Pengertian Tayamum
Dari segi bahasa, Tayammum bermaksud ‘keinginan’ seperti disebut dalam Baqarah:267
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ
Dan janganlah kamu menginginkan yang buruk daripadanya
Dari segi syarak, ia bermaksud menggunakan tanah untuk mengusap muka dan tangan kerana ingin mengangkat hadas dengan tujuan melakukan ibadat dan selainnya.
Itulah pengenalan kepada Tayammum. Sekarang mari kita lihat manakah sumber pensyariatan Tayammum ini.