T. Membaca Selawat pada Tasyahhud Awal

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

T. Membaca Selawat pada Tasyahhud Awal

Ini adalah satu perbincangan yang panjang lebar dalam feqah dan khilaf: Adakah baca selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ dalam Tahiyat Awal? Shaikh Albani mengatakan Nabi Muhammad ﷺ berselawat kepada diri sendiri dalam Tasyahhud. Dan baginda juga memerintahkan umatnya untuk berselawat di dalam tasyahhud.

Tetapi, ramai juga ulama’ yang berpegang, hanya bacaan tahiyyat sahaja yang disyariatkan pada tasyahhud awal. Maka kita akan beri beberapa pendapat dalam hal ini.

i) Bacaan tahiyyat ialah;

التَّحِيَّاتُ المُبارَكاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّباتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنا وعلى عِبادِ اللّه الصَّالِحينَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ

“Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”. (Sahih Muslim no.612 dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما)

ii) Bacaan Selawat pula salah satunya;

اللَّهم صلِّ عَلَى مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما صلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وعَلَى آل إِبْرَاهِيْمَ وباركْ عَلَى مُحمَّد وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما باركتَ عَلَى إِبْرَاهِيْم وعَلَى آل إِبْرَاهِيْم في العالمينَ إنَّكَ حميدٌ مجيدٌ

“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana Engkau mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana Engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia”. (Sahih Muslim no. 405, Jami’u at Tirmizi no. 3220. Hadith dari Abu Mas’ud al-Ansari رضي الله عنه)

Ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini.

Pendapat pertama, wajib membaca selawat ketika tasyahhud awal.

Ini adalah pendapat kedua Imam Asy-Syafi’iy رحمه الله sebagaimana yang beliau tegaskan dalam kitab Al-Umm. Imam asy-Syafi’iy bahkan menegaskan, orang yang tidak membaca selawat ketika tasyahhud awal kerana lupa maka dia harus sujud sahwi. (al-Umm, 1/110).

Pendapat ini juga dipilih Imam Ibnu Baz dalam Fatwa beliau, dan Syaikh Al-Albani رحمهم الله dalam sifat salat Nabi ﷺ. Beliau mengatakan ada banyak dalil selawat dalam tasyahhud dan hadith itu tidak membezakan antara tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

 

Pendapat kedua, ketika tasyahud awal hanya membaca bacaan tasyahhud sampai dua kalimat syahadat dan boleh tidak ditambahi selawat. Ini adalah pendapat majoriti ulama’, diantaranya an-Nakhai, as-Sya’bi, Sufyan ats-Tsauri, dan Ishaq bin Rahuyah رحمهم الله. Pendapat ini yang lebih kuat dalam madzhab Syafiiyah, dan pendapat yang dipilih Ibnu Utsaimin رحمه الله.

📍 Syaikh Ibnu Ustaimin رحمه الله mengatakan,

لا يستحب أن تصلي على النبي صلى الله عليه وسلم في التشهد الأول ، وهذا ظاهر السنة ، لأن الرسول صلى الله عليه وسلم لم يعلِّم ابن مسعود وابن عباس إلا هذا التشهد فقط ، وقال ابن مسعود : ( كنا نقول قبل أن يفرض علينا التشهد ) وذكر التشهد الأول فقط ، ولم يذكر الصلاة على النبي صلى الله عليه; وسلم في التشهد الأول ، فلو كان سنة لكان الرسول عليه الصلاة والسلام يعلمهم إياه في التشهد

Tidak disunahkan berselawat kepada Nabi ﷺ di tasyahhud awal, inilah yang benar dalam Sunnah, sebab Nabi ﷺ tidak pernah mengajarkan Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas kecuali bacaan tasyahhud yang seperti ini saja.

Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata: “Dulu, sebelum diwajibkan tasyahhud kepada kami, kami membaca ..”, lalu dia membaca bacaan tasyahhud awal saja, tanpa menyebutkan adanya selawat. Seandainya itu Sunnah, nescaya Nabi ﷺ mengajarkan selawat tersebut kepada mereka. (Syarhul Mumti’, 3/225)

InsyaaAllah, pendapat kedua inilah yang lebih kuat, kerana beberapa pertimbangan,

1. Makna zahir dari hadith di atas, dimana Rasulullah ﷺ hanya mengajarkan bacaan tasyahhud, dan bukan selawat.

2. Kebiasaan Rasulullah ﷺ duduk ringan (tidak lama) ketika tasyahhud awal, sebagaimana keterangan Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad (1/232).

Ubaidillah رحمه الله meriwayatkan daripada bapanya (Abdullah bin Masud رضي الله عنه) yang menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ كَأَنَّهُ عَلَى الرَّضْفِ

“Adalah Rasulullah ﷺ bila baginda duduk selepas dua rakaat, baginda duduk seolah-olah seperti baginda berada di atas batu yang dipanas di atas api”. (HR Imam at-Tirmizi. Menurut beliau hadith ini adalah hasan.)

Menurut ulama’, ungkapan “…seperti baginda duduk di atas batu yang dipanas di atas api” ialah simbolik kepada meringankan duduk ketika tahiyyat awal (iaitu tidak memanjang-manjangkan duduk sebagaimana orang yang tidak lama-lama duduk di atas batu yang panas). Berdalilkan hadith ini, para ulama’ menegaskan; duduk ketika tahiyyat awal janganlah dipanjangkan. Cuma mereka berbeza pandangan pada kadarnya.

3. Terdapat hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah رحمه الله dalam sahihnya, bahawa Rasulullah ﷺ membaca tasyahhud dalam duduk tasyahhud awal dan baginda tidak berdoa [Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Ibnu Khuzaimah (Talkhis 3/507)].

Kesimpulan: Walaupun tidak wajib membaca selawat dalam tasyahhud awal, tetapi kalau baca, mendapat pahala membaca doa dan selawat. Maka bolehlah dibaca.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️

1. Kadar bacaan yang bagaimanakah yang perlu dibaca supaya menepati keadaan sebagaimana duduk di atas batu yang panas?

🔵 Ini hanya isyarat supaya tidak duduk terlalu lama. Tidak berdoa panjang.

📜 SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Adakah hadith yang meriwayatkan perihal Rasulullah ‎ﷺ melakukan sujud Sahwi selepas salam?

🔵 Kedua-dua ada hadith yang meriwayatkannya. Melakukan sujud Sahwi sebelum dan selepas salam. Ulama’ ada membincangkan perincian sujud Sahwi sebelum atau selepas. Tetapi boleh sahaja mengambil pendapat salah satunya.

 

2. Adakah wanita yang istihadhah perlu mandi wajib apabila berhenti darahnya?

🔵 Tidak wajib untuk mandi wajib, tetapi disunatkan mandi. Yang wajib adalah mengambil wudhu’ tetapi sunat untuk mandi setiap kali hendak salat. Maka boleh mandi 5 kali atau 3 kali mandi sehari. Hikmahnya dikatakan boleh mengubati penyakit. Kerana istihadah itu adalah darah penyakit.

 

3. Adakah selepas salat sunat wudhu’, tahiyatul masjid, atau rawatib sebelum salat fardhu perlu memperbaharui wudhu’ bagi wanita istihadah?

🔵 Hanya memperbaharui wudhu’ untuk salat fadhu sahaja bukan selainnya.

 

4. Adakah makmum masbuk perlu membaca tahiyyat sampai habis sebagaimana imam?

🔵 Ya.

 

5. Bagaimanakah wanita istihadhah yang musafir mengerjakan salat jama’ dan qasar? Adakah perlu mengambil wudhu’ untuk setiap satu salat Zuhur dan Asar?

🔵 Tidak. Apabila bermusafir. Satu wudhu’ sahaja. Cuma hendak tambah bab jama’ ni. Salat jama’ jika ada kepayahan hendak salat, maka boleh ditentukan sendiri untuk qasar dan jama’ atau qasar sahaja. Contohnya menaiki bas susah hendak berhenti salat. Tetapi jika naik kereta boleh berhenti-henti pada waktu salat. Kita boleh tentukan sendiri dan jangan ambil kesempatan.

 

6. Adakah wanita istihadhah yang musafir dengan kereta perlu jama’ tamam tanpa qasar?

🔵 Jika dengan kereta, maka lakukan qasar sahaja.

 

7. Adakah wanita istihadhah boleh memegang Al-Quran dan membacanya?

🔵 Wanita istihadhah adalah suci. Maka mereka boleh memegang dan membaca Al-Quran.

 

8. Adakah perlu menghadap kiblat ketika berdoa?

🔵 Boleh berdoa menghadap sebarang arah.

 

9. Adakah hadith yang menyokong hujah seperti di dalam gambar ini?

wp-15664390936921486466945.jpg

🔵 Tiada hadith yang khusus berkenaan makbulnya seorang wanita hamil. Ia adalah mafhum dari hadith yang berlainan. Di dalam kes ini adalah kerana dilanda kesulitan atau kesusahan. Semasa kesulitan, kita amat berharap kepada Allah. Maka doa kita lebih ikhlas. Apabila doa ikhlas dan khusyuk, maka doa lebih makbul. Kita boleh berdoa sepanjang masa. Tidak perlu menunggu hamil.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

S. Tasyahhud Awal

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

S. Tasyahhud awal

Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Awal? Para ulama’ berbeza pandangan;

1. Pandangan Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’iy رحمهم الله; duduk Tahiyyat/Tasyahhud dan juga membaca Tahiyyat/Tasyahhud semasa duduk itu hukumnya sunat sahaja (tidak wajib). Jika ditinggalkan tidak membatalkan salat, namun hukumnya makruh dan disunatkan sujud sahwi.

📍 Dalil mereka ialah dalam hadith Musi’ as-Solah (iaitu hadith berkenaan seorang lelaki yang salah dalam menunaikan salat, lalu diajar oleh baginda) seperti hadith dari riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه (Sunan Abu Daud no. 730), Nabi ﷺ tidak menyebutkan tentang tahiyyat/tasyahhud awal tatkala menerangkan kaifiyat salat .

Selain itu, ada hadith menceritakan bahawa Nabi ﷺ pernah tertinggal tasyahhud awal, namun baginda tidak mengulanginya, akan tetapi menggantinya dengan sujud sahwi sahaja.

✍🏻 Daripada Abdullah bin Buhainah Al-Asadi رضي الله عنه (sekutu suku Abdul Muttalib):

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِي صَلَاةِ الظُّهْرِ وَعَلَيْهِ جُلُوسٌ فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّم

“Bahawa Rasulullah ‎ﷺ mendirikan salat Zuhur namun tidak melakukan duduk (tasyahud awal). Setelah baginda menyempurnakan salatnya, baginda sujud dua kali, dan baginda bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk sebelum memberi salam”.
(Sahih Bukhari no. 1230 dengan lafaz ini; Sahih Muslim no. 570 dan lain-lain)

2. Pandangan Imam Ahmad; ia adalah wajib. Dalil mereka arahan Nabi ﷺ; “Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, bacalah; “at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati…” (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan at-Thabrani dengan sanad yang sahih).

Selain itu, ia tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi ﷺ dengan sengaja. (al-Mughni, 1/373)

Kesimpulan: Janganlah kita tinggalkan tahiyyat awal dengan sengaja. Kalau kita tertinggal, maka salat itu masih sah lagi, cuma disunatkan untuk dilakukan sujud sahwi.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️

1. Adakah hanya membaca “at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati…” sudah memadai untuk tasyahhud, sebagaimana dinukilkan di dalam nota kelas?

🔵 Bukan. Tanda “…” bermaksud ada sambungannya. Perlu membaca keseluruhan tahiyyat. Rujuk kembali teks tahiyyat.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

R. Cara Duduk Tasyahhud

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

R. Cara duduk tasyahhud

Duduk Tahiyyat/Tasyahhud bermakna duduk di hujung rakaat kedua dan hujung rakaat akhir (iaitu rakaat ketiga atau keempat) bagi salat yang melebihi dua rakaat. Tujuan duduk ialah untuk membaca tasyahhud atau tahiyyat dan juga selawat. Jadi duduk tahiyyat di dalam salat ada dua, iaitu;

1. Duduk tahiyyat awal; iaitu duduk di hujung rakaat kedua salat.
2. Duduk tahiyyat akhir; iaitu duduk di rakaat akhir salat.

Cara duduk tasyahhud adalah begini:

1. Duduk Iftirasy pada Tasyahhud Awal dan Duduk Tawarruk pada Tasyahhud Akhir.

✍🏻 Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut berdalilkan hadith daripada Abu Humaid رضي الله عنه yang menceritakan sifat salat Nabi ﷺ;

فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

“Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan telapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan telapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan telapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya”.
(Sahih Bukhari no.828)

Jadi seperti yang kita biasa lakukan di negara ini, kalau tahiyyat awal duduk iftirasy dan kalau tahiyyat akhir, duduk tawarruk. Dan itu adalah pandangan sebahagian ulama’ termasuk mazhab Syafi’iy. Sebahagian ulama’ yang lain (antaranya Imam Abu Hanifah) berpandangan; cara duduk semasa Tahiyyat Akhir adalah sama seperti cara duduk semasa Tahiyyat Awal iaitu Iftirasy.

✍🏻 Mereka berdalilkan hadith daripada Saidatina Aisyah رضي الله عنها yang menceritakan sifat salat Nabi ﷺ ;

وَكَانَ يَقُولُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ التَّحِيَّةَ وَكَانَ يَفْرِشُ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَيَنْصِبُ رِجْلَهُ الْيُمْنَى

“…Nabi membaca tahiyyat setiap selesai dua rakaat. Baginda (duduk tahiyyat dengan) menghampar kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan…” (Sahih Muslim no. 498 dengan lafaz ini; Ibnu Hibban no. 1768 dan Abu Daud no. 768).

Syarah: Dalam hadith ini ‘Aisyah رضي الله عنها hanya menyebutkan satu jenis duduk sahaja bagi Tahiyyat/Tasyahhud iaitu duduk Iftirasy. Oleh kerana itu, mazhab Hanafi mengatakan hanya ada satu cara duduk sahaja, iaitu iftirasy.

2. Meletakkan tapak tangan kanan atas paha kanan dan tapak tangan kiri atas paha kiri.

3. Merapatkan siku dengan sisi tubuh. Jangan kembang pula tangan.

4. Tidak boleh bertumpu pada tangan kiri. Jangan sebab rasa penat sampai hendak tampung pula tangan.

5. Menggenggam seluruh jari tangan kanan dan memberi isyarat dengan jari telunjuk.

Ada dua cara bagaimana cara jari dibentuk dalam Tasyahhud. Sila lihat gambar di bawah. Dua-dua cara ini boleh digunakan dan molek ditukar-tukar sekali sekala kerana kedua-dua dalilnya sahih. Iaitu Nabi pernah buat dua-dua, jadi dua-duanya adalah sunnah. Bila dua-dua sunnah, kita cuba untuk pakai kedua-duanya, jadi tukar-tukar.

6. Mengangkat jari telunjuk ketika berdoa.

Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (iaitu kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat) ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.

Bilakah mengangkat jari dalam Tasyahhud?

Kebiasaan kita melihat masyarakat kita mengangkat jari semasa syahadah di dalam Tasyahhud. Yang rajihnya, jari itu diangkat semasa dari mula lagi Tasyahhud dan terus angkat jari itu dari mula sampai habis Tasyahhud.

✍🏻 Di antara hadith yang menunjukkan disyari’atkannya isyarat dari awal tasyahhud adalah hadith Abdullah bin Az-Zubair رضي الله عنهما:

وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ

“Beliau ﷺ meletakkan tangan kiri di atas lutut kiri dan tangan kanan di atas paha kanan, dan memberi isyarat dengan jari telunjuknya.” (Sahih Muslim no. 579)

Syarah: Tidak disebut yang baginda Nabi ﷺ hanya mengangkat jari pada waktu-waktu tertentu. Tetapi nampaknya diangkat dari mula hingga habis. Dan dalam hadith yang lain menyebut baginda berterusan menggerak-gerakkan jarinya.

Adapun yang mengangkat jari sebab syahadah sahaja dan menurunkan kembali, tidak diketahui hadith sandarannya. Kerana dalam hadith yang sahih, Nabi ﷺ tidak disebut memberi isyarat pada tempat tertentu. Cuma nanti akan dibincangkan bagaimana ulama’ istinbat perbuatan itu dari hadith-hadith yang ada.

Lalu bagaimana dengan pendapat yang mengangkat jari bukan dari mula dan kemudian menurunkannya? Mari kita lihat perbincangan.

Perbezaan pendapat itu adalah kerana pemahaman berbeza pada hadith ini:

✍🏻 Dalam kitab sunan disebutkan riwayat dari Ibnu ‘Umar, dia berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا جَلَسَ فِى الصَّلاَةِ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى رُكْبَتِهِ وَرَفَعَ إِصْبَعَهُ الَّتِى تَلِى الإِبْهَامَ الْيُمْنَى يَدْعُو بِهَا وَيَدُهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ بَاسِطَهَا عَلَيْهِ

“Ketika duduk dalam salat, Nabi ﷺ meletakkan tangan kanannya di paha kanannya, lalu baginda mengangkat jari di samping jari jempol (iaitu jari telunjuk tangan kanan) dan baginda berdoa dengannya. Sedangkan tangan kiri dibentangkan di paha kirinya.” (HR. Tirmizi no. 294).

Syarah: Jelas yang Nabi ﷺ mengangkat jari telunjuk baginda. Tetapi yang diperbincangkan adalah kalimat: “baginda berdoa dengannya”.

Imam Nawawi رحمه الله (ulama besar Mazhab Syafi’iy) dalam Syarh Shahih Muslim, “Berisyarat dengan jari telunjuk dimulai dari ucapan “illallah” dari ucapan syahadat. Berisyarat dilakukan dengan jari tangan kanan, bukan yang lainnya. Jika jari tersebut terpotong atau sakit, maka tidak digunakan jari lain untuk berisyarat, tidak dengan jari tangan kanan yang lain, tidak pula dengan jari tangan kiri.

Disunnahkan agar pandangan tidak lari dari isyarat jari tadi kerana ada hadith sahih yang disebutkan dalam Sunan Abi Daud yang menerangkan hal tersebut. Isyarat tersebut dengan mengarah kiblat. Isyarat tersebut untuk menunjukkan tauhid dan ikhlas.”

Ulama’ Hanafiyah berpendapat bahwa isyarat jari itu ada ketika penafian dalam kalimat tasyahhud, iaitu pada kata “laa”. Ketika sampai pada kalimat penetapan (itsbat) yaitu “Allah”, maka jari tersebut diletakkan kembali.

Ulama’ Malikiyah berisyarat dari awal hingga akhir tasyahhud.

Ulama’ Hanbali berisyarat ketika menyebut nama jalalah “Allah”.

Pada hadith Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما di atas pada lafaz hadith “lalu baginda mengangkat jari di samping ibu jari (yaitu jari telunjuk tangan kanan) dan baginda berdoa dengannya”, berdasarkan hal itu mengangkat telunjuk dimulai ketika berdo’a dalam tasyahhud.

Adapun lafaz doa dimulai dari dua kalimat syahadat. Kerana di dalamnya terdapat pengakuan dan penetapan kemahaesaan Allah. Hal itu penyebab suatu doa lebih berpeluang dikabulkan. Selanjutnya mengucapkan inti do’anya “allahumma shalli ‘ala Muhammad …” hingga akhir tasyahud dan sampai akhir salam.

Adapun awal tasyahud “attahiyyatulillah …” sampai ucapan “wa ‘ala ‘ibadillahish shalihin” bukanlah termasuk doa, namun itu adalah bentuk memuji Allah ﷻ dan doa keselamatan bagi hamba-Nya.

Adapun tentang masalah bila selesainya berisyarat dengan telunjuk, para sahabat yang meriwayatkan mengangkat jari telunjuk, tidaklah menyebutkan Nabi ﷺ menurunkannya di bahagian tertentu sebelum selesainya salam, sehingga disimpulkan bahawa mengangkat jari telunjuk itu terus sampai selesai salam, terlebih lagi akhir tasyahhud semuanya adalah do’a.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa mengangkat jari saat tasyahhud dimulai sejak syahadatain (pada kalimat illallah) lalu diturunkan ketika akan bangkit ke raka’at ketiga untuk tasyahhud awal atau sampai salam untuk tasyahhud akhir.

Kesimpulan: Jadi dari penerangan yang penulis sudah cuba ringkaskan, terdapat banyak sekali pendapat. Maka boleh dibuat kajian sendiri dan anda boleh pilih manakah pandangan yang lebih kuat.

Jadi kita tahu kenapa ada yang angkat dari mula, ada yang angkat di pertengahan, ada yang angkat pada kalimah-kalimah tertentu. Dan kenapa ada yang menurunkannya dan tidak menunggu hingga ke hujung.

Maka kita bolehlah berlapang dada kalau kita tengok orang lain buat tidak sama dengan kita. Kita boleh pilih satu cara yang kita rasa paling kuat dan paling dekat dengan sunnah. Tetapi janganlah kita mengutuk amalan dan perbuatan orang lain kerana mereka juga ada sandaran. Kita pun tidak tahu sama ada perbuatan kita itu yang paling tepat. Entah nanti di masa hadapan, kita jumpa dalil yang lebih kuat pula yang berpihak kepada orang lain. Allahu a’lam.

Adakah sunnah menggerak-gerakkan jari semasa Tasyahhud?

Ini satu lagi perbincangan yang panjang lebar. Jarang dilihat orang kita gerakkan jari-jari dia semasa tahiyyat. Sampaikan ada yang jadikan ia sebagai tanda ‘Wahabi’. Dan penulis juga pernah dengar ada orang sebelah pegang (tidak ingat patahkan atau tidak) jari orang sebelah yang gerak-gerakkan. Kerana dia tersinggung atau dia takut orang sebelah batal salat sebab bergerak lebih dari tiga kali, Allahu a’lam.

Kalau kita nampak orang gerak-gerakkan jari dia semasa tahiyyat itu maknanya dia ada belajar cara sunnah juga. Tetapi tidaklah semestinya. Kerana pernah sekali penulis perasan ada budak muda yang menggerak-gerakkan jari dia semasa tasyahhud. Penulis sangka dia sunnah tetapi hairan kerana bab lain dia tidak buat cara sunnah. Jadi selepas salat penulis tegur dia untuk perbetulkan. Tetapi bukan sunnah rupanya. Dipendekkan cerita, dia baru masuk Tarekat dan kenapa dia gerak-gerakkan jari dia? Sebab Nur Muhammad ada di jari!

Baik, kembali kepada hukum menggerak-gerakkan jari (taharrik). Ulama’ khilaf tentang amalan ini. Ada yang berpendapat disunnahkan menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud pada saat berdoa, kerana datang di dalam hadith Wa-il bin Hujur رضي الله عنه:

✍🏻 Hadithnya berbunyi,

أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفَعَ أُصْبُعَهُ فَرَأَيْته يُحَرِّكُهَا يَدْعُو بِهَا

“Bahawasanya baginda ﷺ mengangkat jari baginda, maka aku melihat baginda menggerakkannya, seraya berdoa dengannya.” (HR. Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad dan disahihkan Syaikh al-Albani dalam al-Irwa’ no. 367)

Syarah: Ini menunjukkan bahawasanya baginda ﷺ menggerakkan jari telunjuk baginda ketika berdoa sahaja bukan dari awal tasyahhud, dan gerakan yang dimaksudkan di sini adalah gerakan yang ringan.

Dalam hadith ini telah menunjukkan dengan jelas cara (sifat) salat Rasulullah ﷺ yang semasa menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana kalimah يُحَرِّكُهَا adalah fi’lu al-mudhari’ yang menggunakan saddah (-ّ) pada huruf ra ( ر ), maka ini membuktikan perbuatan memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari dengan cara yang diulang-ulang dan terus menerus dilakukan.

📍 “Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sehingga salam (sehingga memberi salam). Inilah pendapat Imam Malik dan yang lain-lainnya”.

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani رحمه الله menjelaskan lagi: “Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sabit dari Nabi Muhammad ﷺ.

Maka kalau kita tengok ada jemaah yang menggerakkan jari dalam tasyahhud itu maknanya dia pegang pendapat yang mengatakan ianya sunnah dan tahu bahawa memang ada hadith sahih tentang perbuatan itu.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara menggerakkan jari itu. Ramai yang sangka caranya begini:

Akan tetapi sebenarnya cara yang betul adalah begini:

Walaupun hadith menggerak-gerakkan jari itu dari hadith yang sahih, tetapi masih ada perbincangan lagi. Penulis tidak lagi menggerak-gerakkan jari kerana hujah ini:

📌 Ini adalah kerana Zaidah bin Qudamah, beliau meriwayatkan hadith dengan lafaz, “Kemudian baginda mengangkat jarinya, maka aku melihat baginda menggerak-gerakkan jarinya lantas baginda berdoa dengannya.”

Zaidah رحمه الله bersendirian dalam meriwayatkan hal ini berbeza dengan perawi yang lain. Bezanya beliau adalah kerana adanya tambahan lafaz “yuharrikuhaa”, ertinya: beliau menggerak-gerakkan jarinya.

Zaidah bin Qudamah itu siqah (boleh dipercayai) dan orang yang mulia, semoga Allah ﷻ merahmati beliau. Beliau juga dipandang sebagai orang yang siqah dan muthqin (kukuh hafalannya). Akan tetapi, majoriti perawi tidak menyebutkan sebagaimana yang disebutkan oleh Zaidah رحمه الله. Sehingga dari sini kita diamkan tambahan yang dibuat oleh Zaidah yaitu tambahan “yuharrikuhaa”, ertinya: beliau menggerak-gerakkan jarinya.

Ibnu Khuzaimah رحمه الله berkata, “Tidak ada dalam satu riwayat yang menyebutkan “yuharrikuha” kecuali dari riwayat Zaidah di mana beliau (bersendirian) menyebutnya.”

Maka ini adalah perkara khilafiah. Yang perlu diperhatikan, tidaklah usah berasa aneh jika ada yang tidak menggerak-gerakkan jari ketika tasyahhud. Sebagaimana tidak perlu berasa aneh jika ada yang menggerak-gerakkan jari kerana sebahagian ulama’ berpendapat seperti ini. Namun sebaik-baik pendapat yang diikuti adalah yang berpegang pada pendapat yang kuat.

Jika yakin bahawa hadith menggerak-gerakkan jari itu lemah kerana menyelisihi banyak perawi yang lebih tsiqah, maka sudah sepatutnya yang diikuti adalah yang yakin iaitu tidak menggerak-gerakkan jari. Namun ingat, tetaplah berlembut dengan pendapat lainnya kerana masalah ini masih dalam perkara khilafiyah (silang pendapat antara para ulama’). Wallahu a’lam bish shawab.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️

1. Ketika salat berjemaah, apabila kita habis membaca tahiyyat terlebih dahulu daripada imam, adakah boleh diturunkan jari?

🔵 Jika habis awal, boleh terus membaca doa yang lain. Ambillah peluang waktu itu untuk memperbanyakkan membaca doa. Jari masih diangkat sehingga salam.

 

2. Bagaimana pula apabila jari kita bergerak sendiri tanpa sengaja semasa baca tasyahhud?

🔵 Jika tidak sengajakan ia tidak dikira. “Tuharrik” yang dibincangkan ini adalah apabila sengaja digerakkan.

 

3. Adakah ada pendapat yang memutarkan jari atau menggerakkannya ke kiri dan kanan?

🔵 Memang ada yang menggerakkan secara putar, ke kiri dan kanan, malahan ada yang menuliskan kalimah la ilaaha ilallah dengan jari pun ada. Allahu a’lam. Tidak diketahui apakah hujah mereka.

 

4. Apakah hukum apabila melakukan gerakkan jari sedemikian?

🔵 Tidak diketahui asal usulnya. Maka ia tidak dilakukan, dan tidak anjurkan untuk melakukannya.

Allah ﷻ berfirman:

وَلا تَقفُ ما لَيسَ لَكَ بِهِ عِلمٌ

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;…
[Al-Isra’ 17:36]

 

5. Bagaimanakah orang yang tiada jari telunjuk untuk angkat jari semasa tasyahhud?

🔵 Tiada ganti untuk menggunakan jari lain. Maknanya gugur angkat jari bagi mereka.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

Q. Duduk Istirehat

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

Q. Duduk Istirehat

Ini adalah duduk sebentar selepas sujud kedua, sebelum naik ke rakaat yang seterusnya. Ada pendapat yang kuat mengatakan ianya adalah sunnah. Inilah pendapat yang kuat.

Tetapi ini adalah dalam rakaat yang ganjil (rakaat pertama dan tiga) untuk naik ke rakaat kedua dan keempat. Maknanya bukanlah semua rakaat.

✍🏻 Di antara dalilnya adalah hadith Malik bin al-Huwairits رضي الله عنه:
أنه رأى النبي صلى الله عليه و سلم يصلي فإذا كان في وتر من صلاته لم ينهض حتى يستوي قاعدا

“Bahawasanya beliau melihat Nabi ﷺ, apabila baginda selesai dari rakaat ganjil (satu dan tiga) maka baginda tidak bangkit sampai duduk dengan tenang” (Sahih Bukhari no.780)

Duduk istirehat ini adalah sunat di dalam Mazhab Syafi’iy dan juga Hanbali. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Nabi ﷺ hanya melakukannya di usia lanjut kerana baginda sudah tua dan lemah. Hujah balas pula mengatakan tidak ada dalil yang baginda melakukannya kerana penat. Maka kita tidak katakan bahawasanya beliau ﷺ melakukannya kerana sudah tua atau sakit, kerana jika demikian halnya bererti para sahabat tidak pandai pula hendak membezakan mana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ karena ibadah atau kerana keperluan. Kerana tidak ada tambahan dalam hadith-hadith yang ada: “kenapa baginda penat”.

Tetapi duduk istirehat ini tidaklah wajib. Ini kerana hadith-hadith lain yang menyebutkan sifat salat nabi ﷺ tidak menyebutkan duduk istirahat, sebagai hadith orang yang jelek salatnya, maka ini menunjukkan bahawa duduk istirehat ini tidak wajib.

📍 Berkata Syaikh Abdul Aziz bin Baz رحمه الله:
جلسة الاستراحة مستحبة للإمام والمأموم والمنفرد , وهي من جنس الجلسة بين السجدتين , وهي جلسة خفيفة لا يشرع فيها ذكر ولا دعاء ومن تركها فلا حرج. والأحاديث فيها ثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم من حديث مالك بن الحويرث ومن حديث أبي حميد الساعدي , وجماعة من الصحابة رضي الله عنهم

“Duduk istirahat adalah mustahab (dianjurkan) bagi imam, ma’mum, mahupun yang salat sendiri. Dan duduknya sejenis dengan duduk diantara dua sujud, duduknya ringan (sebentar) tidak disyari’atkan zikir dan doa di dalamnya. Barangsiapa meninggalkannya maka tidak mengapa.

Cara bangkit dari sujud untuk naik ke rakaat kedua

Ini mungkin satu perkara yang jarang dibincangkan di kalangan masyarakat. Dan jarang kita lihat sunnah ini diamalkan. Cara yang sunnah adalah dengan naikkan lutut dahulu dengan menompang pada tangan.

 

Langkah satu persatu adalah seperti berikut:

1. Bangkit ke rakaat berikutnya dengan membaca takbir intiqal: Allahu akbar.

2. cara bangkit yang benar adalah dengan bertumpu pada kedua tangan di tanah. Ini merupakan pendapat Imam Malik dan Imam asy-Syafi’iy.

✍🏻 Pendapat ini berdalil:

a. Hadith dari Ibn Umar رضي الله عنهما,
رَأَيتُ رَسُولَ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيه وَسَلّم يَعْجِنُ فِي الصَّلاَة

“Saya melihat Rasulullah ﷺ melakukan ‘ajn (bertumpu) dengan tangan ketika salat” (HR. ad-Daruquthni dan dishahihkan al-Albani)

b. Keterangan dari Al-Azraq bin Qais,
رَأَيْتُ عَبْدَ اللَّهِ بن عُمَرَ وَهُوَ يَعْجِنُ فِي الصَّلاةِ يَعْتَمِدُ عَلَى يَدَيْهِ إِذَا قَامَ

“Saya melihat Abdullah bin Umar رضي الله عنهما, melakukan ‘ajn ketika salat, bertumpu dengan kedua tangannya ketika hendak berdiri.” (HR. Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath).

img_20190807_181117_349-151151699.jpg

img_20190807_181200_61199331131.jpg

3. Kondisi telapak tangan ketika dijadikan tumpuan untuk bangkit, boleh dengan cara mengepal atau dibuka, dan dua cara ini dibenarkan.

4. Bacaan takbir intiqal ketika bangkit ke rakaat berikutnya diupayakan tidak terlalu panjang: Allaahu akbar.

Bagaimanakah caranya? Boleh lihat video ini:

📍Ada yang berpendapat bahawa orang yang salat ketika bangkit dari sujud dengan cara mengepalkan tangannya didasarkan salah satu hadith berikut ini:

إذَا قَامَ مِنْ الصَّلَاةِ وَضَعَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ كَمَا يَضَعُ الْعَاجِنُ

Ertinya, “Ketika Rasulullah ﷺ bangkit dalam salatnya baginda meletakkan tangannya di atas tanah sebagaimana tukang adunan roti meletakan tangannya (al-‘ajin).”

Syarah: Kalau orang mengadun roti (pernah tengok orang adun roti canai?) adalah dengan menumbuk adunan roti itu.

Tetapi ada yang tidak memegang hadith ini kerana hadith ini dikatakan tidak sahih. Rasulullah ﷺ sendiri ketika bangkit dari sujud tidak mengepalkan tanggannya, tetapi dengan menjadikan kedua telapak tangan dan telapak jari-jarinya di atas tanah, sebagaimana yang dijelaskan di atas mengetahui tata-caranya.

وَأَمَّا الْحَدِيثُ الَّذِي فِي الْوَسِيطِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إذَا قَامَ مِنْ الصَّلَاةِ وَضَعَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ كَمَا يَضَعُ الْعَاجِنُ فَلَيْسَ بِصَحِيحٍ وَإِنْ صَحَّ حُمِلَ عَلَى ذَلِكَ وَيَكُونُ الْمُرَادُ بِالْعَاجِنِ الشَّيْخَ الْكَبِيرَ لَا عَاجِنَ الْعَجِينِ

Ertinya, “Adapun hadith yang terdapat dalam kitab al-Wasith dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما bahawa Nabi ﷺ ketika berdiri dalam salat meletakkan tangannya di atas tanah sebagaimana tukang pembuat adunan roti, bukan termasuk hadith sahih. Dan jika hadith ini sahih maka mesti ditafsirkan dengan pentafsiran di atas (menjadikan kedua telapak tangan dan telapak jari di atas tanah), dan yang dimaksudkan dengan al-‘ajin adalah orang yang tua bukan tukang pembuat adunan roti (‘ajin al-‘ajn),” (Lihat M Khathib asy-Syarbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifati Alfazh al-Minhaj, juz I, halaman 182).

📌 Tetapi, kita boleh juga berpegang kepada pendapat yang membenarkan kedua-dua cara ini. Bergantung kepada keselesaan.

Hikmah naik dengan lutut dahulu dan bertampung pada tangan lebih merupakan sebagai simbol tawaduk dan lebih dapat membantu orang yang salat. Ia lebih mudah dilakukan bagi orang tua atau muda kerana tidak memberi tekanan pada kaki.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️

1. Di dalam kitab salat cara nabi karangan Syaikh al-Albani mengatakan bahawa Rasulullah ‎ﷺ duduk Istirehat sebelum berdiri adalah kerana faktor umur Rasulullah ‎ﷺ ketika hampir wafat, semasa baginda masih muda, baginda terus bangun selepas sujud kedua tanpa duduk Istirehat. Adakah pendapat ini diterima?

🔵 Ini adalah satu perbincangan antara ‘ulama` yang mana, satu pihak berhujah dan satu pihak lagi bertanyakan kembali: bagaimanakah mereka tahu Baginda lemah waktu itu?

 

2. Hadith mengepal tangan ketika naik ke rakaat seterusnya dinyatakan tidak sahih. Apakah taraf sebenarnya hadith itu?

🔵 Dhaif. Berkata Ibnu as-Salah dalam al-Wasis –sebagaimana dalam at-Talkhis : “Hadith ini tidak sahih dan tidak dikenal serta tidak boleh berhujjah dengannya”.
Berkata an-Nawawi : “(Ini) Hadith lemah atau batil, tidak ada asalnya”. (al-Majmu’, 3/421).

 

3. Adakah hadith mengepal tangan boleh di amalkan meskipun ia dhaif?

🔵 Ya, kerana sebahagian ahli ilmu seperti Syaikh al-Albani menilai sanadnya sahih di dalam Sifat Salat Nabi ‎ﷺ. Maka, boleh pilih mana yang sesuai.

📜 SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Apakah hukum memejam mata ketika salat?

🔵 Harus jika dapat memberikan khusyuk. Tidaklah disuruh dan Tidaklah dilarang.

Contohnya, jika ada banyak benda di sekeliling, maka dengan pejam mata, boleh memberi khusyuk, silakan.

Tetapi tidaklah berkata: Wajib pejam mata hendak bagi khusyuk.

Sebab Nabi ‎ﷺ menyuruh membunuh binatang yang datang mengganggu ketika salat. Maka apabila memejamkan mata, bagaimanakah hendak tahu?

Ini bergantung pada keperluan.

 

2. Apakah yang perlu kita lakukan apabila kita yakin bacaan al-Fatihah imam salah?

🔵 Kesalahan bacaan itu jika terlalu berat, sehingga mengubah maksud atau tunggang terbalik, bolehlah makmum niat mufaraqah. Tetapi jika masih didengari lagi itu surah al-Fatihah, dimaafkan kepada makmum.

 

3. Berapakah salam pada salat jenazah?

🔵 Sunnah sekali sahaja salam. Jika dilakukan dua kali juga boleh.

 

4. Adakah makmum masbuk ketika imam di dalam tasyahhud akhir perlu menghabiskan bacaan tasyahhudnya?

🔵 Jika imam sudah habis tasyahhud, maka sudah terlambat dan perlu salat sendiri.

Jika imam masih membaca, maka terus sertai dan habiskan bacaan tasyahhud.

 

5. Bagaimana puasa wanita istihadah?

🔵 Puasa seperti biasa.

 

6. Adakah perlu berwudhu’ setelah salat sunat untuk melakukan salat fardhu?

🔵 Wudhu’ untuk setiap kali salat fardhu. Boleh gunakan wudhu’ yang sama untuk salat sunat.

 

7. Situasinya saya menjadi imam dan apabila tiba rakaat kedua, timbul rasa was-was. Adakah perlu saya menambah rakaat?

🔵 Bukan semua situasi apabila datang was-was, rakaat perlu ditambah. Tetapi perlulah dipilih yang mana lebih kuat di hati kita.

Kita pilih mana yang rasa kuat pada hati. Jika salah, makmum akan menegurnya.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

P. Duduk Iq’aa Di Antara Dua Sujud

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

P. Duduk iq’aa di antara dua sujud

Selain duduk iftirasy, dibolehkan juga duduk iq’a. Ini jarang sekali kita nampak di masjid mungkin kerana ramai tidak tahu kewujudan cara duduk ini.

Cara duduk iq’a dalam salat yang dibolehkan adalah dengan menegakkan kedua kaki lalu duduk di atas kedua tumit kaki, dan jari-jari kaki menghadap ke kiblat.

✍🏻 Seorang tabi’in, Thawus bin Kaisan رحمه الله mengatakan:

قُلنا لابنِ عباسٍ في الإقعاءِ على القدَمينِ . فقال : هي السنةُ . فقلنا له : إنا لنراهُ جفاءً بالرجلِ . فقال ابنُ عباسٍ : بل هي سنةُ نبيِّكَ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ

“Kami bertanya mengenai duduk iq’a kepada Ibnu Abbas, dia berkata: itu sunnah. Thawus berkata: kami memandang perbuatan tersebut adalah sikap tidak elok terhadap kaki. Ibnu Abbas berkata: bahkan itu sunnah Nabimu ﷺ.” (HR. Muslim no. 536)

Tetapi, ada cara duduk iq’a yang dilarang.

✍🏼 Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, dia berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ وَنَهَانِي عَنْ ثَلَاثٍ أَمَرَنِي بِرَكْعَتَيْ الضُّحَى كُلَّ يَوْمٍ وَالْوِتْرِ قَبْلَ النَّوْمِ وَصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَنَهَانِي عَنْ نَقْرَةٍ كَنَقْرَةِ الدِّيكِ وَإِقْعَاءٍ كَإِقْعَاءِ الْكَلْبِ وَالْتِفَاتٍ كَالْتِفَاتِ الثَّعْلَبِ

“Rasulullah ﷺ memerintahkan aku dengan tiga perkara dan melarangku dari tiga perkara. Memerintahkan aku untuk melakukan salat dhuha dua raka’at setiap hari, witir sebelum tidur, dan puasa tiga hari dari setiap bulan. Melarangku dari mematuk seperti patukan ayam jantan, duduk iq’a seperti duduk iq’a anjing, dan menoleh sebagaimana musang menoleh.” (HR. Ahmad no. 8106, disahihkan Ahmad Syakir dalam Takhrij Musnad Ahmad 15/240)

Duduk iq’a yang dilarang ini yaitu dengan meletakkan punggung di atas lantai lalu kaki sama ada di bahagian kanan dan kiri badan dalam keadaan terhampar.

📍 Imam an-Nawawi رحمه الله menjelaskan:

الإقعاء نوعان: أحدهما: أن يلصق أليتيه بالأرض وينصب ساقيه ويضع يديه على الأرض كإِقعاء الكلب، هكذا فسّره أبو عبيدة معمر بن المثنى، وصاحبه أبو عبيد القاسم بن سلام، وآخرون من أهل اللغة، وهذا النوع هو المكروه الذي ورد فيه النهي، والنوع الثاني: أن يجعل أليتيه على عقبيه بين السجدتين، وهذا هو مراد ابن عبّاس [رضي الله عنهما] بقوله سنة نبيّكم – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وقد نصّ الشافعي -رضي الله عنه- في البويطي والإملاء على استحبابه في الجلوس بين السجدتين

“Duduk iq’a ada dua macam: yang pertama, mendudukkan punggung di atas lantai kemudian menegakkan betisnya dan meletakkan kedua tangannya di atas lantai sebagaimana duduknya anjing. Ini yang ditafsirkan oleh Abu Ubaidah Ma’mar bin al-Mutsanna. Dan muridnya iaitu Abu Ubaid Al Qasim bin Salam. Dan para ahli bahasa yang lain. Duduk jenis ini makruh dan ini yang dilarang dalam hadith.

Yang jenis kedua, mendudukkan punggung di atas kedua tumit di antara dua sujud. Inilah yang dimaksudkan Ibnu Abbas رضي الله عنهما dalam perkataan beliau: “Ini adalah sunnah Nabimu ﷺ”. Dan Imam asy-Syafi’i dalam al-Buwaithi dan al-Imla’ menyatakan duduk seperti ini dianjurkan ketika duduk di antara dua sujud” (Syarah Sahih Muslim, 5/19).


📜 SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Adakah boleh anak perempuan saya bersalaman dengan saudara lelaki dan ayah kepada suami saya yang bukan beragama Islam?

🔵 Jika mereka sebagai seorang Muslim adalah mahram, maka apabila mereka sebagai non-Muslim juga adalah mahram. Sama sahaja status mereka kerana Surah Nur Ayat 31 tidak membezakan antara mahram Islam dan mahram bukan Islam.

Oleh itu, datuk dan pakcik adalah mahram maka boleh bersalam dengan mereka.

 

2. Semasa hendak turun sujud, mana satukah yang perlu turun dahulu? Lutut atau tangan?

🔵 Keduanya boleh. Ikut kesesuaian.

‘Ulama` hadith: tangan dahulu.
‘Ulama` fiqh: lutut dahulu.

Kesimpulannya: ikut kesesuaian.

 

3. Apabila imam salat Tarawih melakukan 3 rakaat, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum?

🔵 Perlu tegur dan tunggu imam sedar balik. Tidak boleh mengikut imam jika dia buat salah.

Imam perlu turun semula.

 

4. Jika imam cenderung kepada kurang rakaat, maka perlukah ditambahkan rakaat, walaupun makmum tahu sudah cukup rakaat?

🔵 Ya, perlu ditambah jika yakin kurang tetapi apabila mulai gerak untuk menambah rakaat dan makmum tegur (sebut subhanallah), maka imam sepatutnya mengikutinya dan jangan berdegil.

 

5. Bagaimanakah pendapat yang mengatakan andai imam sudah bangun lebih daripada rukuk maka tidak boleh turun semula?

🔵 Situasi ini apabila lupa tahiyat awal. Jika sedang naik untuk rakaat seterusnya tetapi belum melurus badan, kemudian tiba-tiba makmum tegur, maka imam perlu turun balik tetapi jika badan sudah lurus, maka tidak boleh turun. Biarlah makmum tegur tetapi imam boleh teruskan rakaat ketiga.

Ini kerana tahiyat awal itu adalah sunat sahaja bukan rukun. Jika rukun, maka perlu terus buat.

 

6. Adakah amalan khusus di bulan Syaaban yang menepati sunnah?

🔵 Setahu saya tidak ada amalan khusus di bulan Syaaban. Memang Nabi Muhammad ‎ﷺ banyak berpuasa di bulan Syaaban tetapi dikatakan itu kerana baginda menemani para isteri baginda yang mengganti puasa di bulan Syaaban.

 

7. Hari Jumaat yang lepas di Johor, khatib ada membaca Surah al-Hajj ayat 77 pada mukadimah khutbah pertama. Tiada siapa pun yang buat sujud Sajdah termasuk saya, saya pula ketahuinya apabila dibacakan terjemahannya di pertengahan khutbah.

Adakah saya perlu melakukan sujud Sajdah selepas mengetahuinya walaupun di dalam tempoh yang lama dari ayat dibacakan?

🔵 Tidak perlu. Tidak diwajibkan sujud Sajdah di dalam salat atau luar salat. Umar bin al-Khattab pernah sujud dan pernah sengaja tidak sujud (hendak mengajarkan yang ianya tidak wajib). Nanti kita belajar bab sujud Tilawah nanti.

 

8. Adakah mendengar khutbah lebih utama dari melakukan sujud Sajdah?

🔵 Tiada yang utama. Sujud boleh, tidak sujud pun boleh.

 

9. Bagaimanakah melakukan sujud Sajdah di luar salat? Contohnya ketika duduk.

🔵 Terus melakukan sujud sahaja. Sujud Sajdah atau sujud tilawah bukan salat. Maka boleh dibuat tanpa wudhu’, tanpa menutup aurat, tanpa mengadap kiblat. Terus sujud sahaja.

 

10. Adakah Sujud Sajdah tidak perlu memberi salam?

🔵 Sujud Tilawah atau Sajdah atau Syukur tiada salam. Ia bukan salat. Hanya salat sahaja yang ada salam.

Maka, terus bertakbir dan sujud. Kemudian bangun. Hendak bangun juga tidak ada takbir. Kerana hadith hanya menyatakan Nabi takbir semasa hendak sujud sahaja.

Kecualilah kalau menjadi imam. Maka perlu takbir selepas selesai sujud. Dikhuatiri makmum dua hari tidak bangun-bangun dari sujud sebab tidak tahu imam sudah habis sujud.

 

11. Bagaimanakah kita hendak menghadapi imam yang bacaan al-Fatihahnya terlalu cepat sedangkan kita makmum masih belum habis lagi?

🔵 Jika tidak membaca al-Fatihah juga boleh. Bacaan al-Fatihah ditanggung oleh imam menurut satu pendapat.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

O. Duduk Antara Dua Sujud Dengan Tumakninah Yang Merupakan Rukun Salat

Tajuk:
1. Zikir-zikir yang dibaca ketika sujud

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

O. Duduk antara dua sujud dengan tumakninah yang merupakan rukun salat

Setelah sujud pertama, orang yang salat bangun dari sujud untuk duduk di antara dua sujud. Duduk di antara dua sujud merupakan rukun salat.

✍🏻 Dalam hadith al musi’ shalatahu, dari Rifa’ah bin Rafi رضي الله عنه, di dalamnya disebutkan:

ثُمَّ يَسْجُدُ حَتَّى تَطْمَئِنَّ مفاصلُه ثُمَّ يَقُوْلُ : اللهُ أكبرُ ويرفعُ رأسَه حتَّى يستويَ قاعدًا

“…kemudian baginda sujud sampai anggota badannya menempati tempatnya, kemudian mengucapkan “Allahu Akbar”. Kemudian mengangkat kepalanya (bangun dari sujud) sampai ke posisi duduk“ (HR. Abu Daud no. 857, dishahihkan Al Albani dalam Ashl Sifati Shalatin Nabi [1/189])

Cara duduk di antara dua sujud adalah dengan duduk iftirasy, iaitu dengan membentangkan punggung kaki kiri di lantai, dan mendudukinya, kemudian kaki kanan ditegakkan dan jari-jarinya menghadap kiblat.

img_20190807_174133_051487643615.jpg

Maaf, terpaksa sebut istilah Arab sikit. Mungkin ramai yang keliru kalau pakai nama-nama sebegini. Boleh tengok gambar:

img_20190807_174334_475-1838281718.jpg

Cara dua jenis duduk ini telah diketahui umum oleh masyarakat kita, cuma nama sahaja yang agak susah hendak ingat sebab pakai bahasa Arab. Yang dikenali dalam masyarakat kita:

Iftirasy: Duduk tahiyyat awal

Tawarruk: Duduk tahiyyat akhir

* Cara saya ingat, tawaruk itu bunyi lebih kurang dengan tawaduk dan duduk tawaruk itu pada saya lebih tawaduk.

✍🏻 Dalilnya:

1⃣ Daripada Abu Humaid As Sa’idi رضي الله عنه beliau berkata:

فَإِذَا جَلَس فِي الرَكعَتَين جَلَس على رجلٌه اليسرى، ونصب اليمنى، وإذا جلس في الركعة الآخرة، قدم رجلٌه اليسرى، ونصب الأخرى، وقعد على مقعدته

“Nabi ﷺ jika duduk dalam salat di dua rakaat pertama beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan. Jika beliau duduk di rakaat terakhir, beliau mengeluarkan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya dan duduk di atas lantai.”(HR. Bukhari no. 828 dan Muslim no. 226)

2⃣ Abdullah bin Umar رضي الله عنهما mengatakan:

من سُنَّةِ الصلاةِ ، أنْ تنصِبَ القدمَ اليمنَى ، واستقبالُهُ بأصابعِها القبلةَ ، والجلوسُ على اليسرَى

“Diantara sunnah dalam salat adalah menegakkan kaki kanan lalu menghadapkan jari-jarinya ke arah kiblat dan duduk di atas kaki kiri.” (HR. An Nasa’i no. 1157, di-sahih-kan Al Albani dalam Sahih An Nasa’i)

Syarah: Apabila dikatakan jari-jari mengadap ke arah kiblat, maka kena bengkokkan jari supaya mengadap ke depan. Maka kita kena tunjukkan cara duduk iftirasy yang salah juga. Memang selalu kita tengok kalau salat di masjid/surau.

img_20190807_174522_397-1889144522.jpg


1. Zikir-zikir yang dibaca ketika duduk antara dua sujud

Ada beberapa bacaan yang sahih yang dibaca ketika duduk di antara dua sujud:

📍 Bacaan pertama:

✍🏻 Daripada Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata:

انَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ يقولُ بينَ السَّجدتينِ في صلاةِ اللَّيلِ ربِّ اغفِر لي وارحَمني واجبُرني وارزُقني وارفَعني

“Biasanya Rasulullah ﷺ ketika duduk di antara dua sujud pada salat malam beliau membaca: Rabbighfirlii warhamnii, wajburnii, warzuqnii, warfa’nii (artinya: Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, berilah rezeki dan tinggikanlah darjatku)” (HR. Ibnu Majah no.740, disahihkan al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah).

📍 Bacaan kedua:

✍🏻 Daripada Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما juga, beliau berkata:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ كانَ يقولُ بينَ السَّجدَتَينِ : اللَّهمَّ اغفِر لي وارحَمني واجبُرني واهدِني وارزُقني

“Biasanya Rasulullah ﷺ ketika duduk di antara dua sujud beliau membaca: Allahummaghfirli warhamnii, wajburnii, wahdini, warzuqnii (ertinya: Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, berilah aku petunjuk, dan berilah rezeki).” (HR. at-Tirmizi no.284, disahihkan al-Albani dalam Sahih at-Tirmizi)

📍 Bacaan ketiga:

✍🏻 Daripada Sa’ad bin Abi Waqqash رضي الله عنه, ketika Nabi ﷺ mengajarkan bacaan salat kepada orang Arab Badwi, baginda mengajarkan doa:

ْاَللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ، وَارْحَمْنِيْ ، وَعَافِنِيْ ، وَارْزُقْنِي

“Allahummaghfirlii warhamnii, wa’aafini, warzuqnii“ (disahihkan al-Albani dalam Sahih at-Targhib, 1562).

📍 Bacaan keempat:

✍🏻 Daripada Hudzaifah Ibnul Yaman رضي الله عنه, beliau berkata:

ثم جلسَ يقولُ ربّ اغفرْ لِي رَبِّ اغْفِرْ لِيْ مثلَ ما كانَ قائِما ثم سجدَ

“…kemudian Nabi duduk (setelah sujud) dan mengucapkan: rabbighfirlii, rabbighfirlii (Ya Allah ampuni aku, Ya Allah ampuni aku), dan lamanya semisal dengan lama berdirinya. Kemudian beliau sujud…” (HR. an Nasai no. 1665, disahihkan al-Albani dalam Sahih an-Nasa’i).

Syarah: Jadi ini adalah doa yang minima. Dan kalau baginda panjangkan maksudnya baginda ulang-ulang banyak kali.

📍 Bacaan Kelima:

✍🏻 Dalam hadith Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما disebutkan do’a duduk antara dua sujud yang dibaca oleh Nabi ﷺ,

رَبِّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَاهْدِنِي.

“Rabbighfirlii warhamnii, wajburnii, warfa’nii, warzuqnii, wahdinii (artinya: Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tinggikanlah darjatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku).” (HR. Ahmad 1: 371. Syaikh Syu’aib al-Arnauth mengatakan bahawa hadithnya hasan).

Jadi kita boleh lihat ada lafaz-lafaz yang berlainan. Kemudian lafaz doa di atas diriwayatkan pula dalam jalur yang berbeza-beza dengan lafaz yang beragam, jumlah lafaznya ada tujuh kata.

✍🏻 Jika dikumpulkan semua lafaznya (ketujuh kata tersebut) menjadi:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَاهْدِنِي ، وَارْزُقْنِي ، وَعَافِنِي ، وَارْفَعْنِي

“Ya Allah ampunilah aku, sayangilah aku, tutuplah kekuranganku, anugrahkan kepadaku petunjuk, berikanlah padaku rizki, maafkanlah aku dan angkatlah darjatku.” (Lihat keseluruhan riwayat dalam kitab Aslu Sifati Sholatin Nabi : 809-814 karya Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani).

📌 Pengumpulan ketujuh-tujuh kalimah ini lebih utama sebagaimana kata Imam An-Nawawi:

فالاحتياط [ يعني : لإصابة السنة ] والاختيار أن يجمع بين الروايات ويأتي بجميع ألفاظها وهى سبعة

“Yang lebih hati-hati (lebih sesuai dengan sunnah) dan yang lebih dipilihkan adalah mengumpulkan diantara riwayat-riwayat yang ada dan mendatangkan seluruh lafaz-lafaznya yang tujuh.” (Majmu’ Syarah Muhadzdzab : 3/437).

Maka, boleh kalau hendak dilafazkan kesemua tujuh kalimah itu tanpa ikut susunan pun tidak mengapa kerana ada keluasan dalam berdoa.

Tetapi mungkin anda pernah dapat gambar ini:

img_20190807_175843_400-491915466.jpg

Kalau kita lihat gambar ini, ia menyenaraikan 8 kalimat yang kita biasa diajar di negara ini. Dan penulis menolak dua kalimat: wa aafinii dan wa’ fuanni. Mari kita bincangkan sebentar.

Pertama, kalimah wa aafinii ada dalam hadith seperti yang kita telah senaraikan. Tetapi kerana ada riwayat yang berbeza-beza, mungkin dia tidak perasan. Maka tidak ada masalah langsung untuk kita baca.

Bagaimana pula dengan kalimah wa’ fuanni? Kalimah ini memang tidak ada dalam lafaz hadith. Ianya dari Imam Ghazali رحمه الله sahaja. Lalu adakah boleh untuk kita amalkan? Ini yang menjadi kontroversi sedikit.

Kalau kita hanya hendak mengamalkan lafaz-lafaz dari Nabi ﷺ, maka jangan dibaca. Tetapi kalau hendak berlapang dada, boleh juga dibaca. Ini adalah kerana doa ini bagus juga. Dan boleh dibaca di antara dua sujud. Kena ingat yang duduk antara dua sujud itu wajib, tetapi bacaan zikir itu sunat, kerana itu ada banyak lafaz yang diajar.

Dan pada tempat itu ia memang boleh dibaca doa. Kerana fiqh doa agak luas, asalkan tidak bersalahan dengan syarak. Maka boleh sahaja kita baca wa’ fuanni walaupun ia bukan lafaz dari Nabi ﷺ. Cuma jangan kita kata ianya dari lafaz Nabi ﷺ pula.

Adakah Mengangkat Tangan?

Ini jarang sekali kita lihat dilakukan dan memang nampak pelik kalau dilakukan. Tetapi sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ketika bangun dari sujud menuju duduk di antara dua sujud, maka seorang yang salat disyariatkan mengangkat tangan ketika bertakbir.

✍🏻 Kerana terdapat hadith:

كان يرفعُ يديه مع هذا التكبيرِ

“Biasanya Nabi ﷺ mengangkat tangan bersamaan dengan takbir ini (iaitu ketika bangun dari sujud)” (HR. Ahmad, Abu Daud, disahihkan al-Albani dalam Sifatu Shalatin Nabi, 151)

📍 Ibnu Qayyim mengatakan:

ونقل عنه الأثرم وقد سُئل عن رفع اليدين؟ فقال: في كل خفْض ورفْع، قال الأثرم: رأيت أبا عبد الله يرفع يديه في الصلاة في كل خفْض ورفْع

“Dinukil dari Al Atsram ketika beliau ditanya mengenai mengangkat tangan, beliau berkata: mengangkat tangan itu setiap kali merunduk dan setiap kali naik. Aku melihat Abu Abdillah (Imam Ahmad) mengangkat tangannya dalam salat setiap kali merunduk dan setiap kali naik.” (Bada’iul Fawaid, 4/89)

📍 Namun yang tepat, ini dilakukan kadang-kadang saja tidak setiap kali. Syaikh Husain al-Awaisyah mengatakan:

كان يرفع يديه مع هذا التكبير أحياناً

“Nabi ﷺ mengangkat tangan ketika takbir (saat bangun dari sujud) kadang-kadang” (Mausu’ah Fiqhiyyah Muyassarah, 2/70)

Walaupun ada dalilnya Nabi ﷺ mengangkat tangan semasa bangkit dari sujud tetapi hadith-hadith itu masih dipertikaikan. Maka kebanyakan ulama’ menetapkan mengangkat tangan dalam takbir disunnahkan dalam empat tempat sahaja:

1. Pada takbiratul ihram dirakaat yang pertama
2. Ketika hendak rukuk
3. Ketika mengucapkan Samiallâhu liman hamidah setelah rukuk
4. Ketika berdiri dari rakaat kedua menuju rakaat ketiga

✍🏻 Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Nafi’ maula Ibnu Umar رحمه الله, beliau mengatakan:

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا دَخَلَ فِى الصَّلاَةِ كَبَّرَ ، وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ رَفَعَ يَدَيْهِ ، وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَفَعَ يَدَيْهِ ، وَإِذَا قَامَ مِنَ الرَّكْعَتَيْنِ رَفَعَ يَدَيْهِ ورَفَعَ ذلكَ ابنُ عُمَر إلى نبيِّ اللهِ – صلى الله عليه وسلم -.

Sesungguhnya Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما biasanya jika hendak memulai salatnya beliau bertakbir dan mengangkat kedua tangannya. Jika hendak rukuk juga mengangkat kedua tangannya. Jika beliau mengucapkan, ”Sami’allâhu liman hamidah” juga mengangkat kedua tangannya. Jika berdiri dari rakaat kedua juga mengangkat kedua tangannya. Ibnu Umar رضي الله عنهما memarfu’kannya kepada Nabi ﷺ .” [HR. al-Bukhari, no. 739 dan Muslim no. 390]

📌 Nota: Kadangkala bukan semua kita kena amalkan. Tetapi kita kena tahu juga perbincangan ulama’. Supaya kalau kita nampak, tidaklah kita pelik dan tuduh orang yang melakukannya itu bodoh, padahal kita yang bodoh kerana tidak tahu ada pendapat yang mengatakan boleh.


SESI SOAL JAWAB
===================

img_20190807_175426_708-321782991.jpg

1. Adakah boleh duduk sedemikian kerana duduk iftirasy menyakitkan?

🔵 Saya tidak pasti. Kalau sakit, boleh.

Cuma nanti kita ajar duduk iq’a yang rasanya kurang sakit.

 

2. Zikir (doa) di antara dua sujud, yang manakah lebih afdhal, bacaan tujuh atau lapan kalimat?

🔵 Bacaan tujuh kalimat.

 

3. Adakah boleh membaca hanya lima kalimat sahaja untuk doa duduk di antara dua sujud berpandukan sebuah hadith?

🔵 Boleh.

📜 SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Adakah perlu menjawab azan yang berkumandang di dalam televisyen, radio atau aplikasi di telefon?

🔵 Tidak perlu dijawab kerana itu adalah rakaman sahaja.

 

2. Adakah perlu diam ketika mendengar azan sebagai tanda hormat?

🔵 Kalau azan yang betul pun, boleh bercakap juga.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

N. Sujud Dengan Tumakninah Yang Merupakan Rukun Salat

Tajuk:
1. Sujud dengan 7 anggota badan
2. Cara sujud
3. Lama sujud
4. Zikir-zikir yang dibaca ketika sujud
5. Larangan membaca Al-Quran ketika sujud
6. Keutamaan sujud dan anjuran untuk memperbanyak sujud

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

N. Sujud dengan tumakninah yang merupakan rukun salat

✍🏼 Dalil-dalil sujud dan tumakninah:

1⃣ Dalil sujud ada dalam surah al-Hajj:77

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اركَعوا وَاسجُدوا وَاعبُدوا رَبَّكُم

Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu

2⃣ Kemudian dalam hadith yang dikenal dengan hadith al-Musi’ Shalatuhu, dari Abu Hurairah رضي الله عنه, disebutkan di sana:

ثُمَّ اسْجُدْ حتَّى تَطْمئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

“…Kemudian sujudlah sampai tumakninah. Kemudian bangun sampai duduk dengan tumakninah. Kemudian sujud sampai tumakninah” (HR. Bukhari no. 6251, Muslim no. 397)

Syarah: Boleh nampak bagaimana Rasulullah ﷺ menekankan bab tumakninah dalam sujud seperti juga dalam rukuk. Maka kenalah solat dengan tenang dan jangan kelam kabut. Bab tumakninah ini telah banyak disebut dalam bab rukuk dan perbincangannya sama sahaja dan kerana itu tidak diulang di sini.

📌 Hukum tumakninah adalah rukun. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dalam Mazhab Hanafi di mana, hukum tumakninah adalah antara sunat dan wajib sahaja.

Mungkin ada yang bertanya atau terfikir: “Kenapalah susah sangat hendak faham feqah? Kenapa banyak sangat pendapat? Kenapa para ulama’ tidak sepakat sahaja? Kenapa dalil-dalil yang ada macam tidak jelas sahaja?

Memang begitulah ilmu agama ini. Ia memerlukan masa untuk belajar, kekuatan akal untuk berfikir dan juga belanja untuk mendapatkan ilmu itu.

Dan memang ulama’ tidak sepakat dalam banyak perkara, dari dulu lagi. Wujud perbezaan pendapat yang banyak kerana ilmu yang berbeza, sumber rujukan yang berlainan, kebijaksanaan akal (IQ) yang tidak sama, pengalaman yang berbeza, pergaulan yang berbeza dan macam-macam lagi yang berbeza. Maka memang akan susah untuk dapat persetujuan di dalam mana-mana pendapat.

Dan kenapa kalau dilihat dari perbincangan, kita akan lihat dalil-dalil yang samar-samar, memperkatakan perkara yang hampir serupa tetapi nampaknya berlainan hukum. Kenapa pula ada hadith yang pendek dan ada pula yang panjang? Ini semua nampaknya seperti mengelirukan.

Kita kena sedar yang begitulah cara Allah ﷻ sampaikan ilmu kepada kita semua. Jarang dalil-dalil datang dalam bentuk mantuq tetapi sebaliknya dalam bentuk mafhum sahaja.

Mantuq: Sebutan itu jelas. Contohnya: kena turun tangan dulu dalam sujud, baca tiga kali, buat begini, jangan begitu. Kalau baca dalil jenis ini, maka sudah tentu senang sebab jelas sejelas-jelasnya. Tetapi dalil banyak tidak begini.

Mafhum: Ini jenis dalil yang samar-samar dan ulama’ kena syarah hadith itu. Ulama’ kena interpretasi maksud hadith itu dan kemudian instinbat hukum darinya. Dan kerana lafaz yang digunakan tidak jelas, maka ulama’ lain faham lain pula dari ulama’ yang lain. Dan selalunya dalil-dalil dalam feqah adalah begini.

Kenapa Allah ﷻ tidak beri dalil-dalil mantuq sahaja? Bukankah senang kalau begitu?

Allah ﷻ beri peluang kepada kita semua dapat pahala banyak. Kepada ulama’ yang meluangkan masa, tenaga dan wang untuk mendapatkan kepada sesuatu keputusan, mereka itu mendapat pahala. Kalau benar ijtihad mereka, mereka dapat dua pahala; dan kalau salah, mereka tetap dapat satu pahala. Ini adalah kerana usaha mereka bertungkus lumus memeras otak.

Maka kita yang belajar ini juga mendapat pahala kerana susah hendak belajar. Banyak sangat pendapat, dan jawapan pun samar-samar kadangkala susah hendak faham. Maka kita kena perah otak kita, cari maklumat, berbincang, tanya orang dan macam-macam usaha yang kita kena lakukan supaya kita dapat faham sesuatu hukum itu.

Segala usaha kita itu bukan percuma tetapi Allah ﷻ beri balasan kepada kita. Ini kerana Allah ﷻ sayang kepada kita.


1. Sujud dengan 7 anggota badan

Mesti pastikan ada tujuh anggota sujud dalam salat. Maka tujuh anggota sujud tersebut adalah:

1. Dahi dan hidung
2. Tangan kanan
3. Tangan kiri
4. Lutut kanan
5. Lutut kiri
6. Kaki kanan
7. Kaki kiri

Anggota sujud adalah bagian-bagian tubuh yang menjadi tumpuan ketika melakukan sujud, dengan kata lain tujuh anggota tubuh ini menempel ke lantai ketika sujud.

✍🏼 Ini disebutkan dalam hadith Ibnu Abbas رضي الله عنهما:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ؛ عَلَى الجبهةِ – وأشارَ بيدِه إلى أنفِه – واليدينِ، والرُّكبتينِ، وأطرافِ القدَمينِ

“Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota badan: dahi (lalu beliau menunjuk juga pada hidungnya), kedua tangan, kedua lutut, dan kedua kaki.” (HR. Bukhari no. 812, Muslim no. 490)

Syarah: kalau dilihat pada hadith ini, semasa Nabi ﷺ sebut dahi baginda tunjuk juga hidung. Maka hidung itu termasuk juga anggota sujud. Iaitu ia sekali dengan dahi. Maka kena pastikan hidung juga menyentuh lantai/sejadah/tanah. Melainkan kalau hidung kemek sangat.


2. Cara sujud

Berdasarkan dalil-dalil yang ada, tata cara sujud dapat diringkaskan menjadi beberapa perkara berikut:

1. Dahi dan hidung menempel ke lantai. Sebagaimana hadith Ibnu Abbas رضي الله عنهما di atas.

2. Kedua tangan menempel ke lantai dan diletakkan sejajar dengan bahu.

✍🏼 Sebagaimana dalam hadith dari Abu Humaid as-Sa’idi رضي الله عنه:

… ثم سجَدَ فأمكَنَ أنفَه وجبهتَه، ونحَّى يدَيْهِ عن جَنبَيْهِ ووضَع كفَّيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ …

“… kemudian baginda sujud dan meletakkan hidungnya serta dahinya. Dan baginda melebarkan tangannya di sisi tubuhnya dan meletakkan telapak tangannya sejajar dengan bahunya…“ (HR. Abu Daud no. 734, disahihkan al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud)

3. Punggung lurus, kedua lengan diangkat dan tidak menempel ke lantai.

✍🏼 Berdasarkan hadith dari Anas bin Malik رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

اعتدِلوا في السُّجودِ، ولا يبسُطْ أحدُكم ذراعَيْهِ انبساطَ الكلبِ

“Hendaknya lurus ketika sujud. Dan jangan kalian merebahkan lengan kalian sebagaimana yang dilakukan anjing.” (HR. Bukhari nol 822, Muslim no. 493)

Syarah: Kalimah اعتدِلوا في السُّجو (adillah dalam sujud) ini memberi maksud lurus belakang tulang kita semasa sujud. Bukan semasa rukuk sahaja belakang kena lurus, tetapi dalam sujud juga. Malangnya ramai yang tidak menjaga perkara ini dan kerana itu kita boleh lihat ramai yang melengkung belakang mereka semasa sujud.

Maka kena jarakkan antara perut dan paha kita semasa sujud. Ini adalah dalam keadaan lega, iaitu paha tidak menekan perut. Boleh lihat pada gambar ini:

Bagaimana pula yang dimaksudkan dengan ‘merebahkan lengan macam anjing’? Ini pun kadangkala kita lihat budak-budak buat kerana mungkin mereka malas dan tidak tahu cara sujud yang benar. Dan mereka mungkin tidak dengar larangan ini. Boleh lihat gambar bagaimana cara kesilapan itu.

Cuma mungkin di negara ini sudah terbiasa sujud pendek. Kalau tengok saf susun di masjid pun pendek. Kalau pakai sejadah pun pendek sahaja. Jadi sudah terbiasa belakang melengkung. Maka ini memerlukan pembetulan pada pihak kita. Kena pandai untuk susun balik.

 

4. Lengan atas dibuka sehingga jauh dari badan.

✍🏼 Sebagaimana dalam hadith dari al-Barra bin Azib رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

إذا سجَدْتَ فضَعْ كفَّيْكَ وارفَعْ مِرْفَقَيْكَ

“Jika engkau sujud maka letakkan kedua tapak tanganmu di lantai dan angkat sikumu.” (HR. Muslim no. 494)

✍🏼 Sebagaimana dalam juga hadith Abdullah bin Buhainah رضي الله عنه, ia berkata:

أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان إذا صلَّى فرَّج بين يديهِ، حتى يبدوَ بياضُ إبْطَيه

“Nabi ﷺ ketika salat beliau melebarkan kedua tangannya hingga terlihat putihnya ketiak beliau.” (HR. Bukhari no. 390, Muslim no. 495)

 

5. Lutut menempel ke lantai. Sebagaimana hadis Ibnu Abbas رضي الله عنهما di atas.

 

6. Paha jauh dari perut. Ulama ijma’ tentang disunnahkan hal ini.

✍🏼 Asy-Syaukani رحمه الله mengatakan:

الحديث يدلُّ على مشروعية التفريج بين الفخِذين في السُّجود، ورفْعِ البطن عنهما، ولا خلافَ في ذلك

“Hadith menunjukkan tentang disyariatkannya melebarkan paha ketika sujud dan menjauhkan perut dari paha. Tidak ada khilaf dalam masalah ini.” (Nailul Authar, 2/297)

Syarah: ini juga memudahkan kita untuk meluruskan belakang kita ketika sujud.

 

7. Jari-jari kaki mengarah ke arah kiblat.

✍🏼 Berdasarkan hadith dari Muhammad bin Amr bin ‘Atha رحمه الله,

أنَّه كان جالسًا مع نفَرٍ مِن أصحابِ النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، فذكَرْنا صلاةَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، فقال أبو حُمَيدٍ السَّاعديُّ: أنا كنتُ أحفَظَكم لصلاةِ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: رأَيْتُه إذا كبَّرَ جعَلَ يدَيْهِ حِذاءَ مَنْكِبَيْهِ، وإذا ركَعَ أمكَنَ يدَيْهِ مِن رُكبتَيْهِ، ثم هصَرَ ظهرَه، فإذا رفَع رأسَه استوى حتَّى يعودَ كلُّ فَقَارٍ مكانَه، فإذا سجَد وضَع يدَيْهِ غيرَ مفترشٍ ولا قابضِهما، واستقبَلَ بأطرافِ أصابعِ رِجْلَيْهِ القِبلةَ

“Dia pernah duduk bersama beberapa orang sahabat Nabi ﷺ. Maka mereka pun menyebutkan kepada kami tentang tata salat Nabi ﷺ. Abu Humaid As Sa’idi berkata: “Aku paling hafal tata cara salat Nabi ﷺ. Aku pernah melihat baginda jika bertakbir maka baginda jadikan tangannya sejajar dengan pundaknya (bahunya). Jika baginda rukuk maka tangan baginda memegang lututnya, kemudian baginda luruskan punggungnya. Ketika baginda i’tidal maka sampai semua tulang kembali pada tempatnya. Jika baginda sujud, baginda meletakkan kedua tangannya, tidak terlalu direnggangkan dan juga tidak terlalu dirapatkan. Dan jari-jari kakinya dihadapkan ke arah kiblat.” (HR. Bukhari no. 828)

Syarah: Maknanya, jari-jari kaki itu dibengkokkan. Boleh lihat gambar cara yang betul dan cara yang salah.

 

8. Kedua tumit dirapatkan.

✍🏼 Berdasarkan diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah رضي الله عنها, dia berkata,

فقدت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وكان معي على فراشي ، فوجدته ساجداً ، راصّاً عقبيه ، مستقبلاً بأطراف أصابعه القبلة ، فسمعته يقول :

“Aku mencari-cari Rasulullah ﷺ, sebelumnya dia bersamaku di ranjangku, ternyata aku dapati dia dalam keadaan bersujud dengan menempelkan kedua tumitnya sementara ujung jari jemari kakinya dihadapkan ke arah kiblat. Aku mendengar beliau membaca,

أعوذ برضاك من سخطك ، وبعفوك من عقوبتك ، وبك منك ، أثني عليك ، لا أبلغ كل ما فيك

(أخرجه الطحاوي في “بيان مشكل الآثار” (1/104) ، وابن المنذر في “الأوسط” (رقم/1401) وابن خزيمة في صحيحه (1/328) ، وابن حبان في صحيحه (5/260) ، والحاكم في “المستدرك” (1/352) ، وعنه البيهقي في “السنن الكبرى” (2/167)

“Aku berlindung dengan ridhaMu dari murkaMu, dengan maafMu dari siksaMu, dengan-Mu (aku berlindung) dari (azab)Mu, aku memujimu dan aku tidak dapat meraih semua apa yang ada padaMu.”

(HR. Thahawi dalam kitab ‘Bayan Musykil Al-Atsar’ (1/104) dan Ibnu Munzir dalam kitab Al-Ausath, no. 1401, Ibnu Khuzaimah dalam kitab ShahihNya, no. 1/328, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya, 5/260, Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak, 1/352, Al-Baihaqi juga meriwayatkan darinya dalam kitab As-Sunan Al-Kubra, 2/167)

Inilah pendapat yang rajih kerana dalilnya sahih. Pendapat ini dikuatkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin dan Syaikh al-Albani رحمهم الله.

📍Al-Hakim berkata, “Ini adalah hadith sahih berdasarkan syarat asy-Syaikhain (Bukhari dan Muslim) namun keduanya tidak meriwayatkannya dengan redaksi seperti ini. Aku tidak ketahui ada seorang pun yang menyebut dengan redaksi ‘merapatkan kedua tumitnya dalam sujud’ selain dalam hadith ini.

Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, ‘Yang tampak dalam sunah adalah bahwa kedua telapak kaki dirapatkan, maksudnya dirapatkan satu sama lain, sebagaimana terdapat dalam hadith sahih tatkala dia mencari-cari Nabi ﷺ lalu tangannya menyentuh kedua telapak kakinya yang sedang ditegakkan saat dia sujud. Satu tangan tidak akan menyentuh kedua telapak kaki kecuali kalau keduanya dalam keadaan rapat.”

Ini mungkin tidak biasa kita nampak di negara ini. Maka boleh lihat gambar-gambar di bawah untuk bandingkan.

Lalu bagaimanakah cara yang sempurna?


3. Lama sujud

Paling kurang dalam sujud kena berhenti selama membaca satu tasbih. Tetapi jika lagi lama dalam sujud maka itu lebih baik. Rasulullah ﷺ ada membaca berbagai-bagai kalimah zikir. Kalau tidak tahu kalimah zikir lain dari yang biasa, maka boleh baca zikir biasa berkali-kali (bukan tiga kali sahaja).

Tetapi kalau menjadi makmum, tidak boleh ikut suka hendak sujud lama-lama. Kalau imam sudah angkat kepala, maka makmum kena angkat kepala juga.

Kalau jadi imam pun, jangan lama sangat kerana kena memikirkan tentang makmum di belakang. Kalau rasa makmum boleh tunggu dan biasa salat lama, maka bolehlah dilambatkan sujud itu.


4. Zikir-zikir yang dibaca ketika sujud

Ada beberapa bacaan yang sahih dari Nabi ﷺ dalam sujud:

📍 Bacaan pertama: subhaana rabbiyal a’la (Maha Suci Allah Rabb-ku Yang Maha Tinggi)

✍🏻 Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata:

فكان يقولُ في سُجودِه: سُبحانَ ربِّيَ الأعلى، قال: ثم رفَعَ رأسَه

“adalah baginda biasanya mengucapkan di dalam sujudnya: subhaana rabbiyal a’la. kemudian mengangkat kepalanya (untuk duduk).” (HR. Ahmad no. 3514, dihasankan Al Albani dalam Ashl Sifatu Shalatin Nabi, 3/809)

📍Bacaan kedua: subbuuhun quddus rabbul malaaikati war ruuh (Maha Suci Allah Rabb para Malaikat dan ruh)

✍🏼 Daripada Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata:

أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان يقولُ في ركوعِه وسُجودِه، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، ربُّ الملائكةِ والرُّوحِ

“Rasulullah ﷺ biasanya ketika rukuk dan sujud mengucapkan: ‘Subbuuhun quddus rabbul malaaikati war ruuh.” (HR. Muslim no. 487)

📍 Bacaan ketiga: Allahumma laka sajadtu.. (Ya Allah, kepada-Mu lah aku sujud..)

✍🏼 Daripada Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه ia berkata:

إذا سجَد قال: اللهمَّ لك سجَدْتُ، وبك آمَنْتُ، ولك أسلَمْتُ، سجَد وجهي للذي خَلَقَه وصوَّرَه، وشقَّ سَمْعَه وبصَرَه، تبارَكَ اللهُ أحسَنُ الخالقي

“Ketika Rasulullah ﷺ sujud baginda mengucapkan: ‘Allahumma laka sajadtu, wa bika aamantu wa laka aslamtu, sajada wajhi lilladzi khalaqahu, wa shawwarahu, wa syaqqa sam’ahu, wa basharahu. Tabarakallahu ahsanul khaliqiin’ [Ya Allah, kepada-Mu lah aku bersujud, karena-Mu juga aku beriman, kepada-Mu juga aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta].” (HR. Muslim no. 771)

📍 Bacaan Keempat:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan kami, Segala puji bagi Engkau. Ya Allah, ampunilah aku.
(HR. Bukhari no. 794, no. 817 dan Muslim no. 484)

📍Bacaan Kelima:

سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maha Suci Engkau, segala puji bagi Engkau. Tidak ada Tuhan selain Engkau. (HR. Muslim no. 221)

📍 Bacaan Keenam:

اللهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ

Ya Allah, ampunilah untukku dosaku semuanya, baik yang kecil maupun yang besar, yang awal maupun yang akhir, yang terang-terangan maupun yang sembunyi-sembunyi.
(HR. Muslim no. 216)

📍 Bacaan Ketujuh:

اللهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا، وَفِي سَمْعِي نُورًا، وَفِي بَصَرِي نُورًا، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا، وَعَنْ شِمَالِي نُورًا، وَأَمَامِي نُورًا، وَخَلْفِي نُورًا، وَفَوْقِي نُورًا، وَتَحْتِي نُورًا، وَاجْعَلْ لِي نُورًا

Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya di dalam pendengaranku, cahaya di dalam mataku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di depanku, cahaya di belakangku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, dan jadikanlah cahaya untukku. (HR. Muslim no. 187)

📍 Bacaan Kelapan:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaan-Mu dari kemarahanMu, dan dengan keselamatanMu dari hukumanMu, dan aku berlindung kepadaMu dari siksaMu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepadaMu, Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungkan kepada diriMu sendiri.
(HR. Muslim 1/532).

📍Bacaan Kesembilan:

سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ

Maha Suci Dia yang memiliki kekuasaan, kerajaan, kebesaran dan keagungan. (HR. Abu Daud no. 873, Abu Daud 1/230, An-Nasai dan Ahmad. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Sahih Abi Daud 1/166)

📍Bacaan Kesepuluh:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ

Ya Allah, ampunilah aku, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan.
(HR. an-Nasa’i no. 1124, dinyatakan sahih dalam Sahih Sunan an-Nasa’i)

📍 Bacaan Kesebelas:

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺭَﺑِّﻰَ ﺍﻷَﻋْﻠَﻰ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩِ

Ertinya: Maha Suci Rabbku Yang Maha Tinggi dan pujian untuk-Nya)”. Ini dibaca tiga kali . (HR. Abu Daud no. 870, sahih)


5. Larangan membaca Al-Quran ketika sujud

Di antara larangan yang perlu diperhatikan ketika sujud adalah larangan membaca ayat Al-Quran ketika sedang sujud.

✍🏻 Sebagaimana hadith daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata:

وَإِنِّى نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِى الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

“Aku dilarang untuk membaca Al-Quran ketika rukuk dan sujud. Adapun rukuk maka itu waktunya mengagungkan Allah عز وجل. Sedangkan sujud maka itu waktunya bersungguh-sungguh untuk berdoa agar diijabah oleh Allah” (HR. Muslim no. 479)
[Adapun membaca doa saat rukuk tidak mengapa. Bukhari membawakan doa: سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللّهُمَّ اغْفِرْلِي [Mahasuci Engkau ya Allah, wahai Rabb kami dan aku memuji-Mu. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.] (HR. Bukhari (I/99) [no. 794] dan Muslim (I/350) [no. 484]. Bukhari memasukkan hadith tersebut dalam ‘Babud Du’a’i fir ruku’ (Bab Doa dalam Rukuk).

📍Al Hafiz Ibnu Hajar memberikan komentar terhadap bab yang dikhususkan oleh Imam Bukhari, “Ada yang mengatakan, ‘Hikmah mengkhususkan rukuk dengan menyebut kata doa tanpa menyebut kata tasbih, padahal hadithnya hanya satu, bahawa Imam Bukhari bermaksud untuk memberi isyarat bantahan terhadap orang yang menganggap berdoa ketika rukuk adalah makruh, seperti Imam Malik رحمه الله.

Sedangkan mengenai tasbih, tidak ada perbedaan pendapat mengenainya. Dengan alasan tersebut, Imam Bukhari رحمه الله lebih memfokuskan dengan penyebutan doa untuk tujuan tersebut.’” (Syarah Hisnil Muslim, oleh Syaikh Majdi bin Abdul Wahab Al Ahmadi).

✍🏻 Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه juga mengatakan:

نَهاني رَسولُ اللَّهِ – ولا أقولُ : نَهاكُم – أن أقرأَ راكعًا ، أو ساجِدًا

“Rasulullah ﷺ melarang kamu – aku tidak mengatakan: melarang kalian – untuk membaca Al Quran ketika rukuk atau sujud.” (HR. Ibnu Abdil Barr dalam Al Istidzkar, 1/475, beliau lalu mengatakan: “Ini adalah lafaz yang mahfuzh dari hadith”)


6. Keutamaan sujud dan anjuran untuk memperbanyak sujud

Selain bertasbih, ketika sujud juga disunnahkan untuk berdoa dan memperbanyaknya.

✍🏻 Dasarnya adalah hadith sahih berikut ini :

1⃣ Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه;

أَقْرَبُ مَا يَكُوْنُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثَرُوا الدُّعَاءَ

Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud, maka perbanyaklah doa. (Sahih Muslim no. 744)

Syarah: Semasa kita sujud, ingatlah yang kita waktu itu paling dekat dengan Allah ﷻ. Maka ambil peluang itu untuk banyakkan sujud dan berdoa di dalam sujud.

2⃣ Juga telah disebut dalam hadith yang lain.

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، قَالَ سَمِعْتُ الأَوْزَاعِيَّ، قَالَ حَدَّثَنِي الْوَلِيدُ بْنُ هِشَامٍ الْمُعَيْطِيُّ، حَدَّثَنِي مَعْدَانُ بْنُ أَبِي طَلْحَةَ الْيَعْمَرِيُّ، قَالَ لَقِيتُ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْخِلُنِي اللَّهُ بِهِ الْجَنَّةَ ‏.‏ أَوْ قَالَ قُلْتُ بِأَحَبِّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ ‏.‏ فَسَكَتَ ثُمَّ سَأَلْتُهُ فَسَكَتَ ثُمَّ سَأَلْتُهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ سَأَلْتُ عَنْ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏ “‏ عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلاَّ رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً ‏”‏ ‏.‏ قَالَ مَعْدَانُ ثُمَّ لَقِيتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ لِي مِثْلَ مَا قَالَ لِي ثَوْبَانُ ‏.‏

Dari Ma’dan bin Abi Thalhah al-Ya’muri katanya : “Aku bertemu dengan Tsauban, maula Rasulullah ﷺ, lalu aku bertanya, ‘Ajarkanlah kepadaku suatu amal yang apabila kuamalkannya, aku masuk syurga kerananya.’
Dia tidak menyahut sehingga permintaanku itu kuulang sampai tiga kali. Akhirnya dia menjawab, “Aku pernah pula menanyakan kepada Rasulullah ﷺ seperti pertanyaan kamu itu. Maka jawab beliau, ‘Perbanyakkanlah sujud kepada Allah, kerana sesungguhnya apabila engkau sujud satu kali, Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa daripadamu.’
Kata Ma’dan, “Kemudian aku bertemu dengan Abu Darda’, lalu kutanyakan pula kepadanya. Maka jawabnya sama dengan jawapan Tsauban kepadaku.’ [Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadith no. 488]

3⃣ Dikisahkan oleh Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami رضي الله عنه,

كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِي سَلْ فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ قُلْتُ هُوَ ذَاكَ قَالَ فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ

Bahawa pada suatu malam dia pernah menyediakan air wudhu’ dan keperluan-keperluan lain yang diperlukan oleh Rasulullah ﷺ. Melihat kebaikan yang dilakukan oleh Rabi’ah, baginda berkata kepadanya, “Mintalah sesuatu dariku.”
Rabi’ah pun menyebutkan permintaannya. “Aku minta agar Allah menjadikanku sebagai pendampingmu di syurga kelak.” Baginda bertanya lagi, “Apakah tidak ada permintaan selain itu?”
“Tidak ada, (wahai Nabi). Hanya itu yang ingin aku minta darimu,” jawab Rabi’ah. “Jika demikian, maka jagalah dirimu untuk memperbanyak sujud.” (Sahih Muslim no.754).


SESI SOAL JAWAB KELAS
===================

1. Adakah tumakninah tidak wajib menurut Imam Abu Hanifah tetapi menjadi rukun menurut Imam asy-Syafi’iy, Malik dan Ahmad?

🔵 Ya, ada perbincangan tentang perkara ini. Sama ada Imam Abu Hanifah berkata ia sunat, atau wajib sahaja.

1⃣. Salah satu pendapat Imam Abu Hanifah bahawa tumakninah adalah sunat sahaja. Tetapi anak murid beliau sendiri, Imam Abu Yusuf menolak pendapat ini dan tetap mengatakan ia wajib.

2⃣. Satu lagi pendapat mengatakan Imam Abu Hanifah mengatakan yang tumakninah wajib tetapi bukan fardhu. Di dalam Mazhab Hanafi, ada perbezaan antara wajib dan fardhu. Wajib itu perlu dibuat tetapi jika tidak dibuat tidaklah membatalkan salat. Fardhu itu sama dengan rukun. Oleh sebab itu, ada salat-salat sunat, mereka menyatakan ianya wajib, tetapi tidak fardhu.

Memang di dalam Mazhab Hanafi, perbincangannya lebih panjang. Mereka juga mempunyai hujah yang bagus.

Kesimpulan: Tumakninah masih perlu dijaga. Jangan menggunakan alasan Imam Abu Hanifah untuk tidak jaga tumakninah.

 

2. Adakah salat Tarawih kilat sebagaimana yang tersebar di internet itu sah menurut Mazhab Hanafi?

🔵 Anak murid Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf juga tidak bersetuju. Pada pandangan Imam Abu Yusuf, ia tetap rukun.

Maka salat kilat sebagaimana yang dilakukan itu dianggap tidak sah.

Malah, Imam al-Kisani menjelaskan bahawa yang benar adalah apa yang disebut oleh Al-Karkhi iaitu tumakninah itu wajib di dalam Mazhab Hanafi, jika siapa meninggalkannya maka perlu sujud sahwi.

Bahkan Imam Abu Hanifah menyatakan makruh bagi orang yang meninggalkan tumakninah sehingga beliau berkata: Aku khuatir tidak sah salat sesiapa yang meninggalkan tumakninah. [Badai as-Suna’ik 2/143-145]

 

3. Adakah dalil yang dikemukankan oleh Mazhab Hanafi menggunakan asas berlandaskan Al-Quran dan hadith?

🔵 Imam Abu Hanifah adalah Imam ar-Ra’yu. Iaitu banyak menggunakan pendapat akal. Kerana beliau tinggal di tempat yang kurang diriwayatkan hadith sahih dan zaman itu belum dilakukan penilaian hadith yang banyak lagi. Maka beliau banyak juga bergantung kepada ra’yu (akal).

Apabila ada hadith pun, masih lagi ada khilaf kerana ulama` tidak sepakat mana yang sahih dan mana yang tidak.

 

4. Adakah wanita sujud di dalam keadaan merapatkan siku ke badan?

🔵 Salat wanita dan lelaki adalah sama sahaja.

Syaikh al-Albani telah membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam kitabnya al-Tarikh al-Saghir, mukasurat 95 dari Ummu al-Darda’ yang berbunyi:

أَََنَهَا كَانَتْ تَجْلِسُ فِي صَلاَتِهَا جِلْسَةَ الرَّجُلِ, وَكَانَتْ فَقِيْهَةً.

Sesungguhnya (Ummu Darda’) dalam salat, duduk seperti cara duduk lelaki, padahal beliau seorang perempuan yang ahli fiqh.

Berkenaan dengan tatacara sujud pula Imam Asy-Syafi’iy berkata: “Saya menyukai bagi orang yang sujud, bahawa dia bertakhwiyah. Takhwiyah itu adalah mengangkat (menjarakkan) dadanya dari kedua pahanya. Dan bahawa dia merenggangkan dua sikunya dan dua lengannya dari dua lambungnya (rusuknya). Sehingga apabila tidak ada padanya yang menutup bahagian bawah dua bahunya, nescaya terlihatlah warna dua ketiaknya. Tidak dia mempertemukan kedua-dua lututnya. Dia merenggangkan kedua-dua kakinya. Dia meninggikan punggungnya dan tidak membengkukkannya (iaitu meluruskan bahagian belakang).”

Perhatikan sekali lagi bahawa Imam asy-Syafi’i tidak membezakan tatacara sujud antara lelaki dan wanita.

 

5. Adakah ada pendapat yang menyatakan sujud wanita dan lelaki berbeza?

🔵 Ya, ada.

 

6. Adakah wajib hidung menyentuh tempat sujud?

🔵 Khilaf. Sujud yang sempurna adalah dengan hidung sekali. Itulah pendapat yang rajih.

 

7. Adakah menjadi kesalahan jika ketika ingin turun sujud, kita memperbetulkan seluar atau kain kita?

🔵 Bukan kesalahan.

 

8. Adakah sah salat jika ketika sujud dua kali? Situasinya, sujud kali pertama di atas pasir. Oleh kerana sakit terpaksa angkat untuk bersihkan, kemudian sujud kembali.

🔵 Salat sah.

 

9. Adakah sah sujud jika hanya dua jari kaki yang boleh dibengkokkan dan selainnya tergantung.

🔵 Sah kerana tidak mampu. Dimaafkan.

 

10. Apakah yang perlu makmum lakukan apabila imam lupa untuk sujud kali kedua dan terus bangun?

🔵Ingatkan imam dengan bacaan tasbih yang kuat. Imam harus turun balik. Makmum tidak boleh ikut imam kalau imam salah.

 

11. Adakah perlu membezakan lafaz zikir ketika rukuk dan sujud, atau boleh sahaja menggunakan lafaz yang sama?

🔵 Boleh sahaja membaca zikir yang sama kerana sudah ada dalil.

 

12. Adakah hanya zikir “Subhaana rabbiyal a’la wabihamdihih” sahaja yang dibaca sebanyak tiga kali? Adakah menyelisih sunnah jika membaca zikir yang lain melebihi sekali?

🔵 Tiada had untuk membaca zikir. Sekurangnya sekali dan sebaiknya sebanyak tiga kali. Cuma kalau terlalu panjang maka, bolehlah dibaca sekali.

img_20190807_174814_648-1654232543.jpg

 

13. Adakah boleh memilih pendapat yang pertengahan antara rapat dan renggang? Seperti gambar kedua dari kiri.

🔵 Seperti biasa, ia adalah khilaf ulama’. Saya sudah terangkan tentang bab khilaf ini. Lagi pun dalil yang ada bersifat mafhum, bukannya mantuq. Jadi, tentu ada beberapa pendapat. Boleh kaji dan baca semua pendapat untuk membuat pilihan yang terbaik. Selain daripada Nabi Muhammad‎ ﷺ, tiada sesiapa yang boleh memberi kata putus.

Tiada pertengahan. Kena pilih salah satu. Jangan hendak mengamalkan kedua-dua pendapat dan buat sekali. Contohnya, tidak boleh jika ada yang hendak mengamalkan turun sujud dengan tangan dan lutut sekali.

 

14. Adakah ini yang dimaksudkan keluar daripada khilaf?

🔵 Di dalam kes ini, tidak sebab kena pilih salah satu.

Keluar daripada khilaf contohnya seperti ini. Misalnya, ada yang berkata kena membaca istaazah pada setiap rakaat. Ada pula berkata cukup sekali pada rakaat pertama.

Maka untuk keluar daripada khilaf, kena buat pada semua rakaat.

 

15. Adakah boleh menggabungkan doa-doa dalam satu sujud atau pun satu doa untuk satu sujud?

🔵 Sangat banyak jika hendak menggabungkan semuanya. Tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad ‎ﷺ.

 

16. Adakah doa ini dilakukan pada setiap sujud dan tidak dikhususkan pada sujud terakhir sahaja?

🔵 Semua sujud.

 

17. Adakah kita kena memilih satu kaedah sahaja ketika hendak turun sujud?

🔵 Boleh tukar-tukar. Tetapi, khilaf mana yang afdhal sahaja. Jadi boleh sekali dengan lutut dan kemudian turun dengan tangan.

Akan tetapi penyoal tadi bukan bertanya tentang turun sujud tetapi sama ada rapat tumit atau tidak. Itu kena pilih salah satu yang anda rasa lebih rapat dengan sunnah.

 

18. Adakah boleh berdoa menggunakan bahasa kita sendiri ketika sujud?

🔵 Ya, boleh membaca doa dalam bahasa kita. Pendapat yang popular di negara kita tidak boleh berdoa dalam bahasa Melayu. Tetapi, yang rajihnya boleh berdoa dalam bahasa apa-apa pun. Memang tidak ada dalil Nabi Muhammad ‎ﷺ berdoa dalam bahasa lain, tetapi ini adalah kerana baginda hanya tahu bahasa Arab sahaja.

 

19. Saya pernah dengar jika kita membaca doa selain bahasa Arab maka salat tidak sah. Adakah betul kena membaca doa di dalam hati?

🔵 Ini adalah pendapat yang masyhur di Malaysia. Tetapi ia tidak ada dalil dan ia adalah pendapat yang lemah.

Hati itu adalah tempat untuk berniat bukannya tempat untuk berdoa. Maka, kalau hendak berdoa, memang kena dilafazkan.

 

20. Adakah berdoa menggunakan bahasa Melayu boleh dilakukan ketika sujud salat Sunat sahaja atau pun boleh juga dilakukan ketika salat fardhu?

🔵 Salat fardhu pun boleh. Hal ini kerana, salat fardhu lebih hebat daripada salat sunat. Tetapi janganlah semasa menjadi makmum, sebab takut terlambat pula. Kita kena mengikut imam, tidak boleh hendak mengikut suka kita.

 

21. Adakah perlu membaca doa sujud jika membaca doa dalam bahasa Melayu?

🔵 Sujud wajib, zikir sujud itu sunat. Kalau tidak dibuat, tidak akan batal salat itu.

 

22. Adakah doa sujud tetap di lafazkan baru membaca doa yang lain?

🔵 Ya.

 

k23. Adakah batal salat jika melafazkan satu huruf yang mengandungi makna?

🔵 Tidak batal. Pendapat Ustaz Nusantara sahaja yang mengatakan batal salat. Fiqh sunnah tidak batal. Malah, Nabi‎ ﷺ menganjurkan membaca doa di dalam sujud dan di dalam salat. kalau orang yang tahu bahasa Arab sahaja yang boleh membaca doa, maka hadith itu tidak dapat diamalkan oleh semua orang.

Saya tahu, apa yang saya cakap ini berlawanan dengan apa yang anda semua biasa dengar. kalau takut, jangan berdoa.

 

24. Adakah boleh berdoa menggunakan ayat Al-Quran?

🔵 Ya, boleh. Kita sudah bincang di dalam bab rukuk, boleh membaca doa dari ayat Al-Quran dengan niat membaca doa, bukan membaca Al-Quran

 

25. Adakah rukun qauli yang lain juga boleh di dalam ibunda?

🔵 Sudah tentu tidak boleh. Lafaz-lafaz itu sudah ada. Tidak boleh diterjemahkan ke bahasa yang lain. Tidak boleh ditukar langsung. Kalau diterjemah maksudnya tidak akan sama.

 

26. Bagaimana pula jika salat di ruangan yang sempit dan tidak cukup ruang untuk menghadap kiblat. Adakah boleh ketika hendak sujud, saya naik sujud di atas katil kemudian turun semula untuk berdiri sambung rukun yang seterusnya?

🔵 Terus salat sahaja di atas tilam.

 

27. Adakah boleh membaca doa menggunakan bahasa Melayu selepas selesai membaca doa qunut?

🔵 Doa boleh dibaca dalam bahasa Melayu. Sebut dengan nada suara yang perlahan sahaja.

Kalau di dalam hati, itu tempat untuk berniat. Doa sepatutnya dilafazkan.

Tetapi kalau hendak membaca doa dalam hati pun boleh juga.

📜SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Ketika imam tidak membaca doa qunut, adakah makmum boleh membacanya sekadar tidak tertinggal dua rukun dari imam?

🔵 Imam adalah untuk diikuti. Jika imam tidak membaca, makmum tidak perlu membaca qunut.

 

2. Adakah seorang guru boleh menetapkan bayaran untuk perkhidmatannya?

🔵 Secara ringkas seorang guru tidak boleh tetapkan upah mengajar.

 

3. Adakah hadith ini menjadi dalil boleh mengambil upah untuk mengajar?

إِنَّ أَحَقَّ مَا أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا كِتَابُ اللَّهِ

Sungguh, sesuatu yang lebih berhak kalian ambil sebagai upah adalah Kitabullah (Al-Qur’an).
(HR. al-Bukhari)

🔵Hadith tersebut adalah dalil di dalam konteks meruqyah menggunakan ayat Al-Quran, bukan mengajar. Kerana bab mengajar ada hadith lain:

‎٢٩٦٤ – حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الرُّوَاسِيُّ عَنْ مُغِيرَةَ بْنِ زِيَادٍ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسَيٍّ عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ ثَعْلَبَةَ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ عَلَّمْتُ نَاسًا مِنْ أَهْلِ الصُّفَّةِ الْكِتَابَ وَالْقُرْآنَ فَأَهْدَى إِلَيَّ رَجُلٌ مِنْهُمْ قَوْسًا فَقُلْتُ لَيْسَتْ بِمَالٍ وَأَرْمِي عَنْهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَآتِيَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَأَسْأَلَنَّهُ فَأَتَيْتُهُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ أَهْدَى إِلَيَّ قَوْسًا مِمَّنْ كُنْتُ أُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْقُرْآنَ وَلَيْسَتْ بِمَالٍ وَأَرْمِي عَنْهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ إِنْ كُنْتَ تُحِبُّ أَنْ تُطَوَّقَ طَوْقًا مِنْ نَارٍ فَاقْبَلْهَا حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ وَكَثِيرُ بْنُ عُبَيْدٍ قَالَا حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ عَمْرٌو و حَدَّثَنِي عُبَادَةُ بْنُ نُسَيٍّ عَنْ جُنَادَةَ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ نَحْوَ هَذَا الْخَبَرِ وَالْأَوَّلُ أَتَمُّ فَقُلْتُ مَا تَرَى فِيهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ جَمْرَةٌ بَيْنَ كَتِفَيْكَ تَقَلَّدْتَهَا أَوْ تَعَلَّقْتَهَا

2964. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Waki’ dan Humaid bin Abdurrahman ar-Ruwasi, dari al-Mughirah bin Ziyad dari ‘Ubadah bin Nusai dari al-Aswad bin Sa’labah dari ‘Ubadah bin as-Samit ia berkata; aku mengajari orang-orang ahli Suffah kitab dan Qur’an, kemudian terdapat seseorang di antara yang memberiku hadiah sebuah busur panah. Kemudian aku katakan; busur bukanlah sebuah harta, dan aku akan menggunakannya untuk memanah di jalan Allah ﷻ. Sungguh aku akan datang kepada Rasulullah ‎ﷺ dan bertanya kepada baginda. Kemudian aku datang kepada baginda dan aku katakan; wahai Rasulullah, seorang laki-laki di antara orang-orang yang aku ajari menulis dan membaca telah memberiku hadiah sebuah busur panah, dan busur bukanlah merupakan harta dan aku akan menggunakannya untuk memanah di jalan Allah. Baginda berkata: “Apabila engkau ingin dikalungi dengan kalung dari api maka terimalah!” telah menceritakan kepada kami ‘Amr bin Usman dan Kasir bin ‘Ubaid, mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Baqiyyah, telah menceritakan kepadaku Bisyr bin Abdullah bin Yasar. ‘Amr berkata; dan telah menceritakan kepadaku ‘Ubadah bin Nusai, dari Junadah bin Abu Umayyah, dari ‘Ubadah bin as-Samit, seperti hadith ini. Dan hadith yang pertama lebih sempurna. Kemudian aku katakan; bagaimana pendapat engkau, wahai Rasulullah? Kemudian baginda bersabda: “Itu adalah bara di antara dua bahumu, engkau memakainya sebagai kalung atau menggantungkanya.”
[Sunan Abu Daud no.2964]

 

4. Adakah sedekap atau tangan di sisi selepas angkat tangan ketika i’tidal?

🔵 Dalil tidak jelas. Maka terpulang untuk buat atau tidak.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

M. I’tidal (berdiri) Dari Rukuk Dengan Tumakninah Yang Merupakan Rukun Salat

Tajuk:
1⃣. Wajib mengucapkan tasmi’ bagi orang yang mengerjakan salat, baik sebagai imam atau makmum, salat sendiri atau jamaah.
2⃣. Cara turun untuk sujud.

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

M. I’tidal (berdiri) dari rukuk dengan tumakninah yang merupakan rukun salat

I’tidal bermaksud; kembali semula selepas rukuk kepada keadaan sebelum rukuk sama ada seseorang itu menunaikan salat sambil berdiri atau sambil duduk. Jika seseorang itu menunaikan salat dengan berdiri, I’tidal ialah dengan ia kembali berdiri lurus/tegak selepas bangkit dari rukuk sebelum turun untuk sujud.

Hukum i’tidal adalah wajib. Tidak sah salat tanpa melakukannya.

✍🏼 Dalil kewajipan i’tidal ini ialah hadith Saidatina ‘Aisyah رضي الله عنها yang menceritakan tentang salat Nabi ﷺ;

..وكانَ إذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ لَمْ يَسْجُدْ، حتَّى يَسْتَوِيَ قَائِمًا..

“Apabila mengangkat kepala dari rukuk (iaitu bangkit dari rukuk), Nabi ﷺ tidak sujud melainkan setelah berdiri dengan sempurna lebih dahulu (iaitu berdiri i’tidal)”.
(Sahih Muslim no. 498 dan Sahih Ibnu Hibban no. 1768)

Syarah: Maknanya, tidaklah dari rukuk terus merudum ke sujud pula.

 

Masalah dengan orang kita adalah tidak menjaga tumakninah dalam i’tidal. Mereka kelam kabut hendak turun sujud. Dan ini adalah salah dan tidak sama dengan cara Rasulullah ﷺ. Sedangkan i’tidal adalah gerakan mengangkat badan setelah dari rukuk hingga berdiri kembali dengan punggung dalam keadaan lurus.

✍🏼 Dalam hadith Abu Humaid As Sa’idi رضي الله عنه, beliau mengatakan:

فإِذا رفَع رأسه استوى قائماً حتى يعود كلّ فقار مكانه

“Ketika Baginda mengangkat kepalanya (dari rukuk) untuk berdiri hingga setiap ruas tulang punggung berada di posisinya semula” (HR. Bukhari no. 828).

Syarah: Ruas tulang punggung itu kena tegak dulu sejenak. Jadi kena salat dengan tenang dan jangan kelam kabut.

 

Banyak dalil yang menegur tentang orang yang tidak menjaga tumakninah ini. Allah ﷻ dan Rasul-Nya ﷺ mencela orang yang tidak melakukan i’tidal sampai lurus punggungnya padahal dia mampu. Baik kerana terlalu cepat salatnya, terburu-buru atau kerana kurang perhatian dalam urusan salatnya.

✍🏻 Antara dalil-dalilnya;

1⃣ Dalam hadith dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

إن الله لا ينظرُ يوم القيامة إلى مَن لا يقيم صُلبَه بين ركوعه وسجودِه

“Sesungguhnya di hari kiamat Allah tidak akan memandang orang yang tidak meluruskan tulang sulbinya di antara rukuk dan sujud” (HR. Tirmidzi no. 2678, Abu Ya’la dalam Musnad-nya no. 3624, at-Thabrani dalam al-Ausath no.5991. Disahihkan al-Albani dalam Silsilah Ahadits Shahihah no. 2536).

2⃣ Dari Ali bin Syaiban رضي الله عنه, beliau mengatakan:

خرَجنا حتى قدِمنا على رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ ، فبايَعناهُ وصلَّينا خلفَهُ ، فلَمحَ بمؤخَّرِ عينِهِ رجلًا ، لا يقيمُ صلاتَهُ ، – يعني صلبَهُ – في الرُّكوعِ والسُّجودِ ، فلمَّا قضى النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ الصَّلاةَ ، قالَ : يا معشرَ المسلِمينَ لا صلاةَ لمن لا يقيمُ صلبَهُ في الرُّكوعِ والسُّجودِ

“Kami melakukan perjalanan hingga bertemu Rasulullah ﷺ. Kemudian kami berbai’at kepada baginda lalu salat bersama baginda. Ketika salat, baginda melirik kepada seseorang yang tidak meluruskan tulang sulbinya ketika rukuk dan sujud. Ketika Nabi ﷺ selesai salat, baginda bersabda: ‘Wahai kaum Muslimin, tidak ada salat bagi orang yang tidak meluruskan tulang sulbinya di dalam rukuk dan sujud‘” (HR. Ibnu Majah no. 718, disahihkan Al Albani dalam Sahih Ibni Majah).

3⃣ Dalam riwayat lain, dari Abu Mas’ud Al Badri رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

لا تُجْزِىءُ صلاةٌ لا يُقيم ُالرجلُ فيها يعني : صُلْبَهُ في الركوعِ والسجودِ

“Tidak sah salat seseorang yang tidak menegakkan tulang sulbinya ketika rukuk dan sujud” (HR. Tirmizi no. 265, Abu Daud no. 855, At Tirmizi mengatakan: “Hasan sahih”).

Ibnul Qayyim رحمه الله setelah membawakan riwayat Abu Mas’ud ini beliau mengatakan:

هذا نص صريح في أن الرفع من الركوع وبين السجود الاعتدال فيه والطمأنينة فيه ركن لا تصح الصلاة إلا به

“Hadith ini adalah dalil tegas bahawa meluruskan punggung dan tumakninah dalam i’tidal itu adalah rukun dalam salat, tidak sah salat kecuali harus demikian” (Ash Shalatu wa Ahkamu Tarikiha, 1/122).

Syarah: Maka i’tidal ini amat berat sekali maka hendaklah dijaga.

Mengangkat Tangan Ketika Bangun Dari Rukuk

Dalil-dalil mengenai disyariatkannya raf’ul yadain (mengangkat dua tangan) dalam hal ini sangat banyak.

✍🏼 Di antara dalil-dalilnya;

1⃣ Hadith dari Ibnu Umar رضي الله عنهما,

أنَّ النبيَّ صلّى الله عليه وسلّم كان يرفعُ يديه حذوَ مَنكبيه؛ إذا افتتح الصَّلاةَ، وإذا كبَّرَ للرُّكوع، وإذا رفع رأسه من الرُّكوع

“Nabi ﷺ biasanya ketika memulai salat, ketika takbir untuk rukuk dan ketika mengangkat kepala setelah rukuk, beliau mengangkat kedua tangannya setinggi bahunya” (HR. Bukhari no.735)

2⃣ Juga hadith dari Malik bin Huwairits رضي الله عنه,

إذا صلَّى كبَّر ورفَع يدَيهِ، وإذا أراد أن يركَع رفَع يدَيهِ، وإذا رفَع رأسَه من الرُّكوعِ رفَع يدَيهِ

“ Apabila (Nabi ﷺ) salat baginda bertakbir dan mengangkat kedua tangannya. Apabila hendak rukuk, baginda mengangkat kedua tangannya. Dan apabila mengangkat kepalanya dari rukuk baginda mengangkat kedua tangannya” (HR. Al Bukhari no. 737)

Namun mengangkat tangan ini juga tidak sampai wajib hukumnya kerana sebahagian sahabat Nabi ﷺ terkadang meninggalkannya. Di antaranya Ibnu Umar رضي الله عنهما, yang meriwayatkan hadith tentang raf’ul yadain, beliau terkadang meninggalkannya.

✍🏻 Daripada Mujahid رحمه الله, dia berkata:

صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا فَلَمْ يَكُنْ يَرْفَعُ يَدَيْهِ إِلَّا فِي التَّكْبِيرَةِ الْأُولَى مِنَ الصَّلَاةِ

“aku pernah salat bermakmum pada Ibnu Umar رضي الله عنهما, dia tidak pernah mengangkat kedua tangannya kecuali pada takbir yang pertama dalam salat (takbiratul ihram)” (HR. ath Thahawi dalam Syarh Ma’anil Atsar no. 1357, dengan sanad yang sahih).

Kesimpulan: Boleh kalau tidak angkat tangan selain dari takbiratul ihram, tetapi digalakkan untuk kita angkat tangan pada takbir intiqal juga. Kerana setiap pergerakan kita itu ada pahala padanya.

📌 Nota: Angkat tangan yang dimaksudkan adalah seperti takbiratul ihram. Saya pernah tengok ada yang angkat tangan macam berdoa (tapak tangan mengadap ke atas). Saya tidak tahu datang dari mana, tetapi bila saya tanya, itulah yang dia belajar.
Jangan buat begitu (jangan buat benda pelik-pelik). Kalau ada yang pelik-pelik, lain dari apa yang orang lain buat, kena tanya.

Bagaimana Melakukan I’tidal Dengan Sempurna?

1. Apabila hendak bangkit dari rukuk, ucapkanlah; “سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ” (bermaksud; Allah mendengar (dan menjawab) orang yang memujinya) sambil mengangkat kedua tangan setentang bahu atau setentang dua telinga.

2. Apabila telah tegak berdiri, bacalah;

اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

“Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, untukMulah pujian kami, (pujian) yang mengisi sekelian langit dan bumi serta mengisi apa yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepasnya” (Sahih Muslim no. 725).

3. I’tidal wajib dilakukan dengan tomaninah iaitu memastikan diri berada dalam keadaan tetap dan tenang dalam posisi I’tidal (berdiri lurus) itu sebelum turun sujud. Jika seseorang membaca zikir di atas semasa I’tidalnya, maka ia telah memenuhi tuntutan tumakninah semasa I’tidalnya.

Adakah Harus Memanjangkan I’tidal?

✍🏻 Harus, berdalilkan hadis dari Anas رضي الله عنه yang menceritakan; “Rasulullah ﷺ setelah mengucapkan “Sami’allahu liman hamidah”, baginda berdiri (begitu lama) sehingga kami berkata; ‘Beliau telah lupa’. Kemudian baginda sujud dan duduk di antara dua sujud (dengan begitu lama) hingga kami berkata; ‘Baginda telah lupa’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam as-Syaukani; hadis ini menjadi dalil keharusan memanjangkan I’tidal dan duduk antara dua sujud. (Nailul-Autar, juz. 2, kitab as-Solah).

Kalau di Malaysia, selalunya i’tidal itu sekejap sahaja. Tetapi bagi mereka yang sudah pernah mengerjakan Haji atau Umrah di Mekah/Madinah, mereka akan perasan yang i’tidal yang dilakukan di sana lebih lama. Ini adalah kerana ada lebih lagi doa-doa yang dibaca oleh imam-imam di sana.

Ada banyak bacaan wirid Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan.

Boleh pilih salah satu:

📍Doa I’tidal 1:

رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ
Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji.

(HR. al-Bukhari no. 722)

 

📍Doa I’tidal 2:

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ
Ya Allah, Tuhan kami, bagi-Mu segala puji.

(HR. Bukhari No: 796 Muslim no. 902 dari Abu Musa al-Asy’ari)

 

📍Doa I’tidal 3:

رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ
Ya Tuhan kami, dan bagi-Mu segala puji.

(HR. al-Bukhari no.732, no.689 dan Muslim no.866 dari Abu Hurairah)

 

📍Doa I’tidal 4:

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ

Ya Allah, ya Tuhan kami, dan bagi-Mu segala puji.* (HR. Bukhari no. 795)

 

📍Doa I’tidal 5:

رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Tuhan kami, dan bagi-Mu segala puji, dengan pujian yang banyak, yang baik, yang diberkahi di dalamnya.
(HR. Bukhari no. 799 dari hadith Rifa’ah ibnu Rafi’).

✍🏻 Daripada Rifa’ah bin Rafi’;

كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي ورَاءَ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَن حَمِدَهُ، قالَ رَجُلٌ ورَاءَهُ: رَبَّنَا ولَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قالَ: مَنِ المُتَكَلِّمُ قالَ: أنَا، قالَ: رَأَيْتُ بضْعَةً وثَلَاثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أوَّلُ..

Pernah seseorang yang salat di belakang Nabi ﷺ membaca: (doa di atas) ketika bangkit dari rukuk setelah ucapan “Sami’allaahu liman hamidah”. Selesai dari salat, baginda bertanya, “Siapa yang mengucapkannya tadi?” Orang itu berkata, “Saya.” Baginda bersabda, “Sungguh aku melihat lebih dari 30 malaikat berlumba-lumba, siapa di antara mereka yang paling dahulu mencatatnya. (Sahih Bukhari no.799, Abu Daud no. 770).

📌 Nota: Ada pula yang menjadikan ini dalil boleh buat bid’ah. Mereka kata: “itu sahabat buat bid’ah, Nabi ﷺ benarkan sahaja… dapat pahala pulak tu…”.

Ini adalah hujah yang tidak boleh dipakai langsung. Waktu itu masih ada lagi Nabi Muhammad ﷺ untuk memberitahu sama ada itu adalah amalan benar atau tidak. Kalau zaman selepas Nabi ﷺ wafat, siapa yang boleh beri kebenaran?

Kalaulah hujah ini dibenarkan dan diraikan, entah apalah jadi agama ini. Sesiapa sahaja boleh reka amalan baru dan kata ianya ‘bagus’ dan ‘dapat pahala’. Maka berjogetlah masyarakat kita sambil berzikir. Nanti kita tidak dapat bezakan mana satu agama Islam dan mana agama Hindu (sebab sama sahaja berjoget-joget). Nanti sama sahaja agama Islam dengan agama Kristian (sebab dua-dua menyanyi dalam gereja dan masjid).

 

📍Doa I’tidal 6:

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ، وَمِلْءُ الْأَرْضِ وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

“Ya Allah, ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apapun yang Engkau kehendaki setelah itu”.
[HR. Muslim No: 476 (HR. Muslim no. 1067 dari hadith Abdullah ibnu Abi Aufa)].

 

📍Doa I’tidal 7:

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَاوَاتِ، وَمِلْءَ الْأَرْضِ، وَمِلْءَ مَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

“Ya Allah, ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara keduanya, sepenuh apapun yang Engkau kehendaki setelah itu”.
(HR. Muslim no. 771)

 

📍Doa I’tidal 8:

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ، وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

“Ya Allah, ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit, sepenuh bumi, dan apa yang ada di antara keduanya, sepenuh apapun yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang berhak disanjung dan dimuliakan. Tidak ada yang dapat menghalangi apa yang akan Engkau berikan, tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau tahan, dan tidak bermanfaat suatu kekayaan, terhadap orang yang memiliki kekayaan, dari keputusan-Mu”
(HR. Muslim no. 478 & no. 1072 dari Ibnu Abbas)

 

📍Doa I’tidal 9:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ: اللهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

“Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit dan bumi, dan sepenuh apapun yang Engkau kehendaki setelah itu. Yang berhak disanjung dan dimuliakan. Yang paling pantas dikatakan oleh seorang hamba, dan kami semua adalah hamba-Mu: Ya Allah, tidak ada yang dapat menghalangi apa yang akan Engkau berikan, tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau tahan, dan tidak bermanfaat suatu kekayaan, terhadap orang yang memiliki kekayaan, dari keputusan-Mu”
(HR. Muslim no.477 & no.1071 dari Abu Sa’id al-Khudri)

 

📍Doa I’tidal 10:

لِرَبِّيَ الْحَمْدُ، لِرَبِّيَ الْحَمْدُ

Hanya untuk Rabb-ku segala puji, hanya untuk Rabb-ku segala puji.

(HR. Nasai No: 1069 sahih. HR. Abu Daud no. 874 dan yang lainnya dari hadits Hudzaifah, dinyatakan sahih dalam Shahih Sunan Abi Daud dan al-Irwa’ no. 335).

Baginda ﷺ terus mengulang-ulangi ucapan ini, hingga lama berdirinya saat itu sama dengan lama rukuknya, padahal lama rukuk beliau mendekati lamanya beliau berdiri pada rakaat yang pertama, yang beliau membaca surah al-Baqarah.

Syarah: Ini menjadi dalil bahawa boleh dipanjangkan rukuk dan juga iktidal. Dan diulangi sahaja wirid yang sama berulang-ulang.

 

📍Doa I’tidal 11:

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ، مُبَارَكًا عَلَيْهِ، كَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى

“Wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji. Pujian yang banyak, yang baik, yang diberkahi di dalamnya, yang diberkahi di atasnya, sebagaimana Rabb kami senang dan redha”.

(Tambahan كَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى ini dari lafaz Jami’ Al-Tirmizi no.404; Sunan Abu Daud no.773 dan Sunan Al-Nasai no.930).

Ada sahabat yang membaca ini ketika i’tidal. Selesai salat, Nabi ﷺ bertanya, “Siapa yang tadi membaca doa i’tidal tersebut?” Salah seorang sahabat mengaku. Nabi ﷺ bersabda, “Saya melihat ada 30 lebih malaikat yang berebut mengambil bacaan ini. Siapa di antara mereka yang paling cepat mencatatnya.”

Nota: Ini adalah hadith yang lebih panjang dari hadith yang disebut sebelum ini (Doa i’tidal 5)

 

📍Doa I’tidal 12:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ اْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ، اَللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang ada di antara keduanya, dan sepenuh apa yang Engkau inginkan dari sesuatu setelahnya. Engkau adalah Dzat yang berhak mendapat pujian dan kemuliaan. (Ucapan ini) yang paling pantas diucapkan seorang hamba, dan semua kami adalah hamba-Mu semata. Ya Allah, tidak ada yang bisa menahan apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang bisa memberikan apa yang Engkau tahan. Tidak bermanfaat kekayaan bagi orang yang memilikinya (kecuali iman dan amal salihnya), hanya dari-Mu kekayaan itu”.
(HR. Muslim 1/346).


1. Wajib mengucap tasmi’ bagi orang yang mengerjakan salat, baik sebagai imam atau makmun, salat sendiri atau jemaah.

Dalam rukuk ada bacaan tasmi’, iaitu mengucapkan: sami’allahu liman hamidah (ertinya: “Allah mendengar orang yang memuji-Nya”).

Dan ada bacaan tahmid, iaitu mengucapkan: Rabbana walakal hamdu (ertinya: “Ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu”).

Kalau salat sendirian, tidak ada masalah kerana tasmi’ dan tahmid sentiasa sahaja dibaca oleh orang yang salat. Yang jadi perbincangan adalah apabila seseorang itu menjadi makmum.

📌 Ini adalah kerana selalunya apabila imam mengucapkan tasmi’, makmum selalunya terus mengucap tahmid. Adakah ini benar?

✍🏻 Yang menjadi kekeliruan adalah kerana hadith dari Anas bin Malik رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

إِنّما جُعل الإِمام ليؤتمّ به، فإِذا كبّر فكبِّروا، وإِذا سجد فاسجدوا، وإِذا رفع فارفعوا، وإِذا قال: سمع الله لمن حمده، فقولوا: ربّنا ولك الحمد، وإِذا صلّى قاعداً فصلّوا قعوداً أجمعُون

“Sesungguhnya imam itu diangkat untuk diikuti. Jika dia bertakbir maka bertakbirlah. Jika dia sujud maka sujudlah. Jika dia bangun (dari rukuk atau sujud) maka bangunlah. Jika dia mengucapkan: sami’allahu liman hamidah. Maka ucapkanlah: rabbana walakal hamdu. Jika dia salat duduk maka salatlah kalian sambil duduk semuanya” (HR. Bukhari no. 361, Muslim no. 411).

Syarah: Dari hadith ini, seolah-olah telah jelas yang kalau imam melafazkan tasmi’ maka makmum terus lafaz tahmid, bukan? Tidak semestinya. Sebab itu kena belajar kerana kalau kita baca sendiri, begitulah konklusi yang kita akan dapat.

Syaikh al-Albani di dalam memberi komentar hadith ini mengatakan, ini bukan dalil untuk mengatakan makmum tidak perlu mengucap tasmi’. Kalau baca hadith ini secara literal, maka ia bermaksud imam pun tidak mengucap tahmid juga (kerana tidak disebut imam baca tahmid dalam hadith ini). Jadi hadith ini memberi panduan bahawa tahmid makmum selepas tasmi’ imam.

Maka, ia kembali kepada hadith umum tentang salat yang mengatakan imam itu untuk diikuti. Maka apabila imam baca tasmi’ dan tahmid, maka makmum pun begitu juga.

Imam Nawawi juga berpendapat yang makmum tetap mengucapkan tasmi’ dan tahmid.

📌 Syaikh al-Albani memberikan satu lagi hujah: Kalau makmum tidak mengucapkan tasmi’ tetapi hanya mengucapkan tahmid, ia bermakna makmum itu bergerak dalam iktidal tanpa zikir apa-apa pun. Ini tidak patut kerana setiap pergerakan dalam salat ada zikirnya. Takkan imam zikir tasmi’ dan tahmid, tetapi makmum hanya lafaz tahmid sahaja? Begini juga hujah dari Imam Nawawi.

Di sini ulama’ berselisih pendapat mengenai hukum tasmi’ dan tahmid menjadi 2 pendapat:

Pendapat pertama: Ulama’ Hanbali berpendapat bahawa tasmi’ dan tahmid hukumnya wajib bagi imam dan munfarid (solat bersendirian). Namun bagi makmum hanya wajib tahmid saja.

Pendapat kedua: Jumhur ulama’ berpendapat bahwa tasmi’ dan tahmid hukumnya sunnah. Namun mereka berbeza pendapat mengenai rinciannya:

Ulama’ Malikiyah dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa imam hanya disunnahkan membaca tasmi’ dan tidak perlu membaca tahmid. Sedangkan makmum disunnahkan membaca tahmid saja dan tidak perlu membaca tasmi’. Dan munfarid disunnahkan membaca keduanya.

Abu Yusuf Al Hanafi dan juga satu riwayat pendapat dari Abu Hanifah, mengatakan imam dan munfarid disunnahkan membaca tasmi’ dan tahmid sekaligus. Dan makmum hanya disunnahkan membaca tasmi’ saja.

Ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa imam, makmum dan munfarid disunnahkan membaca tasmi’ dan tahmid (Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, 27/92-94).

Maka, memang ada perbincangan tentang perkara ini dan kita telah sebutkan bahawa yang kuat adalah pendapat yang mengatakan wajib bagi imam, makmum atau munfarid untuk mengucapkan tasmi’ dan tahmid.

✍🏻 Dalilnya dari hadith juga.

1⃣. Berdasarkan hadith dari Rifa’ah bin Rafi رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

إنَّها لا تتمُّ صلاةُ أحدِكم حتَّى يُسبِغَ الوضوءَ كما أمَره اللهُ

“Tidak sempurnah salat seseorang hingga dia menyempurnakan wudhu’nya sebagaimana diperintahkan oleh Allah…”

Lalu dalam hadith yang panjang ini disebutkan:

ثم يُكبِّرُ ويركَعُ حتَّى تطمئِنَّ مفاصِلُه وتسترخيَ ثم يقولُ: سمِعَ اللهُ لِمَن حمِدَه

“Kemudian bertakbir dan rukuk sampai tuma’ninah, kemudian meluruskan badannya sambil mengucapkan: sami’allahu liman hamidah” (HR. Abu Daud no. 857, disahihkan Al Albani dalam Sahih Abi Daud).

Syarah: Dari hadith ini menyebut kewajiban mengucap tasmi’. Hadith ini menunjukkan wajibnya ucapan tasmi‘, tidak sempurna salat tanpanya.

2⃣. Juga berdasarkan hadith Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau mengatakan:

ان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إذا قامَ إلى الصَّلاةِ يُكبِّرُ حينَ يقومُ، ثم يُكبِّرُ حينَ يركَعُ، ثم يقولُ: سمِعَ اللهُ لِمَن حَمِدَه، حين يرفَعُ صُلْبَه مِن الرُّكوعِ، ثم يقولُ وهو قائمٌ: ربَّنا ولك الحمدُ

“Rasulullah ﷺ ketika berdiri untuk salat beliau bertakbir ketika berdiri, dan bertakbir ketika rukuk kemudian mengucapkan: sami’allahu liman hamidah. Kemudian bangun dari rukuk hingga meluruskan tulang sulbinya kemudian mengucapkan: rabbana walakal hamdu” (HR. Bukhari no. 789, Muslim 392).


2. Cara turun untuk sujud

Ini juga adalah masalah yang diperbincangkan dengan panjang lebar oleh ulama’ dan umat Islam. Ramai yang keliru bab ini dan sudah tidak tahu mana satu yang betul: turun lutut dahulu atau turun tangan dahulu? Kalau dahulu tidak belajar agama, semua turun lutut dahulu. Tetapi bila mula belajar, baru tahu ada pendapat yang mengatakan turun tangan dahulu.

Begitulah, bila mula belajar, maka akan timbul pandangan-pandangan baharu. Tetapi jangan pula hendak amalkan dua-dua guna kaedah jamak. Jangan pula selepas ini konon hendak amalkan turun lutut dan tangan, maka turun serentak dua-dua sekali! Kita bagitahu kerana takut ada yang ‘bijak’ sangat.

Pertama, yang mesti difahami adalah kedua cara tersebut dibolehkan berdasarkan kesepakatan para ulama’. Namun para ulama’ berselisih pendapat manakah yang lebih afdhal di antara keduanya.

📍 Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata,

أما الصلاة بكليهما فجائزة بإتفاق العلماء إن شاء المصلى يضع ركبتيه قبل يديه وإن شاء وضع يديه ثم ركبتيه وصلاته صحيحة فى الحالتين بإتفاق العلماء ولكن تنازعوا فى الأفضل

“Adapun salat dengan kedua cara tersebut maka diperbolehkan dengan kesepakatan ulama’, kalau dia mahu maka meletakkan kedua lutut sebelum kedua telapak tangan, dan kalau mahu maka meletakkan kedua telapak tangan sebelum kedua lutut, dan salatnya sah pada kedua keadaan tersebut dengan kesepakatan para ulama’. Hanya saja mereka berselisih pendapat tentang yang afdhal.” (Majmu’ Al Fatawa, 22: 449).

Jadi, jangan hendak ribut-ribut sangat kerana ini bukan isu sah atau tidak, tetapi isu mana yang lebih afdhal sahaja.

Kedua, yang paling afdhal adalah dilihat dari keadaan masing-masing, tidak katakan yang paling afdhal adalah tangan dahulu ataukah lutut dahulu. Kerana hadith yang membicarakannya hanyalah mengatakan,

✍🏼 Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه;

إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ

“Janganlah salah satu kalian turun untuk sujud sebagaimana bentuk turunnya unta ketika hendak menderum.” (HR. Abu Daud no. 840 dan An Nasai no. 1092. Al Hafiz Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan).

Namun ada tambahan,

وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ

“Hendaknya dia letakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya.”
(Sunan Abu Daud no. 714, hadith dari riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه)

📍 Versi lain mengatakan,

وَلْيَضَعْ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ

“Hendaknya dia letakkan dua lututnya sebelum dua tangannya.”
(Sunan ad- Darimi no. 1286, hadith dari riwayat Wa-il bin Hujur رضي الله عنه)

Syarah: Para ulama’ berselisih pendapat manakah riwayat tambahan ini yang sahih.

Pendapat yang tepat, kedua versi tambahan tersebut adalah riwayat yang goncang, tidak ada satu pun yang sahih. Keduanya idhtirob (goncang) [baca: lemah]. Sehingga riwayat yang sahih hanyalah bahagian awal hadith yang berbunyi, “Janganlah salah satu kalian turun untuk sujud sebagaimana bentuk turunnya unta ketika hendak menderum”.

Sehingga zahir hadith menunjukkan bahawa orang yang sedang mengerjakan salat dilarang turun sujud sebagaimana bentuk turunnya unta ketika mahu menderum.

Ini pun masalah juga untuk difahami, kerana unta bukan ada tangan pun, tetapi semuanya ada empat kaki. Maka ini pun jadi khilaf. Sebab ada yang kata dua kaki depan itulah ganti kepada tangan, tetapi ada pula yang kata dua kaki depan itulah lutut bagi unta. Nampak tak bagaimana pening kembali?

📍Maka ini ada satu lagi pendapat: Turunnya unta untuk menderum itu memiliki bentuk yang khas, bentuk khas ini terjadi sama ada kita turun dengan mendahulukan tangan daripada lutut ataupun kita mendahulukan lutut daripada tangan. Sehingga makna sabda Nabi ﷺ, “janganlah salah satu kalian turun untuk sujud sebagaimana bentuk turunnya unta ketika hendak menderum” adalah ketika hendak sujud hendaknya kepala tidak dibuat tunduk dahulu sampai ke lantai semisal unta ketika hendak turun sedangkan punggung masih dalam posisi di atas.

Kerana inilah bentuk turunnya unta untuk menderum dan bentuk semacam ini nampak negatif bagi orang yang mengerjakan salat. Jadi sama ada turun tangan dahulu atau turun lutut dahulu, jangan turun kepala dulu. Jangan nampak pelik macam ‘downward dog’ dalam Yoga pula. [kena search sendiri macam mana rupa dia sebab tidak sesuai diletakkan di sini].

Ramai yang apabila diberitahu turun tangan dahulu, ada salah faham cara turun. Jadi kena ditunjukkan cara turun yang betul. Cara untuk turun sujud ditunjukkan dalam video ini (minit 3:45)

Kesimpulannya: Terdapat diskusi yang panjang tentang perselisihan ini di kalangan ulama’ tentang perkara ini. Pendapat yang paling baik, manakah yang mesti didahulukan apakah tangan ataukah lutut, ini ikut pada kondisi masing-masing. Mana yang lebih mudah baginya, itulah yang dia lakukan. Ada orang yang badannya berat, ada orang yang ringan. Intinya, tidak ada hadith sahih yang marfu’ -sampai pada Nabi ﷺ – yang membicarakan hal tadi. (Lihat Sifat Salat Nabi karya guru kami, Syaikh Abdul ‘Aziz Ath Tharifi, hal. 129).


SESI SOAL JAWAB KELAS
==========================

1. Saya pernah lihat orang salat tanpa sedekap. Adakah itu betul caranya?

🔵 Sedekap itu sunat tidak wajib. Jadi boleh. Yang tidak sedekap itu selalunya mazhab Maliki.

Juga syiah.

 

2. Saya pernah jumpa orang angkat takbiratul ihram sikunya melewati depan dada orang di kiri kanannya (salat berjemaah), rasa tidak selesa jadinya. Adakah hukumnya haram atau makruh?

🔵 Kalau sampai ganggu dan kena orang, haramlah.

Kena belajar cara takbir sunnah, setakat bahu sahaja. Tidak perlu hendak depangkan tangan sampai ke tepi.

 

3. Berkenaan Doa i’tidal no: 10, bagaimanakah hendak membacanya selepas samiAllahulimanhamidah tanpa dibaca robbanawalakalham atau dibaca berulang-ulang selepas membaca robbanawalakalham?

🔵 Bacaan ini ganti Rabbana lakal hamdu.

 

4. Adakah hanya lafaz doa i’tidal 5 sahaja yang malaikat berebut hendak menulisnya? Lafaz-lafaz selain ini tidak dinyatakan fadhilatnya pula.

🔵 Ya, ini sahaja yang saya tahu. Yang lain saya tiada dengar pula.

Kalau sekarang memang kita takkan tahu kerana Nabi sudah tiada di kalangan kita.

img_20190804_020349_737606546144.jpg

5. Apakah pandangan ustaz dengan syarahan hadith di atas ini?

🔵 Seperti yang telah dibincangkan, ada khilaf. Penjelasan yang dibawa oleh anda di sini adalah salah satu pendapat. Perkara ini sudah panjang lebar kita bincangkan.

Hadith itu juga kita sudah berikan.

Khilaf terjadi kerana lafaz hadith itu yang ada syarahnya lagi.

 

6. Apakah maksud bacaan sirr dan jahr?

🔵 Sirr – senyap. Solat zuhur dan asar.
Jahr – baca jelas, kuat. Solat maghrib dan lain-lain.

 

7. Adakah maksud sirr itu berbisik atau dimaksudkan bacaan senyap yang didengari telinga sendiri atau tidak?

🔵 Sirr itu maksudnya orang tak dengar.

 

8. Adakah mengangkat takbir setiap kali bangun dari sujud itu dilakukan oleh Nabi?

🔵 Yang jelas, bangkit dari sujud semasa naik ke rakaat ke tiga. Ini jelas ada.

kalau soalan tentang setiap kali sujud, maka itu kita bincangkan semasa bahagian sujud nanti. Dalilnya ada. Tetapi khilaf.

 

9. Apakah hukumnya, sekiranya lafaz tasmi’ imam menyebut “SAMI ALLAH huliman hamidah“, yang sepatutnya disebut SAMI’ Allahu…. . (Sebutan imam tanpa bunyi huruf ‘ain).

🔵 Susah hendak tentukan imam baca Ain betul atau tidak. Maka dimaafkan. Tidak memberi kesan kepada makmum kalau imam salah. Ini kesalahan kecil.

 

10. Adakah bersalaman selepas salat jemaah dibuat oleh Nabi?

🔵 Tidak ada amalan salam selepas salat. Ini adalah bidaah. Semakin lama semakin parah amalan bidaah ini.

📜 SOALAN LUAR TOPIK KELAS

1. Mohon pencerahan mengenai satu situasi waktu salat Isyak di tempat saya. Imam tidak duduk pada tahiyyat akhir tetapi beliau terus bangun sekejap dan kemudian duduk semula. Semua makmum tidak ikut bangun dan tetap duduk.

Soalan saya, adakah makmum kena ikut imam juga apabila imam sujud sahwi atau tunggu sahaja sampai imam beri salam baru makmun turut beri salam?

🔵 Kita belum masuk lagi bab sujud sahwi.

Tetapi untuk kes anda, makmum juga ikut imam sujud sahwi.

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti.”

Riwayat al-Bukhari (378) dan Muslim (948)

 

2. Ayah saya sudah meninggal 3 bulan lepas. Dia meninggal betul-betul sebulan selepas pencen kerja.

Lepas itu, baru-baru ini syarikat ada beri bonus untuk “performance” arwah sebelum dia pencen tahun lepas.

Adakah wang bonus ini perlu difaraid?

Untuk makluman, memang setiap tahun arwah mendapat bonus dari syarikat dia bekerja.

🔵 Wang datang selepas kematian dia, jadi bukan harta pusaka. Maka tidak termasuk kena faraid.

Contohnya duit insurans, bukan harta pusaka. Masa dia mati tidak ada lagi duit tu.

Contoh lain, macam KWSP kena faraid sebab duit itu memang sudah ada.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

L. Rukuk Dengan Tumakninah Yang Merupakan Rukun Salat


Tajuk:
1. Cara Rukuk
2. Zikir-zikir ketika rukuk
3. Larangan membaca Al-Quran ketika rukuk

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

L. Rukuk dengan tumakninah yang merupakan rukun salat

✍🏼 Dalil rukuk antaranya adalah dalam al-Hajj:77

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اركَعوا وَاسجُدوا

Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu,

Jadi dalil rukuk ada dalam Al-Quran, tetapi kalau tidak ditambah dengan ajaran dalam hadith, entah macam mana hendak buat.

Jadi entahlah bagaimana golongan anti hadith hendak tahu bagaimana cara rukuk itu kalau mereka tidak mahu terima hadith Nabi ﷺ.

Kita golongan ahli sunnah tidak ada masalah kerana kita menerima hadith-hadith yang sahih. Dan ada banyak cara rukuk yang diajar oleh baginda ﷺ. Antaranya:

 

✍🏼 Rasulullah ﷺ bersabda:

ثم اركع حتى تطمئن راكعا

“lalu rukuk dengan tumakninah…” (HR. Bukhari 757, Muslim 397)

Ulama’ mengatakan ukuran tumakninah itu adalah sekadar lama mengucapkan tasbih sekali. Maka tidaklah lama jangkamasa yang diperlukan. Jadi ini bukanlah perkara yang susah hendak dilakukan sebenarnya.

Bahkan Rasulullah ﷺ dalam banyak hadith menekankan umatnya untuk tumakninah dalam rukuk.

 

✍🏼 Rasulullah ﷺ bersabda:

أتمّوا الركوع والسجود؛ فوالذي نفسي بيده، إِنّي لأراكم من بعد ظهري إِذا ما ركعتم، وإِذا ما سجدتم

“Sempurnakanlah rukuk dan sujud. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku benar-benar memperhatikan kalian di balik punggungku ketika kalian rukuk dan sujud.” (HR. Bukhari no. 742, Muslim no. 425)

Maknanya, Rasulullah ﷺ marah betul kalau ada yang tidak menyempurnakan tumakninah.

 

✍🏻 Sabda Nabi ﷺ :

أسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته“. قالوا: يا رسول الله! وكيف يسرق من صلاته؟ قال: لا يُتمّ ركوعها وسجودها

“Pencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri dalam salatnya”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana mencuri dalam salat itu?”. Baginda menjawab: “Iaitu dengan tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR. Ibnu Hibban no. 1888, dihasankan al-Albani dalam Ashl Sifat Shalat Nabi, 2/644)

Bahkan dalam hadith lain disebutkan ancaman yang lebih keras lagi,

 

✍🏻 Baginda ﷺ bersabda:

رأى رجلًا لا يتمُّ ركوعَه ، وينقرَ في سجودهِ وهو يصلِّي ، فقال : لو ماتَ هذا على حالهِ هذه ، مات على غيرِ ملَّةِ محمدٍ صلَّى اللهُ عليه وسلم ، ينقُر صلاتَه كما ينقرُ الغرابُ الدَّمَ ، مثَلُ الذي لا يتمُّ ركوعَه وينقرُ في سجودهِ ، مَثلُ الجائعِ الذي يأكلُ التمرةَ والتمرتينِ ، لا يُغنيانِ عنه شيئًا

“Rasulullah ﷺ melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuknya, dan dia mematuk-matuk di dalam sujudnya (kerana hendak cepatnya) ketika dia salat. Maka baginda bersabda: “Jika orang ini mati dalam keadaan seperti ini, maka dia tidak mati di atas ajaran Muhammad ﷺ. Dia mematuk-matuk seperti gagak mematuk daging. Permisalan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya seperti seorang yang lapar yang hanya memakan satu atau dua biji kurma. Itu tidak mencukupinya sedikit pun.” (HR. at-Thabrani, disahihkan al-Albani dalam As Sifat Shalat Nabi, 2 642)


1. Cara rukuk

Cara rukuk semua sudah tahu iaitu dengan menundukkan badan. Tetapi sebagaimana telah disebut, rukuk itu perlu dengan tumakninah dan ini tidak dapat dicapai melainkan dengan melakukan rukuk dengan betul. Yang perlu dijaga:

1⃣. Meletakkan tapak tangan atas lutut. Bukannya di tempat lain. Memang Allah ﷻ sudah jadikan tubuh kita cukup-cukup, tidak panjang dan tidak pendek.

2⃣. Meregangkan jari-jari tangan semasa memegang lutut.

3⃣. Meratakan punggung dan belakang. Maksudnya lurus sahaja belakang kita, bukan melengkung. Kepala sama tinggi dengan punggung. Dan lurus tidak melengkung sampaikan kalau letak bola atas belakang pun bola tidak jatuh.

4⃣. Tenang dan diam ketika rukuk. Iaitu dalam stationary position (tidak bergerak). Badan dan tulang berhenti sejenak (bukan macam ayam patuk padi) dan baru baca tasbih sekurang-kurangnya sekali.


2. Zikir-zikir ketika rukuk

Ada beberapa jenis zikir yang Nabi ﷺ baca semasa rukuk.

📍Zikir 1.

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَافْتَتَحَ الْبَقَرَةَ فَقُلْتُ يَرْكَعُ عِنْدَ الْمِائَةِ ثُمَّ مَضَى فَقُلْتُ يُصَلِّي بِهَا فِي رَكْعَةٍ فَمَضَى فَقُلْتُ يَرْكَعُ بِهَا ثُمَّ افْتَتَحَ النِّسَاءَ فَقَرَأَهَا ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرَانَ فَقَرَأَهَا يَقْرَأُ مُتَرَسِّلًا إِذَا مَرَّ بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَإِذَا مَرَّ بِسُؤَالٍ سَأَلَ وَإِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ ثُمَّ رَكَعَ فَجَعَلَ يَقُولُ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ فَكَانَ رُكُوعُهُ نَحْوًا مِنْ قِيَامِهِ ثُمَّ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ثُمَّ قَامَ طَوِيلًا قَرِيبًا مِمَّا رَكَعَ ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى فَكَانَ سُجُودُهُ قَرِيبًا مِنْ قِيَامِهِ
ُ

Daripada Huzaifah katanya: ”Aku pernah menunaikan salat bersama Nabi ﷺ pada suatu malam, baginda memulakan salat (selepas al-Fatihah) dengan membaca surah al-Baqarah. Aku berkata: Baginda akan rukuk bila sampai ayat 100. Setelah itu baginda melepasi ayat 100. Aku berkata: baginda akan menghabiskan surah al-Baqarah dalam satu rakaat. Setelah itu baginda membaca surah an-Nisa’, surah Ali Imran, baginda membacanya dengan perlahan-lahan (bacaan tartil), apabila sampai pada ayat Al-Quran yang memuji Allah baginda bertasbih (memuji Allah), apabila sampai pada ayat permohonan kepada Allah baginda memohon kepada Allah, apabila sampai pada ayat perlindungan, baginda berlindung dengan Allah. Setelah itu baginda rukuk dan membaca:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ

Mafhumnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung.”

Dan rukuk baginda seperti panjang ketika berdiri, kemudian baginda mengucapkan:

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Mafhumnya: “Allah memperkenankan sesiapa yang memujiNya.” Kemudian baginda berdiri lama hampir sama seperti baginda rukuk, kemudian baginda sujud dan membaca:

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى

Mafhumnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.” Dan sujud baginda hampir sama seperti i’tidal baginda.” (Sahih Muslim no. 1291)

Syarah: Jadi ini adalah zikir yang pertama:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ

📍Zikir 2.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي يَتَأَوَّلُ الْقُرْآنَ

Daripada ’Aisyah رضي الله عنها, dia berkata: ”Adalah Nabi ﷺ memperbanyakkan membaca di dalam rukuk dan sujud baginda:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ

Mafhumnya: “Maha Suci Mu Ya Allah Tuhan kami, dan dengan segala pujian untukMu, Ya Allah ampunilah daku.”

Baginda mentakwilkan (menafsirkan) al-Quran.” ( Sahih Bukhari no. 775)

Syarah: Ini zikir ke dua yang agak berlainan dari yang kita biasa dengar. Ia lebih panjang lagi.

📍Zikir 3.

أَنَّ عَائِشَةَ نَبَّأَتْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ

Sesungguhnya ’Aisyah memberitahunya: ”Rasulullah ﷺ membaca di dalam rukuk dan sujud baginda:

سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْحِ

Mafhumnya: “Maha Suci dan Maha Mulia Tuhan para Malaikat dan al-Ruh (Jibril AS).”
(Sahih Muslim no. 752)

Syarah: Ini pula cara ketiga. Kalau rasa macam pernah dengar, ini kerana selalu dibaca selepas salat Tarawih (iaitu dalam Salat Witr selepas salat Tarawih)

📍Zikir 4.

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ
قُمْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَقَامَ فَقَرَأَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ لَا يَمُرُّ بِآيَةِ رَحْمَةٍ إِلَّا وَقَفَ فَسَأَلَ وَلَا يَمُرُّ بِآيَةِ عَذَابٍ إِلَّا وَقَفَ فَتَعَوَّذَ قَالَ ثُمَّ رَكَعَ بِقَدْرِ قِيَامِهِ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ

Daripada ’Auf bin Malik al-Asyja’ie katanya: ”Aku berdiri menunaikan solat malam bersama Rasulullah ﷺ, baginda membaca surah al-Baqarah, baginda tidak melalui ayat Rahmat melainkan baginda berhenti dan memohon rahmat kepada Allah, baginda tidak melalui ayat azab, melainkan baginda berhenti dan memohon perlindungan dari azab. Seterusnya beliau berkata: kemudian baginda rukuk sama seperti lamanya berdiri dan membaca:

سُبْحَانَ ذِيْ اْلجَبَرُوْتِ وَاْلمَلَكُوْتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَاْلعَظَمَةِ

Mafhumnya: “Maha Suci Tuhan yang memiliki kekuasaan, kerajaan, keagungan dan kekuasaan.”

ثُمَّ سَجَدَ بِقَدْرِ قِيَامِهِ ثُمَّ قَالَ فِي سُجُودِهِ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَامَ فَقَرَأَ بِآلِ عِمْرَانَ ثُمَّ قَرَأَ سُورَةً سُورَةً

setelah itu baginda sujud sama seperti lama baginda berdiri, kemudian baginda membaca di dalam sujud sama seperti bacaan tadi, setelah itu baginda bangun dan membaca surah Ali Imran, kemudian baginda membaca satu surah, satu surah.” (HR Abu Daud no. 739. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)

Syarah: Ini pula zikir yang kita tidak biasa dengar. Tetapi boleh diamalkan kerana ia adalah sahih.

📍Zikir 5.

Di dalam sebuah hadith yang panjang ada dinyatakan:

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قَال…..وَإِذَا رَكَعَ قَال:َ

Daripada ’Ali bin Abi Talib:
”Rasulullah ﷺ apabila rukuk baginda akan membaca:

اَللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، خَشَعَ لَكَ سَمْعِيْ وَبَصَرِيْ وَمُخِّيْ وَعَظْمِيْ وَعَصَبِيْ.

Mafhumnya: “Ya Allah, hanya untukMu daku rukuk. denganMu aku beriman, kepadaMu daku berserah. Pendengaranku, penglihatanku, otakku, tulangku, dan sarafku merendah dan menghina di hadapanMu.”

وَإِذَا رَفَعَ قَال:
apabila bangun baginda menyebut:

اللهم ربنا لك الحمد مِلْءَ السَّمَاوَاتِ، وَمِلْءَ اْلأَرْضِ، وملء مَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ

Mafhumnya: ”Ya Allah Ya Tuhan kami, untukMu segala pujian yang memenuhi langit, memenuhi bumi dan memenuhi apa yang ada antara keduanya, dan memenuhi setiap sesuatu mengikut kehendakMu setelah dari yang itu.”

وَإِذَا سَجَدَ قَالَ:
apabila sujud baginda akan membaca pula:

اَللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ.

Mafhumnya: Ya Allah, hanya kepadaMu daku bersujud, denganMu daku beriman, kepadaMu daku berserah, wajahku bersujud kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membentuk rupanya, yang memberikan pendengaran dan penglihatannya, Maha Berkat Allah, Tuhan sebaik baik Pencipta.” (Sahih Muslim no. 1291)

📍 Zikir 6.

Zikir yang biasa kita baca pun boleh juga:

سبحان ربي العظيم وبحمده (ثلاثاً)

“Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagiMu” (tiga kali).
(HR. Abu Daud no. 870, Al Bazzar 7/322, disahihkan Al Albani dalam Shifat Shalat Nabi, 133)


3. Larangan membaca Al-Quran ketika rukuk

Rukuk bukanlah tempat untuk membaca Al-Quran. Rasulullah ﷺ bersabda:

✍🏻 Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما:

وإني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا فأما الركوع فعظموا فيه الرب عز و جل وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء فقمن أن يستجاب لكم

“Dan aku dilarang membaca Al-Quran ketika rukuk dan sujud. Adapun ketika rukuk maka hendaklah kalian mengagungkan Rabb عز وجل, dan ketika sujud maka hendaklah kalian bersungguh-sungguh dalam berdoa karena yang demikian lebih berhak/pantas dikabulkan doa kalian.” (Sahih Muslim no.738)

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa larangan di sini bersifat makruh. (Lihat Al-Mughny 2/181, dan Al-Majmu’ 3/411)

📍 Berkata Az-Zaila’iy Al-Hanafy:

ويكره قراءة القرآن في الركوع والسجود والتشهد بإجماع الأئمة الأربعة

“Dan makruh membaca Al-Quran ketika rukuk, sujud, dan tasyahhud dengan kesepakatan imam yang empat.” (Tabyiinul Haqaiq Syarh Kanzi Ad-Daqaa’iq 1/115)

Dengan demikian, hukum seseorang membaca doa dari Al-Quran dalam sujud adalah kembali kepada niatnya, apabila dia membacanya dengan niat membaca Al-Quran maka hukumnya makruh dan apabila niatnya adalah berdoa saja maka diperbolehkan.

✍🏼 Rasulullah ﷺ bersabda:
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرء ما نوى

“Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat, dan bagi seseorang apa yang dia niatkan.” (Muttafaqun ‘alaihi)

📍Berkata Az-Zarkasyi رحمه الله:

وَمَحَلُّ كَرَاهَتِهَا إذَا قَصَدَ بِهَا الْقِرَاءَةَ ، فَإِنْ قَصَدَ بِهَا الدُّعَاءَ ، وَالثَّنَاءَ فَيَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ كَمَا لَوْ قَنَتَ بِآيَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ

“Dan kemakruhan membaca Al-Quran ketika sujud adalah apabila dia bermaksud membaca Al-Quran, adapun apabila maksudnya adalah berdoa dan pujian maka itu seperti orang yang qunut ketika salat dengan membaca sebuah ayat dari Al-Quran.” (Asnaa Al-Mathaalib fii Syarhi Raudhi Ath-Thalib-Zakariya Al-Anshary 1/157 )


🍀SESI SOAL JAWAB ☘️
===================

1. Adakah boleh turun rukuk semacam spring hingga tunduk 45 darjah kebawah kemudian baru melaraskan posisi 90 darjah.

🔵 Pergerakan di dalam salat dilakukan secara tenang-tenang sahaja.

 

2. Adakah zikir yang pelbagai ketika rukuk boleh diulang-ulang sebanyak tiga kali?

🔵 Jika dibaca lebih pun boleh.

 

3. Adalah wajib mempraktikkan tempoh yang sama dalam bacaan ketika rukuk, sujud, i’tidal dan duduk antara dua sujud sama?

🔵 Sunat.

 

4. Adakah boleh digabungkan bacaan zikir-zikir ketika rukuk?

🔵 Boleh apabila salat sendirian sahaja.

 

5. Adakah boleh membaca zikir rukuk tanpa dikira jumlahnya tetapi menganggar lamanya semisal berdiri ketika melakukan salat sunat?

🔵 Ya boleh. Jika sudah baca banyak, susah hendak agak berapa jumlah.

 

6. Semasa rukuk, adakah arah mata perlu dihala ke tempat sujud atau ke bawah sedikit dari tempat sujud kerana hendak dapatkan 90 darjah itu?

🔵 Tidak ada penetapan khusus pandangan mata. Asalkan pandang satu tempat sahaja, iaitu mata jangan melilau. Yang pasti, tidak ada penetapan di mana pandangan mata itu di dalam sunnah.

Banyak yang kata pandang tempat sujud. Memang boleh, tetapi ada juga yang kritik, iaitu jika pandang tempat sujud semasa rukuk, kepala akan terdongak sedikit dan sudah tidak lurus tubuh dari punggung ke kepala.

Sebahagian ulama’ menganjurkan untuk memandang tempat sujud ketika salat. Mereka berdalil dengan hadith Anas bin Malik, dia berkata:

: يا رسولَ اللهِ !أينَ أضَعُ بصَري في الصلاةِ ؟ قال: عِندَ مَوضِعِ سُجودِكَ يا أنسُ

“Wahai Rasulullah, kemana aku arahkan pandanganku ketika salat? Rasulullah menjawab: ke arah tempat sujudmu wahai Anas”
[Al-Sunan Al-Kubra li Al-Baihaqi 2/283]. Hadis ini dhaif karena terdapat perawi Ar Rabi’ bin Badr yang statusnya matruk al-hadith.

Juga dengan hadith lain:

دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ مَا خَلَفَ بَصَرُهُ مَوْضِعَ سُجُودِهِ حَتَّى خَرَجَ مِنْهَا

“Rasulullah ‎ﷺ masuk ke Ka’bah, pandangan baginda tidak pernah lepas dari arah tempat sujud sampai baginda keluar”
[Mustadrak Al Hakim 1/479 dan Sahih Ibnu Khuzaimah 3012].Hadith ini juga lemah kerana periwayatan ‘Amr bin Abi Salamah dari Zuhair itu ma’lul (bermasalah).

 

7. Berapa kalikah zikir ketika rukuk perlu dibaca?

🔵 Paling kurang, sekali.

 

8. Adakah menyamakan lamanya semua rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud dengan lamanya bacaan semasa berdiri itu sunnah baik?

🔵 Sunnah, melainkan jika menjadi imam kerana apabila menjadi imam, perlu melihat kemampuan makmumnya.

 

9. Adakah kita perlu melakukan sujud sahwi jika kita tertukar bacaan di antara rukuk dan sujud?

🔵 Ya, perlu sujud sahwi sebelum salam. Ibnu ‘Uthaimin mengatakan,

إذا أتى بقول مشروع في غير موضعه، فإنه يسن له أن يسجد للسهو، كما لو قال: “سبحان ربي الأعلى” في الركوع، ثم ذكر فقال: “سبحان ربي العظيم” فهنا أتى قول مشروع وهو “سبحان ربي الأعلى”، لكن “سبحان ربي الأعلى” مشروع في السجود، فإذا أتى به في الركوع قلنا: إنك أتيت بقول مشروع في غير موضعه، فالسجود في حقك سنة

“Apabila seorang mengucapkan zikir salat tidak pada tempatnya, maka dia disunnahkan (dianjurkan) untuk melakukan sujud sahwi. Contohnya seperti seorang yang mengucapkan subhana rabbiy al-a’la ketika rukuk kemudian (sebelum bangkit dari rukuk) dia teringat akan kekeliruannya dan mengucapkan subhana rabbiy al-’azhim. Pada kes ini, orang tersebut mengucapkan zikir yang masyru’, yaitu subhana rabbiy al-a’la padahal zikir tersebut seharusnya diucapkan ketika sujud. Maka apabila seseorang mengucapkannya ketika rukuk, kami katakan bahawa anda telah mengucapkan zikir salat tidak pada tempatnya, dan anda disunnahkan melakukan sujud sahwi.”
[Asy-Syarh Al-Mumti’ 3/359].

 

10. Adakah boleh membaca doa yang berasaskan ayat Al-Quran berulang kali di setiap sujud dan rukuk?

🔵Ya, boleh.

 

11. Jika semasa rukuk masih tidak lurus punggung dengan kepala. Badannya seakan melengkung, adakah sah salat?

🔵Dari Abu Mas’ud Al-Badri, Nabi ﷺ bersabda:

لا تُجْزِىءُ صلاةٌ لا يُقيم ُالرجلُ فيها يعني : صُلْبَهُ في الركوعِ والسجودِ

“Tidak sah salat seseorang yang tidak menegakkan tulang sulbinya ketika rukuk dan sujud”
[Jami’ Al-Tirmizi no. 265, dan Sunan Abu Daud no. 855]. Al-Tirmizi mengatakan: Hasan sahih.

Pengecualian jika memang tidak mampu hendak luruskan.

 

12. Adakah zikir semasa rukuk atau sujud itu boleh ditukar-tukar pada setiap rakaat?

🔵Ya, bolah.

📜SOALAN LUAR TOPIK

1. Adakah menyanggahi sunnah apabila duduk tahiyyat akhir, kita tetap duduk iftirasy?

🔵 Tidak, boleh memilih untuk duduk iftirasy atau duduk tawarruk. Khilaf antara mazhab. Di Malaysia banyak menggunakan Mazhab asy-Syafi’i yang mensunatkan duduk tawarruk pada tahiyyat akhir.

 

2. Bagaimanakah cara sunnah untuk turun sujud? Adakah perlu turun lutut atau tangan dahulu?

🔵 Nanti akan kita bincangkan dengan panjang lebar apabila masuk bab ini. Ini khilaf yang besar.

Ulama’ Hadis: Turun tangan dahulu.
Ulama’ Feqah: Turun lutut dahulu.

Dua-dua ada hujah masing-masing dan akan terus kekal khilaf ini. Ada yang kata turun tangan dahulu kuat dan ada yang tetap kata turun lutut dahulu. Bila tengok unta pun keliru juga, sebab unta bukan ada tangan pun. Maka jadi semakin khilaf.

Kesimpulanan: dengan ada dua pendapat yang lebih kurang sama kuatnya, maka kita boleh amalkan mengikut kesesuaian. Ada yang selesa turun lutut dahulu dan ada yang selesa turun tangan dahulu.

 

3. Rasulullah ‎ﷺ bersabda: Mahukah kamu kuberitahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khuatirkan terhadap kalian daripada (fitnah) Al-Masih Ad-Dajjal? Para sahabat berkata: “Tentu saja”. Baginda bersabda, “Syirik khafi (yang tersembunyi), yaitu ketika sesorang berdiri mengerjakan salat, dia perbagus salatnya kerana mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya “
[Musnad Ahmad]. Dinilai hasan oleh Al-Albani (Sahih Al-Jami’ no.2604)

Bagaimanakah kita hendak berinteraksi dgn hadith sebegini? Sedia maklum sebolehnya kita hendak menyampaikan/mencerminkan sunnah melalui setiap tindakan kita. Semestinya kita akan dilihat orang ketika sedang salat dengan memperbaguskan salat sebab cara kita itulah sifat salat nabi yang sebenar. Jika tidak, nanti akan ada pula sesi soal jawab itu ini oleh mereka tersebut. Mohon pencerahannya.

🔵 Ini bab tazkiyatun nafs. Hadith ini menjadi kayu ukur di dalam hati kita. Adakah kita suka kalau orang pandang tinggi dengan kita? Jika ada perasaan itu, maka ada masalah dengan hati. Kena kita didik hati kita.

Bab tazkiyatun nafs amat panjang. Bukan ruang di sini hendak dibincangkan.

Tips saya, jangan kita pandang sangat pujian orang. Tidak ada nilai apa-apa pun pujian mereka. manusia ini, hari ini dia puji kita, esok ada benda dia tidak suka dia mengeji kita. Maka pujian dia tidak ada nilai pun. Oleh yang demikian tidak perlu hendak kembang hidung sangat apabila orang puji.

Sama juga, jika mereka mengeji pun tidak ada nilai juga. Kita senyum sahaja, nanti apabila ada benda dia hendak minta tolong kita, terhegeh-hegehlah dia sengih depan kita. Dahulu mengeji, tetiba kitalah intan, kitalah payung.

Jadi kalau kita dapat memahami perkara ini, kita boleh hilangkan kesan kepada mengharap pujian dan kejian orang. Tidak kisah pun jika mereka nampak kita salat bagus atau tidak kerana mereka puji dan keji ikut angin mereka hari itu sahaja.

 

4. Adakah surah khusus yang dibaca pada salat yang tertentu?

🔵 Ada, tetapi itu sebagai panduan sahaja, bukannya penetapan. Selalunya Nabi baca Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas kerana surah Surah Al-Kafirun tentang penolakan amalan syirik dan Surah Al-Ikhlas penolakan fahaman syirik.

Surah-surah lain juga boleh juga dibaca.

 

5. Adakah azan Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak berbeza?

🔵 Tiada beza. Azan Subuh sahaja ada tambahan.

 

6. Ketika kita sedang salat tahiyatul masjid, imam pula sudah mahu memulakan salat jemaah. Apakah yang terbaik untuk dilakukan? Meninggalkan salat tahiyatul masjid atau lewat berjemaah bersama imam?

🔵 Terus menghentikan salat dan masuk saf untuk berjemaah.

Kecuali jika sedang tahiyyat akhir, maka boleh disempurnakan salat.

 

7. Adakah benar Nabi ‎ﷺ berdoa dan diaminkan oleh sahabat terutamanya di dalam salat fardhu? Adakah berdoa beramai-ramai bersama sahabat hanya tertumpu pada majlis yang tertentu?

🔵 Tidak ada doa berjemaah selepas salat yang Nabi lakukan dari sumber sahih mahu pun yang dhaif.

Bab berdoa yang selalu di dalam hadith itu, bukanlah ia majlis khusus untuk baca doa (macam doa tahlil dan doa selamat). Tiada majlis khusus baca doa.

Yang ada ialah ketika sahabat di dalam masalah, maka Nabi terus bacakan doa dan sahabat yang ada waktu itu aminkan atau, ada sahabat yang mempunyai masalah dan minta Nabi doakan waktu itu, maka Nabi terus doa dan diaminkan oleh sahabat pada ketika itu.

Tiada majlis khusus untuk berdoa seperti yang dilakukan sekarang.

ُ💖💖رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّاۤۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ💖💖

“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami),

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

K. Bertakbir ketika beralih dari bahagian salat ke bahagian salat yang lain.

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

K. Bertakbir ketika beralih dari bahagian salat ke bahagian salat yang lain.

Selain takbiratul ihram, ada beberapa takbir yang lain di dalam salat, yang disebut dengan takbir intiqal. Intiqal ertinya perpindahan, dikatakan demikian karena takbir-takbir ini dilakukan ketika perpindahan dari satu gerakan wajib ke gerakan wajib yang lain.

Syaikh Abdul Aziz ath-Tharifi حفظه الله menjelaskan, “perpindahan antara rukun dan antara gerakan wajib dalam salat tidak dilakukan kecuali dengan ucapan takbir. Dikecualikan berdasarkan ijma’, ketika beranjak dari rukuk. Karena ketika itu disyariatkan mengucapkan tahmid (bukan takbir)” (Shifatu Shalatin Nabi, 113).

📍 Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum takbir selain takbiratul ihram atau takbir intiqal menjadi tiga pendapat:

🔸Pendapat pertama, hukumnya sunnah. Ini adalah pendapat jumhur ulama’.

🔸Pendapat kedua, hukumnya wajib. Merupakan salah satu pendapat dari Imam Ahmad رحمه الله.

🔸Pendapat ketiga, hukumnya wajib pada salat fardhu, namun sunnah pada salat sunnah. Ini pendapat yang lain dari Imam Ahmad رحمه الله.

✍🏻 Pendapat yang mewajibkan takbir intiqal;

1⃣. Pendapat yang berdalil dengan hadith Abu Hurairah رضي الله عنه,

كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا قام الى الصلاةِ ، يُكبِّرُ حين يقومُ ، ثم يُكبِّرُ حين يركعُ ، ثم يقولُ: سَمِعَ اللهُ لمن حمدَه. حين يرفعُ صُلبَه من الركعةِ ، ثم يقولُ وهو قائمٌ: ربنا ولك الحمدُ . قال عبدُ اللهِ: ولك الحمدُ. ثم يُكبِّرُ حين يَهْوي، ثم يُكبِّرُ حين يرفعُ رأسَه ، ثم يُكبِّرُ حين يسجدُ ، ثم يُكبِّرُ حين يرفعُ رأسَه ، ثم يفعلُ ذلك في الصلاةِ كلِّها حتى يَقضيها

“Rasulullah ﷺ ketika salat, beliau bertakbir saat berdiri, kemudian bertakbir ketika akan rukuk dan mengucapkan: ‘sami’allahu liman hamidah’, yaitu ketika dia mengangkat punggungnya dari rukuk. Dan ketika sudah berdiri beliau mengucapkan ‘rabbanaa wa lakal hamd’.(Berkata Abdullah: wa lakal hamd). Kemudian beliau bertakbir ketika akan bersujud. Kemudian bertakbir ketika mengangkat kepalanya (bangun dari sujud). Kemudian beliau bertakbir lagi ketika akan bersujud. Kemudian bertakbir lagi ketika mengangkat kepalanya (bangun dari sujud). Kemudian beliau melakukan hal itu dalam semua rakaat hingga selesai salat” (HR. Al Bukhari no. 789).

2⃣. Juga hadith daripada Malik bin Huwairits رضي الله عنه;

صلّوا كما رأيتموني أصلّي

“salatlah sebagaimana kalian melihat aku salat” (HR. Imam al-Bukhari no. 631, 6008).

Hadith ini menggunakan kata perintah sehingga para ulama’ mengatakan bahawa hukum asal tata cara salat Nabi ﷺ adalah wajib. Namun jumhur ulama’ menjawab, bahawa kaedah fiqhiyyah mengatakan,

الأمر المجرد يدل على الوجوب إلا لقرينة صارفة

“perintah menunjukkan hukum wajib, kecuali ada qarinah yang menyimpangkan dari hukum wajib”

📍 Dan ada 2 qarinah (isyarat) yang menyimpangkan dari wajibnya hal tersebut:

1. Qarinah pertama, tidak ternukil riwayat bahwa praktik takbir yang dilakukan Rasulullah ﷺ tersebut dilakukan secara terus-menerus.

2. Qarinah kedua, terdapat banyak riwayat dari para sahabat bahwa mereka biasa meninggalkan takbir intiqal.

عن عمران بن حصين قال صلى مع علي رضي الله عنه بالبصرة فقال ذكرنا هذا الرجل صلاة كنا نصليها مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكر أنه كان يكبر كلما رفع وكلما وضع

“dari Imran bin Hushain, dia berkata bahawa dia pernah salat bersama Ali (bin Abi Talib) رضي الله عنه di Basrah. Dia berkata: ‘Orang ini mengingatkan kita pada cara salat yang biasa kita dipraktikkan bersama Rasulullah ﷺ‘. Dan dia menyebutkan bahawa yang dimaksudkan adalah beliau sentiasa bertakbir ketika naik dan ketika turun” (HR. Al Bukhari no. 784).

Hadith (atsar) ini menunjukkan bahawa sebahagian sahabat biasa meninggalkan takbir intiqal, sehingga ketika ada sahabat yang senantiasa bertakbir intiqal mereka teringat bahwa demikianlah praktik salat Rasulullah ﷺ. Bukan karena para sahabat tersebut meninggalkan tuntunan Rasulullah ﷺ, namun kerana mereka memahami bahwa takbir intiqal bukanlah sesuatu yang wajib.

عن أبي سلمة,أن أبا هريرةَ كان يُكَبِّرُ في الصلاةِ كُلَّما رَفَعَ ووَضَعَ ، فقلنا : يا أبا هريرةَ ، ما هذا التَكْبِيرُ ؟! قال : إنها لَصلاةُ رسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم

“dari Abu Salamah, bahawasanya Abu Hurairah bertakbir dalam salat setiap kali naik dan setiap kali turun. Maka kami pun bertanya: Wahai Abu Hurairah, takbir apa ini? Beliau menjawab: inilah cara salat Rasulullah ﷺ”
(HR. Muslim no. 392).

Abu Salamah رحمه الله adalah tabi’in. Maka atsar ini juga menunjukkan bahawa sebagian tabi’in biasa tidak bertakbir intiqal.

✍🏻 Dalil;

عن عكرمة, قال :صليتُ خلف شيخٍ في مكةَ ، فكبَّرَ ثنتين وعشرين تكبيرةً ، فقلتُ لابنِ عباسٍ: إنه أحمقُ، فقال: ثَكلتك أُمُّك، سُنَّةُ أبي القاسمِ صلى الله عليه وسلم

“daripada Ikrimah, dia berkata: aku pernah salat bermakmum pada seorang Syaikh di Makkah. Dia bertakbir sebanyak 22 kali dalam salatnya. Aku pun berkata kepada Ibnu Abbas: ‘orang ini dungu’. Ibnu Abbas lantas berkata: ‘tsakilatka ummuk (betapa ruginya dirimu)! Ini sunnah Abul Qasim ﷺ‘” (HR. Al Bukhari no. 788).

Ikrimah رحمه الله adalah seorang tabi’in, yang merupakan murid senior Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما. Atsar ini menunjukkan bahwa Ikrimah dan Ibnu ‘Abbas tidak memandang takbir intiqal sebagai suatu kewajiban, walaupun memang tuntunan dari Rasulullah ﷺ adalah demikian.

📍 Selain itu juga terdapat atsar-atsar lain yang menunjukkan bahwa Umar bin Al Khathab, Umar bin Abdil Aziz, Al Qasim bin Muhammad, Salim bin Abdillah, dan Sa’id bin Jubair tidak menyempurnakan takbir (itmaam at takbir), atau dengan kata lain mereka meninggalkan takbir intiqal (lihat Sifat Shalat Nabi lit Tharifi, 115).

Dari keterangan-keterangan ini, kita ketahui bahawa para salaf memahami bahawa takbir intiqal bukanlah hal yang wajib dilakukan, dan telah masyhur diantara mereka bahawa mereka terkadang meninggalkannya. Sehingga pendapat yang rajih dalam hal ini adalah pendapat jumhur ulama’ yang menyatakan bahwa takbir intiqal hukumnya sunnah. Wallahu a’lam.