Tatacara Tayammum
๐ Niat
๐ Baca Basmalah
๐Hal-hal yang Membatalkan Tayammum
๐ Benda-benda yang Boleh Digunakan untuk Bertayammum dan Tidak Disyaratkan Mesti Dengan Tanah
a. Niat
Seperti perbincangan dalam wuduk dan mandi junub.
b. Baca Basmalah
Seperti perbincangan dalam wuduk dan mandi junub. Boleh rujuk nota-nota lepas kerana perbahasan yang sama sahaja. Mungkin di kalangan orang kita tidak biasa kerana air banyak sahaja. Selalunya kalau sakit, orang kita pilih untuk qadha sahaja. Padahal itu adalah salah.
Ramai yang bila masuk wad sahaja, seolah-olah dapat โlesenโ tidak solat. Tidak tahu siapa yang beri. Allah dan Nabi tidak pernah beri.
Mereka kata: โnantilah aku dah sihat nanti aku gantilahโฆ โ tapi ada yang tidak sempat sihat sudah meninggal. Nak ganti macam mana?
Ini adalah kerana kejahilan solat dalam keadaan sakit dan cara untuk mengangkat hadas selain dari menggunakan air. Maka diharap pelajaran kita ini dapat dipanjangkan kepada orang ramai kerana ramai yang tidak tahu perkara ini.
c. Pukul tapak tangan pada tanah yang suci kemudian tiup pada tangan itu.
Selepas niat dan baca basmalah, maka cari tanah yang bersih (pada pandangan mata kita) dan pukul/tekap pada tanah itu. Kemudian tiup debu/tanah yang melekat pada tangan itu. Atau tepuk-tepuk tangan itu kerana kita bukan perlukan debu tanah itu sebenarnya. Kemudian usap tapak tangan itu pada wajah dan kedua-dua tangan.
โDalil:
326 โ ุญูุฏููุซูููุง ุขุฏูู ู ููุงูู ุญูุฏููุซูููุง ุดูุนูุจูุฉู ุญูุฏููุซูููุง ุงููุญูููู ู ุนููู ุฐูุฑูู ุนููู ุณูุนููุฏู ุจููู ุนูุจูุฏู ุงูุฑููุญูู ููู ุจููู ุฃูุจูุฒูู ุนููู ุฃูุจูููู ููุงูู ุฌูุงุกู ุฑูุฌููู ุฅูููู ุนูู ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ููููุงูู ุฅููููู ุฃูุฌูููุจูุชู ููููู ู ุฃูุตูุจู ุงููู ูุงุกู ููููุงูู ุนูู ููุงุฑู ุจููู ููุงุณูุฑู ููุนูู ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ุฃูู ูุง ุชูุฐูููุฑู ุฃููููุง ูููููุง ููู ุณูููุฑู ุฃูููุง ููุฃูููุชู ููุฃูู ููุง ุฃูููุชู ููููู ู ุชูุตูููู ููุฃูู ููุง ุฃูููุง ููุชูู ูุนููููุชู ููุตููููููุชู ููุฐูููุฑูุชู ููููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููุงูู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅููููู ูุง ููุงูู ููููููููู ููููุฐูุง ููุถูุฑูุจู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุจูููููููููู ุงููุฃูุฑูุถู ููููููุฎู ูููููู ูุง ุซูู ูู ู ูุณูุญู ุจูููู ูุง ููุฌููููู ููููููููููู
326. Telah menceritakan kepada kami Adam ia berkata; telah menceritakan kepada kami Syuโbah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Hakam dari Dzar dari Saโid bin โAbdurrahman bin Abza dari Bapaknya berkata, โSeorang laki-laki datang kepada Umar Ibnul Khaththab dan berkata, โbagaimana kalau aku mengalami junub tapi tidak mendapatkan air?โ Maka berkatalah โAmmar bin Yasir kepada โUmar bin Al Khaththab, โMasih ingatkah engkau ketika kita dalam suatu perjalanan? Ketika itu aku dan engkau sedang berjunub. Adapun engkau tidak bersolat. Sedangkan aku bergulingan di atas tanah lalu solat? Kemudian hal itu aku sampaikan kepada Nabi shallallahu โalaihi wasallam, dan Nabi shallallahu โalaihi wasallam bersabda: โSebenarnya cukup kamu melakukan begini.โ Baginda lalu menepuk telapak tangannya ke tanah dan meniupnya, lalu mengusapkannya ke muka dan kedua telapak tangannya di bahagian belakangnya hingga ke pergelangan.โ
Sahih Bukhari hadis 326
Syarah:
Kaifiat tayammum disebut dalam hadis ini. Kalau kita ringkaskan:
1. Tepuk tanah sekali sahaja.
2. Tiup tapak tangan atau ketuk-ketuk tangan itu supaya jatuh debu tanah
3. Sapu muka
4. Tanpa ambil tanah baru, sapu tangan pula.
5. Sapu tangan setakat pergelangan tangan sahaja. Tidak perlu sampai ke siku.
d. Cukup dengan sekali pukul sahaja.
Kadangkala ada yang mengajar Tayamum dengan mengatakan: sekali tepuk untuk muka dan sekali lagi untuk tangan. Namun, ini tidak ada dalam dalil yang sahih. Malah, yang disebut adalah sekali tepuk sahaja.
โDalilnya:
ุนููู ุนูู ููุงุฑู ุจููู ููุงุณูุฑู ุฑุถู ุงููู ุนููู ุง ููุงูู : ุจูุนูุซูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููู ุญูุงุฌูุฉู ุ ููุฃูุฌูููุจูุชู ููููู ู ุฃูุฌูุฏ ุงููู ูุงุกู ุ ููุชูู ูุฑููุบูุชู ููู ุงูุตููุนููุฏู ููู ูุง ุชูู ูุฑููุบู ุงูุฏููุงุจููุฉู ุ ููุฐูููุฑูุชู ุฐููููู ููููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุ ููููุงูู : โ ุฅููููู ูุง ููุงูู ููููููููู ุฃููู ุชูุตูููุนู ููููุฐูุง ุ ููุถูุฑูุจู ุจูููููููู ุถูุฑูุจูุฉู ุนูููู ุงููุฃูุฑูุถู ุ ุซูู ูู ููููุถูููุง ุ ุซูู ูู ู ูุณูุญู ุจููุง ุธูููุฑู ููููููู ุจูุดูู ูุงูููู ุฃููู ุธูููุฑู ุดูู ูุงูููู ุจูููููููู ุ ุซูู ูู ู ูุณูุญู ุจูููู ูุง ููุฌููููู
Dari โAmmar bin Yasir radiallahuโanhu bahawa dia berkata; Rasulullah sallallahu โalaihi sassalam mengutusku untuk sesuatu urusan lalu aku mengalami junub dan ketika itu aku tidak menemui air. Oleh kerana itu aku pun berguling-guling di tanah (untuk bersuci) sebagaimana haiwan berguling-guling. Aku menceritakan kepada Nabi sallallahu โalaihi wa sallam. Hal tersebut Nabi bersabdaโ Sebenarnya sudah cukup bagimu bersuci dengan cara seperti ini. Nabi sallallahu โalaihi wa sallam memukulkan kedua tapak tangannya di atas tanah dengan sekali pukulan. Kemudian baginda meniupnya, kemudian baginda sallallahu โalaihi wasallam menyapu belakang tapak tangan kanan dengan tapak tangan kirinya, dan menyapu belakang tapak tangan kiri dengan tapak tangan kanannya, kemudian baginda sallallahu โalaihi wasallam menyapu wajahnyaโ
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tayammum, hadis no: 337]
Sekian cara untuk tayammum. Kalau dilihat, cara ini senang sahaja dan tidak susah dan kerana itu jangan kita susahkan.
2. Hal-hal yang membatalkan tayammum.
Sebagaimana wuduโ boleh batal, maka tayammum pun boleh batal juga. Mari kita lihat apakah yang membatalkan tayammum. Ada dua perkara yang perlu dilihat.
a. Setiap yang membatalkan wuduk juga membatalkan tayammum.
Oleh kerana Tayammum adalah pengganti kepada wuduโ, maka apa sahaja yang membatalkan wudhuโ akan membatalkan Tayammum juga. Seperti kentut, buang air dan sebagainya. Sepakat ulamaโ tentang hal ini.
b. Bila ada air.
Tayammum tidak dibolehkan lagi apabila telah ditemukan air bagi orang yang bertayammum kerana ketidakadaan air. Ini kerana bila sudah ada air, maka Tayammum tidak dibenarkan lagi. Bila ada air sahaja, maka Tayammum yang telah diambil automatik batal.
Kepada mereka yang Tayammum kerana tidak boleh guna air kerana sakit contohnya, maka apabila telah ada kemampuan menggunakan air atau tidak sakit lagi, maka Tayammum itu batal. Hanya yang menjadi khilaf adalah bagaimana kalau sedang solat, diketahui air telah ada.
Kalau kita ringkaskan pembatal tayammum:
1- Sepakat ulama semua pembatal wudhu akan membatalkan tayamum [Sahih Fiqh as-Sunnah]
2- Sepakat ulama jika menemui air sebelum menunaikan solat, batal tayamum. [Sahih Fiqh as-Sunnah]
3- Jika air ada ketika solat sedang didirikan, ulama berbeza pendapat:
โ๐ปBerhenti solat, mengambil wudhu dan mengulangi solat: Ini mazhab Abu Hanifah, Ahmad
โ๐ปTeruskan solat: Imam Malik, al-Syafie, satu riwayat Ahmad, Abu Tsaur, Daud dan Ibn al-Munzir [Sahih Fiqh as-Sunnah]
Ini pembatal yang kedua.
3. Benda-benda yang biasa digunakan sebagai alat tayammum dan tidak disyaratkan mesti dengan tanah.
Adakah kita boleh guna tanah sahaja sebagai bahan tayammum? Sebenarnya, bahan yang boleh digunakan untuk Tayammum juga khilaf yang besar di kalangan ulama.
Kalau kita ringkas khilaf pendapat itu, ia terbahagi kepada dua bahagian utama:
1๏ธโฃ Pertama: Permukaan bumi secara mutlak, tidak kira pasir, gunung, batu, ataupun tanah. Ini pendapat Abu Hanifah, Abu Yusuf, Malik dan Ibn Taimiyyah.
2๏ธโฃ Kedua: Tanah sahaja. Ini pendapat mazhab Syafie, Hanbali, Abu Tsaur dan Ibn al-Munzir. [Sahih Fiqh as-Sunnah]
Hanya yang menjadi khilaf di kalangan ulama adalah kalimat ููุชูููู ููู ูุง ุตูุนูุฏูุง ุทููููุจูุง di dalam ayat Maidah:6 dan Nisaโ:43. Maka apakah tafsiran bagi ุตูุนูุฏูุง ุทููููุจูุง (tanah yang baik) itu? Ada yang kata mesti tanah yang berdebu dan ada yang kata tanah yang boleh menumbuhkan tanaman.
Maka kerana itu pada pendapat mereka, hanya โtanahโ sahaja yang boleh digunakan. Kalau pasir di padang pasir sahaja sudah tidak boleh kerana padang pasir tidak boleh tumbuh tanaman.
Pendapat itu ditolak oleh ramai ulama termasuklah Imam Bukhari. Pada mereka, ุตูุนูุฏูุง itu bermaksud โmuka bumiโ dan ุทููููุจูุง itu bermaksud โsuciโ iaitu bersih dari kotoran. Jadi boleh digunakan permukaan muka bumi dan boleh jadi apa-apa sahaja.
Jadi, jikalau ia boleh jadi apa sahaja, asalkan muka bumi, maka di sini kita boleh kata salji pun boleh juga. Atau jikalau ia adalah batu licin, langsung tiada tanah di atas batu itu. Ini kerana batu itu pun boleh juga dikatakan sebagai โmuka bumiโ juga.
Itu termasuklah juga pokok dan rumput tetapi kenalah pokok yang belum terputus dari bumi. Apabila kita dapat faham yang Allah bukan hendak menyusahkan kita dalam beramal ibadat, maka senanglah kita hendak faham dan terima perkara ini.
Kena faham perkara ini kerana ayat Qurโan di mana Allah bercakap tentang tayamum juga Allah sudah berfirman yang Dia bukan hendak menyusahkan kita.
โ๐ปIni disebut dalam ayat yang menyebut Tayammum juga iaitu Maidah:6
ู ุง ููุฑูุฏู ุงูููููู ููููุฌุนููู ุนููููููู ู ูู ุญูุฑูุฌู
Allah tidak hendak menyulitkan kamu
Maka, kalau kena cari tanah yang sesuai dengan syarat ia mesti ada debu, mesti boleh menumbuhkan tanaman, maka tidakkah itu menyusahkan?
Dan dari perbuatan Nabi dan para sahabat , mereka tidak menetapkan perkara ini. Mereka selalu bermusafir di padang pasir dan tentu tanah padang pasir itu tidak boleh menumbuhkan tanaman. Maka tidaklah ada disebut para sahabat bawa bekal tanah pula untuk bertayammum. Mereka gunakan sahaja pasir yang mereka jumpa di perjalanan.
Bilakah pula boleh tayammum?