B. Sebab Disyariatkan Azan dan Kewajipannya

Tajuk:

๐ŸŒผ Kepentinganย azan
๐ŸŒผSebab pensyariatan dan hukumnya

B.Sebab Disyariatkan Azan dan Kewajipannya

1. Kepentingan Azan

Kita masih lagi berbincang tentang kepentingan azan. Lafaz azan dan iqamah mencakupi kandungan aqidah seorang Muslim, sehingga

โœ๐ŸปImam Al Qadhi Iyadh ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ berpendapat:

โ€œKetahuilah, bahawa azan adalah kalimat yang berisi aqidah iman yang mencakup jenis-jenisnya.

1โƒฃ Yang pertama, menetapkan Dzat dan yang seharusnya dimiliki Dzat Allah โ€Ž๏ทป dari kesempurnaan dan penyucian dari lawan kesempurnaan dan itu terkandung pada ucapan โ€œAllahu Akbarโ€. Lafaz ini, walaupun sangat ringkas, namun sudah menjelaskan apa yang telah kami sebutkan di atas.

2โƒฃ Kemudian (yang kedua), menegaskan keesaan Allah โ€Ž๏ทป dan penolakan sekutu yang mustahil ada bagi-Nya. Ini merupakan dasar dan tonggak iman, dan tauhid yang didahulukan ada di atas segala tugas agama lainnya.

3โƒฃ๏ธ Kemudian menegaskan penetapan kenabian dan persaksian akan kebenaran risalah (kerasulan) bagi Nabi kita, Muhammad ๏ทบ. Dan ini merupakan kaedah agung setelah syahadah tentang keesaaan Allah โ€Ž๏ทป.

4โƒฃ Kemudian mengajak kepada ibadah yang diperintahkan. Mengajak untuk salat dan menjadikannya setelah penetapan kenabian, kerana kewajipannya diketahui melalui Nabi ๏ทบ bukan melalui akal.

5โƒฃ Kemudian mengajak kepada kemenangan, iaitu kekal di dalam kenikmatan yang abadi. Di sini terdapat isyarat untuk perkara-perkara akhirat dalam hal kebangkitan dan pembalasan yang merupakan akhir masalah aqidah Islam.

Lalu hal itu diulang-ulang dengan iqamat salat untuk memberitahu permulaannya. Hal ini mengandungi penegasan iman dan pengulangan penjelasan iman ketika memulakan suatu ibadah dengan hati dan lisan, dan agar orang yang salat senantiasa berada di atas kejelasan amalannya dan ilmu tentang imannya, serta merasakan keagungan salat dan keagungan Dzat yang disembah serta pahala yang besarโ€.
(Lihat Majmuโ€™ Syarhu Al Muhadzdzab, Imam Al Nawawi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡)

๐Ÿ“Maka semoga selepas ini bila kita dengar azan dilaungkan, ia lebih memberi makna kepada kita.


2.ย Sebab pensyariatan dan hukumnya

Mari kita lihat kisah bagaimana azan mula-mula disyariatkan:

โœ๐ŸปHadis 1:

ุนูŽู†ู’ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุฒูŽูŠู’ุฏู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ
ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ู‡ูŽู…ู‘ูŽ ุจูุงู„ู’ุจููˆู‚ู ูˆูŽุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ููˆุณู ููŽู†ูุญูุชูŽ ููŽุฃูุฑููŠูŽ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุฒูŽูŠู’ุฏู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽู†ูŽุงู…ู

Dari Abdullah bin Zaid, beliau berkata: โ€œPada awalnya Rasulullah ๏ทบ berkehendakkan cara untuk panggilan salat, dan baginda menyuruh sahabatnya memukul kentongan (batang kayu/tabuh). Lalu aku bermimpi:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุซูŽูˆู’ุจูŽุงู†ู ุฃูŽุฎู’ุถูŽุฑูŽุงู†ู ูŠูŽุญู’ู…ูู„ู ู†ูŽุงู‚ููˆุณู‹ุง ููŽู‚ูู„ู’ุชู ู„ูŽู‡ู ูŠูŽุง ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุจููŠุนู ุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ููˆุณูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽู…ูŽุง ุชูŽุตู’ู†ูŽุนู ุจูู‡ู ู‚ูู„ู’ุชู ุฃูู†ูŽุงุฏููŠ ุจูู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽููŽู„ูŽุง ุฃูŽุฏูู„ู‘ููƒูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ู‚ูู„ู’ุชู ูˆูŽู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ

Aku melihat seseorang mengenakan dua kain hijau membawa kentongan. Lalu aku bertanya: โ€œWahai hamba Allah, kamu menjual kentongan ini?โ€ Dia bertanya: โ€œApa perlumu dengan kentongan?โ€ Aku menjawab: โ€œAkan aku pergunakan untuk panggilan salat.โ€ Dia lalu berkata: โ€œMahukah engkau kutunjukkan yang lebih baik dari itu?โ€ Aku menjawab: โ€œApa itu?โ€

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุชูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู‹ุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู‹ุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽูŠู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุญูŽูŠู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุญูŽูŠู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ููŽู„ูŽุงุญู ุญูŽูŠู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ููŽู„ูŽุงุญู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู

Dia menjawab: โ€œUcapkanlah: โ€˜Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar โ€“ Asyhadu an laa ilaaha illallah, Asyhadu an laa ilaaha illallah โ€“ Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah, Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah โ€“ Hayya โ€˜alas solaah, Hayya โ€˜alas solaah โ€“ Hayya โ€˜alal falaah, Hayya โ€˜alal falaah โ€“ Allahu akbar Allahu akbar โ€“ Laa ilaaha illallahโ€™.โ€

ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุฒูŽูŠู’ุฏู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฃูŽุชูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽุฃูŽุฎู’ุจูŽุฑูŽู‡ู ุจูู…ูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰

Lalu aku mendatangi Rasulullah ๏ทบ โ€Ž dan mengkhabarkan perihal mimpiku kepada baginda.

ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุซูŽูˆู’ุจูŽุงู†ู ุฃูŽุฎู’ุถูŽุฑูŽุงู†ู ูŠูŽุญู’ู…ูู„ู ู†ูŽุงู‚ููˆุณู‹ุง ููŽู‚ูŽุตู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ุฎูŽุจูŽุฑูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุตูŽุงุญูุจูŽูƒูู…ู’ ู‚ูŽุฏู’ ุฑูŽุฃูŽู‰ ุฑูุคู’ูŠูŽุง ููŽุงุฎู’ุฑูุฌู’ ู…ูŽุนูŽ ุจูู„ูŽุงู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ููŽุฃูŽู„ู’ู‚ูู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู„ู’ูŠูู†ูŽุงุฏู ุจูู„ูŽุงู„ูŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ุฏูŽู‰ ุตูŽูˆู’ุชู‹ุง ู…ูู†ู’ูƒ

Maka Rasulullah ๏ทบ pun bersabda: โ€œSesungguhnya sahabat kalian elah bermimpi, keluarlah ke masjid bersama Bilal, beritahulah kepada Bilal dan hendaklah dia yang menyerukan hal itu, sebab suaranya lebih kuat daripada kamu.โ€

ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฎูŽุฑูŽุฌู’ุชู ู…ูŽุนูŽ ุจูู„ูŽุงู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ููŽุฌูŽุนูŽู„ู’ุชู ุฃูู„ู’ู‚ููŠู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูŠูู†ูŽุงุฏููŠ ุจูู‡ูŽุง ููŽุณูŽู…ูุนูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู ุจูุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ุชู ููŽุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ู…ูุซู’ู„ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฑูŽุฃูŽู‰

Maka aku keluar bersama Bilal menuju masjid, aku ceritakan mimpiku hingga beliau menyerukannya. Dan Umar Ibnu Al-Khattab mendengar suara itu sehingga beliau mendatangi Rasulullah ๏ทบ seraya berkata: โ€œWahai Rasulullah, Demi Allah, aku juga bermimpi sebagaimana yang beliau mimpikan!โ€
(Ibnu Majah, no. 698)

โœ๐ŸปHadis 2:

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู ู‚ูŽุงู„ูŽ
ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ูƒูŽุซูุฑูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฐูŽูƒูŽุฑููˆุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆุง ูˆูŽู‚ู’ุชูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุจูุดูŽูŠู’ุกู ูŠูŽุนู’ุฑููููˆู†ูŽู‡ู ููŽุฐูŽูƒูŽุฑููˆุง ุฃูŽู†ู’ ูŠููˆุฑููˆุง ู†ูŽุงุฑู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ูŠูŽุถู’ุฑูุจููˆุง ู†ูŽุงู‚ููˆุณู‹ุง ููŽุฃูู…ูุฑูŽ ุจูู„ูŽุงู„ูŒ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุดู’ููŽุนูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฐูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠููˆุชูุฑูŽ ุงู„ู’ุฅูู‚ูŽุงู…ูŽุฉูŽ

Dari Anas bin Malik, beliau berkata: โ€œKetika manusia sudah banyak (yang masuk Islam), ada yang mengusulkan cara memberitahu masuknya waktu salat dengan sesuatu yang mereka boleh fahami. Maka ada yang mengusulkan dengan menyalakan api dan ada juga yang mengusulkan dengan memukul loceng. Lalu diperintahkan Bilal untuk mengumandangkan kalimah azan dengan genap (dua kali) dan mengganjilkan iqamah (sekali).โ€
(Sahih Bukhari no. 571, Sahih Muslim no. 570)

โœ๐ŸปHadis 3:

ู ุนูŽู†ู’ ุจูู„ูŽุงู„ู
ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุชูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูุคู’ุฐูู†ูู‡ู ุจูุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ููŽู‚ููŠู„ูŽ ู‡ููˆูŽ ู†ูŽุงุฆูู…ูŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽูˆู’ู…ู ููŽุฃูู‚ูุฑู‘ูŽุชู’ ูููŠ ุชูŽุฃู’ุฐููŠู†ู ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ููŽุซูŽุจูŽุชูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐูŽู„ููƒูŽ

Dari Bilal bin Rabah bahawa beliau mendatangi Nabi ๏ทบ untuk azan salat Subuh, lalu dikatakan kepadanya: โ€œBaginda sedang tidur.โ€ Maka Bilal pun berkata: โ€œAs solatu khairun minan naum, as solatu khairun minan naum (salat itu lebih baik daripada tidur, salat itu lebih baik daripada tidur).โ€ Hingga lafaz itu ditetapkan untuk dikumandangkan pada azan Subuh.โ€
(Sunan Ibnu Majah no. 708, Sunan Ad-Darimi no. 1166)

Sekarang kita bincangkan sama ada azan ini wajib ataupun sunat? Para ulamaโ€™ sepakat bahawa mengumandangkan azan itu disyariโ€™atkan. Syariโ€™at yang mulia ini sudah berlangsung semenjak masa Rasulullah ๏ทบ sehingga saat ini.

Lalu para ulamaโ€™ berbeza pandangan dalam hal hukumnya, adakah azan itu wajib ataupun sunnah muakkad? Namun yang sahih, hukum azan adalah fardhu kifayah. Jadi tidak boleh di suatu negeri (atau kampung) tidak ada kumandang azan sama sekali.

๐Ÿ“ŒDalil yang menyatakan hukum azan adalah fardhu kifayah adalah:

1- Azan adalah di antara syiโ€™ar Islam yang besar.
Syiโ€™ar ini tidak pernah ditinggalkan dari zaman Rasul ๏ทบ dan kita tidak pernah mendengar ada satu waktu yang kosong dari azan.

2- Kumandang azan dijadikan tanda aras oleh Rasulullah ๏ทบ apakah suatu negeri itu termasuk negeri Islam ataupun tidak.

โœ๐ŸปDari Anas bin Malik menceritakan bahawa,

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุบูŽุฒูŽุง ุจูู†ูŽุง ู‚ูŽูˆู’ู…ู‹ุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ูŠูŽุบู’ุฒููˆ ุจูู†ูŽุง ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽูŠูŽู†ู’ุธูุฑูŽ ุŒ ููŽุฅูู†ู’ ุณูŽู…ูุนูŽ ุฃูŽุฐูŽุงู†ู‹ุง ูƒูŽููŽู‘ ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’ ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนู’ ุฃูŽุฐูŽุงู†ู‹ุง ุฃูŽุบูŽุงุฑูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’

โ€œNabi ๏ทบ dahulu jika akan menyerang satu kaum, baginda tidak memerintahkan kami menyerang pada malam hari hingga menunggu waktu subuh. Apabila azan Subuh terdengar, maka tidak jadi menyerang. Namun bila tidak mendengarnya, maka menyerang mereka.โ€
(HR. Bukhari no. 610 dan Muslim no. 382).

Syarah:
Maknanya, azan dikumandangkan adalah tanda tempat itu adalah penduduknya Muslim, maka tidak diperangi.

3- Nabi ๏ทบ telah memerintahkan untuk dikumandangkan azan dan mengangkat salah seorang jadi imam.

โœ๐ŸปBaginda ๏ทบ bersabda,

ููŽุฅูุฐูŽุง ุญูŽุถูŽุฑูŽุชู ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ููŽู„ู’ูŠูุคูŽุฐูู‘ู†ู’ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุคูู…ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑููƒูู…ู’

โ€œJika waktu salat telah tiba, salah seorang di antara kalian hendaknya mengumandangkan azan untuk kalian dan yang paling tua di antara kalian menjadi imam. โ€
(HR. Bukhari no. 631 dan Muslim no. 674).

Syarah:
Ulamaโ€™ mengambil arahan Nabi ๏ทบ dalam hadis ini sebagai arahan wajib.

4- โœ๐ŸปDari Anas bin Malik, beliau berkata,

ููŽุฃูู…ูุฑูŽ ุจูู„ุงูŽู„ูŒ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุดู’ููŽุนูŽ ุงู„ุฃูŽุฐูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠููˆุชูุฑูŽ ุงู„ุฅูู‚ูŽุงู…ูŽ

โ€œMaka Bilal diperintah untuk mengumandangkan azan dengan menggenapkan dan mengumandangkan iqamah dengan mengganjilkanโ€
(HR. Bukhari no. 605 dan Muslim no. 378).

5-โœ๐Ÿป โ€˜Utsman bin Al โ€˜Ash berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda,

ูˆูŽุงุชูŽู‘ุฎูุฐู’ ู…ูุคูŽุฐูู‘ู†ู‹ุง ู„ุงูŽ ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุฐูŽุงู†ูู‡ู ุฃูŽุฌู’ุฑู‹ุง

โ€œAngkatlah muadzin yang tidak mencari upah dari azannya.โ€
(HR. Abu Daud no. 531 dan An Nasai no. 673. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih).

โœ๐ŸปSyaikhul Islam Ibnu Taimiyah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ menerangkan, โ€œYang tepat, hukum azan adalah fardhu kifayah. Tidak boleh jika ada di suatu negeri atau kampung yang tidak ada azan sama sekaliโ€.

Demikian juga pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad dan lainnya. Sebahagian ulamaโ€™ ada yang menyatakan bahawa hukum azan adalah sunnah. Namun, mereka selanjutnya mengatakan bahawa jika di suatu negeri meninggalkan azan, maka boleh diperangi.

Akan tetapi sebenarnya yang terjadi adalah perselisihan lafaz sahaja.Ini kerana kebanyakan ulamaโ€™ ada yang memaknakan sunnah dengan maksud jika ditinggalkan mendapat celaan. Jadi hakikatnya yang terjadi adalah perbezaan lafzhi saja dengan yang berpendapat wajib.

Adapun yang menyatakan hukum azan adalah sunnah yang ertinya jika ditinggalkan tidak berdosa dan tidak mendapatkan hukuman, pendapat tersebut adalah pendapat yang keliru. Ini kerana azan adalah sebahagian dari syiโ€™ar Islam.

Rasulullah ๏ทบ sehingga akan memerangi suatu negeri yang meninggalkan azan, ini jelas menunjukkan kewajipannya. Jika waktu Subuh tiba, lalu dikumandangkan azan, maka negeri tersebut tidak diperangi. Jika tidak ada azan, negeri tersebut baru diperangi.

โœ๐ŸปJuga ada hadis dalam sunan Abi Daud dan An Nasai dari Abu Ad Dardaโ€™, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda,

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ููู‰ ู‚ูŽุฑู’ูŠูŽุฉู ูˆูŽู„ุงูŽ ุจูŽุฏู’ูˆู ู„ุงูŽ ุชูู‚ูŽุงู…ู ูููŠู‡ูู…ู ุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ุฅูู„ุงูŽู‘ ู‚ูŽุฏู ุงุณู’ุชูŽุญู’ูˆูŽุฐูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุจูุงู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ููŽุฅูู†ูŽู‘ู…ูŽุง ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ู ุงู„ุฐูู‘ุฆู’ุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุงุตููŠูŽุฉูŽ

โ€œTidaklah tiga orang di suatu desa atau lembah yang tidak didirikan salat berjemaah di lingkungan mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Kerana itu tetaplah kalian (salat) berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu hanya akan menerkam kambing yang sendirian (jauh dari kawan-kawannya).โ€
(HR. Abu Daud no. 547, An-Nasai no. 838, dan sanadnya dinyatakan hasan oleh An-Nawawi dalam Riyadh Ash-Shalihin no. 344).

Syarah:
Maka berat sekali kalau sesuatu tempat itu tidak ada azan dikumandangkan.

Sekarang kita masuk kepada praktikal cara azan dan iqamah.


โ˜˜๏ธSESI SOAL JAWAB KELASโ˜˜๏ธ
=========================

1. Adakah pada zaman dahulu hanya laungan suara Bilal sahaja tanpa bantuan pembesar suara?

๐Ÿ”ต Ya, benar.

2. Apakah beza azan Maghrib dengan azan waktu yang lain?.

๐Ÿ”ต Kerana pada waktu Maghrib itu, azan menandakan telah masuk waktu Maghrib. Bukan isu azan,tetapi waktu.

3. Adakah benar larangan berkeliaran di luar rumah pada waktu Maghrib kerana pada waktu Maghrib syaitan lebih berbahaya?

๐Ÿ”ต Kerana syaitan banyak pada waktu itu. Mereka sedang bertukar giliran. Giliran yang awal dan giliran kemudian sedang berkumpul. Maka, ramailah syaitan pada waktu itu.

4. Adakah sah salat jika 7 anggota sujud, salah satunya tidak menyentuh lantai sama ada secara tidak sengaja atau sengaja?

๐Ÿ”ต Kalau sengaja,salat tidak sah. Kecuali kalau kaki tidak mampu (contohnya jari kaki keras).

5. Adakah perbuatan sahabat ini dikira sebagai sesuatu yang baru (bid’ah) kerana tidak disyariatkan oleh Rasulullah โ€Ž๏ทบ pada awalnya? Menambah perkataan “assalatu khairun minannaum”?

๐Ÿ”ต Tentulah tidak. Sahabat tidak buat bid’ah. Zaman itu Nabi Muhammad ada untuk bagi keputusan boleh atau tidak.

Kena faham konsep bid’ah dengan betul. Kalau tidak boleh dikelirukan oleh hujah golongan ahli bidaah. Sampai ada yang kata sahabat buat bidaah. Hendak buat bid’ah punya pasal, sanggup tuduh para sahabat juga buat bidaah.

6. Saya pernah terdengar/terbaca ada tambahan lafaz azan untuk waktu hujan lebat dan angin kencang. Maksudnya, “Salatlah kalian di rumah”. Adakah ini benar dan boleh dipraktikkan pada zaman sekarang?

๐Ÿ”ต Benar kerana memang Nabi suruh. Memang boleh diamalkan sekarang pun.

7. Dulu saya merasa pelik dan menganggap azan yg dilaungkan oleh golongan Syiah adalah salah tetapi apabila membaca penerangan Ustaz saya rasa saya pula yang salah kerana telah beranggapan salah terhadap cara azan golongan Syiah tadi.

๐Ÿ”ต Azan Syiah memang salah sebab tambahan daripada mereka.

Azan mereka itu ditambahi dengan kalimat hayya ala khairil โ€˜amal dan asyhadu anna โ€˜waliyyullah.โ€

Ini tidak boleh.

8. Adakah benar kalau ditimpa musibah seperti angin ribut, kebakaran, dan sebagainya kita kena melaungkan azan?

๐Ÿ”ต Tidak benar.

9. Ada sesetengah masjid yang memukul beduk untuk memberitahu bahawa sekejap lagi akan masuk waktu solat atau berbuka puasa. Selepas itu, barulah Bilal melaungkan azan. Adakah boleh mengamalkan memukul beduk pada zaman sekarang?

๐Ÿ”ต Ini adalah adat Melayu sahaja. Tempat yang lain mungkin dengan cara yang lain. Hendak menambah lebih ramai yang dengar.

Yang asal dari ajaran Islam hanyalah azan sahaja. Azan ini senang, di mana-mana pun boleh melaungkan azan. Hanya menggunakan suara sahaja. Tidak payah mencari cara benda yang lain. Kalau kena memakai beduk, hendak kena membuat beduk pula. Bayangkan kalau di dalam hutan, kita hendak mencari beduk dekat mana?

10. Apakah hukum memasang kaset ayat Al-Quran sebelum azan?

๐Ÿ”ต Tidak boleh.

Bukan sunnah. Nabi dan sahabat tidak buat.

Bukan sunnah Al-Quran dibacakan kuat begitu.

Tidak boleh mengganggu orang dan berbuat bising.

Tidak beradab dengan Al-Quran. Bila Al-Quran dibacakan kena di dengar. Tidak boleh bercakap. Tetapi didengarkan kepada orang yang memang tidak dengar pun. Tidak beradab dengan Al-Quran.

Menyusahkan orang yang tahu. Maksudnya, bila dibuka azan sebegitu, kita yang tahu, kena senyap dan dengar. Padahal waktu itu bukan masa kita hendak mendengar Al-Quran.

Kena berhentilah melakukan perbuatan seperti ini.

11. Adakah di anggap tidak beradab dengan Al-Quran bila kita mendengar bacaan Al-Quran melalui telefon dan sebagainya, sambil membuat kerja rumah ataupun ketika hendak tidur?

๐Ÿ”ต Ya, tidak beradab. Apabila ayat Al-Quran dibacakan, hendaklah senyap dan dengar.

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูุฑูุฆูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ููŽุงุณู’ุชูŽู…ูุนููˆุงู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ุตูุชููˆุงู’ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูุฑู’ุญูŽู…ููˆู†ูŽ

โ€œDan apabila dibacakan Al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat.โ€ [al-Aโ€™raf:204]

Al-Quran untuk didengar, difahami, dan diamalkan, bukan menjadi latar belakang muzik.

12. Bolehkah kita mendengar ayat Al-Quran di radio sambil memandu?

๐Ÿ”ต kalau dengar, tidak mengapa. Yang tidak beradab adalah apabila menjadikan Al-Quran sebagai latar belakang muzik.

Yang paling penting, kena dengar. Hendak membuat kerja atau memandu boleh, tetapi kena ‘dengar’.

Tetapi ramai yang mungkin hanya mendengar kosong sahaja (sebab tidak faham). Sebab itu tidak dapat hendak menumpukan perhatian.

Ini kita kena belajar.

13. Adakah perlu membaca surah Al-Baqarah jika hendak masuk ke dalam rumah baru?

๐Ÿ”ต Bukan ketika hendak masuk ke rumah baru sahaja. Sepatutnya semua rumah kena membaca surah Al-Baqarah secara berterusan.

14. Adakah melaungkan azan ketika hendak masuk ke dalam rumah baru atau rumah lama yang telah lama ditinggalkan merupakan amalan Nabi?

๐Ÿ”ต Tidak. Ini termasuk bida’ah dalam amalan rekaan.

Azan ketika hendak memanggil orang salat sahaja.

15. Adakah sah mandi wajib jika tidak berwudhu’ terlebih dahulu?

๐Ÿ”ต Sah. Wudhu’ bukan rukun.

16. Jika seseorang itu telah koma berbulan-bulan. Selepas itu telah sedar dan kembali sihat seperti biasa. Adakah dia perlu mengqadha salatnya yang tertinggal semasa koma?

๐Ÿ”ต Menurut jumhur ulama’ (iaitu mazhab Maliki dan Syafi’iy) orang yang koma atau pengsan tidak dituntut mengqadha salat yang luput darinya sepanjang tempoh koma/pengsannya, kecuali jika ia tersedar pada suatu waktu salat ketika waktu masih ada (maka wajiblah dia menunaikan salat tersebut). Saidatina โ€˜Aisyah RA menceritakan; โ€˜Dia bertanya Nabi SAW berkenaan seorang lelaki yang pengsan, lalu menyebabkan dia meninggalkan salat (adakah wajib dia mengqadha salatnya?โ€™. Maka baginda menjawab; โ€œTidak dituntut dia mengqadha salatnya, kecuali dia pengsan dan tersedar ketika waktu salat masih ada, maka wajiblah dia mengerjakan salat tersebutโ€.[Sunan ad-Daruqutni; 1860. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 1820].

17. Adakah bagus mengutamakan produk muslim berbanding non muslim?

๐Ÿ”ต Ya bagus. Tetapi tidaklah sampai tidak membeli barangan non muslim. Cuma kalau ada dua pilihan antara barangan non muslim dan muslim dan barangan sama kualiti, lebih baik pilih barangan muslim.

18. Semalam ketika mengerjakan umrah, selepas membuat saie, Pakcik saya terlupa tahallul, sebab dia kata hendak memotong selepas balik ke hotel. Sampai di hotel dia terlupa atas sebab penat dan terus mandi serta bertukar pakaian biasa. Adakah dikenakan bayaran dam?

๐Ÿ”ต Dimaafkan kerana terlupa.

 

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

Leave a comment