B. Nifas

Tajuk:
🌸 Pengertian Nifas
🌸 Masa Nifas

Selain dari Haidh, darah adik beradik dengannya adalah Nifas. Jadi kita masukkan sekali di dalam pembelajaran kita ini.


1. Pengertian Nifas

Nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita kerana melahirkan anak. Apabila bayi bernafas, maka keluarlah nifas.

Seandainya ia mengalami keguguran dan janinnya belum jelas berbentuk manusia maka darah yang keluar itu bukanlah darah nifas, tetapi dihukumi sebagai darah penyakit kerana itu yang berlaku baginya adalah hukum wanita mustahadhah.


2. Masa Nifas

Batas waktu maksima terjadinya nifas adalah 40 hari. Dihitung sejak hari pertama melahirkan. Sehingga, walaupun darah berlanjutan keluar melebihi 40 hari, maka dia dianggap suci.

Dia diwajibkan melakukan salat atau puasa Ramadan, walaupun darah belum berhenti keluar.

✍🏻Bahkan Imam Tirmidzi menerangkan bahawa ketentuan ini sudah menjadi kesepakatan para ulama’. Beliau mengatakan:

أجمع أهل العلم من الصحابة ، ومن بعدهم على أن النفساء تدع الصلاة أربعين يوما ، إلا أن ترى الطهر قبل ذلك، فتغتسل و تصلي

Para ulama’ dari kalangan sahabat Nabi ﷺ, tabi’in dan generasi setelah mereka telah sepakat, bahawa wanita-wanita yang mengalami nifas, meninggalkan salat selama 40 hari. Kecuali apabila dia mendapati dirinya suci sebelum waktu itu, maka dia mandi kemudian salat.
(Hasyiah Raudhah Al Murbi’ 1/403).

Inilah pendapat majoriti fuqaha.

✍🏻Hal ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah رضي الله عنها, beliau pernah menceritakan:

كانت النفساء تقعد على عهد النبي صلى الله عليه وسلم أربعين يومًا

“Para wanita yang mengalami nifas di zaman Nabi ﷺ, duduk (tanpa salat) selama 40 hari. ”
(HR. Abu Dawud no. 307, At-Tirmidzi no. 139 dan Ibnu Majah no. 648).

Batas minima tidak ada. Jadi tidaklah ‘cuti’ diberikan sehingga 40 hari. Kalau telah suci awal daripada tempoh tersebut, maka hendaklah mandi dan salat/puasa.

Benar. Pendapat mazhab Syafie 60 hari berlainan dari pendapat jumhur. Ini hasil kajian beliau sendiri melihat kebiasaan wanita zaman itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s