjemaah di masjid itu.


 

10. Azan dan iqamah bagi orang yang lewat waktu

Kalau salat dilakukan lama selepas awal waktu, masih tetap disyariatkan azan.

Dalilnya:

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ
إِنَّ الْمُشْرِكِينَ شَغَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَرْبَعِ صَلَوَاتٍ يَوْمَ الْخَنْدَقِ حَتَّى ذَهَبَ مِنْ اللَّيْلِ مَا شَاءَ اللَّهُ فَأَمَرَ بِلَالًا فَأَذَّنَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الظُّهْرَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعَصْرَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْمَغْرِبَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعِشَاءَ

“Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalaikan Nabi ﷺ daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan Khandaq sehingga sampai malam dengan kehendak Allah. Maka Baginda ﷺ memerintahkan Bilal untuk azan, lalu beliau pun azan. Kemudian iqamah lalu mendirikan sembahyang Zohor, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘Asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang Maghrib, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang ‘Isyak .”
(Sunan Tirmidzi no.164 dan Sunan Nasa`i no. 656)

Syarah:
Lihatlah bagaimana kalau sudah lewat dan tertinggal waktu pun tetap dilaungkan iqamah pada setiap kali qadha’ salat itu.


 

11. Azan bagi orang yang salat sendirian

Kalau salat sendirian sahaja pun disyariatkan untuk azan. Maknanya azan bukanlah untuk mengajak orang salat sahaja. Ia juga dilaungkan jika hendak memulakan salat, walaupun tidak ada manusia lain di tempat itu.

Hadis dari Abu Sha’sha al-Anshari, bahawa beliau pernah dinasihati sahabat Abu Said al-Khudri رضي الله عنه

إِنِّي أَرَاكَ تُحِبُّ الْغَنَمَ وَالْبَادِيَةَ، فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ، أَوْ بَادِيَتِكَ، فَأَذَّنْتَ بِالصَّلاَةِ، فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ، فَإِنَّهُ لاَ يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلاَ إِنْسٌ، وَلاَ شَيْءٌ، إِلاَّ شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ: سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم

Saya lihat, kamu suka menggembala kambing dan berada di tempat yang jauh dari pemukiman. Ketika kamu jauh dari pemukiman, (ketika masuk waktu salat), lakukanlah azan dan keraskan suara azanmu. Kerana semua jin, manusia atau apapun yang mendengar suara muazzin, akan menjadi saksi kelak di hari kiamat. Seperti itu yang aku dengar dari Nabi ﷺ.
(HR. Bukhari 3296, Ahmad 11393 dan yang lainnya).

Allah ‎ﷻ berbangga dan memuji orang yang azan dan iqamah walaupun salat sendiri.

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِي غَنَمٍ فِي رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلَاةِ وَيُصَلِّي فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلَاةَ يَخَافُ مِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau berkata; saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap seorang penggembala kambing di satu tempat di lereng gunung. Ia mengumandangkan azan kemudian menunaikan salat. Allah ‎عز وجل berfirman; (wahai para malaikat Ku) perhatikanlah hamba-Ku ini, dia mengumandangkan azan lalu menunaikan salat kerana takut kepada-Ku, Aku mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga.”
(HR Abu Daud No: 1017)

Status: Isnad Tsiqah

Syarah:
Lihat penggembala ini, tidak ada orang lain di tempat dia menggembala itu, tetapi dia tetap melaungkan azan apabila hendak memulakan solat.


 

12. Azan ketika safar

Walaupun dalam perjalanan, tetap sunat dikumandangkan azan dan iqamah.

Dalilnya: Dari Malik bin Al Huwairits رضي الله عنه, beliau berkata,

أَتَى رَجُلاَنِ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – يُرِيدَانِ السَّفَرَ فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « إِذَا أَنْتُمَا خَرَجْتُمَا فَأَذِّنَا ثُمَّ أَقِيمَا ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا »

“Ada dua orang yang pernah mendatangi Nabi ﷺ, mereka berdua ingin melakukan safar. Nabi ﷺ pun bersabda, “Jika kalian berdua keluar, maka kumandangkanlah azan lalu iqamah, lalu yang paling tua di antara kalian hendaknya menjadi imam.”
(HR. Bukhari no. 630).


 

13. Adakah azan dan iqamah bagi wanita?

Kalau bersama jemaah lelaki, tentunya tidak boleh wanita melaungkan azan. Tetapi bagaimana pula kalau sesama jemaah wanita sahaja? Kita lihat apakah kata ulama’ tentang perkara ini:

Syaikh Mustaffa Al ‘Adawi حفظه الله berkata, “Tidak ada dalil sahih yang menunjukkan wajibnya azan bagi wanita. Namun tidak ada pula hadith sahih yang menunjukkan haramnya.
(Al-Jaami’ li Ahkamin Nisaa‘, 1: 299).

Syaikh Mustaffa Al ‘Adawi حفظه الله di akhir bahasan tentang azan bagi wanita menyatakan, “Kesimpulannya, tidak ada dalil yang menyatakan bahawa wanita terlarang mengumandangkan azan dan iqamah. Begitu pula tidak ada dalil yang jelas yang menunjukkan wanita itu boleh mengumandangkannya. Jika saja wanita mengumandangkan iqamah, kami tidak menganggapnya terlarang. Jika pun mengumandangkan azan, hendaknya suaranya diperlahankan. Kerana untuk mengingatkan imam saja, wanita tidak mengeraskan suara, namun dengan menepuk belakang telapak tangannya. Wallahu Ta’ala a’laa wa a’lam.” (Al-Jaami’ Ahkamin li Nisaa‘, 1: 303).

Keterangan dari Ibnu Umar رضي الله عنهما,

سُئِلَ ابنُ عمرَ هل على النساءِ أذانٌ ؟ فغَضِبَ ، وقال : أنا أَنْهَى عن ذِكْرِ اللهِ ؟

bahawa beliau ditanya, “Apakah wanita boleh berazan?” Kemudian, beliau marah, dan mengatakan, “Apakah saya melarang orang untuk berzikir (menyebut nama) Allah?”

[Musannaf Ibnu Abi Syaibah no.2338 (1/223). Sanadnya dinilai jayyid menurut al-Albani dalam Tamam al-Minnah no.153]

Syarah: Maksud Ibnu Umar رضي الله عنهما adalah beliau merasa aneh dengan pertanyaan yang diajukan orang tersebut. Kerana itu, beliau marah dan memberikan alasan bahawa azan termasuk zikir yang disyariatkan, maka bagaimana mungkin dilarang?

Dalil:

– عن عائشةَ أنها كانت تُؤَذِّنُ وتُقيمُ وتَؤُمُّ النساءَ وتَقومُ وسطَهُنَّ..

Atsar dari Ata’ bin Abi Rabah رحمه الله dari ‘Aisyah رضي الله عنها, bahawa dahulu beliau melakukan azan dan iqamah, kemudian mengimami jemaah wanita. Beliau berdiri di tengah saf wanita.
[HR. al-Baihaqi 1/408 dan 3/517; atsar ini khilaf pada status perawi namun dinilai kuat oleh al-Albani melalui pelbagai jalan periwayatan dan beliau mensahihkannya (Ikhtiyarah al-Fiqhiyah). Ia juga dinilai sahih di sisi Imam asy-Syafi’iy dan Imam an-Nawawi].

✍ Telah berkata Imam asy-Syafi’iy رحمه الله:

وليس على النساء أذان وإن جمعن الصلاة وإن أذن فأقمن فلا بأس ولا تجهر المرأة بصوتها تؤذن في نفسها وتسمع صواحباتها إذا أذنت وكذلك تقيم إذا أقامت
Para perempuan tidak perlu azan walaupun mereka berjamaah bersama (perempuan yang lain). Namun jika ada yang mengazani dan mereka hanya melakukan iqamah, maka hal itu diperbolehkan. Dan juga tidak boleh mengeraskan suara mereka saat azan. Sekiranya azan tersebut cukup didengar olehnya sendiri dan teman-teman perempuannya, begitu juga saat iqamah.”
[al-Umm hal.84 (Imam asy-Syafi’iy)]

Kesimpulan: Kalau kita lihat di atas, ada yang kata boleh azan dan ada yang tidak bersetuju. Jadi yang selamat adalah kalau bersama dengan jemaah wanita sahaja, iqamah sahaja.

Mungkin azan tidak dilaungkan, kecuali kalau yakin yang tidak ada langsung kaum lelaki berdekatan yang boleh dengar. Ini adalah kerana kalau azan itu kuat, tetapi iqamah itu dalam lingkungan dekat sahaja, jadi tidak ada masalah kalau wanita iqamah dalam jemaah wanita.


 

14. Tidak ada azan bagi salat-salat Eid.

Tidak disunatkan azan dan juga iqamah sebelum menunaikan salat Hari Raya dan tidak dilaungkan seruan (الصلاة جامعة) (maksudnya; marilah menunaikan salat berjemaah).

Dalilnya: Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan Jabir bin ‘Abdillah Al-Ansari رضي الله عنهم yang menceritakan;

ُّ أَنْ لَا أَذَانَ لِلصَّلَاةِ يَوْمَ الْفِطْرِ حِينَ يَخْرُجُ الْإِمَامُ وَلَا بَعْدَ مَا يَخْرُجُ وَلَا إِقَامَةَ وَلَا نِدَاءَ وَلَا شَيْءَ لَا نِدَاءَ يَوْمَئِذٍ وَلَا إِقَامَةَ

“Tidak ada azan untuk salat Eidul Fitri saat imam keluar, atau setelah keluarnya imam. Dan tidak ada pula iqamah, pengumuman serta tidak ada pula yang lain, tidak ada azan dan tidak pula iqamah.”
(Sahih Muslim no. 1468)

Adapun lafaz laungan الصلاة جامعة ketika solat Eid adalah dari pendapat mazhab Syafi’iy dan tiada dalil. Ia qiyas kepada lafaz solat gerhana sahaja. Maka ia adalah pendapat yang lemah dan bukan dari sunnah Rasulullah ﷺ. Lafaz ini hanya khusus untuk solat Gerhana (matahari atau bulan) sahaja dan bukan untuk salat selainnya.


 

15. Bercakap ketika azan

Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa orang bercakap ketika azan, lidahnya akan menjadi berat atau kelu untuk melafazkan kalimah tauhid ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir atau meninggal. Adakah ini sahih?

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Berkaitan hujah yang kata susah menghembuskan nafas kalau bercakap ketika azan, hal tersebut adalah tidak benar dan ia sama sekali tidak boleh disandarkan kepada Nabi ﷺ. Ini kerana tidak dijumpai asal baginya dan kita juga sama sekali tidak boleh meriwayatkannya atau menyandarkannya kepada Nabi ﷺ kerana ia merupakan satu pendustaan di atas nama junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ jika kita melakukan hal sedemikian.

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan apabila melakukannya. Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

Dalilnya: Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik رحمه الله telah meriwayatkan sebuah atsar daripada Tha’labah رضي الله عنه, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya: Mereka menunaikan salat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga beliau keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan salat dan khutbah imam menghentikan percakapan. [Lihat: al-Muwatha’ (215)]


 

16. Peperangan ditunda kerana azan

Kalau sesuatu tempat itu mengumandangkan azan, maka itu tanda mereka itu orang islam, maka Khalifah Islam tidak boleh memerangi mereka. Ini kerana umat Islam tidak boleh memerangi umat Islam yang lain.

Dalil:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا غَزَا بِنَا قَوْمًا لَمْ يَكُنْ يَغْزُو بِنَا حَتَّى يُصْبِحَ وَيَنْظُرَ، فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا كَفَّ عَنْهُمْ، وَإِنْ لَمْ يَسْمَعْ أَذَانًا أَغَارَ عَلَيْهِمْ، قَالَ فَخَرَجْنَا إِلَى خَيْبَرَ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ لَيْلاً، فَلَمَّا أَصْبَحَ وَلَمْ يَسْمَعْ أَذَانًا رَكِبَ وَرَكِبْتُ خَلْفَ أَبِي طَلْحَةَ، وَإِنَّ قَدَمِي لَتَمَسُّ قَدَمَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم‏.‏ قَالَ فَخَرَجُوا إِلَيْنَا بِمَكَاتِلِهِمْ وَمَسَاحِيهِمْ فَلَمَّا رَأَوُا النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالُوا مُحَمَّدٌ وَاللَّهِ، مُحَمَّدٌ وَالْخَمِيسُ‏.‏ قَالَ فَلَمَّا رَآهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، خَرِبَتْ خَيْبَرُ، إِنَّا إِذَا نَزَلْنَا بِسَاحَةِ قَوْمٍ فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ ‏”‌‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far dari Humaid dari Anas bin Malik, bahawa Nabi ﷺ jika memerangi suatu kaum bersama kami, maka baginda tidak menyerang kaum tersebut hingga datangnya waktu subuh (menunggu). Jika mendengar suara azan, baginda akan menahan serangan itu. Namun bila tidak terdengar suara azan maka baginda menyerangnya.” Anas bin Malik berkata, “Maka pada suatu hari kami keluar untuk menyerbu perkampungan Khaibar, kami lantas menunggu hingga malam hari. Ketika datang waktu pagi dan baginda tidak mendengar suara azan, maka baginda menaiki tunggangannya sementara aku membonceng di belakang Abu Thalhah. Sungguh kakiku menyentuh kaki Nabi ﷺ.” Anas bin Malik melanjutkan kisahnya, “Penduduk Khaibar keluar ke arah kami dengan membawa keranjang dan sekop-sekop mereka, ketika mereka melihat Nabi ﷺ , maka mereka berkata, “Muhammad! Demi Allah, Muhammad dan pasukannya (datang)!” Kata Anas, “Ketika Rasulullah ﷺ melihat mereka, baginda bersabda: “Allahu Akbar, Allahu Akbar, hancurlah Khaibar! Sesungguhnya kami, apabila mendatangi perkampungan suatu kaum, maka amat buruklah pagi hari yang dialami orang-orang yang diperingatkan tersebut) ‘ (Qs. Ash Shaffaat: 177).
[ Sahih Bukhari no. 610 ].

Syarah: al-Hafiz Ibn Hajar رحمه الله mengatakan di dalam hadith ini terdapat penjelasan bahawa azan adalah termasuk syiar Islam yang tidak boleh ditinggalkan. Seandainya penduduk suatu negeri itu sepakat meninggalkannya, maka penguasa (Khalifah) boleh memerangi mereka.

Sekarang kita lihat apakah perkara bidaah yang selalu dilakukan berkenaan azan dan iqamah ini.


 

☘️SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
========================

1. Inikah antara punca syaitan lari terkentut apabila mendengar azan supaya tidak menjadi saksi di akhirat kelak?

🔵 Tiada kena mengena.

2. Adakah boleh melaungkan azan selain dari panggilan untuk salat?

🔵 Tidak boleh.

3. Adakah larangan keluar dari masjid ketika azan dilaungkan, termasuk juga wanita?

🔵 Wanita tidak diwajibkan untuk salat di masjid, maka wanita terkecuali pada larangan tersebut.

4. Adakah lafaz wa (وَ) di dalam syahadah perlu disebutkan ketika azan?

🔵 Ya.

5. Azan telah dilaungkan tetapi ketika itu ceramah masih berlangsung, maka jemaah tidak terus menunaikan salat berjemaah. Adakah kita boleh salat bersendirian kemudian pergi kerana ada urusan peribadi?

🔵 Apabila sudah sampai ke masjid, maka kita perlu mendengar ceramah dahulu dan salat berjemaah bersama-sama.

Dalilnya:

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلا أُخْبِرُكُمْ عَنِ النَّفَرِ الثَّلاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ
Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Ishaq bin Abdullah bin Abu Talhah bahwa Abu Murrah -mantan budak Uqail bin Abu Talib-, mengabarkan kepadanya dari Abu Waqid Al-Laisi, bahwa Rasulullah ‎ﷺ ketika sedang duduk di Masjid bersama para sahabat tiba-tiba datanglah tiga orang. Yang dua orang menghadap Nabi ‎ﷺ dan yang seorang lagi pergi meninggalkan majlis itu, yang dua orang terus duduk bersama Nabi ‎ﷺ dimana satu diantaranya nampak ada ruang di halaqah maka dia duduk disitu sedang yang kedua duduk di belakang mereka, sedang yang ketiga berbalik pergi, Setelah Rasulullah ‎ﷺ selesai bermajlis, Beliau bersabda: “Maukah kalian aku beritahu tentang ketiga orang tadi?” Adapun seorang diantara mereka, dia meminta perlindungan kepada Allah, maka Allah lindungi dia. Yang kedua, dia malu kepada Allah, maka Allah pun malu kepadanya. Sedangkan yang ketiga berpaling dari Allah maka Allah pun berpaling darinya”.

[Sahih Al-Bukhari no.66]

6. Bolehkah seorang wanita iqamat ketika menunaikan salat seorang diri?

🔵 Ya, boleh. Digalakkan.

7. Adakah perlu seorang wanita melaungkan azan apabila hendak menunaikan salat?

🔵 Azan adalah fardhu kifayah untuk di sesuatu tempat. Tanggungjawab bagi seorang lelaki. Kalau wanita pula memang tidak perlu melaungkan azan.

8. Adakah azan hendak diucapkan dengan fasahah yang betul?

🔵 Ya. Dengan lafaz yang betul.

9. Adakah contoh azan seperti dalam rancangan televisyen itu dibolehkan?

🔵 Ya.

10. Adakah muazzin perlu menjawab azan yang dia sedang lafazkan?

🔵 Tidak perlu.

11. Berkenaan dengan iqamah, jika kita salat qabliah, fardu dan ba’diah Zohor. Adakah perlu iqamah pada ketiga-tiga salat itu?

🔵 Tiada iqamah pada salat sunat Rawatib.

12. Adakah memadai iqamah sahaja ketika salat bersendirian ataupun perlu melaungkan azan dan iqamah?

🔵 Boleh jika hendak iqamah sahaja. Tetapi, akan mendapat pahala iqamah sahaja.

📜SOALAN LUAR TOPIK

1. Perlukah kita perlu membatalkan salat bersendirian apabila ternampak ada jemaah sedang memulakan salat untuk menyertai mereka?

🔵 Kalau sudah salat, maka perlu meneruskan sahaja salat.

2. Jika tempoh kebiasaan haidh adalah 7-8 hari, tetapi ada masa yang berlangsung sehingga 12 hari. Bagaimanakah hukum hari lebihan dari kebiasaan itu menurut Ibnu Taimiyah?

🔵 Menurut Ibnu Taimiyah, haidh mengikut keadaan darah dan tidak terhad kepada sebarang tempoh masa tertentu.

3. Jika darah yang keluar lebih dari 15 hari itu, maka dikira darah istihadhah walaupun sifat darah tersebut menyerupai haid?

🔵 Ya.

🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼

E. Adab-Adab Muazzin

Tajuk:
1⃣ Mengharapkan Pahala dalam Azannya, dan mendambakan Wajah Allah ‎ﷻ serta Tidak Meminta Upah.
2⃣ Hendaknya Dalam keadaan Suci.
3⃣ Mengumandangkan Azan Sambil Berdiri
4⃣ Menghadap Kiblat
5⃣Meletakkan Dua Jari pada kedua Telinga.
6⃣ Sedikit Menoleh ke Kanan dan ke Kiri dengan Menggerakkan Leher (sedangkan Bahu tetap Menghadap Kiblat) ketika mengucapkan: ‘Hayya ala Solah, Hayya alal Falaah’.
7⃣ Mengumandangkan Azan di Tempat Tinggi.
8⃣ Meninggikan Suara ketika Mengumandangkan Azan.

E. Adab-adab Muazzin

1. Mengharap pahala dan wajah Allah ‎ﷻ; tidak berharap kepada upah.

Tidak boleh mengambil upah sebagai muazzin.

Dalilnya :

Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat sebuah hadis dari Utsman bin Abul Ash Tsaqafi, bahawa ketika Nabi ﷺ mengutuskan dirinya kepada kaumnya -Tsaqif-, baginda bersabda kepadanya,

أَنْتَ إِمَامُهُمْ وَاقْتَدِ بِأَضْعَفِهِمْ وَاتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لاَ يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا

“Aku angkat engkau sebagai imam mereka, dan perhatikanlah orang yang paling lemah di antara mereka, dan angkatlah seorang muazzin yang tidak mengambil gaji dari tugasnya.”
(HR. Ahmad no. 16270, Nasa’i no.680 dan disahihkan al-Arnauth)

Imam Asy-Syafi’iy رحمه الله di dalam menanggapi permasalahan tentang upah azan ini, sebagaimana yang beliau kemukakan di dalam kitab al-Umm, adalah sebagai berikut:

واحب ان يكون المؤذنون متطوعين وليس للامام ان يرزقهم ولا واحدا منهم وهو يجد من يؤذن له متطوعا ممن له امانة الا ان يرزقهم من ماله ولا أحسب أحدا ببلد كثير الاهل يعوزه ان يجد مؤذنا أمينا لازما يؤذن متطوعا فان لم يجده فلا بأس ان يرزق مؤذنا

Aku menyukai muazzin dengan tidak mengambil upah dari azannya. Dan pihak berwajib (pemerintah) tidak boleh mengangkat muazzin yang bergaji, jika ada muazzin yang mahu menjalankan tugas azan secara sukarela, saya berpendapat bahawa dalam suatu kota besar, tentu didapati seorang muazzin yang dapat dipercayai yang tetap mahu azan dengan sukarela. Apabila tiada diperoleh, maka barulah boleh muazin diangkat dan digaji”.


2. Dalam keadaan suci

Pertama, hadis yang melarang orang berhadas melakukan azan memang ada.

لَا يُؤَذِّنُ إِلَّا مُتَوَضِّئٌ

“Tidak boleh azan kecuali orang yang memiliki wudhu’.”

Syarah:

Hadis ini diriwayatkan Tirmidzi no. 200 secara marfu’, dari al-Walid bin Muslim, dari Muawiyah as-Shadafi, dari az-Zuhri, dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari Nabi ﷺ. Akan tetapi status hadis ini dhaif dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil larangan.

Maka suci bukanlah syarat sah melaungkan azan. Namun ia amatlah dianjurkan. Hujahnya adalah perbuatan Nabi Muhammad ﷺ.

Dari Muhajir bin Qunfudz,

أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُولُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ، فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ حَتَّى تَوَضَّأَ، ثُمَّ اعْتَذَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ؛ إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا عَلَى طُهْرٍ

Bahawa beliau pernah bertemu Nabi ﷺ ketika baginda sedang membuang air kecil. Kemudian Muhajir menyampaikan salam kepada baginda, namun Nabi ﷺ tidak menjawabnya, hingga baginda berwudhu’. Selepas berwudhu’, baginda menjelaskan,

إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا عَلَى طُهْرٍ

Aku tidak suka mengingat Allah ‎عز وجل kecuali dalam keadaan bersuci.
(HR. Ahmad 19034, Abu Daud 17, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Syarah:
Ulama’ berhujah dengan hadis ini, kalau salam pun baginda ambil wudhu’, apatah lagi kalau melaungkan azan. Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama’ menilai makruh azan dalam kondisi berhadas di antaranya adalah ulama’ tabiin, Atha bin Abi Rabah dan Imam asy-Syafi’iy.

Imam asy-Syafi’iy رحمه الله mengatakan,

وَأَنَا لِلْأَذَانِ جُنُبًا أَكْرَهُ مِنِّي لِلْأَذَانِ مُحْدِثًا، وَأَنَا لِلإِقَامَةِ مُحْدِثًا أَكْرَهُ مِنِّي لِلْأَذَانِ مُحْدِثًا

Bagi saya, orang yang azan dalam kondisi junub, lebih aku benci dibandingkan orang yang azan dalam kondisi berhadas kecil. Bagi saya, orang yang iqamah dalam kondisi berhadas kecil, lebih aku benci dibandingkan orang yang azan dalam kondisi berhadas kecil.
(Syarh as-Sunah, al-Baghawi, 2/266)


3. Azan sambil berdiri

Dianjurkan berdiri ketika melaungkan azan.

Salah satu hadis riwayat Imam Bukhari رحمه الله disebutkan bahawa Bilal bin Rabah رضي الله عنه pernah diperintahkan oleh Rasul ﷺ untuk berdiri dan mengumandangkan azan.

يَا بِلاَلُ، قُمْ فَأَذِّنْ

Ertinya, “Wahai Bilal, berdiri dan kumandangkan azan!”
(Sahih Bukhari no. 560).

Hadis tersebut dijadikan landasan oleh ulama’ sunnah berdiri ketika mengumandangkan azan.

Hal ini disebutkan oleh,Imam Zakariya Al-Anshari dalam Asnal Mathālib fi Syarhi Raudhatit Thalib.

ويستحب القيام في الأذان والإقامة لخبر الصحيحين يا بلال قم فناد بالصلاة ولأنه أبلغ في الإعلام

Ertinya, “Disunnahkan berdiri pada saat mengumandangkan azan dan iqamah berdasarkan hadis sahih, ‘Wahai Bilal, berdirilah dan kumandangkan azan untuk salat.’ Kerana hal itu lebih baik untuk memberikan pemberitahuan,”
(Lihat Zakariya Al-Anshari, Asnal Mathālib fi Syarhi Raudhatit Thalib, [Beirut, Daru Kutub Ilmiyah: 2000 M], juz I, halaman 127).

Walaupun ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum mengumandangkan azan sambil duduk, ada yang berpendapat makruh dan ada yang tidak, alangkah lebih baiknya jika tetap berdiri ketika mengumandangkan azan, jika kita masih mampu untuk melakukan azan sambil berdiri. Wallahu a’lam.


4. Menghadap Kiblat

Dianjurkan mengadap kiblat dalam mengumandangkan azan. Mengapa disunnahkan menghadap kiblat? Ini kerana kiblat adalah arah yang paling baik dan juga arah yang paling mulia. Sebagaimana dikatakan oleh ulama’ salaf mahupun khalaf.

Imam asy-Syafi’iy رحمه الله berkata:
“Saya tidak menyukai apabila muazzin itu tidak menghadap ke arah kiblat ketika sedang azan. Hendaknya kedua hujung kaki dan mukanya senantiasa menghadap ke kiblat, kerana dia sedang memberitahukan kepada manusia tentang masuknya waktu salat, dan dia menghadapkan manusia ke kiblat dengan sebab melaksanakan salat.
Apabila dia menyimpangkan badan atau wajahnya dari arah kiblat, baik sebahagian mahupun seluruhnya, maka saya memandang makruh hal yang demikian itu, namun dia tidak mesti mengulangi azannya.”

Memang ia bukanlah syarat sah azan.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin رحمه الله ditanya :

السؤال: وردتنا رسالة من الأخ في الله محمد العبد الرحمن الوابل التويجري من بريدة شارع دخيره يقول في رسالته هذه رجل أذن في وقت من الأوقات وهو متجه لغير القبلة فما الحكم في ذلك؟

Telah sampai kepada kami sebuah surat dari saudara Muhammad Abdurrahman Al Waabil At Tuwaijiri dari daerah Baridah, jalan Dakhirah. Dia berkata ada seorang yang mengumandangkan azan pada salah satu waktu salat namun dia menghadap kepada selain arah kiblat. Bagaimana hukum perbuatan tersebut?

Syaikh رحمه الله menjawab :

الشيخ: الحكم في ذلك أن أذانه صحيح وذلك لأنه ليس من شرط الأذان استقبال القبلة

Hukum dari perbuatan tersebut adalah bahwa azannya sah kerana menghadap ke arah kiblat bukan termasuk syarat azan.


5. Meletakkan dua jari pada dua telinga

Ketika muazzin mengumandangkan azan untuk salat, disunnahkan untuk menutup kedua telinga dengan kedua jari telunjuk. Hal ini kerana menutup telinga dengan jari sudah diamalkan oleh Sayyidina Bilal bin Rabah رضي الله عنه ketika beliau azan di hadapan Nabi ﷺ.

Disebutkan dalam hadith riwayat Imam Tirmizi dari Abi Juhaifah, beliau berkata;

رَأَيْتُ بِلَالًا يُؤَذِّنُ وَيَدُورُ وَيُتْبِعُ فَاهُ هَا هُنَا وَهَا هُنَا وَإِصْبَعَاهُ فِي أُذُنَيْهِ

“Aku melihat Bilal mengumandangkan azan dan beliau memutarkan dan mengikutkan mulutnya ke arah sana dan sana, sedangkan kedua jarinya berada di kedua telinganya.”
(Sunan Tirmizi no.181)

Imam At-Tirmizi رحمه الله mengomentari hadith ini dalam kitab Sunannya, beliau berkata;

وعليه العمل عند أهل العلم يستحبون أن يدخل المؤذن إصبعيه في أذنيه في الأذان

“Inilah yang diamalkan oleh para ulama’. Mereka menganjurkan supaya muazzin memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinganya ketika mengumandangkan azan.”

Salah satu tujuan menutup telinga dengan jari ketika azan adalah mengumpulkan suara sehingga suara keluar lebih keras. Sementara pada iqamah tidak disunnahkan menutup telinga kerana iqamah hanya berupa pemberitahuan kepada yang hadir bahawa salat hampir akan dilaksanakan.


6. Sedikit mengadap ke kanan dan ke kiri ketika melafazkan hayya alassolah dan hayya alalfalah.

Menoleh ke kanan dan ke kiri semasa menyebut 2 Hayya (Hayya ‘ala as-Solat / Hayya ‘ala al-Falah ) adalah merupakan sunnah Rasulullah ﷺ, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah رضي الله عنه yang mana dia menyebutkan bahawa dia melihat Bilal bin Rabbah رضي الله عنه menoleh ke kanan dan ke kiri semasa menyebut Hayya ‘ala as-Solat / Hayya ‘ala al-Falah.

Dalilnya:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ رَأَى بِلَالًا يُؤَذِّنُ فَجَعَلْتُ أَتَتَبَّعُ فَاهُ هَهُنَا وَهَهُنَا بِالْأَذَانِ

Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Yusuf] berkata, telah menceritakan kepada kami [Sufyan] dari [‘Aun] dari [Bapanya], bahawa dia melihat Bilal mengumandangkan azan. Aku lalu memperhatikan mulutnya bergerak ke sana dan ke sini saat mengumandangkan azan.”
(HR Imam Bukhari: 598)

Syarah:
Asal tujuan Bilal رضي الله عنه menoleh ke kanan dan ke kiri adalah supaya suara laungan azan tersebut dapat didengari oleh masyarakat Islam pada ketika itu yang berada di sebelah kanan dan sebelah kiri.

Maka, atas dasar itu, sebahagian Ulama’ berpendapat tidak perlu lagi dilakukan untuk menoleh ke kanan dan ke kiri (hanya gerakkan leher sahaja, bukan bahu) pada zaman sekarang, kerana para muazzin di zaman sekarang telah pun menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan. Ini membolehkan suara azan tersebut boleh didengari dengan jelas dan sempurna di serata pelosok kampung/taman perumahan.

Walau bagaimanapun terdapat juga ulama’ yang mengatakan, menoleh ke kanan dan ke kiri perlu dilakukan juga di zaman sekarang atas dasar mengikuti dan mengamalkan setiap Sunnah Rasulullah ﷺ , seperti As- Syaikh Muhamad Nasiruddin al-Albani.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin رحمه الله ditanya:

السؤال: بارك الله فيكم على هذا التوضيح المستمع أيضاً من جامعة الإمام محمد ابن سعود الإسلامية يقول في سؤاله الثالث أعرف أنه يشرع للمؤذن عند الحيعلتين الالتفات يميناً ويسارا ولكن عندما انتشرت مكبرات الصوت والحمد لله هل يشرع ذلك وذلك لأنه عندما يلتفت المؤذن يضعف الصوت في الميكرفون لأنه ابتعد عنه؟

Semoga Allah memberi barakah kepada engkau atas penjelasan ini, seorang pendengar dari Universiti Islam Al Imam Muhammad Ibnu Su’ud berkata dalam pertanyaan yang ketiga, Aku mengetahui bahawa disyariatkan bagi muazzin saat mengucapkan حي على الصلاة dan حي على الفلاح untuk menoleh ke kanan dan ke kiri, namun alhamdulillah sekarang sudah tersebar microphone, apakah perbuatan tersebut masih disyariatkan? Ini adalah kerana ketika seorang muazzin menoleh ke kanan dan ke kiri akan menyebabkan suara azan terdengar lemah, kerana jauh dari microphone ?

Syaikh رحمه الله menjawab:

الشيخ: هذه المسألة عندي فيها توقف لأن أصلاً مشروعية الالتفات من أجل أن يشترك الذين عن يمين المؤذن والذين عن يساره في سماع الآذان وإذا كان الإنسان يؤذن بمكبر الصوت فإن مخرج الآذان من السماعات العليا واحد سواءٌ التفت أو لم يلتفت

Saya bersikap tawaquf/tidak berpendapat dalam masalah ini, kerana tujuan asal disyariatkannya menoleh saat azan adalah supaya orang yang berada di daerah kanan dan kiri muazzin boleh mendengar azan. Adapun jika dia azan menggunakan microphone maka suara azan sudah boleh terdengar di mana-mana, sama ada dia menoleh ataupun tidak.

بل إنه إذا التفت قد ينخفض الصوت كما قال السائل المسألة عندي محل توقف وأصل ذلك هل هذا الالتفات للتعبد أو من أجل إيصال الصوت لليمين والشمال فإن كان للتعبد فإن كان من أجل التعبد فإن الالتفات باقياً وإن كان من أجل إيصال الصوت لليمين والشمال فإنه لا يحتاج إلى الالتفات في هذه الحال نعم

Bahkan jika dia menoleh saat azan malah akan melemahkan suara azan, sebagaimana yang dikatakan oleh penanya dalam masalah ini. Oleh kerana itu saya tawaquf/tidak berpendapat dalam masalah ini. Sebenarnya yang menjadi dasar hukum adalah apakah tujuan perbuatan menoleh saat azan ini dalam rangka ibadah atau untuk menyampaikan suara pada orang-orang yang berada di kanan dan kiri muazzin. Jika tujuannya dalam rangka ibadah maka dia tetap menoleh. Namun jika tujuan menoleh tersebut untuk menyampaikan suara pada orang yang ada di daerah kanan dan kiri muazzin maka tidak perlu menoleh dalam keadaan ini, na’am.

Kesimpulan:
Oleh kerana kedua-dua pendapat ini sama kuat, maka terpulang kepada muazzin untuk memilih mana satu pilihan yang dirasakan sesuai.


7. Azan dari tempat yang tinggi

Ini berdasarkan perbuatan Bilal bin Rabah رضي الله عنه pada zaman Nabi Muhammad ﷺ.

Pada masa Rasulullah ﷺ, Masjid Nabawi, begitu pula pada masa Khulafaur Rasyidin, belum memiliki menara azan yang dapat dinaiki oleh muazzin untuk mengumandangkan azan. Dulu, Bilal bin Rabah رضي الله عنه mengumandangkan azan Subuh dari atas rumah salah seorang wanita Bani Najjar.

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ امْرَأَةٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ قَالَتْ
كَانَ بَيْتِي مِنْ أَطْوَلِ بَيْتٍ حَوْلَ الْمَسْجِدِ وَكَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ عَلَيْهِ الْفَجْرَ فَيَأْتِي بِسَحَرٍ فَيَجْلِسُ عَلَى الْبَيْتِ يَنْظُرُ إِلَى الْفَجْرِ فَإِذَا رَآهُ تَمَطَّى ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَحْمَدُكَ وَأَسْتَعِينُكَ عَلَى قُرَيْشٍ أَنْ يُقِيمُوا دِينَكَ قَالَتْ ثُمَّ يُؤَذِّنُ

Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Urwah bin Az-Zubair, dari seorang wanita Bani Najjar yang berkata, “Rumahku adalah bangunan paling tinggi di sekitar masjid. Setiap pagi, Bilal mengumandangkan azan Subuh dari atas rumahku.

Pada waktu sahur, Bilal datang. Lalu beliau duduk di rumah menunggu fajar. Ketika sudah melihat fajar, beliau menegakkan badannya kemudian berdoa, ‘Ya Allah, sungguh aku memuji-Mu dan meminta pertolongan-Mu dari kaum Quraisy untuk menegakkan agama-Mu.’ Setelah itu beliau mengumandangkan azan.”
(Sunan Abu Daud no. 435)

Syarah:
Tujuan azan dilaungkan dari tempat yang tinggi kerana hendak memastikan suara azan itu dapat sampai ke tempat yang lebih jauh. Oleh kerana sekarang kita memakai “speaker” (pembesar suara), maka keperluan ini tidak ada lagi.


8. Meninggikan suara

Suara azan ditinggikan supaya orang ramai dapat mendengar azan itu.

Sebagaimana hadith yang datang dari Abu Sa’id Al Khudri رضي الله عنهما

أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ قَالَ لَهُ
إِنِّي أَرَاكَ تُحِبُّ الْغَنَمَ وَالْبَادِيَةَ فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ أَوْ بَادِيَتِكَ فَأَذَّنْتَ بِالصَّلَاةِ فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ فَإِنَّهُ لَا يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو سَعِيدٍ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Beliau berkata bahawasanya, Rasulullah ﷺ bersabda, “Aku lihat kamu suka kambing dan lembah (pengembalaan). Jika kamu sedang menggembala kambingmu atau berada di lembah, lalu kamu mengumandangkan azan salat, maka keraskanlah suaramu. Kerana tidak ada yang mendengar suara muazzin, baik manusia, jin atau apapun, kecuali akan menjadi saksi pada hari kiamat.”
(Sahih Bukhari no. 574).

Maka jelaslah bahawasanya para sahabat di masa Rasulullah ﷺ terbiasa mengeraskan azan ketika waktu salat tiba. Maka orang-orang di sekitar masjid dapat mendengarnya. Ada di dalam Shahih Fiqh Sunnah, Syaikh Kamal bin As Sayid Salim menyebutkan bahawa salah satu syarat azan yakni diperdengarkan kepada orang-orang yang tidak berada di tempat muazzin.

Allahu a’lam. Mari kita tutup bab azab ini dengan melihat beberapa perbincangan tentangnya.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
===========================

1. Bagaimanakah jika ada yang mengambil upah untuk menjadi muazzin?

🔵 Beroleh upah tetapi pahala belum tentu.

2. Ada masjid yang apabila telah masuk waktu, setelah azan, penceramah masih meneruskan ceramah sehingga melewatkan waktu solat jemaah. Adakah perkara ini dibolehkan?

🔵 Boleh. Dalilnya adalah dari Abdullah bin Syaqiq katanya:
خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ يَوْمًا بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى غَرَبَتْ الشَّمْسُ وَبَدَتْ النُّجُومُ وَجَعَلَ النَّاسُ يَقُولُونَ الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ قَالَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ لَا يَفْتُرُ وَلَا يَنْثَنِي الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ أَتُعَلِّمُنِي بِالسُّنَّةِ لَا أُمَّ لَكَ ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ
قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَقِيقٍ فَحَاكَ فِي صَدْرِي مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ فَأَتَيْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ فَسَأَلْتُهُ فَصَدَّقَ مَقَالَتَهُ
Suatu hari Ibnu Abbas pernah berpidato di hadapan kami, iaitu setelah Asar hingga matahari terbenam dan bintang-bintang mulai bermunculan, maka orang-orang berseru; “Salat, salat!” Tidak lama kemudian seorang lelaki bani Tamim, seorang yang tidak pernah penat dan juga tidak pernah malas datang; “Salat, salat.” Ibnu Abbas berkata; “Apakah engkau hendak mengajariku sunnah, celaka kamu! Selanjutnya dia berkata; “Aku pernah melihat Rasulullah ‎ﷺ menjamak antara Zuhur dan Ashar, Maghrib dan Isya’.” Abdullah bin Syaqiq berkata; Maka dalam hatiku ada sesuatu yang menyenangkan, sehingga aku menemui Abu Hurairah dan kutanyakan masalah ini kepadanya, ternyata ia membenarkan ucapan Ibnu Abbas.
[Sahih Muslim No. 1154]

3. Berdasarkan hadis di atas, adakah boleh dijadikan rutin menggunakan hukum menjama’kan salat bukan kerana takut, hujan dan musafir

🔵 Tidak. Ini kalau ada benda penting untuk dikatakan. Belum habis ceramah jadi habiskan ceramah.

4. Adakah boleh melewatkan azan walaupun waktu salat telah masuk?

🔵 Ya boleh.

📜SOALAN LUAR TOPIK

1. Apakah perbezaan antara zikir dan wirid?

🔵 Zikir lebih luas. Contohnya membaca Al-Quran, bercakap tentang Allah, kelas agama, itu termasuk zikir.

Wirid itu adalah yang mengulang-ulang kalimah.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan wasilah?

🔵 Perantara. Orang yang memohon supaya mahkamah Allah dicepatkan. Dan boleh memberi syafaat supaya mengeluarkan orang dari neraka.

💠🌺💠🌺💠🌺💠🌺💠🌺💠🌺

D. Menjawab Azan

Tajuk:
📵Apakah yang diucapkan oleh orang yang mendengar azan?
📵 Anjuran menjawab azan dan dalil menunjukkan bahawasany hal itu tidak wajib.

D. Menjawab Azan

1. Apa yang diucapkan oleh orang yang mendengar azan?

Sekarang kita belajar apakah yang perlu kita lakukan apabila sedang mendengar azan.

a. Lafaz seperti yang dilaungkan oleh muazzin.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr رضي الله عنهما, beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ

Apabila kalian mendengar muazzin (melaungkan azan), maka sebutlah sebagaimana yang muazzin itu laungkan.

ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Kemudian selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat sekali kepadaku, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali.

ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ” .

Kemudian mohonlah kepada Allah agar aku mendapat wasilah. Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan di syurga yang hanya layak kepada seorang hamba Allah. Aku berharap agar aku adalah orang tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untuk aku, maka syafaat ku akan diberikan kepadanya.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, hadis no: 384]

Maka jawab sama sahaja kecuali pada lafaz حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ dan حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ.

Dalilnya: ‘Umar al-Khattab رضي الله عنه, Nabi ﷺ ‎ bersabda:

ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ . قَالَ.Anjuran menjawab azan dan dalil bahawa ia tidak wajib.

Kemudian (apabila muazzin) melaungkan: Marilah mendirikan salat. Seseorang itu hendaklah menjawab:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ .

Tiada kekuasaan dan kekuatan kecuali dengan Allah.

ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ . قَالَ

Kemudian (apabila muazzin) melaungkan: Marilah menuju kejayaan. Seseorang itu hendaklah menjawab:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Tiada kekuasaan dan kekuatan kecuali dengan Allah.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, no: 385]

b. Berselawat ke atas Nabi ﷺ

Selepas selesai azan dan mendoakan wasilah untuk Rasulullah ﷺ. Selepas azan habis, maka berselawatlah untuk Nabi ﷺ sebagaimana dalil di dalam riwayat Muslim.

Kemudian terus bacakan doa supaya Nabi Muhammad ﷺ diberikan dengan kedudukan sebagai wasilah. Doa tersebut adalah seperti di bawah:

Daripada Jabir bin ‘Abdillah رضي الله عنهما bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ،

Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.

حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ “

Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab ad-Dua’ ‘Inda an-Nida’, hadis no: 514].


2. Anjuran menjawab azan dan dalil bahawa ia tidak wajib.

Menjawab azan seperti yang diajar di atas adalah sunat sahaja.

Terdapat di dalam al-Muwatha’, Imam Malik رحمه الله telah meriwayatkan sebuah atsar daripada Tha’labah, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya: Mereka menunaikan salat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga beliau keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan salat dan khutbah imam menghentikan percakapan.
[Lihat: al-Muwatha’ (215)]

Syarah:
Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat رضي الله عنهم bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Jika benar sebagaimana yang didakwa, maka para sahabat adalah orang yang pertama akan meninggalkan hal tersebut. Tentu Umar رضي الله عنه tidak akan membiarkan mereka buat begitu.

Maka kalau ada yang berkata kalau tidak menjawab azan lidah jadi kelu atau apa-apa sahaja, itu tidak benar kerana tidak ada dalil dan asalnya.

Allahu a’lam. Sekarang kita belajar apakah adab-adab seorang muazzin.