V. Tasyahhud Akhir

BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT

V. Tasyahhud Akhir

Apakah hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Akhir? Hukum duduk tahiyyat akhir adalah wajib dan merupakan rukun salat. Jika ditinggalkan maka batallah salat.

Perbincangan panjang lebar adalah cara duduk semasa di Tasyahhud Akhir. Adakah kena duduk tawarruk juga kalau Tasyahhud Akhir? Ulamaโ€™ khilaf tentang perkara ini:

๐Ÿ“ Pendapat pertama, iaitu pendapat Imam Malik ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dan pengikutnya, duduk tasyahhud baik awal dan akhir adalah duduk tawarruk.

๐Ÿ“ Pendapat kedua, iaitu pendapat Imam Abu Hanifah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dan pengikutnya, duduk tasyahhud baik awal dan akhir adalah duduk iftirasy.

๐Ÿ“ Pendapat ketiga, yaitu pendapat Imam asy-Syafiโ€™iy ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡. Beliau membezakan antara duduk tasyahhud awal dan akhir.

1โƒฃ. Untuk duduk tasyahhud awal, beliau berpendapat seperti Imam Abu Hanifah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡, iaitu duduk iftirasy.

2โƒฃ. Sedangkan untuk duduk tasyahhud akhir, beliau berpendapat seperti Imam Malik ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡, yaitu duduk tawarruk.

Jadi menurut pendapat ini, duduk pada tasyahhud akhir yang terdapat salam (baik yang salatnya sekali atau dua kali tasyahhud) adalah duduk tawarruk. Duduk tawarruk terdapat pada setiap rakaโ€™at terakhir yang diakhiri salam kerana cara duduk demikian terdapat doโ€™a, boleh jadi lebih lama duduknya. Sehingga duduknya pun dengan cara tawarruk kerana cara duduk seperti ini lebih ringan dari iftirasy. Cara duduk demikianlah yang kita sering saksikan di kaum muslimin di Malaysia dan di sekitar kita yang banyak mengambil pendapat Imam Syafiโ€™iy ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡.

๐Ÿ“ Pendapat keempat, pendapat Imam Ahmad ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡.

1โƒฃ. Jika tasyahhudnya dua kali, maka duduknya adalah tawarruk di rakaโ€™at terakhir.

2โƒฃ. Namun jika tasyahhudnya cuma sekali, maka duduknya di rakaโ€™at terakhir adalah duduk iftirasy.

[Jadi kalau salat Zuhur, sama macam sahaja dengan kebiasaan kita. Tetapi kalau salat Subuh, maka masa Tahiyyat itu duduk iftirasy]

๐Ÿ“ Pendapat kelima, pendapat Ibnu Jarir Ath Thabari ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡. Beliau berpendapat duduk tasyahhud dengan tawarruk mahupun iftirasy, semuanya dibolehkan. Alasannya kerana semuanya diriwayatkan dari Nabi ๏ทบ. Jadi boleh memilih dengan dua cara duduk tersebut. Terserah mahu melakukan yang mana. Ibnu โ€˜Abdil Barr ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ sendiri lebih cenderung pada pendapat yang ini.

Semua pendapat di atas ada dalil sandaran mereka. Jadi tidaklah kita menuduh orang lain salah pula kalau kita nampak mereka lain dari apa yang kita biasa lakukan. Tetapi manakah pendapat yang paling kuat?

Meneliti dalil-dalil yang menjadi rujukan pendapat-pendapat itu, kita dapati pendapat Imam Syafiโ€™iy ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ yang lebih tepat. Ini dikuatkan kerana ada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya dari Muhammad bin โ€˜Amr bin โ€˜Athaโ€™ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ bahawa beliau pernah duduk bersama beberapa orang dari sahabat Nabi ๏ทบ. Lalu kami pun menyebutkan tentang salatnya Rasulullah ๏ทบ.

โœ๐Ÿป Kemudian Abu Humaid As-Saโ€™idi ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ berkata,

ุฃูŽู†ูŽุง ูƒูู†ู’ุชู ุฃูŽุญู’ููŽุธูŽูƒูู…ู’ ู„ูุตูŽู„ุงูŽุฉู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู โ€“ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… โ€“ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู‡ู ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุจูŽู‘ุฑูŽ ุฌูŽุนูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ุญูุฐูŽุงุกูŽ ู…ูŽู†ู’ูƒูุจูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽูƒูŽุนูŽ ุฃูŽู…ู’ูƒูŽู†ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ุฑููƒู’ุจูŽุชูŽูŠู’ู‡ู ุŒ ุซูู…ูŽู‘ ู‡ูŽุตูŽุฑูŽ ุธูŽู‡ู’ุฑูŽู‡ู ุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽููŽุนูŽ ุฑูŽุฃู’ุณูŽู‡ู ุงุณู’ุชูŽูˆูŽู‰ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุนููˆุฏูŽ ูƒูู„ูู‘ ููŽู‚ูŽุงุฑู ู…ูŽูƒูŽุงู†ูŽู‡ู ุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฌูŽุฏูŽ ูˆูŽุถูŽุนูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠู’ู‡ู ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ู…ููู’ุชูŽุฑูุดู ูˆูŽู„ุงูŽ ู‚ูŽุงุจูุถูู‡ูู…ูŽุง ุŒ ูˆูŽุงุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ุจูุฃูŽุทู’ุฑูŽุงูู ุฃูŽุตูŽุงุจูุนู ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ู‚ูุจู’ู„ูŽุฉูŽ ุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฌูŽู„ูŽุณูŽ ููู‰ ุงู„ุฑูŽู‘ูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุฌูŽู„ูŽุณูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูุฌู’ู„ูู‡ู ุงู„ู’ูŠูุณู’ุฑูŽู‰ ูˆูŽู†ูŽุตูŽุจูŽ ุงู„ู’ูŠูู…ู’ู†ูŽู‰ ุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฌูŽู„ูŽุณูŽ ููู‰ ุงู„ุฑูŽู‘ูƒู’ุนูŽุฉู ุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู ู‚ูŽุฏูŽู‘ู…ูŽ ุฑูุฌู’ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ูŠูุณู’ุฑูŽู‰ ูˆูŽู†ูŽุตูŽุจูŽ ุงู„ุฃูุฎู’ุฑูŽู‰ ูˆูŽู‚ูŽุนูŽุฏูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽู‚ู’ุนูŽุฏูŽุชูู‡ู .

โ€œAku adalah orang yang paling menghafal di antara kalian tentang salat Rasulullah ๏ทบ. Aku melihatnya tatkala bertakbir, baginda menjadikan kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya. Jika rukuk, baginda menetapkan kedua tangannya pada kedua lututnya, lalu meluruskan punggungnya. Jika mengangkat kepalanya, baginda berdiri tegak hingga kembali setiap dari tulang belakangnya ke tempatnya. Jika sujud, baginda meletakkan kedua tangannya tanpa menidurkan kedua lengannya dan tidak pula melekatkannya (pada lambungnya) dan menghadapkan jari-jari kakinya ke arah kiblat. Jika baginda duduk pada rakaat kedua, maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirasy). Jika duduk pada rakaat terakhir, baginda mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki yang lain (kaki kanan), dan duduk di atas lantai โ€“ bukan di atas kaki kiri- (duduk tawarruk).โ€
(HR. Bukhari no. 828)

โœ๐Ÿป Hadith berikut juga mendukung pendapat Imam Asy Syafiโ€™iy ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡,

ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ุงู„ุฑูŽู‘ูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุงู„ู„ูŽู‘ุชูŽูŠู’ู†ู ุชูŽู†ู’ู‚ูŽุถููŠ ูููŠู‡ูู…ูŽุง ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ุฃูŽุฎูŽู‘ุฑูŽ ุฑูุฌู’ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ูŠูุณู’ุฑูŽู‰ ูˆูŽู‚ูŽุนูŽุฏูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุดูู‚ูู‘ู‡ู ู…ูุชูŽูˆูŽุฑูู‘ูƒู‹ุง ุซูู…ูŽู‘ ุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ

โ€œJika Nabi ๏ทบ duduk pada salat dua rakaโ€™at yang diakhiri dengan salam, baginda mengeluarkan kaki kirinya dan baginda duduk tawarruk di sisi kiri.โ€
(HR. an-Nasai no. 1262. Syaikh al-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih).

Jadi kesimpulannya: kalau duduk tasyahhud yang ada salam, maka duduk yang lebih tepat adalah duduk tawarruk. Tetapi kalau duduk iftirasy pun tidaklah rosak salat itu kerana ada pendapat yang mengatakan boleh. Cuma kita hendak mencari manakah yang lebih tepat sahaja berdasarkan dalil-dalil yang ada.

Kenapa agaknya ada beza antara duduk tahiyyat awal dan akhir? Ada yang berpendapat bahawa perbezaan itu hikmahnya adalah supaya dapat membezakan jumlah rakaat. Jadi tidaklah keliru nanti (eh, aku rakaat berapa ni? Aku tahiyyat awal ke akhir ni?). Jadi bila sudah duduk tawarruk itu tahulah yang kita sedang rakaat terakhir dan sebentar lagi akan salam.

Selepas tasyahhud awal masih ada gerakan setelah itu, sedangkan tasyahhud akhir tidak demikian. Maka kalau hendak bangun ke rakaat seterusnya, bangun dari duduk iftirasy lebih mudah dari duduk tawarruk.

Begitu pula jika ada makmum masbuq (yang lewat datang), maka dia dapat mengetahui berapa rakaat yang telah dilakukan (oleh jemaah). Dia boleh tengok mereka duduk apa, sama ada iftirasy atau tawarruk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s