H. Salat Bersebab Pada Waktu Terlarang

Salat yang ada sebab tertentu pada waktu larangan

Kita telah sebutkan lima waktu yang memang tidak dibenarkan untuk mendirikan salat. Tetapi, jika ada suatu sebab yang munasabah, maka DIBENARKAN, contohnya seperti tiga perkara berikut:

1) Sewaktu kesiangan untuk bangun Salat Subuh dan ketika itu matahari sudah terbit, maka tetap diwajibkan untuk Salat Subuh.

2) Begitu juga dengan Salat Asar, sekiranya kita terlambat untuk melakukan salat tersebut dan ketika itu bersamaan dengan masa tenggelamnya matahari, kita tetap diwajibkan untuk melaksanakan salat Asar.

3) Ketika baru tersedar dari pengsan atau baru pulih dari penyakit gila, maka tetap dituntut untuk melaksanakan salat yang tertinggal.

Adapun salat sunat (nawafil) yang mana mempunyai sebab (untuk melakukannya) seperti salat tahiyyatul masjid, sujud tilawah dan syukur, salat al-‘Eid, salat al-Kusuf, salat Jenazah dan juga qadha’ salat fardu yang ditinggal, maka mazhab Asy-Syafi’iy mengharuskan tanpa memakruhkannya.

Adapun mazhab Abu Hanifah dan yang lainnya tidak membenarkan kerana termasuk dalam keumuman larangan hadis.

Sekarang kita masuk ke dalam Bab Praktikal Azan dan Iqamah.


☘️SESI SOAL JAWAB KELAS ☘️
=========================

1. Apakah maksud orang-orang kafir yang sujud itu?

🔵 Mereka yang menyembah matahari. Macam agama Shinto yang menyembah matahari.

2. Mengapakah Tanah Haram Mekah dikecualikan waktu haram dan pada hari Jumaat tidak haram solat pada waktu tengah hari?

🔵Sudah disebut kelebihan tanah Mekah.

3. Bilakah waktu Solat Sunat Dhuha berakhir?

🔵 Sebelum waktu zohor. Dicadangkan dalam 10 minit sebelum waktu zohor.

4. Sekiranya seseorang yang tertidur dan tersedar pada waktu yang dilarang salat. Adakah dia perlu segera menunaikan salat yang tertinggal kerana tertidur tadi ataupun menunggu sehingga masuk waktu yg dibenarkan salat?

contoh : tertidur sehingga terlepas waktu salat asar. Dia tersedar saat matahari terbenam.

🔵 Dua pilihan.

Boleh terus menunaikan salat walaupun waktu haram kerana ada sebab.

Boleh tunggu sehingga waktu haram berlalu kerana tidak semestinya salat qadha terus serta merta.

5. Adakah perlu niat qada atau tunai jika terlajak salat subuh?

🔵 Ini terbelit bab niat sahaja. Terus salat sahaja kerana tidak perlu menyusun niat. Terus menunaikan salat sahaja. Apabila salat di luar waktu, terus jadi qada. Tidak disebut pun sudah menjadi qada dan tidak akan menjadi tunai pun.

6. Adakah wirid atau zikir yang lazim dibaca selepas Subuh dan Maghrib masih sunnah dibacakan selepas Solat Isyak (disebabkan solat Jamak atau Qasar)?

🔵 Masih sunnah.

7. Boleh dijelaskan kenapa salat pada hari Jumaat yang tidak dilarang adalah pada waktu tengahari sahaja?

🔵 Ya, pada hari Jumaat sahaja boleh salat terus masa tengah hari itu. Masih tidak boleh salat semasa matahari naik dan terbenam.

Larangan tengahari itu adalah kerana kepanasan waktu itu adalah kepanasan dari neraka. Kita disuruh untuk mengelakkan diri.

Tetapi pada hari Jumaat pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup. Maka, kerana itulah larangan itu tidak ada pada hari Jumaat.

8. Benarkah gambar mega merah seperti di atas itu waktu syaitan aktif?

🔵 Ya. Kena duduk di dalam rumah.

img_20190308_001155_176-1808883986.jpg

9. Adakah fajar sadiq ini yang dimaksudkan oleh ayat Al-Quran?

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
[Al-Baqarah 2:187]

🔵 Ya.

 

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s