F. Masalah-masalah berkaitan Mandi bagi Wanita

Secara umumnya, sama sahaja cara mandi lelaki dan wanita. Namun, ada beberapa perkara yang membezakan sedikit antara keduanya kerana keadaan fizikal yang berlainan antara keduanya.

1. Wanita tidak wajib mengurai sanggulnya ketika mandi junub

Sebenarnya wanita tidak perlu membuka sanggul rambutnya semasa mandi junub.

✍Sandaran pendapat ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Dia mengatakan,

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِى فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ قَالَ « لاَ إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِى عَلَى رَأْسِكِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ ».

“Aku berkata, wahai Rasulullah, aku seorang wanita yang sanggul rambut kepalaku, apakah aku harus membuka sanggulku ketika mandi junub?” Baginda bersabda, “Jangan (kamu buka). Cukuplah kamu menyiram air pada kepalamu tiga kali, kemudian siramlah yang lainnya dengan air, maka kamu telah suci.”
(HR. Muslim no. 330)

Syarah:

Maknanya, seorang wanita yang berambut panjang dan membuat sanggul pada rambutnya, dia tidak perlu membuka sanggulnya itu. Dia tidak perlu membasuh rambut dia pun. Dia cuma siram sedikit air pada kepalanya dan usahakan air itu supaya kena kepada kulit kepala.

Tidak dinafikan perkara ini mungkin baru bagi sesetengah orang. Bukan kita sahaja yang berasa pelik, tetapi perkara ini pun sudah ada khilaf di kalangan sahabat.

✍Lihat apa kata Saidatina Aisyah رضي الله عنها:

و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُلَيَّةَ قَالَ يَحْيَى أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ بَلَغَ عَائِشَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَأْمُرُ النِّسَاءَ إِذَا اغْتَسَلْنَ أَنْ يَنْقُضْنَ رُءُوسَهُنَّ فَقَالَتْ يَا عَجَبًا لِابْنِ عَمْرٍو هَذَا يَأْمُرُ النِّسَاءَ إِذَا اغْتَسَلْنَ أَنْ يَنْقُضْنَ رُءُوسَهُنَّ أَفَلَا يَأْمُرُهُنَّ أَنْ يَحْلِقْنَ رُءُوسَهُنَّ لَقَدْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ وَلَا أَزِيدُ عَلَى أَنْ أُفْرِغَ عَلَى رَأْسِي ثَلَاثَ إِفْرَاغَاتٍ

Dan telah menceritakan kepada kami [Yahya bin Yahya], [Abu Bakar bin Abi Syaibah] dan [Ali bin Hujr] semuanya meriwayatkan dari [Ibnu Ulayah] [Yahya] berkata, telah mengabarkan kepada kami [Ismail bin Ulayah] dari [Ayyub] dari [Abu az-Zubair] dari [Ubaid bin Umair] dia berkata, ” [Aisyah] pernah mendengar Abdullah bin Amru memerintahkan orang-orang perempuan agar membuka tali ikatan rambut mereka apabila mereka mandi. Lalu Aisyah berkata, ‘Mengapa dia tidak menyuruh mereka agar mencukur rambut saja? Aku pernah mandi bersama-sama Rasulullah ﷺ menggunakan air dari bekas yang sama. Aku tidak menyiram kepalaku lebih dari tiga kali siram’.”


 

2. Wajib bagi wanita mengurai sanggulnya ketika mandi dari Haidh

Lain pula bagi wanita yang baru kering dari haidh. Kalau mandi junub, tidak perlu membasuh rambut, tetapi apabila bersuci dari haidh, maka hendaklah diuraikan rambut dan dibasuh rambut itu.

✍Dalilnya:

وَأَنَا حَائِضٌ فَشَكَوْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دَعِي عُمْرَتَكِ وَانْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي وَأَهِلِّي بِحَجٍّ فَفَعَلْتُ

“Maka ketika hari Arafah aku mengalami haidh, aku lalu mengadukan hal itu kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda lalu bersabda: “Tinggalkanlah Umrahmu. Uraikan rambut kepalamu lalu sisirlah, kemudian mulailah talbiah dengan haji.” Maka aku pun laksanakan perintah baginda.”
HR Bukhari no. 317


 

3. Anjuran menggunakan pembersih haidh seperti kapas yang diletakkan pewangi pada tempat keluar darah.

✍Hal ini berdasarkan hadith ‘Aisyah رضي الله عنها,

أَنَّ أَسْمَاءَ سَأَلَتِ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ « تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا حَتَّى تَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ. ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا ». فَقَالَتْ أَسْمَاءُ وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا فَقَالَ « سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِينَ بِهَا ». فَقَالَتْ عَائِشَةُ كَأَنَّهَا تُخْفِى ذَلِكَ تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ. وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ فَقَالَ « تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ – أَوْ تُبْلِغُ الطُّهُورَ – ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ »

“Asma’ bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang mandi wanita haidh. Maka beliau bersabda, “Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan daun bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya. Kemudian hendaklah engkau menyiramkan air pada kepalanya, lalu menggosok-gosoknya dengan keras hingga mencapai akar rambut kepalanya. Kemudian hendaklah engkau menyiramkan air pada kepalanya tadi. Kemudian engkau mengambil kapas bermisik, lalu bersuci dengannya. Lalu Asma’ berkata, “Bagaimana dia dikatakan suci dengannya?” Beliau bersabda, “Subhanallah, bersucilah kamu dengannya.” Lalu Aisyah berkata -seakan-akan dia menutupi hal tersebut-, “Kamu sapu bekas-bekas darah haidh yang ada (dengan kapas tadi)”. Dan dia bertanya kepada beliau tentang mandi junub, maka beliau bersabda, ‘Hendaklah kamu mengambil air lalu bersuci dengan sebaik-baiknya bersuci, atau bersangat-sangat dalam bersuci kemudian kamu siramkan air pada kepala, lalu memicitnya hingga mencapai dasar kepalanya, kemudian mencurahkan air padanya’.”
(HR. Bukhari no. 314 dan Muslim no. 332)

Syarah:

Anjuran ini diberikan kerana tempat laluan darah haidh itu berbau dan untuk menghilangkan baunya adalah dengan menggunakan kapas yang dicelup dengan minyak wangi. Zaman sekarang sudah ada sabun khas rasanya.


 

4. Tidak wajib bagi wanita mencuci bahagian dalam kemaluannya.

✍Ibn Taimiyah menyatakan: “Dia boleh melakukannya jika mahu.”

✍Syeikh Albani pula mengata: “boleh, supaya lebih bersih tetapi bukan bahagian dari ibadah.”

Maknanya, perkara ini bukan wajib, tetapi boleh dilakukan. Jangan ditekankan sampai menyebabkan kerisauan dalam perkara ibadah. Ini kerana mungkin ada wanita yang rasa was-was sama ada sudah bersih atau tidak bahagian kemaluannya.

📍Kita beritahu yang kalau dicuci bahagian luar sahaja sudah dikira bersih untuk melakukan ibadah. Jangan terbelit dengan pendapat yang keras yang mengatakan kena cuci sampai ke dalam kemaluan dan kena pastikan ia bersih.

Sekian. Mari kita lihat cara-cara mandi junub.


 

☘️SESI SOAL JAWAB ☘️
===================

1. Bagaimana pula kaedah mandi junub dan haidh ketika di dalam kolam renang, sungai, dan laut?

🔵 Kaedah itu lebih senang. Niat dan terjun sahaja. Masuk ke dalam air itu sudah pasti air akan kena di seluruh badan.

2. Berdasarkan hadith riwayat Bukhari : 317 dan atsar Aisyah, adakah tidak perlu membuka ikatan rambut ketika mandi?

🔵 Sekiranya mandi junub tidak perlu membuka ikatan rambut. Tetapi, apabila hendak mandi haidh kena membuka ikatan rambut.

3. Adakah mandi junub dan haidh boleh tayamum sekiranya tiada air?

🔵 Ya, boleh.

4. Bagaimana pula jika mencuci tempat laluan darah haidh hanya menggunakan air biasa sahaja?

🔵 Boleh. Anjuran menggunakan kapas yang telah dicelup dengan minyak wangi dan sabun itu hanya sunat sahaja.

5. Bagi wanita yang berambut tebal. Adakah kena memastikan air sampai ke akar rambut?

🔵 Kena pastikan air sampai ke kulit kepala.

6. Adakah air itu kena diratakan seluruh bahagian kulit kepala?

🔵 Ya, kena bagi air sampai ke kulit kepala. Sebab itu kena menggosok sedikit kepala ketika mandi supaya air sampai ke kulit kepala.

7. Jika menggosok sedikit kepala. Adakah perbuatan itu akan membasahkan rambut?

🔵 Rambut itu telah diikat dan disanggul. Jadi tidak akan terkena kesemuanya rambut itu. Yang basah dan terkena air hanya bahagian akar rambut sahaja.

8. Adakah ini disebabkan mereka faham pada ayat “hendaklah kamu bersuci atau bersangat – sangat suci?

🔵 Mereka hanya ghuluw dalam menambah. Tidak dimaksudkan di seluruh tetapi mereka menambah perbuatan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s