✍🏻Kata Imam An-Nawawi رحمه الله: “Yang sahih di sisi kami (Mazhab Asy-Syafi’iy) bahawa mereka yang uzur, wajib untuk melaksanakan salat Zuhur jika dia sempat melaksanakan apa yang wajib dengannya dalam salat Asar (apabila hilang uzurnya). Inilah pendapat Abdurrahman bin Auf, Ibn Abbas, ahli fiqh Madinah yang tujuh, Ahmad, dan selain mereka. Manakala kata al-Hasan, Qatadah, Hammad, al-Thauri, Abu Hanifah dan Malik, tidak wajib ke atas orang itu.”
[Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/66)]
Maksudnya, kalau seorang wanita telah perasan yang dia telah suci dari haidh pada waktu Asar, maka wanita itu wajib salat Asar dan qadha’ Zuhur sekali. Dan kalau dia suci pada waktu Isyak, maka dia wajib salat Isyak dan qadha’ salat Maghrib sekali.
Ini adalah kerana waktu Zuhur dipasangkan dengan waktu Asar dalam jama’, begitu juga waktu Maghrib dipasangkan dengan waktu Isyak dalam jama’.
Apakah Jamak Shuri dan apa kaitannya dengan mereka yang dalam istihadah?
🍀SESI SOAL JAWAB ☘️
===================
1. Adakah wanita yang istihadah hanya berwudhu’ sahaja tanpa perlu mandi wajib setiap kali hendak salat?
🔵 Ya, berwudhu’ adalah wajib, tetapi mandi adalah sunat.
2. Jika seseorang berwudhu’ kemudian salat di awal waktu Maghrib, adakah boleh gunakan wudhu’ yang sama kemudian teruskan dengan salat Isyak?
🔵 Jika salat Maghrib di awal waktu, maka apabila salat Isyak, perlu memperbaharui wudhu’nya.
Jika salat Maghrib di akhir waktu, boleh disekalikan dengan salat Isyak di awal waktu (jama’ shuri).
3. Adakah wanita yang beranak dengan kaedah pembedahan tidak mengeluarkan nifas?
🔵 Ia bergantung. Kebiasaannya ada tetapi tidak banyak.
4. Adakah wanita bersalin secara pembedahan perlu berpuasa dan salat seperti biasa jika darahnya keluar sedikit sahaja?
🔵 Jika keluar sahaja darah sikit atau banyak dikira nifas. Tidak boleh salat dan berpuasa.
5. Adakah wanita hamil yang keluar darah perlu mandi wajib dahulu sebelum salat?
🔵 Ia bukan darah haidh, maka tiada kewajiban mandi wajib. Cukup sekadar membersihkan dan berwudhu’. Sunat untuk mandi.