E. Perkara-perkara yang Diharamkan bagi Orang dalam Junub

Tajuk:
👁‍🗨 Solat (Fardhu atau Sunat)
👁‍🗨 Tawaf

1. Solat. Sama ada solat fardhu atau solat sunat.

✍Dalilnya hadis Nabi:

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”.
(HR. Muslim)


 

2. Tawaf.

Kita sudah bincangkan di dalam bab Wudhu’ dan kita ulangkaji sahaja di sini. Tidak boleh tawaf dalam hadas (kecil atau besar) ini adalah pandangan majoriti ulama’.

✍Berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ فَأَقِلُّوا مِنْ الْكَلَامِ

“Tawaf di Kaabah seperti solat, namun di dalamnya dibolehkan sedikit bicara.”
(An Nasai no. 2922)

✍Begitu pun, ada pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan diikuti oleh Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-‘Utsaimin رحمكم الله yang mengatakan suci dari hadas bukan syarat untuk sah tawaf.

Ini mungkin pelik bagi sesetengah orang, tetapi ada hujah yang diberikan:

1️⃣ Pertama:
Hadith yang menyatakan bahawa tawaf itu seperti salat, tidaklah marfu’ (sampai pada Rasulullah ﷺ). Hadith ini hanya mauquf (berhenti kepada perkataan sahabat sahaja) sampai pada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه.
[maknanya, hadith itu boleh dibincangkan lagi].

2️⃣ Kedua:
Tawaf tidaklah sama dari segi perbuatan dengan salat. Maka yang dimaksudkan ‘sama’ dengan salat itu adalah dari segi pahala, bukan di dalam semua keadaan. Maka, kita ambillah wudhu’ apabila hendak memulakan tawaf.

Namun, jika terbatal wudhu’ semasa tawaf, maka boleh diteruskan sahaja tawaf itu. Maka tentulah ini lebih mudah membayangkan keadaan waktu itu amatlah sesak dan jika mahu pergi mengambil wudhu’ kalau terbatal wudhu’, amatlah susah. Pendapat ini juga memudahkan orang yang apabila ke Tanah Haram, tetapi tiba-tiba didatangi haidh.

Susah-susah dia pergi ke sana, tetapi tidak boleh hendak menjalankan ibadah Haji atau Umrah pula. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir dia dapat pergi ke Tanah Haram untuk melakukan Umrah/Haji.

✍Maka pendapat Ibn Taimiyyah dan Shaikh Utsaimin ini sesuai dengan maqosid syar’iyyah:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(QS. Al Baqarah: 185).”

 

Allahu a’lam. Mari lihat perkara yang khusus berkenaan wanita pula.


 

☘️SESI SOAL JAWAB ☘️
===================

1. Apakah status hadith ini?

Tidak boleh tawaf dalam hadas (kecil atau besar) ini adalah pandangan majoriti ulama’ berdasarkan hadith dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ فَأَقِلُّوا مِنْ الْكَلَامِ
“Tawaf di Kaabah seperti solat, namun di dalamnya dibolehkan sedikit bicara.”
(An Nasai no. 2922)

🔵 Status hadith itu sahih tetapi takrifan itu yang berbagai. Oleh sebab itu terdapat banyak pendapat. Hal ini sudah menjadi perkara biasa dalam agama.

2. Apakah tawaf yang dimaksudkan dalam hadith Riwayat Muslim ini?

١١٩ – (…) – حَدَّثَنَا أَبُو بَكۡرِ بۡنُ أَبِي شَيۡبَةَ وَعَمۡرٌوالنَّاقِدُ وَزُهَيۡرُ بۡنُ حَرۡبٍ. جَمِيعًا عَنِ ابۡنِ عُيَيۡنَةَ. قَالَ عَمۡرٌو: حَدَّثَنَا سُفۡيَانُ بۡنُ عُيَيۡنَةَ، عَنۡ عَبۡدِ الرَّحۡمَٰنِ بۡنِ الۡقَاسِمِ، عَنۡ أَبِيهِ، عَنۡ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنۡهَا قَالَتۡ: خَرَجۡنَا مَعَ النَّبِيِّ ﷺ، وَلَا نَرَىٰ إِلَّا الۡحَجَّ، حَتَّىٰ إِذَا كُنَّا بِسَرِفَ، أَوۡ قَرِيبًا مِنۡهَا حِضۡتُ، فَدَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ ﷺ وَأَنَا أَبۡكِي فَقَالَ: (أَنَفِسۡتِ) – يَعۡنِي الۡحَيۡضَةَ – قَالَتۡ: قُلۡتُ: نَعَمۡ. قَالَ: (إِنَّ هٰذَا شَيۡءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَىٰ بَنَاتِ آدَمَ، فَاقۡضِي مَا يَقۡضِي الۡحَاجُّ، غَيۡرَ أَنۡ لَا تَطُوفِي بِالۡبَيۡتِ حَتَّىٰ تَغۡتَسِلِي).
قَالَتۡ: وَضَحَّى رَسُولُ اللهِ ﷺ عَنۡ نِسَائِهِ بِالۡبَقَرِ.
[البخاري: كتاب الحيض، باب الأمر بالنساء إذا نفسن، رقم: ٢٩٤].

119. Abu Bakr bin Abu Syaibah, ‘Amr An-Naqid, dan Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami. Seluruhnya dari Ibnu ‘Uyainah. ‘Amr mengatakan: Sufyan bin ‘Uyainah menceritakan kepada kami, dari ‘Abdurrahman bin Al-Qasim, dari ayahnya, dari ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau mengatakan: Kami pernah keluar berpergian bersama Nabi ﷺ dan kami hanya berfikiran untuk haji. Sampai kami tiba di Sarif atau lebih dekat daripada Sarif, aku mengalami haidh. Nabi ﷺ masuk menemuiku dalam keadaan aku sedang menangis. Baginda ﷺ bertanya, “Apakah engkau nifas?” ‘Aisyah berkata: Aku menjawab: Ya. Beliau bersabda, “Ini adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan atas puteri-puteri Adam. Kerjakanlah apa saja yang dikerjakan oleh orang yang berhaji namun engkau jangan tawaf di Kaabah sampai engkau mandi.”
‘Aisyah berkata: Rasulullah ﷺ menyembelih seekor sapi yang diniatkan untuk para isterinya.

🔵 Tawaf dalam apa-apa sahaja.

3. Adakah kita boleh memilih mana – mana pendapat bahawa wanita haidh boleh tawaf dan boleh untuk tidak tawaf sehingga dia suci?

🔵 Kalau wanita yang sedang datang haidh dan mampu untuk menunggu sehingga berhentinya darah haidh itu, maka tunggulah.Namun,  kalau darah haidh itu mengambil masa yang lama lagi untuk kering dan musim haji pun sudah hendak habis ataupun ketika umrah, masa agak terhad kerana masa penerbangan sudah ditempah maka, lakukanlah tawaf itu dan sempurnakanlah.

4. Adakah pandangan Abdullah bin Amru رضي الله عنه itu agak syadid?

🔵 Ya, syadid. Jadi janganlah mengikut pandangan tersebut.

5.  Adakah benar kefahaman saya bahawa boleh tawaf walaupun tidak suci jika mengikut pendapat Ibnu Taimiyyah?

🔵 Ya, benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s