D. Bilakah seseorang boleh tayammum?

Tayammum boleh digunakan oleh mereka yang berhadas kecil atau besar. Juga sama ada mereka itu dalam musafir atau bermukim. Asalkan ada salah satu dari dua syarat ini:

1. Jika tidak jumpa air

✍🏻Ini seperti yang disebut dalam Nisa’:43

فَلَم تَجِدوا ماءً فَتَيَمَّموا

kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu

✍🏻Ada juga telah disebut dalam hadis yang banyak. Antaranya:

فَلَمَّا انْفَتَلَ مِنْ صَلَاتِهِ إِذَا هُوَ بِرَجُلٍ مُعْتَزِلٍ لَمْ يُصَلِّ مَعَ الْقَوْمِ قَالَ مَا مَنَعَكَ يَا فُلَانُ أَنْ تُصَلِّيَ مَعَ الْقَوْمِ قَالَ أَصَابَتْنِي جَنَابَةٌ وَلَا مَاءَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّعِيدِ فَإِنَّهُ يَكْفِيكَ

Setelah baginda selesai melaksanakan solatnya, didapatinya ada seorang yang memisahkan diri tidak ikut solat bersama orang banyak. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Fulan, apa yang menghalangimu untuk solat bersama orang banyak?” Orang itu menjawab, “Aku mengalami junub, sementara air tidak ada.” Baginda lantas menjelaskan: “Gunakanlah muka bumi (untuk bertayamum) kerana ia sudah memadai.”
Sahih Bukhari no. 331

Juga ada hadis lain:

✍🏻Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tanah adalah wudhu’ seorang muslim jika tidak mendapatkan air walaupun selama sepuluh tahun.”
(HR An-Nasai dan Ibnu Hibban)

Termasuk tidak ada air itu adalah jikalau air untuk didapati jauh sangat atau ada air dalam telaga, tetapi dalam sangat dan timba tidak ada. Atau air ada, tetapi ada harimau di kawasan itu. Atau kawasan air itu dijaga oleh musuh.

Atau bagi wanita tidak boleh keluar kerana ada jantan-jantan yang tidak dipercayai ada di luar. Atau air ada tetapi ia amat sedikit. Air yang sikit itulah untuk minum dan untuk masak. Atau air di bilik air itu ada, tetapi orang yang sakit tidak larat hendak ke bilik air dan tidak ada orang yang boleh bawakan air untuk dia.


 

2. Jika khuatir mudharat kalau pakai air

Ini adalah kalau seseorang itu sakit atau luka; atau keadaan sejuk sangat yang dia rasa kalau dia wuduk dan mandi pakai air juga, akan memudharatkan dia.

✍🏻Dalilnya adalah Nisa’:29

وَلا تَقتُلوا أَنفُسَكُم
Dan janganlah kamu membunuh dirimu;

✍🏻Ayat ini pernah digunakan sebagai hujah oleh seorang sahabat:

عَنْ عَمْرٍو بْنِ الْعَاصِ قَالَ احْتَلَمْتُ فِيْ لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ فِيْ غَزْوَةِ ذَاتِ السَّلاَسِلِ فَأَشْفَقْتُ إِنِ اغْتَسَلْتُ أَنْ أَهْلِكَ فَتَيَمَّمْتُ ثُمَّ صَلَّيْتُ بِأَصْحَابِيْ الصُّبْحَ فَذَكَرُوْا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ فَقَالَ يَا عَمْرُو صَلَّيْتَ بِأَصْحَابِكَ وَأَنْتَ جُنُبٌ فَأَخْبَرْتُهُ بِالَّذِيْ مَنَعَنِيْ مِنَ الْاِغْتِسَالِ وَقُلْتُ إِنِّي سَمِعْتُ اللهَ يَقُوْلُ وَلاَ تَقْتُلُوْا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا فَضَحِكَ رَسُوْلُ اللهِ وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا

Dari ‘Amr bin ‘Ash berkata “Saya pernah mimpi basah pada suatu malam yang sangat dingin sekali dalam perang Dzat Salasil, saya khawatir bila saya mandi, saya akan mati karenanya. Maka saya tayammum dan shalat Subuh bersama para sahabat, tatkala kami datang kepada Rasulullah, para sahabat menceritakan kejadianku. Nabi bersabda: Wahai ‘Amr, benarkah engkau shalat bersama para sahabatmu padahal engkau junub? Maka saya kabarkan kepada beliau suatu yang menghalangiku untuk mandi. Dan saya berkata: Aku mendengar firman Allah: “Janganlah engkau membunuh diri kalian, sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kalian” Sebab itulah saya tayammum kemudian salat. Rasulullah tertawa dan tidak mengatakan sedikitpun”.
(HR. Abu Daud (334) Ahmad (4/203) Daruqutni dalam Sunan-nya (1/178) Ibnu Hibban (202) Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (647) Bukhari dalam Shahihnya secara mu’allaq dan dikuatkan Al-Hafidz dalam Fathul Bari 1/603 dan Al-Albani dalam Irwaul Ghalil no.154)

✍🏻Ada lagi hadis yang menjelaskan bagaimana bahaya kalau gunakan air juga kalau dalam keadaan luka:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ خَرَجْنَا فِى سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلاً مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِى رَأْسِهِ ثُمَّ احْتَلَمَ فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ فَقَالَ هَلْ تَجِدُونَ لِى رُخْصَةً فِى التَّيَمُّمِ فَقَالُوا مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أُخْبِرَ بِذَلِكَ فَقَالَ « قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ أَلاَّ سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِىِّ السُّؤَالُ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ »

Dari Jabir, dia berkata, “Kami pernah keluar pada saat safar, lalu seseorang di antara kami ada yang terkena batu dan kepalanya terluka. Kemudian ia mimpi basah dan bertanya pada temannya, “Apakah aku mendapati keringanan untuk bertayamum?” Mereka menjawab, “Kami tidak mendapati padamu adanya keringanan, padahal engkau mampu menggunakan air.” Orang tersebut kemudian mandi (junub), lalu meninggal dunia. Ketika tiba dan menghadap ﷺ, kami menceritakan kejadian orang yang mati tadi. Beliau ﷺ lantas bersabda:
“Mereka telah membunuhnya. Semoga Allah membinasakan mereka. Hendaklah mereka bertanya jika tidak punya ilmu, karena ubat dari kebodohan adalah bertanya. Cukup baginya bertayamum dan mengusap lukanya.”
[HR. Abu Daud no. 336, Ibnu Majah no. 572 dan Ahmad 1: 330. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini Hasan selain perkataan ‘cukup baginya bertayamum’]

 

Sambung ke beberapa permasalahan tentang tayammum.


 

🍀SESI SOAL JAWAB KELAS☘️
=========================

1. Adakah perlu menepuk tanah kembali untuk menyapu debu pada tangan setelah menyapu debu pada muka, sebagaimana yang diajarkan di sekolah?

🔵 Tidak perlu, memang perkara tersebut diajarkan di sekolah tetapi yang sebenarnya adalah menepuk tanah sekali sahaja dan digunakan untuk muka serta tangan sekali.

Pendapat perlunya tepuk sekali lagi untuk menyapu tangan itu tidak tepat. Juga pendapat tanah menjadi musta’mal kerana ditepuk sekali lagi juga tiada di dalam syarak.

2. Bagaimanakah caranya jika mempunyai janggut?

🔵 Debu tanah tidaklah sama seperti air.

Bagi yang berjanggut tidaklah diwajibkan menyampaikan debu ke kulit (di bawah janggut) kerana ia sukar dilakukan, maka memadai dengan menyapukan debu ke bahagian atas janggut sahaja.
[al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 14/254]

3. Adakah hadas kerana di dalam haidh boleh diangkat dengan tayammum?

🔵 Ya, sama untuk semua keadaan hadas kecil dan besar.

4. Adakah perlu menyapu tangan dahulu, kemudian muka atau sebaliknya?

🔵 Yang lebih tepat adalah menyapu muka dahulu, kemudian tangan.

5. Adakah boleh menyapu sebanyak tiga kali sebagaimana berwudhu?

🔵 Tiada bilangan tertentu tetapi cukup dengan hanya sekali sapuan sahaja. Bukan sunat untuk melakukan lebih.

6. Jika setelah mengambil tayammum kemudian hujan turun, adakah tayammumnya batal?

🔵 Ya.

7. Jika ada air tetapi hanya cukup untuk minum, adakah boleh bertayammum?

🔵 Dianggap sebagai tiada air. Maka boleh tayammum.

8. Bagaimanakah untuk bersuci jika terperangkap di dalam bangunan, tiada air dan tanah untuk bersuci? Adakah boleh menggunakan debu pada lantai dan dinding?

🔵 Bukanlah ‘debu’ yang diperlukan tetapi jika debu itu sesuatu yang berasal daripada muka bumi, maka boleh.

Oleh yang demikian, boleh tekap pada dinding dan lantai juga kerana keduanya berasal dari muka bumi.

Meskipun begitu, kita masih boleh menunaikan solat tanpa bersuci jika benar-benar darurat seperti terperangkap dalam penjara besi.

9. Adakah perlu menggantikan solat jika bersolat di dalam keadaan hadas tetapi tiada satu pun air atau tanah untuk bersuci?

🔵 Tidak perlu menggantikan solat. Tiada solat untuk menghormati waktu.

Malah ada Imam mazhab berpendapat tidak perlu solat pun, dan tidak perlu ganti.

10. Jika terperangkap di dalam keadaan trafik teruk, masa solat sudah hendak habis, adakah boleh bertayammum dengan menepuk kusyen kenderaan?

🔵 Kusyen bukan diperbuat daripada unsur bumi. Maka tidak boleh.

Di dalam situasi ini, boleh menjamakkan solat tersebut tanpa perlu menggantikannya.

11. Apakah maksud “Pokok yang belum terputus dari bumi.”?

🔵 Frasa tersebut bermaksud “tumbuhan yang masih hidup” seperti pokok dan rumput. Perabot kayu atau rumah kayu tidak boleh digunakan bertayammum.

12. Bagaimanakah cara bersuci untuk beribadah jika kita dikelilingi banjir lumpur? Tiada air dan tanah kecuali yang telah bercampur menjadi lumpur.

🔵 Lumpur bukan najis. maka boleh solat dengan lumpur. Untuk bersuci boleh menggunakan sebarang pohon atau batu.

Oleh yang demikian, kita berpendapatan tidak menghadkan tayammum hanya menggunakan tanah.