Waktu-waktu yang dilarang salat adalah:
1. Setelah salat Subuh hingga matahari terbit
2. Ketika matahari sedang terbit hingga setinggi tombak (iaitu bersamaan 16 minit selepas matahari mula terbit)
3. Ketika tengahari iaitu matahari tegak di atas kepala.
4. Ketika matahari akan terbenam (dari waktu langit kekuning-kuningan).
5. Setelah salat Asar hingga matahari terbenam.
๐Pengecualian:
1. Di Tanah Haram Mekah. Tiada waktu haram.
2. Hari Jumaat. Tidak haram pada waktu tengahari itu.
โ๐ปHadis yang berkenaan perkara ini ialah:
ุซูุงุซ ุณุงุนุงุช ูุงู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ู ุณูู ูููุงูุง ุฃู ูุตูู ูููู ุฃู ุฃู ููุจุฑ ูููู ู ูุชุงูุง ุญูู ุชุทูุน ุงูุดู ุณ ุจุงุฒุบุฉ ุญุชู ุชุฑุชูุน ูุญูู ูููู ูุงุฆู ุงูุธููุฑุฉ ุญุชู ุชู ูู ุงูุดู ุณ ูุญูู ุชุถูู ุงูุดู ุณ ููุบุฑูุจ ุญุชู ุชุบุฑุจ
Ertinya: Tiga waktu Nabi ๏ทบ melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
i) Ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
ii) Ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
iii) Ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
(HR Muslim No. 831)
โ๐ปSelain itu ada disebutkan di dalam hadis :
ุนู ุฃุจู ูุฑูุฑุฉ ุฑุถู ุงููู ุนูู ุฃู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ููู ุนู ุตูุงุฉ ุจุนุฏ ุงูุนุตุฑ ุญุชู ุชุบุฑุจ ุงูุดู ุณ ุ ูุจุนุฏ ุงูุตุจุญ ุญุชู ุชุทูุน ุงูุดู ุณ
Daripada Abi Hurairah ุฑุถู ุงููู ุนูู : โSesungguhnya Rasulullah ๏ทบ melarang dari mengerjakan salat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan salat selepas Subuh sehingga terbit matahari.โ
(Sahih Muslim No. 1366, Sahih Bukhari No. 553, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam Nasaie dan Imam Ahmad.)
Dibenar melaksanakan apa sahaja jenis salat di Tanah Suci Mekah tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang.
โ๐ปPendapat ini adalah yang sahih di dalam mazhab Syafiโiy dan disokong dengan hadis Rasulullah ๏ทบ :
ุนููู ุฌูุจูููุฑู ุจููู ู
ูุทูุนูู
ู
ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ููุง ุจูููู ุนูุจูุฏู ู
ูููุงูู ููุง ุชูู
ูููุนููุง ุฃูุญูุฏูุง ุทูุงูู ุจูููุฐูุง ุงููุจูููุชู ููุตููููู ุฃููููุฉู ุณูุงุนูุฉู ุดูุงุกู ู
ููู ูููููู ุฃููู ููููุงุฑู
Sabda Baginda : โWahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang Tawaf di rumah ini (Baitullah) dan salat pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang.โ
(Sunan At-Tirmidzi No. 795)
Syarah:
Ini adalah kerana kelebihan yang ada pada Kota Mekah yang tidak ada pada tempat-tempat yang lain.
โ๐ปTentang pengecualian pada Hari Jumaat dijelaskan di dalam sebuah hadis:
ุนููู ุฃูุจูู ููุชูุงุฏูุฉู
ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุฃูููููู ููุฑููู ุงูุตููููุงุฉู ููุตููู ุงููููููุงุฑู ุฅููููุง ููููู
ู ุงููุฌูู
ูุนูุฉู ููููุงูู ุฅูููู ุฌููููููู
ู ุชูุณูุฌููุฑู ุฅููููุง ููููู
ู ุงููุฌูู
ูุนูุฉู
daripada Abu Qatadah daripada Nabi ๏ทบ, katanya: โBahawasanya Baginda membenci salat pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat.โ dan Baginda bersabda: โSesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada ketika itu) melainkan pada hari Jumaat.โ
(Sunan Abu Daud No. 915. Kata Abu Daud, hadis ini mursal dan Syaikh al-Albani mendhaifkannya. )
Syarah:
Sanad hadis ini dhaif. Namun amalan sahabat sabit juga melakukan solat sunat sebelum Jumaat. Pendapat ini juga dipilih oleh jumhur ulama.
Berkata Imam Malik, aku tidak larang siapa yang solat. Dan dalam pada itu, aku juga tidak suka amalan itu sebab ada hadis larangan Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู .
Pandangan yang dipilih oleh Ibn Hajar pula ialah, ia boleh diamalkan kerana sabit hadis ini dikuatkan dengan hadis-hadis sama makna dengan jalan yang lain.
Dan ada riwayat menyebut sahabat terus menerus solat sunat sementara menunggu Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู naik ke mimbar.
Walau bagaimanapun hadis ini dhaif juga. Maka seeloknya tidak diamalkan kerana sabit jelas larangan Nabi ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู dalam hadis riwayat Muslim tanpa menyebut hari Jumaat, waAllahu aโlam.
Kenapakah ada larangan pada waktu-waktu yang tersebut di atas?
โ๐ปBerhubung dengan persoalan sebab-sebab larangan tersebut, telah dijelaskan oleh โAmr bin โAbasah bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah ๏ทบ :
ุฃูุฎูุจูุฑูููู ุนููู ุงูุตููููุงุฉู ููุงูู ุตูููู ุตูููุงุฉู ุงูุตููุจูุญู ุซูู ูู ุฃูููุตูุฑู ุนููู ุงูุตููููุงุฉู ุญูุชููู ุชูุทูููุนู ุงูุดููู ูุณู ุญูุชููู ุชูุฑูุชูููุนู ููุฅููููููุง ุชูุทูููุนู ุญูููู ุชูุทูููุนู ุจููููู ููุฑููููู ุดูููุทูุงูู ููุญููููุฆูุฐู ููุณูุฌูุฏู ููููุง ุงูููููููุงุฑู ุซูู ูู ุตูููู ููุฅูููู ุงูุตููููุงุฉู ู ูุดููููุฏูุฉู ู ูุญูุถููุฑูุฉู ุญูุชููู ููุณูุชูููููู ุงูุธููููู ุจูุงูุฑููู ูุญู ุซูู ูู ุฃูููุตูุฑู ุนููู ุงูุตููููุงุฉู ููุฅูููู ุญููููุฆูุฐู ุชูุณูุฌูุฑู ุฌููููููู ู ููุฅูุฐูุง ุฃูููุจููู ุงููููููุกู ููุตูููู ููุฅูููู ุงูุตููููุงุฉู ู ูุดููููุฏูุฉู ู ูุญูุถููุฑูุฉู ุญูุชููู ุชูุตูููููู ุงููุนูุตูุฑู ุซูู ูู ุฃูููุตูุฑู ุนููู ุงูุตููููุงุฉู ุญูุชููู ุชูุบูุฑูุจู ุงูุดููู ูุณู ููุฅููููููุง ุชูุบูุฑูุจู ุจููููู ููุฑููููู ุดูููุทูุงูู ููุญููููุฆูุฐู ููุณูุฌูุฏู ููููุง ุงูููููููุงุฑู ..
โBeritahulah kepadaku mengenai salat?โ
Lalu baginda menjawab: โKerjakanlah salat Subuh, kemudian berhentilah dari salat sehingga matahari terbit sehingga ia naik. Sesungguhnya pada ketika matahari terbit, matahari itu terbit di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu orang-orang kafir sujud kepadanya. Kerjakanlah salat kerana sesungguhnya salat itu disaksikan dan dihadiri (Malaikat) sampai bayang-bayang tombak semakin pendek.
Kemudian berhenti dari salat pada ketika itu (sewaktu matahari tegak di atas kepala) kerana Neraka Jahannam sedang dipanaskan. Jika bayangan sudah nampak kembali, dirikanlah salat kerana sesungguhnya salat itu disaksikan dan dihadiri (Malaikat) sehingga engkau mengerjakan salat Asar. Berhentilah dari salat sehingga matahari terbenam kerana sesungguhnya matahari itu terbenam di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu, orang-orang kafir sujud kepadanya.โ
(Riwayat Muslim No. 832).
Sekarang bagaimana pula kalau kita sedang solat dan tiba-tiba iqamah dikumandangkan?