BAB FARDHU DAN SUNNAH SALAT
D. Doa Istiftah
Doa Istiftah dibaca selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca Fatihah. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Maka ia amat digalakkan.
โ๐ป Di antara dalilnya adalah hadith dari Abu Hurairah ุฑุถู ุงููู ุนูู:
ูุงู ุฑุณูู ุงููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅุฐุง ูุจููุฑ ูู ุงูุตูุงุฉุ ุณูุชู ูููููููุฉ ูุจู ุฃู ููุฑุฃ. ูููุช: ูุง ุฑุณูู ุงููู! ุจุฃุจู ุฃูุช ูุฃู ูุ ุฃุฑุฃูุช ุณููุชู ุจูู ุงูุชูุจูุฑ ูุงููุฑุงุกุฉุ ู ุง ุชูููุ ูุงู: โ ุฃููู: โฆ โ ูุฐูุฑู
โBiasanya Rasulullah ๏ทบ setelah bertakbir ketika salat, baginda diam sejenak sebelum membaca ayat. Maka aku pun bertanya kepada baginda, wahai Rasulullah, kutebus engkau dengan ayah dan ibuku, aku melihatmu berdiam antara takbir dan bacaan ayat. Apa yang engkau baca ketika itu adalah:โฆ (baginda menyebutkan doa istiftah)โ
(Sahih Muslim no. 940 dengan lafaz ini, Sahih Bukhari no. 702 dan lain-lain)
Di negara ini, sudah terbiasa dengan satu bacaan Istiftah tetapi ia tidak berapa tepat kerana ia adalah gabungan dari dua doa. Sebenarnya ada bacaan yang lebih tepat.
๐Yang biasa kita ada baca adalah doa ini:
ุงูููู ุฃูููุจูุฑู ููุจููุฑูุงุ ููุงููุญูู ูุฏู ููููููู ููุซููุฑูุงุ ููุณูุจูุญูุงูู ุงูููู ุจูููุฑูุฉู ููุฃูุตููููุง
โAllah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petangโ (HR. Muslim 2/99)
Ini adalah satu doa yang lengkap. Cukup sahaja kalau baca doa ini sahaja.
Tetapi entah mengapa ditambah dengan sebahagian dari doa yang lain pula:
ููุฌููููุชู ููุฌููููู ูููููุฐูู ููุทูุฑู ุงูุณููู ูุงููุงุชู ููุงููุฃูุฑูุถู ุญููููููุงุ ููู ูุง ุฃูููุง ู ููู ุงููู ูุดูุฑููููููุ ุฅูููู ุตูููุงุชููุ ููููุณููููุ ููู ูุญูููุงููุ ููู ูู ูุงุชูู ููููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููุ ููุง ุดูุฑูููู ููููุ ููุจูุฐููููู ุฃูู ูุฑูุชู ููุฃูููุง ู ููู ุงููู ูุณูููู ููููุ ุงููููู ูู ุฃูููุชู ุงููู ููููู ููุง ุฅููููู ุฅููููุง ุฃูููุชู ุฃูููุชู ุฑูุจูููุ ููุฃูููุง ุนูุจูุฏูููุ ุธูููู ูุชู ููููุณููุ ููุงุนูุชูุฑูููุชู ุจูุฐูููุจููุ ููุงุบูููุฑู ููู ุฐููููุจูู ุฌูู ููุนูุงุ ุฅูููููู ููุง ููุบูููุฑู ุงูุฐูููููุจู ุฅููููุง ุฃูููุชูุ ููุงููุฏูููู ููุฃูุญูุณููู ุงููุฃูุฎูููุงูู ููุง ููููุฏูู ููุฃูุญูุณูููููุง ุฅููููุง ุฃูููุชูุ ููุงุตูุฑููู ุนููููู ุณููููุฆูููุง ููุง ููุตูุฑููู ุนููููู ุณููููุฆูููุง ุฅููููุง ุฃูููุชูุ ููุจูููููู ููุณูุนูุฏููููู ููุงููุฎูููุฑู ููููููู ููู ููุฏูููููุ ููุงูุดููุฑูู ููููุณู ุฅูููููููุ ุฃูููุง ุจููู ููุฅูููููููุ ุชูุจูุงุฑูููุชู ููุชูุนูุงููููุชูุ ุฃูุณูุชูุบูููุฑููู ููุฃูุชููุจู ุฅููููููู
โAku hadapkan wajahku kepada Dzat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk orang yang musyrik. Sesungguhnya shalatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Rabb semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Oleh kerana itu aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk orang yang aku berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Engkau. Mahasuci Engkau dan Maha Terpuji. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan akui dosa-dosaku. Kerana itu ampunilah dosa-dosaku semuanya. Sesungguhnya tidak ada yang bisa mengampuni segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku akhlak yang paling terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Jauhkanlah akhlak yang buruk dariku, kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup menjauhkannya melainkan hanya Engkau. Akan aku patuhi segala perintah-Mu, dan akan aku tolong agama-Mu. Segala kebaikan berada di tangan-Mu. Sedangkan keburukan tidak datang dari Mu. Orang yang tidak tersesat hanyalah orang yang Engkau beri petunjuk. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. Tidak ada keberhasilan dan jalan keluar kecuali dari Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Kumohon ampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMuโ (HR. Muslim 2/185 โ 186)
Jadi saya tidak tahu apakah alasan ditambah dengan sebahagian dari doa ini bersamaan dengan doa yang pertama. Mungkin ada pendapat ulama’ tetapi saya tidak tahu. Sepatutnya kita baca doa yang pertama sahaja, kemudian sekali sekala ditukar dengan doa yang kedua ini. Ini lebih rapat kepada sunnah.
๐Dan sebenarnya ada lagi doa istiftah yang lain.
1โฃ Sebagai contoh:
ุงููููููู ูู ุจูุงุนูุฏู ุจูููููู ููุจููููู ุฎูุทูุงููุงููุ ููู ูุง ุจูุงุนูุฏูุชู ุจููููู ุงูู ูุดูุฑููู ููุงูู ูุบูุฑูุจูุ ุงููููููู ูู ูููููููู ู ููู ุงูุฎูุทูุงููุง ููู ูุง ูููููููู ุงูุซููููุจู ุงูุฃูุจูููุถู ู ููู ุงูุฏููููุณูุ ุงููููููู ูู ุงุบูุณููู ุฎูุทูุงููุงูู ุจูุงููู ูุงุกู ููุงูุซููููุฌู ููุงูุจูุฑูุฏู
โYa Allah, jauhkanlah antara aku dan kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, sucikanlah kesalahanku sebagaimana pakaian yang putih disucikan dari kotoran. Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan air, salju, dan air dinginโ (HR.Bukhari 2/182, Muslim 2/98)
Perhatikan makna doa istiftah ini yang amat menarik sekali.
Ada lagi doa-doa yang lain. Ada yang panjang dan pendek.
2โฃ Kalau hendak baca yang pendek:
ุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุญูู ูุฏูุง ููุซููุฑูุง ุทููููุจูุง ู ูุจูุงุฑูููุง ููููู
โSegala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkahan di dalamnyaโ (HR. Muslim 2/99).
Dan ada lagi doa-doa yang lain. Boleh dirujuk di dalam kitab-kitab antaranya Hisnul Muslim yang menyenaraikan semua doa-doa itu. Baik kalau kita tahu lebih dari satu supaya kita boleh tukar-tukar dan menjadikan solat kita lebih bermakna.
Kadangkala ada masa kita rasa kita banyak sangat dosa, maka bacalah doa istiftah yang minta Allah ๏ทป bersihkan kita dari dosa. Ada masa baru lepas berdebat dengan orang yang tidak mahu menerima jalan sunnah, maka bacalah doa istiftah yang minta Allah ๏ทป tunjukkan kebenaran.
Doa istiftah ini sunnah dibaca sirr dan kalau dibaca jahr adalah makruh, namun tidaklah membatalkan salat.
Sebelum kita memulakan membaca Surah al-Fatihah, kita baca dulu Isti’azah.
๐SESI SOAL JAWAB KELAS โ๏ธ
========================
1. Adakah boleh membaca salah satu doa iftitah ini tanpa menggabungkannya?
๐ต Ya. Lebih rapat dengan sunnah.
2. Adakah Nabi tidak mengamalkan doa iftitah yang panjang?
๐ต Ada doa yang panjang dan doa yang pendek. Boleh tukar-tukar kerana semuanya diamalkan oleh Nabi.
3. Berapakah versi doa iftitah yang ada?
๐ต Setahu saya ada 14 versi. Semua lafaz yang sahih boleh diamalkan.
4. Adakah gabungan doa iftitah tersebut adalah pandangan Imam An-Nawawi?
๐ต Allahu a’lam. Itu yang saya katakan, saya tidak tahu hujahnya. Maka saya katakan yang lebih rapat dengan sunnah adalah membaca satu sahaja doa istiftah itu dan tidak digabungkan.
5. Adakah diasingkan pemilihan doa iftitahnya untuk salat fardu atau sunat, siang atau malam?
๐ต Daripada hadith memang ada yang Nabi membacanya di waktu salat fardhu dan sunat. Tetapi bagi kita, boleh sahaja membaca mana-mana doa istiftah itu, kerana doa istiftah tidak terikat dengan salat fardhu atau salat sunat.
6. Jika kita terus-menerus membaca doa iftitah yang gabungan itu, adakah jatuh hukum bid’ah?
๐ต Saya tidak galakkan dan juga menjatuhkan hukum bid’ah kerana ia adalah doa dan bab doa itu luas. Saya suka melakukan seperti Nabi buat supaya lebih rapat dengan sunnah.
7. Bagaimanakah dengan mereka yang membaca ta’awuz sebelum iftitah, adakah gugur bacaan iftitah tersebut?
๐ต Jika telah membaca ta’awuz dahulu, maka gugurlah bacaan istiftah.
Jadi ta’awuz dibaca sebelum Al-Fatihah, bukan sebelum istiftah.