H. Beberapa permasalahan berkaitan haidh

Tajuk:

🌸 Mengurai rambut ketika mandi haidh.

🌸 Dianjurkan wanita gunakan kapas yang diletakkan pewangi ketika mandi haidh.

🌸 Bagaimanakah mandi haidh dan nifas?

🌸 Bagaimanakah wanita haidh membersihkan pakaiannya?

🌸️ Apakah caranya untuk memastikan darah haidh benar-benar telah habis?

H. Beberapa Permasalahan Berkaitan Haidh

1. Mengurai rambut ketika mandi haidh

Terdapat perbezaan di antara mandi wanita dari janabah dan mandi dari haidh.

Kalau mandi dari janabah, wanita tidak perlu membuka sanggul rambutnya, hanya cukup air dilalukan pada kulit kepala sahaja. Namun, ia berbeza apabila mandi dari haidh, maka rambut perlu diuraikan.

✍🏻Dalilnya adalah sabda Nabi Muhammad ﷺ kepada isterinya A’isyah رضي الله عنها yang kedatangan haidh semasa mengerjakan Haji Wada’. Ini adalah apabila beliau telah suci dari haidh:

دَعِي عُمْرَتَكِ، وَانْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي، وَأَهِلِّي بِحَجٍّ

“Tinggalkanlah umrahmu, urailah ikatan rambutmu dan bersisirlah, dan berniatlah untuk haji.”
(Sahih Bukhari hadis 317).


2. Dianjurkan wanita menggunakan kapas yang diletakkan pewangi ketika mandi haidh

Untuk menghilangkan bau yang tidak enak dari tempat keluar darah itu, dianjurkan untuk menggunakan kapas yang diletakkan pewangi.

✍🏻Dalilnya:

حَدَّثَنَا يَحْيَى، قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ مَنْصُورِ ابْنِ صَفِيَّةَ، عَنْ أُمِّهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ امْرَأَةً، سَأَلَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنْ غُسْلِهَا مِنَ الْمَحِيضِ، فَأَمَرَهَا كَيْفَ تَغْتَسِلُ قَالَ ‏”‏ خُذِي فِرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهَّرِي بِهَا ‏”‌‏.‏ قَالَتْ كَيْفَ أَتَطَهَّرُ قَالَ ‏”‏ تَطَهَّرِي بِهَا ‏”‌‏.‏ قَالَتْ كَيْفَ قَالَ ‏”‏ سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِي ‏”‌‏.‏ فَاجْتَبَذْتُهَا إِلَىَّ فَقُلْتُ تَتَبَّعِي بِهَا أَثَرَ الدَّمِ‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dari Manshur bin Shafiyyah dari Ibunya dari ‘Aisyah, “Seorang wanita bertanya kepada Nabi ﷺ tentang cara mandi dari haidh. Baginda lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Baginda bersabda: “Ambillah sepotong kapas yang diberi wewangian lalu bersucilah.” Wanita itu bertanya, “Bagaimana aku bersucinya? Baginda menjawab: “Bersucilah dengan kapas itu!” Wanita itu berkata lagi, “Bagaimana caranya aku bersuci?” Baginda bersabda: “Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!” Wanita itu bertanya lagi, “Bagaimana caranya?” Maka Baginda berkata, “Subhaanallah. Bersucilah kamu!” Lalu aku menarik wanita itu ke arahku, lalu aku katakan, “Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu.”
(Sahih Bukhari hadis 303).

Syarah:
Pada zaman sekarang, tentu sudah ada bahan cucian yang lebih mudah untuk digunakan.


3. Bagaimanakah mandi haidh dan nifas?

Ini lebih kurang sama dengan hadis yang lepas. Cara mandi tidaklah jauh berbeza dengan mandi junub. Cuma dianjurkan untuk menggunakan bahan pewangi untuk membersih tempat keluar darah.

Satu lagi seperti telah disebut: menguraikan rambut. Maknanya rambut mestilah dibasuh. Ini tidaklah berat kerana selalunya haidh itu datang sebulan sekali sahaja. Sedangkan junub lebih kerap lagi. Maka kalau junub, tidak dimestikan membasuh rambut.

✍🏻Hadis

حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ، قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ، عَنْ أُمِّهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ امْرَأَةً، مِنَ الأَنْصَارِ قَالَتْ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَيْفَ أَغْتَسِلُ مِنَ الْمَحِيضِ قَالَ ‏”‏ خُذِي فِرْصَةً مُمَسَّكَةً، فَتَوَضَّئِي ثَلاَثًا ‏”‌‏.‏ ثُمَّ إِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اسْتَحْيَا فَأَعْرَضَ بِوَجْهِهِ أَوْ قَالَ ‏”‏ تَوَضَّئِي بِهَا ‏”‏ فَأَخَذْتُهَا فَجَذَبْتُهَا فَأَخْبَرْتُهَا بِمَا يُرِيدُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Manshur dari Ibunya dari ‘Aisyah, “Seorang wanita Anshar bertanya kepada Nabi ﷺ, “Bagaimana caranya aku bersuci dari haidh?” Baginda lalu menjawab: “Ambillah sepotong kapas yang diberi wewangian lalu bersihkanlah tiga kali.” Kemudian Nabi ﷺ berasa malu lalu memalingkan mukanya, atau Baginda mengatakan: “Berwudlulah (bersuci) dengan kapas itu.” Aku lalu menarik wanita itu dan aku terangkan apa yang dimaksudkan oleh Nabi ﷺ.”
(Sahih Bukhari hadis no. 304)


4. Bagaimanakah wanita haidh membersihkan pakaiannya?

Darah haidh yang terkena pakaian mestilah dibasuh dengan air. Ini adalah kerana darah haidh adalah najis dan perlu dibersihkan dengan air.

✍🏻Hadis

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ الْمُنْذِرِ، عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ، أَنَّهَا قَالَتْ سَأَلَتِ امْرَأَةٌ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ إِحْدَانَا إِذَا أَصَابَ ثَوْبَهَا الدَّمُ مِنَ الْحَيْضَةِ، كَيْفَ تَصْنَعُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا أَصَابَ ثَوْبَ إِحْدَاكُنَّ الدَّمُ مِنَ الْحَيْضَةِ، فَلْتَقْرُصْهُ ثُمَّ لِتَنْضَحْهُ بِمَاءٍ، ثُمَّ لِتُصَلِّي فِيهِ ‏”‌‏.‏

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Malik dari Hisam bin ‘Urwah dari Fatimah binti Al Mundzir dari Asma’ binti Abu Bakar Ash Shiddiq berkata, “Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah ﷺ, katanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu bila seorang dari kami bajunya terkena darah haidh. Apa yang harus dilakukannya?” Rasulullah ﷺ lalu menjawab: “Jika darah haidh mengenai pakaian seorang dari kalian, maka hendaklah dia membersihkan darah yang mengenainya, lalu hendaklah dia percikkan air padanya, kemudian hendaklah dia salat dengannya.”
(Sahih Bukhari hadis 296).

✍🏻Hadis seterusnya lebih jelas lagi dalam bab menggunakan air:

حَدَّثَنَا أَصْبَغُ، قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ، حَدَّثَهُ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَتْ إِحْدَانَا تَحِيضُ، ثُمَّ تَقْتَرِصُ الدَّمَ مِنْ ثَوْبِهَا عِنْدَ طُهْرِهَا فَتَغْسِلُهُ، وَتَنْضَحُ عَلَى سَائِرِهِ، ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ‏.‏

Telah menceritakan kepada kami Ashbagh berkata, telah mengabarkan kepadaku Ibnu Wahb berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Amru bin Al Harits dari ‘Abdurrahman bin Al Qasim bahawa dia menceritakan kepadanya dari Bapaknya dari ‘Aisyah berkata, “Salah seorang dari kami mengalami haidh, kemudian saat telah suci darah tersebut dia bersihkan, kemudian kain tersebut dia cuci dan bersihkan, kemudian dia salat dengan menggunakan kain tersebut.”
(Sahih Bukhari no. 297).

Syarah:
Setelah dibersihkan darah itu dengan air, maka pakaian itu boleh dipakai malah boleh dibawa dalam solat. Kalau ada kesan-kesan yang degil, itu dimaafkan.


5. Apakah caranya untuk memastikan darah haidh benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haidh atau tidak.

Jika tidak ada kesan darah haidh sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi.

Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haidh belum habis. Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat.

✍🏻Ia sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah رضي الله عنها; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haidh (Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haidh atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”.
(HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

 

Sekian bab Haidh dan Nifas. Mari kita bincangkan bab Istihadhah pula.


☘️SESI SOAL JAWAB☘️
==================

1. Adakah memadai jika kita membersihkan faraj hanya menggunakan kapas?

🔵 Janji ada bau yang wangi. Atau hilang bau busuk.

2. Adakah benar kefahaman saya bahawa pada masa kini, seeloknya kita menggunakan pembersih wanita “feminine wash” sahaja untuk menghilangkan bau darah?

🔵 Ya, benar.

3. Adakah sah wudhu’ sekiranya membasuh tangan lebih daripada siku?

🔵 Ya, benar. Lebih sedikit dari siku. Kalau terlebih banyak pun tidak mengapa.

Wajib sampai siku. Jika terlebih itu lebih elok.

Wajib tahu, ini adalah ilmu fardhu Ain. Limit adalah siku. Lebihkan supaya langkah berhati-hati.

4. Apabila mengambil air wudhu’ di kawasan muka. Adakah wajib membasuh anak-anak rambut di tepi muka?

🔵 Disebabkan ‘wajah bertemu rambut’. Maka, hendak selamat kena basuh sekali. Apabila membasuh muka memang rambut akan terkena. Jadi tidak perlu risau.

Tidak perlu hendak tepat mengikut sampai milimiter apa semua. Islam bukan begitu. Islam tidak akan memberatkan. Semuanya normal sahaja dan senang dilakukan.

Sampai ke tepi muka itu tambahan sahaja. Kawasan yang wajib dibasuh adalah bahagian muka yang boleh dilihat dari depan. Maka, bila kita membasuh bahagian tepi sekali, itu sudah tambahan.

F. Kaffarah bagi orang yang menyetubuhi wanita haidh

Seperti yang telah disebut, haram bagi suami menjimak isterinya di kala isterinya itu dalam haidh. Tetapi bagaimana kalau terlajak?

Kalau terlajak, maka suami wajib (atau ada yang mengatakan ia adalah sunat) bersedekah sebanyak satu dinar atau setengah dinar. Harus dikira berapa nilai satu dinar pada zaman sekarang.

1 Dinar syiling emas bersamaan dengan 4.25 gram emas 916. Kalau sekarang, nilainya sekitar RM 900.

✍🏻Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas رضي الله عنهما:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haidh, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.
(Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya).

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuhi. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haidh tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar.

E. Hal yang dibolehkan kepada lelaki terhadap wanita dalam haidh

Hal yang dibolehkan kepada Lelaki terhadap wanita dalam Haidh

Dibenarkan mencumbui isteri dalam haidh. Waktu haidh tidaklah menghalang seorang suami untuk bermesraan dengan isterinya.

✍🏻Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah رضي الله عنها.

ِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَتْ إِحْدَانَا إِذَا كَانَتْ حَائِضًا فَأَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُبَاشِرَهَا أَمَرَهَا أَنْ تَتَّزِرَ فِي فَوْرِ حَيْضَتِهَا ثُمَّ يُبَاشِرُهَا قَالَتْ وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ
تَابَعَهُ خَالِدٌ وَجَرِيرٌ عَنْ الشَّيْبَانِيِّ

Dari ‘Aisyah ia berkata, “Jika salah seorang dari kami sedang mengalami haid dan Rasulullah ﷺ  berkeinginan untuk bermesraan, beliau memerintahkan untuk mengenakan kain, lalu beliau pun mencumbuinya.” ‘Aisyah berkata, “Padahal, siapakah di antara kalian yang mampu menahan hasratnya sebagaimana Rasulullah ﷺ  menahan. ” Hadits ini dikuatkan oleh Khalid dan Jarir dari Asy Syaibani.” (Sahih Bukhari No. 291)

✍🏻Dalam hadis lain yang diriwayatkan Anas رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ sempat ditanya tentang hukum mencumbui perempuan haidh. Ini dibandingkan orang Yahudi yang terlalu ketat dengan perempuan haidh. “.. Rasulullah ﷺ bersabda, “Lakukan segala yang kau mahu kecuali nikah (hubungan badan).”
(HR Muslim no. 302).

Bagaimana kalau ‘terlajak’ menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haidh? Ada kaffarah yang perlu dibayar.

D. Hal-hal yang diharamkan bagi wanita sedang haidh dan nifas

Hanya empat (4) perkara ini sahaja yang perlu diperhatikan oleh wanita apabila mereka di dalam haidh/nifas.

Selain dari perkara ini tidak dihalang dari wanita untuk melakukannya.


1. Salat

✍🏻Hal ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah رضي الله عنها, beliau pernah menceritakan:

كانت النفساء تقعد على عهد النبي صلى الله عليه وسلم أربعين يومًا

“Para wanita yang mengalami nifas di zaman Nabi ﷺ, duduk (tanpa salat) selama 40 hari. ”
(HR. Abu Daud no. 307 dan At-Tirmidzi no. 139).


2. Tawaf

Pendapat jumhur, wanita dalam haidh tidak boleh melakukan tawaf.

✍🏻Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ هَذَا أَمْرٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَاقْضِى مَا يَقْضِى الْحَاجُّ ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِى بِالْبَيْتِ

Haidh adalah keadaan yang Allah takdirkan untuk puteri-puteri Adam. Lakukan seperti yang dilakukan jemaah haji, hanya saja jangan melakukan tawaf di Ka’bah.
(Bukhari 294 & Muslim 2976).

Cuma seperti yang telah disebut dalam bab mandi dan wuduk, ada pendapat yang mengatakan tetap boleh tawaf dalam haidh.


3. Puasa

Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada para wanita yang bertanyakan tentang maksud kurangnya agama mereka:

أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِ وَلَمْ تَصُمْ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذلِكَ مِنْ نُقْصَانِ دِيْنِهَا

“Bukankah wanita itu bila haidh dia tidak salat dan tidak puasa?” Para wanita menjawab, “Ya.” Rasulullah ﷺ berkata, “Maka itulah dari kekurangan agamanya.”
(HR. Al-Bukhari no. 304)

✍🏻Namun, wanita wajib mengqadha’ puasanya dan ini berdasarkan kenyataan ‘A’isyah رضي الله عنها:
“Apabila yang demikian itu (haidh) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah ﷺ) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha’ salat.”
(Shahih Muslim­ – no: 335 (Kitab al-Haidh)


4. Bersetubuh

✍🏻Ini berdasarkan Baqarah:222

وَيَسأَلونَكَ عَنِ المَحيضِ ۖ قُل هُوَ أَذًى فَاعتَزِلُوا النِّساءَ فِي المَحيضِ ۖ وَلا تَقرَبوهُنَّ حَتّىٰ يَطهُرنَ ۖ فَإِذا تَطَهَّرنَ فَأتوهُنَّ مِن حَيثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوّابينَ وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرينَ

Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

Tafsir:
Maksud ‘menjauhkan’ adalah jangan jimak dengan wanita yang sedang dalam haidh.

Lalu apa pula yang boleh dilakukan. Sila sambung pengajian.

C. Hukum yang berlaku pada nifas, berlaku juga pada Haidh

Hukum yang berlaku pada nifas, berlaku juga pada Haidh.

Nifas menghalang hal-hal yang terhalang disebabkan oleh darah haidh seperti salat dan puasa.

Sama sahaja hukum bagi keduanya. Ini adalah kerana Nabi Muhammad ﷺ telah menyamakan haidh dan nifas.

G. Bilakah boleh menyetubuhi wanita haidh yang telah suci?

Bagi Mazhab Hanafi, apabila isteri telah kering sahaja haidhnya, sudah boleh dukhul (kita pakai bahasa lembut lah sedikit). Dukhul maksudnya ‘masuk’. Boleh faham yer? Boleh mubasharah, tetapi tidak boleh dukhul.

Namun, bagi Mazhab Syafi’iy, isteri hanya boleh didatangi selepas isteri telah mandi. Barulah dikira telah suci dan inilah pendapat yang kuat.

✍🏻Dalilnya boleh dilihat dalam Baqarah:222

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haidh. Katakanlah: “Darah haidh itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudharat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haidh itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Tafsir:
Lihat pada kalimat: حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ. Keduanya bermaksud ‘suci’.

Kalimah يَطْهُرْنَ yang pertama adalah apabila haidh telah kering. Maka ini suci peringkat pertama. Kalimah تَطَهَّرْنَ yang kedua pula, apabila sudah mandi. Maka dari ayat ini dan susunannya, ulama’ berpegang bahawa sebenar-benar suci adalah apabila sudah mandi.

Maka, bawa bersabar dahulu para suami sekalian. Bagi peluang kepada isteri untuk mandi.

Sambung kepada beberapa perbincangan tentang haidh dan nifas.


🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================

1. Bagaimanakah status sumpah seorang isteri di dalam keadaan marah kerana berkecil hati terhadap suaminya, tidak mahu pulang ke Kedah (kampung mertua isteri). Tetapi beberapa hari kemudian apabila kemarahannya reda, si isteri pulang jua ke Kedah?
Adakah si isteri berdosa?

🔵 Sumpah yang sebegini dikira sebagai sumpah yang tidak disengajakan kerana disebutkan ketika marah. Maka tidak perlu bayar kaffarah sumpah. Firman Allah ﷻ:
لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الْأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
[Surah Al-Maidah 5:89]

2. Apakah yang dipanggil sebagai darah wiladah?

🔵 Darah wiladah adalah darah yang keluar semasa bersalin/melahirkan. Tidak perlu mandi wajib untuk wiladah kerana darah nifas masih keluar. Apabila sudah berhenti darah nifas, barulah mandi wajib.

3. Adakah benar ada pandangan yang menyatakan tempoh maksima nifas adalah 60 hari?

🔵 Benar. Pendapat mazhab Asy-Syafi’iy adalah 60 hari iaitu berlainan dari pendapat jumhur. Ini adalah hasil kajian beliau sendiri melihat kebiasaan wanita di zaman itu.

4. Apakah hukum untuk wanita di dalam haidh berwudhu’?

🔵 Tiada anjuran berwudhu’ bagi mereka yang dalam haidh dan nifas. Perkara ini tidak dibincangkan oleh ulama kerana tidak pernah dilakukan pada zaman dahulu.

5. Bagaimanakah jika tidak mampu membayar kaffarah menyetubuhi wanita haidh?
Adakah perlu berpuasa?

🔵 Tiada dalil kaffarah dengan berpuasa. Jika tidak mampu membayar kaffarah tersebut, maka hanya tinggal meminta keampunan Allah ﷻ. Semoga diampunkanNya.

6. Adakah keguguran pada umur kehamilan lapan bulan perlu menjalani tempoh nifas?

🔵 Ya, masih ada nifas. Pada umur kehamilan lapan bulan telah pun ditiupkan ruh pada janin.

7. Bagaimanakah status mereka yang keguguran pada tempoh 1-3 bulan kehamilan?

🔵 Ada tiga peringkat. Merujuk kepada umur janin.

a. Sehingga 80 hari.
Ulama’ sepakat bahawa darah yang keluar tersebut adalah istihadhah. Perlu solat.

b. 80 hingga 120 hari.
Ulama khilaf. Ada yang berpandangan ia adalah nifas. Sebahagian lain mensyaratkan pada bentuk janin. Sama ada sudah sempurna seperti bentuk manusia atau belum. Bentuk janin boleh disahkan oleh doktor.

c. 121 hari dan seterusnya.
Ulama’ sepakat ia adalah darah nifas.

8. Adakah mereka yang keguguran dan menjalani Dilation and Curettage (D&C) boleh salat seperti biasa?

🔵 Perlu melihat pada darah itu keluar atau tidak. Kemudian bergantung pada bentuk janin.

9. Adakah memakai “kain sarung” ini seumpama tuala wanita pada waktu sekarang atau ia adalah pakaian khas wanita haidh pada waktu tersebut ketika bersama suami?

🔵 Kain sarung itu digunakan untuk menahan darah sahaja. Itu pun masa pengaliran darah banyak. Membantu semasa mubasharah.
Maka boleh menggunakan apa-apa sahaja, tuala wanita dan sebagainya. zaman dahulu ada kain sarung sahaja.

B. Nifas

Tajuk:
🌸 Pengertian Nifas
🌸 Masa Nifas

Selain dari Haidh, darah adik beradik dengannya adalah Nifas. Jadi kita masukkan sekali di dalam pembelajaran kita ini.


1. Pengertian Nifas

Nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita kerana melahirkan anak. Apabila bayi bernafas, maka keluarlah nifas.

Seandainya ia mengalami keguguran dan janinnya belum jelas berbentuk manusia maka darah yang keluar itu bukanlah darah nifas, tetapi dihukumi sebagai darah penyakit kerana itu yang berlaku baginya adalah hukum wanita mustahadhah.


2. Masa Nifas

Batas waktu maksima terjadinya nifas adalah 40 hari. Dihitung sejak hari pertama melahirkan. Sehingga, walaupun darah berlanjutan keluar melebihi 40 hari, maka dia dianggap suci.

Dia diwajibkan melakukan salat atau puasa Ramadan, walaupun darah belum berhenti keluar.

✍🏻Bahkan Imam Tirmidzi menerangkan bahawa ketentuan ini sudah menjadi kesepakatan para ulama’. Beliau mengatakan:

أجمع أهل العلم من الصحابة ، ومن بعدهم على أن النفساء تدع الصلاة أربعين يوما ، إلا أن ترى الطهر قبل ذلك، فتغتسل و تصلي

Para ulama’ dari kalangan sahabat Nabi ﷺ, tabi’in dan generasi setelah mereka telah sepakat, bahawa wanita-wanita yang mengalami nifas, meninggalkan salat selama 40 hari. Kecuali apabila dia mendapati dirinya suci sebelum waktu itu, maka dia mandi kemudian salat.
(Hasyiah Raudhah Al Murbi’ 1/403).

Inilah pendapat majoriti fuqaha.

✍🏻Hal ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah رضي الله عنها, beliau pernah menceritakan:

كانت النفساء تقعد على عهد النبي صلى الله عليه وسلم أربعين يومًا

“Para wanita yang mengalami nifas di zaman Nabi ﷺ, duduk (tanpa salat) selama 40 hari. ”
(HR. Abu Dawud no. 307, At-Tirmidzi no. 139 dan Ibnu Majah no. 648).

Batas minima tidak ada. Jadi tidaklah ‘cuti’ diberikan sehingga 40 hari. Kalau telah suci awal daripada tempoh tersebut, maka hendaklah mandi dan salat/puasa.

Benar. Pendapat mazhab Syafie 60 hari berlainan dari pendapat jumhur. Ini hasil kajian beliau sendiri melihat kebiasaan wanita zaman itu.

A. Haidh

Tajuk:
🎀 Pengertian Haidh
🎀 Waktu Haidh
🎀 Warna Darah Haidh
🎀 Masa Haidh

Sekarang kita belajar satu bab yang asalnya khusus untuk wanita. Namun begitu para lelaki haruslah juga ambil tahu akan perkara ini kerana mereka yang akan ajarkan wanita di bawah jagaan mereka.


A. Haidh

1. Pengertian Haidh

Haidh dari segi bahasa bermakna mengalir. Turun sesuatu secara mengalir. Dari segi syarak, ia adalah darah yang keluar dari rahim wanita ketika seorang wanita sudah mencapai usia baligh.

Keluar darah itu menjadi hal yang rutin bagi dirinya pada waktu-waktu yang telah dimaklumi. Ia keluar secara semulajadi dan bukan kerana penyakit.


2. Waktu Haidh

Sunnah tidak menetapkan batasan umur seorang gadis mula didatangi haidh. Oleh sebab itu, kita haruslah memerhatikan dan mengenali apakah sifat darah haidh itu. Yang menetapkan had minima umur 9 tahun adalah pendapat ulama dari ijtihad mereka sahaja sedangkan tiada penetapan di dalam nas.

Tidak dapat ditetapkan had umur kerana ada yang didatangi awal dan ada yang lewat. Ada yang mengikut zaman, ada pula yang mengikut tempat tinggal, persekitaran atau cara kehidupan, tumbesaran serta faktor pemakanan.

Kalau terdapat kebiasaan umur pada sesuatu zaman, tidaklah ia tetap begitu untuk sepanjang zaman. Maka kita tidak tetapkan berapakah had umur.

Begitupun, ulama menetapkan yang kalau sudah berumur 15 tahun tetapi tidak juga didatangi haidh, maka itu sudah dikira baligh dan wajib baginya untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang mukallaf (seorang yang mempunyai tanggungjawab syariat).

Tidak mungkin dia masih ingin bersenang-lenang dan bergoyang kaki sahaja, tanpa perlu solat dan berpuasa, bukan?

Nas juga tidak menetapkan bilakah putusnya haidh seseorang wanita itu. Cuma ulama mazhab ada meletakkan had umur tertentu.

✍🏻Mazhab Syafie menetapkan had umur 62 tahun. Kalau selepas itu masih keluar darah lagi, ia tidak dikira sebagai haidh lagi tetapi darah penyakit.

✍🏻Menurut Imam Ibnu Taimiyyah, tiada had bagi umur paling rendah atau bawah dan paling lama atau paling hujung untuk kedatangan haidh.

Bagi wanita yang telah putus haidh, dia hendaklah bertindak sebagai wanita yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain.

Dalam masalah iddah pula, dia hendaklah beriddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan tempoh haidh atau bilangan tempoh suci lagi.

✍🏻Ini ditegaskan oleh Allah ‎ﷻ dalam firmanNya dalam surah al-Talaq: ayat 4 iaitu tempoh eddah dikira selama 90 hari.

📍Adakah perempuan mengandung ada kemungkinan didatangi haidh?

🔹Para ulama berikhtilaf di dalam masalah ini:

▪️ Menurut jumhur ulama; perempuan mengandung tidak ada kemungkinan datangnya haidh. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa dia sedang mengandung, maka darah itu bukan darah haidh, tetapi adalah darah penyakit. Inilah pendapat yang kuat.

◾Namun menurut Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Al-Laits pula; ada kemungkinan perempuan mengandung didatangi haidh. Menurut mereka; jika perempuan yang mengandung itu mendapati darah keluar dari farajnya dan keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haidhnya serta kelihatan seperti ciri-ciri haidh pada darah tersebut, maka darah itu adalah darah haidh.

📍Pendapat pertama lebih kuat kerana ikut sains biologi pun, bila sudah mengandung tiada darah haidh lagi.


3. Warna Darah Haidh

Untuk mengetahui sama ada darah yang keluar adalah haidh ataupun tidak, maka haruslah dikenali warna-warna haidh itu.

Secara umumnya terdapat empat (4) jenis warna haidh:

🔺a. Hitam

✍🏻Nabi ﷺ berkata kepada Fatimah binti Abu Hubaisy:

إِذَا كَانَ دَمُ الحَيْضَةِ فَإِنَّهُ أَسْوَدُ يُعْرَفُ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ فَأَمْسِكِيْ عَن الصَّلاَةِ، فَإِذَا كَانَ الآخَرُ فَتَوَضَّئِيْ وَصَلِّيْ فَإِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ … رواه أبو داود والنسائي وصححه ابن حبان والحاكم

“Darah haidh iaitu apabila berwarna hitam yang dapat diketahui, maka tinggalkan salat, tetapi jika selain itu cirinya maka berwudhu’lah dan lakukan salat kerana itu adalah darah penyakit.”
(Sunan Abu Dawud no. 247, Sunan Nasa’i  no. 215 dan dinyatakan sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim).

🔺b. Merah

Ada juga yang berwarna merah iaitu darah ini keluar ketika di dalam waktu-waktu haidh yang biasa. Kalau keluar warna merah seperti darah biasa di waktu lain, maka ia bukan haidh.

Maknanya, asal darah haidh itu adalah kehitaman dan setelah beberapa lama, ia berubah menjadi merah pula.

🔺c. Kuning

Ada yang berwarna kekuningan iaitu darah ini keluar ketika dalam waktu-waktu haidh yang biasa. Kalau keluar warna merah seperti darah biasa di waktu lain, maka ia bukan haidh.

✍🏻Diriwayatkan oleh Malik dalam Kitab Al-Muwaththa, no. 130, dari Ummu Alqomah, beliau berkata:

كَانَ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إِلَى عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يَسْأَلْنَهَا عَنْ الصَّلَاةِ فَتَقُولُ لَهُنَّ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ “. وصححه الألباني في ” إرواء الغليل ” برقم (198)”

“Sejumlah wanita mengirimkan kepada Aisyah Ummul Mukminin dengan membawa bejana yang berisi kapas yang ada (cairan) kekuning-kuningan dari darah haidh. Mereka bertanya tentang salat (jika keluar cairan seperti ini). Kemudian (Aisyah) berkata kepada mereka, “Jangan anda semua terburu-buru (salat) sampai anda semua melihat lendir putih. Yang beliau maksudkan hal itu suci dari haidh.”
(Disahihkan oleh Al-Albany dalam Irwaul Ghalil, no. 198)

Ini kalau ia bertepatan dengan waktu haidh. Kalau waktu lain (luar kitaran kebiasaan), ia tidak dikira haidh.

✍🏻Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah رضي الله عنها yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haidh) sebagai sesuatu (dari darah haidh)”.
(Riwayat Imam Bukhari no. 326 dan Abu Daud no. 307)

🔺d. Coklat

Ada juga yang berwarna kecoklatan iaitu darah ini keluar ketika dalam waktu-waktu haidh yang biasa. Kalau keluar warna merah seperti darah biasa di waktu lain, maka ia bukan haidh.

Kalau darah warna kuning dan coklat itu datang sebelum datang haidh, maka ia juga dikira sebagai haidh. Namun, kalau ia datang sendirian, maka ia tidak dikira sebagai haidh.


4. Masa Haidh

Ulama khilaf apakah batas minima dan maksima haidh itu. Ini adalah kerana tiada penetapan yang mantuq dari Nabi Muhammad ﷺ.

✍🏻Maka batas-batas yang ada adalah menurut pendapat ulama sahaja. Pendapat yang biasa dijadikan penetapan, haidh itu dikira haidh kalau ia keluar sekurang-kurangnya: sehari semalam (24 jam).

✍🏻Kalau keluar sekejap sahaja, maka itu tidak dikira haidh lagi, tetapi darah istihadah sahaja. Ini juga pendapat Mazhab Asy-Syafi’iy.

✍🏻Bagi tentang batas maksima pula, yang selalu digunakan oleh ulama adalah 15 hari di dalam sebulan. Kalau masih juga keluar darah melebihi dari 15 hari, maka itu tidak lagi dikira sebagai haidh, tetapi sudah dikira sebagai darah penyakit istihadah. Ini juga pendapat Mazhab As-Syafi’iy.

✍🏻Menurut Imam Ibnu Taimiyyah pula, tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haidh dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haidh baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari.

 

Sekian Bab Haidh, sekarang kita bincangkan bab Nifas pula.


☘️SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================

1. Sekiranya seorang wanita haidh selama tiga hari kemudian darah haidh berhenti selama dua hari dan haidh datang semula. Adakah perlu menunaikan salat dalam tempoh dua hari yang berhenti darah haidh itu?

🔵 Apabila sudah berhenti, maka tentu anda akan sangka haidh telah habis.
Jadi dalam masa dua hari itu, anda tentu sudah mandi, salat, ataupun berpuasa.

Persoalannya yang lebih penting, adakah dua hari ‘suci’ itu dikira dalam tempoh haidh atau tidak?

Ulama khilaf tentang perkara ini:

a) Mazhab Syafi’iy dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari haidh dikira sebagai haidh. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haidh pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini keseluruhan hari adalah haid.

b) Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haidh adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan salat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Qur’an dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya pada hari suci itu.

Tetapi, jika mengikut pendapat mazhab Shafi’iy pula, sekiranya berpuasa maka, puasa itu tidak sah dan tidak akan dikira.

2. Adakah ini maksudnya perlu dilihat kepada kebiasaan darah haidh keluar?

🔵 Ya, kebiasaan adalah satu indikasi yang boleh digunakan. Kalau selalu 7 hari keluar darah, tetapi kali ini 3 hari sahaja, maka ada kemungkinan belum habis haidh lagi.

3. Sekiranya setiap bulan kitaran haidh macam itu. Adakah maksudnya kita boleh memilih pandangan dari salah satu mazhab?

🔵 Ya, boleh memilih salah satu mazhab.

4. Adakah masih dikira dalam keadaan haidh jika telah suci selama 10 hari kemudian keluar lagi darah menyerupai haidh?

🔵 Bergantung kepada individu sama ada hendak menggunakan pendapat mengikut imam Syafi’iy atau imam Malik?

Jika mengikut Mazhab Syafi’iy maka 10 hari itu adalah masih dalam haidh. Implikasinya adalah kalau puasa dalam 10 hari itu, ia tidak dikira.

5. Selepas nifas, para ibu akan lambat datang haidh. Adakah boleh beranggapan bahawa mereka terus suci sehinggalah datang haidh?

🔵 Ya